1.1 Pengenalan Kepada Manual Kualiti
Dokumen ini adalah merupakan Manual Kualiti NRE. Manual Kualiti ini disediakan
untuk memenuhi matlamat dan objektif pewujudan NRE selaras dengan kehendak dan
keperluan MS ISO 9001:2008. Ianya mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti,
penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas
yang memandu pelaksanaan proses Penggubalan dan Pemantauan Dasar,
Penyertaan ke Mesyuarat / Persidangan Antarabangsa, Pengeluaran Permit Eksport
(AP) untuk Bahan Mineral dan Pelbagai Bahan Batuan.
Manual ini diperlengkapkan lagi dengan Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan
yang berkaitan dengannya seperti borang, pekeliling, akta, dan enakmen.
1.2 Tujuan
Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk:
a. Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi NRE;
b. Menerangkan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Penggubalan dan
Pemantauan Dasar/Akta, Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan
Antarabangsa, Pengeluaran Permit Eksport (AP) untuk Bahan Mineral dan
Pelbagai Bahan Batuan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008; dan
c. Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi setiap aktiviti dalam proses utama.
1.3 Kandungan Manual Kualiti
Manual ini mengandungi 4 Bahagian seperti berikut:
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian 2 - Maklumat Organisasi
Bahagian 3 - Sistem Pengurusan Kualiti NRE
Bahagian 4 - Dasar dan Prinsip Asas Sistem
Pengurusan Kualiti
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 1 daripada 69
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
1
BAHAGIAN 2 : MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 Latarbelakang
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman
pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Bidang
tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan Jabatan-Jabatan daripada 4
Kementerian iaitu:-
i. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi;
ii. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ;
iii. Kementerian Perusahaan Utama; dan
iv. Kementerian Pertanian.
Jabatan-Jabatan tersebut adalah seperti berikut:
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dari
Kementerian Perusahaan Utama.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Institut Penyelidikan
Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari
Kementerian Pertanian.
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) adalah sebuah
Jabatan baru yang telah ditubuhkan pada 14 Jun 2006.
Jabatan Bio-Keselamatan (JBK) adalah Jabatan baru
yang telah ditubuhkan pada 24 Mei 2010.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 2 daripada 69
2
Bidang utama NRE dibahagikan kepada berikut:-
I. Pengurusan Sumber Asli
a. Pengurusan biodiversiti dan utan
b. Pengurusan mineral dan geosains
II. Pemuliharaan Dan Pengurusan Alam Sekitar
a. Pemuliharaan alam sekitar
b. Pengurusan saliran dan pengairan
III. Pengurusan Pentadbiran Tanah, Ukur Dan Pemetaan
a. Pengurusan dan pentadbiran tanah
b. Pengukuran tanah
c. Prosesan Pemetaan
2.2 Fungsi Organisasi
2.2.1 Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH)
i) Merangka dasar/ garis panduan/ peraturan berkaitan sumber air negara;
ii) Menyediakan strategi perlaksanaan berkenaan pengurusan sumber air negara;
iii) Mengurus setia Majlis Sumber Air Negara (MSAN);
iv) Mengurus setia majlis/ program berkaitan sumber air;
v) Mengesan dan menilai perlaksanaan dasar dan strategi JPS dan NAHRIM; dan
vi) Menyelaras pengumpulan data spatial dan geospatial bagi sektor sumber air.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 3 daripada 69
3
2.2.2 Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
i) Merancang, merumus dan menyelaraskan pelaksanaan dasar, strategi dan
program alam sekitar
ii) Menyelaraskan pelaksanaan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (Multilateral
Environmental Agreements, MEAs)
iii) Memantau program dan aktiviti alam sekitar
iv) Mempertingkatkan dan mempromosikan pengetahuan alam sekitar dan
penglibatan umum mengenai alam sekitar
2.2.3 Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BBP)
i) Menentukan pengurusan hutan secara berkekalan bagi memastikan bekalan
sumber kayu-kayan mencukupi untuk keperluan dan kestabilan alam sekitar
terpelihara
ii) Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan perhutanan supaya
keluaran hutan dapat digunakan secara optimum dan dipelbagaikan
kegunaannya
iii) Meningkatkan prestasi pengurusan hutan berdasarkan kriteria dan petunjuk
Malaysia atau MC&I selaras dengan strategi dan dasar Negara
iv) Mengekalkan dan menambahkan peranan sektor ini selaras dengan objektif
penghijauan negara dan alam sejagat sebagaimana persetujuan dalam forum-
forum antarabangsa
2.2.4 Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP)
i) Menyelaras penggubalan/pindaan dasar/undang-undang/
peraturan berkaitan tanah, ukur dan pemetaan.
ii) Mengawal selia/memantau pelaksanaan dasar/
undang-undang/peraturan dan keputusan-keputusan
kerajaan mengenai tanah,ukur dan pemetaan.
iii) Membantu Y.B. Menteri dalam melaksanakan
kuasa-kuasa dan fungsi di bawah undang-undang/
peraturan berkaitan tanah, ukur dan pemetaan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 4 daripada 69
4
iv) Menyelaras tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu berbangkit/arahan Kabinet
mengenai tanah,ukur dan pemetaan di kalangan Jabatan/Agensi Kementerian.
v) Mengurus setia/menyelaras pengurusan mesyuarat-mesyuarat persempadanan
antarabangsa Malaysia dan antara negeri-negeri.
vi) Mengurus setia Majlis Tanah Negara.
2.2.5 Bahagian Mineral dan Geosains (BMG)
i) Mengkaji dan menggubal dasar, perundangan, peraturan dan program bagi
pembangunan sektor mineral dan geosains
ii) Merancang, mengkaji dan menetapkan hala tuju dan menyediakan pelan
strategik jangka pendek dan panjang bagi sektor mineral dan geosains
iii) Mengumpul dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan mineral dan
geosains bagi perancangan dan pembangunan sektor berkenaan
iv) Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, program, perundangan,
peraturan dan perkhidmatan serta melakukan penambahbaikan secara
berterusan berkaitan pengurusan sumber mineral dan geosains
v) Menjalin hubungan pelbagai/dua hala serta menjaga kepentingan negara dalam
bidang mineral dan geosains di arena antarabangsa
vi) Menjalankan aktiviti pengurusan dan kewangan bagi menyokong pencapaian
fungsi-fungsi Bahagian
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 5 daripada 69
5
2.2.6 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
i) Seksyen Pentadbiran dan HRMIS
Unit Pentadbiran
Urusan surat menyurat dan fail
Urusan ruang pejabat
Pembelian dan pelupusan
Logistik dan pengangkutan
Penyelenggaraan aset, mesin dan stor
Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Menguruskan bilik-bilik fail
Menyelaraskan maklum balas dan laporan mesyuarat, soalan Kabinet dan
projek Kerajaan (PIKA, soal selidik dan sebagainya)
Menyelaras naziran PSM
Urus setia mesyuarat PSM
Laporan kehadiran PSM
Kelab kebajikan PSM
Key Performance Indicator (KPI)
Unit Kewangan
Menyedia dan memantau agihan bajet tahunan kepada semua seksyen
Menyediakan semua laporan kewangan di bawah ABM
Menguruskan Pesanan Tempatan (LO)
Menguruskan peruntukan tambahan dan agihan
Penyediaan penyata dan laporan perbelanjaan
Penyelenggaraan Buku Vot
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 6 daripada 69
6
Unit HRMIS
Memantau strategi pelaksanaan modul/submodul aplikasi HRMIS di
Kementerian/Jabatan/Agensi
Urus setia mesyuarat:
i. Mesyuarat Kerja Modul dan Submodul HRMIS
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana HRMIS
iii. Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Aplikasi HRMIS
iv. Mesyuarat Pasukan Teras HRMIS
v. Mesyuarat Pasukan Jaguh HRMIS
Menguruskan latihan kepada pengguna HRMIS di semua Bahagian di
Kementerian
Penyediaan data asas dan penetapan peranan/aliran kerja
Menguruskan proses sandang/ putus sandang pegawai/kakitangan di
Kementerian
Meja Bantuan Tahap ‘O’
ii) Seksyen Perkhidmatan
Unit Perkhidmatan
Perancangan pusingan kerja
Pelan penggantian
Pengesahan pelantikan
Pertukaran dan penempatan
Pengisian jawatan
Perlanjutan tempoh percubaan
Lawatan ke luar Negara
Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) dan Bayaran
Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)
Persaraan wajib dan secara pilihan
Tuntutan bayaran perubatan
Buku rekod perkhidmatan (HRMIS/SMK/Manual)
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 7 daripada 69
7
Unit Pengambilan
Urusan pengambilan yang melibatkan jawatan-jawatan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam
Kelulusan khas bagi urusan pengambilan di bawah kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Merekodkan biodata calon-calon (mohon secara terus
Menyediakan semua dokumen pengambilan
iii) Seksyen Pembangunan Organisasi
Menguruskan semua aktiviti perjawatan seperti wujud, mansuh, agih,
penukaran status dan penarafan semula jawatan
Kajian perjawatan
Kajian skim perkhidmatan
Kajian elaun/insentif dalam skim perkhidmatan;
Naziran perjawatan
Pelan kerjaya bagi setiap Skim Perkhidmatan
Urusan reorganisasi dan pengukuhan struktur organisasi Jabatan/Agensi
Pelantikan dan pelanjutan tempoh perkhidmatan pegawai dan anggota secara
kontrak
Tukar sementara/Tukar Tetap/Peminjaman Pegawai dan anggota
Pelantikan dan pelanjutan perkhidmatan sambilan dan Pekerja Khidmat
Singkat
Menguruskan Surat/Memo Pemberitahuan Waran dan Pengemaskinian Waran
Perjawatan dan Waran Omnibus daripada Perbendaharaan.
Penyediaan Senarai Perjawatan Tahunan dan pemeriksaan
Pruf Perjawatan (I dan II)
Penyediaan rekod dan laporan perjawatan di luar
Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 8 daripada 69
8
iv) Seksyen Pengurusan Latihan
Kursus Induksi Umum dan Khusus
Pemantauan latihan (Majlis Jawatankuasa Latihan)
Panel penilai induksi
Pelan Komprehensif Latihan
Kursus penambahbaikan
Pelaksanaan Dasar Latihan
Kalendar Program Latihan
Penyelarasan Kursus anjuran Agensi Pusat
Permohonan latihan, bengkel, seminar dan persidangan dalam dan luar
Negara
Kursus Petugas Barisan Hadapan (PBH)
Pelaksanaan kursus Islam Hadhari & penerapan nilai murni
Latihan Industri
Penyelaras Kursus BTN
v) Seksyen Pembangunan Kompetensi
Melaksanakan kursus Penilaian Tahap Kecekapan
Menguruskan peperiksaan semua tahap Penilaian Tahap Kecekapan
Penggubalan soalan Penilaian Tahap Kecekapan
Urus setia Panel Penilaian Tahap Kecekapan (dari segi penentuan soalan,
markah peperiksaan dan keputusan)
Pelaksanaan aktiviti Penilaian Tahap Kecekapan bagi kelayakan masuk
PMR ke bawah seperti pemerhatian, temu duga dan amali
Urus setia Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi
Menguruskan cadangan Nilai Taraf Penilaian Tahap
Kecekapan
Menguruskan semua rayuan Penilaian Tahap
Kecekapan
Penambahbaikan pelaksanaan Penilaian Tahap
Kecekapan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 9 daripada 69
9
vi) Seksyen Naik Pangkat Dan Tatatertib
Urusan tatatertib
Urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan
Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)
Pelan Integriti Nasional (PIN)
Pengisytiharan Harta
Urusan pencalonan kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Tapisan Keselamatan
Pelaksanaan Sistem Pemantauan Audit Nilai
Urusan tanggung kerja
Menguruskan aduan salah laku
Urusan permohonan tanah Kerajaan
Pemantauan laporan kehadiran
vii) Seksyen Perkhidmatan Psikologi
Pelaksanaan program aplikasi psikologi di kementerian
Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel
Aplikasi psikologi dalam intervensi
Aplikasi penyelidikan dalam psikologi
Aplikasi psikologi dalam penilaian personel
Membantu pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan program nilai-nilai
murni
Peranan perkhidmatan psikologi dalam HRMIS
Sebagai pegawai penyelaras dalam pelaksanaan sistem
pengurusan audit nilai dalam perkhidmatan awam di
Agensi
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 10 daripada 69
10
2.2.7 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
i) Membangun Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian dan
Jabatan/Agensi secara bersepadu
ii) Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan ICT (JPPICT) Kementerian
iii) Memastikan pelaksanaan projek ICT di Kementerian mengikut perancangan ISP,
dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan
iv) Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi Kementerian melalui
penggunaan ICT
v) Membantu Kementerian melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik
vi) Mengawalselia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT
sektor awam
vii) Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ICT
viii) Merancang dan melaksanakan pembangunan kapasiti ICT
ix) Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong
fungsi dan operasi Kementerian
x) Merancang dan melaksanakan proses perolehan dan pelupusan peralatan ICT
xi) Merancang dan menyelaras pembangunan serta pelaksanaan NRE*Net
2.2.8 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPKN)
i) Pengurusan Pentadbiran Am
a) Pentadbiran Am
Sistem Perakam Waktu
Pas Lawatan/Pasport
b) Urusan Surat menyurat
Terimaan/Penghantaran surat mesyuarat
Penerimaan dan pengedaran semua pekeliling
c) Pengurusan Fail serta dokumen-dokumen terbuka
dan terperingkat
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 11 daripada 69
11
d) Urusan Keselamatan
Urusan Pas Keselamatan/Pas Pelawat
Keselamatan bangunan
Arahan Keselamatan
Latihan Kebakaran
Pemantauan tugas kawalan keselamatan swasta
e) Pengurusan kenderaan Jabatan
Permohonan tempahan kenderaan
Penyenggaraan Kenderaan Jabatan dan Kenderaan rasmi
Pengurusan kad indent dan ‘Touch & Go’
f) Penyewaan ruang pejabat, bangunan dan rumah kediaman
g) Urusan telefon rasmi, pejabat rumah dan faksimili
Kutipan bayaran balik telefon persendirian
Permohonan telefon/ faksimili
h) Permohonan pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer
i) Urusan anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan/ Negeri
j) Pengurusan Cuti Bahagian
k) Pengurusan Bangunan, Kontrak Penyelenggaraan dan Kebersihan, Taman
dan Hiasan bangunan
Pengurusan majlis rasmi/mesyuarat peringkat Kebangsaan, Kementerian
Pengurusan stor penerimaan, penstoran, pengeluaran
barang-barang. Pengiraan, pemeriksaan dan
Verifikasi Stok
Pengurusan Inventori dan harta modal
Kehilangan, Pelupusan dan Hapus Kira
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 12 daripada 69
12
ii) Pengurusan Kewangan
a) Pengurusan Bajet
Pengurusan Bajet Kementerian dan Bahagian
Menyelaras perakuan bagi kelulusan Pegawai Pengawal atau
Perbendaharaan
Mengurus pembayaran Peruntukan Pembangunan, Waran Peruntukan,
Pindah Peruntukan
Menyediakan dan mengemukakan penyata penyesuaian Bulan Vot akaun
pusat ke JANM
Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada Perbendaharaan
Urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
b) Pengurusan Perolehan
Mengurus perolehan Kementerian secara terus, sebut harga, tender
terhad dan tender terbuka
Mengurus perolehan perkhidmatan multimodal transport operator
Urusan pengeluaran pesanan tempatan
Pengurusan kontrak perolehan
c) Pengurusan Pembayaran
Urusan pembayaran gaji
Menguruskan pungutan hasil
Penyediaan baucer bayaran
Urusan permohonan pendahuluan diri dan tuntutan
iii) Perpustakaan
Memberi perkhidmatan kepada semua pegawai dan
kakitangan di bawah NRE di samping sebagai pusat
maklumat kepada Agensi kerajaan, pusat pengajian
tinggi dan sektor swasta
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 13 daripada 69
13
iv) Unit Korporat
a) Menyelaras perancangan dan penggubalan dasar, peraturan dan program
Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya selaras dengan keputusan
Jemaah Menteri
b) Mengurus dan menyelaras penyediaan dan kajian semula pelan strategik
Kementerian
c) Memantau pelaksanaan dasar, pelan strategik, peraturan dan program
Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya
d) Menyelaras penyediaan maklumbalas ke atas keputusan Jemaah Menteri
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian dan Agensi-
Agensi di bawahnya
e) Menyelaras penyediaan ulasan ke atas kertas-kertas Jemaah Menteri
Kementerian lain
f) Menyelaras penyediaan maklumbalas, input dan ikhtisar kepada Kementerian
lain mengenai hal-hal antarabangsa yang berkaitan dengan Kementerian dan
Agensi-Agensi di bawahnya
g) Menyelaras hal ehwal perhubungan awam dan acara rasmi Kementerian
h) Menyelaras promosi, publisiti dan peningkatan imej Kementerian
i) Melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan bagi aktiviti-aktiviti Kementerian
yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian
2.2.9 Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
i) Menjadi penasihat kepada sektor awam dalam penggubalan dan pelaksanaan
dasar bagi urusan data geospatial
ii) Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan
standard maklumat geografi/geomatik
iii) Bertindak sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial
Negara (PPMGN)
iv) Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan
pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan
data geospatial
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 14 daripada 69
14
v) Menyediakan infrastruktur data geospatial dan menyelaras
aktiviti clearinghouse
vi) Merancang dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia dalam
bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS)
vii) Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan MyGDI ke seluruh negara
dan menggalakkan penggunaannya
viii) Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi GIS
ix) Mewakili sektor awam dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di
peringkat antarabangsa
2.2.10 Bahagian Pembangunan (BP)
i) Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan projek-projek
pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) NRE mengikut
keutamaan dasar negara
ii) Menyelaras penyediaan anggaran belanjawan pembangunan tahunan bagi
Kementerian/Jabatan/Agensi/Bahagian di bawah Kementerian
iii) Memantau status kemajuan pelaksanaan projek–projek pembangunan melalui
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II), lawatan tapak atau laporan daripada
Jabatan/Agensi/Bahagian
iv) Mempengerusikan/menghadiri mesyuarat pemantauan projek, pemeriksaan bajet,
dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan yang diadakan oleh
Jabatan/Agensi/Bahagian
v) Mengambil tindakan susulan terhadap projek-projek bermasalah/sakit dengan
mengenalpasti punca masalah dan membuat cadangan bagi mengatasinya
dengan segera
vi) Menyelaras dan menyediakan laporan-laporan berhubung
dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan
Jabatan/Agensi/Bahagian serta membuat penilaian
impak terhadap keberkesanannya kepada kumpulan
sasar dan Negara
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 15 daripada 69
15
2.2.11 Unit Audit Dalam (UAD)
i) Menentukan operasi kewangan Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawah
kawalannya diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar,
undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi
ii) Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod-
rekod yang diselenggara
iii) Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian
dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan
iv) Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi
Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawah kawalannya
v) Mengemukakan laporan mengenai operasi Kementerian kepada Ketua
Setiausaha (Pegawai Pengawal) supaya beliau dapat meneliti kedudukan
Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawah kawalannya dari segi pentadbiran dan
pengurusan kewangan; menentukan matlamat rancangan yang dijalankan dapat
dicapai dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekap dan teratur
vi) Memberi maklumat kepada Bahagian Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan
Perbendaharaan Malaysia apabila perlu bagi membantu, mengulang kaji dan
menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop Unit Audit Dalam
2.2.12 Unit Undang-Undang
i) Bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara dan adalah menjadi suatu
bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di
peringkat Kementerian/Jabatan untuk memberikan nasihat dan pandangan
(secara bertulis atau lisan) dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
ii) Membantu dalam mentafsirkan undang-undang,
terma-terma kontrak/perjanjian/memorandum persefahaman
dan apa-apa dokumen perundangan lain di bawah NRE
iii) menggubal dan menyemak undang-undang dan dokumen
perundangan seperti notis/kontrak/perjanjian/memorandum
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 16 daripada 69
16
persefahaman dimana ia melibatkan Kerajaan (NRE) sebagai salah seorang
daripada pihak dan sekaligus bagi menjaga kepentingan Kerajaan
iv) Melibatkan diri di dalam proses penggubalan Perundangan Utama dan
Perundangan Subsidiari seperti menggubal undang-undang baru, memansuhkan
undang-undang yang tidak lagi releven serta meminda undang-undang yang
sedia ada yang di bawah kawalan dan seliaan NRE
v) Menjadi perantara antara NRE dan Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
dalam memberikan maklumat apabila diperlukan bagi kes-kes sivil oleh atau
terhadap NRE/Jabatannya
vi) Menghadiri mesyuarat/perbincangan di peringkat NRE/Jabatan dan memberikan
nasihat perundangan bagi membantu mencapai sesuatu keputusan dan
memastikan keputusan tersebut dibuat berdasarkan undang-undang
vii) Menghadiri sesi persidangan Parlimen bagi membantu di dalam memberikan
nasihat dan pandangan perundangan apabila diperlukan
2.2.13 Unit Komunikasi Korporat (UKK)
i) Merancang dan melaksanakan Pelan Media berhubung publisiti, promosi dan
kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi
Kementerian melalui stesen TV dan radio, bahan promosi seperti gegantung
(Bunting), kain rentang (Banner) dan Billboard; artikel untuk sisipan akhbar, teks
ucapan dan program penyampaian maklumat perkhidmatan NRE dan Agensi
ii) Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media
dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/siding media. Kenyataan
akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar dan program bersama
media
iii) Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan
maklumat bagi setiap dasar,peranan, program dan aktiviti
serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan
cetakan seperti bulletin, laporan tahunan, brosur, risalah,
rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan
pihak awam dan media
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 17 daripada 69
17
iv) Memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima
melalui akhbar, surat, laman web dan yang hadir sendiri, serta aduan dari Biro
Pengaduan Awam melalui PEMUDAH dan WARKAH untuk PM
v) Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan dari dalam dan
luar Negara yang datang ke Kementerian
vi) Merancang dan mengendali urusan mendapatkan maklum balas dan kepuasan
teras perkhidmatan Kementerian menerusi boring kaji selidik, soalan di Laman
Web, talian telefon dan Kaunter Khidmat Pelanggan
2.3 Visi Organisasi
Menerajui pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah
pencapaian wawasan negara.
2.4 Misi Organisasi
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan sumber asli dan
pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan wawasan negara melalui:
Perancangan bersepadu program dan aktiviti semua Jabatan dan Agensi.
Penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi terkini dan sumber
kewangan.
Pembangunan sumber asli secara optimum untuk menyokong aktiviti nilai tambah.
Peningkatan dan pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Penyebaran dan perkongsian input teknikal dan pengurusan pangkalan data yang
berkesan.
Kerjasama berkesan dengan semua peringkat sektor awam, swasta dan
antarabangsa.
Peningkatan kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan
berkesan.
2.5 Dasar Kualiti Organisasi
NRE adalah komited untuk menguruskan sumber asli negara,
pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta memelihara alam
sekitar dan kawasan perlindungan yang cekap dan berkesan
bagi menjamin kesejahteraan generasi pada masa akan datang.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 18 daripada 69
18
2.6 Struktur Organisasi
2.7 Perkhidmatan yang diberikan
Perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah
seperti berikut:-
2.7.1 Menggubal dasar, perundangan , peraturan dan garis panduan berkaitan
pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
2.7.2 Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar,
perundangan , peraturan, garis panduan dan perkhidmatan
serta melakukan penambahbaikansecara berterusan
berkaitan pengurusan sumber .
2.7.3 Mengurus program latihan dan pembangunan sumber
manusia bagi melahirkan warga kerja yang kompeten
dan anggota masyarakat yang berpengetahuan.
2.7.4 Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang
mencukupi bagi memperkasa Jabatan dan Agensi.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 19 daripada 69
19
2.7.5 Merangsang usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan
pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar bagi meningkat nilai
tambah pembangunan negara.
2.7.6 Menentu dan menyelenggara urusan persempadanan.
2.7.7 Menerajui perwujudan dan pengurusan maklumat geospatial dan geospatial
negara.
2.7.8 Memastikan perancangan dan pembangunan sumber asli dan pemuliharaan alam
sekitar secara bersepadu.
2.7.9 Menyelaras, mengawasi dan menguatkuasakan undang-undang mengenai
sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
2.7.10 Bertindak sebagai focal point bagi perjanjian pelbagai hala tuju mengenai sumber
asli dan alam sekitar.
2.7.11 Mempertahankan kepentingan negara dalam rundingan-rundingan peringkat
serantau dan antarabangsa mengenai sumber asli dan alam sekitar.
2.7.12 Meningkatkan kesedaran dan sokongan awam mengenai kepentingan
keseimbangan penggunaan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
2.7.13 Mewujudkan rangkaian kerjasama di kalangan pihak berkepentingan dalam
pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
2.7.14 Menentukan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan
berkaitan perkhidmatan sumber asli dan alam sekitar
2.8 Pelanggan Organisasi
a) Menteri NRE
b) Jabatan-Jabatan di bawah NRE
i. Jabatan Alam Sekitar
ii. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
iii. Jabatan Pengairan dan Saliran
iv. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
v. Jabatan Taman Laut Malaysia
vi. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 20 daripada 69
20
vii. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
viii. Institut Tanah dan Ukur Negara
ix. Institut Penyelidikan Hidraulik Malaysia
x. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
xi. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Malaysia
xii. Jabatan BioKeselamatan Malaysia
c) Orang Awam
d) Agensi – Agensi Kerajaan Pusat / Negeri
3.1 Skop Pelaksanaan
NRE melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Penggubalan dan
Pemantauan Dasar, Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa serta
Pengeluaran Permit Eksport Mineral dan Pelbagai Bahan Batuan berdasarkan Standard
MS ISO 9001:2008 di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Wisma
Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya.
Sistem Pengurusan Kualiti NRE ini tidak terlibat dengan:
7.5.2 Validasi Ke atas Proses Penghasilan dan Penyediaan Produk atau Perkhidmatan
7.5.4 Harta Hakmilik Pelanggan
7.6 Kawalan Ke atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan
3.2 Dasar Kualiti
Adalah menjadi matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti dalam mengubal dan memantau dasar berkaitan
pengurusan sumber asli yang meliputi pemuliharaan dan
pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan dan
pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan;
persidangan antarabangsa dan pengeluaran permit eksport
mineral dan pelbagai bahan batuan.
BAHAGIAN 3 : SISTEM PENGURUSAN KUALITI NRE
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 21 daripada 69
21
NRE juga komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem
Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua objektif kualiti yang ditetapkan bagi
memastikan ianya sentiasa sesuai mengikut kehendak pelanggan.
3.3 Objektif Kualiti
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap
fungsi yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti seperti berikut:
A. Penggubalan dan Pindaan Dasar/Akta.
i. Menyediakan draf pertama kertas kerja bagi menggubal/meminda dasar/akta dalam
tempoh 2 bulan mulai dari tarikh penerimaan arahan sehingga draf pertama kertas
kerja dikemukakan kepada Stakeholder/ Kementerian/ Jabatan/Agensi.
ii. Mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet dalam
tempoh 2 bulan mulai dari tarikh penerimaan ulasan daripada Jabatan Peguam
Negara.
B. Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa
i. Menyediakan laporan persidangan mesyuarat dalam tempoh 2 minggu selepas
tamat persidangan.
C. Pengeluaran Permit Eksport Mineral dan Pelbagai Bahan Batuan
i. Tempoh memproses permohonan dan mengeluarkan permit eksport mineral dan
bahan batuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas permohonan lengkap
diterima.
D. Pengurusan dan Sokongan
i. Latihan
100% peratus anggota menghadiri kursus selama 7 hari
yang ditetapkan.
ii. Perolehan
Memproses bil/tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 22 daripada 69
22
iii. Aduan Pelanggan
a. Mengeluarkan akuan penerimaan aduan dalam tempoh satu (1) hari daripada
tarikh penerimaan aduan.
b. Mengeluarkan surat maklumbalas bagi aduan yang tidak memerlukan siasatan
lanjut dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan aduan.
c. Mengeluarkan surat maklumbalas bagi aduan yang memerlukan siasatan lanjut
dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan aduan.
3.4 Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan Kualiti
a. Penggubalan dan Pindaan Dasar/Akta
Proses penggubalan/pindaan sesuatu dasar atau akta bermula dengan penerimaan
arahan daripada KSU/TKSU. Satu kertas konsep disediakan dan dibentangkan oleh
Kumpulan Kerja yang ditubuhkan sebagai panduan untuk menyediakan draf kertas dasar
atau Rang Undang-Undang (RUU). Perbincangan dengan stakeholder/ Kementerian/
Jabatan/ Agensi yang berkaitan diadakan sebelum draf kertas dasar atau RUU
dikemukakan ke Kementerian/ Jabatan/ Agensi atau Jabatan Peguam Negara untuk
ulasan. Memorandum Jemaah Menteri akan disediakan dan dibentangkan dalam
Mesyuarat One Stop Center (OSC) / Jawatankuasa berkaitan untuk tujuan penyelarasan
sebelum dikemukakan kepada YB Menteri untuk mendapatkan kelulusan pembentangan
di Mesyuarat Jemaah Menteri. Bagi dasar atau RUU berkaitan tanah, ia perlu
dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN). Sementara itu,
penggubalan/pindaan RUU pula memerlukan ianya dibentangkan di Parlimen sebelum
diwartakan. Setelah suatu dasar/akta dikeluarkan, pemantauan ke atas pelaksanaannya
dijalankan dengan penyediaan laporan status pelaksanaan dan
dikemukakan kepada KSU/TKSU untuk makluman dan keputusan.
b. Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa
Proses penyertaan delegasi NRE ke mesyuarat/persidangan
antarabangsa bermula dengan penerimaan jemputan daripada
pihak penganjur. Jemputan akan dipanjangkan ke Bahagian/
Jabatan/Agensi berkaitan untuk mendapatkan penyertaan. Minit ceraian
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 23 daripada 69
23
mengenai cadangan delegasi dikemukakan kepada KSU untuk kelulusan. Dari segi
persediaan logistik, credential letter, dan senarai delegasi perlu disediakan sebelum
delegasi berlepas menyertai persidangan/mesyuarat. Mesyuarat persediaan akan diatur
bagi membincangkan pendirian Negara dan menyediakan intervention notes/brief/talking
points. Satu laporan perlu disediakan setelah delegasi menghadiri mesyuarat/persidangan
antarabangsa tersebut.
c. Pengeluaran Permit Eksport Mineral dan Pelbagai Bahan Batuan
Proses pengeluaran Permit Eksport mineral dan pelbagai bahan batuan bermula dengan
penerimaan permohonan atas talian oleh syarikat pengeksport bahan mineral dan
pelbagai batuan. Dokumen permohonan yang lengkap akan disediakan untuk
dikemukakan kepada JMG untuk penyediaan SPT. Dokumen permohonan disediakan
untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Permit Eksport Mineral (JAPEM)
yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar ataupun YBrs. SUB Mineral dan Geosians dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil
dari Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan wakil Bahagian Mineral dan
Geosains (BMG). Setelah mesyuarat JAPEM bersidang permit eksport mineral akan
dikeluarkan kepada pengeksport mengikut kepada keputusan mesyuarat tersebut. Bagi
rayuan permohonan, lawatan tapak akan diaturkan dan SPT baru dari JMG negeri untuk
dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Permit Eksport. Keputusan rayuan
dimaklumkan kepada pemohon dan salinkan kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia,
APMM, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri berkaitan dan Jabatan Tanah dan Galian
Negeri.
3.5 Pelanggan Sistem Pengurusan Kualiti
Pelanggan Sistem Pengurusan Kualiti adalah seperti yang
dinyatakan dalam para 2.8.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 24 daripada 69
24
4.1 Keperluan Am
NRE mewujud, mendokumen, melaksana serta menyelenggara Sistem Pengurusan
Kualiti selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2008. NRE juga memberi tumpuan
kepada peningkatan secara berterusan terhadap keberkesanan organisasinya.
Untuk itu NRE:
a. Menentukan proses-proses yang terlibat pelaksanaan proses Penggubalan dan
Pemantauan Dasar/Akta Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa,
Pengeluaran Permit Eksport Mineral dan Pelbagai Bahan Batuan;
b. Menentukan turutan dan hubung kait di antara proses-proses ini menerusi Carta A;
c. Menentukan kriteria dan kaedah yang perlu ada bagi mamastikan proses-proses
dalam Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan serta kawalan ke atas proses-
proses tersebut sentiasa berkesan;
d. Menyediakan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan dan
pemantauan proses-proses tersebut;
e. Memantau, mengukur (di mana sesuai) dan menganalisis Sistem Pengurusan Kualiti
melalui Audit Dalam, Kajian Semula Pengurusan, aduan dan maklumbalas daripada
pelanggan serta pemantauan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan;
f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat
yang dirancang dan membuat penambahbaikan yang
berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti;
BAHAGIAN 4 : DASAR DAN PRINSIP ASAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Seksyen 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 25 daripada 69
25
NRE adalah terlibat dengan proses-proses yang di outsource iaitu bagi proses
pelantikan perunding luar bagi menjalankan kajian dasar (rujuk prosedur PK NRE (D) 01
– Mengubal/Meminda Dasar). NRE akan mengawal proses-proses ini sungguhpun ianya
di outsource kan. NRE akan bertanggungjawab atas pematuhan kepada semua
kehendak pelenggan, keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 26 daripada 69
26
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 27 daripada 69
27
RINGKASAN AKTIVITI UNTUK SETIAP PROSES YANG DILAKSANAKAN OLEH BAHAGIAN TERLIBAT, INPUT, OUTPUT BAGI SETIAP
PROSES SERTA REKOD-REKOD YANG BERKAITAN
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
1. Menggubal / Meminda
Dasar
Parameter
Menggubal
Meminda
Dasar
Sediakan draf pertama
Mengemukakan draf pertama kertas dasar
untuk persetujuan KSU/TKSU
Mengadakan perbincangan dengan
stakeholder/ Kementerian/ Jabatan/ Agensi
Menyediakan draf kedua
Bentang draf kedua dalam Mesyuarat
Kumpulan Kerja dan membuat pindaan
sekiranya perlu
Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri
dan bentangkan di dalam Mesyuarat One Stop
Center (OSC)
Mengemukakan draf dasar kepada KSU dan
YB Menteri untuk dipersetujui
Minta ulasan daripada Kementerian/ Jabatan/
Agensi dan masukkan ke dalam Memorandum
Jemaah Menteri
Dasar
berkaitan
Tanah
PK. NRE (D) –
01
(Rujuk Para 7 :
Rekod Kualiti)
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 28 daripada 69
28
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
Terima ulasan dan kemaskini Memorundum
Jemaah Menteri
Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri
untuk urusan tandatangan YB Menteri
Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri ke
Bahagian Kabinet untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri
Menerima keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri
Menyediakan kertas dasar untuk dibincangkan
dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN)
Menerima dan mengedar keputusan
Mesyuarat MTN
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 29 daripada 69
29
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
2 Menggubal / Meminda
Akta
Parameter
Menggubal
Meminda Akta
Menyediakan draf pertama akta
Mengemukakan draf pertama untuk
persetujuan KSU/TKSU
Mengadakan perbincangan dengan
stakeholder/ Kementerian/ Jabatan/ Agensi
Menyediakan draf kedua
Membentangkan draf kedua dalam Mesyaurat
Kumpulan Kerja
Sekiranya setuju, sediakan Memorandum
Jemaah Menteri
Bentangkan dalam Mesyuarat One Stop
Center (OSC)
Mengemukakan kepada KSU dan YB Menteri
untuk persetujuan
Minta ulasan daripada Kementerian/ Jabatan/
Agensi dan masukkan ke dalam Memorandum
Menteri
Pelaksanaan
Dasar/Akta
PK. NRE (D) – 02
(Rujuk Para 7 :
Rekod Kualiti)
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 30 daripada 69
30
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
Terima ulasan dan mengemaskini
Memorandum Jemaah Menteri
Kemukakan kepada YB Menteri untuk
pengesahan dan tandatangan
Kemukakan ke Bahagian Kabinet untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri
Menerima dan mengedar keputusan untuk
pelaksaan
Mencetak RUU di Percetakan Nasional Berhad
Menyediakan draf teks pembentangan RUU di
Parlimen
Kemukakan kepada PUU untuk semakan
Kemukakan draf teks pembentangan RUU
kepada KSU/TKSU
Sesi taklimat kepada Ahli Kelab
Bentang RUU di Parlimen
Menyediakan draf Warta Kerajaan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 31 daripada 69
31
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
3 Memantau
Pelaksanaan Dasar /
Akta
Parameter
Memantau
Pelaksanaan
Dasar / Akta
Menyediakan jadual pemantauan pelaksanaan
dasar/akta
Dapatkan maklumbalas pelaksanaan
dasar/akta daripada Jabatan/agensi
Buat analisis ke atas maklum balas yang
diterima dan sediakan Laporan Maklum balas
Pelaksanaan Dasar /Akta
Kemukakan laporan untuk makluman dan
perhatian KSU/TKSU
Pemantauan
Pelaksanaan
Dasar / Akta
Analisa
maklumbalas
PK. NRE (D) – 03
(Rujuk Para 7 :
Rekod Kualiti)
4 Penyertaan Ke
Mesyuarat /
Persidangan
Antarabangsa
Parameter
Penyertaan
Mesyuarat
Persidangan
Antarabangsa
Terima jemputan mesyuarat / persidangan
antarabangsa
Hantar jemputan ke Jabatan / agensi untuk
pencalonan pegawai
Menyediakan memo cadangan untuk
kelulusan KSU
Sekiranya lulus, pohon credential letter
daripada Kelulusan Luar Negara (Jika Perlu)
Pelaksanaan
Dasar / Akta
PK. NRE (PA) –
01 (Rujuk Para 7 :
Rekod Kualiti)
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 32 daripada 69
32
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
Sekiranya tidak diluluskan, hantar
maklumbalas kepada penganjur
Mengedakan mesyuarat / perbincangan
persediaan
Sediakan draf pendirian Negara / Nota
Intervensi (intervention note) (Jika Perlu) dan
kemukakan kepada KSU/TKSU
Sekiranya lulus, hadir mesyuarat /
persidangan
Sekiranya tidak lulus, pinda dokumen
Sediakan laporan kepada KSU/TKSU
5 Pengeluaran Permit
Eksport Mineral dan
Pelbagai Bahan
Batuan
Parameter
Memantau
Pengeluaran
Permit
Eksport
Mineral dan
bahan Batuan
Menerima permohonan dan dokumen untuk
permit eksport mineral dan pelbagai bahan
batuan
Menyemak permohonan berdasarkan Senarai
Semak. Sekiranya maklumat yang diberi tidak
lengkap, dapatkan maklumat lanjut. Sekiranya
maklumat yang diberikan lengkap, masukkan
data dalam sistem
Pelaksanaan
Pengeluaran
Permit Bahan
Batuan
PK. NRE (AP) –
01 (Rujuk Para 7
: Rekod Kualiti
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 33 daripada 69
33
BIL. PROSEDUR INPUT PROSES OUTPUT REKOD
Menyediakan data maklumat permohonan
Sekiranya dokumen lengkap dapatkan tarikh,
masa dan tempat daripada Pejabat KSU/
TKSU I/ SUB dan membuat persediaan
mesyuarat JAPEM
Sekiranya keputusan mesyuarat lulus, sedia
dan cetak surat kelulusan
Tandatangan surat kelulusan dan serah surat
kelulusan
Sekiranya keputusan mesyuarat tidak
meluluskan, terima suratrayuan sekiranya ada
dan jalankan lawatan tapak (Jika Perlu)
Menyediakan laporan lawatan tapak dan
bentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Rayuan Permit Eksport (Jika Perlu)
Terima keputusan daripada mesyuarat
Jawatankuasa Rayuan dan ambil tindakan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 34 daripada 69
34
4.2 Keperluan Dokumentasi
4.2.1 Am
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti NRE adalah berasaskan kepada 4 peringkat
dokumen iaitu:
a. Manual Kualiti;
b. Prosedur Kualiti;
c. Dokumen Sokongan; dan
d. Rekod Kualiti
Manual Kualiti
Dokumen yang mengandungi dasar dan objektif organisasi, penerangan ringkas
mengenai Sistem Pengurusan Kualiti termasuk bagaimana seksyen-seksyen dalam
Standard MS ISO 9001:2008 dipatuhi.
Prosedur Kualiti
Dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah dalam proses kerja bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti dengan terperinci dari aspek bagaimana dan mengapa
ianya dilaksanakan, bila, di mana dan siapa yang melaksanakannya. Prosedur Kualiti
terbahagi kepada dua iaitu Prosedur Kualiti Proses Utama dan Prosedur Kualiti
Pengurusan dan Sokongan.
Dokumen Sokongan
Dokumen yang menjadi rujukan dan panduan serta perlu dipatuhi dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah didokumenkan dalam dokumen kualiti.
Rekod Kualiti
Rekod-rekod yang menunjukkan kepatuhan kepada Sistem
Pengurusan Kualiti yang diwujudkan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 35 daripada 69
35
Struktur dokumen kualiti ini digambarkan di Rajah 1 berikut:
Prosedur Kualiti
Dokumen Sokongan
Rekod
RAJAH 1
HIRARKI DOKUMENTASI
Menerangkan
Dasar dan Objektif Kualiti
Sistem Pengurusan Kualiti mengikut seksyen-
seksyen dalam standard MS ISO 9001:2008 dan
dasar mengenainya
Menerangkan
Proses-proses yang dijalankan bagi
pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti; dan
Bagaimana sesuatu tugas dijalankan secara
terperinci
Menerangkan
Dokumen yang menyokong
pelaksanaan Sistem Pengurusan
Kualiti seperti Surat Pekeliling, Arahan
Perbendaharaan dan Garis Panduan
Menerangkan
Rekod yang wujud hasil
perlaksanaan SPK dan
menunjukkan kepatuhan
kepada SPK
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 36 daripada 69
Manual Kualiti
36
4.2.2 Manual Kualiti
NRE menyediakan Manual Kualiti yang mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Dasar dan Objektif Kualiti;
b. Skop Sistem Pengurusan Kualiti seperti di para 3.1 dalam
Bahagian 3;
c. Pernyataan mengenai justifikasi bagi keperluan standard yang tidak
dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti, jika berkaitan;
d. Rujukan kepada prosedur-prosedur yang diwujudkan dalam Sistem
Pengurusan Kualiti NRE seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4.1 hingga
8.5.3 di dalam Bahagian 4; dan
e. Penyataan dan kaitan antara proses-proses seperti yang dinyatakan dalam
Carta A dalam Seksyen 4.1.
Dokumen Berkaitan
MK.NRE
PK.NRE(D) - 01 hingga 03
PK.NRE(PA) - 01
PK.NRE(AP) - 01
PK.NRE(PS) - 01 hingga 12
4.2.3 Kawalan Dokumen
Dokumen kualiti yang dikawal di dalam Sistem Pengurusan Kualiti ialah:
a. Manual Kualiti;
b. Prosedur Kualiti;
c. Dokumen Sokongan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 37 daripada 69
37
Dokumen-dokumen ini dikawal melalui cara berikut:
Dokumen Baru
a. Dokumen kualiti yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan
Dokumen Sokongan;
b. Wakil Pengurusan bertanggungjawab memastikan dokumen-dokumen kualiti yang
dirujuk dalam Sistem Pengurusan Kualiti adalah yang terkini dan mudah dirujuk
oleh mereka yang terlibat;
c. Manual Kualiti diluluskan oleh Ketua Setiausaha, manakala Prosedur Kualiti
diluluskan oleh Wakil Pengurusan (Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat
Pengurusan));
d. Setiap keluaran Manual dan Prosedur Kualiti diberikan identifikasi dan dicatatkan
nombor keluaran, tarikh berkuatkuasa dan muka surat;
e. Pemegang dokumen dan nombor kawalan salinan dikenalpasti melalui Senarai
Edaran;
f. Dokumen-dokumen kualiti hanya diedarkan kepada pemegang-pemegang
dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Edaran dan dokumen-dokumen ini
dicop dengan SALINAN TERKAWAL. Disamping itu dokumen juga dimuat naik ke
dalam intranet NRE untuk diguna pakai oleh semua warga NRE;
g. Satu Senarai Induk Dokumen Kualiti Dalaman yang digunakan dalam Sistem
Pengurusan Kualiti dan status terkininya disediakan. Senarai ini
dikemaskini dari semasa ke semasa apabila berlaku
perubahan ke atas status dokumen-dokumen tersebut; dan
h. Satu Senarai Induk Dokumen Luaran dan status
terkininya juga disediakan, mengikut keperluan, bagi
perancangan dan operasi Sistem Pengurusan Kualiti.
Senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa apabila
berlaku perubahan ke atas status dokumen-dokumen tersebut.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 38 daripada 69
38
Pindaan Dokumen
a. Setiap anggota boleh memberikan cadangan pindaan kepada dokumen kualiti.
Cadangan pindaan mesti dikemukakan kepada Wakil Pengurusan (Setiausaha
Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan)) dengan menggunakan Borang Cadangan
Pindaan;
b. Sebarang pindaan ke atas Manual Kualiti mendapat kelulusan Ketua Setiausaha.
Manakala pindaan ke atas Prosedur Kualiti mendapat kelulusan Wakil Pengurusan
(Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan));
c. Semua pindaan yang dibuat dicatatkan di dalam Rekod Pindaan;
d. Pindaan ke atas Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti dibuat dengan menggantikan
keseluruhan dokumen dan no. keluaran ditambah dan tarikh kuatkuasa yang baru
diberikan;
e. Dokumen-dokumen yang telah dipinda diedarkan kepada pemegang-pemegang
dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Edaran dan juga dimuat naik ke dalam
intranet NRE untuk diguna pakai oleh semua warga NRE;
f. Pengurus dokumen bertanggungjawab memusnahkan dokumen yang tidak
terpakai; dan
g. Satu salinan dokumen asal disimpan dan ditandakan “BATAL”.
Pengurus Dokumen
Ketua Penolong Setiausaha (Pentadbiran) dilantik sebagai
Pengurus Dokumen yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan dokumen kualiti.
Penolong Setiausaha (Pentadbiran) dilantik sebagai Timbalan Pengurus Dokumen
untuk membantu Pengurus Dokumen dalam pengurusan dokumen kualiti NRE.
Bagi tujuan mengawal dokumen Sistem Pengurusan Kualiti,
NRE mewujud dan menyenggara prosedur Kualiti Kawalan Dokumen.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 39 daripada 69
39
Dokumen Berkaitan
PK.NRE(PS) - 01 Kawalan Dokumen
4.2.4 Kawalan Rekod
a. Rekod-rekod kualiti dan tempoh penyimpanannya dikenal pasti dalam setiap
prosedur kualiti;
b. Tatacara bagi mengawal, mengenalpasti, menyimpan, mendapatkan semula
dan melupuskan rekod-rekod dalam bentuk hardcopy dan secara atas-talian
didokumenkan dalam Prosedur Kualiti Kawalan Rekod;
c. Pelupusan rekod-rekod kualiti dibuat mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1/1997
dan Pekeliling (atas talian);
Dokumen Berkaitan
PK.NRE(PS) - 02 - Kawalan Rekod
5.1 Komitmen Pengurusan
Ketua Setiausaha memberi komitmen dalam membangun, melaksana dan menambah
baik secara berterusan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dengan cara:
a. Menyampaikan kepada semua kakitangan mengenai pentingnya
bagi organisasi memenuhi kehendak pelanggan serta
mematuhi keperluan peraturan dan perundangan;
b. Mewujudkan dasar kualiti;
c. Mewujudkan objektif-objektif kualiti ;
d. Menjalankan Kajian Semula Pengurusan; dan
e. Memastikan sumber yang perlu disediakan.
Seksyen 5 : Tanggungjawab Pengurusan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 40 daripada 69
40
5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan
Ketua Setiausaha bertanggungjawab memastikan kehendak pelanggan NRE
dikenalpasti dan dipenuhi dengan tujuan meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
Piagam pelanggan disediakan bagi menentukan tahap perkhidmatan yang diberikan.
Prestasi Sistem Pengurusan Kualiti NRE diukur melalui penilaian ke atas kepuasan
hati pelanggan. Peti Cadangan, NRE*Pelanggan, Hari Bersama Pelanggan, Kaunter
Khidmat Pelanggan, Borang Aduan dan juga Kajian Kepuasan Pelanggan.
Dokumen berkaitan
PK.NRE(PS) - 10 - Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
5.3 Dasar Kualiti
Ketua Setiausaha bertanggungjawab:
a. Menggubal dasar kualiti seperti di para 3.2 yang mengandungi komitmen Ketua
Setiausaha untuk mematuhi keperluan dan meningkatkan Sistem Pengurusan
Kualiti secara berterusan selaras dengan misi dan visi.
b. Menggunakan dasar kualiti ini sebagai asas untuk mewujud dan menyemak
semula objektif kualiti seperti di para 3.3 di Bahagian 3.
c. Menyebarkan dan memberi kefahaman mengenai dasar kualiti ini kepada semua
anggota organisasi.
d. Mengkaji semula dasar kualiti ini melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
untuk memastikan kesesuaian dan keberkesanannya berterusan.
5.4 Perancangan
5.4.1 Objektif Kualiti
Ketua Setiausaha menetapkan objektif kualiti seperti di para
3.3 di Bahagian 3.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 41 daripada 69
41
5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti
Ketua Setiausaha memastikan:
a. Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan seperti mana yang didokumenkan dan
objektif kualiti yang ditetapkan dapat dicapai. Dalam membuat perancangan
Sistem Pengurusan Kualiti, Ketua Setiausaha mengambilkira perkara-perkara
berikut:
i. Kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan;
ii. Tanggungjawab dan kuasa bagi melaksanakan perancangan dan
penambahbaikan proses;
iii. Sumber yang diperlukan seperti kewangan, infrastruktur dan persekitaran
yang sesuai;
iv. Petunjuk prestasi bagi menilai pencapaian usaha penambahbaikan serta
keperluan dan kaedah bagi mengusahakan penambahbaikan; dan
v. Dokumen yang perlu bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti serta
rekod-rekod hasil daripadanya.
b. Sekiranya berlaku perubahan di dalam agensi, Wakil Pengurusan akan
bertanggungjawab untuk mengenalpasti kesan perubahan-perubahan ini dan
menentukan sama ada Sistem Pengurusan Kualiti yang didokumenkan perlu
dipinda dan membuat demikian sekiranya perlu.
5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi
5.5.1 Tanggungjawab dan Kuasa
a. Ketua Setiausaha bertanggungjawab menentukan tugas,
tanggungjawab dan kuasa semua staf yang terlibat dalam
mengurus dan melaksana aktiviti-aktiviti yang mempunyai
kesan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti; dan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 42 daripada 69
42
b. Tugas, tanggungjawab dan kuasa ini disebarkan kepada semua staf yang terlibat
dalam Sistem Pengurusan Kualiti melalui Dokumentasi MS ISO 9001:2008,
Fail Meja dan Senarai Tugas anggota organisasi.
5.5.2 Wakil Pengurusan
Ketua Setiausaha melantik Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai Wakil
Pengurusan. Wakil Pengurusan mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti
berikut:
a. Mewujud, melaksana dan menyelenggarakan pelaksanaan Sistem Pengurusan
Kualiti;
b. Melaporkan kepada pihak pengurusan atasan mengenai keberkesanan Sistem
Pengurusan Kualiti dan sebarang keperluan penambahbaikan;
c. Berurusan dengan pihak luar mengenai perkara-perkara berkaitan dengan Sistem
Pengurusan Kualiti; dan
d. Memastikan aktiviti berkaitan dengan kesedaran terhadap kehendak pelanggan
sentiasa dilaksanakan di kalangan anggota organisasi yang terlibat dalam
pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.
Ketua Setiausaha juga melantik Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
sebagai Timbalan Wakil Pengurusan bagi membantu Wakil Pengurusan dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan di atas. Surat pelantikan
Wakil Pengurusan dan Timbalan Wakil Pengurusan yang menyatakan
tanggungjawab mereka disediakan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 43 daripada 69
43
5.5.3 Komunikasi Dalam Organisasi
Ketua Setiausaha menyampaikan maklumat mengenai keberkesanan Sistem
Pengurusan Kualiti kepada semua anggota organisasi melalui Mesyuarat
Pengurusan, perhimpunan bulanan, buletin NRE dan laman web.
5.6 Kajian Semula Pengurusan
5.6.1 Am
Ketua Setiausaha bertanggungjawab untuk :
a. Mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan sekurang-kurangnya dua
kali setahun bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti terus sesuai dan
berkesan. Kajian semula ini meliputi penilaian ke atas peluang-peluang
penambahbaikan dan keperluan membuat perubahan ke atas Sistem
Pengurusan Kualiti termasuk perubahan keatas dasar dan objektif kualiti;
b. Menentukan keanggotaan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan seperti
berikut:
Pengerusi : Ketua Setiausaha
Setiausaha : Wakil Pengurusan
Ahli-ahli : Timbalan Ketua Setiausaha I (SA)
Timbalan Ketua Setiausaha II (AS)
Semua Setiausaha Bahagian/Pengarah/Ketua Unit
Ketua Pasukan Audit Dalam
MS ISO 9001:2008
Pengurus Dokumen
c. Memastikan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat
diminitkan dan Wakil Pengurusan bertanggungjawab
untuk memastikan tindakan susulan diambil ke atas
keputusan mesyuarat.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 44 daripada 69
44
Dokumen berkaitan
PK.NRE(PS)- 03 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
5.6.2 Input Kepada Kajian Semula Pengurusan
Agenda Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan merangkumi:
a. Pencapaian Dasar dan Objektif Kualiti
b. Penemuan Audit Dalam dan Audit Luar
c. Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
d. Prestasi Proses Penghasilan Produk atau Perkhidmatan (process performance)
dan Prestasi kepatuhan kepada ciri-ciri kualiti yang ditetapkan (product
conformity) ;
e. Status tindakan pembetulan dan pencegahan;
f. Tindakan susulan ke atas Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang lepas;
g. Perubahan yang boleh memberi kesan kepada Sistem Pengurusan Kualiti;
h. Cadangan penambahbaikan;
i. Keperluan dan keberkesanan latihan; dan
j. Penilaian prestasi pembekal.
Dokumen berkaitan
PK.NRE (PS) - 03 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan bertanggungjawab
membuat keputusan mengenai perkara-perkara berikut:
a. Peningkatan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti
dan proses-prosesnya;
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 45 daripada 69
45
b. Peningkatan kualiti produk atau perkhidmatan selaras dengan keperluan
pelanggan; dan
c. Sumber-sumber yang diperlukan.
Wakil Pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan keputusan-keputusan
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dilaksanakan dan memantau pelaksanaannya.
Rekod Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan disimpan dan diselenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) – 03 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
6.1 Bekalan Sumber
NRE merancang, mengenalpasti dan mendapatkan sumber-sumber yang mencukupi
seperti berikut untuk melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti dan
meningkatkan keberkesanannya secara berterusan supaya sentiasa dapat memenuhi
kehendak pelanggan:
a. Bilangan staf yang mencukupi;
b. Staf yang terlatih;
c. Peruntukan kewangan yang mencukupi;
d. Peralatan dan infrastruktur pejabat yang sesuai; dan
e. Persekitaran kerja yang kondusif.
Prestasi belanjawan NRE akan dinilai setiap tiga bulan dan
tindakan penyelarasan akan diambil, sekiranya perlu.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) - 05 - Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan
Seksyen 6 : Pengurusan Sumber
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 46 daripada 69
46
6.2 Sumber Manusia
6.2.1 Am
a. NRE memastikan anggota yang melaksanakan tugas yang ada memberi kesan
terhadap pematuhan kepada keperluan produk atau perkhidmatan adalah
kompeten berasaskan proses pendidikan, latihan, kemahiran dan pengalaman
bagi memastikan proses Penggubalan dan Pemantauan Dasar, Penyertaan ke
Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa dan Pengeluaran Permit Eksport (AP)
Untuk Bahan Mineral dan Pelbagai Jenis Bahan Batuan berada ditahap yang
berkualiti.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) - 04 - Pengurusan Latihan
6.2.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran
NRE:
a. Menentukan kompetensi yang perlu ada pada setiap anggota yang menjalankan
tugas yang terlibat dengan Sistem Pengurusan Kualiti;
b. Merancang dan mengadakan program untuk membangunkan kompetensi yang
dikenalpasti;
c. Menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil untuk
mencapai tahap kompetensi yang dikenalpasti bagi setiap
anggota;
d. Memastikan setiap anggota sedar akan kepentingan
tugas-tugasnya dan bagaimana mereka menyumbang
kepada pencapaian objektif-objektif kualiti; dan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 47 daripada 69
47
e. Menyenggara rekod-rekod yang bersesuaian dengan pendidikan, latihan,
kemahiran dan pengalaman anggota dalam Buku Log Latihan dan Buku Rekod
Perkhidmatan.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) – 04 - Pengurusan Latihan
6.3 Infrastruktur
NRE menentu, menyedia dan menyelenggara infrastruktur yang diperlukan bagi
memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan menepati keperluan yang
ditetapkan.
Infrastruktur merangkumi:
a. Tempat dan ruang kerja serta kemudahan yang berkaitan seperti perabot, hawa
dingin dan lain-lain yang berkaitan;
b. Peralatan yang meliputi perkakasan dan perisian yang diperlukan ; dan
c. Perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan, alat komunikasi serta sistem
maklumat.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE(PS) - 06 - Penyelenggaraan Peralatan Pejabat
PK.NRE(PS) - 07 - Penyenggaraan Pembaikan Peralatan
ICT
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 48 daripada 69
48
6.4 Persekitaran Tempat Kerja
NRE menentukan dan mengurus persekitaran tempat kerja yang perlu bagi
memastikan pematuhan kepada keperluan yang ditetapkan bagi produk atau
perkhidmatan. Persekitaran tempat kerja meliputi keadaan fizikal, persekitaran dan
faktor-faktor lain.
7.1 Perancangan Bagi Proses Penghasilan dan Penyampaian Produk atau
Perkhidmatan
NRE merancang dan mewujudkan proses-proses yang perlu dalam penghasilan dan
penyampaian produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Proses-proses ini
hendaklah selaras dengan proses-proses lain dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Bagi
merancang dan mewujudkan proses-proses berkenaan, NRE menetapkan perkara-
perkara berikut:
a. Ojektif kualiti dan keperluan-keperluan produk atau perkhidmatan;
b. Mewujudkan proses-proses, dokumen-dokumen dan peruntukan sumber yang
mencukupi;
c. Pihak yang bertanggungjawab bagi menjalankan verifikasi,
semakan semula, validasi dan pemantauan serta
peringkat-peringkat dimana ia perlu dijalankan dan kriteria
atau ciri-ciri kualiti yang ditetapkan bagi memastikan
produk atau perkhidmatan memenuhi keperluan yang
ditetapkan.; dan
Seksyen 7 : Proses Penghasilan dan Penyampaian Produk atau Perkhidmatan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 49 daripada 69
49
d. Penyelenggaraan rekod-rekod yang diperlukan sebagai bukti pelaksanaan
Sistem Pengurusan Kualiti dan kepatuhan kepada standard MS ISO 9001: 2008.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01 – 03 - Penggubalan dan Pemantauan Dasar
PK.NRE (PA) 01 - Penyertaan ke Mesyuarat Antarabangsa
PK.NRE (AP) 01 - Pengeluaran Permit Eksport Mineral dan
Pelbagai Bahan Batuan
PK.NRE (PS) 01- 12 - Prosedur Kualiti Pengurusan dan Sokongan
7.2 Proses-proses Yang Berkaitan Dengan Pelanggan
7.2.1 Menentukan Keperluan Produk atau Perkhidmatan
NRE mengenalpasti:
a. Kehendak pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi melalui arahan
daripada stakeholder dan permohonan daripada pelanggan;
b. Kehendak pelanggan yang tidak dinyatakannya tetapi perlu disediakan;
c. Keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan; dan
d. Keperluan tambahan yang dikeluarkan oleh NRE
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D)01-03
PK.NRE (PA)01
PK.NRE (AP)01
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 50 daripada 69
50
7.2.2 Semakan Semula Keperluan Produk atau Perkhidmatan
NRE menyemak semula keperluan-keperluan produk atau perkhidmatan yang hendak
disampaikan. Penyemakan ini dibuat sebelum membuat komitmen untuk
menyampaikan produk atau perkhidmatan tersebut kepada pelanggan. Semakan
semula ini bagi memastikan:
a. Semua keperluan produk atau perkhidmatan dikenalpasti;
b. Jika terdapat perbezaan antara kehendak pelanggan dengan produk atau
perkhidmatan yang hendak disampaikan ianya diatasi terlebih dahulu sebelum
produk atau perkhidmatan diberikan serta dimaklumkan kepada pelanggan ; dan
c. NRE berkeupayaan untuk memenuhi keperluan produk atau perkhidmatan yang
dikehendaki.
Semua rekod hasil daripada semakan semula dan tindakan-tindakan yang berkaitan
dengannya diselenggara.
Sekiranya terdapat perubahan ke atas produk atau perkhidmatan, NRE akan
memastikan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya dipinda dan dimaklumkan
kepada semua anggota yang terlibat dengan penghasilan produk atau perkhidmatan
tersebut.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D)01-03
PK.NRE (PA)01
PK.NRE (AP)01
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 51 daripada 69
51
7.2.3 Komunikasi dengan Pelanggan
NRE akan:
a. Menyalurkan maklumat kepada pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan melalui laman web Kementerian dan Hari Bertemu
Pelanggan;
b. Mengendalikan pertanyaan daripada pelanggan mengenai produk atau
perkhidmatan yang disediakan; dan
c. Menerima dan merekodkan aduan dan maklumbalas yang diterima daripada
pelanggan.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS)10 - Pengurusan Aduan Dan Maklumbalas Pelanggan
7.3 Rekabentuk dan Pembangunan
7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan
NRE merancang dan mengawal aktiviti rekabentuk dan pembangunan bagi dasar
yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda yang mengandungi:
a. Peringkat-peringkat rekabentuk dan pembangunan bagi
dasar yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda;
b. Peringkat semakan semula, verifikasi dan validasi yang
terlibat dalam proses rekabentuk dan pembangunan
bagi dasar yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/
dipinda; dan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 51 daripada 69
52
c. Tanggungjawab dan kuasa yang terlibat dalam proses rekabentuk dan
pembangunan bagi dasar yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
7.3.2 Input kepada Rekabentuk dan Pembangunan
NRE memastikan input yang perlu bagi menghasilkan dasar yang digubal/dipinda dan
akta yang digubal/dipinda dan rekod-rekod mengenainya disimpan dan diselenggara.
Input berkenaan meliputi:
a. Tujuan dan tahap prestasi produk atau perkhidmatan ;
b. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan;
c. Maklumat mengenai rekabentuk seumpamanya yang sediada sebelumnya; dan
d. Keperluan-keperluan lain untuk aktiviti rekabentuk dan pembangunan
Kesemua input yang dinyatakan ini disemak untuk memastikan ianya mencukupi.
Keperluan-keperluan yang ditetapkan hendaklah mencukupi, jelas dan tidak
bercanggah antara satu sama lain.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 53 daripada 69
53
7.3.3 Output Kepada Rekabentuk dan Pembangunan
Output Rekabentuk dan Pembangunan adalah dalam bentuk dasar yang
digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda. Output ini akan dikaji bagi memastikan
ianya:
a. Menepati keperluan input rekabentuk dan pembangunan ;
b. Memberi maklumat mengenai perolehan serta penghasilan dan penyampaian
dasar yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda kepada pelanggan
termasuk pemuliharaan dimana sesuai;
c. Mengandungi ciri-ciri yang ditetapkan bagi dasar yang digubal/dipinda dan akta
yang digubal/dipinda; dan
d. Mengandungi ciri-ciri dasar yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda
yang akan membolehkan kegunaannya dengan betul.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
7.3.4 Semakan Semula Ke atas Rekabentuk dan Pembangunan
Semakan semula dibuat secara teratur di peringkat-peringkat tertentu ke
atas aktiviti merekabentuk dan pembangunan bagi dasar yang
digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda selaras dengan
perancangan yang telah ditentukan. Ia bertujuan:
a. Untuk menilai sama ada dasar yang digubal/dipinda
dan akta yang digubal/dipinda hasil daripada aktiviti
merekabentuk dan pembangunan dapat memenuhi keperluan
yang telah ditetapkan; dan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 54 daripada 69
54
b. Mengenalpasti masalah dan mencadangkan tindakan yang sesuai bagi
mengatasi masalah berkenaan.
Anggota yang terlibat dalam semakan semula ini hendaklah terdiri daripada mereka
yang bertanggungjawab ke atas setiap peringkat yang sedang dikaji semula. Rekod
hasil semakan semula ini serta tindakan yang telah diambil disimpan dan disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
7.3.5 Verifikasi Ke atas Rekabentuk dan Pembangunan
Verifikasi dilaksanakan mengikut perancangan bagi memastikan dasar yang
digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda yang dihasilkan menepati keperluan
input rekabentuk dan pembangunan yang ditetapkan.
Rekod hasil verifikasi dan tindakan yang diambil disimpan dan selenggara
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
7.3.6 Validasi Ke atas Rekabentuk dan Pembangunan
NRE menjalankan validasi ke atas dasar yang digubal/dipinda dan
akta yang digubal/dipinda yang dihasilkan mengikut
peringkat-peringkat yang telah ditentukan bagi memastikan dasar
yang digubal/dipinda dan akta yang digubal/dipinda tersebut
dapat memenuhi tujuan asal ia diwujudkan. Validasi ini akan
dibuat sebelum dasar yang digubal/dipinda dan akta yang
digubal/dipinda disampaikan kepada pelanggan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 55 daripada 69
55
Rekod hasil proses validasi dan tindakan pembetulan yang diambil disimpan dan
disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-02
7.3.7 Kawalan Ke atas Pindaan Rekabentuk dan Pembangunan
Sebarang pindaan dalam rekabentuk dan pembangunan dasar yang digubal/dipinda
dan akta yang digubal/dipinda akan dikenalpasti dan direkod.
Pindaan ini akan disemak semula, diverifikasi dan divalidasi mengikut kesesuaian
serta diluluskan sebelum ia dilaksanakan. Semakan semula ini akan meliputi
penilaian kesan pindaan ke atas dasar yang digubal/dipinda dan akta yang
digubal/dipinda yang telah disampaikan kepada pelanggan.
Rekod hasil daripada pindaan ini serta tindakan lain yang diambil akan disimpan dan
disenggara.
Dokumen Berkaitan:
PK.NRE (D) 01-02
7.4 PEROLEHAN
7.4.1 Proses Perolehan
a. NRE memastikan setiap bekalan dan perkhidmatan yang
diperolehi memenuhi dan menepati spesifikasi perolehan
yang ditetapkan oleh jabatan dan peraturan-peraturan
perolehan yang ditetapkan;
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 56 daripada 69
56
b. Jenis dan tahap kawalan keatas pembekal dan bekalan atau perkhidmatan yang
dibekalkan akan bergantung kepada kesannya keatas produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan;
c. NRE akan menilai dan memilih pembekal berdasarkan kepada keupayaan
mereka untuk membekalkan bekalan atau perkhidmatan yang memenuhi
keperluan yang ditetapkan;
d. NRE akan menentukan kriteria untuk pemilihan, penilaian dan penilaian semula
pembekal; dan e. Rekod penilaian ke atas prestasi pembekal dan tindakan-tindakan yang diambil
hasil daripada penilaian ini akan disimpan dan disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) 08 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
7.4.2 Maklumat Perolehan
a. NRE menyediakan maklumat spesifikasi secara terperinci bagi bekalan dan
perkhidmatan dalam dokumen perolehan iaitu pesanan perolehan, sebutharga
dan tender untuk dibekalkan kepada pembekal;
b. Bagi perolehan yang melibatkan perkhidmatan kepakaran luar NRE akan
mengenalpasti kelayakan personel yang dibekalkan, sekiranya berkaitan; dan
c. Rekod perolehan akan disimpan dan disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) 08 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 57 daripada 69
57
7.4.3 Verifikasi ke atas Bekalan dan Perkhidmatan yang Diperolehi
Bekalan atau perkhidmatan yang diterima daripada pembekal diperiksa bagi
memastikan ia memenuhi spesifikasi dan keperluan yang dinyatakan dalam dokumen
perolehan. Verifikasi ini dilakukan oleh Pegawai Penerima Stok.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) 08 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
7.5 Proses Penghasilan dan Penyampaian Produk atau Perkhidmatan
7.5.1 Kawalan Ke atas Proses Penghasilan dan Penyampaian Produk atau
Perkhidmatan
NRE merancang dan melaksanakan proses penghasilan dan penyampaian produk
atau perkhidmatan kepada pelanggan secara terkawal melalui:
a. Pewujudan maklumat berkaitan dengan ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang
dihasilkan;
b. Pematuhan kepada dokumen-dokumen kualiti yang telah diluluskan, pematuhan
kepada undang-undang, peraturan, dasar, syarat dan kriteria yang ditetapkan
serta dokumen sokongan yang berkaitan;
c. Penggunaan peralatan yang sesuai bagi pelaksanaan Sistem
Pengurusan Kualiti dan memastikan ianya mencukupi serta
disenggara mengikut jadual yang ditetapkan;
d. Penggunaan Peralatan Pemantauan dan Pengukuran;
e. Pelaksanaan aktiviti pemantauan dan pengukuran; dan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 58 daripada 69
58
f. Pelaksanaan aktiviti pelepasan produk atau perkhidmatan; aktiviti penyampaian
produk atau perkhidmatan kepada pelanggan; serta perkhidmatan susulan
selepas produk atau perkhidmatan disampaikan kepada pelanggan.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-03
PK.NRE (PA) 01
PK.NRE (AP) 01
PK.NRE (PS) 01- 12
7.5.2 Validasi ke Atas Proses Penghasilan dan Penyampaian Produk atau
Perkhidmatan
Sistem Pengurusan Kualiti NRE tidak terlibat dengan proses-proses di mana hasil atau
outputnya hanya boleh diukur sama ada telah memenuhi kehendak pelanggan atau
tidak setelah produk atau perkhidmatan tersebut disampaikan kepada pelanggan.
7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan
NRE akan mengenalpasti setiap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dengan
identiti yang unik dan spesifik sepanjang proses penghasilan dan penyampaian produk
atau perkhidmatan yang diberi berdasarkan Sistem Fail NRE melalui nombor fail.
NRE akan mengenalpasti status produk atau perkhidmatan mengikut keperluan
pemantauan dan pengukuran yang telah ditetapkan sepanjang
proses penghasilan dan penyampaian produk atau perkhidmatan
tersebut.
NRE akan mengawal identifikasi unik yang telah diberikan
kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan
menyenggara rekod mengenainya.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 59 daripada 69
59
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-03
PK.NRE (PA) 01
PK.NRE (AP) 01
7.5.3 Harta Hakmilik Pelanggan
Sistem Pengurusan Kualiti NRE tidak terlibat dengan harta hakmilik pelanggan.
7.5.4 Pemuliharaan
NRE memulihara produk atau perkhidmatan dari peringkat penghasilan sehingga ianya
disampaikan kepada pelanggan. Proses ini melibatkan pematuhan kepada keperluan
identifikasi, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan dan kawalan yang
ditetapkan.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) 01-03
PK.NRE (PA) 01
PK.NRE (AP) 01
7.6 Kawalan Ke atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan
Sistem Pengurusan Kualiti NRE tidak terlibat dengan kawalan
ke atas peralatan pengukuran dan pemantauan.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 60 daripada 69
60
Sekseyn 8 : Pengukuran, Penganalisaan dan Penambahbaikan
8.1 Am
NRE merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, penganalisisan
serta mengusahakan penambahbaikan keatas Sistem Pengurusan Kualiti bagi:
a. Membuktikan pelaksanaan Penggubalan dan Pemantauan Dasar/Akta,
Penyertaan ke Mesyuarat/ Persidangan Antarabangsa, Pengeluaran Permit
Eksport (AP) untuk Bahan Mineral dan Pelbagai Jenis Batuan menepati
keperluan yang ditetapkan.
b. Memastikan kepatuhan kepada keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam
Sistem Pengurusan Kualiti; dan
c. Meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan.
Kaedah-kaedah yang bersesuaian termasuk teknik-teknik statistik ditentukan dan
digunapakai bagi tujuan pengukuran, penganalisaan dan penambahbaikan ke atas
keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) - 03 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
PK.NRE (PS) - 12 - Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan
Penambahbaikan
PK.NRE (PS) - 10 - Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
PK.NRE (PS) - 09 - Audit Dalam
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 61 daripada 69
61
8.2 Pemantauan dan Pengukuran
8.2.1 Kepuasan Hati Pelanggan
NRE mendapatkan maklumbalas mengenai tahap kepuasan hati pelanggan terhadap
produk atau perkhidmatan melalui:
a. Tinjauan tahap kepuasan hati pelanggan;
b. Aduan dan maklumat daripada pelanggan mengenai kualiti produk atau
perkhidmatan yang telah disampaikan;
c. Laporan media;
d. Mesyuarat dengan agensi
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) - 10 - Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
8.2.2 Audit Dalam
a. NRE menjalankan Audit Dalam sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi
mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti:
i. Dilaksanakan mengikut perancangan bagi penghasilan dan penyampaian
produk atau perkhidmatan selaras dengan keperluan standard; dan
ii. Dilaksanakan dan diselenggara secara berkesan
b. Wakil Pengurusan bertanggungjawab untuk merancang
dan menjadualkan audit;
c. Audit Dalam dijalankan oleh anggota yang terlatih dan
bebas daripada aktiviti yang diaudit dan mengenalpasti
punca-puncanya;
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 62 daripada 69
62
d. Pihak yang diaudit bertanggungjawab mengambil tindakan pembetulan ke atas
ketakakuran yang ditemui oleh pasukan audit dan mengenalpasti puncanya;
e. Audit Susulan dijalankan bagi memastikan tindakan pembetulan ke atas
ketakakuran yang ditemui telah dilaksanakan dengan berkesan; dan
f. Laporan audit disediakan selepas audit dijalankan dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
Perincian mengenai kaedah dan dasar Audit Dalam didokumenkan dalam prosedur
Audit Dalam
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) - 09 - Audit Dalam
8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses
NRE memantau dan mengukur keupayaan proses-proses dalam Sistem Pengurusan
Kualiti melalui pengawasan dan pemantauan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan
dan audit dalam. Hasil daripada pemantauan dan pengukuran ini akan menunjukkan
keupayaan proses bagi mencapai output atau perkhidmatan yang dirancang.
Sekiranya proses yang dilaksanakan tidak dapat menghasilkan output atau
perkhidmatan yang dirancang, tindakan pembaikan dan pembetulan akan diambil .
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) – 01-03
PK.NRE (PA)– 01
PK.NRE (AP)– 01
PK.NRE (PS)– 01-12
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 63 daripada 69
63
8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Produk atau Perkhidmatan
NRE memantau dan mengukur ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang disampaikan
kepada pelanggan bagi memastikan ianya memenuhi keperluan yang ditetapkan atau
sebaliknya. Pemantauan dan pengukuran ini dilaksanakan di beberapa peringkat yang
sesuai semasa proses penghasilan Produk atau Perkhidmatan selaras dengan
perancangan yang telah dibuat.
Bukti dalam bentuk rekod-rekod yang menunjukkan produk atau perkhidmatan
memenuhi kriteria yang ditetapkan akan disimpan. Pihak bertanggungjawab yang
diberi kuasa untuk melepaskan produk atau perkhidmatan hendaklah dapat
dikenalpasti melalui rekod-rekod tersebut.
Produk atau perkhidmatan tidak boleh diserahkan kepada pelanggan selagi ianya tidak
memenuhi keperluan yang ditetapkan kecuali dengan kelulusan dari Pihak
bertanggungjawab yang diberi kuasa atau dari pelanggan sendiri.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (D) – 01-03
PK.NRE (PA) – 01
PK.NRE (AP) – 01
PK.NRE (PS) – 01-12
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 64 daripada 69
64
8.3 Kawalan ke atas Produk atau Perkhidmatan yang tidak Memenuhi Keperluan
yang Ditetapkan
NRE memastikan produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang
ditetapkan dikenalpasti dan dikawal supaya tidak sampai kepada pelanggan. Kawalan
dan pihak bertanggungjawab ke atas produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi
keperluan yang ditetapkan dikenalpasti dan didokumenkan dalam Prosedur-prosedur
Kualiti yang berkaitan.
Produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan akan
diambil tindakan pembetulan dan pencegahan supaya tidak berulang.
NRE akan mengendalikan produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan
yang ditetapkan dalam prosedur-prosedur yang didokumenkan.
Apabila produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan
diperbaiki, ianya akan diverifikasikan semula bagi memastikan ianya memenuhi
keperluan yang ditetapkan.
Rekod-rekod mengenai produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan
yang ditetapkan termasuk kehendak pelanggan dan tindakan–tindakan yang diambil
akan disimpan dan disenggara.
Perincian mengenai kawalan ke atas produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi
keperluan yang ditetapkan didokumenkan dalam
prosedur-prosedur kualiti yang berkaitan.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS)–11- Kawalan Keatas Produk atau Perkhidmatan
Yang Tidak Keperluan Yang Ditetapkan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 65 daripada 69
65
8.4 Analisis Data
NRE mengumpul dan menganalisis data untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan
Sistem Pengurusan Kualiti dan untuk menentukan di mana penambahbaikan yang
menyeluruh terhadap Sistem Pengurusan Kualiti boleh dibuat.
Penganalisaan ini meliputi data-data yang dihasilkan daripada pemantauan dan
daripada sumber lain yang bersesuaian.
Hasil penganalisisan data memberi maklumat berkaitan dengan:
a. Kepuasan hati pelanggan;
b. Kepatuhan kepada ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang ditetapkan
c. Ciri-ciri dan arah aliran (trend) proses termasuk peluang-peluang untuk tindakan
pencegahan; dan
d. Prestasi pembekal
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) – 10 - Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
PK.NRE (PS) – 09 - Audit Dalam
PK.NRE (PS) – 12 -Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan
Penambahbaikan
PK.NRE (PS) – 08 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
PK.NRE (PS) – 03 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 66 daripada 69
66
8.5 Penambahbaikan
8.5.1 Penambahbaikan Yang Menyeluruh
NRE membuat penambahbaikan yang menyeluruh ke atas Sistem Pengurusan Kualiti
melalui penganalisisan data berkaitan dengan:
a. Pencapaian Dasar Kualiti;
b. Pencapaian Objektif Kualiti;
c. Penemuan Audit Dalam dan Audit Luar;
d. Penganalisisan Data
e. Tindakan Pembetulan;
f. Tindakan Pencegahan;
g. Kajian Semula Pengurusan;
h. Cadangan Daripada Pelanggan; dan
i. Cadangan Daripada Anggota Organisasi
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) – 12- Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK.NRE (PS) – 09 - Audit Dalam
PK.NRE (PS) – 10 - Pengurusan Aduan Dan Maklumbalas Pelanggan
PK.NRE (PS) – 03- Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
8.5.2 Tindakan Pembetulan
a. NRE mengambil tindakan untuk menghapuskan
punca-punca ketakakuran bagi memastikan ianya tidak
berlaku lagi;
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 67 daripada 69
67
b. NRE mewujudkan prosedur yang meliputi pengenalpastian ketakakuran yang
berlaku dan puncanya, pengumpulan maklumat mengenai ketakakuran, menilai
keperluan untuk mengambil tindakan bagi memastikan ketakakuran tidak lagi
berlaku dan membuat cadangan tindakan pembetulan;
c. Tindakan pembetulan diambil berdasarkan maklumat yang dikenalpasti melalui
rekod ketakakuran, aduan pelanggan, Audit dan Kajian Semula Pengurusan;
d. Tindakan pembetulan yang perlu diambil tindakan segera diputuskan oleh Wakil
Pengurusan;
e. Tindakan pembetulan yang melibatkan dasar, sumber kewangan, keperluan
tenaga manusia, perubahan kepada prosedur atau Sistem Pengurusan
Kualiti sedia ada, diputuskan oleh pihak pengurusan;
f. Keberkesanan tindakan pembetulan yang dilaksanakan dinilai oleh Wakil
Pengurusan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan; dan
g. Rekod tindakan pembetulan disimpan dan disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) 12 -Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
8.5.3 Tindakan Pencegahan
a. NRE menentukan tindakan yang perlu diambil bagi
menghapuskan punca-punca yang akan menyebabkan
berlakunya ketakakuran bagi mencegah ianya daripada
berlaku.
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 68 daripada 69
68
b. NRE mewujudkan prosedur yang meliputi pengenalpastian ketakakuran yang
dijangka akan berlaku dan puncanya, penubuhan pasukan kerja, pengumpulan
maklumat mengenai ketakakuran yang dikenalpasti, menilai keperluan untuk
mengambil tindakan bagi memastikan ketakakuran tidak berlaku dan membuat
cadangan tindakan pencegahan;
c. Tindakan pencegahan diambil berdasarkan maklumat yang dikenalpasti melalui
rekod ketakakuran, aduan pelanggan, Audit dan Kajian Semula Pengurusan;
d. Tindakan pencegahan yang perlu diambil tindakan segera diputuskan oleh
Wakil Pengurusan.
e. Tindakan pencegahan yang melibatkan dasar, sumber kewangan, keperluaan
tenaga manusia, perubahan kepada prosedur atau Sistem Pengurusan Kualiti
sedia ada, diputuskan oleh pihak pengurusan;
f. Keberkesanan tindakan pencegahan yang dilaksanakan dinilai oleh Wakil
Pengurusan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan; dan
g. Rekod tindakan pencegahan disimpan dan disenggara.
Dokumen Berkaitan
PK.NRE (PS) – 12 - Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan
Penambahbaikan
No. Keluaran : 03 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009
Muka Surat : 69 daripada 69
69
Top Related