HBPE 2103
________________________________________________________________________
HBPE 2103 PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK
SEPTEMBER 2012_______________________________________________________________________
1
HBPE 2103
2
HBPE 2103
SOALAN TUGASAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan
atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau
dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan,
koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan
keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid
dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu,
untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat
Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang
akan berlangsung pada Januari 2013.
Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk
menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan tersebut. Justeru,
anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan
peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program
latihan.
Sehubungan itu, anda dikehendaki :
i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai.
(20 markah)
ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan selama 3 minit.
(20 markah)
HBPE 2103
ISI KANDUNGAN
Kandungan Halaman
ABSTRAK
PENGENALAN
FORMAT KERTAS KERJA
1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Sekolah Sepintas Lalu1.2 Persediaan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang1.3 Rasional
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Matlamat2.2 Objektif
3.0 MAKLUMAT PROGRAM
3.1 Tarikh3.2 Masa3.3 Tempat3.4 Kumpulan Sasaran3.5 Jurulatih Terlibat
4.0 KEWANGAN
5.0 JADUAL LATIHAN / TENTATIF
6.0 ACARA YANG DISERTAI
LAMPIRAN
RUTIN GIMRAMA
Rutin Pergerakan Dalam Persembahan Lantai ( Gimrama ) - Rangkaian Pergerakan :
Kombinasi dan susunan pergerakan yang menarik Aliran pergerakan yang lancar dan licin Mempelbagaikan aras pergerakan yang berbeza Memanipulasikan sekurang-kurangnya 2 jenis alatan dengan sekurang-
kurangnya lima kemahiran yang sesuai dan betul bagi setiap alatan Menggunakan ruang sepenuhnya secara kreatif Lampiran
RUJUKAN
ABSTRAK3
HBPE 2103
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang
sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi
semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan
gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan
koordinasi tubuh badan yang baik di samping daya kreativiti
mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program
kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta
kaum wanita pada semua peringkat umur. Kertas kerja yang
dirangka ini adalah merupakan perancangan dan persediaan
pasukan SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat untuk menyertai
Pertandingan Gimrama Peringkat Daerah Kudat pada 2013.
Bersama ini juga disediakan tentatif latihan dan acara yang akan
disertai.
PENGENALAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah diiktiraf sebagai
gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan
pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama
boleh dilakukan sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan.
Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan
secaralicin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan
menyerupaipergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri
pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang
rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan
irama muzik ( lihat gambar berikut )
Pergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua
Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak
4
HBPE 2103
mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah
seorang pensyarah berbangsa Swiss, iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah
maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan
pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.
Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi
sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau
(18901974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah
memperkenalkan perkaitan antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau
memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama.
Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama
moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan diperingkat gimrama peringkat
antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di
Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap
persatuan dengan dipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan
di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan
Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978.
Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los
Angeles, Amerika Syarikat.
FORMAT KERTAS KERJA
Kajian pengkaji tentang gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang
melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan
muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi,
kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan
merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan
murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan.
Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah
rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat
daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013. Berikut adalah kertas kerja yang lengkap
berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama.
5
HBPE 2103
Sumber Rujukan : http://srklokyuktamalang.blogspot.com/
1.0 PENGENALAN
Sekolah ini dibina pada tahun 1933. Pada asalnya bangunan sekolah ini didirikan di suatu
kawasan kebun kelapa di batu 7.6 Kampung Tamalang. Pada masa itu, sekolah ini diberi
nama Sekolah Yong Chin di bawah jagaan seorang guru bernama Voo Ooi Chung. Pengerusi
Lembaga Sekolah pada masa itu ialah Encik Chee Shen Fong. Oleh kerana tempat sekolah ini
kurang sesuai dan sukar dimajukan, maka Lembaga Gereja telah berusaha mencari tempat
baru. Dengan kerjasama semua ahli lembaga, mereka dapat membeli sebidang tanah kebun
kelapa seluas 8 ekar untuk tapak baru sekolah.
1.1 Sejarah Sekolah Sepintas Lalu
6
KERTAS KERJA
GIMRAMA
SRJK LOK YUK
TAMALANG
KUDAT SABAH
KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN PASUKAN GIMRAMA
SRJK LOK YUK TAMALANGKUDAT SABAH
HBPE 2103
Pada tahun 1943, sekolah baru siap dibina. Sekolah
baru ini diberi nama Sekolah Lok Yuk. Pada
mulanya sekolah ini menggunakan Bahasa Cina
sebagai bahasa utama. Pada tahun 1964, semua
mata pelajaran sekolah ini telah ditukar kepada
aliran Bahasa Inggeris. Pada awal tahun 1970-an,
sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa utama. Nama sekolah ini juga diubah kepada
SRK LOK YUK TAMALANG sehingga hari ini.
Semenjak sekolah ini ditubuhkan, jawatan guru
besar hanya disandang oleh guru-guru Cina sahaja,
tetapi pada hujung tahun 1988,jawatan guru besar
disandangoleh Encik Stephen Yaranli sehingga
tahun 1999.
Beliau kemudiannya diganti oleh Puan Masnah Binti Padilah sehingga hari ini. Pada tahun
1993, bangunan lama sekolah telah diganti dengan bangunan baru. Bilangan murid juga telah
bertambah tidak kira bangsa Melayu, Bajau, Dusun,Rungus,Cina, Sungai dan lain-lain.
Dengan bertambahnya bilangan murid maka bilangan guru dan kakitangan yang berkhidmat
di sekolah ini juga bertambah. Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini sekarang adalah
seramai 15 orang sahaja dan 2 orang pembantu am rendah.
1.2 Persediaan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang
Kajian pengkaji tentang gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang
melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan
muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi,
kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan
merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama.
Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah
anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan
7
HBPE 2103
pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabahtelah merancangkan
satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013.
Sehubungan dengan itu, pengkaji sebagai Guru Pendidikan Jasmani di SRJK Lok Yuk
Tamalang, Kudat, Sabah telah dikehendaki oleh Guru Besar SRJK Lok Yuk Tamalang,
Kudat, Sabah untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan
tersebut. Justeru, pengkaji juga akan menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk
mendapatkan peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan SRJK Lok Yuk Tamalang,
Kudat, Sabah bagi melaksanakan program latihan.
1.3 Rasional
Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk
bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran Kejohanan Sukan Gimrama
khususnya di Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah2013 merupakan titik permulaan
pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan
sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau
pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah.
Dalam Kejohanan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kudat anjuran
Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah 2013 ini kemahiran menggunakan beberapa
peralatan ( gelang, reben dan belantan ) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga
dengan kemahiran dalam menggabungkan beberapa pergerakan asas dengan diiringi muzik
turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik,
kemas dan teratur akan mendapat kemenangan dan hadiah serta medal.
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik
perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan
gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan
yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu
program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di
semua peringkat umur. Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa
8
HBPE 2103
khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkat
Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabahpada Januari 2013.
2.0. MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Perancangan Persiapan Pasukan Gimrama peringkat SRJK Lok Yuk, Tamalang, Kudat,
Sabah untuk menyertai Pertandingan Gimrama Peringkat Daerah Kudat 2013 anjuran
Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah, telah diadakan untuk memberi ruang kepada
gimnas-gimnas dari sekolah ini terutamanya, adalah untuk mengembangkan bakat yang sedia
ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang faedah menyertai sukan gimrama.
2.1. Matlamat
Kewujudan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang, Kudat, Sabah mempunyai
beberapa matlamat seperti berikut :
2.1.1. Selepas penyertaan dalam penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar
lebih ramai gimnas-gimnas akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-
sekolah rendah malah penglibatan atlit-atlit dari sekolah menengah juga akan
bertambah;
2.1.2. Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat
khasnya di Daerah Kudat tentang keunikan dan kelebihan gimrama;
2.1.3. Dalam masa yang sama diharapkan para ibubapa akan menggalakkan anak-anak
mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama;
2.1.4. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanan-
kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan; dan
2.1.5. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk
menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama Daerah Kudat.
2.2 Objektif
9
HBPE 2103
Kewujudan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang, Kudat, Sabah mempunyai
beberapa objektif seperti berikut :
2.2.1 Melahirkan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, khasnya gimrama;
2.2.2 Mencapai matlamat program 1 Murid 1 Sukan;
2.2.3 Menyediakan pasukan gimrama peringkat sekolah yang berdayasaing dalam
sebarang pertandinganperingkat daerah, negeri dan kebangsaan;
2.2.4. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin
dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam gimrama; dan
2.2.5. Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan dalam
kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang
pelbagai di Daerah Kudat, Sabah.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM
Penyertaan Pasukan GimramaSRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabahdalam
Pertandingan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah RendahDaerah Kudat 2013
anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah adalah julung-julung kalinya yang akan
diadakan pada ketetapan berikut :
3.1 Tarikh
Penetapan Tarikh Pertandingan adalah amat bersesuaian pada tarikh 23 Mac 2013 hingga 31
Mac 2013 ( iaitu 9 hari ) iaitu pada masa Cuti Pertengahan Penggal 1 Persekolahan 2013.
Rujuk : http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20Penggal%202013_3Okt2012.pdf
Pemilihan tarikh dibuat atas faktor masa persiapan yang secukupnya untuk pihak sekolah
yang akan menyertai pertandingan adalah lebih lama iaitu 6 bulan.
Perancangan latihan berpusat bagi Pasukan GimramaSRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat,
Sabah bermula dengan jadual berikut ( ringkasan jadual ) :
10
HBPE 2103
JADUAL 1 : PERANCANGAN PASUKAN GIMRAMA SK KG MINYAK 2012-2013
BIL HARI/MINGGU / BULAN
AKTIVITI PERANCANGAN PENYERTAAN PERTANDINGAN GIMRAMA
TENTATIF LATIHAN
CATATAN
1
NO
VE
MB
ER
20
12
Pemilihan Peserta Kebenaran Pengurusan Sekolah( Sumber Kewangan )Kebenaran Ibu Bapa PelajarLatihan Berkala : 3 kali seminggu
Pengenalan Sukan Gimrama dan Undang-Undang
SEJARAHDAN
PERKEMBANGAN
GIMRAMA
2
DIS
MB
ER
2012
Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri SabahBerkala : 3 kali seminggu
Pergerakan Asas - teknik-teknik pergerakan belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile.
Kemahiran
Pergerakan Badan
Kemahiran Peralatan
Gelung Reben Belantan
Pergerakan Melangkah Ayunan dan Pusingan Putaran dan Pivot Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Lentikan Gulingan
3
JAN
UA
RI
2013
Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri SabahBerpusat : Intensif
Pergerakan Asas - iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.
Kemahiran Pergerakan Badan
Kemahiran Peralatan
11
HBPE 2103
4
FE
BU
AR
I 20
13
Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri SabahBerpusat : Intensif
Pergerakan asas - meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih.
Kemahiran Pergerakan Badan
Kemahiran Peralatan
Gelung Reben
Belantan
5
MA
C
2013
Pertandingan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah RendahDaerah Kudat 2013 anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah
Pertandingan I - Acara berpasukanPertandingan II - Acara individu keseluruhanPertandingan III - Pusingan akhir untuk setiap peralatan
6 CADANGAN PERTANDINGAN GIMRAMAPERINGKAT NEGERI SABAHJULAI 2013 ( 07.08.2013 - 18.08.2013 )
7 CADANGAN PERTANDINGAN GIMRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN NOVEMBER 2013( 16.11.2013 - 01.01.2014 )
12
HBPE 2103
3.2 Masa
Pertandingan akan berlangsung selama 5 hari kerana terdapat banyak disiplin
kemahiran menggunakan peralatan ( tali , gelang, bola, reben dan belantan ) merupakan
aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran dalam menggabungkan beberapa
pergerakan asas dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya
mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan
dan hadiah serta medal.
Tentatif Hari Pertandingan :
Hari 1 : Pendaftaran Peserta / Taklimat Pengadilan /
Mesyuarat Teknikal Pengadilan
Hari 2 : Saringan 1
1. Pertandingan I — Acara Berpasukan2. Pertandingan II — Acara Individu Keseluruhan3. Pertandingan III — Pusingan Akhir Untuk SetiapPeralatan
Hari 3 : Saringan 2
1. Pertandingan I — Acara Berpasukan2. Pertandingan II — Acara Individu Keseluruhan3. Pertandingan III — Pusingan Akhir Untuk Setiap Peralatan
Hari 4 : Separuh Akhir
1. Pertandingan I — Acara Berpasukan2. Pertandingan II — Acara Individu Keseluruhan3. Pertandingan III — Pusingan Akhir Untuk Setiap Peralatan
Hari 5 : Majlis Penyampaian HadiahPersembahan PemenangPerasmian Penutupan
Masa Latihan Pasukan Pasukan Gimrama SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat adalah
berdasarkan JADUAL 1 : PERANCANGAN PASUKAN GIMRAMA SRJK LOK YUK
TAMALANG 2012-2013 ( muka surat 11-12 ).
13
HBPE 2103
3.3 Tempat
Pemilihan tempat latihan dan tempat pertandingan adalah berdasarkan tempat yang telah
dipilh oleh pihak sekolah dan pihak PPD Kudat, disebabkan kapasiti tempat dan lokasi yang
bersesuaian iaitu Dewan Tun Mustapha, Kudat, Sabah. Urusan penyewaan dan tempahan
telah dibuat oleh pihaksekolah berdasarkan jadual latihan di atas dan latihan dibuat pada
waktu pagi dan petang ( tertakluk kepada perubahan / penggunaan dewan ).
3.4 Kumpulan Sasaran
Semua pelajar akan dikumpulkan dan selepas pemilihan dibuat berdasarkan bakat dan potensi
pergerakan ( khasnya pelajar perempuan untuk keperluan acara ) :
Peserta Acara Jumlah
Peserta
Jenis Latihan Peralatan
Tahun 1-3
Acara Berpasukan
3 / 4 orang
6 orang
10 latihan
tali, bola, gelung,
belantan dan
reben.
1 / 2 jenis
peralatan
Tahun
4-6
Acara
Individu
1 orang 4 latihan
4 peralatan
tali, bola, gelung,
belantan dan
reben.
1 / 2 jenis
peralatan
14
HBPE 2103
3.5 Jurulatih Terlibat
Seramai 2 jurulatih akan dijemput oleh pihak sekolah dari Persatuan Gimrama Sabah.
Pemilihan 2 tenaga jurulatih akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk
kelulusan. Secara kebetulan, pihak Pasukan Gimrama SRJK Lok Yuk Tamalang mendapat
bantuan dari seorang ibu pelajar yang dipilih, yang pernah mewakili Negeri Sabah dalam
acara Gimrama SUKMA 2004. Selain itu juga seramai 4 guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan SRJK Lok Yuk Tamalang akan membantu pasukan ini diketuai oleh Cik Norisah
Anam.
4.0 KEWANGAN
Segala kos dan bayaran kejurulatihan akan ditanggung oleh pihak SRJK Lok Yuk Tamalang,
bantuan kewangan dari PIBG SRJK Lok Yuk Tamalang, sumbangan dari pihak luar / pihak
Ibu Bapa dan sumbangan Adun N2Tanjong Kapor. iaitu YB Datuk Teo Chee Kang.
Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang akan dibelanjakan berdasarkan jumlah
pendapatan yang diperolehi :
15
HBPE 2103
4.1 Anggaran Pendapatan
Bil Item Jumlah
1 Sumbangan Sekolah RM 500.00
2 Sumbangan PIBG RM 500.00
3 Sumbangan Ibu Bapa RM 1,000.00
4 Sumbangan Sponsor ( Individu / Pembekal ) RM 3,000.00
5 Sumbangan PPD Kudat RM 500.00
6 Sumbangan YB Datuk Teo Chee Kang
ADUN N 2. Tanjong Kapor, Kudat
RM 3,000.00
Anggaran Jumlah Pendapatan RM 7,500.00
( * tertakluk kepada perubahan )
4.1 Anggaran Perbelanjaan
Bil Item Jumlah
1 Kos Kejurulatihan
Bayaran Khidmat Jurulatih / Penginapan / Makan
Minum / Penginapan
RM 3,000.00
2 Kos Pembelian Peralatan / Pakaian / Muzik RM 2,000.00
3 Kos Perbelajaan Latihan / Makan Minum Pelajar RM 1,000.00
4 Kos Pengangkutan Pelajar RM 500.00
5 Kos Luar Jangka RM 1,000.00
Anggaran Jumlah Perbelanjaan RM 7.500.00
( * tertakluk kepada perubahan )
Kos penyewaan dewan yang tinggi memerlukan bantuan kewangan yang banyak
dan penggunaan papan lantai yang berkualiti untuk sesi latihan dan pertandingan
16
HBPE 2103
5.0 JADUAL LATIHAN / TENTATIF
Berikut adalah contoh jadual latihan atau tentatif latihan yang akan dilaksanakan sepanjang 8
minggu ( secara berkala atau intensif ):
Jadual Ringkas Harian / Masa ( setiap hari ) :
8.00 pagi - 9.00 pagi : Pemanasan Badan
9.00 pagi - 10.00 pagi : Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor
11.00 pagi - 12.00 pagi : Kemahiran Pergerakan Badan
12.00 tgh - 2.00 ptg : Rehat
2.00 ptg - 4.00 ptg : Kemahiran Peralatan
4.00 ptg - 5.00 ptg : Penyejukan Badan / Refleksi
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
17
KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN
1.0 PERGERAKAN MELANGKAH
1.1 Berjalan1.2 Berlari1.3 Lompat Ketinting1.4 Lompat Skip1.5 Chasse1.6 Langkah Waltz1.7 Langkah Grapevine
2.0 AYUNAN DAN PUSINGAN
2.1 Putaran dan Pivot
3.0 ALUNAN
4.0 LOMPATAN DAN LAYANGAN
KEMAHIRAN PERALATAN
1.0 GELUNG
CARA MEMEGANG GELUNGKEMAHIRAN GELUNG
2.0 REBEN
KEMAHIRAN REBEN
3.0 BELANTAN
CARA MEMEGANG BELANTAN
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
1
MIN
GG
U 1
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
18
KEMAHIRAN PERALATAN
1.0 GELUNG1.1 CARA MEMEGANG GELUNG1.2 KEMAHIRAN GELUNG
1.2.1 Ayunan Bulatan dan Angka Lapan1.2.2 Golekan1.2.3 Putaran1.2.4 Lambungan
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
2
MIN
GG
U 2
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
19
KEMAHIRAN PERALATAN
2.0 REBEN2.1 KEMAHIRAN REBEN
2.1.1 Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan2.1.2 Lingkaran dari Bentuk Ular
2.1.3 Lambungan dan Sambutan
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
3
MIN
GG
U 3
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
20
KEMAHIRAN PERALATAN
3.0 BELANTAN3.1 CARA MEMEGANG BELANTAN3.2 KEMAHIRAN BELANTAN
3.2.1 Ayunan dan Bulatan Besar 3.2.2 Bulatan Kecil3.2.3 Mills3.2.4 Pergerakan Bukan Simetri3.2.5 Lambung dan Sambut3.2.6 Ketukan
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
4
MIN
GG
U 4
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
BERJALAN BERLARI LOMPAT KETINGING
21
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
5
MIN
GG
U 5
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
LOMPAT SKIP
CHASSE
WALTZ
22
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
6
MIN
GG
U 6
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
GRAPEVINE
23
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
7
MIN
GG
U 7
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
AYUNAN PIVOT
24
HBPE 2103
ALUNAN
25
HBPE 2103
BIL MINGGU HARI /
MASA
KEMAHIRA
N
ACARA
LATIHAN
MAKLUMAT
ACARA
PERALATAN
8
MIN
GG
U 8
ISNIN
Kemahiran
Pergerakan
Badan
Kemahiran
Peralatan
Motivasi
Kesihatan
Kaunseling
Refleksi
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
Tali
Gelung
Bola
Belantan
Riben
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD REHAT
Nota :
Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
LOMPATAN DAN LAYANGAN
26
HBPE 2103
6.0 ACARA YANG DISERTAI
Berikut adalah acara yang akan disertai oleh Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang,
Kudat, Sabah adalah berdasarkan jenis pertandingan Kejohanan Gimrama Peringkat
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kudat anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kudat,
Sabah 2013adalah seperti berikut :
6.1 Pertandingan I :
Saringan (QC) dan Pertandingan VI : (Pasukan QC)
a) Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan I berdasarkan keperluan peringkat
Junior mengikut peraturan F.I.G.(2001), iaitu setiap pasukan mempersembahkan 3
latihan bagi setiap acara dengan jumlah 12 latihansetiap pasukan.
b) Empat (4) acara akan dipertandingkan, iaitu GELUNG, BOLA , BELANTAN dan
RIBEN. Setiap gimnas perlu mencatat 10 ‘difficulties’ maksimumpada
borang’Technical Value’ (TV). Lapan ‘difficulties’ dengan nilai yang tertinggi akan
diambilkira untuk jumlah markah Technical Value. Empat ‘difficulties’ daripada 8
harus dalam kombinasi lima puluh peratus daripada‘difficulties’ dengan nilai yang
tertinggi mesti dalam kumpulan (Compulsory Body Movement) untuk setiap alat.
c) Semua ahli gimnas yang berdaftar dikehendaki menyertai Pertandingan I. Setiap
pasukan diwakili oleh 3 (tiga) orang gimnas dari setiap negeri.
d) Gimnas dari pasukan-pasukan yang tidak lengkap (1 atau 2 orang gimnas sahaja)
tidak layak untuk pemilihan Pasukan Terbaik, tetapi gimnas ini akan mengambil
bahagian dalam Pertandingan I sebagai saringan bagi Pertandingan II dan III.
e) Setiap gimnas yang ingin dipertimbangkan untuk Pertandingan II dikehendaki
mempersembahkan sekurang-kurangnya 3 latihan dalam Pertandingan I.
f) Setiap gimnas yang ingin dipertimbangkan untuk Pertandingan III dikehendak
mempersembahkan acara itu dalam Pertandingan I.
g) Untuk menentukan Johan Pasukan, jumlah mata 10 latihan TERBAIK dari
Pertandingan I diambilkira sebagai keputusan Pertandingan Pasukan.
Johan Pasukan adalah pasukan yang memperolehi markah pasukan yang tertinggi
dalam Pertandingan I ini.
27
HBPE 2103
6.2 Pertandingan II Individu Keseluruhan (IAAF)
a) Semua gimnas yang mengambil bahagian di Pertandingan I akan dipertimbangkan
untuk Pertandingan II.
b) 30 gimnas yang terbaik dari Pertandingan I dipilih untuk pertandingan ini.
(Maksimum 2 orang dari setiap pasukan)
c) Empat (4) latihan dengan empat (4) jenis alatan yang ditetapkan akan
dipertandingkan. (GELUNG, BOLA BELANTAN dan RIBEN).
d) Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan II berdasarkan keperluan peringkat
Junior mengikut peraturan F.I.G., 7.1.1 (b).
e). Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi
daripada keempat-empat acara yang dipertunjukkan akan diambilkira. Peserta yang
mendapat mata yang terbanyak akan menjadi Johan Individu Keseluruhan.
6.3 Pertandingan III Kejohanan Alatan (IEF)
a) Lapan (8) peserta terbaik dari setiap alatan berdasarkan Pertandingan I layak
menyertai Kejohanan Alatan tertakluk kepada dua (2) gimnas maksimum bagi tiap-
tiap negeri.
b) Empat(4) latihan dengan 4 (empat) jenis alatan yang ditetapkan akan dipertandingkan.
(GELUNG, BOLA, BELANTAN dan RIBEN)
c) Latihan yang dipersembahkan berdasarkan keperluan peringkat Junior mengikut
peraturan F.I.G Code 2001.
d) Markah dari Pertandingan III ini sahaja diambilkira bagi menentukan kedudukan.
e) Peserta yang memperolehi mata tertinggi dalam sesuatu acara Pertandingan III akan
menjadi Johan acara berkenaan.
Semua Pengurus Pasukan harus serahkan Borang Technical Value dan Artistic Value yang
telah dilengkapkan dengan teliti pada penganjur sebelum pertandingan. Sesiapa yang gagal
menyerahkan borang tersebut, tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Borang T.V. dan A.V mesti dilengkap dengan betul.
28
HBPE 2103
a) Menggunakan symbol yang tertentu untuk ‘difficulties’.
b) Tulis ‘difficulties’ mengikut susunan yang telah ditetapkan dalam routine.
c) Jumlah markahnya mesti dikira dengan betul.
Sesiapa yang gagal lengkapkan borang tersebut dengan betul akan di denda 0.50 oleh
‘Assistant Judge’ daripada score yang final.
29
HBPE 2103
TUGASAN 2
RUTIN GIMRAMA
Rutin Pergerakan Dalam Persembahan Lantai ( Gimrama ) - Rangkaian
Pergerakan :
Kombinasi dan susunan pergerakan yang menarik
Aliran pergerakan yang lancar dan licin
Mempelbagaikan aras pergerakan yang berbeza
Memanipulasikan sekurang-kurangnya 2 jenis alatan dengan sekurang-
kurangnya lima kemahiran yang sesuai dan betul bagi setiap alatan
Menggunakan ruang sepenuhnya secara kreatif
Lampiran
RUTIN GIMRAMA
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik
perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan
gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan
yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu
program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di
semua peringkat umur.
RUTIN 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan
bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu
dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan
kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan
badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. 30
HBPE 2103
Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan
sepanjang rutin latihan.
Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi
suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap
kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza
yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama
sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan
gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.
Rajah 1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri
Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
Pergerakan Melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan Pivot
Alunan
Lompatan dan Layangan
Imbangan
Lentikan
Gulingan
1.0 PERGERAKAN MELANGKAH
31
HBPE 2103
Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga
ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan dalam
berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di
atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa
dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting,
langkah skip, Chasse, langkah Waltz, langkah Grapevine.
1.1 Berjalan
Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki
lain dengan menggunakan bebola kaki serta
luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar
sedikit. Ayunan tangan dengan bebas bermula
dari bahagian bahu dan pergerakan tangan
kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan
hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki
kehadapan. Berada dalam keadaan badan tegak
dan pandang ke depan.
Rajah 2: Gerakan melangkah berjalan
Rajah 3: Gerakan melangkah berlari
1.2 Berlari
Keseluruhan cara berlari mempunyai
persamaan dengan berjalan cuma
dilakukan dengan cepat dan kedua-
dua kaki diangkat dari lantai
seketika. Contoh variasi: langkah
besar, langkah kecil, tendang ke
belakang dengan kaki lurus atau
bengkok.
1.3 Lompat Ketinting
32
HBPE 2103
Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.
Rajah 4: Gerakan melangkah lompat ketinting
1.4 Lompat Skip
Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-gilir
Rajah 5: Gerakan melangkah lompat skip
1.5 Chasse
Chasse berasal dari satu pergerakan
balet dan turut dinamakan juga langkah-
tutup-langkah. Gerakan Chasse
merupakan kemahiran yang mustahak
bagi menyedialan diri untuk gerakan
yang lain. Dengan melajukan Chasse ke
depan dengan cepat, ia akan membantu
persediaan untuk lompatan, layangan
atau pusingan. Terdapat dua gerakan
Chasse iaitu ( Rajah 6 dan Rajah 7 ) :
Rajah 6: Gerakan melangkah Chasse kehadapan / ke sisi
1.6 Langkah Waltz
33
HBPE 2103
Langkah Waltz dilakukan dengan
membengkokkan badan dalam
kiraan 1 dan di atas bebola kaki
dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya
boleh dilakukan dalam pelbagai
arah dan boleh di mulakan dengan
kaki kiri.
Rajah 8: Gerakan melangkah langkah Waltz
1.7 Langkah Grapevine
Langkah Grapevine merupakan
pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah
seperti benkut:
Berdiri atas kaki kanan hulur
kaki kiri ke sisi.
Langkah kaki kiri dan silang kaki
kanan ke depan kaki kiri.
Hulur kaki kiri ke sisi.
Langkah kaki kanan dan silang
kaki kanan ke belakang kaki
kiri.
Rajah 9 : Gerakan melangkah langkah Grapevine
2.0 AYUNAN DAN PUSINGAN
34
HBPE 2103
Ayunan adalah asas bagi gerakan
manipulasi peralatan. Ayunan dan
pusingan dlaplikasikan dalam
gerakan gimrama ketika persediaan,
pergerakan akhir atau untuk
menyambung sesuatu pergerakan.
Ayunan dan pusingan boleh
dilakukan dengan mana-mana
anggota badan seperti tangan,
bahagian atas badan dan kaki.
Rajah 10: Gerakan ayunan dan pusingan
2.1 Putaran dan Pivot
Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh
dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat
berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh
putaran (180°), putaran penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen
asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.
Rajah 11: Gerakan putaran penuh
Rajah 12: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini
terdiri daripada beberapa putaran separuh
Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan
mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, 35
HBPE 2103
dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot
iaitu ke arah luar ( iaitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang
melakukan pivot).
Gimnas perlu berada di atas bebola kaki
dengan tumit seberapa tinggi yang boleh
apabila melakukan putaran atau pivot.
Sepanjang membuat putaran dan pivot badan
gimnas hendaklah berada dalam tegap dan
gimnas perlu mengawal pergerakan badannya
untuk menetapkan imbangan.
Rajah 13: Gerakan pivot
Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat dalam melakukan pivot.
Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot.
3.0 ALUNAN
Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan
atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke
depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan
kemahiran gerakan gimnas yang agak susah. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik
supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak.
Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh
badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempratikkan alunan yang akan
membantu perlakuan tersebut:
36
HBPE 2103
Rajah 14: Gerakan teknik alunan
37
HBPE 2103
4.0 LOMPATAN DAN LAYANGAN
Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan
dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa
variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.
Rajah 15: Gerakan jenis lompatan
Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan satu
semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.
Rajah 16: Gerakan beberapa jenis layangan
Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit.
Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi
mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki dan belakang. Pendaratan
hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.
38
HBPE 2103
Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah
gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara.
Rajah 17: Contoh gerakan pendaratan
Rajah 18: Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara
Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan
yang lurus.
Rajah 19: Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus
Rajah 20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan
39
HBPE 2103
Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa
menghayun tangan bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahu diangkat posisi bahagian atas
badan kelihatan bengkok.
RUTIN 2 : KEMAHIRAN PERALATAN
Dalam mempelajari kemahiran peralatan pada peringkat asas latihan akan bermula dengan
kedudukan statik. Setelah mahir mengawal peralatannya, gimnas boleh mengulangi
kemahiran dengan cara bergerak. Selepas dapat menguasai berbagai pergerakan dengan
alatan. Gimnas bolehlah cuba menggabungkan beberapa pergerakan dengan muzik supaya
dapat melakukan pergerakan yang mempunyai aliran di berbagai satah dan aras.
1.0 GELUNG
Gelung merupakan suatu peralatan
yang menarik. Ruang diperlukan
terutama dalam pergerakan apabila
menggunakan gelung.
Rajah 1 : Cara memegang gelung
1.2 KEMAHIRAN GELUNG
1.2.1 Ayunan Bulatan dan Angka Lapan
40
HBPE 2103
1.2.2 Golekan
Gelung boleh digolekkan atas lantai
atau diatas badan. Teknik golekan
atas lantai adalah seperti berikut:
Gelung mesti di golekan supaya
tegak dan menuju kearah yang
dikehendaki. Golekan dalam keadaan
berterusan dan licin tanpa tersekat
atau bergetar.
Gelung juga digolekkan atas badan
teknik yang di buat adalah seperti
menggolek bola. Gelung hendaklah
di pegang kuat dan pastikan berada di
satah tegak. Gelung di tekan sedikit
kebawah dan kemudian di tolak
seperti menolak bola.
1.2.3 Putaran
41
HBPE 2103
Putaran merupakan salah satu ciri-ciri
utama peralatan gelung. Putaran dilakukan
dalam tiga jenis satah dalam tiga arah.
1. Depan – pusingan ikut jam atau
lawan arah jam.
2. Mendatar – ke dalam atau ke luar.
3. Sagital – ke depan atau ke
belakang. Terdapat berbagai cara
memutar gelung.
Teknik memutar gelung adalah seperti
berikut:
a. Gelung haruslah diputar dengan
licin tanpa bergetar atau tersekat-
sekat.
b. Satah putaran adalah penting dan
mesti jelas kelihatan.
1.2.4 Lambungan
Lambungan pada gelung boleh
dilakukan dengan satu tangan atau
dengan kedua-dua tangan. Gelung boleh
ditangkap dengan satu tangan atau
dengan kedua-dua belah tangan. Arah
lambungan gelung boleh terdiri
pelbagai satah — mendatar, menegak,
sagital dan oblik,’
42
HBPE 2103
2.0 REBEN
Reben merupakan gerakan alatan dalam
gimrama yang agak menarik. Ini adalah
kerana reben kelihatan cantik dan menarik
serta menyeronokkan. Oleh itu Reben boleh
digunakan dengan berkesan dalam semua
pertunjukan. Persembahan reben
memerlukan ruang yang besar dan
koreografi yang baik terutamanya untuk
latihan berkumpulan supaya reben tidak
tersimpul atau tersangkut.
Pergerakan dengan reben yang baik
hendaklah besar, licin dan mempunyai aliran
yang berterusan. Pergerakan tangan, kaki
dan badan juga perlu dikordinasikan dengan
pergerakan reben. Jika tidak, reben senang
tersimpul dan terkusut atau terjerat pada diri
sendiri.
43
HBPE 2103
2.1 KEMAHIRAN REBEN
2.1.1 Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan
2.1.2 Lingkaran dari Bentuk Ular
2.1.2 Lambungan dan Sambutan
44
HBPE 2103
Lambungan dan sambutan merupakan kemahiran yang paling sukar dilakukan dengan reben.
la dapat dilambung pada satah depan, mendatar atau sagital dengan menggunakan satu atau
dua tangan. Lambungan biasa dimulakan dengan ayunan, bulatan dan angka lapan. Reben
hendaklah disambut seberapa boleh pada hujung kayu pemegang. la boleh juga disambut
pada reben tetapi biasanya di ikuti dengan larnbungan sekali lagi. Ketika di udara, rebenlah
memanjang serta menunjukkan layangan yang baik.
3.0 BELANTAN
Peralatan yang paling sukar dikendalikan oleh gimnas ialah belantan. Oleh kerana itu bagi
mengenadalikan belantan latihan yang tersusun dan kemas perlu di lakukan. Dalam
mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran dengan kedua-dua belah
tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan kordinasi yang baik untuk menyelaraskan
pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya. Pergerakan belantan yang baik
hendaklah mengikuti pergerakan badan dalam keadaan ringan, berterusan dan dilakukan
dengan jelas dalam satah yang tertentu.
3.1 CARA MEMEGANG BELANTAN
45
HBPE 2103
3.2 KEMAHIRAN BELANTAN
3.2.1 Ayunan dan Bulatan Besar
3.2.2 Bulatan Kecil
1. Satah hadapan
2. Satah mendatar
3.2.3 Mills
Mills merupakan kemajuan dari pergerakan bulatan kecil. la adalah pergerakan pantas dan
memerlukan kekuatan dan kelembutan pergelangan tangan.
3.2.4 Pergerakan Bukan Simetri
46
HBPE 2103
3.2.5 Lambung dan Sambut
3.2.6 Ketukan
47
HBPE 2103
LAMPIRAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM RUTIN GIMRAMA
1.0 PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik
perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan
gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan
yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu
program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di
semua peringkat umur.
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai
gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan
pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama
boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan
gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan
berterusan.
Untuk pembentukan Rutin atau Pergerakan dalam Gimrama, boleh dikatakan menyerupai
pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan
gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara
tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
Rajah 1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan
Rajah 2:Gimrama juga boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan
2.0 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN RUTIN GIMRAMA
48
HBPE 2103
Dalam sukan gimrama peralatan merupakan
keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan
memulakan latihan dengan lima peralatan yang
telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa ( FIG ) iaitu bola, tali, reben, gelung
dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau
persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain
seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan.
Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan
peralatan adalah mengikut pilihan.
Rajah 3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama
TALI
Rajah 4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik
GELUNG Rajah 7.5: Gelung berpita
BOLA
49
HBPE 2103
Rajah 7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa
BELANTAN ( CLUB )
Rajah 8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak
REBEN
Rajah 9: Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera
Rajah 10 : Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau ‘fibre glass’
PAKAIAN
Rajah 11: Contoh pakaian yang
50
HBPE 2103
di pakai oleh gimnas
Rajah 12: Contoh kasut yang di pakai oleh gimnas
TEMPAT LATIHAN
Rajah 13 : Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas
Rajah 14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama
51
HBPE 2103
KESIMPULAN
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimramaperlu dilakukan
bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastikmenggunakan alatan perlu
dilakukan dengan kawalan badan yang baik sertadengan gaya badan yang bergaya dan
kemas. Memandangkan perkara ini,seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan
badan atau elemen teknikbadan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama.
Dengan kata lain, elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dilakukan
sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkandalam rutin
gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.Terdapat berbagai pergerakan
badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkansuatu rutin yang asli dan tersendiri.
Gabungan-gabungan berbeza yang terhasilantara pergerakan badan dan manipulasi peralatan
menjadikan gimrama sebagaisuatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih.
Cara melakukangabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih
atau gimnas.
RUJUKAN
Modul HBPE 2103, Pergerakan Kreatif danArtistik, Open University Malaysia.
Buschner, C. A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills.Champaign, IL: Human Kinetics.
Gallahue, D. L. (1996). Developmental Physical Education for Today’s Children(3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.
52
HBPE 2103
Graham, G. (1992). Teaching Physical Education: Becoming a Master Teacher.Champaign, IL: Human Kinetics.
Hopple, C. J. (1995). Teaching for Outcomes in Elementary Physical Education: AGuide for Curriculum and Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lo, J. S. (1993). Siri Sukan Popular Fajar Bakti Gimrama. Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti.
Peraturan Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia IX ( SUKMA ), 2002.
53
Top Related