8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
1/30
1
LSS 3063
Asia Selatan Abad ke-19 hingga 20
Tugasan Kumpulan
Tajuk : Benarkah Dahagi 1857 boleh dikatakan sebagai The First
War of Independence
Disediakan oleh : HERNI BINTI HENDRY D20091035476NORHALIZA BINTI MOHAMAT D20091035416MOHD IDRIS BIN GANI D20091035425FITRIANI BINTI MAHI D20091035556
Disediakan Untuk : AZHARUDIN MOHD DALI
Sesi : 2011/2012
Kumpulan : A
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
2/30
2
1.0 Pengenalan
Dahagi merupakan suatu bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari
sudut kes di India, dahagi dilihat sebagai suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang
pemerintahan British di India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan
menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan
beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala sebahagian penduduk tetap tidak terlibat
berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudah
mempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat berdasarkan peristiwa
dahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu
pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima
daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai perang kemerdekaan
pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan jihad oleh orang Islam
terhadap pihak British1.
Namun, hakikat sebenar dan hasil pengamatan dan pengkajian menyatakan bahawa
Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan kebangsaan untuk membebaskan India
daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Orang India yang berjuang menuntut kebebasan
imperialisme British menganggap rusuhan tentera sepoi sebagai pencetus kepada perang
kemerdekaan yang pertama di India atau dikenali sebagai The First War Of Independence.
Perang Perjuangan Kebangsaan Pertama bukanlah satu pemberontakan seperti yang
disebarkan British berdasarkan pelbagai bukti yang didapati sebenarnya merujuk kepada ini
seperti bukti masyarakat India ditindas dari segi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan.
1Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. hlm. 284.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
3/30
3
2.0 Latar belakang
Dahagi India telah bermula pada 10 Mei 1857. Sepoi yang berpangkalan di Meerut
dan Ambata telah menyerang kawasan penjara dan membebaskan orang tahanan
2
. Sepoi-sepoi
juga enggan menggunakan peluru dan telah dihukum penjara. Dua orang sepoi rejimen telah
membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari,
sepoi-sepoi mara ke Delhi, memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II,
seorang yang berketurunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. Pihak British telah
mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita
bahawa Lord Canning telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah
mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh, Ludhiana dan Allahabad telah
bangkit menentang gerakan tersebut.
Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini diikuti oleh Benggala
dan Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai pemberontakan umum kerana tuan tanah dan
pembesar yang kehilangan tanah serta martabat dan kaum tani yang menderita akibat
pembayaran cukai dan penindasan British telah menyertai pemberontakan. Selepas empat
bulan, Sir John Lawrence menawan semula Delhi. Bhahadur Syah ditangkap dan putera
Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi, tentera British menyerang Kanpur dan
Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat.
Percubaan untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai telah
bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan terbunuh. Dahagi dapat dikawal dengan
berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British
bernasib baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia, Holkar dan
pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan sepoi ini. Selain itu, sebahagian
2Ibid.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
4/30
4
besar orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan undang-undang dan peraturan
tidak membantu Pemberontakan Dahagi.
Peristiwa Dahagi 1857 telah melahirkan beberapa pemimpin politik seperti Nana
Sahib, Rani Lakhsmir dari Jhansi dan Tantia Topi. Nana Sahib bangkit menentang British di
Cawnpore, manakala Tantia Topi pula menentang British di Gwalior bersama-sama dengan
20000 orang tentera. Di Jhansi pula, penentangan datang daripada Rani Lakshmir yang
dianggap sebagai Joan of Arc India3.
3.0 Buktibukti
Kenyataan bahawa Dahagi India 1857 merupakan The First War of Independence
dapat dibuktikan dengan penindasan yang dilakukan oleh British terhadap orang India.
Penindasan merupakan bukti yang kukuh bahawa British telah menindas rakyat India di
negara mereka sendiri yang seharusnya tidak berlaku. Namun, pihak British telah
menganggap mereka sebagai pemberontak sedangkan mereka berjuang demi menuntut
kebebasan negara mereka daripada penjajah dan itu bukanlah rebellion tetapi adalah The
First war of Independence yang harus dilihat dari kaca mata penduduk India bukan British.
Bukti itu adalah dari segi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang boleh menyokong
bahawa mereka adalah pejuang ingin menuntut kebebasan daripada terus ditindas British.
3Ibid.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
5/30
5
3.1 Politik
Robert W.Stern dalam bukunya bertajuk Changing Indiamengatakan bahawa faktor
politik merupakan antara faktor pencetus kepada kebangkitan semangat penduduk India dan
seterusnya pencetus kepada dahagi 18574. Biswamoy Pati dalam penulisannya turut
mengatakan bahawa Dahagi 1857 merupakan satu gerakkan besar-besaran menentang
penjajahan British5. Atas sebab itulah selepas peristiwa dahagi 1857 pemerintahan Syarikat
Hindia Timur Inggeris SHTI dihapuskan pada 1858 manakala pentadbiran Kerajaan India
terus diserah kepada Kerajaan Mahkota menurut Akta Kerajaan India6. Sekiranya kita lihat
kedatangan kuasa barat ke India telah menyebabkan mereka melaksanakan dasar
pemerintahan mengikut ideologi mereka sendiri. Tindakan mereka ini sudah tentu mempunyai
kaitan yang sangat rapat dengan matlamat mereka untuk menjaga kepentingan mereka di
India sekaligus memperluaskan kawasan jajahan mereka.
Kedatangan imperialisme Barat sejak abad ke-17 menyebabkan kerajaan-kerajaan di
India berhadapan dengan ancaman pihak barat, terutamanya daripada Perancis dan British.
Aktiviti perdagangan mereka tertumpu di kawasan seperti Bombay, Surat, Madras dan
Calcutta. British akhirnya memperluaskan kuasa imperialisme dengan cara membabitkan diri
dengan perkembangan politik tempatan7. Semasa kerajaan Mughal berhadapan dengan
ketidakstabilan politik dalaman dan luaran pihak British telah menggunakan alasan tersebut
untuk campur tangan dalam pemerintahan India bagi menjaga kepentingan dan keselamatan
mereka.
4W.Stern, Robert. Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent. Second Edition. Cambridge
University Press. 2003. hlm 135.5Pati, Biswamoy . The Great Rebellion of 1857 in India, Exploring Transgession, Contets and Diversities.
Routledge. 2010. hlm 10.6
W.Stern, Robert. Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent. Second Edition. CambridgeUniversity Press. 2003.hlm 137.7Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India,Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 2004, hlm 251
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
6/30
6
Pemerintahan British di India mula bertapak di India dengan penubuhan Syarikat
Hindian Timur Inggeris (SHTI). Undang-undang pitt diluluskan pada tahun 1784 yang
memperuntukkan bahawa pemerintahan SHTI berada diketuai oleh Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab kepada perliment dan kabinet8. Dalam erti kata lain SHTI tidak hanya
bertindak sebagai sebuah syarikat perdagangan sebaliknya turut memaminkan peranan
sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir india. Warren Hasting dan Lord Cornwallis adalah
antara Gabenor Janeral yang bertanggungjawab meletakkan asas yang kukuh dalam dasar-
dasar British di India.
3.1.1 Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
Campur tangan pihak barat dalam aspek politik dapat kita lihat apabila kuasa barat ini
menjalankan dasar pengilhakkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pengilhakkan melalui
tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British , Doctrin of
lapse dan Kaedah kebaikan untuk diperintah.Proses pengilhakan dilakukan oleh British di
India melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835)9, zaman Lord
Ellenborough (1836-1846)10dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856).
Semasa Lord William Bentick dilantik menjadi Gabenor Jeneral India beliau telah
mengilhakan wilayah Cacar, Coorg dan Mysore. Beliau menggunakan alasan
penyalahtadbiran untuk menguasai wilayah-wilayah di India. Contohnya, atas permintaan
penduduk, Bentick mengilhakan wilayah Cacar apabila Rajanya meninggal dunia tanpa
meninggalkan waris. Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran
8
Ibid. hlm 2719Wolpert, Stanley. A New History of India. Oxford Universiti Press. New York. 2004. hlm 210
10Ibid. hlm 217
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
7/30
7
pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Bahkan beliau
turut mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.
Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior. Ellenborough
merampas wilayah Sind dengan membuat tuduhan yang mengatakan bahawa Amir telah
melanggar perjanjian yang telah dibuat oleh Sind dengan pihak British sehingga
menyebabkan Sind telah dirampas dan diletakkan dibawah penguasaan Empayar British di
India. Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar setelah kematian
Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni. Tindakan ini jelas menunjukkan
bagaimana pihak Barat mengunakan cara ini untuk menguasai India.
Dasar pengilhakan Lord Dalhousie merupakan sebab politik yang terpenting. Hal ini
kerana beliau dikatakan telah mengilhakan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan
orang India. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrin of lapse dan Kaedah
kebaikan untuk diperintah. Kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk
Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di
Gujerat. Melaui kaedah Docrin of lapse mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan
waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat , secara automatik
negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung. Kaedah Docrin of lapse paling
kerap digunakan Dalhousie dan dengan cara ini wilayah Satara,Jaitpur, Baghat, dan Samalpur
telah diilhakan. Kaedah pengilhakan melalui cara kebaikan untuk diperintah berlaku atas
alasan penganiayaan , kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Dalhousie
telah menggunakan kaedah tersebut untuk mengilhakan Qudh Pentadbiran Qudh yang berada
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
8/30
8
di bawah pengguasaan Nawab Khan. Pemerintahan Nawab Khan pada ketika itu dalam
keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa.
Dalhousie percaya bahawa pemerintahan mereka merupakan kaedah terbaik untuk
memerintah India. Kepercayaan beliau ini dikuatkan lagi apabila masyarakat India
menyokong sepenuhnya tindakan pihak Barat untuk mengilhakkan wilayah-wilayah di India.
Namun begitu tanpa disedari oleh Dalhousie, tindakan tersebut telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan pemerintah India malahan menjatuhkan martabat pemerintah
tempatan. Kesannya timbul penentangan daripada golongan pemerintah tempatan dan putera-
putera raja seperti Nawab dari Kartik, Raja Tanjor dan Nana Sahib.
Nana Sahib atau dikenali dengan gelaran Dhoudu Pant merupakan anak angkat kepada
Baji Rao II maharaja terakhir Maratha11. Beliau tidak berpuas hati dengan dokrin pentadbiran
baru yang telah dibawa pihak British dimana, Syarikat Hindia Timur bertindak membatalkan
bayaran pencen tahunan sebanyak 80.000 Euro kepadanya sebagai pewaris takhta12.
Kemarahan beliau semakin memuncak apabila kuasa Barat merampas tanah dan harta ayah
angkatnya, Maratha Peshwa Baji Rao II13. Nana Sahib telah bertindak menentang pihak Barat.
Sebagai tanda protes beliau telah menyertai Dahagi dan menyerang pihak British di
Kampur14dibawah sokongan Bahadur Shah15
11"Nana Sahib". Encyclopdia Britannica. Encyclopdia Britannica Online.Encyclopdia Britannica Inc.,
2012. Web. 02 May. 2012 dipetik daripadahttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/402470/Nana-Sahib12
Nana Sahib, diperolehi pada 1Mei 2012 daripada Wikipedia, the free encyclopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Nana_Sahib13
Ibid.14Brock, William.A Biographical Sketch of Sir Henry Havelock. 1858. K. C. B.. Tauchnitz.
15Wright, Caleb.Historic Incidents and Life in India.J. A. Brainerd. 1863. hlm 239.
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/402470/Nana-Sahibhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/402470/Nana-Sahibhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/402470/Nana-Sahibhttp://en.wikipedia.org/wiki/Nana_Sahibhttp://en.wikipedia.org/wiki/Nana_Sahibhttp://en.wikipedia.org/wiki/Nana_Sahibhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/402470/Nana-Sahib8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
9/30
9
3.1.2 Perubahan Sistem Zamindar
Salah satu perubahan dalam aspek politik yang dapat dilihat ialah perubahan sistem
Zamindar di India. Zamindar atau zemindar merupakan golongan bangsawan yang memegang
kuasa terhadap kawasan tanah yang besar dan menjalankan kawalan ke atas petani. Mereka
dianggap sebagai tuan tanah atau menjadi perantaraan diantara maharaja dengan golongan
petani. Namun begitu mereka juga boleh dianggap sebagai golongan yang bebas16 kerana
mereka boleh memiliki harta sebanyak mungkin dan pasukkan tentera sendiri. Semasa
pemerintahan Mughal Zamindar mempunyai kuasa yang besar dalam mengutip cukai, kuasa
perundangan dan kuasa ketenteraan17.Namun begitu selepas kedatangan British kuasa
Zamindar telah dikurangkan atas alasan mereka tidak menjalankan tanggungjawab dengan
adil dan sering menindas golongan petani18. Walhal sebenarnya pihak British merasa
terancam dengan kuasa yang dimiliki golongan zamindar. Keadaan ini mendorong pihak
British memperkenalkan sistem petempatan sepuluh tahun yang kemudiannya diubah suai
menjadi petempatan kekal. Dibawah sistem ini, golongan zamindar tuan tanah mendapat
kedudukan yang sah dalam kerajaan tetapi dalam aspek mengutip cukai Zamindar
dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai, tetapi sembilan peratus daripada hasil kutipan
cukai akan diserahkan kepada pihak British.19 Hal ini seterusnya menimbulkan rasa tidak
puas hati golongan zamindar dan masyarakat tempatan.
Daripada penguasaan ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan British di India
berjalan secara berperingkat-peringkat, sehinggalah pada tahun 1857 Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI) telah menguasai sebahagian daripada wilayah India iaitu 62 peratus daripada
16Wraxall, Nathanial William.Posthumous memoirs of his own time(Volume 2) . 1836. hlm 135
17Gupta, Sulekha Chandran. Agrarian Relations and Early British Rule in India. Bombay: Asia Publishing
House. 1963. hlm 65.18Ibid.
19Ibid. hlm 274
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
10/30
10
wilayah di India20. Bahkan salah satu daripada usaha yang dilakukan pihak British untuk
menguasai India ialah dengan cara terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam
hal-ehwal dalaman di sesebuah negeri terutamanya dalam soal pengantian pemerintah,
perlantikan pembesar dan pentadbiran kerajaan21. Kesannya dapat dilihat apabila golongan-
golongan seperti Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib bertindak bersatu padu untuk
memperjuangkan hak-hak mereka dan turut serta dalam Dahagi 1857. Atas sebab inilah
dahagi 1857 boleh dianggap sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan dan bukan semata-
mata pemberontakan oleh tentera sepoi.
3.2 Ekonomi
Penindasan dalam bidang ekonomi terutama aktiviti pertanian yang berlaku di
Benggal telah berlaku semenjak aktiviti tersebut mula beroperasi. Warren Hastings dan Lord
Cornwallis telah menyedari bahawa Bengal mampu memberikan sumbangan ekonomi yang
besar kepada pihak British.22
3.2.1 Sistem Percukaian
Satu sistem percukaian tanah baru telah diperkenalkan oleh British yang dikenali
sebagai sistem Zamindari pada tahun 1973.23Golongan zamindar diletakkan sebagai golongan
penengah antara pemerintah serta golongan petani. Cukai yang dibayar itu biasanya adalah
dalam bentuk hasil.24 Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan
20Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. hlm 260
21Ibid. hlm 261
22Mohd Dali, Azharudin.Tamadun india, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm 271
23
B.G. Tilak, Jandhyala.Education,Society and Development National and International Perspective. NewDelhi: National Istitute of Educational Planning and Administration. 2003. hlm 16924
Kapila, Uma.Indian Economy Since Indipendence. Delhi: Academic Foundation.1990. hlm 50
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
11/30
11
mengambil sebahagian hasil sebagai upahnya sementara sebahagian lagi akan dihantar kepada
kerajaan. Peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani, hal ini kerana tiada satu
undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindari meningkatkan kadar cukai.
Oleh itu, wujud perluasan kawasan tanaman padi di kawasan Bengal, hal ini dapat
dilihat daripada angka berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35% kawasan Bengal
diusahakan , tetapi apabila terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak 80% pada
penghujung abad ke-19 . Seterusnya , peningkatan pertanian komersial untuk dieksport seperti
jut , sutera , tebu , candu , dan nila . Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah dengan itu
kutipan sewa oleh kelas zamindari yang turut bertambah tanpa persetujuan para petani.
Walaubagaimana pun, kuasa Zamindar yang dahulunya besar dan diumpamakan sebagai raja
di kawasan mereka sendiri telah berubah apabila SHTI membataskan kuasa Zamindar hanya
untuk mengutip cukai.
3.2.2 Sistem Petempatan Kekal
Pengenalan sistem petempatan kekal juga salah satu cara untuk menggalakkan
pelaburan modal terhadap tanah.25Hal ini kerana sistem ini diharap dapat membantu usaha
SHTI untuk meningkatkan perkembangan pertanian dan komersial dan secara langsung
meningkatkan jumlah pungutan cukai. Pengenalan sistem ini juga secara langsung telah
membolehkan golongan Zamindar mendapat kedudukan yang sah dalam kerajaan. Perubahan
yang dibawa oleh British dalam soal tanah dan pemungutan cukai merupakan satu perubahan
untuk menjadikan golongan Zamindar sebagai sebuah kuasa untuk menguasai tanah yang ada
25S .N. Sen.History Modern India. New Delhi: New Age International Publishers.1997. hlm 76
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
12/30
12
di Benggal. 26 Perubahan ini tidak membawa kebaikan kepada golongan rakyat terutama
golongan petani kerana mereka masih hidup dalam keadaan yang sukar dan masih lagi
merupakan golongan yang tidak mempunyai tanah. Hal ini secara tidak langsung meningkat
semangat mereka untuk menuntut kebebasan dan pentadbiran yang lebih baik.
3.2.3 Sistem Ryotwari
Sistem Ryotwari merupakan salah satu kaedah untuk mengutip hasil di India oleh
British.27Sistem ini dicadangkan oleh Kapten Alexander dan kemudian diperkenalkan oleh
Sir Thomas Munro apabila dilantik menjadi Gabenor pada 1820-1827 di Chennai.28Kaedah
ini merupakan salah satu kaedah mengutip hasil tanah daripada setiap petani oleh ejen
kerajaan. Antara tujuan sistem ini adalah untuk mengukur dan menilai potensi sumber
penanaman disamping dapat menghapuskan dominasi orang tengah yang sering menindas
golongan petani. Sistem Ryotwari mempunyai hak untuk bebas memindahkan dan
mewariskan tanah, tetapi di sisi undang-undang mereka dianggap sebagai penyewa negeri
yang kekal turun-temurun. Kawasan yang mengamalkan sistem Ryotwari, telah menyebabkan
hak milik tanah beransur-ansur menjadi tumpuan tuan tanah yang datang daripada golongan
elit terutama yang memiliki ladang-ladang kecil, pemberi pinjaman wang dan peniaga-
peniaga29
Melalui sistem ini, British berkeinginan untuk mengembangkan tanaman komersil
seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi dan lada di Madras untuk tujuan eksport. Menjelang
pertengahan abad ke-19, terdapat lebih daripada 1 juta ekar tanah di Madras yang ditanam
dengan kapas yang menghasilkan kapas mentah bernilai 55 juta. Keadaan ini sebenarnya
26Mohd Dali, Azharudin, Tamadun india, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. hlm 273
27
S .N. Sen,History Modern India, New Delhi: New Age International Publishers.1997. hlm 7728http://www.britannica.com/EBchecked/topic/514604/ryotwari-system
29G. G. KOTOVSKII, The Great Soviet Encyclopedia, 3rd Edition (1970-1979). 2010 The Gale Group
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/514604/ryotwari-systemhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/514604/ryotwari-systemhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/514604/ryotwari-systemhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/514604/ryotwari-system8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
13/30
13
didorong oleh kenaikan harga kapas mentah yang begitu tinggi antara period 1861-1865 dan
menyebabkan petani memberi tumpuan serius kepada tanaman ini di wilayah mereka. Ciri-ciri
sistem Ryotwari ialah setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang
bertanggungjawab membayar cukai. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun dan antara
25% hingga 60% hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan setiap tanah. Pengutipan
cukai akan dikendalikan oleh kerajaan. Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas
tanah dan hartanya.30Hal ini menyebabkan para petani ditindas dengan paksaan bayaran cukai
dan mendorong mereka untuk melakukan tuntutan kebebasan.
3.2.4 Cukai perdagangan
Selain itu, faktor yang turut menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat
tempatan adalah cukai perdagangan yang terlalu tinggi dikenakan oleh British. Kemusnahan
sektor perkilangan adalah disebabkan cukai takrif yang tinggi di England yang dikenakan
terhadap barangan daripada India. Hal ini telah menyebabkan eksport kapas dan Sutera India
ke England telah dihentikan31 manakala barangan Inggeris pula telah membanjiri India.
Kelumpuhan industri perkilangan di India 32 disebabkan kurangnya permintaan daripada
kurangnya permintaan daripada Barat dan seterusnya menyebabkan pekerja-pekerja terpaksa
menukar pekerjaan mereka ke sektor pertanian.
30S .N. Sen.History Modern India. New Delhi: New Age International Publishers.1997. hlm 78
31
Anstey,Vera. The Economic Development of India. New York: Arno Press. 1977. hlm 33232Chaudhuri, Shashi Bhusan. Civil Rebellion in the Indian Mutinies (1857-1859). Calcutta: The World Press
Private LTD. 1957. hlm 279
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
14/30
14
3.3 Sosial
Modenisasi yang diperkenalkan oleh British di India dinilai sebagai satu bentuk
gangguan nilai-nilai sosial yang telah dipegang masyarakat India sejak sekian lama. British
telah campur tangan dalam hal ehwal adat dan memperkenalkan pembaharuan yang tidak
disenangi oleh masyarakat India. Sebagai contoh, Lord William Bentick telah mengusulkan
ideanya untuk menghapuskan adat sati yang dianggap kejam dan mengabaikan nilai
kemanusiaan. Walau bagaimanapun, adat ini merupakan satu pengorbanan yang dianggap
suci oleh masyarakat Hindu di India. Oleh itu, adat ini secara tidak langsung akan
dipertahankan oleh masyarakat Hindu di India.33
3.3.1 Penghapusan Adat Sati
Lord William Bentick telah melakukan langkah permulaan dengan cara meminta
pandangan daripada orang lain terutamanya orang eropah berkenaan dengan idea
penghapusan adat sati secara berkompromi dengan penganut agama Hindu di India. Ramai
yang bimbang idea tersebut tidak dapat dilaksanakan termasuklah Rammahun Roy iaitu
reformis Hindu yang menentang adat tersebut. Rammahun Roy mencadangkan penghapusan
adat tersebut dilaksanakan di Bengal terlebih dahulu sebelum diperluas ke seluruh India.
Namun demikian, Lord William Bentick tidak mengendahkan nasihat tersebut dan
mengharamkan adat sati di seluruh India. Tindakan tersebut dilihat sangat terburu-buru dan
33Hunter, Robert, The History Of India, From The Earliest To The Fall Of The East India Company And The
Proclamation Of Queen Victoria in 1858. London : Oxford University. 1863. hlm. 221
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
15/30
15
telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India. Mereka berasa sangat kecewa
kerana British tidak bertoleransi dalam soal adat mereka.34
3.3.2 Penghapusan Adat Thugee
Lord Wiliiam Bentick juga telah menghapuskan adat thugee. Amalan thugee
merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi
kumpulan-kumpulan agama bersenjata. Kekurangan perlindungan dianggap oleh British
sebagai punca utama amalan ini berlaku. Oleh itu, sebuah jabatan di bawah pimpinan Sir
William Sleeman telah ditubuhkan untuk menghapuskan adat tersebut. Selain itu, British juga
telah menghapuskan adat pembunuhan anak perempuan. Amalan ini merupakan amalan yang
paling kejam kerana anak perempuan akan dibunuh sejurus sahaja mereka dilahirkan.35
British juga menganggap amalan ini tidak berperikemanusiaan dan wajar untuk dihapuskan
untuk menambahbaik gaya hidup masyarakat India. Namun demikian, masyarakat India
menganggap British tidak menghormati adat mereka. Mereka berasa sangat bimbang kerana
adat mereka dicabuli dan diubah sesuka hati oleh British.36
34
Ibid. hlm. 22135N. Jayapalan. (2001).History Of India. New Delhi : Atlantic Pulishers and Distri. hlm. 99
36Ibid. hlm. 99
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
16/30
16
3.3.3 Akta The Hindu Widow Remarriage Act 1856
Pembaharuan dilihat begitu ketara dalam soal adat masyarakat India apabila
pengenalan akta The Hindu Widow Remarriage Act 1856 diluluskan oleh Lord Delhousie.
Langkah ini sebenarnya dianggap oleh British sebagai salah satu langkah untuk melaksanakan
konsep emansipasi wanita. Akta tersebut membenarkan balu yang kematian suami untuk
berkahwin semula. Namun demikian, hal ini bertentangan dengan adat masyarakat India iaitu
sati yang menggalakkan balu membakar diri dengan mayat suami. Penganut agama Hindu
yang bersikap konservatif terhadap perubahan sosial menganggap perkara ini sebagai satu
tamparan hebat dan melanggar adat mereka.37 Percanggahan tersebut telah mewujudkan
tentangan dalam kalangan masyarakat India terhadap British. Hal ini dengan jelas
membuktikan bahawa masyarakat India sebenarnya berjuang untuk menuntut kebebasan yang
dianggap sebagai First War Of Independence dan bukan untuk memberontak seperti yang
diperkatakan oleh British.
3.3.4 Penyebaran Agama Kristian
Faktor agama juga merupakan salah satu sebab berlakunya penentangan golongan
muslim dan Hindu di India terhadap British. Penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh
mubaligh-mubaligh British dianggap mempunyai agenda yang penuh dengan muslihat.
Masyarakat di India percaya bahawa kerajaan British melakukan konspirasi untuk mengubah
37Kaye, John et. al. Kayes and Mallesons History Of The Indian Mutiny Of 1857-8. New York : Cambridge
University Press. 2010. hlm. 138
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
17/30
17
kepercayaan mereka terhadap agama Islam dan Hindu.38Penyebaran agama Kristian ini jelas
berleluasa setelah kedatangan Lord Canning yang memegang jawatan sebagai wizurai pada
tahun 1856. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab tentang isu agama di India.
Langkah drastik yang diperkenalkan oleh beliau termasuklah penukaran seluruh India kepada
Kristian. Kerajaan British juga menyokong tindakan yang dilakukan oleh Lord Canning.
Kesan ketara yang dapat dilihat akibat daripada dasar ini adalah kewujudan sistem
persekolahan mubaligh, penubuhan gereja dan sebagainya.39
Pertengahan abad ke-19 memperlihatkan perkembangan Kristian yang begitu ketara
terutamanya di Lembah Ganges. Kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan adalah seperti
Delhi, Saharapur, Meerut, Fatehpur, Sikri, Lucknow dan Mirzapur.40Mazhab yang menjadi
tunjang kepada pegangan Kristin ini adalah Protestan. Bagi memudahkan penyebaran Kristian
ini, terjemahan Bible telah dibuat dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi dan Urdu.41
Perubahan yang dilakukan oleh British sememangnya bertentangan dengan kepercayaan
masyarakat di India. Lebih memeritkan, perubahan tersebut dilakukan tanpa mengira
sensitiviti mereka. Hal ini menyebabkan mereka bangkit untuk menentang British.
38Neill,Stephen.A History Of Christianity In India 1707-1858. New York : Cambridge Press. 2002. hlm. 417
39
Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. hlm. 28640Ibid. hlm 286
41Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. hlm. 286
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
18/30
18
3.3.5 Pendidikan Inggeris
Pendidikan barat yang diperkenalkan oleh british juga mempunyai pengaruh besar
terhadap penentangan masyarakat India. Pada tahun 1835, Lord Macauly telah berjaya
meletakkan asas pendidikan barat yang kukuh di India.42Tujuan utama pendidikan barat ini
adalah untuk mempertingkatkan pencapaian budaya dan intelektual masyarakat India.
Pengenalan polisi pendidikan barat ini dilakukan melalui sekolah kerajaan yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Pendidikan barat ini juga telah dimajukan oleh Sir
Charles Wood pada tahun 1854. Kemajuan yang dilakukan termasuklah penubuhan institusi
pendidikan berasaskan kepada model London di Calcutta, Madras dan Bombay.43
Pengenalan kepada pendidikan barat ini sebenarnya telah menimbulkan
ketidakseimbangan dalam pegangan tradisi masyarakat India.44 British percaya bahawa
pendidikan barat ini merupakan tulang belakang kepada proses penukaran agama Kristian
dalam kalangan masyarakat India. Namun demikian, masyarakat di India menentang langkah
British yang ditafsirkan oleh golongan-golongan konservatif sebagai satu serangan terhadap
budaya mereka. Selain itu, masyarakat India juga percaya bahawa British mahu mengganggu
agama dan adat sekaligus memaksa mereka untuk menerima adat dan kebiasaan yang
diamalkan oleh orang eropah.45 Hal ini telah mewujudkan tentangan dalam kalangan
masyarakat India kerana mereka menganggap British telah melaksanakan pembaharuan yang
menentang budaya mereka. Tentangan tersebut jelas perjuangan masyarakat India, tidak
seperti pandangan kaca mata British yang menganggap bahawa masyarakat India
memberontak.
42Whitehead, Clive. Colonial Educaters : The British Indian And Colonial Education Service . London : I. B.
Tauris & Co ltd. 2003. Hlm. 543
Ibid. hlm. 544S. N. Sen.History Modern India. New Delhi : New Age International. 2006. hlm. 91
45Ibid. hlm. 92
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
19/30
19
3.4 Ketenteraan
Aspek ketenteraan juga telah menjadi bukti kepada pernyataan bahawa Dahagi 1857
bukanlah sebuah pemberontakan tetapi adalah sebuah perjuangan kebangsaan yang ingin
menuntut kemerdekaan daripada tentera British. Majoriti menyatakan tentera adalah
merupakan anggota pertahanan yang penting dan seharusnya menjadi sebuah benteng untuk
mempertahankan negara. Kehebatan sesebuah negara adalah terletak kepada kekuatan
ketenteraannya. Begitu juga India yang dipimpin oleh tentera sepoy yang khususnya berada
dalam kalangan golongan Brahmin. Namun, kekuatan tentera Sepoy itu hanyalah pada ahli
tenteranya dan bukan pada pemimpinnya yang dipimpin oleh British. British merupakan
kuasa pertama yang telah tiba pada awal abad ke-17. Pada tahun 1612, Syarikat Hindia Timur
Inggeris menubuhkan kilang pertama di Bengal yang pada masa itu empayar Mungal masih
berada di kemuncaknya. Walau bagaimanapun, seratus tahun kemudian empayar itu jatuh di
tangan Empayar Maratha yang diketuai oleh Shivaji Maharaj. 46
Oleh itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris47 semakin terkenal di Asia Selatan dan
berkuasa dalam politik dan ketenteraan utama di benua kecil. Tentera British yang semakin
meningkat ini telah merekrut tentera sepoy daripada masyarakat tempatan. Pegawai
pemerintah batalion menjadi satu bentuk pengganti kepada ketua kampung dan mereka
46Chaudhuri, Shashi Bhusan. Civil Rebellion in the Indian Muttinies (1857-1859). Calcutta: The World Press
Private LTD. 1957.hlm 259
47 Syarikat Hindia Timur Inggeris (Bahasa Inggeris:British East India Company), kadang-kala dikenali dengan
nama "John Company" adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh RatuElizabeth Ipada 31 December1600. Syarikat ini, dengan panggilanHonourable East India Company, diberi
kemudahan untuk menguasai perdagangan diHindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan
kepada sebuah badan yang memerintahIndia apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan.
Syarikat ini ditutup pada1858.Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan
British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanahjajahan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ratu_Elizabeth_I&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ratu_Elizabeth_I&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1600http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindia_Timurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1858http://ms.wikipedia.org/wiki/1858http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hindia_Timurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1600http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ratu_Elizabeth_I&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ratu_Elizabeth_I&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggeris8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
20/30
20
dipaksa untuk menyatakan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kuasa-kuasa
ketenteraan telah dibahagikan kepada tiga tentera jawatan presiden iaitu di Bombay, Madras
dan Bengal. Tentera Bengal ini pula direkrut daripada tentera yang berasal daripada kasta
yang lebih tinggi iaitu Brahmin48. Madras dan Bombay pula lebih bersifat setempat dan
berkasta neutral. Oleh itu, penguasaan kasta yang lebih tinggi di dalam tentera Bengal
dianggap sebagai salah satu daripada pencetus kepada perjuangan kebangsaan 1857 ataupun
dikenali sebagai dahagi 1857 oleh British.
Ketenteraan ini dapat dijadikan sebagai bukti kepada pernyataan kami iaitu Dahagi
1857 adalah sebuah perjuangan menuntut kebebasan dan bukannya pemberontakan kerana
dalam aspek ini ketenteraan memainkan peranan dalam pencetusan perjuangan menuntut
kebebasan daripada British. Namun, ramai sejarawan yang mengenali perjuangan ini sebagai
sebuah pemberontakan tetapi bukan pada kaca mata orang India itu sendiri. Bagi British,
tentera sepoy merupakan pemberontak kerana melawan penguasaan mereka dan sebahagian
besar British gagal untuk mengiktiraf pejuang dalam Dahagi 1857. Hal ini juga turut
dipengaruhi dengan penguasaan tentera sepoy dalam batalion ketenteraan British seramai 260,
000 orang dalam kalangan mereka dan hanya sekitar 14 % iaitu 34000 tentera Eropah pada
1857. 49
48 Brahmin (juga dikenali sebagai Brahman; dari bahasa Sanskrit Brahmana ) adalah nama yang
digunakan untuk menamakan seorang ahli salah satu daripada empat varnas (kasta) di dalam kitab Hindu
tradisional masyarakat Nepal dan India. Brahman, Brahmin dan Brahma mempunyai makna yang berbeza.
Brahman merujuk kepada sendiri Agung. [Perlu petikan] Brahmin atau Brahmana merujuk kepada individu,manakala Brahma perkataan merujuk kepada aspek kreatif kesedaran sejagat. [Perlu petikan] Brahmin perkataan
Inggeris adalah satu bentuk Inggeris-an Brahmana perkataan Sanskrit . Memandangkan smriti terdapat empat
"varnas", atau kelas: Brahmin, Kshatriya, Vaishya, dan Shudra.49Rev.James Kennedy. The Great Indian Muttiny of 1857 : Its causes, features and results, London: Ward &
Company. 1858. hlm 9.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
21/30
21
Oleh itu, Dahagi 1857 ataupun Sepoy Muttiny yang dikenali oleh Britain sebagai
pemberontakan paling teruk berlaku pada 1857 sebenarnya diakui oleh orang India sebagai
the first war of independence50. Bagi mereka, perjuangan orang India untuk menuntut
kebebasan itu tidak patut dianggap pemberontakan kerana dari kaca mata perjuangan orang
India itu ianya adalah perjuangan pertama menuntut kebebasan daripada Britain. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kenyataan Gregory Fremont Barnes :
It is essential, from the outset, to lay down some parameters and debunk some of
the familiar myths associated with this subject. The very name Indian Muttiny
has been challenged, especially by some Indian scholars, as an inaccurate
description of the conflict which raged across northern and central India in 1857-1858. To many on the sub continent it is better known as The First War of
Independence a war of national liberation. To contemporary Britons, it is
variously known as The Great Rebellion, The Sepoy revolt or The Great
Muttiny. 51
Jelas bahawa pengistilahan gelaran dalam perjuangan pertama orang India ini disalah
ertikan dengan kenyataan British. Bukti bagi menyatakan kesalahan pihak British yang
menganggap ianya sebagai pemberontakan adalah dari segi ketenteraan. Dalam aspek
ketenteraan ini boleh dilihat dari segi layanan The East India Company terhadap tentera
India, pelucutan elaun khidmat asing, perkhidmatan yang zalim dan pengenalan senapang
Enfield Rifles. Punca ini telah menyebabkan tentera sepoy bangkit dan berjuang untuk
menentang British dan ianya bukanlah pemberontakan seperti yang dikatakan British.
Pencetusan Sepoy Muttiny daripada aspek ketenteraan ini menjadi bukti yang kukuh
bagi menyokong kenyataan bahawa Dahagi 1857 itu adalah perjuangan kebangsaan pertama
ataupun dikenali sebagai The First War of Independence. Hal ini boleh dibuktikan dengan
50Perang Pertama Kemerdekaan India adalah satu istilah yang kadang-kadang digunakan, terutamanya di India
untuk menggambarkan Pemberontakan India 1857, yang telah digambarkan dengan pelbagai di luar Indiasebagai "kebangkitan", "pemberontakan" dan "dahagi".51Barnes,Gregory Fremont. The Indian Muttiny 1857-58. Great Britain: Osprey Publishing. 2007.hlm 9.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
22/30
22
fakta pertama iaitu Akta Pengambilan Tentera Awam yang diperkenalkan British,
diksriminasi British terhadap tentera Sepoy dan fakta paling menarik ialah perkenalan
senapangEnfield Rifle kepada tentera Sepoy. 52
3.4.1 Akta Pengambilan Tentera Awam
Perkembangan bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menyebabkan
tentera bukan sahaja diperlukan untuk berkhidmat di India, tetapi melalui akta ini tentera ini
juga terpaksa membuat perkhidmatan asing dengan imbuhan yang dibayar kemudian. satu lagi
rungutan para tentera ialah apabila perbuatan perkhidmatan awam ini yang menafikan hak
sepoy untuk menerima pencen bersara. walaupun ura-ura mengatakan ianya hanya untuk
tentera baru tetapi disyaki bahawa ia juga akan dikenakan kepada mereka yang sudah lama
dalam perkhidmatan tentera. Di samping itu, bayaran tentera Bengal diberi agak kurang
berbanding dengan tentera dari Madras dan tentera Bombay yang memburukkan lagi keadaan
tentera sepoy. 53 Menurut James Kennedy, menyatakan bahawa tentera yang mereka upah
mengambil peluang menjadi tentera untuk tujuan tertentu.
They enter our civil and military services readily for their own purposes. They
are very willing to take our pay and so long as their personal interest are identified
with ours, their fidelity is secured.
Selain itu, tentera India turut diarahkan untuk ke luar negara berperang dan dijangka
akan mati di sana. Pada 1852, 38 orang tentera menolak untuk dibawa merentasi laut untuk ke
Burma. 54Namun, dasar British iaitu memberi autoriti kuasa kepada mereka untuk membawa
tentera India ke luar negara sesuka hati mereka. Ini adalah undang-undang yang dicipta bagi
mengaplikasikan bakal tentera untuk berada di seluruh pelosok jajahan British dan mati di
52 J.A.B, Palmer. The Muttiny Outbreak at Meerut in 1857. United Kingdom:Cambridge University Press.
1966.hlm 52.53
English, Barbara. The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857.London: Oxford University Press.1994.hlm 174.54Barnes, Gregory Fremont. The Indian Muttiny 1857-58. Great Britain: Osprey Publishing. 2007.hlm 20.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
23/30
23
tempat peperangan. Hal ini menjadi mimpi ngeri kepada tentera India atau sepoy apabila
mereka mendengar khabar angin iaitu tentera India dibunuh di Burma.
3.4.2 Diskriminasi Tentera Sepoy oleh British
Pada ketika itu, terlalu banyak insiden yang menyebabkan ketidakpuasan hati di antara
tentera sepoy. Bayaran paling tinggi yang diterima oleh tentera sepoy adalah bayaran
minimum yang diterima oleh tentera Eropah. Dengan tidak ada kenaikan pangkat bagi tentera
India yakni apabila seorang tentera itu memulakan kerjaya dengan Risaldar maka mereka juga
akan berakhir dengan Risaldar. Kerajaan British ketika itu sebenarnya langsung tidak
mempercayai tentera India. Mereka juga tidak dihormati seperti tentera British yang lain.
Selain itu, mereka juga dilayan sebagai hamba abdi. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan
kenyataan Shashi Bhusan Chaudhuri.
These are factors which irresistibly toned down the military character of therevolt and produced conditions favourable for the merging of the military rising
into a popular rebellion. Few circumstances one more observable throughout the
revolt than this ferment in the civil populace accompanying the Indian Mutinies.
3.4.3 Pengenalan Senapang Enfield Rifle
Pada tahun 1853, Syarikat Hindia Timur Inggeris memutuskan untuk memodenkan
penggunaan senjata yang digunakan oleh Tentera Bengal iaitu sepoy. Oleh itu, British telah
memperkanalkan Senapang baru bercorak Musket Rifle 1853.55 Senjata itu kemudiannya
digunakan oleh tentera Bengal bagi menggantikan senjata flintlock kepadaBrown Bess yang
55W.H Fitchett, The Tale of The Great Muttiny, London: Smith Elder & Co, 1902.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
24/30
24
telah berubah dengan keadaan kunci senapang pada tahun 1842. 56Peluru untuk Best Brown
terdiri daripada peluru kertas yang pelu untuk digigit sebelum digunakan oleh tentera Bengal.
Namun, senjata itu rupa-rupanya telah disadurkan dengan lemak babi dan lembu yang
diharamkan bagi masyarakat Muslim dan Hindu. Hal ini adalah punca penentangan yang
menjadi bukti kepada perjuangan pertama kebangsaan India.
Hal ini telah membawa kepada pencetusan kepada perasaan ketidakpuasan hati tentera
sepoy yang telah menyentuh keagamaan mereka. Tentera sepoy sangat menolak untuk
menggunakan peluru yang telah digriskan dengan minyak babi dan lembu. 57Tentera sepoy
menganggap bahawa pihak British sengaja untuk membawa mereka ke arah kristiniasasi dan
menjauhkan mereka dari agama mereka. Disebabkan pengenalan senapang ini telah
menyebabkan mereka melancarkan peperangan perjuangan pertama kebangsaan India yang
telah meningkatkan kesedaran orang India yang selama ini rela dijajah dan kepentingan
mereka diabaikan. Hal ini dapat dilihat dengan kenyataan salah seorang sarjana.
The ammunition for the Brown Bess consisted of a paper catridge with a pre-
mesured amount of powder and one round in order to load the weapon the
catridge was torn open with teeth the powder was poured into the barrel and then
the catridge with the bullet was rammed down. A percussion cap was placed on
the nipple of the lock and when the trigger was pulled, the hammer would ignite
the fulminate and fire the musket. The sepoys of rifle companies who usualy
functioned as skirmishers, were however armed with the 1838 Brunswick two
groove rifle. The rifled barrel allowed for a tighter fit of the bullet and gave it a
spin when fired that greatly increased its speed and accuracy. To ease the process
of wamming down the bullet and to make a fit onceloaded, the rifle necessitatedthe use of lubricated patch was wound around the ball, instead of the paper
catridge used in the smoothbore musket. A small number of native troops on the
north West Frontier were also armed with the Minin Rifle which releid on its
conically shaped bullet with applied grease for a tight fit. 58
56David, Saul. The Indian Muttiny 1857.Penguin Books : Perpustakaan Universiti Malaya.
57Seal, Anil.Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan Dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan
Belas, United Kingdom: Fellow Kolej Triniti.1987.hlm 2458E.I Brodkin, The Struggle for Succession : Rebels adn Loyalist in the Indian Mutiny of 1857, United Kingdom:
Cambridge University Press. hlm 1972.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
25/30
25
Oleh itu, dengan pengenalan senapang yang dgris dengan minyak babi dan lembu itu
merupakan salah satu bukti bahawa mereka dianiaya dan logik bagi mereka untuk
menentang British bagi mempertahankan maruah keagamaan mereka. Maka, Dahagi
1857 itu adalah The First of Independencebagi India dan bukanlah pemberontakan yang
dikatakan oleh pihak British yang sengaja menimbulkan fitnah kepada masyarakat
India.
4.0 Kesimpulan
Secara rangkumannya dapat kita lihat bahawa sesungguhnya dahagi India 1857 telah
gagal . Hal ini sekaligus turut meninggalkan implikasi negatif kepada pihak British yang telah
menguasai negara India sejak awal abad ke-19 lagi. Malah, masyarakat di India mulai sedar
mengenai hak-hak dan kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara tersebut. Namun,
keadaan ini telah membawa titik tolak perjuangan dalam diri setiap orang India untuk
menuntut kebebasan. Hal ini mendorong kepada perubahan dan penyelarasan pentadbiran
telah dilaksanakan rentetan peristiwa dahagi yang dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah
masyarakat di India.
Walaupun Dahagi 1857 dikatakan gagal disebabkan ketiadaan tujuan yang sama dalam
kalangan pejuang kebangsaan India dan mereka berjuang demi kepentingan mereka masing
kecuali beberapa orang. Contohnya, Rhani Jhansi yang berjuang untuk hak-hak asasi seorang
putera, Nana Shahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayah
angkatnya, Baji Rao, orang Muslim pula berjuang untuk memulihkan Empayar Monghul dan
pencetus utama tentera sepoi yang berjuang disebabkan pelbagai faktor keagamaan dan
mereka ingin membalas dendam serperti kehilangan kedudukan atau kerana bayaran upah
yang rendah. Pejuang yang lain memberontak untuk mendapatkan kebebasan tanpa sebarang
tujuan positif kecuali rasa benci terhadap British.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
26/30
26
Justeru, dahagi 1857 yang berlaku juga secara tidak langsung telah menamatkan
Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun 1858. Hal ini telah membuktikan bahawa SHTI
tidak mampu untuk memerintah India yang begitu luas. SHTI telah dimansuhkan pada 1858
mengikut Akta Kerajaan India dan keputusan telah diambil untuk memindahkan pentadbiran
kerajaan India terus kepada Kerajaan Mahkota iaitu tanah besar England. Malahan, Ratu
Victoria telah bertolak ansur dengan keagamaan orang India dan menyatakan bahawa putera-
putera tidak akan kehilangan hak-hak dan perjanjian-perjanjian yang wujud dengan mereka
akan dipelihara. Pengampunan umum telah dijanjikan kepada semua pemberontakan kecuali
mereka yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat British. Kesan yang paling
positif ialah perjuangan menuntut kebebasan telah tersebar dan perjuangan mereka telah
bermula dengan kesedaran ramai rakyat India.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
27/30
27
Bibliografi
Anstey,Vera. The Economic Development of India. New York: Arno Press. 1977
Barnes, Gregory Fremont. The Indian Muttiny 1857-58, Great Britain: Osprey Publishing
.2007.
Barthorp, Michael. The British Troops In The Indian Mutiny 1857-59,Great Britain: Osprey
Publishing. 1994.
Brock, William. A Biographical Sketch of Sir Henry Havelock, K. C. B.. Tauchnitz. Stanley.1858.
Gupta, Sulekha Chandran, Agrarian Relations and Early British Rule in India. Bombay: Asia
Publishing House. 1963.
B.G. Tilak, Jandhyala.Education,Society and Development National and International Perspective.
New Delhi: National Istitute of Educational Planning and Administration. 2003.
Chaudhuri, Shashi Bhusan. Civil Rebellion in the Indian Muttinies (1857-1859). Calcutta: The
World Press Private LTD. 1957.
David, Saul. The Indian Muttiny 1857. Penguin Books : Perpustakaan Universiti Malaya
English, Barbara. The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. London: Oxford
University Press. 1994
E.I Brodkin, The Struggle for Succession : Rebels adn Loyalist in the Indian Mutiny of 1857,
United Kingdom: Cambridge University Press. 1972.
G. G. KOTOVSKII, The Great Soviet Encyclopedia, 3rd Edition (1970-1979). 2010 The Gale
Group
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
28/30
28
Gupta, Sulekha Chandran. Agrarian Relations and Early British Rule in India. Bombay: Asia
Publishing House. 1963.
Hunter, Robert. The History Of India, From The Earliest To The Fall Of The East India Company And
The Proclamation Of Queen Victoria in 1858. London : Oxford University.1863.
J.A.B Palmer, The Muttiny Outbreak at Meerut in 1857, United Kingdom: Cambridge
University Press. 1966.
Kapila. Indian Economy Since Indipendence. Delhi: Academic Foundation. 1990
Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004
Rev.James Kennedy, The Great Indian Muttiny of 1857 : Its causes, features and results,
London: Ward & Company. 1858
W.H Fitchett. The Tale of The Great Muttiny. London: Smith Elder & Co. 1902.
Malleson, Colonel. Kayes and Mallesons History of the Indian Mutiny 1857-58. London:
William Clowes and Sons Limited.
Seal, Anil. Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan Dan Persubahatan Pada Akhir
Abad Kesembilan Belas, United Kingdom : Fellow Kolej Triniti. 1987
N. Jayapalan.History Of India. New Delhi : Atlantic Pulishers and Distritc. 2001.
Neill, Stephen.A History Of Christianity In India 1707-1858. New York : Cambridge Press. 2002.
Pati, Biswamoy. The Great Rebellion of 1857 in India, Exploring Transgession, Contets and
Diversities.London: Routledge. 2010.
Um S .N. Sen.History Modern India. New Delhi: New Age International Publishers.1997.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
29/30
29
W.Stern, Robert. Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent. Second Edition.
London : Cambridge University Press. 2003
Wolpert .A New History of India. London: Oxford Universiti Press. New York. 2004.
Wraxall, Nathanial William. Posthumous memoirs of his own time(Volume 2) Wright, Caleb (1863).
Historic Incidents and Life in India.J. A. Brainerd. 1836.
Whitehead, Clive. Colonial Educaters : The British Indian And Colonial Education Service. London :
I. B. Tauris & Co ltd. 2003.
.
8/13/2019 138712043 Benarkah Dahagi 1857 Dianggap Sebagai the First War of Independence
30/30
Top Related