Download - 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

Transcript
Page 1: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

p

� PENGENALAN

Pernahkah anda mendengar pepatah „What matters is how much you save, not how much you earn (Apa yang penting adalah berapa yang anda jimatkan, bukan berapa yang anda perolehi)‰? Dalam ertikata lain, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan kewangan anda akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka jika anda berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja kurang daripada kemampuan anda dan mengamalkan tabiat menyimpan. Namun demikian, di samping

TTooppiikk

1100

� Mencapai Impian Kewangan Peribadi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan makna dan pelbagai jenis simpanan;

2. Membincangkan matlamat pelaburan dan hubungan antara risiko dan pulangan;

3. Menjelaskan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan pinjaman;

4. Membuat keputusan yang matang tentang membeli polisi insurans;

5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin; dan

6. Menghuraikan tanda-tanda kemelut kewangan.

Page 2: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 145

menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar selain membuat pelaburan. Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya, sebaliknya, pelaburanlah yang boleh menjadikan anda kaya. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi, tidak sempurna jika dilakukan tanpa mengetahui bagaimana untuk mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga membincangkan bagaimana hendak mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi kemelut kewangan. Ini berperanan sebagai semak kendiri kewangan yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan kewangan peribadi yang sebenar.

MEMBINA KEKAYAAN�

Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak mengurus wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam bagaimana membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk mengatasi apa-apa ketidakpastian.

10.1.1 Tabiat Menabung

Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada mengurangkan perbelanjaan walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar. Berapa yang perlu anda simpan, di mana anda perlu menyimpannya dan adakah anda pasti bahawa anda membuat keputusan yang betul? Mari mengetahui bagaimana untuk menetapkan matlamat yang realistik dan mendapatkan manfaat yang lebih banyak dari wang anda. Mengikut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan konsumer tetapi disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar pinjaman perumahan atau membeli sekuriti. Anda patut membuat simpanan automatik. Pelan tabungan adalah penting dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan. Adalah lagi baik jika anda boleh menabung antara 20% dan 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai lebih wang untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut terus ke dalam akaun simpanan anda. Anda boleh:

10.1

Page 3: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 146

(a) Menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan;

(b) Melakukan pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM); dan

(c) Memindahkan wang dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda melalui perbankan Internet setiap bulan.

Adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda mungkin terlupa untuk berbuat demikian atau ada alasan untuk membelanjakan wang tersebut daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat menabung anda akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar meneruskan pelan tersebut. Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini? Mudah saja � adakan tabungan secara automatik! Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan anda setiap bulan. Aturkan agar pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja gaji anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa yang tidak dapat dilihat atau apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya. Pada masa yang sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa anda lebih hampir kepada matlamat kewangan anda. Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang dipindahkan ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah wang yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap atau lain-lain simpanan yang memberi lebih pulangan. Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam akaun simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan tabiat menabung anda. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan yang lain. �

�Apa erti menabung? Bagaimanakah ia berbeza dengan melabur?

AKTIVITI 10.1

Page 4: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 147

10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih

Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda, yang telah dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda, yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti melebihi nilai aset). Dalam topik ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko dan pulangan pelaburan anda serta mempelbagaikan pelaburan anda. �(a) MMatlamat Pelaburan Anda

Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat demikian? Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda. Namun bagaimana caranya untuk menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda? Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat soalan-soalan di berikut:

(i) Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa anda perlu menyimpan dan melaburkan wang anda?

(ii) Berapa jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

(iii) Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

(iv) Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?

(v) Berapa banyak pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?

(vi) Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.

Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

Page 5: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 148

(b) RRisiko dan Pulangan Pelaburan

Menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut. Namun anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan nilainya. Sebagai contoh, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda akan menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan jika anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham yang turun naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham sebuah syarikat pada harga RM5 sesaham dan harga tersebut mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2. Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan. Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan. Jika anda membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%. Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman, komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin tinggi risikonya.

Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda munasabah serta boleh dicapai.

Page 6: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 149

(c) PPelbagaikan Pelaburan Anda Bila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan

sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Oleh itu, tindakan yang lebih bijak adalah untuk meletakkan wang anda

dalam pelbagai pelaburan. Dalam ertikata lain, rancang portfolio pelaburan yang seimbang Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Bila anda berbuat begini, anda lebih berkemungkinan mendapat keuntungan yang tinggi dari pelaburan anda sambil mengurangkan risiko kehilangan wang anda.

Bagaimana anda melabur ditentukan sebahagiannya oleh profail pelabur

anda iaitu sama ada anda pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif. Kebanyakan orang berada di pertengahan profail tersebut.

Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar

daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap seperti simpanan tetap. Jumlah yang diagihkan kepada kelas aset boleh dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti.

Sekiranya anda pelabur yang agresif, anda mungkin akan melabur dalam

pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham. Namun sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda

mungkin mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang berisiko seperti bon dan simpanan tetap.

Setiap pelabur mempunyai akal masing-masing � tiada dua pelabur yang

sama! Cuma anda seorang sahaja yang boleh membuat keputusan tentang pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak wang simpanan yang akan dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. �

��1. Apakah matlamat-matlamat pelaburan anda? Berikan contoh untuk

menjelaskannya.

2. Bincangkan hubungan antara risiko dan pulangan denganmenggunakan contoh.

SEMAK KENDIRI 10.1

Page 7: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 150

10.1.3 Jenis-jenis Pelaburan

Tahukah anda bahawa perancangan pelaburan yang baik boleh menukarkan matlamat anda kepada realiti? Ini melibatkan lebih daripada hanya memilih pelaburan yang betul. Mari kita melihat Rajah 10.1 untuk mengetahui apakah jenis-jenis pelaburan yang terdapat di pasaran kewangan.

Rajah 10.1: Jenis pelaburan �

Mari kita baca penerangan untuk setiap jenis pelaburan ini. (a) TTunai dan pelaburan faedah tetap

Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia, yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap. Produk-produk ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda dengan mudah bila perlu dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda, jadi pelaburan jenis ini adalah sangat selamat. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda. Untuk kebanyakan pelabur, pelaburan tunai dan pelaburan faedah tetap sesuai untuk:

(i) Digunakan sebagai akaun urus niaga;

(ii) Menyimpan wang tunai bagi perbelanjaan jangka pendek dan kecemasan; dan

(iii) Memiliki simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.

Page 8: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 151

(b) SSaham Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya. Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua cara utama:

(i) Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga meningkat.

(ii) Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh. Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:

� Ingin membina asas simpanan untuk matlamat kewangan jangka sederhana dan panjang;

� Mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih panjang; dan

� Selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan dividen dan pertumbuhan modal).

(c) DDana Amanah Saham

Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik. Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap. Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:

(i) Baru dalam bidang pelaburan;

(ii) Bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk membuat pilihan pelaburan;

Page 9: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 152

(iii) Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa); dan

(iv) Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko. (d) HHartanah

Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:

(i) Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan

(ii) Pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan. Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya. Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang:

� Tidak memerlukan akses kecemasan kepada wang mereka;

� Mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang; dan

� Berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat atau jika hartanah itu tidak disewa.

(e) PPelaburan Jenis Lain

Pelaburan jenis lain adalah: (i) BBon

Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda „meminjamkan‰ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

(ii) DDana Amanah Pelaburan Hartanah

(Real Estate Investment Trust � REIT) Ini sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen. �

Page 10: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 153

� MERANCANG UNTUK SITUASI YANG

TIDAK DIDUGA�

Hidup ini ada naik turunnya. Kemalangan dan bencana boleh dan akan berlaku tanpa diduga. Bila perkara sebegini berlaku, kita mungkin merasakan seolah-olah kehidupan kita sudah berada di luar kawalan kita, lebih-lebih lagi bila kita tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi kemalangan atau bencana tersebut. Tidak kira apa kemalangan atau bencana yang berlaku, biasanya kita akan berasa takut, murung dan bimbang. Bagaimana kita akan menghadapi situasi ini? Dalam bahagian berikut, kita akan membincangkan beberapa petua untuk menghadapi situasi yang tidak diduga contohnya mengambil insurans, apa jenis insurans yang patut diambil dan apa itu takaful.

10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan

Sebelum anda mengambil insurans, anda mesti memahami apa itu insurans, tujuan insurans dan bagaimana ia melindungi anda. Sekarang, mari kita melihat perinciannya. (a) AApakah itu Insurans?

Apabila anda membuat komitmen kewangan seperti membeli sebuah rumah dengan meminjam daripada bank, anda telah „mengunci‰ sebahagian daripada pendapatan masa hadapan anda. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan ini mungkin terjejas dan anda mungkin akan kehilangan aset yang susah-payah anda perolehi. Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi anda daripada apa-apa kemungkinan iaitu insurans. Insurans merupakan suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

10.2

Apakah pelaburan-pelaburan pilihan anda? Mengapa?

AKTIVITI 10.2

Page 11: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 154

(b) Tujuan Insurans Di samping menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

(i) Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut diinsurankan).

(ii) Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima rawatan di hospital.

(iii) Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan.

(iv) Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia, terutamanya jika anda ketua keluarga yang mencari nafkah bagi keluarga anda.

(c) Bagaimana Insurans Berfungsi?

Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat insurans berlesen, maka syarikat tersebut bertanggungjawab membayar pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian. Bagaimanapun insiden-insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang diinsurankan. Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua orang yang menyumbang akan dilanda nasib malang. Jika ada sekali pun, biasanya bukanlah pada masa yang sama. Maka dana tersebut akan digunakan untuk membantu mereka yang telah menyumbang untuk sama-sama berkongsi risiko. Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai insurans, BNM telah mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh didapati di cawangan syarikat insurans. Anda juga boleh melayari laman web www.insuranceinfo.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. ��

Page 12: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 155

10.2.2 Jenis-jenis Insurans

Anda boleh menginsuran hampir apa pun. Meskipun begitu terdapat sesetengah perkara yang penting untuk diinsurankan seperti hayat, kesihatan dan harta anda. Rajah 10.2 menunjukkan jenis-jenis insurans. �

��Rajah 10.2: Jenis-jenis insurans �

(a) IInsurans Hayat Polisi insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang

kepada pemegang polisi sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi seperti jatuh sakit, hilang upaya atau kematian. Oleh itu, amat penting bagi anda untuk memiliki insurans terutamanya jika anak atau ibu bapa anda yang telah tua bergantung hidup pada anda. Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih daripada setahun dan anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium secara berkala, sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Rajah 10.3 menunjukkan produk insurans hayat yang utama.

1. Kenapa anda ingin mengambil insurans untuk diri dan keluarga anda sedangkan anda perlu membayar premium yang tinggi?

2. Berapakah liputan insurans yang dianggap cukup? Adakah ia

sama untuk semua individu?

AKTIVITI 10.3

Page 13: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 156

Rajah 10.3: Produk insurans hayat yang utama

Sekarang, kita akan memperincikan setiap produk insurans hayat yang utama ini. � Insurans Seumur Hidup

Ia menawarkan perlindungan seumur hidup tetapi anda juga perlu membayar premium seumur hidup. Wang manfaatnya, termasuklah bonus jika ada, akan dibayar setelah sesuatu kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau penyakit kritikal dihidapi. Oleh sebab polisi ini bersifat jangka panjang, premium yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada premium untuk insurans bertempoh dan ia mempunyai nilai tunai sepanjang tempoh polisi tersebut berkuat kuasa.

� Insurans Bertempoh

Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian atau sekiranya pemegang polisi mengalami kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal semasa tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima adalah mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

� Endowmen

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh polisi ditentukan oleh pembeli polisi.

Page 14: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 157

� Insurans Berkaitan Pelaburan Ia menggabungkan pelaburan dan simpanan. Anda boleh memilih jenis dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan insurans hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

� Insurans Perubatan dan Kesihatan

Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan hospital dan kos pembedahan.

� Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan

(Mortgage Reducing Term) Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal. Institusi kewangan tersebut akan melepaskan hak milik hartanah kepada anda atau waris anda. Premium cuma dibayar sekali sahaja.

(b) IInsurans Am

Ini dapat melindung anda daripada kerugian akibat kecurian atau kerosakan kepada barang peribadi anda. Ia juga melindungi anda jika anda menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian yang tidak disengajakan atau kecederaan dan kemasukan ke hospital. Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun dan pembayaran premium perlu dibuat sekali gus. Jadual 10.1 menunjukkan beberapa produk insurans am yang utama.

Page 15: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 158

Jadual 10.1: Produk Insurans Am Utama �Produk Penjelasan

Kenderaan

Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian, kemalangan atau kebakaran. Sekiranya anda membeli perlindungan pihak ketiga, anda dilindungi daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian orang lain (pihak ketiga) termasuklah kerugian atau kerosakan kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda. Jika anda membeli perlindungan komprehensif, anda akan mendapat perlindungan menyeluruh iaitu perlindungan bagi kecederaan dan kematian pihak ketiga, kehilangan dan kerosakan harta pihak ketiga, dan juga kerugian dan kerosakan bagi kenderaan anda sendiri disebabkan kecurian, kemalangan atau kebakaran.

Kediaman

Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan akibat kebakaran, kilat atau letupan. Polisi pemilik rumah pula memberi perlindungan tambahan atas bangunan untuk meliputi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain bencana. Manakala polisi isi rumah adalah untuk melindungi barang-barang isi rumah seperti perabot dan perkakas rumah daripada kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak memberi perlindungan terhadap kerosakan rumah itu sendiri.

Perjalanan

Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu ke luar negara. Insurans ini melindungi anda daripada insiden yang berkaitan dengan perjalanan seperti penangguhan atau penggangguan waktu perlepasan, kemalangan, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan yang bersangkutan dengan perjalanan.

Barangan peribadi

Insurans ini melindungi barang seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera daripada kehilangan atau kecurian.

����

Page 16: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 159

�10.2.3 Takaful

Seperti dalam perbankan, di mana anda boleh memilih antara produk dan perkhidmatan bank konvensional dan Islam, industri insurans di Malaysia juga menawarkan insurans konvensional dan takaful. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan, anda memeterai kontrak (aqad) untuk membolehkan anda menjadi peserta yang saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian tertentu. Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Contohnya, anda mesti mengalami kerugian wang apabila peristiwa yang diinsurankan berlaku. Akan tetapi, walaupun takaful menawarkan produk yang serupa dengan produk insurans konvensional, ia mempunyai beberapa ciri unik seperti berikut:

� Anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira setelah mengambil kira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan teknikal, perbelanjaan pengurusan dan takaful semula (re-takaful).

� Anda berhak ke atas perkongsian lebihan daripada dana takaful sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful tersebut.

Rajah 10.4 menunjukkan jenis-jenis takaful. �

�Rajah 10.4: Jenis-jenis takaful

Sebelum memilih polisi insurans, pastikan anda menyelidik bahaya dan risiko yang berkaitan dengan polisi-polisi yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans yang berlainan.

Page 17: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 160

(a) TTakaful Keluarga Ini adalah gabungan perlindungan dan pinjaman jangka panjang. Ia

biasanya meliputi tempoh lebih daripada setahun. Ia menyediakan manfaat kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping memberikan keuntungan daripada pelaburan. Pembayaran boleh dibuat setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun. Sekarang, lihat Jadual 10.2 untuk jenis-jenis asas takaful keluarga.

Jadual 10.2: Jenis-jenis takaful keluarga

Jenis-jenis Takaful Keluarga

Penjelasan

Takaful Keluarga Individu

� Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan. Anda atau waris anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.

� Terdapat juga simpanan jangka masa panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang atau serahan awal polisi insurans.

Anuiti Persaraan

� Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas anda bersara.

Takaful Berkaitan Pelaburan

� Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di mana sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.

Takaful Perubatan dan Kesihatan

� Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan di hospital dan kos pembedahan. �

(b) TTakaful Am Takaful am melindungi anda bagi suatu jangka masa pendek, biasanya selama

setahun, bagi sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta atau barangan peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam setahun. Jadual 10.3 menunjukkan jenis-jenis takaful am yang utama.

���

Page 18: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 161

Jadual 10.3: Jenis-jenis takaful am utama

Jenis-jenis Takaful Am Penjelasan

Takaful Rumah

� Polisi pemilik rumah melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan atas rumah anda akibat banjir, kebakaran dan lain-lain bencana.

� Polisi isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada kandungan rumah.

� Anda boleh mengambil salah satu ataupun kedua-dua jenis polisi ini.

Takaful Kenderaan

� Anda dilindungi daripada menanggung kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan atas kenderaan anda, termasuk juga kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, dan kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.

� Seperti insurans kenderaan am, takaful kenderaan juga mempunyai dua jenis perlindungan � perlindungan pihak ketiga dan perlindungan komprehensif.

Kemalangan Diri

� Ia menyediakan pampasan kepada anda atau waris anda sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.

� Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti bila pergi ke luar negara. �

Untuk maklumat lebih tentang takaful am, anda boleh melawat laman sesawang ini: http://www.insuranceinfo.com.my. �

�Terangkan setiap jenis insurans dan takaful. Mana yang anda akan pilih dan mengapa?

SEMAK KENDIRI 10.2

Page 19: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 162

PENGURUSAN HUTANG: ASAS PINJAMAN

Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa yang anda miliki kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda wang dan pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar bil atau melancong ke luar negara. Adalah penting untuk anda ingat bahawa wang pinjaman tersebut bukan diberikan percuma. Anda perlu membayarnya balik � ditambah faedahnya sekali! Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang anda. Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Anda ingin menambah kekayaan. Jika anda meminjam wang, anda perlu menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda. Cuba elak daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Jangan gunakan pinjaman jangka masa pendek seperti kad kredit atau overdraf, untuk membiayai aset jangka masa panjang seperti rumah atau bangunan.

10.3.1 Pinjaman dan Kredit

Bila anda ingin mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit, tanya diri anda soalan berikut:

(a) Adakah produk atau perkhidmatan yang anda inginkan itu penting? Adakah ia benar-benar perlu?

(b) Sekiranya ia penting dan diperlukan, mampukah anda membuat bayaran ansurannya?

(c) Jika ia melibatkan pembelian besar, seperti kereta atau rumah, mampukah anda menyediakan wang pendahuluan yang besar?

(d) Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan

(e) menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?

(f) Jika anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu, sudahkah anda mengkaji aliran tunai anda sama ada ia dapat menampung pinjaman tersebut ataupun tidak?

(g) Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad kredit digunakan? Bukan sahaja kos faedah, malah caj-caj kewangan dan caj lewat bayar perlu diambil kira.

(h) Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika gagal berbuat demikian, prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda mungkin diisytiharkan bankrap.

10.3

Page 20: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 163

Sekiranya anda tidak mampu menambahkan pendapatan, anda perlu berkorban sesuatu untuk membolehkan anda membuat bayaran pinjaman bulanan. Adakah anda bersedia untuk melakukannya? Sebagai contoh, sanggupkah anda melepaskan keseronokan pada hujung minggu untuk membayar balik pinjaman dan hutang kad kredit anda? Walaupun anda berhati-hati dalam menguruskan aliran tunai bulanan anda bagi bayaran pinjaman dan hutang kad kredit, namun kejadian atau keadaan yang tidak diduga mungkin berlaku dan anda akan memerlukan wang tambahan. Adakah anda masih mampu menghadapi komitmen bulanan sekiranya perkara tersebut berlaku? Oleh itu, amatlah penting agar anda tidak membuat pinjaman dan menggunakan kad kredit secara berlebihan. Sebagai panduan am, pastikan jumlah bayaran bulanan pinjaman dan kad kredit tidak melebihi sepertiga gaji kasar anda setiap bulan. �

�10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman

Terdapat pelbagai jenis pinjaman dan kemudahan kredit di pasaran. Kita akan membincangkan tentang pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai dalam topik ini. Rujuk Rajah 10.5. �

Jangan sekali-kali meminjam wang daripada pemiutang haram kerana anda akan:

(i) Mendapat pinjaman dengan terma dan syarat yang sangat ketat.

(ii) Perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.

(iii) Meletakkan diri dan keluarga anda dalam bahaya gangguan (harassment) sekiranya anda lewat membuat pembayaran.

(iv) Memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar pinjaman yang terdahulu.

Page 21: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 164

�Rajah 10.5: Jenis-jenis pinjaman �

Sekarang kita akan membincangkan setiap jenis pinjaman. (a) PPinjaman Peribadi Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya

pembelian berjumlah besar seperti rumah atau kereta tetapi lebih kepada pembelian komputer peribadi atau bagi perkahwinan anda. Anda mungkin tertarik untuk memohon pinjaman ini kerana proses permohonan biasanya cepat dan mudah. Tambahan lagi, kebanyakan bank tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa kadar faedah berbeza-beza dan mungkin tinggi.

Seperti yang telah disebut terlebih dahulu dalam topik ini, tanya dulu diri

anda soalan-soalan penting sebelum anda memohon pinjaman seumpama ini. Pastikan anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan anda mampu untuk membuat pembayaran balik.

(b) Pinjaman Kereta Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik sahaja mula

bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli. Anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi kewangan pula sebagai tuan punya kenderaan itu. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi tuan punya kenderaan tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum

membuat keputusan untuk meminjam. Anda juga perlu menghitung aliran tunai untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang mampu anda bayar. Apabila anda membuat pinjaman kenderaan, anda boleh membuat pinjaman sewa beli secara berurusan terus dengan bank atau melalui wakil penjual kereta, yang kemudiannya akan menyerahkan permohonan anda kepada bank berkenaan.

Page 22: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 165

Sebagai penyewa, anda bertanggungjawab untuk:

(i) Membaca semua cetakan halus (fine print) dalam perjanjian bertulis;

(ii) Semak dan pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam perjanjian adalah seperti yang dipersetujui;

(iii) Mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli;

(iv) Mengetahui tanggungjawab anda sebagai penyewa supaya anda tidak membuat apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian;

(v) Menyimpan semua dokumen seperti perjanjian dan resit di tempat yang selamat; dan

(vi) Membuat bayaran anda kepada orang yang diberi kuasa oleh bank. Sebelum pinjaman kenderaan dibuat, ketahui tentang kadar faedah efektif

yang dikenakan kerana biasanya kadar ini lebih tinggi daripada kadar tetap yang ditawarkan. Lihat contoh di bawah bagi pinjaman sebanyak RM50,000 pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun. Kadar faedah efektifnya ialah 9.15%.

Adakah anda tahu asas sewa beli? Jadual 10.4 memberikan perincian asas sewa beli.

Ansuran bulanan: RM1,042 Jumalah bayaran faedah: RM12,500 Jumlah pinjaman + Faedah: RM62,500 Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15%

Page 23: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 166

Jadual 10.4: Asas Sewa Beli

Terma Penjelasan

Deposit Minimum

Ini ialah 10% daripada harga tunai kenderaan. Walau bagaimanapun, bank boleh menetapkan jumlah pendahuluan yang lebih tinggi.

Kadar Faedah Adalah mengikut kadar tetap dan kadar maksimum yang dibenarkan ialah 10%.

Kadar Faedah Efektif

Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut tempoh pinjaman.

Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan denda sekiranya anda lewat membuat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut kadar asas harian.

Penjamin

Institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin yang akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman atau bakinya sekiranya peminjam tidak menjelaskan hutang tersebut.

Insurans

Anda perlu membeli insurans untuk melindungi kenderaan anda. Institusi kewangan menghendaki tuan punya kenderaan membeli polisi insurans yang komprehensif.

Penarikan balik

Jika anda ingkar membayar pinjaman, institusi kewangan boleh menarik balik kereta anda kerana ia merupakan pemilik yang sah. �

Bila anda tidak membuat pembayaran pinjaman kereta pada waktu yang ditetapkan, institusi kewangan boleh merampas kereta anda dengan menggunakan penarik kereta berdaftar. Pengalaman kereta diambil balik tentu traumatik dan memalukan bagi anda. Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan balik yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang berkenaan. Penarik mestilah membuat laporan polis dan kemudiannya membawa kereta yang ditarik ke tempat yang telah diarahkan oleh institusi kewangan tersebut. Anda akan menerima notis bertulis yang dikenali sebagai Notis Jadual Keempat sebelum kenderaan anda ditarik balik. Notis ini akan luput dalam masa 21 hari dan notis kedua pula akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat diserahkan � ini merupakan peringatan bagi anda membuat bayaran tertunggak atau kenderaan anda akan ditarik balik.

Page 24: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 167

Untuk mengelak penarikan balik kenderaan, anda perlu membuat bayaran tertunggak atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi kewangan sebelum tarikh luput. Bagaimanapun anda masih perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut. Masih ada cara lain untuk mendapatkan kembali kenderaan anda yang telah ditarik balik. Institusi kewangan akan memberi penjamin dan anda Notis Jadual Kelima dalam masa 21 hari selepas penarikan supaya anda dapat membayar balik jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya anda menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan perbelanjaan berkaitan yang ditanggung oleh institusi kewangan, maka bolehlah anda meminta agar kenderaan tersebut dipulangkan. Sebagai alternatif, anda boleh memperkenalkan anggota keluarga atau kawan untuk membeli kenderaan anda pada harga yang telah ditetapkan dalam Jadual Kelima. Sekiranya anda atau penjamin tidak menjelaskan jumlah yang tertunggak pada Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan semula kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah berbanding harga anggaran yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima. �

(c) PPinjaman Perumahan Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut. Buatlah perbandingan dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat seperti kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan pinjaman yang sesuai bagi anda. Seperti produk pinjaman lain, pinjaman perumahan terdapat dalam bentuk konvensional dan Islam. Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan yang sangat besar dan mengambil beberapa tahun untuk dibayar. Pertimbangkan dengan teliti pelbagai aspek pinjaman itu sebelum membuat keputusan, contohya tentang perkara berikut:

(i) Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap atau yang masih dalam binaan? Adakah anda akan membeli tanah untuk membina rumah?

Page 25: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 168

(ii) Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan, bergantung kepada aliran tunai bulanan anda?

(iii) Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membuat bayaran pendahuluan dan aliran tunai yang memadai untuk bayaran ansuran seterusnya?

(iv) Apakah yuran berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar? Contohnya, yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan dan fi pembayaran.

(v) Adakah kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan perubahan pada kadar pemberian pinjaman asas (Base Lending Rates -- BLR)?

(vi) Setakat manakah bayaran pinjaman anda boleh fleksibel? Terdapat beberapa jenis skim pembayaran fleksibel yang ditawarkan.

(vii) Adakah dikenakan apa-apa penalti sekiranya anda membuat bayaran balik keseluruhan pinjaman lebih awal dari tempoh yang dipersetujui? Institusi kewangan biasanya mengenakan penalti sebegini kerana mereka telah menawarkan pakej yang menarik bagi pinjaman perumahan anda.

Adakah kadar faedah yang tetap ataupun yang berubah-ubah lebih baik bagi pinjaman anda? Dengan kadar pinjaman tetap, faedahnya tetap dan anda sedia maklum tentang jumlah ansuran yang perlu dibayar. Manakala bagi kadar yang berubah-ubah, faedahnya berubah mengikut perubahan pada BLR. Jika kadar tersebut meningkat, maka kadar faedah yang dikenakan akan meningkat dan begitu juga dengan bayaran ansuran bulanan anda. Bagaimanapun, sekiranya BLR menurun, maka anda akan menikmati manfaatnya kerana bayaran bulanan anda juga akan berkurangan. Terdapat juga kadar pinjaman faedah yang berubah-ubah tetapi bayaran ansuran bulanannya adalah tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada kadar faedah, maka tempoh masa pembayaran pinjaman akan berkurang ataupun bertambah. Terdapat lebih daripada satu kaedah untuk membayar pinjaman perumahan (Jadual 10.5). Jumlah prinsipal sebuah pinjaman dikurangkan setiap kali bayaran ansuran dibuat.

���

Page 26: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 169

Jadual 10.5: Kaedah Pembayaran Pinjaman Perumahan

Kaedah Pembayaran Penjelasan

Bayaran berperingkat

Ini membolehkan anda membayar ansuran yang lebih rendah pada permulaan pinjaman. Namun jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Skim ini berguna jika anda baru mula bekerja dan gaji anda dijangka meningkat tahun demi tahun.

Pembayaran awal sebahagian daripada baki pinjaman

Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman dengan membuat pembayaran awal bagi sebahagian daripada baki pinjaman melalui lebihan wang tabungan atau bonus tahunan. Jika dibuat pada tahun-tahun awal pinjaman, anda dapat mengurangkan caj faedah yang dikenakan. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan menghadkan jumlah yang boleh dibuat bagi pembayaran awal. �

Sebagai peminjam, anda hendaklah:

� Membaca dan memahami semua terma dan syarat pinjaman;

� Sentiasa mematuhi semua terma dan syarat ini;

� Bertanyakan soalan tentang semua aspek pinjaman sehingga anda berpuas hati;

� Membuat bayaran ansuran mengikut jadual; dan

� Memastikan anda mendapat maklumat yang tepat tentang pinjaman anda dari semasa ke semasa.

Sepertimana pinjaman yang lain, sekiranya anda gagal membayar ansuran, institusi kewangan berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap anda untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut. Untuk menambahkan kedudukan kredit peminjam dan membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan untuk pinjaman kereta atau rumah, institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan daripada bakal peminjam. Anda mungkin diminta oleh ahli keluarga atau kawan untuk menjadi penjamin bagi pinjaman mereka. Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda membuat keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam gagal atau enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut. Jika anda bersetuju menjadi penjamin, pastikan:

� Anda baca dan faham ciri jaminan yang akan dibuat dan implikasinya kepada anda;

Page 27: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 170

� Anda tidak menandatangani dokumen kosong atau tidak lengkap;

� Anda tidak menjadi penjamin kepada seseorang yang anda sangsi akan integritinya; dan

� Anda menyedari liabiliti yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat pindaan yang dibuat kepada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin. Namun demikian, keputusan terletak kepada institusi kewangan berkenaan, yang mungkin setuju dengan penarikan diri anda dengan syarat anda membuat pembayaran penuh bagi baki pinjaman. Sekiranya peminjam meninggal dunia dan tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran daripada penjamin.

10.3.3 Jenis-jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua Mengggunakan Kad Kredit

Dalam bahagian ini, kita akan melihat jenis-jenis kad yang ada, perangkap kredit iaitu bayaran minimum dan petua menggunakan kad kredit. (a) Jenis-jenis Kad Terdapat beberapa kad untuk membuat kehidupan anda senang kerana

tidak perlu membawa tunai setiap kali membeli-belah atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Contoh kad boleh dilihat di dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Jenis-jenis Kad

Berikut butir-butir terperinci tentang setiap jenis kad.

(i) KKad Kredit

Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai. Bila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui

Page 28: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 171

bank pengeluar kad kredit anda. Ini membuatkan pembelian barang jauh lebih senang. Kad kredit boleh menjadi kaedah pembayaran yang berguna jika anda tahu menggunakannya dengan betul dan bijak. Beberapa manfaat yang didapati daripada penggunaan kad kredit adalah seperti berikut:

� Ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap;

� Anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan anda bagi tujuan bajet;

� Sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan;

� Pengeluar kad kredit memperkenalkan skim-skim menarik seperti skim ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada 0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang mungkin; dan

� Anda mendapat mata ganjaran sekiranya menggunakan kad kredit, yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat secara tunai.

Biasanya had kad kredit adalah dua hingga tiga kali gaji bulanan anda. Jika anda menggunakan kad kredit sampai hadnya, bererti anda telah membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji bulanan anda.

(ii) KKad Caj

Kad caj adalah seperti kad kredit. Manakala kad kredit membolehkan anda membuat bayaran minimum bila menerima penyata bulanan, kad caj tidak. Dengan kad caj, anda mesti membuat bayaran penuh setiap bulan dan jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

(iii) KKad Debit

Kad debit menyerupai kad ATM kecuali anda tidak perlu mengeluarkan wang dari ATM. Anda boleh menggunakan kad debit di tempat di mana anda perlu membayar untuk produk atau perkhidmatan. Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada akaun bank anda dengan serta-merta. Serupa dengan kad kredit, ia mudah digunakan kerana anda tidak perlu membawa wang tunai bersama anda.

Page 29: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 172

(iv) KKad Prabayar Kad prabayar boleh digunakan untuk membuat pembelian tetapi terdapat had perbelanjaan yang setara dengan jumlah wang yang ada dalam kad tersebut. Ia adalah seperti kad prabayar telefon atau kad Touch & Go di mana anda mempunyai jumlah wang tetap yang boleh dibelanjakan. Bila wang ini berkurangan, anda boleh menambahkannya sampai had maksimum yang ditentukan oleh pengeluar kad. Kad debit dan prabayar adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang kurang berdisiplin dari segi kewangan.

(b) Perangkap Kredit Dengan Bayaran Minimum Bulanan

Anda mungkin tertarik untuk hanya membuat bayaran minimum yang disebut dalam penyata bulanan kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini membantu aliran tunai anda. Namun, anda akan terpaksa membayar caj faedah dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan baki yang tertunggak. Hasilnya, anda akan menanggung hutang yang besar dalam masa yang pendek. Pada masa sekarang, kebanyakan pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun secara bulanan. Terlebih dahulu dalam modul ini, kita telah membincangkan mengenai kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun juga diguna pakai dalam hal ini, di mana faedah dibayar pada jumlah pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman. Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut kewangan.

(c) Petua Menggunakan Kad Kredit

Berikut adalah beberapa petua menggunakan kad kredit:

(i) Bayar jumlah yang dihutang dengan penuh bila mendapat penyata bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah;

(ii) Jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat bayaran bulanannya;

(iii) Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki;

Page 30: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 173

(iv) Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman. Pada masa yang sama, ditambah lagi dengan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian yang dikenakan;

(v) Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran lewat dan kadar penalti;

(vi) Ketahui akibat kerap membuat bayaran minimum;

(vii) Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum untuk masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin; dan

(viii) Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan urus niaga dan caj yang betul telah direkodkan. Penyata itu akan merekodkan urus niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penyata anda ataupun anda tidak menerima penyata tersebut.

10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman

Pembayar balik pinjaman yang baik adalah orang yang membuat bayaran pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetujui mengikut terma dan syarat, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Dalam bahagian ini, kita akan bincang tentang biro kredit dan masalah pembayaran balik hutang. (a) Biro Kredit

Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) telah beroperasi sejak 1982. Ia mengumpul maklumat kredit peminjam, termasuk individu persendirian, perniagaan (perniagaan tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan, seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada pemberi pinjaman. Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System / CCRIS), yang merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang memproses maklumat kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan mensintesiskan maklumat tersebut dalam bentuk laporan kredit. Laporan ini diberikan kepada institusi kewangan apabila diminta. Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah anda

Page 31: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 174

buat melalui Biro Kredit. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut untuk memutuskan sama ada untuk memberikan anda pinjaman ataupun tidak. Selain daripada Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka dan institusi kewangan berkaitan rekod bayaran balik pinjaman dan juga status sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada. Simpan salinan laporan CCRIS anda untuk membolehkan anda memantau pinjaman serta mengawal pola pembayaran kad kredit anda. Anda boleh menyemak sama ada laporan itu menunjukkan jadual pembayaran balik yang baik, ingkar pinjaman atau pembayaran lewat. Jika laporan CCRIS menunjukkan pembayaran lewat atau ingkar pinjaman, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda menghadapi kemelut kewangan. Sekiranya anda pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga akan menunjukkan sedemikian. Malah, efektif dari 1 Julai 2008, anda diberikan ganjaran jika cepat membuat bayaran kad kredit � institusi kewangan akan mengenakan caj kewangan berperingkat bergantung kepada perilaku pembayaran balik anda. Jika anda inginkan lebih maklumat berkenaan Biro Kredit, lawat laman sesawang http://creditbureau.bnm.gov.my.

(b) Masalah Pembayaran Balik Hutang Jika anda ingkar dalam membayar balik pinjaman dan gagal menyelesaikan hutang kad kredit, anda akan menghadapi masalah teruk. Anda akan didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta anda akan dilelong. Ahli keluarga anda akan turut merasa bahananya kerana mereka mungkin terpaksa membantu melangsaikan hutang anda. Penjamin anda, jika ada, juga akan menderita kerana tindakan mahkamah boleh diambil terhadap mereka. Anda mungkin diisytiharkan bankrap kalau gagal membayar balik pinjaman anda. Anda akan menderita dari segi emosi akibat tekanan. Anda akan kerap mendapat panggilan dan surat daripada peguam dan pemiutang yang mendesak anda untuk melangsaikan hutang. Dalam situasi begitu, anda boleh menjadi tidak produktif dan kerja serta kesihatan anda mungkin terjejas. Berikut beberapa tanda anda menghadapi kemelut kewangan:

(i) Anda tidak dapat mengawal wang anda iaitu perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda;

Page 32: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 175

(ii) Hutang anda lebih banyak daripada yang anda mampu bayar;

(iii) Anda hanya mampu membayar minimum 5% setiap bulan untuk bil kad kredit anda;

(iv) Anda tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk kecemasan peribadi atau keluarga;

(v) Anda sentiasa mendapat panggilan daripada pengutip hutang; dan

(vi) Anda menerima notis tuntutan. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang profesional. �

� Untuk membina kekayaan, mulalah menabung dan melabur sekarang. Anda perlu menambahkan aset anda untuk menambahkan nilai bersih anda. Pelbagaikan pelaburan anda untuk menyebarkan risiko anda dengan lebih rata. Lebih tinggi pulangan yang anda perolehi daripada sebuah pelaburan, lebih tinggi risikonya.

� Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung pada jumlah wang yang anda perlukan untuk menyara cara hidup anda dan membayar perbelanjaan anda bila anda mengalami penyakit kritikal atau kehilangan upaya akibat penyakit atau kemalangan.

� Seorang perunding atau broker insurans perlu mempunyai lesen daripada BNM dan menjadi ahli Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association).

� Seorang ejen insurans hayat mesti dilantik oleh sebuah syarikat insurans hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia).

1. Apakah risiko menjadi penjamin? Bagaimana untuk meminimakan risiko penjamin?

2. Bagaimana menentukan sama ada seorang individu itu sedang

menghadapi kemelut kewangan?

SEMAK KENDIRI 10.3

Page 33: 14. OUMM2103 Topic 10 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33631/20141007104946...mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.

� TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 176

� Seorang ejen insurans am mesti dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia.

� Bila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.

� Bila memohon pinjaman, tanyakan pada diri anda tujuannya dan sama ada anda mampu membuat bayaran ansurannya. Jangan sekali-kali meminjam daripada pemiutang yang tidak berlesen. Sedari terma dan syarat pinjaman yang diambil.

� Selalu minta kadar faedah efektif ke atas semua pinjaman sewa beli dan pinjaman bertempoh dengan kadar tetap (fixed rate term loans). Jumlah keseluruhan bayaran bulanan anda untuk kesemua pinjaman dan hutang kad kredit anda harus tidak melebihi sepertiga gaji kasar bulanan anda.

� Jangan termasuk dalam perangkap menggunakan kad kredit dan kad caj seolah-olah ia wang percuma.

� Jika anda hanya membuat bayaran minimum bulanan yang disebut dalam penyata kad kredit, anda akan mendapat hutang besar akibat penggandaan (compounding effect).

� Cuba buat bayaran seperti yang diperlukan agar anda mempunyai laporan kredit yang positif.

Bon

Dana amanah saham

Harta

Insurans

Kekayaan

Kredit

Liputan insurans

Meminjam

Pelaburan

Pelaburan faedah tetap

Premium insurans

Pinjaman

Risiko dan pulangan

Simpanan

Syer

Tabung Amanah Pelaburan Hartanah

Takaful

Tunai