Download - 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00 Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00

Transcript
Page 1: 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00 Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00

MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN

KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

NEGERI SELANGOR

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran

Tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor pada 27

November 2017 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

Penyerahan geran tahunan ini adalah merupakan sebahagian daripada

tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada negeri dan PBT, mengikut

Perkara 109 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah bagi membantu PBT

membiayai belanja mengurus masing-masing. KPKT memberi geran tahunan

kepada semua PBT di Malaysia kecuali PBT di Wilayah Persekutuan dan

agensi yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan fungsi PBT

(modified PBT). Pengiraan Geran Tahunan adalah mengambil kira aspek

Page 2: 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00 Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00

seperti bilangan penduduk, taraf PBT berkenaan (sama ada dewan/majlis

bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah) dan sebagainya

dengan siling maksima RM5 juta bagi satu PBT.

KPKT telah menyerahkan geran tahunan berjumlah RM46,907,240.00 kepada

12 buah PBT di Selangor yang mana agihannya adalah seperti yang berikut:

Selain penyerahan geran tahunan ini, KPKT turut menyalurkan sejumlah RM26

juta setahun bagi melangsaikan kos bil elektrik dan RM13.2 untuk Sumbangan

Membantu Kadar kepada seluruh PBT di Selangor.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya RM5 juta

Majlis Perbandaran Subang Jaya RM5 juta

Majlis Daerah Kuala Langat RM2,958,548.00

Majlis Bandaraya Shah Alam RM5 juta

Majlis Perbandaran Kajang RM5 juta

Majlis Perbandaran Sepang RM2,163,427.00

Majlis Perbandaran Klang RM5 juta

Majlis Perbandaran Selayang RM5 juta

Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00

Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta

Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00

Majlis Daerah Sabak Bernam RM1,654,757.00

Page 3: 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00 Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00

Selepas sesi penyerahan geran tahunan, YB Menteri turut meluangkan masa

untuk berdialog bersama PBT Negeri Selangor bagi membincangkan

mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bidang kuasa PBT dan

kesejahteraan rakyat.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat, KPKT