IKAN HIASAN
A. PENGENALAN
Selain dijadikan makanan, ikan juga sesuai dipelihara untuk dijadikan perhiasan
di rumah. Ikan hiasan bukan sahaja dapat mengindahkan sudut-sudut di dalam rumah
malah dapat mencantikkan suasana persekitaraan rumah. Dengan mengikuti
keseluruhan maklumat yang akan diberikan, kita akan dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang ikan hiasan.
MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN
a) Sisik
Sisik berfungsi sebagai pelindung daripada musuh, kecederaan dan penyakit.
b) Sirip
Terdapat dua jenis sirip, iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip
berpasangan adalah seperti sirip ekor (kaudal(, sirip dorsal, dan sirip anal. Sirip
ini membantu ikan bergerak lurus dan juga sebagai kemudi pergerakan ikan di
dalam air.
Sirip tidak berpasangan pula adalah seperti sirip ridip (pektoral) dan sirip kepak
(pelvic). Sirip ini berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing, dan juga
mengapungkan diri.
c) Garis Saraf (Lateral)
Garis saraf kelihatan seperti bintik-bintik di sisi badan ikan, bermula dari penutup
insang hingga ke ekor. Garis saraf ini berfungsi untuk mengesan objek lain dan
getaran di dalam air serta berfungsi sebagai telinga ikan.
d) Insang
Ikan di dalam air dengan menggunakan insang. Ikan menyedut air yang
mengandungi oksigen ke dalam mulutnya lalu mengalir melalui insang. Semasa
air yang mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke
dalam badan ikan.
BAHAGIAN LUAR IKAN
Pentup insang
Sirip dorsal
Sisik
Mata
Sirip kaudal...
Sirip Pektoral Sirip AnalDubur
Mulut
MENGENAL PASTI SPESIS IKAN HIASAN TROPIKA
Terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Anara yang biasa kita dapati di
kedai adalah seperti berikut :
Ikan Flowerhorn Ikan Arowana
\
Angelish Ikan Pelaga
Ikan Emas Ikan Koi
TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN
Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk :
a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah.
b) Dapat member ketenangan kepada penggemarnya.
c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik.
d) Menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan.
MENGENAL CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN
a) Warna
b) Sisik
c) Bentuk badan
d) Sirip
e) Cara pemakanan
f) Cara pembiakan
g) Pergerakan
h) Jantina
MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA
a) Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki cirri-ciri yang dapat
memikat hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan.
b) Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi
oleh pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.
c) Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang
ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri
hidup di dalam kurungan seperti akuarium.
d) Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium.
Contohnya, ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang
mengandungi ikan jenis itu sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan
memakan ikan-ikan kecil yang lain yang di letakkan di dalam akuarium yang
sama.
e) Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai
hiasan atau dibiakkan sendiri.
f) Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan
perubahan mutu air dan tahan daripada serangan penyakit.
B. PENYEDIAAN BEKAS
MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI
a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah
petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.
b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar
kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16
inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan
tersebut.
c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang
sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan
perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber
elektrik dan air yang cukup.
d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir,
tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.
e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air
pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan
penggunaannya.
f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana
dapat member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.
MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS AKURIUM
a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan
keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.
b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki,
cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.
c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir
halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.
MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM
i. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan
hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.
ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah
seperti yang berikut :
a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.
b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan
untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di
dalam akuarium.
c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.
d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan
ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.
C. PENGURUSAN
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN
a) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah factor yang
sangat penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara.
b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu makanan
hidup, makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan.
c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat di
dalam air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang,
anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti.
e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad
dan bayam.
f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini terdiri
daripada pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang yang
membuat makanan. Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau pembekal
makanan haiwan.
6.3.2 MENGENAL PASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIS IKAN
HIASAN
i. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan kepala
serti ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan makanan
rumusan yang dapat terapung di permukaan air seperti pallet.
ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang
menghala ke bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam.
iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis pemakanannya, iaitu :
a) Ikan Karnivor
Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil atau
haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan mempunyai
rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oscar dan
Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan karnivor ialah makanan hidup
seperti katak, cengkerik, anak ikan atau kulat.
b) Ikan Herbivor
Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan.
Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi
tumbuhan akuatik.
c) Ikan Omnivor
Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan
omnivor ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri
daripada pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan,
atau pallet.
d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air
Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan mikroorganisma
di dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black
Tetra, dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak.
6.3.3 KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN
a) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual
pemakanan yang betul.
b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga kali
sehari, iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang
disyorkan pula tidak tetap dan mengikut keperluan ikan.
6.3.4 MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR
a) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut.
Kandungan mutu air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung
kepada beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan beracun.
b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan
kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada
pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14
menunjukkan air itu berada pada tahap kemasaman paling rendah atau paling
alkali.
c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar
neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari
semasa ke semasa.
d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar
26°C hingga 27°C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat
menyebabkan ikan mati manakala suhu dibawah 26°C pula menyebabkan ikan
mudah dijangkiti penyakit.
e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang
terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan
urin dan najis.
f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada
bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam
akuarium.
g) Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan
oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.
6.3.5 MELAKUKAN KERJA PEMBERSIHAN BEKAS, MENUKAR AIR, DAN MENCUCI
PENAPIS
a) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis
ialah rutin mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan akuarium.
b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.
c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan tiga
kali sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan.
d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal atau
sakit seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau kembang.
Ikan yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan dirawat.
e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam akuarium.
f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan,
penapis, dan lampu dapat berfungsi dengan baik.
g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida dengan
menggunakan alat yang sesuai.
h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau
sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebanyak ½ atau 1/3 bahagian daripada
isipadu tangki.
i) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas.
j) Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis dngan
air yang bersih.
m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal.
n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan.
MENGENAL PASTI SIMPTOM PENYAKIT BIASA PADA IKAN HIASAN DAN
LANGKAH MENCEGAH DAN MERAWATNYA
i. Ikan hiasan yang dipelihara mudah trdedah kepada penyakit sekiranya langkah
penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat.
ii. Antara faktor-faktor yang munyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah :
a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah 26°C.
b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut waktu
yang ditetapkan.
c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada
bahagian badan ikan.
iii. Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah :
a) Murung dan pasif.
b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar.
c) Warna badan pudar dan pucat.
d) Siripnya longlai.
e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak.
iv. Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah :
a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium.
b) Air dan bahan hiasan tidak bersih.
c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit.
d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.
ANTARA PENYAKIT YANG SERING MENJANGKITI IKAN HIASAN
i. Jangkitan kulat
a) Jangkitan kulat berpunca daripada kesan luka pada bahagian anggota badan
ikan yang tidak dirawat.
b) Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut.
c) Antara bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut, dan badan yang
terdapat luka.
d) Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang
terbuka.
e) Cara merawatnya ialah mencampurkan larutan metilena biru ke dalam air atau
disapukan secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut.
f) Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan daripada ikan yang sihat untuk
mengelakkan jangkitan.
ii. Jangkitan bakteria
a) Jangkitan bakteria boleh disebabkan oleh mutu air yang tidak baik,
pemakanan yang tidak sesuai, atau ikan mengalami tekanan.
b) Symptom yang biasa dialami oleh ikan yang dijangkiti penyakit ini adalah
seperti warna ikan berubah menjadi pudar, sisiknya mengembang, atau
perutnya menjadi buncit.
c) Cara merawatnya adalah dengan menggunakan antibiotic yang boleh dibeli
dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan dan nasihat dari pegawai
perikanan.
iii. Penyakit bintik putih
a) Penyakit ini berpunca daripada parasit yang melekat pada sisiknya
disebabkan keadaan suhu air yang terlalu sejuk.
b) Cara merawatnya ialah memindahkan ikan itu ke dalam tangki lain dan
mencampurkan larutan metilena biru dan sedikit garam biasa ke dalam air
tersebut.
c) Selain itu, terdapat juga ubat khas bagi penyakit ini yang boleh didapati dari
kedai akuarium.
6.3.7 MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM
i. Tumbuhan akuatik yang diletakkan di dalam akuarium sering dijadikan sebagai
perhiasan.
ii. Tumbuhan akuatik perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana :
a) Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan-bahan toksik yang
dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis
dimakan oleh ikan. Sebaliknya, bahan perkumuhan ikan dan sisa makanan
ikan tersebut akan bertindak sebagai baja yang menyuburkan tumbuhan
akuatik tersebut dengan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium.
b) Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium hasil daripada proses
fotosintesis yang dijalankan. Gas oksigen ini digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
c) Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil
daripada musuh dan sebagai tempat berehat.
d) Menjadi sumber makanan bagi ikan jenis herbivor.
KEPERLUAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM KARBON DIOKSIDA
a) Semua tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintesis sebagaimana manusia memerlukan oksigen untuk bernafas.
b) Gas karbon dioksida penting untuk dibekalkan kepada tumbuhan bagi menjamin
pertumbuhan tumbuha akuatik yang baik.
c) Gas karbon dioksida khas bagi tujuan ini boleh didapati di kedai akuarium.
d) Namun begitu, sekiranya gas karbon dioksida khas tidak dibekalkan, tumbuhan
itu masih boleh terus hidup dengan gas karbon dioksida yang terhasil daripada
pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
BAJA
a) Tumbuhan akuatik memerlukan baja sebagai agen yang membekalkan zat-zat
mineral yang diperlukan.
b) Baja yang boleh digunakan ialah baja yang dibeli dalam pasaran mebgikut
kaedah yang dicadangkan dan ditambah dengan baja yang berbentuk cecair atau
biji.
CAHAYA
a) Cahaya merupakan salah satu daripada unsure yang diperlukan dalam proses
fotosintesis.
b) Pastikan tangki akuarium dipasangkan dengan lampu yang dinyalakan selama 10
hingga 12 jam setiap hari.
Cadangan Aktiviti:
1. Minta murid melukis gambar ikan hiasan yang mereka sukai.
2. Minta murid melabel bahagian-bahagian ikan.
3. Menunjukkan tayangan video yang berkenaan dan mengeluarkan maklumat
daripada tayangan video tersebut (beri arahan yang jelas).
Cadangan Penilaian:
1. Minta murid menyebut lima daripada enam jenis sepsis ikan hiasan dengan
bantuan gambar.
2. Nyatakan faktor-faktor ikan dijangkiti penyakit.
Aktiviti susulan:
1. Memberi lembaran kerja kepada pelajar untuk melabel bahagian-bahagian ikan.
2. Melukis gambar akuarium idaman murid.