Temubual bersama Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan
Maklumat Diri
Nama : Tn. Hj. Kamaludin bin Talib
Umur : 55 tahun
Tarikh lahir : 28 September 2010
Asal : kuala Lipis, Pahang
Nama isteri : Pn. Siniyati bt Yahya
Bil. Anak : 3 orang ( 1 perempuan 2 lelaki)
Latar Belakang Pendidikan:
1. S.K. Lubuk Kulit, Kuala Lipis
2. S.M.K. Padang Tnegku, Kuala Lipis
3. S. M. K Clifford, Kuala Lipis
4. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (PPAK Am)
Perkhidmatan:
1. S.K LKTP Sg. Koyan, Raub, Pahang
2. S.K Sega, Raub
3. S.K. Batu Talam, Raub
4. S.K Mahmud, Raub (sehingga sekarang)
Pengalaman manis :Mendapat anugerah Guru Paling Popular (2009) dan
ramai pelajar murid darjah 6 mendapat A dalam
matapelajaran Matematik (38 orang)
Pengalaman pahit : Tiada kerana semuanya indah belaka.
Dialog:
Guru pelatih :Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Bolehkah kami menemubual cikgu?
Guru Tokoh :Waalaikumsalam. Boleh.
Guru pelatih :Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi
guru cemerlang?
Guru Tokoh :Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah
menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus menjaga
hubungan dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak.
Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri
termasuk semua aspek dan boleh membantu kawan- kawan
yang lain. Dari segi perkhidmatan pula, para guru hendaklah
mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun
mengajar. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga
sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam
pergaulan dan mengambil pengalaman daripada orang lain
untuk dijadikan panduan dalam hidup. Kesan daripada itu, saya
telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
1993 dan 2006. Kepakaran saya adalah dalam bidang
matematik. Disamping mengajar, saya juga banyak menghadiri
kursus dan bengkel bagi memantapkan lagi profesionalisme
seorang guru. Tambahan pula, saya sering dijemput untuk
menjadi penceramah bagi teknik-teknik menjawab soalan bagi
darjah 6 yang akan menduduki UJian Penilaian Sekolah
Rendah. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, segala
aktiviti yang dianjurkan untuk Guru Cemerlang haruslah saya
ikuti.
Guru pelatih :wah, agak susah juga ya untuk menjadi seperti cikgu. Tahniah
sekali lagi. Sebagai seorang guru yang berpengalaman,
bolehkan cikgu kongsikan kepada kami bagaimanakah caranya
untuk mengawal kelas?
Guru Tokoh :Senang sahaja. Semuanya bergantung kepada tanggapan
pertama ataupun first impression. Pada kali pertama kita masuk
ke kelas, kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-
murid takut dan tidak mudah untuk pijak kepala kita. Kita juga
haruslah bijak dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid
terhadap kita sejak mula lagi.
Guru pelatih :Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba
sedikit bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di
dalam kelas?
Guru Tokoh :Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik
minat dan perhatian murid di dalam kelas.Contohnya, kita
membuat ABM menggunakan radio,slaid,laptop dan
sebagainya.Ini bagi menghilangkan rasa bosan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh
mengadakan amali di luar kelas. Misalnya, bagi sukatan
matapelajaran mengukur, kita bolehlah membawa murid ke
padang untuk mengukur perimeter padang tersebut.
Seterusnya, murid-murid bolehlah diagihkan mengikut kumpulan
bagi sesetengah acara iaitu perlawanan,pertandingan dan
sebagainya. Cara ini adalah bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3
dan 4.
Guru pelatih :Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan
ketika saya berjaya menjadi seorang guru. Bagaimana pula
caranya untuk memberikan arahan yang jelas kepada murid.
Guru Tokoh :Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia
juga mengandungi isi yang padat.
Guru pelatih : Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah,
bagaimana pula cara kita untuk menangani gangguan luar
jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
Guru Tokoh :Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita.
Setiap murid-murid mempunyai ragam masing-masing.Bagi
murid yang kurang cerdik, mereka selalunya akan mengganggu
murid-murid yang cerdik kerana mereka tidak dapat menyiapkan
kerja yang diberikan oleh guru.Justeru, kita haruslah membina
kumpulan cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini
adalah kerana, kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa
yang diperkatakan oleh guru jadi guru haruslah menyediakan
bahan yang banyak kepada murid yang cerdas.Manakala murid
yang kurang cerdas sukar untuk menangkap apa yang diajarkan
dengan hanya sekali pengajaran.Guru haruslah mengajar murid
tersebut secara berulang-ulang . Tambahan lagi, kita bolehlah
menyediakan satu sudut bacaan di mana pelajar boleh
menghilangkan rasa bosan mereka.
Guru pelatih : Sungguh panjang lebar penerangan cikgu.Baiklah, soalan
yang terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini,
bagaimanakah proses untuk kita menamatkan proses
pengajaran dan pembelajaran?
Guru tokoh :Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang
dipelajari pada hari tersebut. Caranya adalah dengan
mengaitkan dengan situasi luar. Selain itu, kita juga bolehlah
bertanya kembali kepada murid-murid tentang apa yang mereka
peroleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu. Kita juga boleh meningkatkan kembali semangat
mereka dengan menyanyi beramai-ramai.
Guru pelatih :Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama
kami. Diharap apa yang kiata bincangkan sebentar tadi dapat
memberi panduan untuk kami menjadi seorang guru yang
berjaya. Sekian, terima kasih.
Guru tokoh :Sama-sama.
Top Related