50 Hadith
Abdullaah Jalil
Doa Rasulullah Dan Adab serta Kelebihannya
Pensyarah KananUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Siri Pertama
50 Hadith
Doa Rasulullah Dan Adab Serta Kelebihannya
Siri 1
50 Hadith
Doa Rasulullah Dan Adab Serta Kelebihannya
Siri 1
Abdullaah Jalil
Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
WISDOM PUBLICATION NS0078217-W
No. 110, Jalan Dillenia 3, Laman Dillenia, Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06-794 6394 Email: [email protected] FB Page: Wisdom Publication Reka Bentuk: Freepik Hak Cipta Terpelihara © 2019 Wisdom Publication Edisi Pertama e-Book Cetakan: 1 Jun 2019 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain untuk tujuan komersial sebelum mendapat izin bertulis daripada Wisdom Publication (NS0078217-W) atau penulis. Bagi tujuan kegunaan sendiri, keluarga dan pengajian ilmu (pembelajaran dan pengajaran), maka pihak penulis telah memberi kebenaran kepada semua umat Islam untuk mencetaknya dalam apa jua bentuk. Semoga Allah menerima segala usaha untuk memanfaatkannya.
i
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda: Haji Jalil Bin Omar dan Hapisah Binti
Ismail.
Buat isteri yang sentiasa dikasihi: Suraiya Binti Osman, dan anak-
anak tercinta: Abdurrahman al-Munib, Maryam al-Safiyyah, Sara
al-Ameena, Ibtisam al-Nafeesa dan Muhammad al-Habib.
Buat seluruh ahli keluarga.
Buat seluruh saudara-saudariku para Muslimin dan Muslimat.
ii
PRAKATA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah yang sentiasa menerima dan
memperkenankan doa para hambaNya. Selawat dan salam ke atas
Rasulullah , ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta
pengikut mereka semua sehingga ke Hari Kiamat.
Amma ba’d,
Pihak Wisdom Publication sekali lagi memanjatkan kesyukuran
dan pujian kepada Allah di atas peluang yang diberikan kepada
kami untuk menerbitkan satu lagi hasil tangan Dr. Abdullaah Jalil
berkenaan Sunnah Rasulullah . Pada kali ini, Dr. Abdullaah Jalil
memilih “Doa Rasulullah ” sebagai tema penulisan beliau.
Pastinya tema ini adalah sesuatu yang sangat dekat dengan
peribadi seorang Muslim kerana ia merupakan amalan hariannya
dan salah satu hubungan yang terpenting di antara seorang hamba
dan Penciptanya; bahkan ia adalah munajatnya bersama Allah.
Kami dari pihak Wisdom Publication sentiasa mengharapkan
terbitan kami ini dapat menyumbang kepada penyebaran Sunnah
Rasulullah dan para pewaris Baginda. Ini adalah naskhah e-
Book yang percuma untuk semua. Semoga ia dapat dimanfaatkan
sebaik-baiknya. Jangan lupakan kami dalam doa anda sekalian.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wisdom Publication, Nilai, Negeri Sembilan.
iii
LATAR BELAKANG PENULIS
Nama Abdullaah Jalil
Jawatan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Latar Belakang Pendidikan
1993-1995: Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. PMR & SRA (Mumtāz)
1996-1997: Kolej Islam Sultan Alam Shah. SPM & SKK (Mumtāz).
2001: Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam), Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. (Kelas Pertama / Mumtāz).
2004: MBA (Perbankan dan Kewangan Islam), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. – (Anugerah Pelajar Terbaik Program).
2019: PhD Kewangan Islam, INCEIF, Kuala Lumpur.
Industri (Terpilih)
Pengerusi JK Syariah Prudential BSN Takaful
AJK Syariah, Bank Rakyat AJK Syariah, Koperasi Kakitangan USIM
Ahli Jawatankuasa Panel Syariah USIM
Ahli Panel Penyelidik Fatwa Negeri Sembilan
Ahli Panel Syariah bagi Sistem Pengurusan Berasaskan Syariah MS1900:2014 di USIM
Panel Kepakaran bagi penyusunan Standard Program: Muamalat dan Kewangan Islam (MQA)
Anugerah “Friends of the Police” 2012
Ahli Panel Deradikalisasi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) [Tarikh lantikan: 21 April 2017]
Pakar Rujuk Bagi Kes-kes Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (KDN) [Tarikh lantikan: 13 Disember 2018]
Bidang Kepakaran dan Kajian
Fiqh Muamalat dan Aplikasinya Urustadbir & Kepatuhan Shariah
Perbankan, Kewangan dan Ekonomi Islam
iv
Pengurusan Masjid
Wakaf Korporat
Perancangan Kewangan dan Pengurusan Harta Ahli Sunnah dan Jamaah
Deradikalisasi & “Counter-Terrorism”
Hasil Penulisan (Buku)
1. (2011) The Four Introductory Theories of Fiqh Muamalat
2. (2012) Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah Masjid
3. (2013) 40 Hadith Pengurusan Harta dan Perancangan Kewangan
4. (2013) Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik dari Perspektif Shariat. [Siri Memperbaiki Kefahaman Agama]
5. (2013) Natijah Fikir dan 40 Hadith Kelebihan Zikir
6. (2013) Pengajian Halaqah UTH3012: Program Pensiswazahan Guru
7. (2013) Cahaya-Cahaya Sunnah Yang Khusus Berkenaan Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Yang Terpilih (Abdullaah Jalil, Terjemah).
8. (2013;2016) Nusūs Turāthiyyah: Dirāsah Manhajiyyah (Subjek al-Halaqah).
9. (2014) The Four Main Contracts of Fiqh Muamalat.
10. (2014) Fiqh and Management of Hajj and Umrah
11. (2014) Arabic-English Terminology for Special Purposes in Management Studies
12. (2015) Miftah al-Muamalat: The Gateway to Business
13. (2016) 40 Hadith Puasa dan Ramadan: Dengan Nota Ringkas Fiqh Mazhab al-Shafi'i dan Fiqh Perbandingan
14. (2016) Sosial Sekuriti (Takaful Ijtima’i) Menurut Perspektif Islam
15. (2017) Quranic Index for Medical Sciences 16. (2017) Quranic Index for Economics, Business
and Management 17. (2017) 40 Hadith Berkenaan Ketegasan
Pengharaman Riba (Dengan Ulasan dan Edit) (Abdullaah Jalil, Trans.).
v
18. (2018) 40 Hadith Berkenaan Ibadat Harta.
19. (2018) Islamic Law of Tort. 20. (2019) 50 Hadith Utama Berkenaan
Kepentingan dan Kelebihan Zikrullah. 21. (2019) Natijah Fikir & Mutiara Nabawi
Berkenaan Majlis Zikir. 22. (2019) 50 Hadith Doa Rasulullah Dan
Adab Serta Kelebihannya
Laman Sesawang & FB Page
www.penuntutilmu.com FB Page: Penuntut Ilmu FB Page: Masjid Hati Ummah FB Page: Muzakarah Muamalat
vi
ISI KANDUNGAN
DEDIKASI ........................................................................ i
PRAKATA ........................................................................ ii
LATAR BELAKANG PENULIS ........................................ iii
ISI KANDUNGAN ........................................................... vi
PENDAHULUAN .............................................................. 1
KELEBIHAN DAN ADAB-ADAB DOA .............................. 4
1: Doa adalah Senjata Orang Beriman, Tiang Agama serta
Cahaya Langit dan Bumi .............................................................. 4
2: Doa adalah Ibadah – Penzahiran Kehambaan dan Kefakiran
kepada Allah ............................................................................ 5
3: Doa adalah Bahagian Yang Sangat Penting dalam Ibadah ...... 6
3.1 ‘Abdullah Ibn ‘Abbas .................................................... 6
4: Dua Waktu Doa Paling Mustajab: (i) Akhir Malam dan (ii)
Setelah Solat Fardu ...................................................................... 8
5: Saat Mustajab Doa Pada Setiap Malam ................................... 9
6: Jangan Lemah untuk Berdoa kerana Doa Tidak Akan
Membinasakan ........................................................................... 10
7: Perbanyakkanlah Doa kerana Doa Yang Baik Akan
Dimaqbulkan oleh Allah Dengan Pelbagai Bentuk ..................... 11
8: Fadilat Berdoa Bagi Muslim Yang Lain Secara Ghaib (Tanpa
Diketahuinya) – Didoakan oleh Malaikat dengan Doa Yang
Sama .......................................................................................... 13
9: Makanan Yang Halal adalah Syarat Asas Bagi Penerimaan
Doa ............................................................................................. 14
vii
9.1 Doa Mustajab Dengan Makanan Yang Halal .................... 15
10: Berdoa Dengan Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan
adalah Salah Satu Sebab Bagi Doa Dimakbulkan Allah ......... 16
11: Doa Secara Berjema’ah Dimakbulkan Allah ...................... 17
12: Adab Berdoa: Tidak Berdoa bagi Perkara Yang Berdosa atau
Memutuskan Silaturahim dan Tidak Tergesa-gesa ................... 18
13: Doa Orang Yang Dizalimi Tidak Mempunyai Hijab
(Halangan) Di Sisi Allah ........................................................ 19
14: Doa Orang Yang Dizalimi Diterima Allah ........................ 20
15: Tiga Doa Pasti Tidak Akan Ditolak ....................................... 21
16: Perbanyakkan Doa Di Waktu Senang Agar Dimakbulkan Di
Waktu Susah .............................................................................. 22
17: Kemuliaan Doa Hamba di sisi Allah ................................. 23
18: Taḥmīd dan Selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم Di Permulaan
Doa Agar Doa Diterima .............................................................. 24
19: Berdoa dengan Menadah Tapak Tangan dan Menyapu Muka
Setelah Berdoa [Kaedah Umum] ............................................... 25
DOA-DOA RASULULLAH ........................................... 26
20: Doa al-Jawami’ al-Kawamil (Doa Yang Sangat Holistik dan
Sempurna) Yang Diajarkan kepada Saidatina ʿAʾishah .... 26
21: Doa Ketetapan Hati di atas Agama Allah adalah di antara
Doa Rasulullah Yang Paling Banyak ...................................... 28
22: Doa Memohon Empat Kebaikan Yang Utama Di Dalam
Kehidupan .................................................................................. 29
viii
23: Doa Rasulullah : Memperbaiki Agama, Dunia, Akhirat
serta Memohon Kebaikan Semasa Hidup dan Kerehatan Selepas
Wafat .......................................................................................... 30
24: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Meminta Perlindungan dan Kebersihan
serta Kejauhan Dari Dosa .......................................................... 31
25: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Memohon Perlindungan daripada
Empat Bencana/ Musibah/ Keburukan Yang Besar .................. 32
26: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم - Doa Yang Dianjurkan oleh Rasulullah
Selepas Tashahhud Akhir .......................................................... 33
27: Doa Menguatkan Hafazan al-Quran dan Menjauhkan Syaitan
Yang Diajarkan kepada Saidina ʿAli ..................................... 34
28: Doa Nabi Yūnus (Tahlil, Tasbih dan Pengakuan Dosa)
adalah Sebab Doa Mustajab (Diterima Allah) ........................... 36
29: Rasulullah Memuji Doa Seorang Sahabat Baginda Yang
Berdoa dengan Nama Allah Yang Maha Agung ......................... 38
30: Doa Meminta Perlindungan daripada Empat Kemungkaran/
Keburukan ................................................................................. 40
31: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Doa Memohon Ilmu Yang Bermanfaat
................................................................................................... 41
32: Doa Rasulullah Selepas Solat Subuh: Ilmu, Rezeki dan
Amalan ....................................................................................... 42
33: Doa Rasulullah : Doa Memelihara Hati, Amalan, Mata dan
Lisan ........................................................................................... 43
ix
34: Doa Yang Diajarkan oleh Rasulullah Bagi Mendapatkan
Keampunan dan Rahmat Allah .............................................. 44
35: Doa Rasulullah : Doa Memohon Kemudahan Daripada
Allah Agar Dia Memudahkan Perkara Yang Sedih atau Sukar
Bagi Kita ..................................................................................... 46
36: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم - Doa Bagi Melindungi Diri Dari
Kesesatan ................................................................................... 48
37: Doa Rasulullah : Empat Perkara - Ilmu, Hilm, Taqwa dan
ʿĀfiyah ....................................................................................... 49
38: Rasulullah Mengajar Bapa Saudara Baginda Agar Berdoa
Memohon Keafiatan Di Dunia dan Akhirat ............................... 50
39: Doa Rasulullah : Di Waktu Ditimpa Musibah .................. 52
40: Doa Rasulullah : Doa Memohon Keteguhan Dalam Agama
dan Kesungguhan di atas Petunjuk............................................ 54
41: Doa Rasulullah Yang Diajarkan kepada Buraydah al-
Aslami .................................................................................... 55
42: Doa Yang Dianjurkan oleh Rasulullah di antara Azan dan
Iqamah ....................................................................................... 57
43: Rasulullah Mengajarkan Doa Yang Terkandung Di
Dalamnya Doa Memperbaiki Hubungan Sesama Muslimin
Sepertimana Baginda Mengajar Tashahhud ............................. 58
44: Doa Meminta Perlindungan Daripada Empat Keburukan .. 60
45: Doa Rasulullah Di Dalam Solat atau Sujud Agar
Dikurniakan “Nur” dan Dijadikan “Nur”................................... 61
46: Memohon al-Muʿāfāh (Pemeliharaan yang sempurna) di
Dunia dan di Akhirat ................................................................. 63
x
47: Doa Memohon Perlindungan Dari Keburukan/Kejahatan
Dalam Kehidupan ...................................................................... 65
48: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Apabila Menghadapi Perkara Yang Sukar/
Menyedihkan ............................................................................. 66
49: Doa/Zikir Menghadapi Kesukaran ...................................... 67
50: Doa Apabila Ditimpa Kerisauan atau Kesedihan ................ 69
PENUTUP ...................................................................... 71
BIBLIOGRAFI ................................................................ 73
1
PENDAHULUAN
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji hanyalah bagi Allah , Pemilik dan pentadbir seluruh
alam. Selawat dan salam buat junjungan kita Saidina Muhammad
Bin Abdullah , Penghulu segala para Nabi dan Rasul , juga
buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta seluruh umat
Islam yang mengikuti jejak dan Sunnah Baginda .
Ammā baʿd,
Doa adalah penzahiran seseorang bagi kefaqirannya kepada
Penciptanya. Doa juga merupakan manifestasi kehambaan dan
bukti sikap tawadu’ (rendah diri) seorang hamba kepada
Tuhannya. Ia adalah perintah Allah kepada para hambaNya.
Allah berfirman (Ghafir 40:60):
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam
dalam keadaan hina.”
2
Allah juga berfirman (Al-Baqarah 2:186)
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai
Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah)
sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan
mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Rahmat dan kurniaan Allah sangat hampir kepada orang-orang
yang sentiasa berdoa kepadanya. Doa adalah salah satu daripada
amalan dan wirid harian yang tidak patut diabaikan oleh seorang
Muslim yang menjaga adabnya dengan Allah .
Doa pada hakikatnya adalah salah satu daripada empat bentuk
utama zikrullah. Empat bentuk utama zikrullah tersebut adalah:
1. Zikrullah dengan makna yang khusus: Tahlil, Tahmid,
Tasbih, Takbir, Selawat, Istighfar dan seumpamanya.
2. Bacaan al-Qur’an, sama surah atau ayat tertentu atau mana-
mana bahagian daripada al-Qur’an.
3. Doa.
4. Tafakkur.
Doa pula boleh dibahagikan kepada 4 kategori yang utama iaitu:
3
1. Doa ibadah seperti doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah
bagi ibadah tertentu.
2. Doa permintaan (mas’alah). Ia merupakan bentuk doa yang
paling luas. Seseorang itu boleh memohon apa sahaja
daripada Allah selagi mana ia bukan perkara yang haram.
3. Doa-doa bagi amalan (sunnah) harian seperti doa makan,
doa tidur dan seumpamanya.
4. D0a-doa bagi peristiwa-peristiwa yang tertentu seperti doa
ketika berlakunya ribut atau petir dan seumpamanya.
Salah seorang guru penulis pernah berpesan agar kita sentiasa
menutup amalan ibadah kita dengan doa kerana ia menunjukkan
bahawa pergantungan kita adalah kepada Allah semata-mata
dan bukan pada amalan kita. Oleh itu, bersempena bulan
Ramadan yang mulia ini, penulis ingin mengambil kesempatan
untuk berkongsi dengan umat Islam beberapa hadith Rasulullah
berkaitan dengan keutamaan doa, adab-adab berkaitannya serta
doa-doa yang pernah diungkapkan oleh Baginda Rasulullah .
Ini merupakan siri yang pertama bagi koleksi ini. Semoga Allah
memberi tawfiq kepada penulis bagi menyempurnakan siri-siri
yang akan datang. Semoga himpunan hadith-hadith Rasulullah
berkenaan doa ini dapat memandu pembacanya untuk menghayati
permintaan-permintaan Baginda yang merupakan sebaik-baik
permintaan yang dipanjatkan kepada Allah .
Berikut adalah hadith-hadithnya:
4
KELEBIHAN DAN ADAB-ADAB DOA
1: Doa adalah Senjata Orang Beriman, Tiang
Agama serta Cahaya Langit dan Bumi
الله رضي
: اللهي ، قال: قال رسول ه عن عن علي
لاح ال )) عاء سي مواتي و ـالد ، ونور الس يني مد الد، وعي ني (( الأرضي ؤمي
Daripada ʿAli (Ibn Abi Talib) , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Doa adalah senjata orang beriman, dan tiang agama, serta
cahaya langit dan bumi.”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No.1745 –
Beliau berkata: ( حيح هذا حديث ص ); (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H), 1992 -
Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No.439; (al-Shihāb al-Quḍāʿī (454H), 1986 - Musnad al-Shihāb); (Abu Tahir al-Silafi (576H), - Kitab al-Du'a); ('Abd al-Ghani al-Maqdisi (600H), 1996 - al-Targhib fi al-Du'a wa al-Hathth 'alayh); (al-Haythami (807H), - al-Maqsid al-'Ali fi Zawa'id Abi Ya'la al-Mawsili); (al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah); (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1998 - al-Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-Thamāniyah) & (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah).
5
2: Doa adalah Ibadah – Penzahiran Kehambaan
dan Kefakiran kepada Allah
ير بني النعمني عن ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ)) :قوليهي في النبيي عني ، بشي
:قال ،((
عاء )) بادة هو الد : قوليهي إيل ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ: )) وقرأ ،(( العي
((ڤ
Daripada al-Nuʿman Ibn Bashir , beliau meriwayatkan daripada
Nabi berkenaan firman Allah (( ٺڀ ٺ ٺ ٺ )),
Baginda bersabda:
“Doa adalah ibadah (kerana ia adalah penzahiran bagi
kehambaan dan kefakiran seseorang kepada Tuhannya), dan
kemudian Baginda membaca (Ghafir 40:60) : “Dan Tuhan
kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan
hina.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 2969 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( يح حسن حديث هذا ص ), 3247 & 3372; (Abū
Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1479; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3828 dan lain-lain.
6
3: Doa adalah Bahagian Yang Sangat Penting
dalam Ibadah
:قال النبيي عني ، ماليكر بني أنسي عن
عاء )) ا بادةي مخ لد (( العي
Daripada Anas Ibn Malik , beliau meriwayatkan bahawa Baginda
Nabi bersabda:
“Doa adalah otak (kebijaksanaan/ bahagian yang sangat penting
dalam) ibadah.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3371 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( ه، هذا من غريب حديث هذا رفه ل ال وج ل نع
لهيعة اب ن حديث من ا ); (al-
Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 3196; (al-Tabarani (360H), - al-Du'a), No. 50; (al-Qushayri (465H), 2003 - al-Risalah al-Qushayriyyah), No. 62 (143/1) & (Ibn al-Muqri' (381H), - Mu'jam Ibn al-Muqri'), No. 1197.
3.1 ‘Abdullah Ibn ‘Abbas
Mujahid (Ibn Jabr) (104H) meriwayatkan bahawa Saidina
‘Abdullah Ibn ‘Abbas (68H) berkata:
عاء )) بادةي هو الد ب لكم إين : ))، وقرأ ((أفضل العي كم ادعوني أستجي وقال رب
بادتي سي ون عن عي ين يستكبيين دخل الذي ري (( ون جهنم داخي
“Sebaik-baik ibadah adalah doa, dan kemudian beliau
membaca: “Dan Tuhan kamu berfirman (Ghafir/40:60):
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,
akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
7
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1739.
8
4: Dua Waktu Doa Paling Mustajab: (i) Akhir
Malam dan (ii) Setelah Solat Fardu
:قال ، أمامة أبي عن
عاءي أي ،اللهي رسول يا :قييل يلي جوف )): قال أسمع؟ الد ، الل ري لواتي ودبر الخي الص
(( كتوباتي ـال
Daripada Abu Umamah (al-Bahili) , beliau berkata:
“(Rasulullah ) ditanya: Wahai Rasulullah, doa manakah yang
paling didengari (diperkenankan oleh Allah )?
Baginda bersabda: “Di bahagian akhir malam dan di hujung
(setelah selesai) solat-solat fardu.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3499 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( حسن حديث هذا ); (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā), No. 9856 & (Ibn Abi al-Dunya (281H), - al-Tahajjud wa Qiyam al-Layl), No. 237.
9
5: Saat Mustajab Doa Pada Setiap Malam
عت :قال ،جابيرر عن :يقول النبيي سمي
يلي في )) إين ، رجل يوافيقها ل لساعة الل م ا الله يسأل مسلي ن خي نيا أمري مي رةي الد والخي
اه، أعطاه إيل ليلةر (( كل وذليك إيي
Daripada Jabir , beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
bersabda:
“Sesungguhnya di waktu malam itu ada satu masa, apabila
bertepatan seorang Muslim padanya untuk berdoa meminta
daripada Allah apa-apa kebaikan dari urusan dunia dan
Akhirat, maka Allah pasti akan memperkenankan
permintaannya itu.
Dan saat (mustajab) itu berlaku pada setiap malam.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 1265 [Lafaz di atas] & 1266; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 14066, 14248 & 14452; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 2626 dan lain-lain.
10
6: Jangan Lemah untuk Berdoa kerana Doa Tidak
Akan Membinasakan
: ، قال: قال رسول اللهي عن أنسر
ه لن ل )) ، فين عاءي وا في الد عجي عاءي أحد ليك مع الد (( ي
Daripada Anas (Ibn Malik) , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Janganlah kamu lemah (tidak berdaya/malas) untuk berdoa,
maka sesungguhnya tidak akan musnah/ binasa seseorang itu
bersama doa selama-lamanya.”
T: (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No.871 – Lafaz di atas; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1751 dan
beliau berkata: ( جاه - ,al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H)) ;(هذا حديث صحيح الإسناد، ول ير
al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 1606 & 1607; (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah) & (Abu Nu'aym al-Asbahani (430H), - Akhbar Asbahan).
Di dalam riwayat Ibn al-Sam’ani (562H), lafaznya berbunyi:
عاءي أحد ل لك مع الد ي
“Tidak akan musnah/ binasa seseorang itu bersama dengan
doa.”
T: (Ibn al-Sam'ani (562H), 1996 - al-Muntakhab min Mu'jam Shuyukh Ibn al-Sam'ani).
11
7: Perbanyakkanlah Doa kerana Doa Yang Baik
Akan Dimaqbulkan oleh Allah Dengan Pelbagai
Bentuk
:قال النبيي ، أن عن أبي سعييدر
، إيل أعطاه الله)) مر يها إيثم ول قطييعة رحين مسليمر يدعو بيدعوةر ليس في ا ما مي بي
رها له في ا :إيحدى ثلاثر خي ا أن يد ه، وإيم ل له دعو عج ا أن ا أن إيم ، وإيمرةي لخي
ثلها وءي مي ن السف عنه مي ا نكثير؟، قال: ((يصي ((أكثر للها )) ، قالوا: إيذ
Daripada Abu Sa’id (al-Khudri) , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Nabi bersabda:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan sesuatu
doa yang tidak ada padanya dosa dan pemutusan hubuhan
silaturrahim (persaudaraan), melainkan Allah akan
mengurniakannya dengan doanya itu salah satu daripada tiga
perkara:
i. sama ada akan disegerakan doanya (permintaannya) itu
(di dunia ini); atau
ii. Dia (Allah) akan menyimpan doanya itu baginya di
Akhirat nanti; atau
iii. Dia (Allah) akan mengalihkan sesuatu kejahatan
daripadanya seumpama doanya itu.
Mereka (para sahabat ) berkata: Sekiranya begitu, (bolehlah/
patutlah) kami memperbanyakkan (doa)?. Baginda bersabda:
Allah itu lebih banyak (kurniaanNya).”
12
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 10749 [Lafaz di atas]; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn); (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H), 1992 - Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī); (al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah); (al-Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn); (al-Tabarani (360H), - al-Mu'jam al-Saghir); (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ) dan lain-lain.
13
8: Fadilat Berdoa Bagi Muslim Yang Lain Secara
Ghaib (Tanpa Diketahuinya) – Didoakan oleh
Malaikat dengan Doa Yang Sama
رداءي :اللهي ول ، قال: قال رس عن أبي الد
يهي بيظهري الغيبي إيل ق )) خي ن عبدر مسليمر يدعو لأي ثلر :لك ـال ال ما مي (( ولك بيمي
Daripada Abu al-Darda’ (‘Uwaymir Ibn Malik) , beliau berkata:
Rasulullah bersabda:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya
(seagama) secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu),
melainkan ada Malaikat yang berkata: “Dan bagimu
seumpamanya (seperti doa kamu itu).”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2734 [Lafaz di atas]; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 989 dan lain-lain.
Lafaz yang lain di dalam Sahih Muslim (No. 2735):
يهي بيظهري الغيبي قال: ال خي ثلر لك الوك من دعا لأي ين ولك بيمي ل بيهي آمي
“Barangsiapa yang berdoa bagi saudaranya (seagama) secara
ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu), maka Malaikat
yang diwakilkan kepadanya akan berkata: Amin (Ya Allah,
perkenankanlah), dan bagimu seumpamanya (seperti doa kamu
itu).”
14
9: Makanan Yang Halal adalah Syarat Asas Bagi
Penerimaan Doa
:ال ق ة ر هري بي عن أ
ني ـر ال م أ ال ع ن اللهإي يبا ، و إل ط يقبل طيب ل إن الله : )) ول اللهيس ر ال ق م ين بي ؤمي
ا)) : ال ق ، ف ين سلي ر ـال هي بي ر م أ ن الطيباتي واعملوا صالي يا أيسل كلوا مي ، (( اح ـالر
ن طيباتي ما رزقناكم )) : ال ع ال ق و ين آمنوا كلوا مي ا الذي جل م ذ ، ث (( يا أي كر الر
فر يطي ، ي أشعث ،يل الس م ل هي إي دي مد ي أغب : ي الس ، ، ومطعمه حر ب ا ر ي ا رب ءي ام
به و ، وملبسه ح مش ي بي ر حرام ، وغذ ، ف ـال ام (( ك؟لي نى يستجاب ليذ أ رامي
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Baik yang tidak menerima
melainkan sesuatu yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah
memerintahkan orang-orang beriman dengan apa yang telah
Dia perintahkan kepada para rasulNya , maka Dia
berfirman: Wahai Para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik
dan beramallah dengan amalan yang soleh. Dan Dia berfiman:
Wahai orang-orang yang telah beriman! Makanlah daripada
yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu.
Kemudian, Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang
bermusafir dengan begitu jauh, dalam keadaan rambutnya yang
kusut dan wajah yang berdebu, bersungguh-sungguh meminta
dengan memanjatkan kedua-dua tangannya ke langit seraya
berdoa: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan
makanannya adalah haram, dan minumannya adalah haram,
dan pakaiannya adalah haram, dan daia diberi makan dari
15
perkara yang haram, maka bagaimanakah akan diterima
[doanya] itu?”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 1016 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.2989 dan beliau berkata: ( غريب حسن حديث هذا ); (al-Dārimī (255H),
2000 - Sunan al-Dārimī), No.2717 ; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 8148 & 8149 dan lain-lain.
9.1 Doa Mustajab Dengan Makanan Yang Halal
Sa’d Ibn Abi Waqqas pernah berkata kepada Rasulullah :
عوةي أ الله، ادع اللهييا رسول علنيي مستجاب الد ن ي
“Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia
menjadikan daku seorang yang mustajab (diterima) doanya.”
Baginda pun bersabda kepadanya:
عوةي كن مستجاب الد ... يا سعد أطيب مطعمك
“Wahai Sa’d, perbaikkanlah makananmu, engkau akan menjadi
orang yang diperkenankan doanya ...”
T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 6495 dan beliau berkata: ( وى ل ل جري ج اب ن عن ال حديث هذا ير
ناد، بذا ا س
تياطي : به تفرد ال الاح ).
16
10: Berdoa Dengan Mengangkat Kedua-dua Belah
Tangan adalah Salah Satu Sebab Bagi Doa
Dimakbulkan Allah
سي قال: ي ، عني النبي عن سلمن الفاري
أن يرد اللهإين )) جل إيليهي يديهي يم يستحييي إيذا رفع الر ا خائيبتيني حييي كري فر
ا صي (( ه
Daripada Salman al-Farisi , beliau meriwayatkan daripada Nabi
bahawa Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Yang Maha Hayiyy1, lagi Maha Mulia,
merasa malu2 sekiranya seseorang lelaki (hambaNya)
mengangkat kedua-dua tangannya (berdoa) kepadaNya, untuk
mengembalikan kedua-dua tangannya itu dalam keadaan
kosong dan rugi (tanpa sebarang pemberian/kurniaan).”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3556
dan beliau berkata: ( يرفعه ، ورواه بعضهم ول يب يث حسن غري Abū Dāwud) ;(هذا حدي
(275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No.1488 ; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No.3865 ; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 876 & 880 dan lain-lain.
Berdasarkan hadith ini dan hadith-hadith yang lain, para ulama’
menyatakan bahawa mengangkat kedua-dua tangan adalah kaedah
umum bagi berdoa dan ia merupakan salah satu sebab bagi
penerimaan doa.
1 Hayiyy: ( ه : أنه يكره أن يرد العبد إذا دعاه فسأله مما لا يمتنع في الحكمة إعطاؤه إياه وإجابته إليهاسم من أسماء الله الحسنى ، ومعنا ) [al-
maany]. 2 Ia adalah perumpamaan atau kiasan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan permintaan seorang hambaNya ibarat seorang karim (mulia) yang tidak akan menolak permintaan seseorang yang berhajat kepadanya kerasa merasa malu untuk berbuat demikian (al-Kashshaf, tafsir bagi ayat 26 dari Surah al-Baqarah).
17
11: Doa Secara Berjema’ah Dimakbulkan Allah
ي مسلمة بني حبييبي عن هريعوةي، ماب وكان ، الفي عت رسول اللهي: قال الد - سمي
م صل الله يقول: -عليهي وسل
ن )) ع مل فيدعو بعضهم ويؤمتمي م اللهالبعض ل ي (( ، إيل أجاب
Daripada Habib Ibn Maslamah al-Fihri , beliau adalah seorang
(sahabat Rasulullah ) yang dikenali sebagai seorang yang sering
diperkenankan doanya (oleh Allah ), beliau berkata: Aku telah
mendengar Rasulullah bersabda:
“Tidak berhimpun satu kumpulan manusia, lalu sebahagian
daripada mereka berdoa dan sebahagian dari mereka yang lain
pula mengaminkan doa tersebut, melainkan pasti Allah akan
memperkenankan doa mereka.”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn) - Lafaz di atas – No. (3/343); (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah); (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr);(al-Bayhaqi (458H), - Dala'il al-Nubuwwah) & (Ibn ʿAsākir (571H), 1998 - Tārīkh Dimashq). Komentar di dalam: (al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid): ( ورجاله رجال الصحيحر ابن لهيعة، وهو حسن الحديث Perawinya adalah perawi yang sahih melainkan Ibn“ (غي
Lahi’ah, dia adalah hasan al-hadith.”
18
12: Adab Berdoa: Tidak Berdoa bagi Perkara Yang
Berdosa atau Memutuskan Silaturahim dan Tidak
Tergesa-gesa
ه قال: ، عني النبيي عن أبي هريرة أن
ل )) مر ما ل يستعجي يثمر أو قطييعةي رحي ال يستجاب ليلعبدي ما ل يدع بي : يا ، قييل ((ل ي
ستيعجال؟، قال رسول اللهي قد دعوت وقد دعوت فلم أر يقول: )) ، ما الي
ن عي، فيستحسي يب لي عاء يستجي (( د ذليك ويدع الد
Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan daripada Nabi
bahawa Baginda bersabda:
“Seorang hamba itu sentiasa diterima doanya selama mana dia
tidak berdoa untuk suatu perkara yang berdosa atau
memutuskan Silaturahim (serta) selama mana dia tidak tergesa-
gesa di dalam doanya.”
Lalu dikatakan kepada Baginda: Ya Rasulullah! Apakah tergesa-
gesa (di dalam doa) itu?
Baginda bersabda: “Dia berkata: Saya sudah berdoa, dan saya
sudah berdoa, tetapi saya tidak dapat melihat (Allah)
menunaikan doa saya. Maka dia merasa letih dan penat berdoa
lantaran itu, lalu dia pun meninggalkan (amalan) berdoa.”
T: Muslim (261H) – Sahih Muslim. No. 2738.
19
13: Doa Orang Yang Dizalimi Tidak Mempunyai
Hijab (Halangan) Di Sisi Allah
:عني ابني عباسر
ا أن النبيي ، فقال: بعث معاذ قي دعوة ال ))إيل اليمني ـا ، فين ا ليس بينهاظلومي
جاب اللهيوبين ((حي
Daripada (ʿAbdullāh) Ibn ʿAbbās , beliau meriwayatkan
bahawa:
“Sesungguhnya ketika Baginda Nabi mengutuskan Muʿadh
ke Yaman, Baginda bersabda (kepada beliau):
“Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak
ada di antara (doa)nya dan Allah itu sebarang hijab
(halangan).”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 2448 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)); (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā) & (al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah).
20
14: Doa Orang Yang Dizalimi Diterima Allah
: اللهي ، قال: قال رسول عن أبي هريرة
ا ففجوره عل ـدعوة ال )) ر ، وإين كان فاجي هي مظلومي مستجابة (( نفسي
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Doa seseorang yang dizalimi pasti dimakbulkan (oleh
Allah ); walaupun dia adalah seorang yang jahat (pada
dirinya sendiri), kerana kejahatannya adalah ke atas dirinya
sendiri sahaja.”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 8577 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H), - Musnad Abū Dāwūd al-Ṭayālisī); (al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah); (al-Shihāb al-Quḍāʿī (454H), 1986 - Musnad al-Shihāb); (Ibn Abi Shaybah (235H), 2004 - Musannaf Ibn Abi Shaybah) dan lain-lain. Hadith ini mempunyai tawābiʿ dan shawāhid yang sangat banyak.
21
15: Tiga Doa Pasti Tidak Akan Ditolak
: اللهي رسول قال : قال ، هريرة أبي ن ع
ن شك ل مستجابات دعواتر ثلاث )) يهي،ـال دعوة : في ،ـال ودعوة ظلومي سافيري
هي عل الواليدي ودعوة (( ولدي
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Tiga (3) doa yang mustajab (diterima), tidak ada syak padanya:
(i) Doa seorang yang dizalimi,
(ii) Doa seorang musafir, dan
(iii) Doa seorang ayah (juga ibu) ke atas anaknya.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 1905 [Lafaz di atas] & 3448; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1536; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3862; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 7458, 8375, 9323, 9840, 10330 & 10392; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān); No. 2699 dan lain-lain.
22
16: Perbanyakkan Doa Di Waktu Senang Agar
Dimakbulkan Di Waktu Susah
: اللهي ، قال: قال رسول عن أبي هريرة
يب )) ه أن يستجي دائيدي والكربي اللهمن س ند الش خاءي فليكثي ،له عي عاء في الر ((ري الد
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang mahukan agar Allah memperkenankan
doanya di waktu-waktu kepayahan dan kesukaran, maka
hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu (dia berada di
dalam keadaan) senang.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3382 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( هذا حديث غريب); (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1933 dan beliau berkata: ( حديث صحيح
-Abū Yaʿlā al) ;(الإسناد احتج البخاري بأبي صالح، وأبو عامر الألهاني أظنه الهوزني وهو صدوق Mawṣilī (307H), 1992 - Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī); (al-Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn); (Abu Nu'aym al-Asbahani (430H), - Akhbar Asbahan); (al-Khatib al-Baghdadi (463H), 2001 - Tarikh Baghdad); (Ibn ʿAsākir (571H), 1998 - Tārīkh Dimashq); (al-Mizzi (742H), 2002 - Tahdhib al-Kamal); (al-Tabarani (360H), - al-Du'a) & (Abu Tahir al-Silafi (576H), - Kitab al-Du'a).
23
17: Kemuliaan Doa Hamba di sisi Allah
:قال النبيي عني ، رة هري أبي عن
ء ليس )) عال اللهي عل أكرم ش ن عاءي مي (( الد
Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa Baginda
Nabi bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa
(iaitu permintaan seorang hamba yang menzahirkan kefaqiran
dirinya kepada kurniaan daripada Allah).”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3370 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( غريب حسن حديث هذا ); (Ibn Mājah (273H), 2010
- Sunan Ibn Mājah), No. 3829; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 8530; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 870 dan lain-lain.
24
18: Taḥmīd dan Selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم Di
Permulaan Doa Agar Doa Diterima
:قال ، عبيدر بني فضالة عن
ا اللهي رسول بينا د ، رجل دخل إيذ قاعي هم : فقال فصل ر الل فقال وارحنيي، لي اغفي
لت )): اللهي رسول ا عجي ،ـال أي يت إيذا صل أهله، هو بيم الله فاحدي ،فقعدت صل
د ذليك، بعد آخر رجل صل ثم : قال ،(( ادعه ثم عل وصل عل وصل الله فحمي
ا )): النبيي فقال النبيي ب ادع صل ـال أي (( ت
Daripada Faḍālah Ibn ʿUbayd , beliau berkata:
“Ketika Rasulullah sedang duduk, seorang lelaki telah datang
dan bersolat, kemudian dia berdoa (selepas selesai solat): “Ya
Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku.” Maka Rasulullah
bersabda: “Kamu telah berlaku gopoh, wahai orang yang telah
bersolat! Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka
pujilah Allah () dengan pujian yang layak baginya, dan
berselawatkan ke atasku, kemudian berdoalah.
Dia (Faḍālah ) berkata lagi: Kemudian ada seorang lelaki yang
lain datang bersolat selepas itu. Maka dia kemudian memuji
Allah () dan berselawat ke atas Nabi . Maka Nabi bersabda
kepadanya: “Wahai orang yang telah bersolat! Berdoalah, [doa]
kamu akan diterima.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3476
[Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( يث وهذا حسن حدي ) & 3477; (Abū Dāwud
(275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1481; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1284; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 23418 dan lain-lain.
25
19: Berdoa dengan Menadah Tapak Tangan dan
Menyapu Muka Setelah Berdoa [Kaedah Umum]
: اللهي رسول قال : قال ، عباسر ابني عن
يك، بيبطوني فادع ،الله دعوت إيذا)) دع ول كف ا، هي فامسح ت،فرغ فيذا بيظهوري
يم (( وجهك بي
Daripada ‘Abdullah Ibn ‘Abbas , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Apabila kamu berdoa, maka berdoalah dengan (menadah)
kedua-dua telapak tangan, dan janganlah kamu berdoa dengan
kedua-dua bahagian belakangnya.
Dan apabila kamu selesai berdoa, maka sapulah wajahmu
dengan kedua-duanya (telapak tanganmu tersebut).”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 1181 & 3866 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1485; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1902; (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā), No. 2894 dan lain-lain.
26
DOA-DOA RASULULLAH
20: Doa al-Jawami’ al-Kawamil (Doa Yang Sangat Holistik dan Sempurna) Yang Diajarkan
kepada Saidatina ʿAʾishah
: عائيشة عن
مه أن فأراد اللهي رسولي عل دخل بكرر أبا أن ، وعائيشة يكل رسول هاـل فقال صل
لي عليكي )) : اللهي عي ـبيال عليكي : )) أخرى كليمة أو (( بيالكوامي لي وامي ،((الكوامي
فت فلم ن أسألك إين هم ل لا :قولي )) :اـل فقال ذليك؟ عن سألته عائيشة انص مي
هي يي ـال ليهي كل ليهي عاجي نه عليمت ما وآجي وما مي ن بيك وأعوذ أعلم، ل مي هي الش كل
ليهي ليهي عاجي نه عليمت ما وآجي وما مي ب وما نة ـال وأسألك أعلم، ل ن اإيليه قر أو قولر مي
، ن بيك وأعوذ عملر ب وما الناري مي ن إيليها قر ، أو قولر مي ن وأسألك عملر ما يي ـال مي
د ورسولك عبدك سألك ا وأستعييذك ، ممنه استعاذك مي ورسولك عبدك مي
د ن لي ت قضي ما وأسألك ، مم ، مي عل أن أمرر ا عاقيبته ت (( رشد
Daripada ‘A’ishah , beliau berkata:
“Sesungguhnya (Saidina) Abu Bakr telah masuk berjumpa
Rasulullah dan Baginda ingin berbicara dengan beliau
sedangkan (Saidatina) ʿAʾishah sedang bersolat/berdoa. Maka
Baginda bersabda: Hendaklah engkau berdoa dengan al-
Kawamil atau al-Kawamil al-Jawamiʿ. Apabila beliau
(Saidatina ‘A’ishah ) selesai bersolat/berdoa, beliau berkata:
Aku bertanya Baginda tentang perkara itu, maka Baginda pun
bersabda kepada beliau:
27
(al-Kawamil atau al-Kawamil al-Jawamiʿ itu adalah doa
berikut):
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu segala
kebaikan, yang segera (di dunia) dan yang ditangguh (di
Akhirat), daripada apa yang aku tahu, dan apa yang aku tidak
tahu. Dan aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan,
yang segera (di dunia) dan yang ditangguh (di Akhirat),
daripada apa yang aku tahu, dan apa yang aku tidak tahu.
Dan aku memohon daripadaMu syurga dan apa-apa yang
mendekatkan daku kepadanya, daripada segala bentuk
perkataan, atau perbuatan. Dan aku berlindung denganMu
daripada api neraka dan apa-apa yang mendekatkan daku
kepadanya, daripada segala bentuk perkataan, atau perbuatan.
Dan aku memohon daripadaMu segala kebaikan, yang telah
diminta oleh hambaMu dan RasulMu (Nabi) Muhammad .
Dan aku memohon perlindungan daripadaMu daripada apa-apa
yang diminta perlindungan daripadanya oleh hambaMu dan
RasulMu (Nabi) Muhammad .
Dan aku memohon daripadamu (agar) apa sahaja yang telah
engkau tetapkan ke atasku daripada setiap perkara, untuk
Engkau menjadikan kesudahannya itu adalah petunjuk.”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 24497 & 24612 [Lafaz di atas]; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), N0. 3846 & 3859; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 869; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1848; (Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H), - Musnad Abū Dāwūd al-Ṭayālisī), No. 1674 dan lain-lain daripada Saidatina cA'ishah .
28
21: Doa Ketetapan Hati di atas Agama Allah
adalah di antara Doa Rasulullah Yang Paling
Banyak
، بني شهري عن :قال حوشبر
م قلت نيين،ـال أم يا: () سلمة لأي كان إيذا اللهي رسولي دعاءي أكثر كان ما ؤمي
ندكي ب يا )): دعائيهي أكثر كان : قالت ،؟عي (( ... ديينيك عل قلبيي ثبت القلوبي مقل
Daripada Shahr Ibn Hawshab, beliau berkata:
“Aku berkata (bertanya) kepada (Umm al-Mu’minin) Ummu
Salamah : “Wahai Umm al-Mu’minin, apakah doa Rasulullah
yang paling banyak ketika Baginda berada di sisimu?
Beliau (Ummu Salamah ) menjawab: Doa Baginda yang
paling banyak adalah:
ب يا ديينيك عل قلبيي ثبت القلوبي مقل
Ya (Allah) Yang Maha Membolak-balikkan Hati-hati
(Manusia), tetapkanlah hatiku di atas agamaMu.” ....
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3522
[Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( يث حسن - Aḥmad (241H), 1995) ;(وهذا حدي
al-Musnad), No. 25979, 26035 & 26138; (Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H), - Musnad Abū Dāwūd al-Ṭayālisī), No. 1713 dan lain-lain.
29
22: Doa Memohon Empat Kebaikan Yang Utama
Di Dalam Kehidupan
: النبيي عني ،اللهي عبدي عن
ه والغينى (( والعفاف لتقىوا الـدى أسألك إين هم )) الل :كان يقول أن
Daripada ‘Abdullah Ibn Mas’ud , beliau meriwayatkan daripada
Nabi bahawa:
“Sesungguhnya Baginda (berdoa dengan) bersabda:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadamu:
(i) Petunjuk (kepada kebenaran dan ketaatan);
(ii) Ketaqwaan (dari melakukan dosa);
(iii) Pemeliharaan maruah (dari perkara yang hina dan keji);
dan
(iv) Kekayaan (agar tidak berhajat kepada orang lain)”.
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2723 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3489; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3832; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 3684, 3894, 3940, 4124, 4151 & 4221; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 900 dan lain-lain.
30
23: Doa Rasulullah : Memperbaiki Agama,
Dunia, Akhirat serta Memohon Kebaikan Semasa
Hidup dan Kerehatan Selepas Wafat
، قال: عن أبي هريرة
هم أصليح ا )) يقول: اللهيكان رسول ي، وأصليح لل صمة أمري ي هو عي لي ديينيي الذي
رتي التيي فييها معاديي ، وأصليح لي آخي ياة ـواجعلي ال ،لي دنياي التيي فييها معاشي
، واجعلي ال يادة لي في كل خير ن كل ش ـزي ((وت راحة لي مي
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah pernah
bersabda (berdoa dengan bersabda):
“Ya Allah! Perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan (teras)
pemeliharaan urusan (hidup)ku, dan perbaikilah bagiku
duniaku yang merupakan tempat kehidupanku, dan perbaikilah
bagiku Akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan
jadikanlah kehidupan ini penambahan bagiku dalam setiap
kebaikan; dan jadikanlah kematian itu kerehatan bagiku dari
setiap kejahatan.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2723 [Lafaz di atas]; (al-Tabarani (360H), - al-Mu'jam al-Saghir); (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ); (al-Tabarani (360H), - al-Du'a); (al-Bukhari (256H), 1989 - al-Adab al-Mufrad); (al-Mizzi (742H), 2002 - Tahdhib al-Kamal); (Ibn Abī al-Dunyā (281H), - Islāḥ al-Māl) dan lain-lain.
31
24: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Meminta Perlindungan dan
Kebersihan serta Kejauhan Dari Dosa
كان يقول: النبيي ، أن ة عن عائيش
، وال ا ن الكسلي هم إين أعوذ بيك مي ، وال ـلل ، وال ـرمي ، ـأثمي ن فيتنةي القبي ، ومي غرمي
ن ش فيتنةي الغي ، ومي ، وعذابي الناري ن فيتنةي الناري ، ومي ن وعذابي القبي نى، وأعوذ بيك مي
ن فيتنةي ال ، وأعوذ بيك مي ، ا ـفيتنةي الفقري الي ج يحي الدل عني خطاياي بيمءي سي هم اغسي لل
ن ال ، ونق قلبيي ميدي ،ـالثلجي والب نسي ن الد يت الثوب الأبيض مي د طايا، كم نق وباعي
ي وبين خطاياي كم باعدت بين ال قي وال ـبيني بي ـ شي غري
Daripada (Saidatina) ‘A’ishah , beliau meriwayatkan
sesungguhnya Nabi pernah bersabda (ketika berdoa):
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari
kemalasan, waktu tua yang melampau (nyanyuk/sangat lemah),
tempat-tempat dosa dan keberhutangan yang berat, dan
daripada fitnah kubur dan azab kubur, dan daripada fitnah
neraka dan azab neraka, dan daripada kejahatan fitnah
kekayaan; dan aku berlindung denganMu daripada fitnah
kefakiran; dan aku berlindung denganMu daripada fitnah al-
Masih al-Dajjal.
Ya Allah, basuhlah (bersihkanlah) daku dari dosa-dosaku
dengan salji dan air sejuk; dan sucikanlah hatiku daripada dosa-
dosa, sepertimana Engkau membersihkan pakaian putih dari
kekotoran; dan jauhkanlah di antara daku dan dosa-dosaku
sepertimana Engkau menjauhkan di antara timur dan barat.”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 6368.
32
25: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Memohon Perlindungan
daripada Empat Bencana/ Musibah/ Keburukan
Yang Besar
:قال ، عمر بني اللهي عبدي عن
ن كان ن بيك أعوذ إين هم لل ا )) : اللهي رسولي دعاءي مي لي نيعمتيك زوالي مي و وت
(( سخطيك وجييعي نيقمتيك وفجاءةي عافييتيك
Daripada ʿAbdullah Bin ʿUmar , beliau berkata:
“Di antara doa Rasulullah adalah:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada:
(i) gugurnya nikmat (kurniaan)Mu (kepadaku), dan
(ii) berpindahnya/hilangnya keafiatan (kurniaan)Mu
(daripadaku), dan
(iii) kedatangan azabMu secara mengejut (ke atasku), dan
(iv) seluruh kemurkaanMu (terhadapku).”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2742 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1545; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1879 dan beliau berkata: ( يخين، شرط على يح صح حديث هذا جاه ولم الش يخر ) dan lain-lain.
33
26: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم - Doa Yang Dianjurkan oleh
Rasulullah Selepas Tashahhud Akhir
: اللهي رسول قال : قال ، هريرة عن أبي
ن أحدكم فرغ إيذا )) دي مي ، التشه ري ذ الخي ن بياللهي فليتعو ن :أربعر مي جهنم، عذابي مي
ن ، عذابي ومي ن القبي ،ـوال حياـال فيتنةي ومي ن متي يحي ـال ش ومي الي سي ج (( الد
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Apabila salah seorang daripada kamu telah selesai dari
(bacaan) Tashahhud Akhir, maka hendaklah dia meminta
perlindungan dengan Allah daripada empat (4) perkara:
(i) daripada azab api neraka Jahannam; dan
(ii) daripada azab kubur; dan
(iii) daripada fitnah semasa hidup dan semasa
(menghadapi) kematian3; dan
(iv) daripada kejahatan al-Masih al-Dajjal.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 588, 589 [Lafaz di atas], 590 & 591; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.3604; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 983 dan lain-lain.
3 Ibn Daqiq al-'Id, Muhammad 'Ali. Ihkam al-Ahkam Sharh 'Umdat al-Ahkam: Matba'ah al-Sunnah al-Muhammadiyyah. 311/1.
34
27: Doa Menguatkan Hafazan al-Quran dan
Menjauhkan Syaitan Yang Diajarkan kepada
Saidina ʿAli
عن :قال ، علي
ت اللهي رسولي إيل شكوت فل ن القرآني ي مي نه، ناني فأد صدري عل يده وضع ثم مي
ي، بي هم لل ا )): قال ثم صدري يطان أذهي ن الش هي مي اتر ثلاث (( صدري ثم : قال ، مر
فت إيذا )): قال ن خي يعي بياللهي أعوذ : فقل ذليك مي مي ن العلييمي الس يطاني مي جي الش ،الر يمي
ن اتي ومي ، ه ياطييني ون، أن بيك وأعوذ الش يع هو الله إين يض مي هم لل ا العلييم، الس
ر ي، بيكيتابيك نو ، بيهي وأطليق بصي ح ليساني ي، بيهي واش صدري ي، بيهي ويس ج أمري وأفري
ل و قلبيي، عن بيهي ي بيهي استعمي تي جسدي ه ليك،ليذ وقو ة،ق ول حول ل فين بياللهي إيل و
عييد ، العظييمي العلي ، ثلاث ليك ذ اتر ه مر جر فين (( عنك ي
Daripada (Saidina) ʿAli (Bin Abu Talib) , beliau berkata:
“Aku telah mengadu kepada Rasulullah tentang kelupaan/
kehilangan hafalan al-Qurʾan daripada dadaku. Maka Baginda
mendekatkan daku dengan Baginda, kemudian Baginda
meletakkan tangan Baginda (yang mulia) ke atas dadaku dan
Baginda bersabda: Ya Allah, hilangkanlah syaitan daripada
dadanya, sebanyak tiga (3) kali.
Dan kemudian Baginda bersabda: Apabila engkau merasa takut
terhadap perkara tersebut (kehilangan hafalan al-Qurʾan)
maka ucapkanlah:
“Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam, dan daripada
35
bisikan-bisikan para syaitan. Dan aku berlindung denganMu
(daripada) mereka mendatangi daku. Sesungguhnya Allah
adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ya Allah! Terangkanlah/cahayakanlah pandanganku dengan
kitabMu, dan lancarkanlah lidahku dengannya, dan
lapangkanlah dadaku dengannya, dan mudahkanlah urusanku
dengannya, dan bebaskanlah hatiku dengannya, dan
pergunakanlah jasadku dengannya dan kekuatanku untuk itu,
maka sesungguhnya tidak ada daya dan tidak ada kekuatan
melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi (KemuliaanNya) lagi
Maha Agung.”
Engkau ulangkannya sebanyak tiga kali, sesungguhnya ia pasti
akan dihalau daripadamu.”
T: (Zayd Ibn 'Ali (122H), - Musnad Zayd (Ibn 'Ali Ibn al-Husayn)), No. 635. Sahih: Sanadnya bersambung dan perawinya thiqah:
36
28: Doa Nabi Yūnus (Tahlil, Tasbih dan
Pengakuan Dosa) adalah Sebab Doa Mustajab
(Diterima Allah)
: اللهي رسول قال : قال ، سعدر عن
ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ : )) وتي ـإيذ دعا وهو في بطني ال دعوة ذيي النوني ))
ءر قط إيل استجاب ، ((ڻ ڻ ۀ م في شا رجل مسلي ه ل يدع بي اللهفين
له
Daripada Sa’d (Ibn Abi Waqqas) , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Doa Dhī al-Nūn (Nabi Yūnus ) apabila beliau berdoa
sewaktu beliau berada di dalam perut ikan:
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci
Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya
diri sendiri.
Tidaklah berdoa dengannya seorang Muslim pada sesuatu apa
pun (permintaannya) melainkan pasti Allah akan
memperkenankan doa itu baginya.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3505 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 1465; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1795,1796,1797,3372,4052 & 4058; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H), - al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No.963,964&985 dan lain-lain.
37
Hadith berkenaan kelebihan doa Nabi Yunus ini mempunyai
isyarat yang begitu jelas di dalam al-Quran. Firman Allah (al-
Anbiya’:87-88):
“[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi
(meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang
menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan
mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku
kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam
keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada
Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)!
Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah
daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang
menganiaya diri sendiri”.
[88] Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami
selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan
sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan
orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada
Kami).
38
29: Rasulullah Memuji Doa Seorang Sahabat
Baginda Yang Berdoa dengan Nama Allah Yang
Maha Agung
ي بريدة عن : قال ، الأسلمي
ع النبيي هم إين أسألك بيأن أشهد أنك أنت ا )) رجلا يدعو وهو يقول: سمي لل
ا أحد ل إي الله يكن له كفو يولد ول د ول يلي ي ل
مد الذي ، (( له إيل أنت، الأحد الص
ي بيهي ))قال: فقال: ي إيذا دعي هي الأعظمي الذي هي لقد سأل الله بياسمي ي نفسي بييدي والذي
(( أعطى أجاب وإيذا سئيل بيهي
Daripada Buraydah al-Aslami , beliau berkata:
“Nabi telah mendengar seorang lelaki berdoa dengan
berkata:
Ya Allah. Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu dengan
bahawa sesungguhnya aku bersaksi bahawa sesungguhnya
Engkau adalah Allah, Tiada Tuhan melainkan Engkau, lagi
Maha Esa, serta Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat, Yang tiada beranak, dan Dia
pula tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa
dengan-Nya.
Beliau berkata: Maka Baginda pun bersabda: Demi (Allah)
yang nyawaku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kamu
telah meminta daripada Allah dengan nama-Nya yang Maha
Agung, yang mana apabila didoakan dengannya, Dia pasti akan
memperkenankannya, dan apabila diminta dengannya, Dia
pasti akan memberinya.”
39
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)) – Lafaz di atas; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud); (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah); (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad); (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān); (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn); (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā); (al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār) dan lain-lain.
40
30: Doa Meminta Perlindungan daripada Empat
Kemungkaran/ Keburukan
:يقول النبيي كان : قال ، ماليكر بني قطبة عن
،الأ منكراتي جنبنيي هم لل ا )) ،والأ خلاقي ((دواءي الأ و عملي والأ هواءي
Daripada Qutbah Ibn Malik al-Tha’labi , beliau berkata:
“Nabi pernah (berdoa dengan) bersabda:
Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada:
(i) kemungkaran-kemungkaran akhlak (akhlak-akhlak yang
buruk seperti dengki dan bakhil),
(ii) (kemungkaran-kemungkaran) hawa nafsu (seperti
shahwat yang batil dan aqidah yang rosak),
(iii) (kemungkaran-kemungkaran) amalan perbuatan (seperti
membunuh, berzina dan mencuri)
(iv) (kemungkaran-kemungkaran) penyakit-penyakit (seperti
kusta, sopak dan kanser).”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1882 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( يح حديث هذا ناد ص س
ط عل ال ، ش ل جاه ولم مس ير ); (al-
Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3591 dan beliau berkata: ( غريب حسن حديث هذا ); (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn
Ḥibbān), No. 960 dan lain-lain.
41
31: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Doa Memohon Ilmu Yang
Bermanfaat
:يقول نكا اللهي رسول أن عن أنسي بني ماليكر
متنيي، بيم انفعنيي هم لل ا )) منيي عل لم وارزقنيي ينفعنيي، ما وعلنفعنيي عي (( بيهي
Daripada Anas Bin Malik , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah (pernah berdoa dengan) bersabda:
“Ya Allah, manfaatkanlah daku dengan apa yang telah Engkau
ajarkan kepada daku; dan ajarkanlah daku apa yang memberi
manfaat kepada daku; dan rezekikanlah/ kurniakanlah daku
ilmu yang Engkau manfaatkan daku dengannya.”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1811 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( جاه ولم مسلم، شرط على صحيح حديث هذا يخر ); (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā), No. 7819; (al-Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn), No. 3371; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 1748; (al-Tabarani (360H), - al-Du'a), No. 1405; (al-Bayhaqi (458H), 1986 - al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir), No. 199 dan lain-lain.
42
32: Doa Rasulullah Selepas Solat Subuh: Ilmu,
Rezeki dan Amalan
الله عنها: عن أم سلمة رضي
م: أن النبيي ين يسل بح حي ا، لل ا )) كان يقول إيذا صل الص ع لم نافي
هم إين أسألك عي
ا طيب ا زق ا) وري ع متقبلا (وف رواية: واسي ـ ارواية: وف )، وعملا (( ( صالي
Daripada Ummu Salamah , beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Nabi berdoa setelah memberi salam daripada
solat Subuh dengan bersabda:
ا طيب الل ا زق ا، وري ع لم نافي
ا وف رواية:) هم إين أسألك عي ع ـ ا وف رواية:)متقبلا عملا ، و (واسي ( صالي
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang
bermanfaat, dan rezeki yang baik (di dalam riwayat lain: yang luas),
dan amalan yang diterima (di dalam riwayat lain: yang soleh).”
T: (Ibn Mājah (273H), - Sunan Ibn Mājah), No. 925 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 25981, 26061, 26159 & 26190; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā) dan lain-lain.
Penulis mencadangkan lafaz doa yang menggabungkan pelbagai
riwayat hadith seperti di bawah:
ا طيب الل ا زق ا، وري ع لم نافي
ا هم إين أسألك عي ع ـ ا ، وعملا واسي متقبلا صالي
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang
bermanfaat, dan rezeki yang baik lagi luas, serta amalan yang
soleh lagi diterima.”
43
33: Doa Rasulullah : Doa Memelihara Hati,
Amalan, Mata dan Lisan
:يقول يدعو كان النبيي أن ، معبدر أم عن
ن ا )) ، وليساني مي يانةي ن الي ، وعينيي مي ياءي ن الر، وعملي مي ن النفاقي ر قلبيي مي هم طه لل
دور ي الصفي علم خائينة الأعيني وما ت ك ، فين بي (( الكذي
Daripada Ummu Ma’bad , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Baginda Nabi pernah berdoa dengan sabdaan /
ucapan berikut:
“Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada kemunafikan, dan
amalanku daripada riya’ (menunjuk-nunjuk), dan mataku
daripada pengkhianatan, dan lidahku/ lisanku daripada
pembohongan / pendustaan.
Maka sesungguhnya Engkau maha mengetahui tentang
pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di dalam dada.”
T: (Abu Nu'aym al-Asbahani (430H), - Ma'rifat al-Sahabah), No. 8083 [Lafaz di atas]; (Abu Nu'aym al-Asbahani (430H), - Sifat al-Nifaq wa Na't al-Munafiqin), No. 30; (al-Bayhaqi (458H), 1986 - al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir), No. 214; (al-Khatib al-Baghdadi (463H), 2001 - Tarikh Baghdad), No. 552; Abu Tahir al-Silafi (576H) – al-Tasi’ wa al-‘Ihsrun min al-Mashyakhah al-Baghdadiyyah, No.21; (al-Rafi'i (623H), 1987 - al-Tadwin fi Akhbar Qazwin), No. 680 & (Ibn al-Athir (630H), 1989 - Usd al-Ghabah fi Ma'rifat al-Sahabah), No. 2488.
44
34: Doa Yang Diajarkan oleh Rasulullah Bagi
Mendapatkan Keampunan dan Rahmat Allah
:قال ،اللهي عبدي بني جابيري عن
يني أو جاء رجل إيل رسولي اللهي فقال: واذنوباه واذنوباه، فقال هذا القول مر
ا، فقال له رسول اللهي ك أ : )) ثلاث ر هم مغفي : الل ن قلي ت وسع مي ك ذنوبي ورح
ن عملي (( فقال ي مي ندي ا، ثم قال: )) عد (( فعاد، ثم قال: )) عد (( فعاد، ـأرجى عي
(( فقال: )) قم فقد غفر الله لك
Daripada Jabir Ibn ‘Abdullah , beliau berkata:
“Seorang lelaki telah datang kepada Nabi dan berkata:
“Betapa (banyak/besar) dosa(ku) ini, betapa (banyak/besar)
dosaku ini”, dan dia mengucapkan perkataan ini sebanyak dua
kali atau tiga kali. Maka Rasulullah pun bersabda kepadanya:
Ucapkanlah:
“Ya Allah! KeampunanMu lebih luas dari dosa-dosaku, dan
rahmatMu lebih aku harapkan di sisiku dari amalanku
(sendiri).”
Lalu lelaki itu pun mengucapkannya, kemudian Baginda
bersabda kepadanya: “Ulangkan (doa tersebut)”. Maka lelaki itu
pun mengulangkannya, dan kemudian Baginda bersabda lagi:
“Ulangkan (doa tersebut)”. Lalu lelaki itu pun
mengulangkannya. Maka Baginda pun bersabda: “Bangunlah,
sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu.”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1930 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( واحد يعرف لا ممن مدنيون آخرهم عن رواته حديث
جاه ولم بجرح، منهم يخر ); (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-
45
Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah), No. 3005 & (al-Bayhaqī (458H), - Shuʿab al-Imān), No. 7125.
46
35: Doa Rasulullah : Doa Memohon Kemudahan
Daripada Allah Agar Dia Memudahkan Perkara
Yang Sedih atau Sukar Bagi Kita
: قال رسول اللهي ، أن عن أنسر
عل ال ما جعلته سهلا سهل إيل هم ل لل ا )) ن سهلا ـ، وأنت ت ئت إيذا (( شي
Daripada Anas Ibn Malik , beliau meriwayatkan sesungguhnya
Rasulullah bersabda (dengan berdoa):
“Ya Allah, tiada perkara yang mudah melainkan kerana Engkau
yang menjadikannya mudah.
Dan Engkau berkuasa untuk menjadikan sesuatu kesedihan
(perkara yang menyedihkan) itu satu perkara yang mudah, jika
Engkau mengkehendakinya.”
T: (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 974 [Lafaz di atas]; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H), - al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 1533, 1534, 1535 & 1536; (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah), No. 486; (Abu Nu'aym al-Asbahani (430H), - Akhbar Asbahan), No. 2444; (Ibn al-Sunni (364H), 2001 - 'Amal al-Yawm wa al-Laylah), No. 352 & (al-Bayhaqi (458H), 1986 - al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir), No. 220.
Di dalam al-Aḥādīth al-Mukhtārah, lafaznya adalah seperti
berikut:
عل ال سهلا (جعلته )/ ما جعلت سهل إيل هم ل لل ا )) ئت ـ، وأنت ت ن إيذا شي
(( سهلا
“Ya Allah, tiada perkara yang mudah melainkan kerana Engkau
yang menjadikannya mudah.
47
Dan Engkau berkuasa untuk menjadikan sesuatu kesedihan
(perkara yang menyedihkan) itu, jika Engkau
mengkehendakinya, satu perkara yang mudah.”
48
36: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم - Doa Bagi Melindungi Diri
Dari Kesesatan
:يقول كان،صلى الله عليه وسلم اللهي رسول أن ،عباسر ابني عن
لت وعليك آمنت، وبيك أسلمت لك هم الل )) وك خاصمت، وبيك أنبت وإيليك
يك أعوذ إين هم الل نيي أن أنت إيل ه إيل ل بيعي ل ي الـي أنت ،ضي يموت، ل الذي
ن نس والي ون والي (( يمو
Daripada ‘Abdullah Ibn ‘Abbas , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah (berdoa dengan) bersabda:
“Ya Allah! KepadaMu aku menyerah diri (Islam), dan
denganMu aku beriman, dan ke atasMu aku bertawakkal
(bergantung seluruh harapan), dan kepadaMu lah aku kembali
(dengan ketaatan), denganMu aku berjuang.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan kemuliaanMu,
Tiada Tuhan melainkan Engkau, daripada Engkau
menyesatkan daku, Engkauhlah satu-satu Yang Maha Hidup,
tidak akan mati, dan seluruh jin dan manusia itu pasti akan
mati.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2720 [Lafaz di atas]; (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No.7383; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 2743; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 898; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā), No. 7637 dan lain-lain.
49
37: Doa Rasulullah : Empat Perkara - Ilmu,
Hilm, Taqwa dan ʿĀfiyah
ن دعاءي رسولي اللهي سفيان بني عن : عيينة، قال: كان مي
ني بيال ا )) ، وزي لميهم أغنينيي بيالعي لنيي بيالعافييةي ـيلل ي بيالتقوى، وج
مني ، وأكري ((لمي
Daripada Sufyan Ibn ʿUyaynah, beliau berkata:
“Di antara doa Rasulullah adalah:
Ya Allah, kayakan daku dengan ilmu, dan hiaskan daku dengan
kesantunan serta tidak cepat marah, dan muliakan daku dengan
taqwa, dan cantikkan daku dengan keafiatan.”
T: (Ibn Abī al-Dunyā (281H), - al-Hilm), No. 3.
Lafaz riwayat yang lain:
Rujukan Perawi
pertama
Lafaz
(al-Rafi'i (623H), 1987 - al-Tadwin fi Akhbar Qazwin)
ʿAbdullah
Ibn ʿUmar
منيي لل ا لمي وكرني بيالي لمي وزي
ني بيالعي هم أعي
لنيي بيالعافييةي بيالتقوى وج
(al-Shajari (499H), 2001 - al-Amali al-Khamisiyyah)
ʿAli Ibn
Abi Talib
منيي ، وأكري لمي ني بيالي ، وزي لميهم أغنينيي بيالعي الل
نيي بيالعافييةي بيالتقوى، وحل
50
38: Rasulullah Mengajar Bapa Saudara Baginda
Agar Berdoa Memohon Keafiatan Di Dunia dan
Akhirat
:قال ، طليبي ـ ال عبدي بني العباسي عني
منيي ،اللهي رسول يا: قلت ،(( العافيية اللهي سلي )): قال ،الله أسأله شيئ ا عل
ا، فمكثت ام ئت ثم أي منيي ،اللهي رسول يا: فقلت جي يا)) : لي فقال ،الله أله أس شيئ ا عل
نيا في العافيية الله سلي اللهي، رسولي عم يا ،عباس رةي الد (( والخي
Daripada Saidina al-ʿAbbas Bin ʿAbd al-Muttalib , beliau
berkata:
“Aku berkata: Wahai Rasulullah, ajarkanlah daku sesuatu untuk
aku memohonnya daripada Allah. Baginda bersabda:
Mintalah daripada Allah keafiatan.
Maka aku pun duduk beberapa hari, dan kemudiannya aku
datang lagi kepada Baginda dan berkata: Wahai Rasulullah,
ajarkanlah daku sesuatu untuk aku memohonnya daripada
Allah.
Maka Baginda bersabda kepada saya: Wahai ʿAbbas, wahai
bapa saudara Rasulullah , mohonlah daripada Allah keafiatan
di dunia dan Akhirat.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 1786 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( صحيح حديث هذا ); (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 1769 & 1786; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H), - al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 2872, 2873, 2874, 2875 & 2876 dan lain-lain. Sebahagian
riwayat datang dengan tambahan al-ʿawf (العفو).
51
Hadith ini menunjukkan bahawa lafaz “ʿāfiyah” ini
menghimpunkan segala makna kebaikan di dunia dan di Akhirat
seperti kesihatan yang sempurna, pemeliharaan daripada penyakit
dan bala’ serta kemaafan (ʿafw) terhadap dosa-dosa.
Maka berdoalah dengan lafaz berikut:
Bagi seorang diri (saya)
نيا في العافيية هم إين أسألك الل رةي الد والخي
Ya Allah, sesungguhnya saya memohon
daripadaMu keafiatan di dunia dan
Akhirat
Bagi kata jama’ (kami)
ا نسألك الل نيا في العافيية هم إين رةي الد والخي
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
daripadaMu keafiatan di dunia dan
Akhirat
52
39: Doa Rasulullah : Di Waktu Ditimpa Musibah
عت : ، قالت النبيي زوجي سلمة عن أم :يقول اللهي رسول سمي
يبة فيقول: )) يبه مصي صي ن عبدر ا يما مي ا إي للهيإين عون، ا وإين رني في ج للهم أ ليهي راجي
نها، إيل أجره ا مي ف لي خي يبتيي، وأخلي نها اللهمصي ا مي ، وأخلف له خي يبتيهي (( في مصي
Daripada Ummu Salamah , isteri Nabi berkata: Aku telah
mendengar Rasulullah bersabda:
“Tidak ada seorang hamba pun yang ditimpa sesuatu musibah,
kemudian dia berkata:
“Sesungguhnya kita ini adalah (milik) bagi Allah, dan
sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah!
Ganjarilah daku pada musibah yang menimpaku, dan
kurniakanlah bagiku dengan gantian yang lebih baik
daripadanya,”
Melainkan Allah akan memberikannya ganjaran pada
musibahnya itu dan mengurniakan baginya sesuatu yang lebih
baik sebagai ganti musibahnya itu.”
T:(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 920 & 921 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No.3119 dan lain-lain.
Ini adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Ummu
Salamah ketika kewafatan suaminya akibat daripada
kecederaan beliau di dalam Perang Uhud. Akhirnya, Ummu
Salamah diberi ganti oleh Allah dengan suami yang lebih
53
baik, iaitu beliau berkahwin dengan Rasulullah dan menjadi
salah seorang daripada Ummahat al-Mukminin.
54
40: Doa Rasulullah : Doa Memohon Keteguhan
Dalam Agama dan Kesungguhan di atas Petunjuk
ادي منا اللهي رسول كان ...: قال ، أوسر بني عن شد :قول ن أن يعل
هم )) ، في الثبات أسألك إين الل يمة وأسألك الأمري ي ، ع شدي شكر وأسألك الر
باديك، وحسن نيعمتيك، ا وأسألك عي ا ليسان ، وقلب ا صاديق يم ن بيك وأعوذ سلي ما ش مي
علم، ن ك وأسأل علم، ما خيي مي رك ا وأستغفيعلم مي م أنت إينك (( الغيوبي علا
Daripada Shaddad Ibn Aws , beliau berkata: ... Rasulullah
pernah mengajar kami untuk kami berkata (berdoa):
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu keteguhan
di dalam urusan (agama) ini, dan aku memohon daripadaMu
kesungguhan di atas petunjuk. Dan aku memohon daripadaMu
kesyukuran bagi nikmat-nikmatMu, dan kebaikan ibadah
kepadaMu. Dan aku memohon daripadaMu lisan yang benar
dan hati yang sejahtera (dari penyakit).
Dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang
Engkau ketahui, dan aku memohon daripadaMu kebaikan yang
Engkau ketahui. Dan aku memohon keampunanMu dari (dosa-
dosaku) yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau sahajalah
yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3407 [Lafaz di atas]; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1304; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 16665 & 27594 dan lain-lain.
55
41: Doa Rasulullah Yang Diajarkan kepada
Buraydah al-Aslami
ي بريدة عن : قال ، الأسلمي
:قل )) : اللهي قال لي رسول ي، وخذ ليضاك ضعفي هم إين ضعييف فقو في ري الل
، وإين الـي ني هم إين ضعييف فقو ي، الل ضائي سلام منتهى ري يتيي، واجعلي الي بيناصي
ي فارزقنيي، وإين فقي ني
(( ذلييل فأعي
Daripada Buraydah al-Aslami , beliau berkata:
“Rasulullah telah bersabda kepadaku: Katakanlah:
Ya Allah! Sesungguhnya aku ini seorang yang lemah, maka
perkuatkanlah kelemahanku ini di dalam keredaanMu, dan
ambillah (bawalah) daku ke arah kebaikan dengan ubun-
ubunku (tubuhku), dan jadikanlah Islam sebagai pengakhiran
(kemuncak) keredaanku.
Ya Allah! Sesungguhnya aku ini seorang yang lemah, maka
kuatkanlah daku, dan sesungguhnya aku ini seorang yang hina,
maka muliakanlah daku, dan sesungguhnya aku ini seorang
yang faqir, maka kurniakanlah rezeki kepadaku.”
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1864 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( يح حديث هذا ناد، ص س
جاه ولم ال ر ي ); (Ibn Abi Shaybah
(235H), 2004 - Musannaf Ibn Abi Shaybah), No. 29843; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 6585 dan lain-lain.
Di dalam riwayat yang lain seperti riwayat Ibn Hajar al-Asqalani di
dalam al-Matalib al-‘Aliyah bi zawa’id al-Masanid al-
Thamaniyah, terdapat tambahan bahawa Baginda menyebut
di awal hadith:
56
، من أراد ا اللهأل أعلمك كليمتر ، ثم ل ينسهن أبد اهن مه إيي ا، عل خي عال بيهي
“Tidakkan kamu mahu, aku ajarkan kamu beberapa kalimah:
Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, Dia
akan mengajarkannya (kalimah doa) ini, kemudian dia tidak
melupakannya (kalimah doa ini) selama-lamanya.”
57
42: Doa Yang Dianjurkan oleh Rasulullah di
antara Azan dan Iqamah
: اللهي رسول قال : قال ، ماليكر بني أنسي عن
قامةي )) عاء ل يرد بين الأذاني والي )) ، قالوا: فمذا نقول يا رسول اللهي؟ قال: ((الد
رةي نيا والخي (( سلوا الله العافيية في الد
Daripada Anas Ibn Malik , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Doa tidak ditolak di antara azan dan iqamah.
Mereka (para sahabat) berkata: Maka apakah yang patut kami
katakan (dalam doa kami), wahai Rasulullah?.
Baginda bersabda: Mintalah daripada Allah keafiatan di
dunia dan Akhirat.”
T: (al-Tirmidhi (279H) - al-Jami' al-Kabir (Sunan al-Tirmidhi)), No.212, 3594 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( حسن حديث هذا ) & 3595; (Abū Dāwud
(275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No.521; (Ahmad (241H) 1995- al-Musnad), No.11790, 12174, 12944 & 13256 dan lain-lain.
Doa di antara azan dan iqamah adalah mustajab dan dianjurkan
berdoa memohon keafiatan.
رةي نيا والخي هم إين أسألك العافيية في الد الل
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon dariMu keafiatan di
dunia dan Akhirat.”
58
43: Rasulullah Mengajarkan Doa Yang Terkandung Di Dalamnya Doa Memperbaiki Hubungan Sesama Muslimin Sepertimana Baginda Mengajar Tashahhud
، قال:اللهي عن عبدي
منا التش كان نبيي اللهي منا ما يعل ، ويعل ن القرآني ورة مي منا الس ، كم يعللاةي د في الص ه
د: منا التشه منا كم يعل يكن يعل هم ألف بين قلوبينا، وأصليح ذات بينينا، ا ))ل لل
نا ، ونج لامي نا سبل السش ما ظه واهدي ، وجنبنا الفواحي ن الظلمتي إيل النوري نها مي ر مي
ين ن، ا وما بط نا، واجعلنا شاكيري نا وأزواجي نا وأبصاري هم احفظنا في أسمعي لل
يم ا، فأت ين بيا عليك، قابيلي ين بي
(( ها علينالينيعمتيك، مثني
Daripada Abdullah (Ibn Mas’ud) , beliau berkata:
“Nabi telah mengajarkan kami tashahhud di dalam solat,
sepertimana Baginda mengajarkan kami surah dari al-Qur’an,
dan Baginda mengajarkan kami satu (doa) yang Baginda tidak
ajarkan kepada kami melainkan sepertimana Baginda
mengajarkan tashahhud, (doa tersebut berbunyi):
Ya Allah, lembutkanlah/ mesrakanlah hati-hati sesama kami
(orang-orang Islam), perbaikilah hubungan sesama kami, dan
tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan;
Dan selamatkanlah kami dari kegelapan-kegelapan kepada
cahaya; jauhkanlah kami daripada perkara-perkara keji, sama
ada yang zahir dan yang tersembunyi;
Ya Allah, peliharalah kami pada pendengaran kami, penglihatan
kami, dan isteri-isteri kami; jadikanlah kami orang-orang
59
mensyukuri nikmatMu, memujiMu dengannya, dan
menerimanya dengan baik, maka sempurnakanlah ia (nikmat-
nikmatMu) ke atas kami.”
T: (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 996 [Lafaz di atas]; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn); (al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār); (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ); (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr); (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H), 1409H - Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ) dan lain-lain.
60
44: Doa Meminta Perlindungan Daripada Empat
Keburukan
:قال النبيي عني ، هريرة أبي عن
ذوا)) عو ن بياللهي ، جهدي مي ، ودركي البلاءي قاءي ،الق وسوءي الش ةي ضاءي (( الأعداءي وشم
Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan daripada Nabi
bahawa Baginda bersabda:
“Berlindunglah dengan Allah daripada:
(i) Kepayahan bala’ (kepayahan hidup);
(ii) Mendapat kesengsaraan (di dunia dan Akhirat);
(iii) Qada’ yang buruk (ketentuan yang buruk di dunia,
Akhirat, jasad, harta, keluarga dan kematian)
(iv) Penghinaan dari musuh-musuh (mereka bergembira di
atas musibah yang menimba kami).”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 6347 & 6616 [Lafaz di atas] & (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No.2709 dan lain-lain.
Lafaz doa adalah seperti berikut:
ن جهدي الل ، هم إين أعوذ بيك مي ، ودركي البلاءي قاءي ، وسوءي الش ةي القضاءي الأعداءي وشم
61
45: Doa Rasulullah Di Dalam Solat atau Sujud
Agar Dikurniakan “Nur” dan Dijadikan “Nur”
، قال: ني ابني عباسر ع
لاةي ف ()رسول اللهي ثم خرج ... صل فجعل يقول في صلايهي أو في إيل الص
ا، وعن ))سجوديهي: ي نور ا، وفي بصي ي نور ا، وفي سمعي هم اجعل في قلبيي نور الل
تي ا، وت ي نور ا، وفوقي ي نور
ا، وخلفي ي نور ا، وأمامي ملي نور
ا، وعن شي ي نور يني ي يمي
ا، أو قال ا، واجعل لي نور ا)) :نور ي نور (( واجعلني
Daripada (ʿAbdullah) Ibn ʿAbbas , beliau berkata (tentang
kisah beliau tidur di rumah Saidatina Maymunah dan
melakukan qiyām al-layl bersama Rasulullah ) :
“ … Kemudian Baginda (Rasulullah ) keluar untuk
mengerjakan solat (Subuh) dan bersolat (sunat Subuh). Lalu
Baginda menyebut (doa) di dalam solat Baginda atau sujud
Baginda (dengan doa berikut):
(( Ya Allah, jadikanlah nur di hatiku, nur di pendengaranku,
nur di penglihatanku, nur di sebelah kananku, nur di sebelah
kiriku, nur di hadapanku, nur di belakangku, nur di atasku, nur
di bawahku; dan jadikanlah nur bagi diriku )), atau Baginda
menyebut: (( Dan jadinkanlah diriku nur.))”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 763 [Lafaz di atas] & 764; (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 6316; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan); (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad) dan lain-lain.
62
Berdasarkan hadith dan doa ini, tidak syak lagi bahawa Rasulullah
adalah “Nur” dengan makna yang sangat jelas. Menafikan nisbah
atau sifat “Nur” kepada Rasulullah adalah satu pendirian yang
bertentangan dengan hadith sahih di atas.
63
46: Memohon al-Muʿāfāh (Pemeliharaan yang
sempurna) di Dunia dan di Akhirat
: اللهي رسول قال : قال ، هريرة أبي عن
ن دعوةر )) ن ما مي ا العبد أفضل مي هم إين أسألك ال ا :يدعو بي نيا ـلل عافاة في الد
رةي (( والخي
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Tidak ada suatu doa pun yang lebih baik bagi seseorang hamba
itu untuk berdoa dengannya daripada:
هم إين أسألك ال ا رةي ـلل نيا والخي عافاة في الد
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu al-
Muʿāfāh (Pemeliharaan yang sempurna) di dunia dan di
Akhirat.”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No.3851 – Lafaz di atas: Sanadnya sahih; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā); (al-Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn) & (al-Khatib al-Baghdadi (463H), 2001 - Tarikh Baghdad).
Perbezaan di antara (العفو), (العافية) & (المعافاة) – tiga perkara yang
maknanya agak saling berdekatan dan diajar oleh Rasulullah
untuk kita berdoa memohonnya dari Allah .
al-ʿAfw العفو
(Kemaafan)
* Allah memberi kemaafan terhadap
sesuatu dosa dan tidak mengenakan
azab kerana dosa tersebut.
al-ʿAfiyah * Pemeliharaan Allah bagi seseorang العافية
64
(Keafiatan) dari segala keburukan seperti
penyakit, bala’ dan termasuk juga
dosa.
al-Muʿafah العافاة
(Pemeliharaan)
* Allah mengʿafiyatkan seseorang
daripada manusia dan mengʿafiyat
mereka daripadanya,
menjadikannya kaya/ tidak berhajat
kepada manusia dan sebaliknya, dan
mengalihkan kejahatan orang lain
daripadanya dan sebaliknya. (al-
Tadhkirah - al-Qurtubi)
* Pemeliharaan Allah bagi seseorang
daripada semua perkara yang
dibenci/ tidak disukai olehnya, yang
menyedihkannya dan yang
menyebabkan keburukan pada
agama, dunia dan akhiratnya.
65
47: Doa Memohon Perlindungan Dari
Keburukan/Kejahatan Dalam Kehidupan
رر بني عقبة عن :يقول اللهي رسول كان : قال ، عامي
ن بيك أعوذ إين هم لل ا )) ، يومي مي وءي ن الس ، ليلةي ومي وءي ن الس ، ساعةي ومي وءي ن الس ومي
بي ، صاحي وءي ن الس وءي جاري ومي (( قامةي ـال داري في الس
Daripada ʿUqbah Bin ʿAmir , beliau berkata: Rasulullah
pernah (berdoa dengan) bersabda:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada:
(i) hari yang buruk/jahat (dipenuhi dosa dan bala’); dan
(ii) daripada malam yang buruk/jahat (dipenuhi dosa dan
bala’), dan
(iii) daripada waktu yang buruk/jahat (dipenuhi dosa dan
bala’), dan
(iv) daripada orang/sahabat yang buruk/jahat, dan
(v) daripada jiran buruk di tempat tinggal yang berkekalan
(sebagai jiran).”
T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr), No. 14243 [Lafaz di atas]; (al-Tabarani (360H), - al-Du'a), No. 1338 dan lain-lain.
(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 11961 dan beliau berkata: ( ، رواه براني ثقات ورجاله الط .)
66
48: Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم Apabila Menghadapi
Perkara Yang Sukar/ Menyedihkan
، قال: عن أنسي بني ماليكر
يث يا حي يا قي )) : إيذا كربه أمر قال كان النبيي تيك أستغي ((وم بيرح
Daripada Anas Ibn Malik , beliau berkata:
“Apabila Baginda Nabi berhadapan dengan sesuatu perkara
yang sukar/ menyedihkan, Baginda akan menyebut:
تيك أستغييث يا حي يا قيوم بيرح
Wahai (Allah) Yang Maha Hidup, Wahai (Allah) Yang Maha
Berdiri/Wujud Dengan Sendiri Tanpa Berhajat Kepada Sesuatu
Yang Lain, Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3524 [Lafaz di atas] & (Ibn al-Sunni (364H), 2001 - 'Amal al-Yawm wa al-Laylah) No. 49 & 338.
67
49: Doa/Zikir Menghadapi Kesukaran
: اللهي رسول قال :قال ، عن علي
، )) يا مك أل علي جعلنيي بل،: قلت ((، قلتها؟ ورطةر في وقعت إيذا كليمتر أعل
ن كم فيداك، الله متنييهي قد خير مي اللهي بيسمي : فقل ورطةر في وقعت )) إيذا: قال .عل
ح ، ني الر يمي حي ة ول حول ول الر بياللهي إيل قو، العلي ف فين العظييمي ا الله يصي شاء ما بي
ن (( البلاءي أنواعي مي
Daripada Saidina ʿAli (sepupu, menantu dan sahabat
Rasulullah ), beliau berkata: Rasulullah bersabda (kepada
saya):
“Wahai Ali, tidakkah kamu mahu aku ajarkan kamu kalimah-
kalimah yang patut engkau sebutkan jika engkau berada di
dalam kesukaran?.
Aku berkata: Sudah tentu. Semoga Allah menjadikan saya
tebusan bagimu. Betapa banyak kebaikan yang telah Tuan
ajarkan kepada saya.
Baginda bersabda: Apabila engkau berada di dalam satu
kepayahan, maka ucapkanlah:
ح اللهي بيسمي ، ني الر يمي حي ة ول حول ول الر بياللهي إيل قو العظييمي العلي
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha
Pengasih. Dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan
dengan Allah, yang Maha Tinggi (KemuliaanNya) dan Maha
Agung.
68
Sesungguhnya Allah akan mengalihkan dengannya apa yang Dia
kehendaki dari jenis-jenis bala’ (daripada kamu).”
T: (Ibn al-Sunni (364H), 2001 - 'Amal al-Yawm wa al-Laylah), No. 337 [Lafaz di atas]: Daif – boleh diamalkan dalam bab fadilat amalan; (al-Tabarani (360H), - al-Du'a), No. 1847 & (al-Rafi'i (623H), 1987 - al-Tadwin fi Akhbar Qazwin), No. 191 & 276.
*Wartah (ورطة) adalah suatu kemusnahan/kesukaran yang payah untuk
selamat daripadanya.
69
50: Doa Apabila Ditimpa Kerisauan atau
Kesedihan
: اللهي رسول قال : قال ،اللهي عبدي عن
ا أصاب ما)) ، ل و هم قط أحد ن ك، وابن عبدك، إين هم الل : فقال ح وابن عبدي
يتيي أمتيك، ك، ناصي ماضر بييدي عدل حكمك، في
هو اسمر بيكل أسألك قضاؤك، في
يت لك مته أو نفسك، بيهي سم ا عل ن أحد لته أو خلقيك، مي استأثرت أو كيتابيك، في أن
لمي في بيهي ندك، الغيبي عي عل أن عي ي، ونور قلبيي، ربييع القرآن ت لاء صدري ، وجي ني ح
ه الله أذهب إيل هي، وذهاب نه، ه ا مكانه وأبدله وح يل : قال ،(( فرج يا: فقي
مها؟ أل ،اللهي رسول عها لين ينبغيي بل، )): فقال نتعل مها أن سمي (( يتعل
Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Tidak ada seorang pun yang ditimpa suatu kerisauan atau
kesedihan, kemudian dia berkata:
ك، وابن عبدك، إين هم لل ا يتيي أمتيك، وابن عبدي ك، ناصي ماضر بييدي عدل حكمك، في
يت لك هو اسمر بيكل أسألك قضاؤك، في مته أو نفسك، بيهي سم ا عل ن أحد مي
ك، لته أو خلقي لمي في بيهي استأثرت أو كيتابيك، في أن ندك، الغيبي عي عل أن عي القرآن ت
ي، ونور قلبيي، ربييع لاء صدري ، وجي ني ي وذهاب ح ه
Ya Allah, sesungguhnya aku ini adalah hambaMu, dan anak
hamba lelaki bagiMu, dan anak hamba perempuan bagiMu,
ubun-ubunku (diriku) ini di dalam kekuasaanMu, hukumMu
padaku pasti terlaksana, segala qada’Mu padaku semuanya
adil.
70
Aku memohon daripadaMu dengan setiap nama bagiMu yang
Engkau namakan dengannya diriMu, atau yang telah Engkau
ajarkan kepada mana-mana makhluk ciptaanMu, atau yang
telah Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau yang Engkau
simpankannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu, agar Engkau
menjadikan al-Qur’an sebagai kegembiraan hatiku, cahaya
dadaku, hilangnya kesedihanku dan perginya kerisauanku
melainkan Allah akan menghilangkan kerisauan dan
kesedihannya, dan Dia akan menggantikannya dengan jalan
keluar (dari kerisauan dan kesedihan tersebut).
Beliau berkata: Maka Baginda ditanya: Wahai Rasulullah,
adakah kami patut mempelajarinya (doa ini)?. Maka Baginda
bersabda: Sudah tentu; adalah amat patut bagi sesiapa sahaja
yang mendengarnya untuk mempelajarinya.”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 3704 [Lafaz di atas] & 4306; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 972; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1809 dan beliau berkata: ( هذا
يح حديث ط عل ص ل ش ن مس سال من سل ا ر
د ا ن عب ، عب د ب ن الرح نه أبيه عن الل
تلف فا اعه ف مخ عن س
,(al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār) ;(أبيه
No. 1994 dan lain-lain.
71
PENUTUP
Segala puji bagi Allah di atas limpah kurnia dan tawfiqNya kepada
penulis untuk menghimpunkan lima puluh (50) hadith berkenaan
doa-doa Rasulullah serta adab-adab dan kelebihannya di dalam
buku yang kecil ini. Kesempurnaan penulisan ini adalah semata-
mata dengan tawfiq dan kurniaan Allah . Ia adalah satu usaha
yang kecil serta serba kekurangan daripada penulis untuk
berkhidmat kepada Sunnah KekasihNya dan berusaha untuk
memanfaatkan umat Islam dengannya. Semoga Allah
menjadikannya satu amalan yang ikhlas untukNya dan diterima
dalam neraca amalan penulis.
Semoga Allah mengampunkan kesalahan dan kekurangan yang
berlaku di dalam usaha penulis untuk menyiapkan koleksi ini.
Penulis mengakhiri kata-kata penulis di dalam kitab ini dengan
ucapan Nabi Shu’ayb yang dirakamkankan dalam al-Qur’an,
iaitu (Hud 11:88):
“Aku hanyalah bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku;
dan tiadalah aku akan beroleh taufik melainkan dengan
pertolongan Allah. Kepada-Nya aku berserah diri dan kepada-
Nyalah aku kembali.”
72
Pokok Sena, Pulau Pinang.
1 Jun 2019, 4.00 pagi - malam 27 Ramadan 1440H,
Penuntut Ilmu & al-Faqir ila Allah al-Ghani al-Hamid
Abdullaah Bin Jalil
ين.هي ي د الي و لي و ه ل الله ر ف غ . آمي
دي نا ممي وعل آليهي وصحبيهي وبارك ني وصل الله عل سيدي النبيي الأم
وسلم
والـمد يللهي رب العالـيين
73
BIBLIOGRAFI
'Abd al-Ghani al-Maqdisi (600H). (1996). al-Targhib fi al-Du'a wa al-Hathth 'alayh. al-Mamlakah al-'Arabiyyah al-Sa'udiyyah: al-'Asimah.
Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H). Musnad Abū Dāwūd al-Ṭayālisī. Misr: Dar Hijr li al-Nashr wa al-Tawzi'.
Abū Dāwud, Sulaymān al-Sijistānī (275H). (2010). Sunan Abī Dāwud. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). Akhbar Asbahan. Dilhi: al-Dar al-'Ilmiyyah.
Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). Ma'rifat al-Sahabah. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). Sifat al-Nifaq wa Na't al-Munafiqin. Bayrut: al-Basha'ir al-Islamiyyah.
Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H). (1409H). Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ (Vol. 10). Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Abu Tahir al-Silafi (576H). Kitab al-Du'a.
Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H). (1992). Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī. Dimashq - Bayrūt: al-Thaqāfah al-ʿArabiyyah.
Aḥmad, Ibn Ḥanbal (241H). (1995). al-Musnad. ʿAmmān: Muʿassasat al-Risālah.
al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn (458H). Dala'il al-Nubuwwah. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn (458H). (1986). al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir. al-Kuwayt: Markaz al-Makhtutat wa al-Turath.
al-Bayhaqī, Abu Bakr Aḥmad Ibn al-Ḥusayn (458H). Shuʿab al-Imān. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Bayhaqī, Abu Bakr Aḥmad Ibn al-Ḥusayn (458H). (2000). al-Sunan al-Kubrā. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
74
al-Bazzār, Abū Bakr (292H). (1997). al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār. al-Madīnah al-Munawwarah: Maktabat al-ʿUlūm wa al-Ḥikam.
al-Bukhari, Muhammad Isma'il (256H). (1989). al-Adab al-Mufrad. Bayrut: Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah.
al-Bukhārī, Muḥammad Ismāʿīl (256H). (1999). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. al-Riyāḍ: Dar al-Salām.
al-Būṣīrī (840H). (1998). Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah. al-Riyad: al-Rushd.
al-Dārimī, ʿAbdullāh ʿAbdurraḥmān (255H). (2000). Sunan al-Dārimī. al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-Saʿūdiyyah: Dār al-Mughnī li al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H). al-Aḥādīth al-Mukhtārah. al-Sa'udiyyah: 'Abd al-Malik Dahish.
al-Ḥakim, Ibn al-Bayyiʿ al-Naysabūrī (405H). (1990). al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Haythami, Nur al-Din (807H). al-Maqsid al-'Ali fi Zawa'id Abi Ya'la al-Mawsili.
al-Haythamī, Nūr al-Dīn (807H). (1994). Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid. al-Qahirah: Maktabat al-Qudsi.
al-Khatib al-Baghdadi, Ahmad 'Ali (463H). (2001). Tarikh Baghdad. Bayrut: al-Gharb al-Islami.
al-Mizzi, Yusuf (742H). (2002). Tahdhib al-Kamal. Bayrut: Mu'assasat al-Risalah.
al-Nasāʿī, Aḥmad Shuʿayb (303H). (1986). al-Sunan al-Kubrā. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Nasāʿī, Aḥmad Shuʿayb (303H). (1986). al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan. Ḥalab: Maktab al-Matbūʿāt al-Islāmiyyah.
al-Qushayri (465H). (2003). al-Risalah al-Qushayriyyah. Misr: Dar al-Salam.
75
al-Rafi'i, 'Abd al-Karim (623H). (1987). al-Tadwin fi Akhbar Qazwin. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Shajari, Yahya al-Husayn (499H). (2001). al-Amali al-Khamisiyyah. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Shihāb al-Quḍāʿī (454H). (1986). Musnad al-Shihāb. Bayrut: al-Risalah.
al-Tabarani, Sulayman Ahmad (360H). al-Du'a. Bayrut: Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah / Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Tabarani, Sulayman Ahmad (360H). al-Mu'jam al-Saghir. al-Mawsil: Maktabat al-'Ulum wa al-Hikam.
al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). al-Muʿjam al-Awṣaṭ. al-Mawsil: Maktabat al-'Ulum wa al-Hikam.
al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). al-Muʿjam al-Kabīr. al-Mawṣil: Maktabat al-ʿUlūm wa al-Ḥikam.
al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). Musnad al-Shāmiyyīn. Bayrūt: Muʿassasat al-Risālah.
al-Tirmidhī, Muḥammad ʿIsā (279H). al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī). al-Riyāḍ: Maktabat al-Maʿārif li al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Ibn Abi al-Dunya (281H). al-Tahajjud wa Qiyam al-Layl. al-Qahirah: Maktabat al-Qur'an.
Ibn Abī al-Dunyā (281H). al-Hilm (1 ed.). al-Qahirah: Maktabat al-Qur'an.
Ibn Abī al-Dunyā (281H). Islāḥ al-Māl. Miṣr: Muʿassasat al-Kutub al-Thaqāfiyyah / Dār al-Wafā.
Ibn Abi Shaybah (235H). (2004). Musannaf Ibn Abi Shaybah. al-Riyad: al-Rushd.
Ibn al-Athir, Ali Muhammad (630H). (1989). Usd al-Ghabah fi Ma'rifat al-Sahabah. Bayrut: Dar al-Fikr.
Ibn al-Muqri', Abu Bakr (381H). Mu'jam Ibn al-Muqri'. al-Madinah al-Munawwarah: Maktabat al-Rushd.
76
Ibn al-Sam'ani (562H). (1996). al-Muntakhab min Mu'jam Shuyukh Ibn al-Sam'ani. al-Riyad: Dar 'Alam al-Kutub.
Ibn al-Sunni (364H). (2001). 'Amal al-Yawm wa al-Laylah. Bayrut: Dar Ibn Hazm.
Ibn ʿAsākir, Ali Hasan (571H). (1998). Tārīkh Dimashq. Bayrut: Dar al-Fikr.
Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Aḥmad ʿAlī (852H). (1996). Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min Atraf al-'Asharah. al-Madinah al-Munawwarah: Majma' al-Malik Fahd wa Markaz Khidmat al-Sunnah wa al-Sirah al-Nabawiyyah.
Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Aḥmad ʿAlī (852H). (1998). al-Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-Thamāniyah. al-ʿĀṣimah al-Ghayth: al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-Saʿūdiyyah.
Ibn Ḥibbān, Muḥammad (354H). (1993). Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān. Bayrūt: Muʿassasat al-Risālah.
Ibn Mājah, Muḥammad Yazīd Qazwīnī (273H). (2010). Sunan Ibn Mājah: Dār Ihyāʿ al-Kutub al-ʿArabiyyah.
Muslim, Ibn al-Ḥajjāj (261H). (2006). al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim. al-Riyāḍ: Dār Ṭaybah.
Zayd Ibn 'Ali (122H). Musnad Zayd (Ibn 'Ali Ibn al-Husayn). Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Top Related