DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
1
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
BESERI PERLIS
5S MANUAL
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
2
Pengenalan Amalan 5S
Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih
teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos.
Justeru, "5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti” dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah
kecemerlangan organisasi.
Apakah Amalan 5S?
Secara keseluruhannya, implementasi 5S di tempat kerja akan mewujudkan satu persekitaran tempat kerja yang sistematik, lebih teratur dan kemas.
Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kita lebih efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Sebagai contoh, melalui
aplikasi teknik seperti S3 iaitu SAPU, akan menjadikan lantai dan tempat kerja sesebuah organisasi bersih, malah penyelenggaraan juga dititikberatkan. Ini akan memastikan mesin, alatan menjadi bersih dan yang
paling penting boleh berfungsi serta tahan lama.
Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai
rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan 5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini
memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.
Penambahbaikkan berterusan di dalam perlaksanaan 5S
Objektif bahagian ini adalah untuk lebih mengetahui tentang
penambahbaikkan yang bersesuaian dilaksanakan di tempat kerja. Ianya juga bertujuan supaya pekerja lebih memahami bahawa penambahbaikkan
tersebut tidak terhad untuk seseorang individu atau untuk sesetengah perkara. Ianya mungkin melibatkan proses yang amat mudah atau
memerlukan analisa sesuatu perkara sebelum penambahbaikkan boleh dibuat.
Amalan ini merupakan satu aktiviti ke arah penambahbaikkan di tempat
kerja. Apa jua penambahbaikkan yang baik boleh dilakukan tidak kira menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor,
pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikkan yang melibatkan kajian data, aspek kejuruteraan dan analisa yang mendalam.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
3
Pendekatan penambahbaikkan di dalam Amalan 5S
Setakat ini, kita masih lagi diperingkat falsafah dalam memahami
pendekatan yang digunakan di dalam Amalan 5S. Pendekatan yang biasanya digunakan untuk penambahbaik di tempat kerja adalah dengan
menggunakan pendekatan secara KAIZEN dan pendekatan Inovasi. (Mempelajari kedua-dua kaedah ini akan dapat memberikan penjelasan kaedah mana yang sesuai diguna pakai bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikkan di kalangan pekerja)
Perbezaan Konsep KAIZEN & Inovasi Setelah kita mempelajari konsep Kaizen & Inovasi, mari kita lihat perbezaan bagi kedua-dua pendekatan penambahbaikkan ini. Perlu diingatkan bahawa
pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaian
dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan yang dapat dilihat :
Fokus: Kesan Berdasarkan Fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyai
fokus yang lebih jangka panjang. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri adalah secara perlahan dan memakan masa. Manakala aspek Inovasi pula kesannya adalah lebih pendek. Inovasi biasanya memerlukan masa yang
singkat sahaja untuk dilakukan penambahbaikkan.
Fokus: Jangka masa
Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan. Ianya lebih memerlukan idea dan usaha dari semua orang untuk melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan
yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya
berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan modal.
Fokus: Perubahan Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal dan boleh diguna pakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun
perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat mempastikan sesuatu penambahbaikkan itu boleh digunakan oleh beberapa generasi di
dalam sesebuah organisasi. Perubahan bagi Inovasi adalah cepat. Apabila modal itu cukup, ianya mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan
pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi yang sedia ada.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
4
Fokus: Pendekatan
Bagi fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung kepada usaha kumpulan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing
mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada
individu dan seseorang itu perlu lebih berusaha mengenengahkan ideanya untuk di terima pakai.
FOKUS KAIZEN INOVASI
Jangkamasa Jangkamasa panjang
Jangkamasa pendek
PERUBAHAN BERTERUSAN &
MENINGKAT
BERPERINGKAT
PENDEKATAN PERLAHAN & KEKAL CEPAT DAN MUDAH LUPUT
KESAN USAHA KUMPULAN IDEAS DAN USAHA INDIVIDU
Kesimpulannya…
Secara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pada bahagian ini,
banyak ditekankan kefahaman mengenai aspek penambahbaikkan yang
boleh dilakukan oleh organisasi. Antara aktiviti seperti 5S, Kaizen dan
Inovasi merupakan kaedah yang banyak diguna pakai oleh organisasi bagi
menambahbaik tempat kerja dan menguruskan tempat kerja agar lebih
efisien. Ianya sedikit sebanyak akan membantu kita untuk terus
melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan budaya yang
berkualiti di tempat kerja.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
5
Aplikasi dan Teknik 5S
Objektif Objektif bahagian ini adalah untuk lebih mendalami dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan 5S. Kemudian, kita akan mengetahui
bagaimanakah mengadaptasikan kelima-lima S tersebut untuk merencanakan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi.
Pada peringkat ini kita akan meneruskan subjek dengan melihat teknik dan aplikasi di dalam 5S. Setiap teknik-teknik 5S terdapat juga beberapa
panduan yang digunapakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja, melakukan aktiviti pelupusan, menyusun barang-barang serta rekod-rekod,
membentuk pasukan kerja yang baik. Pada peringkat S yang terakhir, kita akan melihat bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan menjadi budaya yang cemerlang.
KITARAN AMALAN 5S
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
6
Teknik 5S
Teknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik, teratur dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem lebih
efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Untuk makluman, terdapat organisasi yang menggunakan teknik 5S dan ada yang
menggunakan 6S, 7S dan sebagainya. Ianya terpulang kepada organisasi itu untuk menggunakan sebanyak mana S yang dikehendaki dengan menambah
teknik-teknik yang sesuai seperti SAFETY. Teknik 5S ini merupakan teknik yang asas yang menjurus kepada perlaksanaan aktiviti harian di tempat
kerja.
Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai
rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan 5S tanpa ada ada seorang pun akan tertinggal. Amalan
ini memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya. 5S itu sendiri bermakna Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU),
Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang
bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.
SEIRI - SISIH
1. Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidak diperlukan, perlu dibuang oleh pekerja yang bertanggungjawab dan di tempat yang
disediakan. Apabila kita membuat SISIH barang yang tidak diperlukan akan dapat
dikenal pasti, dan ianya akan menyebabkan ruang penyimpanan akan lebih luas.
2. Secara tidak langsung kawalan stok dan produk yang cekap diperolehi.
Selain itu, masa pencarian juga akan lebih pantas kerana tiada lagi keadaan yang tidak teratur kelihatan.
Setelah kita memperolehi keadaan yang kemas dan teratur, pekerja lebih
berasa seronok dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas hariannya. Kita juga mudah mengesan tempat,alat, bahan yang rosak lebih awal jika berlaku
demikian.
3. Bagaimana melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja? Dipaparkan di
bawah adalah 3 cara melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja. Aktiviti Sisih ini akan mengenalpasti dan membuang barang yang tidak diperlukan,
sebagai contoh seperti di bawah;
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
7
1
Item yang tiada nilai dan senang buang Buang dengan segera
2
Item ada nilai dan boleh dijual Cari pembeli yang menawarkan harga tinggi
3
Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi
Cari cara merendahkan kos dan selamat
KAEDAH SISIH
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
8
TAG BARANGAN UNTUK SISIH
Bahan tidak
diperlukan dan senang dibuang
Bahan ada nilai untuk dijual
Bahan tiada nilai tapi
kos tinggi untuk dihapuskan
Buang dengan segera
Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan
segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan
atau pengesahan dari organisasi. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat
kerja). Item seperti ini termasuk kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang
"reject" dan sebagainya.
Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan
segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan
atau pengesahan dari organisasi. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat
kerja). Item seperti ini termasuk kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang
"reject" dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
9
SEITON - SUSUN
1. Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan
disimpan semula ditempatnya. Seiton memerlukan penyusunan fail dan barang-barang mengikut sistem yang bersesuaian. Penyusunan yang
mengikut kod, sistem nombor,jilid dan pelbagai sistem akan dapat mewujudkan proses kerja yang lebih pantas.
2. Dalam aktiviti ini, apa yang lebih utama adalah apabila mengambil
sesuatu barang atau rekod, kita harus memastikan bahawa terdapat sistem yang akan mengesan pekerja yang mengambil barang tersebut. Kita boleh
mengesan fail dan barang yang tiada dalam simpanan. Sistem juga membolehkan pekerja tersebut mengambil dan menyimpan barang di tempat
yang asal. Untuk menguji sistem penyimpanan yang efektif kita akan menguji dengan satu kaedah yang dipanggil "Ujian 30 saat".
Apakah Ujian 30 saat?
Ujian ini bermaksud, ujian mengambil fail akan dibuat berdasarkan sistem sedia ada
yang digunapakai oleh organisasi itu dan bukannya sistem orang lain mahupun di
bahagian lain. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk mengambil fail, organisasi akan
menggunakan Senarai Utama (Master List) yang sedia ada dan akan merujuk kepada
rekod, dan fail akan diambil. Ujian akan dibuat untuk melihat masa yang diperuntukkan
untuk mengambil sesuatu rekod yang diperlukan. Ianya perlu diperolehi dalam masa 30 saat sahaja.)
3. Terdapat 3 panduan yang boleh diterangkan untuk menjalankan aktiviti
SUSUN. Penyusunan meliputi barang-barang yang diperlukan samada secara
kerap atau sebaliknya
Seterusnya adalah bagi barang-barang yang selalu digunakan, adalah disarankan penyusunan tersebut dilakukan berdekatan dengan pekerja. Ini
juga akan mengelakkan pembaziran dari segi masa mengambil sesuatu barang. Bagi penyusunan barang yang kadang kala digunakan, ianya boleh
ditempatkan agak jauh sedikit.
4. Seseorang pekerja perlu melihat kekerapan penggunaan barang tersebut
dalam urusan kerja hariannya. Kemungkinan kekerapan barang tersebut
digunakan seminggu sekali, sebulan sekali. Itu juga memungkinkan bagi sesetengah organisasi bagi menyediakan Mini Stor bagi penyimpanan barang
supaya dapat menjimatkan masa
Sesetengah barang yang masih mempunyai tarikh luput atau tarikh matang penyimpanan seperti fail perlu disimpan bagi tempoh tertentu. Oleh itu, untuk cara yang ketiga adalah disarankan penyimpanannya memerlukan
pengenalan yang jelas jika mahu disimpan di stor.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
10
LABEL UNTUK FAIL/BAHAN/ALAT
BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA
1
ITEM KEGUNAAN HARIAN
(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)
2
ITEM JARANG DIGUNAKAN
(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)
3
ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN
(6 BULAN KEATAS)
KAEDAH SUSUN
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
11
SEISO - SAPU
1. Membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk dan
kekotoran di lantai, mesin dan peralatan. Aspek kebersihan antara perkara yang seringkali dipandang mudah dan terlalu bergantung kepada pekerja
kontrak. Sebagai pekerja, setiap individu bertanggungjawab menjaga kebersihan di dalam premis mereka bekerja. Di dalam amalan 5S, konsep
‘ownership’ dan "Person-in-charge" (PIC) seringkali digunakan untuk aktiviti SAPU.
Apakah konsep ownership atau PIC?
Ianya merupakan konsep yang digunakan yang mana setiap pekerja mempunyai
tanggungjawab secara giliran untuk menjaga tempat atau barang milik organisasi.
Konsep ini biasanya ditandakan dengan gambar, label, gambar perorangan atau unit
yang dipertanggungjawabkan itu.
2. Pemantauan oleh pekerja sendiri akan menjadikan kos kerosakan
peralatan lebih rendah dan tiada proses kerja yang berulang. Ini akan memberikan impak dari segi kebersihan dan rasa keempunyaan terhadap
barang milik organisasi. Sikap prihatin yang tinggi akan dapat diwujudkan dan dalam suasana yang demikian, pekerja akan mudah menjanakan idea
yang kreatif dan akan lebih ceria.
3. Bagaimana melaksanakan aktiviti SAPU?
Selain daripada tempat, peralatan di tempat kerja dan kawasan persekitaran
juga perlu dilihat. Aktiviti ini boleh dilakukan samada setiap jam, setiap hari, sekali seminggu, sekali sebulan atau mengikut piawaian peraturan untuk
dipatuhi.
Kita boleh menyarankan bahawa sebelum atau setelah melaksanakan tugas, organisasi boleh menetapkan 5-10 minit untuk melakukan Amalan 5S. Ianya
baik untuk mewujudkan satu amalan yang mementingkan kebersihan dalam melaksanakan tugas harian.
SEIKETSU - SERAGAM
1. Ianya bermaksud sentiasa memelihara kebersihan dan penyusunan
sepanjang masa dengan mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso secara berterusan dan berkesan.
Secara ringkasnya bolehlah disimpulkan bahawa untuk mewujudkan
keseragaman dalam amalan 5S sesebuah organisasi, biasanya pelbagai kaedah dilakukan seperti mengadakan panduan dan peraturan untuk
dipatuhi.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
12
2. Sebagai contoh, ada sesetengah organisasi telah menetapkan
keseragaman dari segi sistem fail, amalan penyimpanan yang standard serta jumlah barang yang perlu ada untuk diletakkan di atas meja bagi memastikan kekemasannya.
Peraturan dan garis panduan ini akan membolehkan kos penyelenggaraan
yang lebih rendah. Ini juga akan membantu dari segi kecekapan proses kerana jika terdapat pekerja yang mungkin tidak biasa dengan tugas yang
dilakukan, mereka mudah mencari rujukan tanpa menunggu masa yang lama.
3. Bagaimana melaksanakan SERAGAM?
Panduan dan peraturan perlu bagi menjamin kualiti dan piawai yang telah
ditentukan. Aktiviti SERAGAM ini boleh dibuat dengan adanya ”Standard Operating Procedure" (SOP) dan Arahan Kerja. Melalui cara ini, kefahaman terhadap tugas akan meningkat dan kesilapan akan berkurangan kerana
ianya dijelaskan satu persatu.
Gambar
Gambar atau contoh fizikal (dilihat) juga boleh digunakan. Melalui simbol seperti gambar
yang bersesuaian boleh memudahkan pencarian sesuatu tempat tersebut. Sistem visual
juga perlu jelas dan terang sebagai salah satu cara berkomunikasi antara organisasi
dengan pelanggannya.
CartaAlir
Carta Alir adalah satu kaedah bagi menunjukkan bermulanya proses atau perkhidmatan
sesuatu perkara. Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan sesuatu tugas. Ianya lebih ringkas
dengan penggunaan simbol-simbol yang tertentu dan arahan-arahan yang ringkas.
Carta Alir ini juga berguna untuk pekerja yang baru serta bagi memudahkan pelanggan
memahami proses yang perlu mereka lalui.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
13
KE ARAH KESERAGAMAN AMALAN 5S
Nota:-
Berikut adalah satu senarai contoh/panduan bagi mencapai keseragaman Amalan 5S. Anda boleh
membuat penambaikkan kepada kriteria- kriteria berikut jika perlu dalam mempertingkatkan taraf
keseragaman dari masa ke semasa.
BIL PENYERAGAMAN CARA / CONTOH
1.
*FAIL KETUA KUMPULAN
Semua ketua-ketua kumpulan mesti menyimpan
dokumen-dokumen berikut:-
1. 5S Polisi
2. 5S Objektif
3. 5S Matlamat
4. Carta Organisasi kumpulan
5. Minit Mesyuarat kumpulan – mingguan /
bulanan dan tindakkan susulan.
6. Pelan tindakkan aktiviti
7. Pelan Lantai / Zone
8. Gambar-gambar aktiviti Kaizen
SEBELUM dan SELEPAS ( Contoh :
dikepilkan
9. Keputusan Audit & Audit Schedule
10. Memorandum / Maklumat Terkini dari 5S
Ko-ordinator
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
14
11. Kriteria Audit
* Adakan Indeks.
* Adakan Seperator bagi setiap subjek /
reference.
* Clear Folder bagi aktiviti kumpulan serta
masalah sebelum dan faedah selepas aktiviti
5S dijalankan. (Berikan data-data kualitatif
atau kuantitif)
2.
SISTEM SUSUNAN FAIL DI RAK
1. Susunan fail hendaklah dari KIRI ke
KANAN (1,2,3,….A,B,C,….dan
seterusnya).
2. “FONT” yang digunakan pada Rak hendak lah
jelas kelihatan dari jauh.
3. ARAS 1 bermula dari tingkat bawah/ aras
(ikut kesesuaian yang ditetapkan oleh ko-
ordinator
4. Adakan SEPERATOR didalam Fail
5. Indeks di dalam Fail
6. Master Indeks & Colour Coding di tepi
Rak
7. Tag pengguna
8. Peraturan pengguna dalam kumpulan
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
15
9. Susun mengikut Colour Coding atau
Teknik Susun yang sesuai
10. Ownership
3. SUSUNAN BARANG-BARANG DI
ATAS RAK
1. Susun “Tagging” hendakah dari KIRI ke
KANAN (1,2,3,……dan seterusnya)
2. Tagging ARAS 1 bermula dari tingkat
bawah / atas (ikut kesesuaian yang
ditetapkan oleh ko-ordinator)
3. INDEKS barangan di setiap tepi Rak
4. Adakan penanda MINIMA dan
MAKSIMA (jika berkaitan)
5. TARIKH LUPUT bagi ubat-ubatan
6. Penanda FIFO / FEFO / EXPIRY DATE /
STOK LOW / NIL IN STOK /
REMINDER PLS REFILL (lengkap
dengan tarikh jika perlu)
7. Adakan label susunan bagi setiap Bin Kad
8. Bin / Stok card hendaklah letak ditempat
yang disediakan dan rekod-rekodnya
hendaklah dikemaskini.
9. Adakan SIGNAGE kenalan untuk semua rak
10. Adakan PELAN LOKASI & MASTER
INDEKS DI PINTU SEBELUM MASUK
4.
WIRING MANAGEMENT
1. Dilarang meletak CABLE,EXTENSION
PLUG dan WAYAR di atas Lantai.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
16
2. Wayar di ikat dengan Cable tie / dibalut
3. Kepala plug di tanda dengan colour coding
sticker dan juga pada barangan elektrik yang
berkenaan.
5.
SUIS LAMPU / KIPAS / KEPALA
PLUG
1. Semua suis / barangan elektrik hendaklah
menggunakan sistem Colour Coding sticker.
6. KESELAMATAN 1. Adakan tanda AMARAN / AWAS ditempat
kawasan berisiko.
2. Signage “PEMADAM API” hendaklah jelas
kelihatan dari jauh. Pastikan tiada barang-
barang melindungi Alat Pemadam Api.
TARIKH DUE DATE for NEXT SERVICE
hendaklah dipamerkan pada Alat tersebut.
3. Adakan Had ketinggian bagi barang yang
disusun mengikut “Stacking”
4. Cara stacking hendaklah ada ciri-ciri
Keselamatan
7.
PERALATAN
1. Adalan Pemilik (Ownership)
2. Adakan jadual penyelagaraan (Jika
berkaitan)
3. Adakan Jadual Pembersihan (Cleaning
Roster)
4. Adakan Nombor Peralatan jika bilangan
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
17
peralatan yang sama lebih dari satu unit di
dalam kawasan zon yang sama.
5. Cara-cara menggunakan atau pameran
(SOP/WI/User Gude) jika perlu.
8.
SETIAP ZONE
1. Semua suis lampu / kipas menggunakan
label colour coding
2. Setiap zone hendaklah meletak gambar –
gambar pemilik zone.
3. Syarat-syarat pengguna hendaklah di
pamerkan (jika berkenan)
4. Pelan Lantai / Peta Bilik hendaklah
dipamerkan seelok-eloknya di pintu masuk.
9.
*SUDUT 5S
INFORMASI YANG HENDAK DIPAMERKAN
1. Objektif 5S, Polisi 5S, dan matlamat yang
ditandatangani serta bertarikh
2. Peta zon / Pelan Lantai serta Ownership
3. Gambar- gambar ahli dan carta organisasi
4. GANTT chart – aktiviti kumpulan
5. Gambar aktiviti 5S SEBELUM dan
SELEPAS dengan maklumat ringkas seperti
Masalah (Sebelum) dan kebaikan
(Selepas) serta nama & tarikh
6. Audit Schedule dan keputusan Audit (Bar
Chart)
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
18
7. Bulletin
8. Maklumat Terkini dari 5S Co-ordinator
9. Roster pembersihan
• Adakan column dan tajuk bagi setiap
perkara.
10.
PAPAN KENYATAAN
1. Semua surat pekeliling TIDAK dibenarkan
ditampal atas dinding. Sediakan pelapik atau
tempat khas.
2. Adakan TARIKH LUPUT bagi setiap surat
pekeliling.
11.
PETAK LETAK KASUT
1. Adakan petak tempat kasut dipintu masuk ke
kawasan larangan berkasut.
12. LINING (Line kuning) Parking Lot
Barangan
KAWASAN PEJABAT
1. Lining kuning hanya dibenarkan pada
barangan “movable” atau Lot WIP
KAWASAN STOR
1. Perlu menyediakan “Parking Lot” bagi
mesin-mesin / perkakas seperti Fork Lift,
Lifter, Tangga dll.
13.
PERALATAN KEBERSIHAN
1. Adakan tempat yang sesuai untuk
menyimpan alat-alat peralatan seperti
penyapu, mop dan berus. Alat-alat tersebut
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
19
hendaklah digantung.
14.
SIGNAGE untuk pelawat / kawasan
/ menunggu / dan persekitaran
bangunan bermula dari pintu
masuk pondok keselamatan
1. Arah Tunjuk – seperti, Tandas, Surau, Had Laju
2. Peraturan dan Tempat Larangan
3. Waktu / Pegawai Bertugas
4. Tempat Bertanya
5. Pelan Lantai
6. Papan kenyataan / Information Board
7. Tempat Letak Kereta Pelawat / Kakitangan
SERAGAM
Adakan SOP
Pamerkan Tarikh pemeriksaan dan tarikh Lupus
Adakan senarai borang
Labelkan nombor untuk setiap borang
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
20
Buatkan penanda maksimum
dan minimum
Buatkan ayat peringatan
Labelkan setiap suis mengikut
kod warna yang ditetapkan
Pamerkan simbol kebersihan
Buatkan parking untuk peralatan
Skop dan penyapu hendaklah
digantung
Buatkan parking untuk alat
tulis
Buatkan tag nama untuk setiap
Labelkan setiap alat
warnakan label setiap white board marker
labelkan laci ‘ALATULIS’
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
21
alatan tulis
Tag nombor untuk file berpandukan warna mengikut
kekerapan penggunaannya
Kotak perlu dilabelkan
Notis larangan untuk semua tempat seperti makmal
komputer, pusat sumber,bilik cetak,bilik kuliah dan lain-lain
lagi
Lekatkan nama pemilik untuk semua bilik kuliah
Labelkan setiap cop
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
22
Buatkan senarai cop
KOD WARNA UNTUK SUIS LAMPU
KOD WARNA UNTUK SUIS
PELBAGAI
Lekatkan tag pemilik dan SOP
Nomborkan setiap PC untuk memudahkan kerja-kerja
pembaikan
Buatkan master indek untuk
semua rak
Labelkan aras (aras 1 bermula
dari bawah)
SUIS LAMPU KANAN
SUIS LAMPU TENGAH
SUIS LAMPU KIRI
SUIS KIPAS
SUIS PENYAMAN UDARA
SUIS BLOWER
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
23
Lekatkan tag nombor untuk buku
dan nota-nota
Buatkan senarai buku dan
ditampalkan di tepi kabinet untuk memudahkan masa pencarian
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
24
NOTIS-NOTIS MAKLUMAN
KEPADA SEMUA PENGGUNA YANG
DIHORMATI, MESIN
PHOTOSTAT/KOMPUTER/PRINTER
INI MENGALAMI KEROSAKAN. PIHAK
PENTADBIRAN SEDANG DALAM
USAHA MEMBAIK PULIH KEROSAKAN
TERSEBUT. SEBARANG KESULITAN
AMAT DIKESALI.
WARNA LATAR BIRU
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
25
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
26
PANDUAN PENGGUNAAN
MESIN PHOTOSTAT
Langkah Memulakan Mesin
Photostat:-
Masukkan Dokumen Yang
Hendak Di Photostat.
Pilih Jumlah Kertas Yang Hendak
Di Photostat
Tekan ‘Start’
Dokumen Telah Siap Di
Photostat.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
27
EXT. NO
NAMA
TAG NO SAMBUNGAN TALIAN
TAG AKTIVITI AMALI
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
28
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
29
JADUAL PEMBERSIHAN
HARI
TUGASAN
FAILING SUSUN FAIL PEMBERSIHAN
ISNIN
&
SELASA
EN. AZALI
EN. HALID
KONTRAKTOR
RABU
&
KHAMIS
CIK AINA
SYAZWANI EN. AZALI
KONTRAKTOR
JUMAAT
EN. HALID
CIK AINA
SYAZWANI
KONTRAKTOR
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
30
CARTA PEMILIK ZON
ENIGMA SUB ZON E
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
31
SHITSUKE - SENTIASA AMAL Apabila budaya kerja itu lebih efisien, kos pengeluaran akan lebih rendah, dan matlamat organisasi akan dapat dicapai. Organisasi perlu merancang matlamat
sebenar untuk melaksanakan amalan ini seperti merancang untuk mendapatkan Sijil 5S.
1. Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan budaya kualiti di
tempat kerja.
Amalan berdisplin dan melatih pekerja akan membawa ke arah penukaran
budaya kerja yang lebih sistematik. Setelah keempat-empat langkah dilakukan, kita mestilah mempunyai satu kaedah supaya pekerja dalam organisasi dapat berdisiplin dan terus sentiasa mengamalkannya dengan berkesan. Ini dapat
dijadikan sebagai satu platform ke arah budaya kerja yang cemerlang.
2.Bagaimana Sentiasa Amal?
Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan Shitsuke - Sentiasa Amal ini antaranya adalah;
Cara 1
Mematuhi panduan dan piawai yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu
dapat dibangunkan.
Cara 2
Mengadakan Audit Dalaman di dalam organisasi. Audit ini adalah salah satu elemen penting
dalam menjayakan Amalan 5S. Ianya dapat memantau piawai 5S yang sedia ada dan
membuat penambahbaikan. Melalui audit ini organisasi dapat mengukur tahap amalan 5S.
Cara 3
Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran tempat kerja terbaik,
pekerja contoh dan sebagainya merupakan satu cara untuk mendapatkan komitmen dan mengekalkan tanggungjawab mengamalkan 5S.
Cara 4
Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri kejayaan organisasi lain
dalam melaksanakan 5S. Ini akan menyuntik ide dan semangat untuk meneruskan aktiviti ini.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
32
Cara 5
Merancang bentuk penghargaan dan galakan dalam sebarang aktiviti yang boleh menarik
minat pekerja. Walaupun sedikit dan kecil, namun bagi sesetengah pekerja, ianya amatlah bernilai sebagai salah satu motivasi dalam melaksanakan dan menghargai usaha mereka.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh didapati dari langkah 5S ini adalah satu cara berkesan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti. Melalui Seiri kita akan dapat menyisihkan barang yang tidak perlu; Seiton membolehkan
penyusunan barang dan rekod organisasi dibuat dengan lebih kemas; dan Seiso akan menghasilkan tempat kerja yang bersih. Kemudian Seiketsu
membolehkan panduan dibentuk untuk digunakan oleh semua orang dan Shitsuke akan membantu mendisiplinkan diri dan seterusnya menjadikan satu
amalan yang cemerlang.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
33
MANUAL PENYERAGAMAN
LANTAI
Objektif
Pastikan lantai dicuci bersih dan dikeringkan sebelum membuat garisan, kedudukan peralatan
seperti mesin,jentera dan lain-lain hendaklah dirancang kedudukannya sebelum membuat garisan
di atas lantai.
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
1-Buatkan garisan zon dengan jelas untuk pembahagian kawasan kerja dan lorong laluan
2- Buatkan garisan zon keselamatan di atas lantai untuk laluan kecemasan atau berlaku
Kebakaran dan lakarkan tempat kedudukan alat pencegah kebakaran pada laluan ini
3- Tanggalkan garisan zon yang tidak diperlukan.
2. SEITON
1- Jangan meletakkan apa-apa peralatan diatas lantai tanpa menggunakan pelapik seperti base
board, pallets,Sun carrier, carts dan sebagainya
2- a.Buatkan garisan putih untuk zon lokasi mesin dan jentera yang tidak diubah
kedudukannya di atas lantai
b.Buatkan garisan dua kali ganda lebar untuk sudut garisan zon (rujuk rajah 1)
b
RAJAH 1
c. tidak perlu buatkan garisan dua kali ganda lebar untuk ruangan petak peralatan seperti
cabinet, base board, pallet dan lain-lain yang diletakkan pada tempat yang bersudut.
(rujuk rajah 2)
cabinet, base board
RAJAH 2
d. Kenalpasti garisan zon dan penempatan peralatannya bagi tujuan keselamatan
e. beri ruang kepada peralatan yang menjulur semasa melukis garisan zon
f. Buatkan garisan putih diantara kawasan kerja dan lorong laluan (rujuk rajak 3)
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
34
3-a. gunakan Black & yellow stripe tape and Line tape untuk garisan laluan zon keselamatan.
b. Buatkan laluan zon keselamatan untuk mengingatkan kita pintu keselamatan.
c. tape atau cat kuning digunakan untuk kawasan ‘no parking zone’.
d. buatkan garisan kuning relang hitam untuk petak peralatan pemadam api
e. letakkan label "dilarang meletak benda diatas garisan ini" diatas tape
Line tape 50 mm Black & yellow stripe tape 50~100 mm
Paint 50~100 mm Paint 50~100 mm
Black & yellow stripe tape Line tape Paint
Cart Trash can Sun carrier
4. lekatkan tag pada petak untuk peralatan yang mudah alih
GARISAN UNTUK ALAT
PEMADAM API KUNING
RELANG HITAM
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
35
Bagaimana untuk membuat garisan.
Basic style Damage prevention Wall -1 Wall -2
RAJAH 3
3. SEISO
1) Pembersihan berasaskan kepada criteria 5S
2) Pindahkan peralatan untuk pembersihan lantai
Sweep & Clean
4. SEIKETSU
1. Periksa semua tempat oleh kumpulan 5S secara berkala (bulanan, tahunan) dan buatkan
pembaikan.
2. Kenalpasti criteria pembaikan untuk partition line, positioning line, security space line
(1) Partition line, Security space line
* Minimum length to be repaired is 300 mm.
* When the color is not even in more than one-third of the length for repair, re-draw the whole length
* Repair within 3 days for taping and 1 week for painting.
(2) Positioning line/Indication
* Indication is to be understandable for anyone.
* No damage or peeling of tape or pouch.
Note 1) When the floor is so dirty, take actions such as increasing cleaning frequency etc.
Note 2): Repair indication/seal immediately.
Note 3) No missing the area of cleaning chack sheet where it is used commonly among departments.
Note 4) Do not step up on the board (pallet) with shoes on. (No need indication)
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
36
Line
tape painting
Mesti diperbaiki
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan
DINDING (WALL)
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
37
OBJEKTIF
Menyediakan informasi /arahan dengan menggunakan papan bulletin, papan tanda dan peralatan lain perlu
pemasangan di dinding supaya setiap orang mengetahui berita semasa dan memahami perlaksanaan
amalan 5s
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
Susun semua keperluan yang diperlukan seperti (calendar, jam dinding, bulletin, memograf) buang benda
yang tidak diperlukan.
Buatkan tarikh tamat untuk bulletin dan memograf
2.SEITON
Letakkan item yang melibatkan perkakasan keselamatan seperti alat pencegah kebakaran
Suis dan perkakasan elektrik hendaklah dilabelkan dan jelas dilihat.
Pada papan kenyataan lekatkan petunjuk ’PAPAN KENYATAAN’
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
38
PAMERKAN BULETIN MENGIKUT TAJUK
Papan 5s
POWER DISTRIBUTION BOX BULETIN BOARD
3.SEISO
Bersihkan rak penyimpanan (kasut, buku, pakaian, tools dan sebagainya) dari atas ke bawah.
Asingkan peralatan yang diperlukan dan tidak diperlukan sebelum pembersihan dan jaga keselamatan.
Bersihkan tingkap, pintu, cermin dan peralatan lain berpandukan kepada kreteria oleh kumpulan 5s
4.SEIKETSU
Buatkan peraturan pemeriksaan untuk kumpulan audit bagi memelihara keseragaman (bulanan, tahunan)
Beritahu ketua zon/ ketua sub zon sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan tersebut untuk diperbaiki.
Lapor kerosakan kepada unit selenggara.
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
39
KABINET
OBJEKTIF
Susun peralatan di dalam cabinet supaya apabila anda mengambilnya keluar dari cabinet dapat diambil
dengan segera tanpa membuang masa pencarian.
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
Kategorikan item yang akan disusun didalam cabinet seperti tempat simpanan surat, simpanan
fail,simpanan nota, laci dan rak mengikut kekerapan penggunaannya.item yang tidak perlu mesti
dikeluarkan dari kabinet
2.SEITON
1.Buatkan senarai kawalan mengikut kategori
2.Buatkan kod warna untuk mengurangkan masa pencarian
LABEL UNTUK FAIL/BAHAN/ALAT
BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA
1
ITEM KEGUNAAN HARIAN
(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)
2
ITEM JARANG DIGUNAKAN
(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)
3
ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN
(6 BULAN KEATAS)
3.Lekatkan label individu bertugas untuk simpanan, no simpanan pada bahagian atas kiri cabinet, tempat
simpan surat, laci dan rak.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
40
Contoh label pada kabinet
Storage No. label Attach label at visible position Attach label by divided category
(Using label writer) (Notch type) (Using label writer)
4.Cabinet hendaklah dipasang kukuh supaya tidak tumbang
5.Rak/cabinet yang menggunakan roda hendaklah ditanda ‘ON’ dan caster brake dicat merah
6.Jika cabinet tiada penyelak/pengunci pintu, kunci perlu disediakan untuk mengelakkan daun pintu/laci
terjulur keluar.
7.Apabila amalan menyimpan di amalkan setiap hari kunci cabinet hendaklah disimpan di tempat kunci.
8.Sekiranya cabinet digunakan oleh individu yang dipertanggungjawab sahaja kunci harus disimpan
ditempat kunci yang berasingan
9.Buatkan tag pengguna untuk mengesan individu yang penggunakan cabinet tersebut
kunci dan anak kunci di simpan di tempat simpan kunci
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
41
10.labelkan rak kunci dan anak kunci mengikut warna yang sesuai
11.Buatkan senarai kawalan untuk mengesan penggunaan dan kehilangan
3.SEISO
Bersihkan cabinet mengikut senarai periksa pembersihan 5s
Lapkan habuk pada bahagian yang sering berhabuk
4.SEIKETSU
Periksa cabinet oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)
Periksa tiada kotoran, sekiranya rosak perbaiki
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
42
PENGANGKUT BARANG (CARTS)
Objektif
Menggunakan alat pengangkut barang dengan mudah
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
1.Kenalpasti pengangkut barang yang boleh digunakan
-Tidak rosak dan berfungsi dengan baik
-Baik setelah diperbaiki
-Setelah dibaiki masih tidak selamat digunakan
-Tidak perlu dibaiki kos tinggi
2.Guna saiz yang betul untuk meletak dan mengangkat barang terutama size dan berat.
Kapasiti muatan
Open top dolly = 50kg Max
Container carrier = 100 kg Max
Hand trucks and dollies = maximum load specified by manufacturers
2.SEITON
Takrifkan lokasi penyimpanan dan tandakan label ketinggian barang yang akan diletak
1.Barang yang diletakkan di atas container carrier ketinggian 0.7-1.0 meter dari paras lantai sebagai
penanda aras untuk susunan
2.Tinggi muatan 1.3 meter dari paras lantai sebagai penanda aras untuk susunan
3.Guna pengangkut barang beroda untuk kegunaan luar bengkel
4.Untuk langkah keselamatan pengangkut barang yang beroda hendaklah ditanda ‘ON’ dan caster brake
dicat merah
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
43
Defined storage location Cart for outside D100 Mark the "on" side of the brake with red.
3.SEISO
1.Cuci pengangkut barang mengikut kriteria amalan 5s
2.Apabila memasuki kawasan seperti Makmal,Bilik Pengajar pastikan roda pengangkut barang bersih
Letakkan penggalas kaki
4.SEIKETSU
1.Periksa Pengangkat barang oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)
2.Periksa dan baiki segala kerosakan pengangkat barang untuk memastikan keselamatan dan kualiti
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
44
JIGS AND TOOLS
Objektif
Mempastikan jigs dan tools bersih dan berada pada tahap selamat digunakan dan mempastikan kualiti
peralatan tersebut terjamin
Tools –item yang dibeli berpandukan kepada katelog
jigs – item berpandukan kepada pengilang
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
1.Jigs dan tools dikategorikan mengikut kod warna yang ditetapkan mengikut kekerapan
penggunaannya.
LABEL UNTUK JIGS DAN TOOLS
BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA
1
ITEM KEGUNAAN HARIAN
(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)
2
ITEM JARANG DIGUNAKAN
(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)
3
ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN
(6 BULAN KEATAS)
2.Buatkan senarai kawalan mengikut kategori
3.Ketua zon bertanggungjawab ke atas proses perlupusan jigs/tools
2.SEITON
1.Letakkan stiker (nama dan nombor pada jigs dan tools yang sedia ada ) tempatkan ditempat yang sesuai.
2.Sekiranya jigs dan tools bersaiz kecil lekatkan stiker pada tempat simpannya.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
45
3.sekiranya jigs dan tools disimpan dan diletakkan di bawah kawalan setiap meja kerja -
1.Gunakan tape putih lebar 10mm untuk buat lot parking bagi meletak alat tersebut dan buatkan tag nama
bagi setiap peralatan tersebut dan ditampal pada lot parking
2.sekiranya rak panel digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools
1-Gantung 2-
Labelkan nama tampal dihadapan
3-Buatkan lot parking.
3.Sekiranya cabinet digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools
1-guna pembahagi untuk mengasingkan jigs dan tools 2-
Labelkan laci dan pembahagi mengikut nama jigsdan tools
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
46
3.SEISO
1-Pastikan benar-benar bersih jigs dan tools sebelum disimpan ditempat yang disediakan 2-
Tanggalkan habuk dan kotoran lain pada jigs dan tools serta lakukan pemeriksaan sebelum disimpan
4.SEIKETSU
Periksa Jigs dan Tools oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)
Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
47
GAUGE AND INSTRUMENT
OBJEKTIF
Mempastikan ketepatan dan fungsi pengukat (gauge) dan perkakasan (instrument)
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
Gauge dan instrument yang kerap digunakan hendaklah sentiasa di uji ketepatan bacaannya dan
bentuk fizikalnya hendaklah selalu baik.
Kaedah susunan hendahlah mengikut kekerapan penggunaannya
LABEL UNTUK GAUGE DAN INSTRUMENT
BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA
1
ITEM KEGUNAAN HARIAN
(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)
2
ITEM JARANG DIGUNAKAN
(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)
3
ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN
(6 BULAN KEATAS)
2.SEITON
1.Letakkan stiker (nama dan nombor pada GAUGE dan INSTRUMENT yang sedia ada ) tempatkan
ditempat yang sesuai.
2.Sekiranya gauge dan instrument bersaiz kecil lekatkan stiker pada tempat simpannya.buatkan lot parking
untuk penempatan gauge dan instruments
Kenalpasti lokasi simpan
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
48
3.sekiranya gauge dan instruments disimpan dan diletakkan di bawah kawalan setiap meja kerja
-1.Gunakan tape putih lebar 10mm untuk buat lot parking bagi meletak alat tersebut dan buatkan tag nama
bagi setiap peralatan tersebut dan ditampal pada lot parking
2.sekiranya rak panel digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools
1-Gantung 2-
Labelkan nama tampal dihadapan
3-Buatkan lot parking.
3.Sekiranya cabinet digunakan untuk penempatan dan kawalan gauge/instruments
1-guna pembahagi untuk mengasingkan gauge dan instriments
2- Labelkan laci dan pembahagi mengikut nama gauge dan instruments
3.SEISO
1-Pastikan benar-benar bersih gauge dan instruments sebelum disimpan ditempat yang disediakan
2-Tanggalkan habuk dan kotoran lain pada gauge dan instrument serta lakukan pemeriksaan sebelum
disimpan
4.SEIKETSU
Periksa Jigs dan Tools oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)
Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.
Tidak dibenarkan menggunakan gauge dan instruments yang telah tamat tarikh penggunaan dan harus di
laras (calibration)
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
49
tarikh tamat tempoh penggunaan gauge perlu di laras
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
50
MEJA KERJA
OBJEKTIF
Untuk amalan bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan keselamatan letak peralatan yang perlu
sahaja di atas meja dan dibawah meja.
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
Meja bengkel (Worktable)
Letakkan peralatan perlu sahaja dan selalu guna sahaja di atas meja.
Jangan meletak segala di atas meja dan dibawah meja,
Meja pejabat Office desk
Meja pejabat tidak memerlukan senarai peralatan
Letakkan peralatan perlu sahaja dan selalu guna sahaja di atas meja
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
51
2.SEITON
Item yang diperlukan mengikut kekerapan yang dikehendaki diletakkan di atas dan di bawah meja
Labelkan peralatan yang disusun
Buatkan garisan kuning untuk lot parking alat tulis didalam laci
Garisan putih untuk parking lot diatas meja
Material Width : mm
White tape/yellow tape 10 mm
Apabila anda meninggalkan meja kerja letakkan signboard untuk menunjukkan pergerakan anda
3.SEISO
Bersihkan segala kekotoran terutama habuk dibawah dan diatas meja
*pastikan tiada habuk dan sawang dibawah permukaan meja
Guna bahan pencuci untuk menanggalkan kekotoran degil
4.SEIKETSU
Periksa Meja kerja oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)
Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.
Perbaiki lot parking dan garisan sekiranya rosak,perkemas sekiranya ada perubahan
Digalakkan menggunakan pengalas meja
Meja hendaklah disusun rapi
Jika ada wayer dipasang disetiap meja hendaklah dijalin dan balut supaya nampak kemas
Straight line
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
52
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
53
PREMIS
Objektif
Mewujudkan persekitaran baik, selesa dan suasana ceria
Bagaimana untuk melaksanakannya
1.SEIRI
Susun apa yang perlu dan tidak perlu sisih perkara yang tidak diperlukan
2.SEITON
Perkara yang penting perlu ditunjukkan di premis adalah petunjuk arah, plan lokasi, tempat letak
kenderaan dan lain-lain lagi.
Buatkan bump jalan untuk kawal kenderaan keluar masuk
Lukiskan garisan zon keselamatan, letakkan signboard dan lain-lain perkara yang dianggap
penting.
Garisan parking untuk kenderaan hendaklah dicat dengan warna putih, manakala untuk peralatan
pemadam kebakaran garisan warna kuning
Parking Lot walk way
Motorcycle Parking Lot Bicycle Parking Lot
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
54
Forklift truck parking lot Fire hydrant
Tempat pembuangan sisa tempat simpan bahan buangan kimia
Tempat perlupusan alatan
3.SEISO
Jabatan harus bertanggungjawab dan menguruskan bagaimana untuk mengawal persekitaran supaya
sentiasa dikekalkan bersih
Kita harus memastikan persekitaran belakang bengkel sentiasa bersih
4.SEIKETSU
5 MINUTE 5S TALK harus diamalkan berterusan supaya tabiat menjaga kebersihan dapat dilaksanankan
menyeluruh
Gotong royong perdana harus diadakan 6 bulan sekali
Cat semula garisan yang rosak, perbaiki papan tanda rosak kerosakan yang dikesan harus dibaiki dalam
masa 1 minggu
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
55
5.SHITSUKE
Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.
Rujukan
5s manual SMS Corporation
editor Tomekichi Yamada
Nota rujukan
Shipbuilding and quality management
JICA Yokohama 2004
fukuoka shipyards
yukasuka shipyard
DISEDIAKAN OLEH
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
56
Top Related