UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
11800 PULAU PINANG
SIDANG AKADEMIK 1999/2000
TAJUK TUGASAN
JPS 411/4
‘ Pilih satu tajuk Model Pengajaran yang pernah dilaksanakan dalam pengajaran anda dan buatkan refleksi berkenaan model
tersebutdari segi kekuatan , kelemahan dan menarik
MAI / PPPJJ / USM / 1999 - 2002
SEKAPUR SIREH
Alhamdulillah dengan kehendakNya ,saya dapat menyempurnakan tugasan JPS 411 ini
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada Pensyarah Penasihat Kursus JPS 411 En. Auzait B. Shamsudin yang telah banyak
memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan
rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama
rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini.
Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang masih perlu dipelajari
bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat -amat
saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah datangnya
daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat
mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini
Harapan saya agar tugasan ini , sedapat tidak mendatangkan manfaat dan
kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripada
Nya.
Sekian, terima kasih.
MOHD.ANUAR B. IBRAHIM
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
PENDAHULUAN
Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada
pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang
sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk
memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme
pernah mencatatkan :
“ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana
sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya
memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara
rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang say pilih sama ada doktor
, peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa
mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa
keturunannya. “
Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan
oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan .
Tanggunjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan
masa.
Guru hari ini perlu bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan
teknik pengajaran perlu digunakan bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan
pelajar mereka.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu
pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar.
Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu
tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna.
Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan
di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat
melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.
Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan guru
dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah . Oleh yang demikian setiap guru
perlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar
pendidikan.
MODEL PENGAJARAN
Guru-guru sedaya upaya mengajar dengan berkesan . Ada guru yang berjaya
menghasilkan pembelajaran yang baik tetapi ada pula yang gagal. Kegagalan ini mungkin
disebabkan kurangnya penekanan terhadap pemilihan kaedah atau keupayaan pelajar
seperti kognitif, personal, sosial, dan psikomotor ( Cole dan Chan 1994 ). Oleh itu guru
efektif dianggap sebagai satu tindakan yang profesional oleh orang terlatih untuk
membagunkan diri pelajar dari segi kognitif, sosial dan psikomotor.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Model atau rakabentuk pengajaran adalah satu proses yang pada dasarnya
digunakan untuk memperkembangkan pelbagai jenis teknik pengajaran dan bahan-bahan
alat bantu pengajaran. Model dan rekabentuk pengajaran dapat didefinisikan sebagai
satu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai
pengajaran.
Terdapat pelbagai model pengajaran pada masa kini. Setiap model pengajaran
memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran dan ianya mempengaruhi guru-
guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Di antara model pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
1. Model ciri-ciri Personaliti
2. Model Behavirisma ( Tingkahlaku )
3. Model Kaedah Subjek
4. Model Kemahiran Mengajar
5. Model Proses Pengeluaran
6. Model Reflektif
7. Model Inkuiri Penemuan.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN
Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan
ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah
untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan
akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah
berikut :
Rajah 1 : Fasa Model Inkuiri
Fasa satu: Berhadapan dengan masalah ( Menerangkan atur cara inkuiri, Guru kemukakan masalah )
Fasa dua: Mengumpul data Pemeriksaan benar atau tidak. Periksa objek , keadaan ,situasi bermasalah.
Fasa Tiga : Pengumpulan data- ujikaji Asingkan pembolehubah releven Bentuk hipotesis dan uji perkaitannya.
Fasa Empat: Menyusun ,merumus, keterangan. Rumus peraturan dan keterangan
Fasa Lima: Analisa Proses Inkuiri. Analisa Strategi inkuiri dan hasilkan yang lebih berkesan
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu
diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana
untuk menjalankan inkuiri yang digunakan .
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data
dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru
hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang
didapati.
Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang
releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan
akibat masalah berlaku.
Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah
mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima :
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiri
yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai
kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.
( Auzit Shamsudin, 1997 ).
Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang sains
tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran.
Model ini terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan , ianya
kelihatan hampir sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri dan Kaedah
Penemuan adalah berlainan , tetapi pendekatan , strategi, tujuan , prinsip dan langkah-
langkah menjalankan aktivitinya adalah sama.
Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan
pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta
penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan
model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang
digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memlih
topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran . Ini penting
agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif
pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar.
Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan yang
sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta
tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar. Oleh yang
demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi,
sesuai dan mencukupi.
Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang
dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan
awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-
murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau
memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini ,
guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan
yang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalan
guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah
kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh
pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak
terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangan
dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajian
pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap
pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh
membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut.
KEBAIKAN MODEL INKUIRI
Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh
pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-
1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau
generalisasi yang dibuat.
3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran secara bebas
5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal
lama.
6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.
KELEMAHAN MODEL INKUIRI
1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.
2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk
mendapatkan hasil kajian yang tepat.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
4. Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai
kepada pelajar yang lemah.
5. Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan
mengendalikan aktiviti kajian .
6. Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.
MODEL INKUIRI - SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI
Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik minat
pelajar apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru sains, bagi saya model ini
merupakan pilihan saya ,setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dalam makmal
sains , model ini menjadi pilihan saya.
Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata pelajaran
sains Tahun 5. Tajuk pilihan saya ialah “ Bahan Konduktor dan Bahan Penebat “.Di
bawah ini saya sediakan satu rancangan pelajaran harian yang digunakan bagi tujuan
kajian ini.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran : Sains
Kelas : 5 Al-Amin
Tarikh : 6 Julai 1999
Bil.Murid : 35 orang
Masa : 8.45 - 9.45 pagi ( 1 Jam )
Bidang Kajian : Menyiasat Alam Fizikal
Objektif Khusus : 3.2- Bahan Konduktor dan Bahan Penebat
Kemahiran Proses : 1. Menyatakan 2 maklumat
2. Membuat hipotesis
3. Menanalisis data
Alatan Bantu Mengajar : Litar elektrik, getah, kertas, cuka, paku, kain, kuprum, plastik,
lidi, batang ais krim , carta , daun, duit syiling. kaca.
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P & P CATATAN
1 ( 5 Minit )
Set Induksi - Guru menunjukkan kepada murid dua jenis bahan . - Guru menyambung setiap satu bahan tersebut pada litar elektrik. - Guru bersoaljawab dengan murid mengenai masalah mentol elektrik yang tidak
-Murid memerhatikan dua bahan yang ditunjukkan oleh guru. - Murid cuba memberikan jawapan kepada guru.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
menyala.
2 ( 20 Minit )
Bahan konduktor
Bahan Penebat
- Guru mengedarkan kad tugasan kepada setiap kumpulan. - Guru meminta ketua setiap kumpulan membaca dalam kumpulan masing-masing kad arahan tersebut. - Guru mengarahkan setiap kumpulan menjalankan kajian mengikut stesyen yang telah ditetapkan. - Guru memantau setiap kumpulan.
- Ketua kumpulan membaca arahan dalam kumpulan mereka. - Setiap kumpulan menjalankan kajian dari satu stesyen ke stesyen yang lain.
3 ( 10 Minit )
Penulisan Pelaporan
Aktiviti
- Guru mengedarkan Lembaran kerja kepada setiap pelajar - Guru meminta setiap kumpulan menuliskan pelaporan mereka dalam lembaran kerja yang diberikan
- Murid berbincang dalam kumpulan mereka dan menulis laporan mereka dalam lembaran kerja yang diberi oleh guru.
4 ( 10 Minit )
Pelaporan oleh setiap kumpulan
- Guru meminta wakil setiap kumpulan membacakan pelaporan mereka - Guru meminta membimbing pelajar
- Wakil setiap kumpulan membacakan pelaporan mereka - Pelajar membuat catatan dalam buku nota mereka.
5 ( 5 Minit )
Rumusan - Guru memberikan rumusan keseluruhan daripada laporan yang telah diberikan oleh setiap kumpulan - Guru menyatakan bahawa semua bahan
- Pelajar mendengar segala rumusan daripada guru. - Pelajar membuat hipotesis bahawa bahan yang dapat
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
konduktor dapat mengalirkan arus elektrik manakala semua bahan penebat tidak dapat mengalirkan arus elektrik.
mengalirkan arus elektrik adalah bahan konduktor manakala bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik adalah bahan penebat.
Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan pembelajaran
kepada murid mengenai jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak
boleh mengalirkan arus elektrik.
Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat memahami
apakah yang dimaksudkan bahan konduktor dan bahan penebat. Melalui aktiviti
kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mencari maklumat serta mengumpulkan
bahan-bahan yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu yang boleh mengalirkan arus
elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. Setiap kumpulan akan
memberikan persembahan mengikut cara masing-masing. Ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan setiap
kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah membahagikan
tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan rakan. Kebanyakkan
kumpulan yang ditemui melahirkan rasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti ini.
Keadaan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersungguh-sungguh.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Model ini telah memberikan satu pengalaman dan pemahaman kepada semua
pelajar. Pengalaman dan pemahaman ini akan kekal lama dalam ingatan pelajar. Model
ini juga berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta berupaya membentuk minat
pelajar terhadap pelajaran sains.
Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri
pada setiap pelajar. Faktor ketepatan masa dan juga keinginan untuk mengatasi kumpulan
lain perlu dipupuk dalam diri.
KESIMPULAN
Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya
memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka
untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar
sewaktu menjalankan aktiviti.
Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan
objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru
dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan
dengan lancar dan sistematik.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu
bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan
pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
BIBLIOGRAFI
1. Shah Ruzi, ‘Pedagogi Dalam Pendidikan KBSR ‘, Bengkel Peningkatan
Akademik,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, 1997.
2. Buku Teks Sains Tahun 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997
3. Alam dan Manusia, Vinlin Press, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1998
4. Auzait Shamsudin - Sistem Pengajaran Sekolah Rendah, Modul Pembelajaran
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
5. Bahan bercetak, Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pendidikan Malaysia. 1996.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 SEKAPUR SIREH 2
2 PENDAHULUAN 3-4
3 MODEL PENGAJARAN 4-5
4 MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN 6
5 RAJAH FASA MODEL INKUIRI 6-8
6 PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI 9-10
7 KEBAIKAN MODEL INKUIRI 10-11
8 KELEMAHAN MODEL INKUIRI 11-12
9 MODEL INKUIRI SATU
PENILAIAN DAN REFLEKSI 12
10 CONTOH RANCANGAN
BELAJAR HARIAN 13-16
11 KESIMPULAN 16-17
12 BIBLIOGRAFI 18
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002