Tajuk 3 PERBEZAAN INDIVIDU
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep perbezaan individu, kepelbagaian
jenis kecerdasan, gaya kognitif, gaya pembelajaran, dan seterusnya implikasi
perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
(1) Memahami dan mengguna kepelbagaian kecerdasan untuk mengukuhkan
pembelajaran murid-murid.
(2) Membincangkan perbezaan-perbezaan individu pada murid-murid dan
implikasinya kepada guru-guru..
(3) Menganalisis ciri-ciri gaya pembelajaran murid yang berbeza.
(4) Mengaplikasikan implikasi gaya pembelajaran murid yang berbeza.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
32
PERBEZAAN INDIVIDU
PENGENALANKONSEP
PERBEZAN INDIVIDU
JENIS-JENISPERBEZAAN INDIVIDU
KEPELBAGAIANJENIS KECERDASAN
GAYA KOGNITIF GAYA PEMBELAJARAN
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAPPENGAJARAN dan PEMBELAJARAN
3.0 Pengenalan
Setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain. Seorang bapa akan
mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua, begitu
juga
dengan anaknya yang ketiga dan yang keempat. Ini adalah disebabkan setiap
individu
adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya,
walau pun individu-individu tersebut adalah kembar seiras. Oleh itu, sebagai seorang
guru, anda harus memahami perbezaan individu di kalangan pelajar dan memberi
perhatian tentang hal ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
3.1 Konsep Perbezaan Individu
Perbezaan individu merujuk kepada ketidak samaan yang terdapat pada diri
seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani.
Dari segi fizikal, seseorang individu itu dapat dibezakan terutamanya dari segi
ketinggian, berat badan, rupa paras, dan sebagainya. Di dalam sesebuah kelas,
perbezaan individu amat ketara di mana ada murid yang lebih tinggi dari yang lain,
ada murid yang berbeza dari segi saiz badan, rupa paras, dan warna kulit.
Perbezaan mental pula merupakan perbezaan kecerdasan mental yang ada pada
individu. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi kebolehan seseorang itu membuat
penaakulan, keupayaan mempelajari sesuatu yang baru, kebolehan bertindak cepat
serta kebolehan berbahasa seseorang.
Kebolehan mengawal emosi juga berbeza dari individu ke individu yang lain. Ini
merujuk kepada kebolehan mengurus emosi negatif seperti mengurangkan
kekecewaan, mengekalkan ketenteraman, serta tahap kesabaran seseorang
individu.
Aspek sosial merupakan kebolehan individu untuk menyesuaikan diri dan
berinteraksi dengan individu yang lain. Kanak-kanak ekstrovert lebih mahir
bersosialisasi jika dibandingkan dengan kanak-kanak introvert.
Selain dari itu, terdapat juga beberapa aspek perbezaan individu yang perlu
diketahui seperti temperamen, tahap tenaga, minat dan bakat, gaya hidup, status
33
sosio-ekonomi, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan
keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.
Rajah 3.1: Setiap individu adalah unik dan berbeza.
3.2 Jenis-jenis Perbezaan Individu
(1) Jantina
Peranan guru tahu perkembangan kanak-kanak, biasanya lelaki lambat
dua tahun daripada perempuan akil baligh. aspek IQ kanak-kanak
perempuan lebih cenderung aspek lisan dan bahasa, lelaki lebih kepada
kecerdasan ruang.
(2) Fizikal
Menurut Sheldon bentuk badan mempunyai pengaruh terhadap sahsiah
sesorang.
Endomorf – bulat (suka bergaul,relaks, penting kepuasan diri,
mudah stress)
Mesomorf – otot kuat (asertif,agresif,aktif sukan, mudah terlibat
delinkuen)
Ektomorf – kurus tinggi (bimbang,suka sendiri, mudah skizofrenia )
(3) Mental
Manusia berbeza dari aspek kecerdasan (IQ), dan ada juga bagaimana
individu beradaptasi dengan persekitarannya.
(4) Personaliti
34
Setiap individu mempunyai sahsiah dan personaliti yang berbeza
berdasarkan tahap tenaga yang dimiliki. Seseorang ekstrovert tahap
tenaga yang tinggi menyebabkan ekstrovert sukakan persekitaran yang
aktif dan mencabar.
(5) Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
Gaya kognitif merupakan cara individu mempersepsi maklumat
manakala gaya belajar merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang
digemari pelajar. Setiap individu mempunyai kecenderungan kepada
gaya kognitif dan gaya belajar pada intensiti yang berbeza-beza.
(6) Kesihatan
Tahap kesihatan pelajar berbeza-beza, ada yang menghidap penyakit
warisan seperti lelah dan kencing manis, ada yang berkeperluan khas
seperti dyslexia, kurang pendengaran, pekak, bisu,sengau dan gagap.
(7) Sosial
Perhubungan individu dengan dunia persekitarannya juga menunjukkan
perbezaan individu, seperti individu yg suka main & aktif akan mempunyai
banyak kawan.
(8) Bangsa dan Budaya
Individu berbeza dari segi bangsa dan budaya – beza budaya, agama
sistem kepercayaan dan nilai. Ahli psikologi perkenalkan kurikulum
berbilang budaya (multicultural) untuk timbulkan persefahaman antara
pelbagai etnik dan budaya. Pihak berkuasa beri layanan yang sama
kepada semua rakyat tanpa pilih kasih.
3.3 Kepelbagaian Jenis Kecerdasan
Terdapat dua pandangan berbeza mengenai kecerdasan : pandangan klasik dan
pandangan kontemporari. Pandangan Klasik cuba memahami isi kandungan atau
struktur kecerdasan. Ahli psikologi dari fahaman ini membina alat pengukuran untuk
membantu mereka memahami kebolehan yang terdapat pada individu. Weschler
(1975) berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami
alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya
35
menghadapi cabaran hidup. Tokoh-tokoh lain : Alfred Binet, Spearman, Guilford,
Cattel.
Kecerdasan dari pandangan kontemporari cuba memahami kecerdasan sebagai
suatu proses yang menghubungkaitkan perlakuan kecerdasan manusia dalam
memproses maklumat untuk menyelesaikan masalah. Ujian piawai bukanlah cara
terbaik untuk mengukur kecerdasan. Tokoh: Gardner, Sternberg dan Goleman.
3.3.1 Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner )
Gardner percaya kecerdasan ialah :
“Intelligence is the ability to find and solve problems and create
products of value in one’s own culture.”
Gardner telah mengemukakan sembilan jenis kecerdasan dan berpenda-
pat semua individu mempunyai kecerdasan tersebut tetapi mungkin satu
atau dua kecerdasan yang dominan dan menonjol pada diri seseorang.
• Linguistik / Bahasa
• Logik Matematik
• Muzik
• Kinestetik Badan
• Ruang/Visual/Spatial
• Interpersonal
• Intrapersonal
• Naturalist
• Existential
(1) Linguistik/Bahasa
Kelebihan kecerdasan linguistik ialah individu dapat menguasai
bahasa dengan berkesan. Dia berkebolehan menghayati keindahan
bahasa dan memanipulasikan keindahan bahasa untuk menyatakan
hasrat dan menawan hati pendengar melalui karyanya. Mahir berhujah
dengan berkesan (waktu pidato, perbahasan, ceramah. Peka terhadap
kesalahan bahasa. Contoh: Za’ba,Awang Had Salleh, Awang Sariyan,
Robert Conrad dan lain-lain.
(2) Kecerdasan Logik-Matematik
Berkebolehan mengendali pola logik dan nombor. Berkebolehan
mengendali rantaian sebab musabab atau faktor dan akibat yang
36
logik. Pekerjaan: saintis, pakar matematik atau statistik, akauntan,
jurutera dan lain-lain.
(3) Kecerdasan Ruang (Spatial)
Berkebolehan untuk mengamati ruang persekitaran dengan tepat
dan penggunaan ruang hasil ramalan individu. Pelaut, juruterbang,
pengukir batu atau kayu.
(4) Kecerdasan Muzik
Berkebolehan untuk menghasilkan irama atau lagu yang indah dan
merdu. Mahir membaca nota lagu. Pekerjaan : komposer lagu,
pemain alat-alat muzik, penyanyi.
(5) Kecerdasan Kinestetik Badan
Kebolehan individu untuk mengawal pergerakan badannya dan
mengendali objek dengan mahir. Pekerjaan : penari, pereka tarian,
ahli sukan, ahli gimnastik, doktor bedah.
(6) Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan untuk mengenal dan bergerakbalas kepada mood,
temperamen dan kehendak orang lain. Pekerjaan : psikatri, jurujual,
kaunselor, guru.
(7) Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan mengenali diri sendiri, perasaan sendiri dan boleh
memanipulasikan kebolehan diri untuk disesuaikan dengan situasi.
(8) Kecerdasan Naturalist
Kebolehan untuk persepsi objek disekitar dan mudah mengingati
fakta tentang tumbuhan dan haiwan. Berminat mengumpul rama-
rama, kerang dan fosil. Pekerjaan: Ahli biologi, botani, pegawai hutan
dan mergastua, ahli arkeologi, zoologist.
37
TUGASAN TERARAH
Berdasarkan pandangan anda sebagai seorang individu, bagaimana pemahaman tentang kepelbagaian individu dapat meningkatkan kerjaya kita sebagai guru
(9) Kecerdasan Existential
Berminat mengkaji kewujudan dan kematian manusia. Berminat den-
gan kewujudan makhluk lain. Berminat mengkaji fenomena ganjil
alam semula jadi. Tokoh agama, perubatan tradisional.
3.4 Gaya Kognitif
Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat, sementara gaya
belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar.
Witkin (1940), telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya bersandar medan
(field dependence) dan gaya bebas medan (field independence). Individu yang
bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang
bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal.
3.4.1 Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan
Konsep gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan telah
diperkenalkan oleh Herman Witkin dan Goodenough (1977). Mereka telah
memperkenalkan ujian untuk menguji sama ada individu itu mempunyai gaya
kognitif bebas medan atau bersandar medan. Ujian tersebut (Embedded
Figures Test) melibatkan individu mencari bentuk geometri dalam gambar
rajah dalam jangka masa yang ditetapkan. Ujian ini boleh juga digunakan
secara berkumpulan, yang dinamakan ujian GEFT (Group Embedded Figures
Test).
38
Rajah 3.4: Embedded Figures Test: Cari objek-objek yang tersembunyi dalam
gambar.
Ciri-ciri pelajar yang mempunyai gaya kognitif bersandar medan dan bebas medan
ditunjukkan dalam Jadual 5.3.
AKTIVITI 5.7
Jadual 5.3: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan
Bebas Medan Bersandar Medan
Mengamati konsep secara analitikal dan
melihat komponen-komponen konsep.
Mengamati konsep secara global.
Fokus kepada fakta dan prinsip. Menghubung konsep kepada pengalaman
individu (personalised concept).
Suka berinteraksi secara formal dengan
guru.
Suka berinteraksi secara informal dengan
guru.
Suka bertanding dan kerja bersendirian. Suka bekerjasama dan suka kerja
berkumpulan.
Suka menyusun sendiri maklumat. Suka maklumat yang telah disusun guru.
Suka mata pelajaran Sains dan Matematik.
Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera.
Matlamat pembelajaran daripada punca
dalaman.
Matlamat pembelajaran daripada punca
luaran (ibu bapa atau guru).
Suka merancang sendiri cara pembelajaran.
Suka pembelajaran terancang dan
berstruktur.
39
TUGASAN TERARAH
Berdasarkan Jadual 5.3: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan dan pengalaman anda sebagai guru, beri cadangan tentang strategi-strategi pengajaran yang sesuai dengan gaya kognitif pelajarnya.
Keyakinan tinggi dalam membuat tugasan
bersendirian.
Kurang keyakinan dalam membuat
tugasan bersendirian
Motivasi berlokus kawalan dalaman. Motivasi berlokus kawalan luaran.
. 3.4.2 Strategi Pengajaran Pelajar Bebas dan Bersandar Medan
Pelajar yang bebas medan didapati lebih berdikari di dalam pembelajaran,
manakala pelajar-pelajar yang bersandar medan didapati lebih bergantung
kepada guru dan rakan untuk tugas pembelajaran. Justeru, strategi
pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar perlu dirancang dengan
baik, supaya pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Sifat-sifat memproses maklumat yang mencerminkan cara biasa murid-murid
melakukan persepsi, pemikiran, pengingatan dan penyelesaian masalah. Gaya
kognitif merupakan cara individu mengingat, membuat persepsi dan memperolehi
kembali maklumat. Ia juga menerangkan bagaimana seseorang memperolehi
pengetahuan dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut.
Adalah amat penting untuk guru memahami serta mengenali gaya kognitif
mereka. Ini kerana akan mewujudkan saluran komunikasi yang lebih terbuka didalam
bilik darjah. Guru yang mempunyai kesedaran gaya kognitif yang tinggi dapat
memenangi kepercayaan murid mereka dengan lebih mudah. Oleh itu, mereka perlu
memahami apa yang murid mereka cenderung kepada atau tidak dan cuba
mengelak situasi yang tidak disenangi oleh murid.
3.5 Gaya Pembelajaran
Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1982) ditafsirkan sebagai “ Cara bagaimana
unsur-unsur daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan
psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami, berinteraksi
40
dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. Gregorc (1979) : “
Tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorg apabila menggunakan minda,
berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat
daripadanya.
Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran
tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan penting dlm
pembentukan gaya pembelajaran seseorang.
Boleh dirumuskan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara belajar seseorang
yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan
memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Gaya
pembelajaran adalah hasil gabungan faktor individu sendiri di samping pengaruh
warisan baka dan persekitaran.
3.5.1 Gaya pembelajaran Model Dunn & Dunn)
41
3.5.2 Gaya Pembelajaran ( Murnford dan Honey, 1986 )
(a) Aktivis
Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan
agresif dlm aktiviti pembelajaran
Ciri-cirinya ;
• Mempunyai sikap tidak sabar atau tergesa-gesa
• Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara
baru di alam sekitar
• Bergerak pantas dan cepat membalas
• Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri
• Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka
42
• Mempunyai motivasi inrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri
• Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya suka melibatkan diri
dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Strategi P&P
yang sesuai digunakan untuk kumpulan ini ialah kaedah inkuiri-penemuan,
kaedah penyelesaian masalah, kaedah praktik, perbincangan,
sumbangsaran, sesi buzz, simulasi dan main peranan.
(b) Reflektif
Gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memerhati, memikir dan
membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam
sekitar.
Ciri-cirinya ;
• Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri
• Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
• Suka mentafsir dan menilai sesautu perkara, prinsip, keputusan atau
projek serta membuat refleksi kendiri.
• Suka mencari hakikat yang sebenar
• Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti.
• Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.
• Belajar dan membuat kerja secara sistematik tidak terburu-buru
membuat keputusan atau kesimpulan.
Pelajar suka belajar subjek seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri
dalam aktiviti projek dan kajian luar. Strategi P&P yang sesuai digunakan
untuk golongan ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan,
projek dan perbincangan.
(c) Teoris
Gaya pembelajaran teoritis gemar menggunakan prinsip dan teori untuk
membuat kesimpulan sesuatu perkara.
Ciri-cirinya ;
• Berfikiran rasional dan logikal
• Berdisiplin serta objektif
• Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan otak kiri
43
• Suka membuat hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan
berdasarkan bukti.
• Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku.
• Berminat mengkaji fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.
Pelajar bersifat teoris ini suka pada subjek seperti sains, matematik, logik,
geografi dan sejarah. Strategi P&P yang sesuai untuk golongan ini adalah
kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat melalui perbincangan dan
mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan
melaui kaedah penyelidikan.
(d) Pragmatis
Gaya pembelajaran pragmatis adalah Ppelajar bersifat praktikal /
mementingkan hakikat sebenar daripada teori / hukum / prinsip yang sedia
ada.
Ciri-cirinya ;
• Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata
• Mementingkan bukti dan hakikat yg sebenar sebagai objektif
pembelajaran.
• Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar
• Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara
• Lebih bersikap ekspresif daripada kreatif
• Suka membuat perbandingan.
Golongan pelajar ini suka menggunakan bahan / bukti yang konkrit untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran. Strategi P&P yang sesuai digunakan ialah
kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik,
carta dan gambarajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.
44
Rajah 3.5: Guru harus sensitive terhadap gaya pembelajaran antara murid.
3.6 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran dibincangkan
dari segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pem belajaran, tingkah laku
mengganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar dan perbezaan
personaliti.
3.6.1 Kesediaan Belajar
Oleh kerana pelajar-pelajar dalam satu kelas mempunyai tahap kecerdasan
yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka jugaberbeza. Perkara
ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama pelajar-pelajar yang lambat.
Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan
akan menjadi “students at risk” atau pelajar berisiko, iaitu pelajar yang
berkemungkinan besar akan gagal dan menjadi pelajar tercicir.
3.6.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka
objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang
sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang
berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang
lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak merasa bosan.
3.6.3 Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran
45
Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan
tingkah laku disruptif atau destruktif, yang akan mengganggu perhatian
pelajar-pelajar lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Contoh tingkah
laku disruptif ialah hiperaktif, bising, agresif, ketawa kuat. Contoh tingkah laku
destruktif pula ialah vandalisma, permusuhan nyata terhadap guru, tidak
menghormati guru dan merosak harta benda guru yang tidak disukai; menjadi
anggota kumpulan samseng atau kongsi gelap di luar sekolah, mengugut
untuk mencederakan pelajar lain, menumbuk dan memukul pelajar lain,
membuli dan memeras ugut wang dari pelajar yang lebih kecil atau lemah.
Ada juga pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku mengganggu yang
positif seperti menyudahkan kerja cepat, selalu bertanya, proaktif dan hendak
tahu mengenai sesuatu tajuk pelajaran yang belum diajar.
3.6.4 Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia
akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang
berbeza-beza. Ada yang belajar secara audio, ada yang visual, ada yang
memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal (rujuk
Jadual3.2). Terdapat pelajar yang cepat menghantar tugasan dan terdapat
juga pelajar yang selalu lambat menghantar tugasan.
3.6.5 Perbezaan Personaliti
Guru juga akan mendapati pelajar-pelajar di kelasnya berbeza dari segi
personaliti. Ada yang pintar tetapi pendiam, ada pula yang pintar dan ramai
kawan, ada juga pelajar yang peramah dan ramai kawan, terdapat juga
pelajaryang suka bersendirian dan pendiam. Selain itu, terdapat pelajar yang
berfikiran terbuka, riang dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam
kumpulan. Sebaliknya, terdapat pula pelajar-pelajar yang suka membuat
kerja sendirian dan memandang orang lain kurang berkebolehan
daripadanya. Oleh itu, terdapat pelajar yang bermasalah untuk
menyesuaikan dirinya dengan kawan-kawan lain. Terdapat pelbagai implikasi
perbezaan individu yangdibincangkan dalam bahagian seperti implikasi
perbezaan individu dari segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan
pembelajaran, tingkah laku yang mengganggu pengajaran, perbezaan gaya
kognitif dan gaya belajar, serta perbezaan personaliti. Oleh itu, guru-guru
mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi
46
perbezaan individu tersebut. Pelbagai cara boleh digunakan dan terpulang
kepada kreativiti setiap guru dalam usaha mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
RUJUKAN
Modul Pembelajaran Psikologi Pendidikan. (2005). Kuala Lumpur: Open Uni-versity Malaysia.
Ormrod, J.E. & McDevitt, T.M. (2004). Child development: Educating and working with children and adolescents. (2nd.ed). New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. (Edisi Ke 2). Shah Alam:Karisma Pub. Sdn. Bhd, Salvin, R. E. (2005). Educational psychology :Theory into practice.Englewood
Cliffs: Prentice-Hall Inc.
Woolfolk, A.E. (2007) Educational psychology. (11th ed.),
Boston, MA: Allyn and Bacon.
Tamat Tajuk 3; semoga berjaya!
47
Top Related