Download - Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Transcript
Page 1: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

rERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNF

____________ av§

KERTAS KERJA 4

|T I PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PEI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVER

Page 2: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Kesinambungan Manifestasi Rupa dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni

3-Dimensi: dari Perspektif Seni Halus

Abdul Halim Husain

Fakulti Seni Dan Muzik

Universiti Pendidikan Sultan Idris1

...Menampilkan kesenian Melayu dalam bentuk asalnya

dengan menggunakan pendekatan ilmiah dan bahasa tampak dalam pengutaranya.

‘jambatan’ yang menyambungkan apa yang dianggapkan oleh orang barat

sebagai ‘Seni K raf dengan sern kontemporari yang dianggap oleh mereka sebagai ‘Seni

Halus’. (Awarig Had Salleh,dalam ‘Rupa Dan Jiwa 1992)

Dibentangkan Dalam Seminar Za’ba ‘Mengenai Alam Melayu I’ 12-14 Ogos 2003 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Page 3: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

1. Pendahuluan.

Penulisan ini adalah satu pemerhatian terhadap karya seni tampak Malaysia yang

berbentuk 3-Dimensi. Ianya pemerhatian terhadap beberapa hasil karya kraf tradisi serta

karya seni tampak kontemporer. Karya kontemporer berbentuk 3-Dimensi yang dipilih

adalah berasaskan koleksi Balai Senilukis Negara manakala karya kraf tradisi pula adalah

koleksi pameran ‘Rupa dan Jiwa’ oleh Tuan Syed Ahmad Jam al Ianya adalah satu

penelitian terhadap teijemahan konsep rupa dan jiwa Melayu dalam karya seni tampak

kontemporer berbentuk 3-Dimensi. Penelitian ini melihat kesinambungan kreativiti

seniman tradisi dan seniman kontemporer dalam menghasilkan karya yang berasaskan

konsep rupa dar jiwa Melayu.

Permasalahan rupa dan jiw a dalam penghasilan karya seni tampak sememangnya

menjadi isu perbincangan yang tidak berkesudahan. Walapun ianya dilihat hanya sebagai

permasalahan dalam konteks orang-orang seni namun peranan dan kesedaran terhadap isu

rupa dan jiwa adalah sejagat. Tambahan pula dalam konteks sekarang dimana isu

memperkukuhkan identiti bangsa dan negara serta kekuatan jat: diri adalah sangat

penting bagi generasi muda masa kini bagi mengharungi era globalisasi. Seni tampak

sebenamya dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat jati diri

dikalangan generasi muda bagi membina satu bangsa Malaysia yang kukuh. Dalam

suasana moden dan dunia globalisas hari ini keperluan untuk memperkukuhkan jati diri

serta mengenai budaya bangsa harus diutamakan bagi memudahkan generasi muda

menangani pelbagai isu dan permasalahan dalam kehidupan. Bagi memahami budaya

dan falsafahnya maka harus dikaji dan diselidiki akan masyarakatnya yang menjadi

wadah kebudayaan.

Hassan Ahmad (2003), dalam ruangan penulis tamu dalam Mingguan Malaysia

ada menyebut bahawa ‘...orang Melayu perlu melakukan proses pendidikan semula

untuk memahami akal budi mereka, kembali kepada ciri-cin dan nilai budaya mereka

yang sudah bertahan sejak berzaman untuk dijadikan acuan dalam menghadapi pengaruh

dan cabaran zaman sekarang dan dengan demikian dapat melakukan pembaharuan tanpa

Page 4: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

memusnahkan asas-asas kekuatan dalaman mereka sebagai bangsa Melayu yang lahimya

dari sejarah ketamadunan sejak lebih 2000 tahun dahulu.’

Dalam penulisannya .tu juga ia menyebutkan bahawa ‘Bangsa Melayu

menghadapi masalah dalam pelbagai bidang bukan kerana mereka lemah tetapi kerana

mereka membuang acuan mereka, akibatnya mereka kehilangan pertahanan budaya dan

agama untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang tahan dalam keadaan hidup

politik, ekonomi, sosiobudaya dan moral mereka.’

Perkembangan Seni Rupa di Malaysia

Sebelum kita berbincang dengan panjang lebar berkaitan dengan seni rupa

rasanya elok iika dapat kita huraikan makna seni rupa itu sendiri. Seni rupa merupakan

penghasilan objek-objek yang melibatkan elemen formal seperti wama, jalinan, garisan,

ruang, tona, bentuk, rupa, ragam hias yang diolah menggunakan bahantara tertentu dan

melibatkan ekspresi perasaan, citarasa,. ilham dan juga kemahiran yang tersendir

Seni rupa dalam masyarakat Melayu begitu banyak dihasilkan semenjak zaman

dahulu dan dapat kita lihat dalam jenis-jenis seperti berikut:

i. Seni ukir

ii. Seni seramik

iii. Seni tekstil

iv. Sen, any am an

V. Seni bina

Disamping itu juga seni dapat diklasifikasikan dalam konteks masyarakat sepertimana

yang telah di sebut oleh Jean Durignaud,1972.

i. Seni primitif

ii. Seni Teokrasi

iii. Seni Feudal

iv. Seni Moden

3

Page 5: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

J ik a d iteliti p e rk em b an g an seni rupa di M alay sia ianya b o leh d ika tegorikan

kepada beberapa fasa yang telah mematangkan seni tampak negara. Antaranya ialah:

1. Era Prakolonial

2. Era Kolonial

3. Peranan Balai Senilukis Negara

4. Mendefinisikan Nasionalisme

5. Membina Identiti

6 . Melampaui Sempadan

(Rujukan dari RUPA MALAYSIA: Meninjau seni lukis moden Malaysial5 - 30

September 2001)

1. Era Pra Kolonial

Dalam melihat perkembangan awal seni rupa Malaysia, anya harus di lihat dari

dua bahagian negara Malaysia. Pertamanya ialah perkembangan seni rupa tradisi di

Semenanjung Malaysia yang dikatakan Malaysia Barat dan keduanya ialah

perkembangan seni rupa tradisi di Negeri Sabah Dan Sarawak atau dinamakan Malaysia

Timur. Seni rupa tradisi yang berasaskan kepada karya berbentuk tiga dimensi di

Malaysia Barat dapat kita lihat umpamanya seperti ukiran batu tugu prasejarah yang

terdapat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. (Gambar | |

Gambar 1

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Malaysia Timur sepertimana yang

terdapat di Gua Niah Di negeri Sarawak. Lukisan tembok dan ‘kapal maut’ (Gambar 2)

4

Page 6: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

adalah salah satu paparan tampak seni rupa tradisi yang menggambarkan masyarakat

pada masa itu. ,

Selain daripada hasil karya seni rupa tradisi yang berbentuk tiga dimensi terdapat

juga hasil seni rupa tradisi yang berbentuk dua dimensi yang juga mendokumentasikan

secara tampak kebudayaan masyarakat di Sabah. Tikar kain simbolik bersulam Bajau

(Gambar 3) adalah manifestasi budaya masyarakat di negeri Sabah.

Jika kita lihat secara imbasannya maka kita dapati bahawa perkembangan seni

tradisi sebelum penjajahan banyak membawa kearah bentuk-bentuk ekspresif yang

membawa pengaruh-pengarah budaya yang berbeza serta memanifestasikan

keanekajenisan.

2. Era Kolonial - Kedatangan Bitish Dan Pengaruhnya

Bermulanya era perkembangan seni moden Malaysia apabila datangnya pihak

British ke Tanah Melayu. Ianya mula dikesani kira-kira awal abad ke20an, British telah

mula menduduki Tanah Melayu pada ketika itu pada pertengahan abad 1800. Mereka

telah mula memperkenalkan corak pemerintahan Barat di Negeri-Negeri Selat. Mereka

Gambar 2

Gambar 3

5

Page 7: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

juga telah memperkenalkan pendidikan Barat, khususnya sekolah-sekolah berbahasa

Inggeris yang dihadiri oleh berbagai kaum. ( Rupa Malaysia, 2001)

Pendidikan Barat telah membawa pendekatan-pendekatan yang lebih analitikal

dan investigatif dalam mencari ilmu. Maka timbul cara-cara baru dalam persepsi budaya

baru dalam mentafsirkan alam dan realiti. Citarasa budaya Barat telah mula dilihat

berkembang dengan paparan identiti kebaratannya dalam seni bina, cara berpakaian dan

juga seni rupanya. Maka disini mulalah satu penonjolan aliran modems yang mana

seterusnya menjadi gaya persembahan para pengkarya seni rupa pada ketika itu.

Manifestasi terawal adalah gambaran-gambaran naturalistik melalui karya-karya lanskap,

alam benda dan potret.

3. Peranan Balai Senilukis Negara - Mendefmisikan Nasionalisme, Membina

Identiti. .

Hasil daripada proses kematangan perkembangan seni rupa di Malaysia maka

para peluksi juga tidak mahu hanyut dan ketinggalan dalam mempeiiuangkan jati diri

dalam berkarya. Bersandarkan kepada teras Kongres Budaya 1971 dan Seminar Akar-

akar pribumi para pelukis kontemporer telah cuba untuk mencari kekuatan jati diri dalam

menghasilkan karya seni. Di dalam Kongres Kebudayaan (1971), ada menyebut ‘Malay

culture should form the basis o f national culture, and it is written into the constitution

that Islam is the official religion o f Malaysia, whilst o f course tolerating the existence

and practice o f other religions amongst the non-Muslim sections o f the population,

Petikan daripada hasil Kongres Kebudayaan ini boleh ditafsirkan dengan lebih luas

berdasarkan kepada struktur sosial, ekonomi dan politik negara.

Walaubagaimana pun penyataan hasil daripada Kongres Kebudayaan itu memberi

satu panduan kepada pelukis dan pengkarya untuk berkarya. Sudah tentu ianya berkait

rapat dengan soal etika dalam berkarya walaupun soal seni kadangkala didefmisikan

sebagai hak individu pengkarya. Namun kesedaran terhadap tanggungjawab sosial serta

persoalan seperti apakah peranan seni dalam membangunkan pemikiran masyarakat dan

Page 8: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

negara harus diambii kira. Mungkin era dimana peijuangan ‘Seni Untuk Seni’ sudah

tidak sesuai dalam konteks peranannya didalam sebuah negara yang sedang membangun.

Selain daripada itu penyataan tersebut membuka minda para pengkarya dan

mencabar para pengkarya agar berkarya berlandaskan kesedaran terhadap persekitaran

masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai keunikan hubungan masyarakatnya.

Kekuatan jati diri dalam berkarya sangat penting dalam konteks ini bagi meyakinkan

pelukis terhadap segala proses seni yang dilakukan untuk memegang tanggungjawab

sosial demi memertabatkan seni budaya Melayu. Ianya juga akan meningkatkan

kefahaman pihak luar dalam mengenali pemikiran Melayu melalui Seni Tampak.

Peranan ‘Bentuk’ dan ‘Makna’ Dalam Karya Seni Tampak Kontemporer Untuk

Mengenali Jiwa Melayu

Terdapat beberapa aspek yang boleh kita hadkan dalam sesi perbincangan ini yang

boleh kita bawa untuk dikupas berkaitan dengan paparan konsep rupa dan jiwa Melayu

dalam karya seni tampak kontemporer Malaysia. Sebagai orang yang terlibat dalam seni

halus aspek ‘Bentuk’ memainkan peranan penting dalam membuat persepsi tampak

terhadap sesebuah karya seni. Malah ianya menjadi bahasa utama dalam memberi

pengenalan terhadap apa sebenamya yang dipaparkan dalam karya seni tampak,

umpamanya dari aspek imej, simbol, bahan, teknik, susunan, tajuk dan tema keseluruhan.

Disamping aspek ‘Bentuk’ selanjutnya adalah aspek ‘Makna’ yang secara

keseluruhannya akan dapat mengupas pemikiran serta falsafah yang terdapat dalam

karya-karya seni yang dihasnkan. Ianya pula harus berlaku dalam suasana yang terbuka

dimana mteipretasi penghayat harus di selaraskan dengan interaksi dengan pengkarya

selanjutnya. Kemungkinan-kemungkinan berlaku perdebatan berkaitan dengan karya seni

yang tidak selari dengan intepretasi sesetengah penghayat adalah perkara biasa dan harus

diterima. Ini kerana setiap manusia itu mempunyai perbezaan samada dari segi

budayanya, pemikirannya, status akedemiknya serta persepsinya terhadap sesuatu

7

Page 9: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

perkara. Apa yang penting ialah konsep ‘bemiusyuarah’ menerima pandangan orang lain

serta berkongsi maklumat ujud dalam suasana berdiskusi secara intelektual dan bijaksana.

Fungsi seni bukan sekadar dilihat dalam konteks susunan formalnya sahaja tetapi

juga dilihat dalam konteks simbol yang dipaparkan. Lambang atau simbol dalam

kesenian Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

i. Simbol yang dilambangkan sebaga’ status sosial.

ii. Simbol yang dilambangkan sebagai nilai dalam etika.

iii. Simbol yang dilambangkan sebagai ritual.

iv. Simbol yang dilambangkan sebagai keperiwaan, keberanian dan

Kekuasaan.

(Jahani Ali, 1993)

Kesinambungan Tradisi Kearah Kontemporari

Rajah 1

Menjadi seniman harus peka terhadap arus perkembangan seni. Persembahan

dalam bentuk galeri dan juga kehadiran pelbagai penghayat seni harus disedari oleh

Page 10: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

seniman. Kaedah dimana mempertingkatkan bentuk secara mengaplikasikan pengolahan

bahasa seni tampak secara maksimum adalah menjadi kewajiban dan tanggung jawab

seniman untuk seiring dengan gologan seniman seangkatan agar diterima dalam konteks

kontemporer.

Namun kesinambungan tradisi dalam bentuk konsep dan makna serta aturan

harus diteijemahkan dan dizahirkan samada dalam ‘bentuk’ yang dapat dikupas secara

visual oleh penghayat atau pun melalui jelmaan secara kesedaran terhadap nilai mengikut

tradisi. Kata-kata yang di petik dari Awang Had Salleh:

‘Satu sifat yang ketara dalam seni di negara ini ialah kewujudan dua dunia yang terasing;

dunia tradisional dan moden.Yang tradisional adalah, dunia yang bersifat terencat, dan

yang moden terasing. Seolah-olah tiada pertalian diantara keduanya. Dari satu sudut,

terdapat uk'ran-ukiran Melayu tradisional, seni khat, tenunan songket, dll...dari sudut

lain pula kita saksikan seni area moden, seni abstrak yang berlandaskan falsafah Barat

yang asing.’

Diatas kesedaran inilah kita dapati sudah mula kesedaran terhadap proses

kesinambungan kerja-keija seni dari budaya Melayu. Kerja-kerja seni contohnya seperti

seni ukiran kayu yang dahulunya telah mengharungi zaman kegemilangannya dan

sekarang ini telah dibawa semula oleh generasi seniman muda dalam ‘bentuk’ baru

dengan kesedaran terhadap ‘makna’ dan ‘falsafah’ serta ‘aturan’ di dalam budaya Melayu

(Rajah 1). Berpaksikan kepada kesedaran ‘falsafah’ , ‘makna’ serta ‘aturan’ inilah maka

seniman generasi muda mengharungi zaman kontemporer yang penuh dengan isu-isu

teknologi, ICT, ‘cyber world’, maya dan bermacam lagi.

9

Page 11: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

AIN l L / r \ 0 U I N l V L r O l 11 r L I N L / t L / i N M I N o

KN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PEN DIE

Gambar 4

Melihat dari segi bahan dan teknik yang digunakan oleh seniman tradisi dalam

penghasilan peralatan seperti jebak (Gambar 4) telah membawa kita kepada suatu

perasaan Melayu itu sendiri. Keindahan artistik ujud didalam peralatan yang dihasilkan

oleh seniman tradisi. Penampilan aspek budaya serta memaparkan cara hidup harian serta

penggunaan masa senggang yang terbaik bersesuaian dengan zaman adalah gambaran

halus yang berseni dipaparkan melalui karya seni tampak tradisi. Hasil karya seniman

tradisi sebenamya memaparkan penceritaan Melayu itu sendiri. Kemahiran pertukangan

serta sensitif terhadap bahan persekitaran menjadikan mereka dapat memaparkan karya

bentuk 3-Dimensi dengan baik. Sepertimana yang disebut oleh Prof. Taib Osman, bahan

dari alam yang dijadikan Tuhan akan senantiasa diolah dan dicipta semula oleh seniman

awal Melayu kepada barangan gunaan bagi memanfaatkan ahli di dalam masyarakatnya.

"The complexity o f tropical forest offered tremendous opportunities fo r the artist and

craftsman to exercise their creativity. Trees, with a multitude o f shapes, patterns, and

sizes o f leaves, fruits, barks and flowers, offered unlimited inspirations to the artist, while

the wood varying from light soft timbers and rattan with unique characteristics offered

tremendous possibilities fo r the craftsman. ” (Mohd Taib 0sman.2000)

10

Page 12: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Karya bertajuk ‘Benih’

Oleh Mad Anuar Ismail

Gambar 5

“Perkembangan senilukis moden M alaysia terpancar dari dalam keluar

didorong oleh kekuatan dan kekayaan yang terdapat daripada nilai-nilai

tradisi kebudayaan dan unsur alam sekitar dan bukan dipengaruhi dari

aliran seni luar. Dalam kata-kata yang lain aktiviti dan perkembangan

seni seniman Malaysia digerakan dari kekuatan rohani dan jasmani

seniman sendiri dan bukan dari pengaruh dangkal dari luar.” (Syed Ahmad Jamal. 1993)

Berdasarkan penyataan diatas oleh Tuan Syed Ahmad Jamal serta karya bertajuk

‘Benih’ (Gambar 5) oleh pengarca Mad Anuar sudah menampakkan usaha yang begitu

kuat dalam memaparkan konsep dan falsafah serta pemikiran Melayu dalam karya seni

kontemporari. Intipat; dalam karya tersebut sudah tentunya berasaskan kosmologi

Melayu itu sendiri, dan ianya tidak dapat lari dari kenyataan realiti kehidupan. Tokoh

Budayawan Allahyarham Ismail Zain (1979), ada menyatakan bahawa estetik bukan saja

lahir dari pertimbangan falsafah tetapi juga pertimbangan-pertimbangan politik ekonomi

dan sosiologi masyarakat, oleh itu jika kita hendak mendirikan estetik peribumi, kita

perlu menyoal tentang sistem-sistem yang kita amali.

Kemunculan karya-karya beridentitikan seni rupa Melayu atau berlandaskan

konsep rupa budi Melayu telah mula digarapkan dalam karya seni tampak kontemporer

Malaysia. Kita dapat lihat beberapa pameran bertemakan identiti, persoalan jati diri serta

Page 13: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

pameran yang mengupas pemikiran dan falsafah Melayu melalui bahasa visual telah

banyak diadakan di Balai Senilukis Negara. Perubahan ini begitu ketara kerana kesedaran

dikalangan pelukis dan penggiat seni terhadap asas berkarya berdasarkan budaya,

falsafah dan pemikiran masyarakat. Kenyataan perkaitan diantara peranan seniman, karya

seninya serta masyarakatnya adalah menjadi unggul dalam melihat pancaran rupa dan

jiwa. Oleh sebab itu pelukis di Malaysia sudah bergerak lama dalam memertabatkan seni

kontemporer dalam arus budaya sendir: yang lebih bermakna.

‘Era Pasca-Kemerdekaan pada dekad-dekad enam puluhan dan tujuh puluhan merupakan

suatu saat perubahan penting yang menentukan arah penglibatan para pelukis Malaysia

dengan seni moden sekular. Lebih tepat lagi, mereka memulakan suatu periode

mempersoalkan dan menilai kembali akan usaha untuk membebaskan diri daripada

belengu modenism Barat yang merosakkan tradisi dan kebudayaan mereka’ (Sulaiman

Isa. 1993)

Alat Muzik Rebab

Gambar 6

Karya bertajuk ‘Pemain Rebab’

Oleh Mad Anuar Ismail

( Gambar 7 )

Page 14: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Karya Bertajuk:‘Generation of Raw’

Pengkarya: Ramlan Abdullah

( Gambar 8 )

Kebebasan berkarya dan bereksperimen selama ini dengan pelbagai cara dan gaya

tidak mudah untuk menemukan arah sebenar jati diri jika tidak berpusatkan kearah

matlamat sebenar berkarya. Dalam pencarian rupa dan jiwa Melayu maka timbulah

karya-karya yang mula dilihat dapat mempamerkan pemikiran dan falsafah Melayu

melalui seni tampak Kemunculan karya-karya berteraskan kepada rupa dan jiwa Melayu

telah dapat menggarapkan pemikiran Melayu dalam karya seni tampak moden Malaysia.

(Gambar 6, 7 & 8 )

Namun sejauhmanakah kesedaran dikalangan para pengkarya ,penggiat seni dan

penghayat seni tampak kontemporer terhadap paparan rupa Melayu dapat menunjukkan

kesedaran dan paparan pemikiran Melayu dalam konteks jiwanya masih menimbulkan

persoalan ? Yang menjadi persoalan besar sekarang ini ialah apakah kriteria yang boleh

menentukan bahawa sesebuah karya seni tampak itu sudah mempunyai pencapaian

terhadap memaparkan pemikiran dan falsafah Melayu?

Sepertimana yang diketahui sem ua, ada pendapat yang menyatakan:

- KARYA VISUAL BOLEH MEMBERI SERIBU MAKNA..........

- SUDAH TENTU MAKNA DIBINA OLEH PELUKIS DAN JUGA

13

Page 15: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

PENGHAYAT.............

- MELALUI SIMBOLNYA ? IMEJ ? BAHAN ? TAJUK ? TEMA ? .....

- ATAS DASAR....PENGALAMAN, TAHAP AKEDEMIK, BUDAYA,

PERSEKITARAN, PERSEPSI DAN PELBAGAI LAGI YANG TIDAK SAMA

Karya Bertajuk: ‘ICesatuan Dalam Kepelbagaian’

Pengkarya: Din Omar

Gambar 10

Manifestasi Jiwa Melayu Dalam Seni Tampak 3-Dimensi

Perkataan manifestasi membawa maksud penyataan atau penjelmaan semula

dalam bentuk karya seni. Proses penyataan semula serta penjelmaan simbol, imej,

pemikiran dan juga konsep budaya Melayu tradisi seperti raj in, tekun, berhati-hati, kreatif

dan ramah dapat diterjemahkan kedalam bentuk seni tampak Ianya adalah satu proses

penjelmaan yang memerlukan kemahiran antara disiplin. Ianya juga adalah hasil daripada

14

Page 16: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

proses penghayatan terhadap pemikiran dan fasafah budaya Melayu melalui pemerhatian

dan kepekaan pelukis dalam kontek seni tampak. Proses penjelmaan pemikiran serta

falsafah Melayu kedalam bahasa tampak memerlukan kebijaksanaan pentafsiran dan

penteijemahan ‘bentuk’ dan ‘makna’. Proses menjelmakan dan menyatakan rupa Melayu

dengan kesedaran terhadap nilai estetika kedalam bentuk seni tampak adalah satu proses

yang memenatkan dan memerlukan usaha-usaha berterusan terhadap menampakkan

kesinambungan karya seni 3-Dimensi berasaskan buds Melayu. (Gambar 9 & 10 )

Nilai Budi Melayu Dalam karya Kontemporer

Masyarakat Melayu begitu menitik beratkan kepada hidup berbudi. Hidup berbudi

dan berbakti adalah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Hilangnya nilai budi menyebabkan hilangnya nilai bangsa. Penghayatan semula terhadap

pentingnya nilai budi dalam kehidupan yang telah digarapkan oleh orang Melayu sejak

zaman dahulu lagi harus di hayati kembali oleh generasi sekarang. Dalam pantun Melayu

ada menyebut;

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Sendi Bangsa ialah budi

Runtuh budi mntuhlah bangsa

Budi didalam definisi bahasa adalah bermaksud tutur kata, budi bahasa, kejujuran,

keadilan, pemurah, timbangrasa, perangai yang baik, watak yang baik, budi pekerti,

berterima kasih dan akhlak yang terpuji.

Budi juga memberi maksud kelakuan yang baik, kesopanan, keadapan, adapt

istiadat dan tingkahlaku. Didalam Kamus Dewan pula menteijemahkan budi sebagai

perbuatan yang baik, sifat yang baik, watak yang baik, perangai yang baik, kebajiakn,

akal, kebijaksanaan dan akhlak yang terpuji.

15

Page 17: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Kesimpuian

Kekuatan karya yang bercirikan budaya dan kesenian tradisi adalah menjadi satu

kepuasan dalam menghasilkan karya dikalangan pelukis kontemporer. Tidak berlakunya

keraguan dalam persoalan berkarya serta memaparkan keyakinan terhadap karya yang

dihasilkan adalah sesuatu yang memberi nikmat kepuasan kepada pelukis untuk

berkongsi llham dengan masyarakat. Seterusnya akan dapat memberi keyakinan kepada

pelukis untuk memperjelaskan falsafah dan pemikirannya dalam berkarya serta

mempunyai dasar yang kuat bagi memperkukuhkan lagi penyataan pelukis.

Kesinambungan bahan, pemikiran, falsafah serta teknik sebenamya adalah menjadi teras

dalam menampakkan rupa dan jiwa Melayu dalam penghasilan karya sen, tampak

kontemporari.

Bibliografi:

Art and Spiritual: 1995. Kuala Lumpur: alai Seni Lukis Negara.

Mohd Taib Osman (1983). Kajian Budaya Dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jahani Ali. Kesenian Melayu Dari Perspektif Sosiologi - Budaya. Ceramah Terbuka

Rupa & Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Sezaman: 16 17 Jun 1993.

Jean Duvignaud (1972). The Socialogy Of A rt London: Palladin.

Mohd Taib Osman (2000). Islamic Civilisation In The Malay World. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rupa Dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman, 1993.

Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

16

Page 18: Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus

Rupa Malaysia: Meninjau seni lukis moden Malaysia, 1 5 - 3 0 September 2001. Kuala

Lumpur: Balai Senilukis Negara.

Salah Faham Tentang Melayu: Mingguan Malaysia Ahad 8 Jun 2003. Ruangan Penulis

Tamu.

Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus (2002). Pemikiran Melayu ' entang Alam >an

Hakikat Diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

W a was an Dan Idea: Katalog Pameran Melihat Semula Seni Lukis Moden Malaysia,

1994. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

17