®
http://www.youtube.com/watch?v=45e1XuA-oLY –camera in real life
UNIT 7 : KAMERA DAN PERSPEKTIF
Objektif :Selepas mengikuti unit ini murid dapat : Memahami konsep sudut pandangan kamera dan
sudut pandangan perspektif. Mengetahui jenis-jenis pergerakan kamera
seperti pan, zoom, dan dolly. Meletakkan kamera ke dalam scene.
Sudut pandangan kamera adalah sudut pandangan orang yang memandang melalui sesebuah kamera maya.
Melalui sudut pandangan ini, orang yang memandang boleh mengubah setting yang menyamai kamera biasa.
Dengan membuat pergerakan pada kamera akan menghasilkan satu bentuk animasi yang kompleks dan menarik.
Seperti kamera biasa, kamera maya dalam konsep 3D juga boleh melakukan teknik-teknik zoom, pan dan dolly.
Teknik pan digunakan untuk menghasilkan pandangan pergerakan kamera sama ada dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Dalam bidang perfileman yang sebenar, pergerakan pan ini biasanya dibantu dengan ‘rail’ sebagai landasan untuk menghasilkan satu pergerakan yang stabil. Dalam konsep 3D, teknik pan dicapai dengan cara memasukkan nilai-nilai koordinasi X, Y dan Z pada setiap objek.
Teknik dolly adalah teknik menggerakkan kamera secara berpusing ke atas dan ke bawah sementara sudut pandangan dan titik fokus tertumpu kepada objek. Dalam konsep 3D, teknik ini boleh dilakukan dengan kaedah pemusingan kamera antara 180o hingga 360o. Teknik zoom kamera digerakkan secara mendekat dan menjauh daripada objek untuk menghasilkan zoom in dan zoom out.
1.AKTIVITI
2.PROJEKSimpan hasil kerja anda dengan nama
• Camera.max
• Front view
• Perspective view
• Top view
• Left view
UNIT 9 : RENDERING 3D
Objektif :Selepas mengikuti unit ini murid dapat : Memahami konsep rendering dalam aplikasi 3D. Menghasilkan grafik 3D.
• Rendering adalah proses mengumpul maklumat animasi yang telah diskripkan melalui perbezaan nilai-nilai kedudukan sesuatu objek di atas satah X, Y dan Z, atau satu komposisi 3D kepada rentetan gambar yang berbentuk 2D.
• proses yang terakhir yang mesti dilakukan setelah sesuatu objek dipastikan dengan komposisinya seperti bentuk tekstur, pencahayaan, dan pergerakan sebelum sesebuah animasi itu dapat dihasilkan dalam bentuk klip video, filem dan sebagainya.
• Model-model yang telah dirender, boleh disimpan di dalam pelbagai bentuk fail animasi seperti fli, flc, avi, mov, mpeg dan lain-lain lagi.
REFLEKSI
UNIT 3UNIT 5
UNIT 6 & 7
KESIMPULAN
UNIT 7 : KAMERA DAN PERSPEKTIF
Top Related