FAKTOR PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR LEPASAN DIPLOMA DAN MATRIKULASI
AHMAD FARID BIN MOHD ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
7 November 2008 7 November 2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT.
Tarikh : 7 November 2008
iii
FAKTOR PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR LEPASAN
DIPLOMA DAN MATRIKULASI
AHMAD FARID BIN MOHD ALI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : AHMAD FARID BIN MOHD ALI.
Tarikh : 7 November 2008
v
DEDIKASI
Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat
Arwahyarham dan bonda.......
Mohd Ali Bin Omar Hata Sum Binti Ismail
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap
detik perjalanan hidup anakandamu ini. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam membesarkanku
tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan
masih tidak terbalas jasa-jasamu itu hanya Allah yang dapat membalasnya
Buat seluruh ahli keluargaku...... Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi
suntikan semangat bagi diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini hanya ucapan terima kasih daku ucapkan
Guru-guru dan pensyarah-pensyarah..... Segala jasa baktimu tetapku kenang
Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara
Khas buatmu teman.... Sepanjang tempoh perkenalan ini
banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi bersama Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya
Setiap pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih mampu ku ungkapkan
Pada kesempatan ini, Sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku lakukan seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian..........wassalam
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada En Mahyuddin
Bin Arsat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi
tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan
Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti Teknologi Malaysia,
Johor Bahru yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
vii
ABSTRAK
Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya.
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan
Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada empat persoalan kajian iaitu
persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial
dan latar belakang pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Nilai
pekali kebolehkepercayaan kajian ini adalah α = 0.827. Data di analisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 12.0.
Hasil keseluruhan kajian menunjukkan faktor persediaan pelajar dari segi usia,
persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial berada pada tahap tinggi. Hanya
faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap yang sederhana bagi pelajar
lepasan diploma. Bagi pelajar lepasan matrikulasi pula, faktor persediaan pelajar dari
segi usia dan peranan sosial berada pada tahap tinggi. Manakala faktor persediaan
pelajar dari segi motivasi dan faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap
yang sederhana. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap
pencapaian akademik pelajar diantaranya mewujudkan komunikasi dua hala antara
guru dan murid dengan mengambil bahagian secara aktif didalam aktiviti kelas
seperti memberi pendapat dan idea.
viii
ABSTRACT
Levels of academic achievement individual are different among each other.
This different is occur because of various influencing factor. The purpose of the
descriptive study is to identify factors which influence academic achievement
different among fourth year diploma and matriculation student in the Technical and
Engineering Department, Education Faculty, Malaysia Technology University. This
study focused on four aspects, student preparation based on age, student preparation
based on motivation, social role and educational background. The instrument used
this study was a set of questionnaire. Reliability of coefficient value for the
instrument is α = 0.827. Analysis of descriptive statistic was used in data analysis by
using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0. The overall
result showed that student’s preparation based on age, student’s preparation based on
motivation, social role are high influence level. Whereby education background
factor in medium level for diploma student. For matriculation student, preparation
based on age and social role are high influence level and preparation based on
motivational and educational background were medium level influence. From this
study, several actions should be taken to improve the level of student achievement
such as built up the two ways communication between teacher and student with
participate actively in class activity such as give the opinion and idea.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Rasional Kajian 6
x
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 7
1.7.1 Faktor 7
1.7.2 Pengaruh 8
1.7.3 Cemerlang 8
1.7.4 Akademik 8
1.7.5 Pelajar 9
1.8 Rumusan 9
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Persediaan Pelajar Dari Segi Usia Dalam 10
Proses Pembelajaran Mempengaruhi
Kecemerlangan Akademik
2.2 Persediaan Pelajar Dari Segi Motivasi Dalam 12
Proses Pembelajaran Mempengaruhi
Kecemerlangan Akademik
2.3 Peranan Sosial Dalam Membantu 16
Mempengaruhi Kecemerlangan Akademik
2.4 Pengaruh Latar Belakang Pendidikan Dalam 18
Mempengaruhi Kecemerlangan Akademik
2.5 Rumusan 21
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 21
3.1 Rekabentuk Kajian 21
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.3 Instrumen Kajian 23
3.4 Prosedur Kajian 25
xi
3.5 Kajian Rintis 26
3.6 Analisis Data 27
3.7 Rumusan 29
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 30
4.1 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 32
4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan 32
Jantina
4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan 33
Bangsa
4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan 33
Pekerjaan Ibubapa
4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan 34
Pendapatan Ibubapa sebulan.
4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan 35
Kelulusan Akademik Tertinggi
Ibubapa
4.1.6 Taburan Responden Berdasarkan 35
Kursus
4.1.7 Taburan Responden Berdasarkan 36
Kelulusan Akademik
4.2 Analisis Bahagian B – Pernyataan Maklumbalas 37
Responden
4.2.1 Sejauhmanakah persediaan pelajar 37
dari segi usia dalam proses
pembelajaran mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
xii
4.2.2 Sejauhmanakah persediaan pelajar 42
dari segi motivasi dalam proses
pembelajaran mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
4.2.3 Sejauhmanakah peranan sosial dalam 46
membantu mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
4.2.4 Sejauhmanakah latar belakang 50
pendidikan dalam mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
4.3 Analisis Keseluruhan bahagian B 53
4.4 Rumusan 54
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 55
5.1 Perbincangan 56
5.1.1 Latar Belakang Pelajar 56
5.1.2 Sejauhmanakah persediaan pelajar 58
dari segi usia dalam proses
pembelajaran mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
5.1.3 Sejauhmanakah persediaan pelajar 61
dari segi motivasi dalam proses
pembelajaran mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
5.1.4 Sejauhmanakah peranan sosial 66
dalam membantu mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
xiii
5.1.5 Sejauhmanakah latar belakang 69
pendidikan dalam mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 72
5.3 Cadangan 74
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.5 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78
LAMPIRAN
Lampiran A
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 24
3.2 Item Soal Selidik 25
3.3 Kaedah Menganalisis Data 28
3.4 Pengkelasan Maklum Balas Responden 28
Berdasarkan Skor Min
4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 31
4.2 Jadual Skala Likert 31
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 32
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 33
4.5 Taburan Responden Berdasarkan 34
Pekerjaan Ibubapa
4.6 Taburan Responden Berdasarkan 34
Pendapatan Ibubapa Sebulan
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 35
Akademik Tertinggi Ibubapa
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 36
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 36
Akademik
xv
4.10 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 38
Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor
Persediaan Pelajar Dari Segi Usia Diantara
Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi
4.11 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 42
Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor
Persediaan Pelajar Dari Motivasi Diantara
Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi
4.12 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 46
Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor
Peranan Sosial Diantara Pelajar Lepasan
Diploma Dan Matrikulasi
4.13 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 50
Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor
Latar Belakang Pendidikan Diantara Pelajar
Lepasan Diploma Dan Matrikulasi
4.14 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor 54
Kecemerlangan Akademik Pelajar Lepasan
Diploma Dan Matrikulasi
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
5.1 Graf Min Persediaan Pelajar dari Segi Usia 58 5.2 Graf Min Bagi Soalan Item No.2 ( Saya 59
tidak bermasalah dengan perbezaan usia rakan-rakan)
5.3 Graf Min Persediaan Pelajar dari Segi 61
Motivasi 5.4 Graf Min Bagi Soalan Item No.8 ( Saya 63
mampu memberikan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran )
5.5 Graf Min Peranan Sosial 66 5.6 Graf Min Bagi Soalan Item No.16 ( Saya 67
selalu berbincang dengan ibubapa saya apabila menghadapi masalah di dalam pelajaran )
5.7 Graf Min Latar Belakang Pendidikan 69 5.8 Graf Min Bagi Soalan Item No.24 ( Saya 70
tidak pernah gagal dalam peperiksaan akademik )
5.9 Graf Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor 72
Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi
xvii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
α - Alpha Cronbach
ƒ - Kekerapan
% - Peratus
ST - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
UPSR - Ujian Penilaian Menengah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statiscal package for the Social Science
N - Responden
D - Diploma
M - Matrikulasi
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja di dorong oleh masyarakat yang
berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap
individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhalak mulia dan
berketerampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalam dan kesejahteraan
jasmaninya. Para pelajar dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam
zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam
menguasai ilmu amat diperlukan (Hishammudin Hussein, 2005).
Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya dikatakan pelajar yang
pintar cerdas atau berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding
rakan seusia mereka. Walaupun begitu, tiada satupun himpunan sifat yang tetap bagi
pelajar yang pintar cerdas ini, tetapi setiap orang pelajar adalah insan ciptaan tuhan
yang memiliki kekuatan dan kelemahan diri yang tertentu. Kebolehan kognitif pelajar
yang cemerlang ini selalunya di miliki secara bersendirian, tetapi mereka tetap
memerlukan bimbingan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa, guru, pentadbir
sekolah dan rakan seperjuangan untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap
yang optimum (Nik Aziz, 1990).
2
Khairul Anuar Hasnan (2000), menyatakan bahawa guru sebagai ejen
penyampai ilmu kepada pelajar. Guru memainkan peranan yang sangat penting.
Kesungguhan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan menjadikan salah satu
faktor kejayaan sesebuah sekolah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Salihah Siasis (1999), mengatakan suatu perubahan sikap positif perlu
dipupuk, dibaja dan disiram setiap hari manakala kemahiran asas yang diperlukan
untuk melakukan suatu usaha dan untuk mencapai kejayaan cemerlang, tidak akan
diperolehi dikuasai dan diamalkan oleh seseorang dengan hanya melakukan suatu
usaha sambil lewa sahaja. Ia mesti dipelajari, difahami dan diamalkan secara
bersungguh-sungguh dan berterusan.
Menurut Astin (1985) dalam Hussein Mahmood, konsep kecemerlangan itu
harus merangkumi perkembangan intelektual dan kendiri para pelajar serta
kerelevanan kurikulum itu dengan keperluan pelajar. Dalam hubungan ini, institusi
pengajian harus dapat menjamin perkembangan intelektual dan sahsiah pelajar serta
dapat pula menyediakan peluang pendidikan untuk semua pelajar. Pendidikan yang
diberikan oleh institusi pengajian mampu mengembangkan bakat, kebolehan berfikir
dan kreativiti para pelajar. Pendidikan juga seharusnya dapat memberikan para
pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang
berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang
berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu
mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara
sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-
pelajarnya.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta
menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek
“emovere” yang membawa maksud ‘untuk keluar’. Emosi akan ditonjolkan keluar
sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan
sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa
perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).
Menurut Mohd Yusof Othman (1993), pendidik merupakan sumber
terpenting dalam pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pendidik adalah sumber
dan pelajar merupakan sasaran. Oleh yang demikian, proses pembelajaran yang baik
hanya akan berlaku jika wujudnya hubungan yang baik antara pendidik dan pelajar.
Pelajar cemerlang akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan hubungannya
dengan pendidik.
Kajian yang dijalankan oleh Abu Bakar (1991) ke atas 304 murid lelaki dan
perempuan di darjah dua, empat dan enam sekolah rendah kebangsaan di negeri
Selangor mendapati pencapaian akademik yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran
mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran
tersebut. Lebih tinggi pencapaian seseorang itu maka sikapnya terhadap mata
pelajaran tersebut juga menjadi lebih positif.
Kajian disokong Hussein Mahmood (2003), kecemerlangan sesebuah institusi
pengajian bererti kejayaan yang bermutu yang dicapai olehnya. Kecemerlangan
dikaitkan dengan kejayaan pelajar dalam bidang akademik. Institusi pengajian yang
dapat melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam (misalnya
SPM) serta kualiti yang baik (berapa ramai yang mendapat gred 1 dan berapa A1
4
yang diperoleh oleh seseorang pelajar) dikatakan institusi pengajian yang baik atau
cemerlang.
Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti adakah faktor
persediaan pelajar dari segi motivasi, faktor usia, faktor sosial serta latar belakang
pendidikan mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, usaha ke arah
meningkatkan pencapaian akademik perlu digiatkan lagi oleh para pelajar khususnya
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan pendidikan mestilah secara
menyeluruh yang berasaskan sekolah (school based improvement). Dalam kajian ini,
pengkaji telah memilih untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan
kecemerlangan akademik pelajar. Penyelidik telah memilih Universiti Teknologi
Malaysia sebagai tempat kajian.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat
Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik dan Kejuruteraan lepasan diploma dan
matrikulasi di Universiti Teknologi Malaysia. Secara khususnya kajian bertujuan
untuk :
i. Mengenalpasti persediaan pelajar dari segi usia dalam proses
pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik.
5
ii. Mengenalpasti persediaan pelajar dari segi motivasi dalam proses
pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik.
iii. Mengenalpasti peranan sosial dalam membantu mempengaruhi
kecemerlangan akademik.
iv. Mengenalpasti latar belakang pendidikan dalam mempengaruhi
kecemerlangan akademik.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah :
i. Sejauhmanakah persediaan pelajar dari segi usia dalam proses
pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik?
ii. Sejauhmanakah persediaan pelajar dari segi motivasi dalam proses
pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik?
iii. Sejauhmanakah peranan sosial dalam membantu mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
iv. Sejauhmanakah latar belakang pendidikan dalam mempengaruhi
kecemerlangan akademik?
Top Related