ZT1042 HUBUNGAN ETNIK
TAJUK 5
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE
OBJEKTIF PENGAJARAN
• Menjelaskan toleransi yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia.
• Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
• Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
• Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.
• Perlembagaan Malaysia adalah– Bertulis– Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13
Jadual– Menyentuh bidang kuasa perundangan,
kehakiman dan eksekutif– Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
Di Ambang Kemerdekaan
• 1956 (Januari) rombongan kemerdekaan ke London, diketuai TAR (nama wakil-wakil rujuk ms 102).
• Rundingan berlangsung 18 Jan – 8 Feb, persetujuan dicapai melalui Perjanjian London:– Merdeka 31 Ogos– Mesti dalam Komanwel, mesti demokrasi– Hak untuk tempatkan tentera– Suruhanjaya Reid untuk gubal perlembagaan
Kontrak Sosial
• Orang Bukan Melayu diberi kewarganegaraan melalui prinsip jus soli
• Orang Melayu diberi peruntukan istimewa:– Agama Islam– Bahasa Melayu– Kedudukan istimewa orang-orang Melayu– Kedudukan Raja-raja Melayu
6.4 Unsur-unsur Tradisi
Unsur-Unsur Tradisi
• Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi:– bahasa, – agama, – kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan– pemerintahan beraja
• Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana – Ia telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. – Berperanan menstabilkan sistem politik negara
dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
– Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.
– Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:
– Orang Melayu diberikan hak istimewa, – Islam menjadi agama persekutuan dan– Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
– Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
6.46.4Unsur-unsur Unsur-unsur Tradisi Dalam Tradisi Dalam Perlembagaan Perlembagaan
MalaysiaMalaysia
6.4.1 6.4.1
Bahasa MelayuBahasa Melayu
6.4.3 6.4.3 Kedudukan Kedudukan Istimewa Orang Istimewa Orang Melayu & Melayu & Bumiputera S & SBumiputera S & S
6.4.26.4.2
Agama IslamAgama Islam
6.4.46.4.4
Pemerintahan Pemerintahan BerajaBeraja
Unsur-Unsur Tradisi
• Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia– I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas
diamalkan– II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
– III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
– IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.
Unsur-Unsur Tradisi
– V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
– VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
– VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
• Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
• Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia.
• Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.
Unsur-Unsur Tradisi
• Difokuskan kepada tiga– Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
– Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
– Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
– Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.
– Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:
• Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
• Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:
– Perkara 11 (4) :
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.
– Perkara 12 (2):– ‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri
menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan’.
– Perkara 121 (A)– ‘ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan
dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.
– Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
– Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya
– Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:
• Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
• Menganut agama Islam.
• Mengamalkan adat istiadat Melayu.
– Manakala takrifan bumiputera ;• Sarawak
– terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.
• Sabah – anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli
Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
• Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
• Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu
Kerasionalan Perkara 153
• Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan
Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran
Tahun Bilangan
1957 (31 Ogos – 31 Disember 1957 120078
1958 822567
1959 67227
1960 77858
Sumber: Pendaftar Besar Warganegara
Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi KaumKaum 1955 1959Melayu 84.2 56.2Cina 11.2 35.9India / lain-lain 4.6 7.8Jumlah 100 100 Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya
6.56.5 Rasional Rasional
Perkara 153Perkara 153
6.5.1 6.5.1
Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awam
6.5.3 6.5.3
PendidikanPendidikan
6.5.26.5.2
EkonomiEkonomi
Kerasionalan Perkara 153– 2. Ekonomi
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)
• Jurang Pendapatan melebar antara etnik• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai
timur• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya
2.4% tahun 1970• Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999
Kumpulan Hak Milik1995 1999
Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah)
20.6 19.1
Cina 40.9 37.9
India 1.5 1.5
Rakyat Asing 27.7 32.7
Syarikat Nomini 8.3 7.9
Jumlah 100 100
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
Jurang pendapatan antara kaum
Luar Bandar : BandarBumiputera : CinaBumiputera : India
1: 2.11: 2.31: 1.8
1970 1980 1990 2002Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah 1999
1: 1.81: 1.91: 13
1: 1.71: 1.71: 13
1: 1.81: 1.71: 1.4
1: 2.11: 1.81: 1.3
Kerasionalan Perkara 153– Pendidikan
• Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu
• Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970
• Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005
Peringkat Pendidikan
1995 2000 2005
Ijazah 75,709 170,794 244,527
Diploma 46,480 92,304 148,025
Jumlah 122,189 263,098 392,552
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003
• Akauntan
• Arkitek
• Doktor
• Doktor Gigi
• Doktor Veterinar
• Jurutera
• Juru Ukur
• Peguam
JUMLAH
Bumi Cina India Bumi Cina India11.2
23.6
27.8
24.3
35.9
34.8
44.7
22.3
29.0
81.2
74.4
34.7
50.7
23.7
58.2
49.6
50.0
55.9
6.2
1.2
34.4
23.7
37.0
5.3
3.7
26.5
13.2
20.0
43.6
38.5
38.2
40.1
43.5
46.0
35.1
37.2
74.6
52.6
29.9
40.3
29.8
50.1
49.3
38.4
50.1
5.1
1.3
27.5
19.1
25.7
5.3
3.1
25.8
11.2
1990 2002
Profesion
Kerasionalan Perkara 153• Pendidikan
– Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu
– IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan Kolej Tafe
– Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi– Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi
dengan IPTS– Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN
Rasional Perkara 152
• Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lain
• Menjadi bahasa lingua franca
• Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
• Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
Rasional Perkara 3• Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan
agama lain• Telah bertapak 600 tahun lalu• Perkara 160 mendefinisikan Melayu• Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat
istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah• Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini• Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam
kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut
Kesimpulan
• Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.
• Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.
• Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin
Top Related