AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
2
KANDUNGAN
1. Kaedah-Kaedah Universiti Malaya
(Pengajian Diploma Eksekutif) 2012
2. Peraturan-Peraturan Universiti Malaya
(Pengajian Diploma Eksekutif) 2012
Jadual A - Caj Yuran Pengajian dan Bayaran Lain
Jadual B - Arahan Kepada Calon Peperiksaan
3
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
SUSUNAN KAEDAH
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Kaedah muka surat
1. Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian 5
2. Tafsiran 5
BAHAGIAN II
SYARAT PENERIMAAN MASUK
3. Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma Eksekutif 8
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
4. Pendaftaran Sebagai Pelajar Program Pengajian Diploma Eksekutif 9
5. Pertukaran Program Pengajian Diploma Eksekutif 9
BAHAGIAN IV
BAYARAN
6. Menjelaskan Bayaran 10
7. Hak Mengubah Kadar Yuran Pengajian dan Bayaran Lain 10
8. Tempoh Menjelaskan Yuran Pengajian dan Bayaran Lain 10
9. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian dan Bayaran Lain 10
BAHAGIAN V
TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN
10. Tempoh Program Pengajian Diploma Eksekutif 11
11. Tempoh Minimum dan Tempoh Maksimum Program Pengajian 11
Diploma Eksekutif
4
BAHAGIAN VI
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIANDIPLOMA EKSEKUTIF
12. Program Pengajian Diploma Eksekutif 11
13. Struktur Program Pengajian Diploma Eksekutif 11
14. Komponen Kursus 11
BAHAGIAN VII
PEPERIKSAAN
15. Jenis Peperiksaan 12
16. Jawatankuasa Pemeriksa 12
BAHAGIAN VIII
PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF
17. Syarat Penganugerahan Diploma Eksekutif 12
BAHAGIAN IX
AM
18. Penamatan Status Akademik Pelajar 13
19. Kuasa Senat Membuat Peraturan 13
20. Pengecualian Pemakaian 13
21. Pematuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan 13
Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
Universiti
5
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen37(1) Perlembagaan
Universiti Malaya 2010 [P.U. (A) 444/2010] Lembaga Pengarah Universiti Malaya
membuat kaedah–kaedah berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian
(1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya
(Pengajian Diploma Eksekutif) 2012 dan hendaklah mula berkuatkuasa
mulai Ambilan Oktober 2012.
(2) Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti
Malaya yang mengikuti program Diploma Eksekutif mulai ambilan Oktober
2012 dan selepas itu.
2. Tafsiran
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain –
“ambilan” ertinya pelajar yang diterima masuk ke program Diploma Eksekutif
mengikut jadual yang diluluskan;
“bidang pengajian” ertinya pengkhususan yang ditawarkan di dalam sesuatu
program pengajian Diploma Eksekutif;
”Jawatankuasa Pemeriksa” ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Senat
atas perakuan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya untuk
mempertimbangkan keputusan peperiksaan dan menjalankan apa-apa kuasa lain
yang diberi kepadanya menurut peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau peraturan-
peraturan yang berkenaan;
“Ketua Bahagian” ertinya staf bukan akademik yang dilantik oleh Pusat
Pendidikan Berterusan Universiti Malaya untuk mengetuai sesuatu
jabatan/bahagian yang berkenaan;
6
“kluster” ertinya program-program yang dikenal pasti daripada bidang pengajian
yang berkenaan yang diletakkan dalam satu kategori kumpulan;
”kredit” ertinya ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau
beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu;
“kredit dapat” ertinya suatu kredit yang diperolehi oleh seseorang pelajar bagi
sesuatu kursus yang dijalani dalam program pengajiannya tetapi gred yang
diperolehi bagi kursus tersebut tidak diambil kira di dalam pengiraan Purata Nilai
Gred dan Purata Nilai Gred Kumulatif;
“kredit kira” ertinya suatu kredit yang diperolehi oleh seseorang pelajar bagi
sesuatu kursus yang dijalani dalam program pengajiannya dan gred yang
diperolehi bagi kursus tersebut diambil kira di dalam pengiraan Purata Nilai Gred
dan Purata Nilai Gred Kumulatif;
“Kursus” ertinya satu unit pengajian atau latihan yang dijalankan sepanjang satu
tempoh yang ditetapkan, yang menyumbang kredit kepada sesuatu program
pengajian Diploma Eksekutif;
“Naib Canselor” ertinya ketua pegawai eksekutif bagi Universiti yang dilantik
menurut peruntukan seksyen 12(1) Perlembagaan;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar yang sedang mengikuti mana-mana
program pengajian Diploma Eksekutif;
“Pendaftar” ertinya seorang pegawai Universiti yang dilantik menurut seksyen 14
Perlembagaan;
“Pengarah” ertinya Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
yang dilantik menurut peruntukan subseksyen 24(5) Perlembagaan;
“Pengurus Program” ertinya staf bukan akademik yang dilantik oleh Pusat
Pendidikan Berterusan Universiti Malaya untuk mengurus tadbir program Diploma
Eksekutif;
“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Universiti Malaya;
“Penyelaras Akademik” ertinya staf akademik yang dilantik sepenuh masa atau
separuh masa oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya untuk
menjalankan tugas berkaitan hal ehwal akademik sesuatu program pengajian;
“PNG” ertinya Purata Nilai Gred yang ditentukan dengan membahagikan jumlah
mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu
semester;
7
“PNGK” ertinya Purata Nilai Gred Kumulatif yang ditentukan dengan
membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang telah
diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini bagi kursus di dalam
program pengajiannya;
“Program pengajian Diploma Eksekutif” ertinya sekumpulan kursus dan/atau
latihan yang dirancang dan disediakan bagi memenuhi keperluan untuk
dianugerahkan Diploma Eksekutif;
“semester” ertinya sesuatu tempoh pengajian bagi sesuatu ambilan mengikut
jadual yang telah diluluskan oleh Naib Canselor;
“Senat” ertinya salah satu Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan menurut
peruntukan seksyen 22(1) Perlembagaan;
“UMCCed” ertinya Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya;
“Universiti” ertinya Universiti Malaya.
8
BAHAGIAN II
SYARAT PENERIMAAN MASUK
3. Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma Eksekutif
(1) Keperluan/Kelayakan Asas
(a) Setiap calon warganegara berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh permohonan yang ingin mengikuti program pengajian Diploma Eksekutif hendaklah memenuhi syarat am seperti berikut:
(i) Lulus sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)/setaraf dengan baik dengan tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.”
(b) Setiap calon bukan warganegara yang ingin mengikuti program
pengajian Diploma di Universiti hendaklah memenuhi syarat am seperti berikut:
(i) Lulus sekurang-kurangnya „O‟ Level dengan baik atau lain-
lain kelulusan yang diiktiraf oleh Senat; dan
(ii) Memperolehi sekurang-kurangnya skor sebanyak 550 (PBT),
213 (CBT) atau 80 (IBT) bagi Test of English as a Foreign
Language (TOEFL) atau band 6 bagi International English
Language Testing System (IELTS) atau English Language
Proficiency Programme (ELPP) tahap 6 (Tinggi); dan
(iii) Mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan.
(2) Kemasukan pelajar ke mana-mana program pengajian Diploma Eksekutif
hendaklah setelah memenuhi syarat penerimaan masuk yang ditetapkan
oleh Senat dan tertakluk kepada:
(a) membayar yuran tertentu; dan
(b) mendaftar sebagai pelajar program pengajian.
(3) Kemasukan bagi program pengajian Diploma Eksekutif adalah pada
permulaan setiap ambilan.
(4) Setiap tawaran kemasukan adalah untuk sesuatu ambilan tertentu.
9
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
4. Pendaftaran Sebagai Pelajar Program Pengajian Diploma Eksekutif
(1) Pemohon yang ditawarkan oleh Universiti untuk mengikuti program
pengajian Diploma Eksekutif dan menerima tawaran tersebut dikehendaki
mendaftar mengikut peraturan di bawah Peraturan-Peraturan Universiti
Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012.
(2) Tertakluk kepada subkaedah (3) di bawah pelajar yang mendaftar dikenali
sebagai pelajar Universiti dan nama pelajar tersebut hendaklah
disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga pelajar berjaya
menamatkan program pengajian Diploma Eksekutifnya dan Senat
mengesahkan pelajar tersebut layak dianugerahkan Diploma Eksekutif
atau sehingga atas sebab tertentu pelajar tersebut hilang kelayakannya
menjadi pelajar Universiti mengikut mana yang terdahulu.
(3) Atas sebab perubatan, perikemanusiaan atau apa-apa sebab lain yang
difikirkan munasabah oleh Pengarah, seseorang pelajar boleh
dipertimbangkan penangguhan pendaftaran pengajiannya. Walau
bagaimanapun, penangguhan hanya dibenarkan sehingga kepada ambilan
berikutnya seperti yang ditetapkan oleh UMCCed. Tawaran akan
diluputkan sekiranya pelajar tidak juga mendaftar pada ambilan yang
berkenaan.
(4) Walau apapun yang dinyatakan oleh subkaedah (1) di atas dan tertakluk
kepada subkaedah (3), Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan
pendaftaran mana-mana pelajar sekiranya pada pandangan Senat pelajar
tersebut atas sebab-sebab akademik yang ditentukan oleh Senat, tidak
mampu meneruskan program pengajian Diploma Eksekutifnya. Nama
pelajar tersebut hendaklah digugurkan daripada senarai daftar pelajar
Universiti dan pelajar tersebut hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar
Universiti. Keputusan Senat yang dibuat menurut peruntukan ini adalah
muktamad.
(5) Pelajar dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu program
pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Universiti atau di
institusi atau universiti lain.
5. Pertukaran Program Pengajian Diploma Eksekutif
(1) Pertukaran program pengajian Diploma Eksekutif boleh dilakukan oleh
seseorang pelajar selepas ia telah mendaftarkan program pengajian asal
yang ia ditawarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
10
(a) Pertukaran program pengajian Diploma Eksekutif dibenarkan pada
mana-mana semester;
(b) Pelajar hanya dibenarkan membuat pertukaran program pengajian
Diploma Eksekutif sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya di
Universiti; dan
(c) Pelajar hendaklah memenuhi syarat kemasukan program pengajian
Diploma Eksekutif baru yang dipohon.
(2) Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah (1) di atas, kebenaran
untuk menukar program pengajian Diploma Eksekutif adalah tertakluk
kepada kelulusan Pengarah.
BAHAGIAN IV
BAYARAN
6. Menjelaskan Bayaran
Pelajar baru hendaklah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan di dalam
surat tawaran kemasukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Universiti untuk
sesuatu program pengajian Diploma Eksekutif.
7. Hak Mengubah Kadar Yuran Pengajian dan Bayaran Lain
Pihak UMCCed mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran pengajian
dan apa-apa kadar bayaran lain yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu
kepada pelajar.
8. Tempoh Menjelaskan Yuran Pengajian dan Bayaran Lain
Pelajar hendaklah menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran lain
sepenuhnya atau mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan melainkan
dibenarkan sebaliknya oleh Pengarah.
9. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian dan Bayaran Lain
Kegagalan seseorang pelajar menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran
lain yang ditetapkan mengikut jadual pembayaran selepas menerima makluman
daripada Ketua Bahagian yang berkenaan boleh menyebabkan pelajar berkenaan
dihalang daripada menduduki peperiksaan bagi semester berkenaan atau
statusnya sebagai pelajar Universiti boleh ditamatkan.
11
BAHAGIAN V
TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF
10. Tempoh Program Pengajian Diploma Eksekutif
Pelajar hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam
tempoh yang ditetapkan.
11. Tempoh Minimum dan Tempoh Maksimum Program Pengajian Diploma
Eksekutif
Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian ialah empat
(4) semester dan maksimum ialah lapan (8) semester.
BAHAGIAN VI
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF
12. Program Pengajian Diploma Eksekutif
Program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti adalah seperti mana yang
ditetapkan dalam Jadual ini dan yang diluluskan dari semasa ke semasa.
13. Struktur Program Pengajian Diploma Eksekutif
Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang
ditetapkan bagi program pengajian Diploma Eksekutif berkenaan seperti mana
yang diluluskan oleh Senat.
14. Komponen Kursus
(1) Program pengajian Diploma Eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti
boleh mengandungi-
(a) dua komponen kursus yang terdiri daripada Kursus Wajib Institusi
(10% - 30%) dan Kursus Teras Program (70% - 90%); atau
(b) tiga komponen kursus yang terdiri daripada Kursus Wajib Institusi
(10% - 15%), Kursus Teras Program (50% - 60%) dan Kursus
Pengkhususan (30% - 40%).
(2) Bagi maksud subkaedah (1) di atas -
(a) “Kursus Wajib Institusi” bermaksud kursus-kursus yang ditetapkan
oleh Universiti sebagai kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar
Diploma Eksekutif;
12
(b) “Kursus Teras Program” bermaksud kursus-kursus yang ditetapkan
dalam sesuatu program sebagai keperluan untuk mencapai tahap
kemahiran yang cukup dalam bidang pengajian sesuatu program.
Pelajar-pelajar di dalam program yang berkenaan diwajibkan untuk
mengikuti kursus-kursus ini.
(c) “Kursus Pengkhususan” bermaksud kursus-kursus yang ditetapkan
untuk tujuan memperdalam dan memperluas kefahaman dalam
bidang pengkhususan yang dipilih. Pelajar-pelajar di dalam
pengkhususan yang berkenaan diwajibkan untuk mengikuti kursus-
kursus ini.
BAHAGIAN VII
PEPERIKSAAN
15. Jenis Peperiksaan
Maka hendaklah ada peperiksaan bagi tiap-tiap program pengajian yang
dijalankan oleh Universiti yang boleh dibuat secara ujian bertulis, ujian lisan,
amali atau tugasan kursus, peperiksaan akhir serta kaedah penilaian lain seperti
mana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan UMCCed.
16. Jawatankuasa Pemeriksa
Maka hendaklah ada Jawatankuasa Pemeriksa yang berasingan bagi setiap
kluster.
BAHAGIAN VIII
PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF
17. Syarat Penganugerahan Diploma Eksekutif
Diploma Eksekutif Universiti boleh dianugerahkan kepada seseorang pelajar yang
telah -
(1) memenuhi segala kehendak Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa peraturan
yang dibuat di bawahnya;
(2) diperakukan supaya dianugerahkan Diploma Eksekutif oleh Jawatankuasa
Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat; dan
(3) membayar semua yuran pengajian dan bayaran lain yang ditetapkan.
13
BAHAGIAN IX
AM
18. Penamatan Status Akademik Pelajar
Senat berhak menamatkan status akademik seseorang pelajar yang didapati
telah memberikan maklumat palsu atau tidak benar berkenaan dengan
kemasukannya ke Universiti.
19. Kuasa Senat Membuat Peraturan
Senat boleh membuat peraturan-peraturan pada amnya sebagaimana yang perlu
bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Kaedah-Kaedah
ini.
20. Pengecualian Pemakaian
Walau apapun yang dinyatakan di bawah Kaedah-Kaedah ini dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya, Senat berhak mengecualikan pemakaian
Kaedah-Kaedah ini atau mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini ke atas
mana-mana program pengajian Diploma Eksekutif Universiti.
21. Pematuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
Universiti
Setiap pelajar adalah tertakluk kepada semua peruntukan yang dinyatakan di
bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya,
statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain yang sedia terpakai di
Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1999.
Disediakan pada 6hb. Oktober 2012
Tan Sri Dato‟ Seri Arshad Ayub
Pengerusi
Lembaga Pengarah Universiti Malaya
14
JADUAL
(KAEDAH 12)
SENARAI PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF
Bil. Nama Program
Tempoh
Pengajian
Minimum
1 Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) 4 semester
2 Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) 4 semester
3
4
5
6
Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)
Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak
Diploma Eksekutif Kaunseling
Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan
4 semester
4 semester
4 semester
4 semester
15
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
SUSUNAN PERATURAN
Peraturan muka surat
1. NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN 17
2. PERMOHONAN KEMASUKAN 17
3. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
(1) Keperluan/Kelayakan Asas 17
(2) Syarat-syarat Lain 18
4. PENDAFTARAN
(1) Pendaftaran Program 19
(2) Pendaftaran Serentak 19
(3) Kehadiran Kelas 19
(4) Penamatan Pengajian 19
(5) Penangguhan Dari Kursus dan Semester 20
(6) Penarikan Diri Dari Program Pengajian Diploma Eksekutif 20
5. YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN LAIN 21
6. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
(1) Nilai Kredit 21
(2) Penawaran dan Penyempurnaan Kursus 21
(3) Pertukaran Program Pengajian 22
(4) Pemindahan Kredit 23
(5) Pengecualian Kredit 24
(6) Permohonan Pemindahan dan Pengecualian Kredit 25
7. PEPERIKSAAN
(1) Keperluan Kehadiran Kelas 25
(2) Kaedah Penilaian Prestasi Pelajar 26
(3) Skim Penggredan dan Gred 26
(4) Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi 29
Akademik
(5) Pengurusan Markah dan Gred 29
16
(6) Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 30
(7) Pemeriksa-Pemeriksa 32
(8) Peperiksaan Tambahan 33
(9) Peperiksaan Khas 34
(10) Tidak Hadir Peperiksaan 34
(11) Hal-hal Lain Berkaitan Peperiksaan 36
8. RAYUAN
(1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus 37
(2) Rayuan Meneruskan Program Pengajian 38
(3) Rayuan Pelanjutan Tempoh Program Pengajian 38
(4) Keanggotaan Jawatankuasa Rayuan UMCCed 39
9. KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN 39
DIPLOMA EKSEKUTIF
10. PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF
(1) Keperluan Penganugerahan Diploma Eksekutif 40
(2) Penganugerahan Diploma Eksekutif 40
11. AM
(1) Pematuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, 41
Perlembagaan Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah
dan Peraturan-Peraturan Universiti
(2) Mengaudit Kursus 41
(3) Pengecualian Pemakaian 41
17
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF) 2012
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya
(Pengajian Diploma Eksekutif) 2012, Senat membuat peraturan seperti berikut:
1. NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti
Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012 dan hendaklah mula
berkuatkuasa mulai Ambilan Oktober 2012.
(2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar
Universiti yang mengikuti program pengajian Diploma Eksekutif mulai
Ambilan Oktober 2012 dan selepas itu.
2. PERMOHONAN KEMASUKAN
(1) Program pengajian Diploma Eksekutif hendaklah diiklankan dari semasa
ke semasa.
(2) Permohonan kemasukan ke program pengajian Diploma Eksekutif
hendaklah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
(3) Sekiranya Universiti menetapkan tarikh tutup permohonan untuk
kemasukan ke program pengajian Diploma Eksekutif, permohonan
kemasukan tersebut hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh tutup
yang telah ditetapkan.
3. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
(1) Keperluan/Kelayakan Asas
(a) Setiap calon warganegara berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh permohonan yang ingin mengikuti programpengajian Diploma Eksekutif hendaklah memenuhi syarat am seperti berikut: (i) Lulus sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)/setaraf dengan baik dengan tiga (3) tahun pengalaman
bekerja dalam bidang berkaitan.
18
(b) Setiap calon bukan warganegara yang ingin mengikuti program pengajian Diploma Eksekutif di Universiti hendaklah memenuhi syarat am seperti berikut:
(i) Lulus sekurang-kurangnya „O‟ Level dengan baik atau lain-
lain kelulusan yang diiktiraf oleh Senat;
(ii) Memperolehi sekurang-kurangnya skor sebanyak 550 (PBT),
213 (CBT) atau 80 (IBT) bagi Test of English as a Foreign
Language (TOEFL) atau band 6 bagi International English
Language Testing System (IELTS) atau English Language
Proficiency Programme (ELPP) tahap 6 (Tinggi); dan
(iii) Mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan.
(c) Tertakluk kepada keperluan untuk memenuhi syarat kelayakan asas
seperti yang dinyatakan dalam subperaturan (a) dan (b) di atas,
pemohon juga hendaklah memenuhi keperluan khas yang
ditetapkan oleh Senat bagi program pengajian Diploma Eksekutif
yang berkenaan.
(d) Walau apapun peruntukan dalam subperaturan (a) dan (b) di atas,
dalam kes-kes yang tertentu dan tertakluk kepada kelulusan Senat,
UMCCed boleh diberi kelonggaran untuk menerima pemohon yang
mempunyai kelayakan selain daripada yang terkandung dalam
syarat kemasukan yang sedia ada.
(e) Walau apapun peruntukan yang dinyatakan di atas, dalam keadaan
tertentu seseorang calon boleh diterima masuk atas budi bicara
Pengarah ke sesuatu program pengajian Diploma Eksekutif tertakluk
kepada calon memenuhi syarat kelayakan asas yang ditetapkan.
(2) Syarat-syarat Lain
(a) Calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran selewat-lewatnya
pada tarikh lapor diri yang ditetapkan oleh Universiti. Tempoh
sahlaku tawaran kemasukan kepada calon adalah dua minggu dari
tarikh permulaan sesuatu ambilan program pengajian berkenaan.
Selepas tempoh berkenaan, tawaran tersebut adalah dianggap
luput sekiranya calon gagal melapor diri.
(b) Walau apapun yang dinyatakan di subperaturan (a) di atas, calon
boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran program
pengajian atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun,
penangguhan hanya dibenarkan sehingga kepada satu ambilan
19
berikutnya sahaja. Tawaran adalah dianggap luput sekiranya calon
tidak mendaftar pada tempoh penangguhan yang diluluskan.
4. PENDAFTARAN
(1) Pendaftaran Program
(a) Calon diberi tempoh selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh
permulaan sesuatu ambilan program pengajian untuk
menyempurnakan pendaftaran program. Selepas tempoh tersebut,
calon adalah dianggap telah menarik diri dari program berkenaan
sekiranya tiada apa-apa pendaftaran telah dibuat dan tiada apa-apa
pemberitahuan diterima daripada calon berkenaan pada tempoh
tersebut.
(b) Setiap pelajar hanya perlu mendaftar sekali sahaja mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan yang dibuat di
bawah Kaedah-Kaedah ini.
(c) Walau apapun peruntukan subperaturan (a) di atas, seseorang
calon sebagai kes khas atas kelulusan Pengarah, boleh diluluskan
untuk mendaftar lewat tertakluk calon memenuhi 50% daripada
kehadiran kelas untuk sesuatu kursus.
(2) Pendaftaran Serentak
Seseorang pelajar boleh mendaftar serentak untuk program pengajian lain
yang membawa kepada penganugerahan sesuatu sijil/diploma/ijazah di
Universiti atau institusi lain.
(3) Kehadiran Kelas
Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas. Pengurus Program
bertanggungjawab memaklumkan kepada pelajar tentang akibat
ketidakhadiran dalam kelas. Pelajar pula bertanggungjawab mempastikan
bahawa Pengurus Program diberitahu awal tentang ketidakhadirannya
dalam kelas. Pengurus Program dikehendaki menyimpan rekod kehadiran
dan melaporkan tentang ketidakhadiran yang berlebihan kepada Ketua
Bahagian yang berkenaan.
(4) Penamatan Pengajian
Penamatan pengajian seseorang pelajar boleh dilakukan atas sebab
berikut:
20
(a) Masalah psikologi/perubatan psikiatri dengan perakuan
doktor/pakar yang berkenaan; atau
(b) Gagal menjelaskan mana-mana yuran dan/atau bayaran lain yang
ditetapkan.
(5) Penangguhan dari Kursus dan Semester
(a) Penangguhan kursus bermakna menarik diri daripada mengikuti
sesuatu kursus dalam sesuatu semester.
(b) Penangguhan semester bermakna menarik diri dari semua kursus
dalam sesuatu semester. Tempoh penangguhan tersebut atas apa-
apa sebab kecuali atas sebab perubatan/psikologi/perubatan
psikiatri akan diambil kira sebagai memenuhi tempoh maksimum
yang ditetapkan untuk program pengajian yang sedang diikutinya.
(c) Bagi maksud subperaturan (a) dan (b) di atas, permohonan
hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan status
akademiknya diluputkan.
(d) Dalam keadaan di subperaturan (a) dan (b) di atas, sekiranya
permohonan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan dengan
gred W atau W1 seperti di subperaturan 7(3)(b)(ix) dan 7(3)(b)(x)
yang mana berkenaan.
(e) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, pelajar dikehendaki
meneruskan pengajiannya. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan gred F dicatatkan pada kursus berkenaan.
(f) Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah sesuatu kursus
tanpa memohon penangguhan secara rasmi akan diberi gred F
pada kursus berkenaan.
(6) Penarikan Diri dari Program Pengajian Diploma Eksekutif
(a) Penarikan diri dari program bermakna penarikan diri daripada
program pengajian Diploma Eksekutif yang sedang diikutinya.
(b) Bagi maksud subperaturan (a) di atas, permohonan hendaklah
dikemukakan secara bertulis kepada Pengarahdan keputusan
Pengarah adalah muktamad.
21
(c) Pelajar yang diluluskan penarikan diri daripada program
pengajiannya akan dikenakan caj yuran pengajian dan bayaran lain
seperti dalam Jadual A dan dicatatkan gred W2 bagi kursus
berkenaan.
5. YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Pelajar hendaklah menjelaskan segala yuran pengajian dan bayaran lain
yang kena dibayar kepada UMCCed pada masa pendaftaran melainkan ia
dikecualikan daripada mana-mana yuran pengajian atau bayaran lain atau
kedua-duanya.
(2) Pelajar hendaklah menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran lain
dengan sepenuhnya atau mengikut jadual pembayaran seperti yang
ditetapkan melainkan dibenarkan sebaliknya oleh Pengarah.
(3) Pelajar yang hendak menjelaskan mana-mana yuran pengajian dan
bayaran lain yang kena dibayar kepada UMCCed selain dari jadual
pembayaran hendaklah mengisi borang atau memohon secara bertulis
kepada Pengarah.
(4) Pelajar yang gagal menjelaskan mana-mana yuran pengajian dan/atau
bayaran lain yang kena dibayar kepada UMCCed tidak akan dibenarkan
menduduki peperiksaan.
6. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
(1) Nilai Kredit
Pengiraan sistem kredit yang digunakan adalah berasaskan beban
sebenar jam pembelajaran pelajar yang meliputi semua jenis aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang diperlukan untuk mencapai hasil
pembelajaran kursus yang ditetapkan. Berdasarkan sistem ini, setiap
kursus ditetapkan nilai kredit mengikut pengiraan 40 jam pembelajaran
nosional bersamaan 1 kredit.
(2) Penawaran dan Penyempurnaan Kursus
(a) UMCCed akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan
dalam mana-mana semester. Setiap kursus baharu boleh
ditawarkan setelah mendapat kelulusan Senat.
(b) Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan
diperiksa dalam satu semester. Hanya kursus-kursus tertentu yang
22
telah terlebih dahulu mendapat kelulusan Senat boleh dibenarkan
untuk dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester dan
disempurnakan dalam dua semester berturut-turut.
(c) Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program
pengajian adalah empat semester.
(d) Tempoh maksimum bagi menyempurnakan sesuatu program
pengajian adalah lapan semester.
(e) Walau apapun peruntukan yang dinyatakan di subperaturan (c) di
atas, seseorang pelajar yang diluluskan pemindahan dan/atau
pengecualian kredit boleh menamatkan pengajian dan bergraduat
dua semester lebih awal dari tempoh minimum tertakluk kepada
pelajar memenuhi jumlah kredit keseluruhan program pengajiannya
dan memenuhi keperluan badan profesional program pengajian
berkenaan.
(3) Pertukaran Program Pengajian
(a) Pelajar boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang
ditetapkan untuk menukar program pengajiannya tertakluk kepada
yang berikut:
(i) Pertukaran program pengajian daripada program di mana
pelajar mengikuti program pengajiannya kepada pengajian
program baharunya diluluskan oleh Pengarah;
(ii) Sekiranya pelajar berhasrat untuk mengikuti program baharu
pada ambilan yang sama, permohonan hendaklah
dikemukakan tidak lewat daripada tiga minggu mulai tarikh
permulaan semester. Pelajar yang memohon pertukaran
program pengajian selepas tempoh berkenaan perlu
mengikuti program baharu pada ambilan berikutnya;
(iii) Dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya;
(iv) Tempoh pengajian dalam program pengajian asal tidak
diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh
maksimum pengajian pelajar.
(b) Pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk menukar program
pengajian dalam bidang pengajian yang sama mengikut prosedur
yang ditetapkan tertakluk kepada yang berikut:
23
(i) Pertukaran bidang pengajian hendaklah diluluskan oleh
Pengarah;
(ii) Sekiranya pelajar berhasrat untuk mengikuti bidang
pengajian baharu pada ambilan yang sama, permohonan
hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada tiga minggu
mulai tarikh permulaan Semester III. Pelajar yang memohon
pertukaran bidang pengajian selepas tempoh berkenaan
perlu mengikuti program baharu pada ambilan berikutnya;
(iii) Dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya;
(iv) Tempoh pengajian dalam program pengajian asal diambil
kira sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum
pengajian pelajar.
(4) Pemindahan Kredit
(a) Pemindahan kredit bermakna pemindahan kredit bersama-sama
dengan gred yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh pelajar
selepas diterima masuk untuk mengikuti program pengajian di
Universiti.
(b) Dalam proses pemindahan kredit, kredit yang diperolehi bersama-
sama dengan gred dan mata gred bagi kursus berkenaan akan
diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kebenaran
untuk pemindahan kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
(i) kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai
pertindihan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang
ditawarkan di Universiti;
(ii) gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan
adalah tidak kurang daripada C atau 2.0; dan
(iii) kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah
merupakan kursus dari program pengajian yang setaraf
dengan program pengajian yang sedang diikuti di Universiti;
(c) Walau bagaimanapun dalam keadaan istimewa, pelajar yang
diluluskan pertukaran program pengajian, boleh dipertimbangkan
untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat di atas.
24
(5) Pengecualian Kredit
(a) Pengecualian kredit bermakna pengecualian dari pendaftaran dan
mengikuti kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian
berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar sebelum diterima
masuk ke program pengajian di UMCCed seperti mana yang
diluluskan oleh Universiti. Kursus yang diluluskan pengecualian
kredit akan diberikan gred K dan kredit tidak diambilkira dalam
pengiraan purata nilai gred (PNG) dan purata nilai gred kumulatif
(PNGK).
(b) Bagi maksud pertimbangan pengecualian kredit,
(i) pelajar hendaklah mengemukakan yang berikut:
(A) permohonan adalah berdasarkan kelayakan peringkat
Sijil Profesional/Diploma maka pelajar hendaklah telah
memperolehi Sijil Profesional/Diploma berkenaan
terlebih dahulu. Sekiranya pelajar tidak berjaya
menamatkan pengajian peringkat Diploma maka beliau
hendaklah sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus
berkenaan dengan jayanya; atau
(B) sekiranya permohonan adalah berdasarkan kelayakan
kursus-kursus yang telah diambil di peringkat pengajian
ijazah pertama dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi
Kelayakan Malaysia/Senat maka pelajar hendaklah
mengemukakan slip keputusan peperiksaan atau
transkrip separa bagi program berkenaan.
(ii) Permohonan hendaklah dikemukakan dalam semester
pertama pengajian.
(c) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti berikut:
(i) kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai
pertindihan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang
ditawarkan di Universiti; dan
(ii) gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan
adalah tidak kurang daripada C atau 2.0.
(d) Dalam keadaan tertentu kursus yang tidak diluluskan untuk
pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk pengecualian
kredit. Ini termasuklah kursus-kursus yang diambil semasa program
pertukaran pelajar yang tidak tersenarai dalam struktur pengajian
25
program berkenaan. Kursus-kursus tersebut diambil oleh pelajar
bagi tujuan pengalaman pembelajaran yang pelbagai atau untuk
tujuan pengayaan.
(6) Permohonan Pemindahan dan Pengecualian Kredit
(1) Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit
hendaklah dibuat melalui kaedah tertentu yang ditetapkan oleh
UMCCed. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah
tidak lewat dari minggu kuliah ketiga semester pertama bersama-
sama dengan –
(a) bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan.
Yuran ini tidak akan dikembalikan;
(b) dokumen sokongan
(i) hasil pembelajaran kursus;
(ii) silibus/kandungan kursus;dan
(iii) skim penggredan kursus yang dipohon untuk
pemindahan atau pengecualian kredit; dan
(c) bagi maksud pengecualian kredit, pelajar berkenaan
hendaklah telah mengikuti dan memperolehi gred lulus
mengikut skim penggredan Universiti terlebih dahulu. Pelajar
yang tidak tamat pengajian hendaklah menyertakan slip
keputusan peperiksaan atau transkrip separa program
pengajiannya terdahulu.
(2) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah dan/atau
dikecualikan tidak boleh melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan
kredit program pengajian berkenaan kecuali program profesional
yang tertakluk kepada keperluan badan profesional berkenaan.
(3) Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah mengenai
keputusan permohonan pemindahan atau pengecualian kredit yang
dipohon.
7. PEPERIKSAAN
(1) Keperluan Kehadiran Kelas
(a) Tertakluk kepada subperaturan 4(3) Peraturan-Peraturan ini, mana-
mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% bagi sesuatu
kursus tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran boleh dihalang daripada menduduki
26
peperiksaan program pengajiannya oleh Ketua Bahagian yang
berkenaan. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Ketua
Bahagian yang berkenaan sebelum peperiksaan bermula sekiranya
ia dihalang daripada menduduki peperiksaan sesuatu kursus.
(b) Walau apapun yang diperuntukan oleh subperaturan(a) di atas,
Ketua Bahagian yang berkenaan boleh mempertimbangkan rayuan
pelajar untuk menduduki peperiksaan atas alasan yang difikirkan
munasabah.
(c) Mana-mana pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan
berkenaan untuk sesuatu kursus akan dianggap tidak hadir bagi
peperiksaan dan akan diberi gred H bagi kursus berkenaan seperti
di subperaturan 7(3)(b)(i).
(2) Kaedah Penilaian Prestasi Pelajar
(a) Kaedah penilaian sesuatu kursus bergantung kepada hasil
pembelajaran dan kandungan kursus berkenaan. Nisbah
sumbangan atau pemberatan sesuatu kaedah penilaian dalam
jumlah markah akhir akan ditentukan oleh UMCCed dan diluluskan
oleh Senat, misalnya 60% peperiksaan, 40% penilaian berterusan
atau 50% peperiksaan, 50% penilaian berterusan. Bagi maksud
peraturan ini, penilaian berterusan adalah termasuk tugasan, ujian
kelas, kuiz, pembentangan dan apa-apa bentuk penilaian yang
ditentukan oleh UMCCed dari semasa ke semasa.
(b) Kursus yang berbentuk kajian dan/atau praktikum boleh dinilai
100% berdasarkan penilaian berterusan tanpa peperiksaan bertulis.
(3) Skim Penggredan dan Gred
(a) Gred rasmi Universiti bagi program pengajian Diploma Eksekutif
serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut:
Markah Gred Mata Gred Maksud
80-100
75-79
A
A-
4.0
3.7
Cemerlang
Cemerlang
70-74
65-69
60-64
B+
B
B-
3.3
3.0
2.7
Kepujian
Kepujian
Kepujian
55-59
50-54
C+
C
2.3
2.0
Lulus
Lulus
27
45-49
40-44
35-39
00-34
C-
D+
D
F
1.7
1.3
1.0
0.0
Gagal
Gagal
Gagal
Gagal
(b) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di subperaturan
(a) di atas, gred-gred berikut juga boleh diberikan kepada
seseorang pelajar untuk sesuatu kursus yang diikutinya:
(i) Gred H, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang
menduduki peperiksaan atas sebab tidak mencukupi peratus
kehadiran yang ditetapkan. Kredit tidak diberi untuk gred ini.
Pelajar dikehendaki mengikuti semula kursus berkenaan dan
perlu memenuhi syarat minimum kehadiran untuk
melayakannya menduduki peperiksaan kursus berkenaan.
(ii) (A) Gred I, diberi apabila –
(aa) pelajar tidak mengambil peperiksaan bagi
mana-mana kursus atas alasan perubatan
(sakit), atau perikemanusiaan (simpati) dan
gred itu diperakukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa Kluster berkenaan; atau
(bb) sebahagian daripada keperluan kursus masih
belum disempurnakan atas alasan di luar
kawalan pelajar yang boleh diterima oleh
Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan.
(B) Dalam keadaan di subperaturan (aa) di atas, pelajar
dibenarkan menduduki peperiksaan khas kursus
berkenaan tanpa disyaratkan mengikuti semula kelas
kursus tersebut. Pelajar akan dikehendaki menduduki
peperiksaan khas untuk kursus berkenaan yang
diadakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh
UMCCed.
(C) Dalam keadaan di subperaturan (bb) di atas, pelajar
dikehendaki untuk menyempurnakan sebahagian
daripada keperluan kursus yang berkenaan dalam
tempoh yang ditetapkan oleh UMCCed.
28
(D) Dalam kedua-dua keadaan yang dinyatakan di
subperaturan (B) dan/atau (C) di atas, pelajar tidak
dikenakan sebarang yuran.
(E) Gred I akan digantikan dengan gred sebenar apabila
pelajar telah lulus peperiksaan khas dan/atau telah
menyempurnakan sebahagian keperluan kursus
berkenaan. Gred yang diperolehi akan menggantikan
gred I pada semester di mana pelajar mendapat gred I
tersebut.
(iii) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian
kredit. Kredit akan diambilkira dalam pengiraan kredit dapat.
(iv) Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi
kursus yang dijalankan dalam dua semester berturutan;
(v) Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk
mengaudit sahaja. Kredit tidak diberi untuk gred ini;
(vi) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya
dari segi memuaskan;
(vii) Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya
dari segi tidak memuaskan;
(viii) Gred UR, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk
mengaudit tetapi tidak memenuhi 80% kehadiran;
(ix) Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri
secara rasmi dari satu atau lebih kursus dalam sesuatu
semester;
(x) Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah
menarik diri secara rasmi daripada semester;
(xi) Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah
menarik diri secara rasmi daripada program pengajian
Diploma Eksekutif;
(xii) Gred Y, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang
menduduki peperiksaan atas sebab tidak menjelaskan yuran
pengajian kursus berkenaan. Kredit tidak diberi untuk gred
ini. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan setelah
menjelaskan bayaran yuran tertunggak tanpa disyaratkan
mengikuti semula kursus berkenaan.
29
(c) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C kecuali bagi kursus
yang dinilai hanya dari segi memuaskan atau tidak memuaskan.
(4) Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi Akademik
(a) Tertakluk kepada struktur program pengajian yang diikuti oleh
pelajar sebagaimana yang diluluskan oleh Senat dan had tempoh
pengajian maksimum, seseorang pelajar dibenarkan
mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus sepertimana yang
ditetapkan di bawah subperaturan 3(a) kepada satu gred yang lebih
baik bagi mana-mana kursus sekali sahaja sepanjang tempoh
pengajiannya. Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan
PNGK.
(b) Bagi tujuan mempertingkatkan gred kursus, pelajar diberi pilihan
untuk -
(i) memenuhi keperluan kaedah penilaian kursus berkenaan
dengan mengikuti semula kelas; atau
(ii) menduduki peperiksaan serta memenuhi satu kaedah penilaian
berterusan khas yang ditentukan oleh UMCCed tanpa mengikuti
semula kelas.
(c) Dalam keadaan di subperaturan (b) di atas, pelajar dikehendaki
mengemukakan permohonan kepada Pengarah dalam tempoh dua
minggu dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
(5) Pengurusan Markah dan Gred
(a) Gred kursus keputusan tidak rasmi (provisional result) hendaklah
dimaklumkan kepada pelajar mengikut apa-apa kaedah atau
saluran yang ditetapkan oleh UMCCed dalam tempoh selewat-
lewatnya lima minggu dari tarikh akhir minggu peperiksaan
berkenaan. Markah dan gred kursus akan dibentangkan kepada
Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan. Markah dan gred
muktamad bagi setiap pelajar adalah seperti yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.
(b) Pendaftar bertanggungjawab menyimpan rekod rasmi pelajar dan
mengeluarkan kepada setiap pelajar –
(i) keputusan peperiksaan semester berkenaan; dan
(ii) transkrip akademik pelajar selepas tamat program
pengajiannya.
30
(6) Penentuan Prestasi Akademik Pelajar
(a) Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK
(i) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan
oleh PNG dan PNGK.
Contoh Pengiraan PNG:
Kursus Gred Mata
Gred
Kredit Kredit
X Mata Gred
M1
M2
M3
M4
*M5
Jumlah
A
C+
C-
C
B
4.0
2.3
1.7
2.0
3.0
4
3
3
3
3
13
4 X 4.0 = 16.0
3 X 2.3 = 6.9
3 X 1.7 = 5.1
3 X 2.0 = 6.0
3 X 3.0 = 9.0
PNG = 34
13
= 2.62
* Mata gred dan kredit bagi kursus M5 tidak diambil kira
untuk pengiraan PNG dan PNGK. M5 merujuk kepada
kursus di luar struktur program pengajian berkenaan.
PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred
yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam
sesuatu semester.
PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred
yang diperolehi dengan jumlah kredit yang telah diambil
mulai semester pertama sehingga semester terkini bagi
kursus di dalam program pengajiannya.
(ii) Mata gred dan kredit yang diperolehi dalam mana-mana
semester hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan PNG
dan PNGK semester berkenaan.
(iii) Gred F tidak diberikan sebarang mata gred atau kredit
walaupun jumlah kredit bagi kursus berkenaan dimasukkan
dalam pengiraan PNG dan PNGK.
(iv) Kredit bagi kursus-kursus yang diberi gred bertanda I, K, H,
P, R, S, U, UR, Y, W1 dan W2 tidak diambilkira dalam
pengiraan PNG dan PNGK.
31
(v) Di mana seorang pelajar mengulang sesuatu kursus atau
mempertingkatkan gred, gred yang diambilkira dalam
pengiraan PNGK dan yang diberi kredit ialah gred yang
terbaik dicapainya.
(vi) Mata gred dan kredit bagi sesuatu kursus yang diperolehi
dalam sesuatu semester untuk program pengajiannya
hendaklah diambilkira di dalam pengiraan PNG dan PNGK
semester berkenaan.
(vii) Sesuatu kursus yang diikuti oleh pelajar di luar daripada
struktur program pengajiannya tidak akan diambil kira dalam
PNG dan PNGK.
(b) Gred kursus bagi pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib
Di dalam keadaan di mana seseorang pelajar didapati bersalah dan
hukuman telah dikenakan di bawah kaedah 6 dan kaedah 8(a)
hingga (d) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-
Pelajar) 1999, gred kursus yang berkenaan akan ditentukan oleh
Senat.
(c) Keperluan minimum program pengajian
Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian di
Universiti, seseorang pelajar hendaklah memperolehi PNG dan
PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada setiap semester sehingga
tamat pengajiannya.
(d) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran
Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.0 dalam
sesuatu semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi
semester berkenaan dan diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian
Akademik dalam semester berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal
sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0. Pengarah hendaklah
memberi amaran kepada pelajar berkenaan berhubung status
pemerhatiannya.
(e) Gagal Keluar
(i) Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program
pengajiannya sekiranya:
(A) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk dua
semester berturut-turut;
32
(B) memperoleh gred D dan ke bawah sebanyak tiga kali
bagi mana-mana kursus; dan
(C) gagal menyempurnakan keperluan program
pengajiannya dalam tempoh maksimum yang
ditetapkan.
(ii) Mana-mana pelajar yang diterima masuk semula selepas
gagal keluar dan memperolehi PNG kurang dari 2.0 akan
ditamatkan pengajiannya.
(iii) Apabila seseorang pelajar ditamatkan daripada program
pengajiannya, notis penamatan hendaklah dihantar kepada
pelajar oleh Pengarah.
(7) Pemeriksa-Pemeriksa
(a) Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
(i) Penubuhan Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
(A) Sesuatu Jawatankuasa Pemeriksa bagi setiap kluster
hendaklah ditubuhkan untuk tempoh selama tidak
lebih daripada dua (2) tahun.
(B) Tertakluk kepada kuasa Senat, Jawatankuasa
Pemeriksa Kluster hendaklah mempertimbangkan
keputusan peperiksaan dan menjalankan apa-apa
kuasa lain yang diberi kepadanya menurut
peruntukan peraturan-peraturan yang berkenaan dan
ketetapan Senat.
(ii) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
Kecuali diperuntukkan selainnya kemudian daripada ini,
keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa Kluster hendaklah
seperti berikut:
(A) Pengarah atau wakilnya sebagai Pengerusi;
(B) Tiga (3) orang pensyarah yang dilantik oleh UMCCed
bagi program berkenaan;
(C) Ketua Bahagian berkenaan;
(D) Penyelaras Akademik; dan
33
(E) Ketua Seksyen Peperiksaan Bahagian Akademik
Universiti atau wakil.
(iii) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
adalah terdiri daripada Pengerusi dan dua (2) orang
daripada keahlian Jawatankuasa Pemeriksa Kluster.
(iv) Kuasa Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
(A) Tertakluk kepada Peraturan ini dan mana-mana
ketetapan Senat, Jawatankuasa Pemeriksa Kluster
diberi kuasa oleh Senat untuk memperakukan kepada
UMCCed perkara-perkara berikut:
(aa) Status prestasi pelajar, sama ada;
(AA) lulus dan dibenar meneruskan
pengajian;
(BB) lulus dan layak dianugerahkan Diploma
Eksekutif;
(CC) gagal dan ditamatkan pengajian; atau
(DD) mendapat gred I dan dibenarkan
mengambil peperiksaan khas.
(bb) Menambah markah;
(cc) Menangguhkan keputusan peperiksaan;
(dd) Mempertimbangkan permohonan semakan
semula keputusan kursus.
(B) Jawatankuasa Pemeriksa Kluster boleh melaporkan
kepada Senat melalui UMCCed mengenai apa-apa
perkara yang berkaitan dengan suatu peperiksaan.
(8) Peperiksaan Tambahan
(a) Peperiksaan Tambahan bermaksud peperiksaan yang dijalankan di
luar minggu peperiksaan bagi pelajar yang tidak hadir peperiksaan,
dihalang menduduki peperiksaan, mengulang kursus atau
mempertingkatkan gred dalam sesuatu semester.
34
(b) Mana-mana pelajar seperti yang dinyatakan di subperaturan (a) di
atas, boleh memohon kepada Pengarah untuk menduduki
peperiksaan tambahan mengikut jadual yang ditetapkan oleh
UMCCed.
(9) Peperiksaan Khas
(a) Selain daripada peperiksaan khas bagi tujuan menggantikan gred I
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan,
atau apa-apa keadaan yang dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan
ini, peperiksaan khas bagi tujuan lain atau bagi keadaan luar biasa
hanya akan diadakan tertakluk kepada kelulusan Senat.
(b) Walau apapun yang diperuntukkan di subperaturan (a) di atas,
Senat boleh, atas perakuan UMCCed, memberi kebenaran
menggantikan peperiksaan khas yang telah diluluskan dengan satu
kaedah penilaian lain yang bersesuaian.
(c) Sekiranya berlaku kecemasan, selain bagi maksud di subperaturan
(a) di atas, Naib Canselor setelah menimbangkan perakuan
UMCCed, boleh memberi kebenaran bahawa satu penilaian dalam
apa-apa bentuk lain yang bersesuaian diadakan sebagai ganti
dengan syarat bahawa penggantian demikian hendaklah dilaporkan
kepada Senat secepat mungkin.
(10) Tidak Hadir Peperiksaan
(a) Peraturan am
Tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan di dalam Peraturan-
Peraturan ini, mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-
mana kertas peperiksaan hendaklah dianggap telah gagal bagi
komponen peperiksaan akhir peperiksaan kursus berkenaan.
(b) Tidak hadir peperiksaan atas alasan perubatan/perikemanusiaan:
(i) Di mana pelajar telah tidak mengambil sebahagian atau
keseluruhan peperiksaan Universitinya atas alasan
perubatan (sakit), atau perikemanusiaan (simpati) hendaklah
mengemukakan permintaan bertulis kepada Pengarah/Ketua
Bahagian yang berkenaan untuk kesnya dipertimbangkan
oleh Jawatankuasa Pemeriksa Kluster yang berkaitan.
Sekiranya tidak ada permintaan bertulis diterima, kesnya
hendaklah diselenggarakan mengikut subperaturan (a) di
atas.
35
(ii) Satu permohonan bertulis seperti yang tersebut dalam
subperaturan (i) di atas mestilah disampaikan kepada
Pengarah/Ketua Bahagian yang berkenaan tidak lewat
daripada dua (2) minggu dari tarikh peperiksaan kursus
berkenaan.
(iii) Bagi maksud yang dinyatakan di subperaturan (i) dan (ii) di
atas, permohonan hendaklah dikemukakan bersama bukti
dokumentasi berdasarkan alasan:
(A) perubatan (sakit); sijil sakit yang dikeluarkan atas
namanya daripada pegawai perubatan yang
berdaftar; atau
(B) perikemanusiaan;
(aa) satu laporan daripada pegawai daerah
dan/atau pegawai polis yang menjadi ketua
daerahnya;
(bb) Sijil sakit dan/atau laporan perubatan daripada
pegawai perubatan berdaftar yang dikeluarkan
atas nama keluarga terdekat;
(cc) Surat majikan tentang arahan bertugas pada
hari dan tarikh peperiksaan dijalankan.
(iv) Setelah menerima permohonan bertulis seperti yang tersebut
dalam subperaturan (ii) dan (iii) di atas, Pengarah/Ketua
Bahagian yang berkenaan hendaklah melaporkan perkara itu
kepada Jawatankuasa Pemeriksa Kluster yang berkenaan.
Jawatankuasa Pemeriksa Kluster boleh, setelah
menimbangkan kes itu, memperakukan kepada Senat:
(A) bahawa pelajar itu dianggap telah gagal bahagian itu
atau kursus itu atau keseluruhan peperiksaan yang ia
tidak ambil; atau
(B) bahawa pelajar dianggap telah menarik diri daripada
bahagian itu atau kursus itu atau keseluruhan
peperiksaan; atau
(C) bahawa pelajar itu dibenarkan mengambil bahagian
itu atau kursus itu atau keseluruhan peperiksaan yang
ia telah tidak ambil, dalam tempoh peperiksaan khas.
36
(v) Jawatankuasa Pemeriksa Kluster tidak boleh sama sekali
mengambil kira sebarang rayuan atau permohonan bertulis
yang dikemukakan oleh pelajar yang telah tidak ambil
sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas alasan
perubatan (sakit) dan/atau atas alasan perikemanusiaan
(simpati) seperti yang tersebut dalam subperaturan (b) di
atas sesudah Jawatankuasa Pemeriksa Kluster mengadakan
mesyuarat untuk menimbangkan dan menetapkan
keputusan peperiksaan pelajar. Sebarang rayuan atau
permohonan bertulis seperti itu hanya boleh diambil kira
untuk tujuan mengkaji semula ketetapan Jawatankuasa
Pemeriksa Kluster menamatkan kursus pelajar atau
menamatkan program pengajiannya dan menolak
kemasukannya semula.
(c) Tidak hadir keseluruhan peperiksaan akhir atas alasan perubatan
(sakit)
Walau apapun peruntukan peraturan yang tersebut di atas, pelajar
yang tidak dapat hadir untuk keseluruhan Peperiksaan Akhir untuk
menyempurnakan program pengajiannya atas alasan perubatan
boleh, dalam keadaan tertentu, dipertimbangkan untuk pemberian
satu Anugerah Aegrotat menurut peruntukan peraturan XIII,
Bahagian 2 (Disemak), 1986.
(d) Sakit semasa peperiksaan
Pelajar yang jatuh sakit semasa mengambil peperiksaan hendaklah
melaporkan kepada ketua pengawas peperiksaan atau mana-mana
pengawas yang harus menguruskan supaya pelajar itu diperiksa
dengan serta merta oleh pegawai perubatan berdaftar di mana-
mana hospital/klinik yang berdekatan. Sijil cuti sakit dan/atau
laporan perubatan hendaklah diserahkan kepada Pengarah/Ketua
Bahagian yang berkenaan tidak lewat daripada dua (2) minggu dari
tarikh peperiksaan kursus berkenaan.
(11) Hal-hal Lain Berkaitan Peperiksaan
(a) Pengawas peperiksaan
Pengawas peperiksaan hendaklah dilantik bagi setiap peperiksaan
dan adalah bertanggungjawab kepada Pengarah.
37
(b) Arahan am peperiksaan
Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung di dalam Kaedah-
Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012,
setiap peperiksaan yang dijalankan oleh Universiti adalah tertakluk
kepada arahan am peperiksaan seperti yang dinyatakan di Jadual B
kepada Peraturan ini.
(c) Keputusan peperiksaan
Bagi maksud Peraturan ini, keputusan bagi semua peperiksaan
Universiti hendaklah dilaporkan untuk kelulusan Senat atau mana-
mana pihak yang diturunkan kuasa oleh Senat.
(d) Kerahsiaan pengurusan peperiksaan
(i) Semua urusan yang berkaitan dengan peperiksaan adalah
RAHSIA dan tidak boleh diumumkan kepada mana-mana
pelajar atau pihak lain yang tidak berkenaan kecuali dengan
kebenaran.
(ii) Pengarah adalah bertanggungjawab untuk memastikan
semua pihak yang terlibat dalam urusan peperiksaan
menandatangani surat Pengakuan Kerahsiaan Peperiksaan.
8. RAYUAN
(1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus
(a) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan kursusnya boleh
merayu untuk semakan semula keputusan kursus berkenaan.
Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh
pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud ini, tarikh
pengumuman rasmi adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan
dimaklumkan kepada pelajar oleh Ketua Bahagian yang berkenaan
mengikut apa-apa kaedah dan/atau saluran yang ditetapkan oleh
pihak UMCCed.
(b) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah dalam
tempoh dua minggu selepas keputusan dimaklumkan kepada
pelajar dengan mengemukakan resit asal bayaran yang ditetapkan
untuk rayuan itu. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.
38
(c) Rayuan tidak akan diterima oleh pejabat UMCCed sekiranya:
(i) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan dalam
subperaturan (a) di atas; atau
(ii) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal
bayaran.
(d) Apabila sesuatu rayuan diterima, Pengarah hendaklah melantik
pemeriksa kedua bagi kursus berkenaan. Pemeriksa kedua yang
dilantik hendaklah menyemak semula skrip jawapan dan/atau
tugasan tersebut dan melaporkan hasil semakan semula kepada
Jawatankuasa Rayuan UMCCed yang kemudiannya akan
memutuskan sama ada markah dan/atau gred pelajar yang merayu
tersebut dikekalkan atau dipinda. Pemeriksa asal dan pemeriksa
kedua yang berkenaan boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa Kluster berkenaan sekiranya diperlukan.
(e) Gred terbaik akan diambilkira bagi tujuan pengiraan PNGK.
(2) Rayuan Meneruskan Program Pengajian
(a) Seseorang pelajar yang ditamatkan daripada program pengajiannya
menurut subperaturan 7(6)(e) atau diluputkan status akademiknya
menurut subperaturan 4(5)(c) Peraturan-Peraturan ini, boleh
mengemukakan rayuan untuk meneruskan program pengajiannya.
Rayuan berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah yang
akan mendapatkan perakuan Jawatankuasa Rayuan UMCCed.
Perakuan Jawatankuasa Rayuan UMCCed akan dikemukakan
untuk kelulusan Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan oleh
Senat.
(b) Pelajar yang ditamatkan daripada program pengajiannya menurut
subperaturan 7(6)(e), hendaklah mengemukakan rayuan dalam
tempoh empat minggu daripada tarikh rasmi keputusan di mana
pelajar ditamatkan daripada program pengajiannya.
(c) Pelajar yang diluputkan status akademiknya menurut subperaturan 4(5)(c), boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pengarah untuk meneruskan pengajiannya.
(3) Rayuan Pelanjutan Tempoh Program Pengajian
(a) Seseorang pelajar yang sedang berada di dalam semester terakhir
tempoh maksimum pengajiannya dan masih belum
menyempurnakan keperluan penganugerahan Diploma
Eksekutifnya boleh mengemukakan rayuan untuk pelanjutan
39
tempoh pengajian. Rayuan hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah yang akan mendapatkan ulasan dan perakuan
Jawatankuasa Rayuan UMCCed.
(b) Rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh semester terakhir
tempoh maksimum pengajiannya.
(4) Keanggotaan Jawatankuasa Rayuan UMCCed
(a) Bagi maksud Jawatankuasa Rayuan UMCCed yang dinyatakan di
perenggan 8(1), 8(2), 8(3), dan 8(4) di atas, keanggotaannya
adalah terdiri daripada:
(i) Pengarah sebagai Pengerusi; (ii) Timbalan Pengarah yang berkenaan; (iii) Dua orang pensyarah yang dilantik oleh UMCCed;
(iv) Ketua Bahagian yang berkenaan atau wakil;
(v) Penyelaras Akademik;
(b) Jika Pengarah bercuti atau kerana atas apa-apa sebab lain dia tidak
dapat menjalankan kewajipannya sebagai pengerusi Jawatankuasa
Rayuan UMCCed, Timbalan Pengarah yang berkenaan boleh
menjalankan kewajipan Pengarah sebagai pengerusi Jawatankuasa
Rayuan UMCCed.
(c) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Rayuan UMCCed adalah
terdiri daripada Pengerusi dan dua orang ahli lain.
9. KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF
(1) Pelajar yang telah menarik diri dari program Diploma Eksekutifnya boleh
memohon untuk dipertimbangkan masuk semula ke program pengajian
Diploma Eksekutif terdahulu atau mana-mana program pengajian lain di
UMCCed.
(2) Pelajar yang telah ditamatkan pengajian kerana gagal dalam peperiksaan
tidak boleh diterima masuk semula ke program pengajiannya terdahulu.
(3) Pelajar yang telah ditamatkan pengajian atas alasan selain daripada yang
diperuntukan di subperaturan (2) di atas, boleh memohon untuk
dipertimbangkan masuk semula ke program pengajiannya terdahulu atau
mana-mana program pengajian lain di UMCCed.
40
10. PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF
(1) Keperluan Penganugerahan Diploma Eksekutif
(a) Keperluan am
Setiap pelajar hendaklah menyempurnakan keperluan-keperluan
kursus untuk tujuan penganugerahan Diploma Eksekutif.
(b) Keperluan tempoh minimum
Pelajar hendaklah telah menyempurnakan tempoh minimum yang
ditetapkan bagi program pengajiannya untuk tujuan
penganugerahan Diploma Eksekutif melainkan diperuntukan secara
khusus di bawah subperaturan 6(2)(e) Peraturan-Peraturan ini.
(2) Penganugerahan Diploma Eksekutif
(a) Seseorang pelajar boleh dianugerahkan Diploma Eksekutif apabila
telah memenuhi keperluan program pengajiannya.
(b) Diploma Eksekutif yang dianugerahkan adalah berdasarkan PNGK
terakhir. Untuk melayakkan dianugerahkan Diploma Eksekutif ini,
pelajar hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada
2.0.
(c) Pelajar layak dianugerahkan Diploma Eksekutif, Lulus Dengan
Cemerlang, sekiranya –
(i) telah mencapai PNGK terakhir 3.7 dan ke atas;
(ii) tidak pernah mendapat gred F dan/atau gred U bagi mana-
mana kursus sepanjang tempoh program pengajiannya;
(iii) tidak pernah mengulang mana-mana kursus dengan tujuan
mempertingkatkan Gred Gagal sepanjang tempoh program
pengajiannya; dan
(iv) berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh minimum dari
tarikh permulaan pendaftaran pelajar.
(d) Pelajar layak dianugerahkan Diploma Eksekutif, Lulus Dengan
Kepujian, sekiranya mencapai PNGK terakhir antara 2.7 sehingga
3.69.
41
(e) Pelajar layak dianugerahkan Diploma Eksekutif sekiranya mencapai
PNGK terakhir antara 2.0 sehingga 2.69.
11. AM
(1) Pematuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
Universiti
Setiap pelajar adalah tertakluk kepada semua peruntukan yang dinyatakan
di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti Malaya, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain
yang sedia terpakai di Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti
Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
(2) Mengaudit Kursus
(a) Pelajar boleh mendaftar untuk mengikuti mana-mana kursus
setelah mendapat kelulusan Pengarah.
(b) Pengarah hendaklah mengesahkan pelajar memenuhi syarat
minimum 80% kehadiran untuk melayakkan pelajar diberi gred R.
(3) Pengecualian Pemakaian
Walau apapun yang dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan ini, Senat
berhak mengecualikan pemakaian Peraturan-Peraturan ini atau mana-
mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini ke atas mana-mana program
pengajian Diploma Eksekutif.
Dibuat pada 16hb. Ogos 2012 oleh Senat Universiti Malaya.
42
JADUAL A
(PERATURAN 4 (6) (c))
CAJ YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN LAIN
Cajyuran pengajian dan bayaran lain yang dikenakan adalah tertakluk kepada tempoh
permohonan penarikan diri pengajian seperti berikut:
(1) Yuran Pengajian
Tempoh penarikan diri Caj bayaran
(a) Permohonan dikemukakan oleh
pelajar sebelum hari Jumaat
minggu kedua kursus berkenaan
dijalankan.
30% daripada jumlah yuran
kursus berkenaan
(b) Permohonan dikemukakan oleh
pelajar selepas minggu kedua
kursus berkenaan.
100% daripada jumlah yuran
kursus berkenaan
(2) Bayaran lain
Tempoh penarikan diri Caj bayaran
Semester I 30% daripada jumlah bayaran
lain Semester II
Semester III dan Semester IV 100% daripada jumlah bayaran
lain
43
JADUAL B
ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN (1) Jadual Waktu Peperiksaan
Calon perlu melihat dan meneliti;
Tarikh, waktu dan tempat peperiksaan modul masing-masing seperti yang
dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan.
(a) Waktu Peperiksaan bermula seperti berikut:
BAHAGIAN PAGI : JAM 10.00 (1000) PAGI
BAHAGIAN PETANG : JAM 2.30 (1430) PETANG
(b) Sebarang pindaan Jadual Waktu Peperiksaan (sekiranya ada) akan dipaparkan di sekitar dewan peperiksaan atau Memo Pindaan Maklumat Peperiksaan akan diedarkan.
(2) KAD PENGENALAN/KAD PENDAFTARAN PELAJAR DAN SLIP
MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Calon mestilah membawa bersama Kad Pengenalan/Kad Pendaftaran
Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan. Calon yang tidak membawa Kad Pengenalan/Kad Pendaftaran Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan sehingga kelayakan mereka mengambil peperiksaan dapat dikenal pasti. Calon tidak dibenarkan menulis apa-apa nota pada Slip Menduduki Peperiksaan.
(3) LARANGAN Calon Tidak Dibenarkan:
(a) membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan atau membawa keluar dari dewan peperiksaan apa-apa buku, kertas, risalah, gambar atau apa-apa dokumen atau barangan lain kecuali barang/bahan yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas.
(b) membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan beg, tas tangan,
mesin kira (calculator) dan jam tangan yang berbunyi atau boleh diprogramkan, sarung mesin kira, bekas pencil. Atas sebab keselamatan, barang-barang bernilai seperti beg duit dan dompet
44
boleh dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan tetapi diletakkan di bawah meja peperiksaan masing-masing;
(c) membawa masuk sebarang peralatan elektronik atau alat
komunikasi termasuk music player, kamus elektronik, telefon bimbit dan personel digital assistant (PDA). Sekiranya terdapat calon yang membawa masuk peralatan berkenaan, maka calon diminta mematikan dan menyerahkan kepada Ketua Pengawas/Pengawas semasa tempoh peperiksaan dijalankan. Calon akan dianggap meniru sekiranya masih menyimpan bahan-bahan seperti di atas semasa peperiksaan sedang berjalan. UMCCed tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barangan yang di luar dewan peperiksaan;
(d) masuk ke dewan peperiksaan sehingga Ketua Pengawas membuat
pengumuman masuk. Calon bertanggungjawab duduk di tempat yang disediakan bagi kertas peperiksaan mengikut program dan modul masing-masing;
(e) memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak
sopan, dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan di dalam dewan peperiksaan;
(f) masuk ke dewan peperiksaan selepas 30 – 60 minit peperiksaan
dimulakan. Calon yang lewat menghadiri peperiksaan tetapi lewat daripada had tempoh tersebut tidak akan diberi masa tambahan untuk peperiksaan tersebut;
(g) meninggalkan dewan peperiksaan dalam masa 30 minit pertama
selepas peperiksaan dimulakan. Calon tidak boleh meninggalkan dewan peperiksaan dalam masa 15 minit sebelum peperiksaan berakhir;
(h) merokok dan makan di dalam dewan peperiksaan semasa
peperiksaan dijalankan. Walau bagaimanapun, calon boleh membawa masuk air kosong/mineral di dalam botol lut sinar dan hendaklah diletakkan di bawah meja peperiksaan. Lain-lain jenis minuman adalah tidak dibenarkan.
(4) ARAHAN KETIKA BERADA DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN (a) Ketika berada dalam dewan peperiksaan, calon TIDAK BOLEH:
(i) menerima apa jua buku, kertas, risalah atau gambar atau apa-apa dokumen lain daripada sesiapapun, kecuali barang/bahan yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas Peperiksaan; (ii) berhubung di antara satu sama lain walau dengan apa juga cara sekalipun semasa peperiksaan dijalankan. Jika calon
45
hendak bercakap dengan Ketua Pengawas/Pengawas, calon hendaklah mengangkat tangan; (iii) keluar dari dewan peperiksaan untuk pergi ke tandas atau atas sebab-sebab tertentu tanpa kebenaran Ketua Pengawas/Pengawas. Jika calon hendak ke tandas, calon hendaklah mengangkat tangan. Calon akan diiringi Ketua Pengawas/Pengawas semasa perjalanan ke tandas.
(iv) membawa keluar kertas jawapan kosong serta kertas yang digunakan untuk kerja kasar, termasuk juga apa juga buku yang dibekalkan untuk rujukan dalam peperiksaan
(b) Setelah berada di tempat duduk, CALON MESTILAH:
(i) mengisi butir-butir kehadiran pada Slip Kehadiran Peperiksaan dan meletakkannya bersama dengan Kad Pengenalan/Kad Pendaftaran Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan di penjuru kanan meja untuk disemak dan dikutip oleh Ketua Pengawas/Pengawas Peperiksaan.
(ii) menulis nombor pendaftaran pelajar serta nombor soalan pada KULIT KERTAS JAWAPAN. CALON DILARANG MENULIS NAMA ATAU SEBARANG NOTA KEPADA PEMERIKSA PADA KERTAS JAWAPAN;
(iii) mematuhi segala arahan yang tercatat di muka hadapan kertas soalan dan kulit kertas jawapan; dan
(iv) meninggalkan dewan peperiksaan dengan keadaan yang senyap dan teratur.
(5) ARAHAN SELEPAS TAMAT PEPERIKSAAN
(a) Ketua Pengawas/Pengawas akan membuat pengumuman tentang tamatnya satu-satu peperiksaan. Setelah pengumuman ini dibuat semua CALON MESTILAH:
(i) berhenti menulis; (ii) memasukkan kertas jawapan ke dalam kulit kertas jawapan
dan mengikat kertas jawapan tersebut; dan
(iii) meletakkan kertas jawapan di penjuru kanan meja peperiksaan masing-masing bagi membolehkan pengawas memungut kertas jawapan tersebut.
(b) Semua kertas jawapan sama ada yang telah dipakai ataupun tidak,
mestilah ditinggalkan di dewan peperiksaan. Calon tidak sekali-kali
46
dibenarkan membawa apa jua buku/kertas keluar dari dewan peperiksaan.
(c) Kertas soalan pelbagai pilihan (MCQ) tidak boleh dibawa keluar dari
dewan peperiksaan (tertakluk kepada kebenaran pensyarah bagi kursus yang berkenaan sahaja).
2. PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PEPERIKSAAN
(1) Jika Pengarah UMCCed mempunyai sebab mempercayai bahawa keadaan atau isi mana-mana soalan peperiksaan atau kandungan mana-mana kertas soalan peperiksaan mungkin telah diketahui sebelum tarikh dan waktu peperiksaan yang sebenar oleh mana-mana orang selain daripada pemeriksa, atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah, Pengarah/Timbalan Pengarah boleh memberi perintah penggantungan peperiksaan atau pembatalan kertas soalan peperiksaan dan menyediakan kertas soalan baru.
(2) Jika timbul satu-satu keadaan yang pada fikiran Ketua Pengawas Peperiksaan, menyebabkan perlu pembatalan atau penangguhan peperiksaan, ia hendaklah memberhentikan peperiksaan dan, dengan seberapa segera memungut kertas jawapan yang telah pun bertulis dan melaporkan perkara itu kepada Pengarah/Timbalan Pengarah UMCCed.
3. ADUAN MENGENAI PEPERIKSAAN
(1) Jika, pada pendapat Ketua Pengawas/Pengawas dalam waktu peperiksaan, timbul kejadian yang menjadikan peperiksaan tidak adil kepada mana-mana calon, ia hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pengarah/Timbalan Pengarah.
(2) Seseorang calon peperiksaan, pensyarah atau mana-mana kakitangan
UMCCed boleh mengadu kepada Pengarah/Timbalan Pengarah bahawa peperiksaan telah dijalankan secara tidak betul.
(3) Di mana sesuatu perkara telah diadukan kepada Pengarah menurut
perenggan (1) dan (2) di atas, ia boleh mengambil satu tindakan seperti mana yang difikirkan sesuai olehnya, dan jika ia mengarahkan bahawa satu lagi peperiksaan patut diadakan, peperiksaan itu hendaklah dianggap sebagai peperiksaan yang ditetapkan di bawah mana-mana Kaedah atau Peraturan yang menguasai kursus yang berkaitan.
(4) Sebarang aduan oleh mana-mana kakitangan UMCCed bahawa
peperiksaan telah dijalankan secara tidak betul atau bahawa peruntukan mana-mana Kaedah atau Peraturan yang berkaitan telah tidak dipatuhi, hendaklah dibuat kepada Pengarah/Timbalan Pengarah hendaklah menyiasat aduan itu dan melaporkan keputusan penyiasatannya kepada Senat. Senat pula boleh mengambil tindakan seperti yang difikirkannya sesuai.
Top Related