Peribahasa Menengah 1
Apa itu peribahasa?Peribahasa ialah susunan kata-kata yang mempunyai makna yang luas dan tersirat.Peribahasa digunakan bagi menggambarkan sifat dan kelakuan manusia atau sesuatu keadaan.Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis: SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN, PEPATAH, BIDALAN dan PERBILANGAN
Simpulan BahasaBentuk peribahasa yang paling ringkasBiasanya terdiri daripada dua perkataanContoh; baik hati, anak angkat, ambil hati, dalam tangan
PerumpamaanSejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain.Selalunya menggunakan kata-kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.Contoh: bagai kacang lupakan kulit, seperti bumi dengan langit
PepatahMerupakan peribahasa yang berangkapBiasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.Contoh: berakat-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, harapkan pagar, pagar makan padi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
BidalanPeribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar.Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang telah melekat di mulut orang.Contoh: air yang tenang jangan disangka tiada buaya, indah khabar dari rupa, nasi sudah menjadi bubur
PerbilanganMerupakan kata-kata hikmat atau ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup.Contoh: bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, terlajak peradu boleh diundur, terlajak kata emas padahnya.
(1) Ada gula adalah semut
Ada gula adalah semutDi mana ada rezeki di situlah ramai orang
(2) Alah bisa tegal biasaMAKNA PERKATAAN
Alah = biasaTegal = kerana, oleh sebab
Alah bisa tegal biasaPerkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya.
(3) Bagai hujan jatuh ke pasir
Bagai hujan jatuh ke pasirKebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas.
Malu berkayuh perahu hanyut
(4) Malu berkayuh perahu hanyutKalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapanKalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
(5) Bagaimana acuan begitulah kuihnyaSeseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanyaKeadaan sesuatu itu menurut asalnya.
(6) Ditatang bagai minyak yang penuhSangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
(7) Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajamSeseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
(8) Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkaratDiam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
Kerja kumpulan (15 minit)ARAHAN:Pilih satu peribahasaFahamkan maknanyaTuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan makna peribahasaGunakan bak kata pepatah yang diikuti dengan peribahasa dalam cerita kamu
Pembentangan