ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :E_SYA
:DU-U-NO
2 CANOPUS
TENGKOLOK
Tengkolok DiRaja dijalin daripada kain tenunan warna hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau solek dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata negeri Kedah Darul Aman.
Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu zamrud dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan sabit), dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan berbentuk bunga lawang.
KERIS PENDEK DIRAJA
Keris ini untuk pemakaian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang kekuasan Baginda. Pemakaiannya adalah untuk majlis Istiadat DiRaja mengikut ketetapan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
PENDING DIRAJA
Pending DiRaja berbentuk bulat dan bertatahkan 12 biji batu berlian. Di tengahnya diperbuat daripada 'enamel' dan terdapat bintang 8 penjuru bertatahkan 16 biji batu berlian. Di tengahnya terletak sebiji permata berlian. Di kiri kanan terdapat ukiran berbentuk bunga ketola bertatahkan 3 biji permata berlian. Tali pinggangnya diperbuat daripada anyaman emas 112 mayam.
KERIS PANGJANG DIRAJA
Keris Panjang DiRaja ialah keris istiadat yang digunakan oleh Dato' Seri Maharaja Lela atau pun Ketua Istiadat semasa melangsungkan sesuatu Adat Istiadat DiRaja.
COGAN AGAMA
Cogam Agama adalah satu lagi lambang kekuasaan
Baginda Sultan yang diperbuat daripada perak.
Panjangnya 162.66 cm. Ia berupa tongkat berkepala
besar dengan berukiran emas dengan perkataan
"Allah". Pada kepala cogam terukir kalimah suci, dan
pada tongkatnya terukir ayat Al-Quran.
COGAN ALAM
Alat kebesaran ini diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm. Ia berupa satu bulatan tanda alam semesta dan diterapkan dengan lambang 11 buah daerah Negeri Kedah Darul Aman. Di bawahnya tertera bunga padi, lambang Negeri Kedah Darul Aman sebagai Negeri Jelapang Padi serta Pengairan Muda sumber pembekalan air yang mengairi sawah padi. Tongkat pula dihiasi dengan ukiran daun telepok Siam dan bunga orkid Langkawi serta ayat suci Al-Quran.
COKMAR
Lambang kekuasaan Baginda Sultan ini
panjangnya 81.32 cm. Terdapat dua batang cokmar
yang diperbuat daripada perak. Ia berupa tongkat
berkepalakan kubah yang mempunyai ukiran bunga
tanjung kuncup
TOMBAK,LEMBING DAN PEDANG
Dua belas bilah alat senjata Melayu bagi tiap-tiap
satu jenis yang juga menjadi sebahagian daripada
alat kebesaran DiRaja
TAMAT
BYE...
Top Related