ALAT – ALAT MUZIK TRADISIONAL
KELUARGA KORDOFON (BERTALI)
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.
Ia dikenali juga dengan nama “anak umbang” di kalangan bomoh-bomoh Melayu.
Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi
yang disebut “main peteri”. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar
kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang.
Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal,
leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-
nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga
sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam
permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak
dipermulaannya yang dikenali sebagai “menghadap rebab”.
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat
daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali
sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada
kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja
manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape
dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan
jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi
hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung.
Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi
persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung.
Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar.
Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk
mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
KELUARGA AEROFON (TIUP)
Serunai
Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak
membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya
sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah
tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat
daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk
loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai
mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi
wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.
Nafiri
Nafiri merupakan sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari kepulauan Riau di
pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan terompet. Nafiri merupakan salah satu
alat yang penting untuk digunakan pada acara pertabalan raja selain sebagai alat
muzik di istana. Pada kerajaan Melayu dahulu, alat pusaka Nobat seperti nafiri,
gendang, sirih esar, dan cogan merupakan lambang negara atau yang biasa disebut
dengan regelia kerajaan yang dijadikan sebagai kekuatan spiritual dan kehormatan
kerajaan bersama dengan adat istiadat. Tanpa adanya alat-alat tersebut, pertabalan
seorang raja tidak dapat disahkan. Di Kedah, nafiri bersama dengan alat-alat muzik
nobat lainnya disimpan di dalam sebuah tempat yang bernama Balai Nobat. Alat ini
juga diperbuat daripada perak dan berukuran panjang 32 inci atau 33 cm. Bunyinya
terdengar sayup-sayup. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan
kaum kerabat Diraja (kerajaan), mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat
pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan Raja.
Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina dan telah
diperkenalkan sejak 7 ribu tahun dahulu iaitu kira-kira bersamaan 4500 tahun yang
lalu. Badan serulingnya agak panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah
lebih tebal dan lembut.
KELUARGA IDIOFON (KETUK)
Gong
Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa
yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak.
Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam
persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan
daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu
berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.
Canang
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi
canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil.
Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada
kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang
dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan
wayang kulit dan wayang Melayu.
Kesi
Sejenis alat idiofon dari keluarga “simbal” yang dibentuk daripada kepingan tembaga.
Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan
sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan
dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara
kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat
tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam
ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan
seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian
tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.
Bonang Gamelan
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil.
Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong
licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong
dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain
duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu
pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian
lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin,
persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh
masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri
Sembilan.
Kenung
Kenung diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas
regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol
kenung. Kenung dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong
dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa
dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan,
Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu.
Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk kenung seperti periuk. Saiz kenung
besar. Sisi muka kenung bertebing (meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula
ada tombol. Diletakkan di atas rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol
kenung dipalu dengan pemalu yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat
Melayu di Pahang, Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.
Angklung
Berasal dari Indonesia. Diperbuat daripada batang buluh yang berbeza-beza
ukurannya antara satu dengan yang lain. Tiap-tiap satunya mempunyai pitch
tertentu, terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan adanya valve pada hujung
lain. Dua atau tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai yang juga diperbuat
daripada buluh yang boleh bergerak bila bingkai tersebut digoyangkan. Untuk
mengeluarkan bunyinya, seseorang itu perlu memegang bingkai angklung sambil
menggoncang-goncangkannya. Angklung biasanya digunakan dalam kumpulan
muzik.
KELUARGA MEMBRANOFON (KULIT)
Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit kambing. Kulit kambing yang telah dibuang bulunya diproses
dengan bancuhan kimia. Kulit dikeringkan tanpa dibiarkan reput dan kulit digosok
dengan garam batu bagi membuangkan bulunya. Atau ia dibenarkan reput sedikit
supaya bulunya senang tanggal. Air kapur, abu, sodium sulfida, ammonium sulfate
adalah antara kimia yang digunakan. Tannin, bahan dalam teh digunakan untuk
mengawet kulit yang diproses. Kemudian kulit dikeringkan ditempat yang lembab.
Kadangkala kulit ditarik-tarik untuk melembut dan meratakannya. Cara memalu
kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak
tangan mengikut rentak. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan
tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka. Kompang biasanya dimainkan semasa
perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Gendang
Gendang gamelan mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble
Gamelan Melayu. Ia merupakan jenis gendang dua muka iaitu compound hole dan
berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya
diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi dan pada permukaan kecil
dengan belulang kambing. Teknik meregang bagi belulang-belulang tersebut ialah
dengan menggunakan jalinan tali daripada kulit dan disalurkan melalui gelung-gelung
yang diperbuat daripada kulit dan berfungsi sebagai alat tala (tune). Kebanyakan
daripada gendang tersebut dibawa dari Jawa bersama alat Gamelan perunggu yang
lain. Dalam konteks persembahan ia dipukul dengan kedua-dua belah tangan
pemain dan mampu menghasilkan suara mnemonik seperti 'doh' pada permukaan
besarnya dan mnemonik 'tak' pada permukaan kecilnya. Dalam tradisi Gamelan di
Johor jenis gendang seperti ini terdapat dalam berbagai ukuran dan ia dibuat oleh
tukang-tukang yang mahir dari kalangan mereka. Gendang dua muka juga berfungsi
sebagai penyokong irama dalam ensemble yang berkaitan seperti persembahan
Wayang Kulit Purwa dan Kuda Kepang.
Gedombak
Gedombak adalah gendang dua muka iaitu 'compound hole' tetapi pada sebelah
permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu
lagi (ponget) dibiarkan terbuka. Ia berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'.
Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka
ataupun angsana. Pada permukaannya diregang ataupun dirambing dengan
belulang daripada kulit kambing sebagai bahan bunyi dengan menggunakan kaedah
siratan tali rotan yang halus. Dalam konteks persembahan, ia disertakan secara
berpasangan iaitu Ibu dan Anak dan dimainkan oleh dua orang pemain untuk
mengiringi teater tradisional seperti Wayang Kulit dan Menora yang terdapat di
Kelantan. Dalam ensemble Menora yang terdapat di Perlis, alat Gedombak juga
disertakan secara berpasangan. Gedombak Ibu mampu menghasilkan pic suara
yang lebih rendah daripada Anak tetapi mempunyai ukuran yang sama pada
baluhnya. Dalam proses penalaan bunyi, kayu berbaji juga digunakan. Ia dipalu
dengan sebelah tangan manakala tangan sebelah lagi digunakan untuk
mengimbangi di antara suara-suara mnemonik iaitu 'doh', 'phat' dan 'ting' dengan
melakukan kaedah buka dan tutup pada permukaan kecilnya yang sedia terbuka itu.
Rebana Ubi
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi
lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana
sangat popular terutamanya dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong,
burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk. Tetapi Rebana juga sering dimainkan
di Pulau Jawa. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraiaan.