ALATAN KELENGKAPAN AKUARIUM DAN AKSESORI
Sebelum aktiviti setting akuarium dilakukan, kita perlu menyenaraikan dan menyediakan
peralatan yang sesuai untuk menghasilkan akuarium yang menarik. Alatan ini berfungsi
untuk mencipta sebuah system akuarium yang baik dan efektif.
Akuarium/bekas
Pam angin
Tiub dan kekunci angin
Lampu akuarium
Sistem CO2 (jika perlu)
Alat penapis biologi
Alat penapis dalaman
Pam air
Alatan penapis
Jangka suhu
Alat penapis luaran
Alat penapis mekanikal
Akuarium/bekas
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti
jenis akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan,bilangan ikan hiasan dan saiz
ikan hiasan.Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa
dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk,
bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan
kepada beberapa jenis berdasarkan:
i. saiz akuarium;
ii. bentuk akuarium;
iii. bahan buatan akuarium;dan
iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.
a.Saiz akuarium.
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil,
sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang
digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil,
akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika
Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5
-75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter),
dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).
Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu
besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem
penuh seperti ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut
paling besar di dunia).
b. Bentuk akuarium.
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,
bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium
Rajah A dan B:
Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama
(A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D)
separa silinder (E) dan silinder (F)
empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium),
akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata
(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan
akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah A dan B).
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.
Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di
Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala
akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai
namanya.
c. Bahan buatan akuarium.
Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:
i. akuarium kaca (glass aquarium); dan
ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh
gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah
dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah
tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan.
Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.
Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.
Panjang X lebar X dalam
(L X W X D) cm
Sentimeter padu (cm3)
1 liter 1000 cm
1 liter 0.264 gelen (U.S)
1 liter 0.22 gelen Imperial (U.K)
1 gelen (U.S) 8.345 pound (1b) = 3.79 kg
1 gelen (U.K) 10 pound (1b) = 4.55 KG
1 liter 1 kg atau 2.2 pound (1b)
Parameter dan kapasiti tangki
1.PAM ANGIN
Pam angin ialah alatan yang mengeluarkan angin secara mekanikal. Pam ini mempunyai
diafragma getah yang bergetar yang digegarkan oleh motor elektronagnetik. Proses gegaran
yang dijana oleh tenaga elektrik mampu mengeluarkan angin yang kemudiannya disalurkan
ke dalam tiub yang disambungkan kepada batu udara (airstones). Batu udara ini
dimasukkan ke dalam akuarium yang dapat menghasilkan buih untuk memberikan kocakan
kepada kepada air akuarium tersebut. Batu udara ini terdapat dalam bentuk bulat atau
dalam bentuk panjang (air-screen). Batu udara panjang boleh menghasilkan buih
memanjang dan sekata, dan sesuai digunakan pada latar belakang akuarium yang besar
dan sederhana besar. Batu-batu udara ini dapat mencantikkan lagi pemandangan di dalam
akuarium. Pam angin ini juga boleh disambungkan pada penapis akuarium yang kecil dan
sederhana. Kotak plastik kecil yang mengandungi kapas sebagai media tapis merupakan
satu daripada alat penapis yang boleh disambungkan kepada pam angin ini. Pam angin
yang berkuasa tinggi biasanya digunakan pada akuarium yang besar. Kebiasaannya,
semakin besar sebuah pam angin maka, semakin tinggilah kuasa anginnya. Pemilihan pam
angin perlu bersesuaian dengan saiz akuarium yang ingin digunakan. Selain itu, terdapat
juga pam angin yang menggunakan bateri sebagai satu alternatif. Kebiasaannya, apabila
kawasan rumah atau pejabat terputus bekalan elektrik, bateri boleh digunakan supaya
kandungan O2 dalam akurium masih mencukupi.
2.PAM AIR
Pam air pula digunakan didalam air. Fungsinya sama dengan pam angin tetapi
digunakan bersama dengan sistem penapisan. Dalam kepala pam biasanya terdapat motor
elektrik yang dapat memutarkan kipas kecil (impeller) yang menyedut air dan
mengeluarkannya melauli corong air. Pam air juga boleh digunakan untuk menyalurkan air
ke dalam sistem penapisan yang kemudiannya menyalurkan air ke dalam sistem penapisan
yang kemudiannya menyalurkan kembali airtersebut ke dalam akuarium. Ada pam air yang
tinggi kuasanya dan dikenali sebagai pam kuasa (power head). Terdapat pam kuasa yang
mempunyai kuasa yang tinggi dan berkemampuan untuk menghasilkan tendangan air yang
kuat dan laju. Pam ini biasanya digunakan pada akuarium yang besar. Pam air juga sering
digunakan di dalam kolam untuk menyalurkan air melalui saluran paip pvc ke dalam sistem
penapisan kemudian menyemburkan semula air itu ke dalam kolam. Biasanya, kuasa pam
air bergantung kepada kapasiti kandungan air dalam sesebuah akuarium atau keluasan dan
saiz akuarium.
3. TIUB, BEBOLA UDARA DAN KEKUNCI ANGIN
Alatan Kelengkapan Dan Bahan
Sistem Penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C).
Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini
mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan
partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati.
Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,
kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan
oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan
ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma
mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan
menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis ’undergravel
filter’ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada
nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula
menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media
penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari
akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih
dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus
menerus.
Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump),
penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran
penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama
penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa
elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible
filtering pump).
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis.
Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media
penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut,
umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat
daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis
air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media
penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses
penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.
Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A),
penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C).
Sistem Pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump),
batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing)
dan injap-injap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah
memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air.
Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan
ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu
udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub
udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi,
udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air
akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan
oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air
akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem
pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A),
batu udara (B) dan tiub udara (C).
Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium
dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam
akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;
ii. mempastikan pH air pada tahap optima;
iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan
makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;
iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih
dan bersih; dan
v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah
akuarium ialah:
i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;
ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;
iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;
iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan
v. pasir dan batua untuk lantai akurium.
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan
dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan
beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan
memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat
makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan
akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar
umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling
baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya
akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang
terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya
lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah
akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk
mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan
5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes)
yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai
spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen
juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai.
Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang
sesuai untuk tumbuhan.
Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan
akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).
Tumbuhan Akuatik
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan
mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan
toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan
oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar
akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas
oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga
berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi
tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-
daun tumbuhan akuatik.
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium.
Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan
hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan
Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran
yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan
akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara
komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.
Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor,
antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan
yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap
kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan
terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang
digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut,
misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.
Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan
tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu,
pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau
sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan
tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu
yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam
sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan
lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas
kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air
akuarium.
a. Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium
Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis
sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang
baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon
dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak
dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di
dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.
Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
b. Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium
Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium.
Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik
daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh
membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana
sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah
peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.
c. Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah
Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp.
Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp
agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla
sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa
tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.
Jadual : Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium
Spesis
1. Anubias sp
2. Aponogeton sp
3. Azolla sp
4. Bacopa sp
5. Cabomba sp
6. Hydrocotyle sp
7. Hygrophila sp
8. Hydrilla verticiliata
9. Elodea sp
10 Althonanthera spp.
11 Lobelia spp.
12 Java fern
13 Sumatra fern
Cryptocoryne sp Vallisneria sp
Ludwigia sp
Cabomba sp