Page
1
ROSNI BINTI DERIS760116035806
PENYIASATAN AMALI DAN PEDAGOGI PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN (PPIK)
KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH
AMALI 1
Tajuk : Pengukuran dalam kehidupan harian
Hasil Pembelajaran : Untuk mengambil dan membanding pengukuran –pengukuran
menggunakan pelbagai jenis alat pengukur (instrumen)
Bahan dan alat pengukur : Pembaris meter
Angkup vernier
Tolok skru micrometer
Neraca elektronik
Neraca bim (alur tiga)
Dawai kuprum SWG 20 atau SWG 26
Guli kaca
Tabung uji
1 sudu pasir halus
Prosedur :
Aktiviti 1 : Mengukur panjang
1. Diameter sebuah tabung uji , wayar kuprum dan sebiji guli kaca diukur dengan
menggunakan pembaris panjang ,angkup vernier dan tolok skru mikrometer.
2. Proses pengukuran diulangi .
3. Keputusan anda dijadualkan.
Aktiviti 2 : Mengukur jisim
1. Ukur jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir dengan menggunakan neraca bim
(alur tiga)
2. Pengukuran anda diulangi.
3. Keputusan anda dijadualkan.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
2
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Keputusan :
Aktiviti 1 Mengukur panjang
i) Pembaris meter
Objek Diameter/cm Purata/cm
1 2 3Tabung uji 2.5 2.5 2.5 2.5
Wayar kuprum 0.1 0.1 0.1 0.1Guli kaca 1.5 1.4 1.4 1.4
ii) Angkup vernier
Objek Diameter/cm Purata/cm
1 2 3Tabung uji 1.62 1.61 1.61 1.61 Wayar kuprum 0.1 0.1 0.1 0.1 Guli kaca 1.63 1.63 1.63 1.63
iii) Tolok skru mikrometer
Objek Diameter/mm Purata/mm
1 2 3Tabung uji 1.71 1.71 1.71 1.71
Wayar kuprum 0.74 0.72 0.72 0.72Guli kaca 10.25 10.25 10.24 10.25
(Ralat sifar :-0.01mm)
4) Perbincangan :
a) Di antara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang manakah paling persis? Yang manakah paling jitu ? Terangkan
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok skru micrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru micrometer merupakan alat pengukur yang paling persis.
Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru micrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikometer adalah alat penyukat yang paling jitu.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
3
ROSNI BINTI DERIS760116035806
b) Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan kenapa?
Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1 cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.
Keputusan:Aktiviti 2 Mengukur jisim
i) Neraca tiga palang/alur
Objek Jisim/g Purata/g
1 2 3Pensel 4.2 4.2 4.2 4.2
1 camca teh pasir 20.47 20.47 20.47 20.47
ii) Neraca elektronik
Objek Jisim/g Purata/g
1 2 3Pensel 4.08 4.08 4.08 4.08
1 camca teh pasir 20.04 20.04 20.04 20.04
4) Perbincangan:
a) Di antara alat-alat pengukur untuk mengukur jisim, yang manakah paling persis? Yang
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
4
ROSNI BINTI DERIS760116035806
manakah paling jitu? Terangkan.
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding neraca tiga palang/ alur. Maka, neraca elektronik merupakan alat menyukat jisim yang paling persis.
Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang paling jitu berbanding neraca tiga palang/alur.
Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang paling jitu berbanding neraca tiga palang/alur
b) Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian?
Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah neraca tuas, neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.
c) Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini.
Apabila menggunakan satu pengukur beberapa bacaan akan diambil untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter tabung uji, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama.
Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Kepersisan ialah kebolehan sesuatu alat member bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan sesuatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.
Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat paralaks harus dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat sifat bagi alat pengukur tersebut
Tolok skru micrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala , neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek.
Kesimpulan
Tolok skru micrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
5
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Langkah berjaga-jaga:
1. Mengelakkan ralat paralaks2. Mengelakkan ralat sifar3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.
PENYIASATAN AMALI DAN PEDAGOGI PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN (PPIK)
KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
6
ROSNI BINTI DERIS760116035806
AMALI 4
Tajuk : Litar elektrik
Hasil Pembelajaran : Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar
Sesiri.
Bahan dan alat pengukur : Pemegang bateri
Bateri
Beberapa dawai penebat
Ammeter
Voltmeter
mentol
Prosedur :
Aktiviti 1 : Membina litar sesiri dan selari
1. Dua litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri,bateri,beberapa dawai
penebat dan tiga buah lampu mentol seperti rajah di bawah.
2. Semua dawai disambung dan diperhatikan nyalaan mentol
3. Ammeter dan voltmeter disambungkan dalam kedua –dua litar. Jadual dibina
untuk merekodkan pemerhatian dan bacaan.
4. Satu skru mentol dalam setiap litar dilonggarkan.Kecerahan mentol
direperhatikan dan kedua –dua bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.
5. Satu mentol disambungkan dalam setiap litar.Kecerahan mentol
diperhatikan.bacaan ammeter dan voltmeter juga direkodkan
Aktiviti 2 : Membina gabungan litar sesiri dan selari
1. Litar dibina seperti rajah di bawah menggunakan pemegang bateri,bateri,suis,dawai
penyambung dan tiga mentol lampu.
2. Suis disambung dan kecerahan mentol diperhatikan
3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk mengukur arus dan beza keupayaan setiap
mentol.Jadual dibina untuk merekod bacaan.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
7
ROSNI BINTI DERIS760116035806
4. Mentol R1 dikeluarkan.Kecerahan mentol yang tinggal akan diperhatikan dan bacaan
ammeter dan voltmeter direkod.
5. Mentol R1 dimasukkan dan dikeluarkan mentol R2.Kecerahan nmentol diperhatikan
dan bacaan ammeter dan voltmeter dicatat.
Keputusan :
Aktiviti 1 : Membina litar seiri dan selari
i) Litar A: siri = 2 mentol
Litar B:selari = 2 mentol
Litar 1, A V,V KecerahanA 0.2 0.3 1 malap, 1 terangB 1.0 2.0 Dua-dua malap
ii) Skru satu mentol dilonggarkan daripada litar
Litar 1, A V,V KecerahanA 0.0 0.0 Mentol tidak menyalaB 0.0 2.6 Mentol menyala
iii) Satu lagi mentol disambungkan
Litar 1, A V,V KecerahanA 0.2 1.0 Semua mentol menyalaB 0.0 1.6 Semua mentol menyala
dengan malap
Aktiviti 2 : Membina gabungan litar sesiri dan selari
i)
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
8
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Mentol Nyalaan 1 I, A V,V1 Mentol menyala dengan terang 0.30 2.40
2 Mentol menyala dengan malap.Kadar kecerahan mentol sama dengan 3
0.15 0.70
3 Mentol menyala dengan malap. Kadar kecerahan mentol sama dengan mentol 2
0.20 0.70
ii) Mentol R1 dikeluarkanNyalaan mentol I,A I, ASemua mentol tidak menyala
0.0 0.0
iii) Mentol R2 dikeluarkan, dan mentol R1 dimasukkan semula
Nyalaan mentol I,A I, ASemua mentol tidak menyala
0.0 0.0
Perbincangan :
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
9
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Aktiviti 1
a) Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar sesiri jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan.
Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala. Ini kerana dalam litar sesiri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap atau terbuka jika salah satu mentol dalam litar rosak atau terbakar
b) Andaikan anda membina rangkaian beberapa mentol ( string of bulbs). Bagaimanakah kecerahan lampu berhubung dengan sekiranya anda sambung secara sesiri atau selari ?Dalam litar sesiri, jika bilangan mentol bertambah, maka mentol-mentol lain dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kebolehan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, hanya terdapat satu aliran arus yang sama dalam litar sesiri. Voltan juga akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam sesiri. Dalam litar selari pula, jika bilangan metol bertambah, maka kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah kerana beza keupayaan yang mengalir dalam litar selari adalah sama dan terdapat lebih daripada satu aliran arus dalam litar tersebut.
Aktiviti 2:
a) Apakah perbezaan antara pemerhatian anda dalam langkah 5 dan 6 di atas? Terangkan mengapa.Apabila mentol R1 dikeluarkan daripada litar, mentol R2 dan R3 tidak menyala. Ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap (terbuka), lalu tiada arus yang mengalir. Apabila mentol R2 dikeluarkan, mentol R3 akan bersiri secara langsung dengan R1. Rintangan menjadi semakin meningkat dan melebihi jumlah rintangan sebelum mentol R2 dikeluarkan. Kecerahan mentol R3 adalah sama dengan kecerahan R1.Jadi , arus yang mengalir pada kedua-dua mentol tersebut adalah sama.
b)Apakah jenis litar yang digunakan dalam pemasangan lampu di rumah anda. Mengapa?Litar selari kerana apabila terdapat kerosakan pada salah satu daripada komponen elektrik atau perintang dalam litar, bahagian lain masih boleh berfungsi atau digunakan. Hal ini disebabkan oleh terdapat lebih daripada satu arus elektrik yang mengalir dalam litar selari. Selain itu, semua peralatan elektrik mendapat jumlah beza keupayaan yang sama. Walaupun, beza keupayaan sama, tetapi arus elektrik yang mengalir berbeza. Hal ini membolehkan kipas dihidupkan walaupun lampu ditutup.
PerbincanganDalam aktiviti 1, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam satu litar elektrik yang ringkas tetapi lengkap iaitu secara sesiri atau selari. Litar sesiri disambung secara sebaris dari hujung ke hujung, manakala, litar selari pula disambung secara bersebelahan. Ammeter dab voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter disambung dengan tujuan untuk megukur arus elektrik yang mengalir di dalam litar. Voltmeter pula digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
10
ROSNI BINTI DERIS760116035806
elektrik.Dalam litar A iaitu litar bersiri, satu mentol menyala dengan terang manakala satu lagi menyala dengan malap. Hal in berlaku kerana arus mengalir dalam satu lintasan maka, ia berkongsi jumlah voltan yang sama. Volatan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban, semakin banyak jumlah rintangan.Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala manakala, mentol yang tinggal dalam litar B masih menyala. Hal ini kerana, dalam litar sesiri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap setelah satu mentol dibuang. Mentol masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar.Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam litar A dan B. Semua mentol didapati menyala dalam litar A dan B. Namun, nyalaan mentol dalam litar B lebih malap. Voltan yang merentangi setiap V1, V2 dan V3 adalah sama dengan voltan bagi bateri (R). Setiap mentol menerima voltan yang penuh dari bateri. Oleh yang demikian, apabila satu mentol ditambah ke dalam litar selari, kecerahan mentol tetap sama bagi ketiga-tiga mentol berkenaan. Bacaan ammeter dan voltmeter kami menunjukkan angka 0.0 mungkin kerana kerosakan pada alat yang menyebabkan keseluruhan aktiviti kami mendapat bacaan yang tidak tepat dan jauh berbeza berbanding teori sebenarDalam aktiviti 2, sebuah litar gabungan telah dibina yang terdiri daripada gabungan litar sesiri dan selari. Tiga mentol telah disambungkan di dalam litar. Ammeter dan voltmeter juga disambungkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol. Nyalaan mentol 1 merupakan yang paling terang berbanding mentol 2 dan kerana mentol 1 disambung secara sesiri dalam litar tersebut.mentol 2 dan 3 menyala malap dengan kadar kecerahan yang sama kerana sambungan secara selari di mana beza keupayaan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban ditambah dan jumlah rintangan lebih kecil daripada nilai perintang yang kecilApabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap ( terbuka) lalu tiada arus yang mengalir.Apabila mentol 2 dibuang dari litar, semua mentol menyala dengan malap pada kecerahan yang sama. Hal ini kerana litar telah menjadi litar siri. Di dalam litar siri, voltan akan semakin rendah jika mentol bertambah. Arus mengalir juga menjadi rendah dan jumlah rintangan akan meningkat jika mentol bertambah.
KesimpulanMentol yang disambung secara sesiri dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama terang tetapi malap. Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada mentol rosak. Manakala, mentol yang disambung secara selari dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama dan terang. Apabila salah satu daripada mentol rosak, bahagian lain pada litar masih lengkap.
Langkah berjaga-jaga.1.Pastikan mentol dan bateri dari jenama yang sama untuk menghasilkan kuasa dan nyalaan yang sama apabila disambung secara selari.2.Pastikan Ammeter dan Voltemeter berfungsi untuk menghasilkan bacaan yang betul.
PPIK 2: APUNGAN ,TERAPUNG DAN TENGGELAM
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
11
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Hasil pembelajaran : Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan,terapung dan tenggelamBahan –bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam,2 biji telur,besen
air dan lima ketul plastisin(setiap satu 50 g)
Aktiviti : Menyiasat mengapa jasad terapung dan tenggelam di dalam cecair
Prosedur:1. Satu silinder diisi penuh dengan air paip dan satu lagi diisi dengan larutan
garam.Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan diperhatikan apa yang terjadi.
2. 3 bijibebola plastisin diambil(50g setiap satu). 2 bebola dibentukkan kepada bentuk bot dengan satu sisi rendah dan satu sisi tinggi.
3. 50 g bebola plastisin dan kedua – dua bot dimasukkan ke dalam besen air yang diisi dengan ¾ air.Pemerhatian direkodkan.
4. Dua biji bebola 50g dimasukkan perlahan – lahan ditengah- tengah bot setiap satu.Pemerhatian direkodkan.
5. Setiap pemerhatian dinyatakan inferens.
Pemerhatian :
Keputusan :
Laporan prosedur 1 : Keapungan telur
Mengenalpasti masalah :
Adakah cecair yang berlainan jenis ketumpatan akan menghasilkan kesan
keapungan yang berlainan.
Hipotesis ;
Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur)
Keputusan :
Pemerhatian
Air paip + telur Telur tenggelam ke dasar air paip
Larutan garam + telur Telur hanya tenggelam di bawah
permukaan air.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
12
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Inferens :
Telur lebih tumpat dari air paip tetapi air paip kurang tumpat berbanding dengan
larutan garam.
Perbincangan :
Telur tenggelam sepenuhnya dalam air paip dan menunjukkan bahawa telur lebih
tumpat daripada air paip tetapi telur berada pada permukaan larutan garam dan
menunjukkan bahawa ketumpatan larutan dan cecair mempengaruhi daya
keapungan telur. Semakin tumpat sesuatu cecair maka ketumpatan cecair akan
menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat dan boleh mengatasi berat suatu
objek.Ada beberapa perkara yang dapat ditambahbaik dalam eksperimen ini iaitu
dengan menambah satu jenis larutan lagi seperti larutan air kolam untuk
membandingkan dari segi kepelbagaian cecair yang digunakan. Ini membolehkan
murid dapat mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka kerana
menggunakan lebih banyak contoh dan dapat membuat banding beza.
Kesimpulan :
Hipotesis diterima,di mana ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan
objek. Ini dibuktikan dengan menggunakan larutan garam yang lebih tumpat kerana
terdapat banyak bahan lain seperti garam menambahkan lagi ketumpatan air dan
menyebabkan telur tidak tenggelam sepenuhnya tetapi berada di bawah permukaan
larutan garam sahaja berbanding air paip.
Laporan aktiviti 2 :
Mengenalpasti masalah :
Adakah bentuk dan ketinggian sisi perahu mempengaruhi kepaungan dan tenggelam
sesuatu objek.
Hipotesis :
Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek.
Keputusan :
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
13
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Pemerhatian Inferens
Perahu sisi rendah Perahu terapung tetapi
apabila bola plastisin 50g
diletakkan di dalam
perahu,perahu tenggelam
sepenuhnya ke dasar
besen kerana tebing
perahu dimasuki air.
Apabila terdapat muatan
yang berat, sisi perahu
tidak dapat menampung
atau menghalang air
masuk dan menyebabkan
perahu tenggelam. Sisi
perahu rendah sebabkan
ia tenggelam walaupun
pada awalnya perahu
terapung.
Perahu sisi tinggi Perahu terapung dalam
besen. Apabila bola
plastiisb 50g
dimasukkan ,sisi perahu
tenggelam sedikit tetapi
masih terapung. Air tidak
memasuki perahu.
Disebabkan sisi perahu
tinggi,muatan yang
diletakkan tidak akan
menenggelamkan perahu.
Ia masih dapat
menampung berat bola
plastisin 50g.
Perbincangan :
Eksperimen ini telah membuktikan beberapa faktor yang mmepengaruhi kepaungan
objek. Dapat disimpulan bahawa jisim yang sama iaitu bola plastisin 50g tetapi
dengan bentuk yang berlainan di mana bentuk perahi bersisi rendah dan tinggi serta
sfera tetapi menghasilkan 3 keadaan yang berbeza.
Eksperimen ini dapat ditambahbaik untuk memperkukuhkan kefahaman dan teori
murid,bentuk plastisin boleh diubah menjadi segi empat,segitiga,bebola yang
dalamnya berongga,tanah liat yang dileperkan menjadi lebih besar. Ini dapat
menambahkan daya tarikan di samping meningkatkan kefahaman.
Kesimpulan :
Hipotesis diterima . Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan
sesuatu objek.. Hal ini dibuktikan dalam keputusan di atas. Bola plastisin berjisim
50g yang berbentuk sfera dan dimampatkan menyebabkan tenggelam manakala
perahu yang ditambah beban 50g bersisi rendah tenggelam berbanding yang bersisi
tinggi.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
14
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran ;
1. Mengapa objek terapung atau tenggelam di dalam cecair ?
Setiap objek mempunyai ketumpatannya. Jika cecair lebih tumpat daripada objek
maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan yang bertindak dari
cecair maka objek tersebut akan tenggelam kerana daya tujahan cecair tidak
mampu untuk mengatasi berat objek. Formula kepaungan objek F1 = mv iaitu
daya apungan adalah berkadar terus dengan m ,jisim objek dengan v,isipadu.
2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?
Terangkan.
Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam kerana daya tujahan cecair
tidak mampu untuk mengatasi berat objek tetapi terdapat faktor lain yeng
mempengaruhi. Antaranya ialah bentuk objek .objek yang lebih tumpat boleh
terapung dengan syarat diubahsuai bentuknya seperti kapal yang terapung di
permukaan air.
3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan sesuatu objek.
Faktor keapungan objek :
a. Bentuk – sekiranya bentuk terdapat ruang udara atau bentuk perahu yang
mempunyai sisi maka perahu tersebut terapung. Sekiranya sfera mungkin
akan tenggelam.
b. Ketumpatan – di mana jika cecair lebih tumpat dari objek maka objek akan
timbul tetapi jika cecair kurang tumpat maka objek akan tenggelam .
4. Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini?
Saya telah mempelajari konsep keapungan itu berlaku. Keapungan terdapat 3
faktor iaitu ketumpatan cecair di mana cecair yang lebih tumpat akan
menyebabkan objek timbul manakal sekiranya ketumpatan kurang akan
menyebabkan objek tenggelam . Selain itu, bentuk dan saiz objek mempengaruhi
keapungan iaitu objek yang sama berat tetapi saiz berlainan akan mendapatkan
keputusan yang berbeza.Contohnya sisi perahu tyang bersisi tinggi dengan bola
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
15
ROSNI BINTI DERIS760116035806
plastisin berjisim 50g akan menyebabkan tenggelam.Saya mempelajari ciri kapal
yang selamat seperti mempunyai rongga yang banyak,tebing tinggi dan keadaan
tapak yang tirus. Ini merupakan pengetahuan yang penting keranan keselamatan
adalah bergantung kepada ciri-ciri yang dia atas.
5. Bahagaian yang manakah di dalam Kurikulum sains Rendah mengajar topik ini?
KSSR Tahun 1 : Tema mengenai mempelajari Dunia sekeliling Kita
(Mengenalpasti bahan yang timbul dan tenggelam)
6. Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Set induksi dan pengukuhan : di mana kita membawa murid kita untuk
memahami bagaimana bahan seperti telur dan plastisin boleh terapung.
Kita juga boleh menambah beberapa objek lain untuk megukuhkan kefahaman
murid tentang apungan dan tenggelam.
7. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?
Sebagai guru kita bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing murid untuk
menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, kita boleh juga memberi dorongan untuk
murid melakukan aktiviti ini secara individu atau berkumpulan.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
Page
16
ROSNI BINTI DERIS760116035806
PPIK 1 : KERJA DAN MESIN
Hasil Pembelajaran :
Membina mesin ringkas dan mesin majmuk
Bahan /alat :
Satah condong , beban , takal, blok kayu
Mengenalpasti masalah :
Mesin ringkas memudahkan
Hipotesis :
Semakin tinggi MA , semakin rendah daya yang dikenakan terhadap rintangan
Aktiviti :
1. Dua set satah condong seperti yang ditunjukkan di bawah disediakan .
A B
Cuba tolak beban yang sama di atas kedua-dua satah condong. Yang manakan lebih
mudah ?
Beban yang berada pada satah condong yang lebih landai lebih mudah daripada
yang curam.
Apabila anda menggandakan panjang satah condong ,anda ______________
faedah mekanikal.
2. 4 set takal dibina dengan beban yang sama seperti yang ditunjukkan di bawah.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
10cm
10cm
Page
17
ROSNI BINTI DERIS760116035806
Set takal yang manakah memerlukan kurang daya untuk mengangkat beban?
Terangkan.
Set takal A. Kerana
3. Mengenalpasti masalah .
Contoh : Bagaimana memetik buah dari pokok yang tinggi.
SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN