Tarikh : 16 Disember 2009
Masa : 7.40 pagi-9.00 pagi
Tingkatan : 4 Bestari
Bilangan Pelajar : 25 orang
Mata Pelajaran : Sains Pertanian
Tajuk Pengajaran : Sifat Fizikal Tanah
a) Tekstur tanah-Eksperimen mendapan tanah
Pengetahuan Sedia ada : Pelajaran yang lepas mengenai warna tanah dan juga kelas teori pengenalan kepada tekstur tanah
Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran pelajar dapat
1. Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah mendapan seperti yang telah ditunjukkan di dalam kelas amali.
2. Menerangkan cara-cara membaca segi tiga tekstur tanah dengan betul
Isi Pelajaran : 1. Ciri-ciri tanah
2. Kelas tekstur tanah
3. Segitiga tekstur tanah
I. Segitiga tekstur tanah Sistem Atterberg
Nilai-nilai murni : 1. Bekerjasama
2. Sistematik
3. Berdisiplin
4. Menjaga kebersihan
Media Pengajaran : silinder penyukat,spatula, kertas turas, penimbang sampel tanah,
NAMA: WARDAH BT SHAIK ABDULLAH
NO.MATRIK: DP00251
KUMPULAN: 2
Langkah Keselamatan :
1. Pelajar diminta agar tidak berebut semasa mengambil alat dan radas.
2. Pelajar perlu memasukkan kerusi ke bawah meja untuk mengelakkan gangguan semasa amali dijalankan.
3. Pelajar diminta agar tidak membuang lebihan tanah ke dalam sinki.
4. Bersihkan alatan dan radas selepas menggunakannya.5. Simpan kembali alatan yang telah digunakan ke tempat asal
dengan baik.
Permulaan/set induksi (5minit): Guru menerangkan secara sepintas lalu tajuk pelajaran lepas yang berkaitan dengan amali pada hari ini.
Guru akan menunjukkan beberapa sampel tanah dan memberikannya kepada pelajar untuk mereka merasa dengan tangan (jari).
Guru bertanyakan soalan berikut:
1. Apakah yang kamu dapat rasa daripada sampel tanah tersebut?Jangkaan jawapan: halus, kasar,
2. Pada pendapat kamu apakah jenis tekstur tanah tersebut?Jangkaan jawapan: pasir/liat
3. Bagaimana lagi caranya untuk kita mengenalpasti tekstur tanah? Jangkaan jawapan: kaedah mendapan
Guru menyatakan bahawa pada hari ini, pelajar akan menajalankan amali untuk menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah mendapan.
LANGKAH PENYAMPAIAN
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI ATAU KAEDAH1
( 6 MINIT)KELAS TEKSTUR TANAH
1. Satu kumpulan tanah yang mempunyai sifat kasar dan halus yang disebabkan oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat mengikut peratusan tertentu
2. Ditentukan dalam makmal melalui cara mendapan.
Guru menerangkan sedikit mengenai kelas tekstur tanah di mana ia berkaitan dengan amali pada hari ini untuk memudahkan pelajar untuk memahami tujuan amali ini. Guru mencatatkan sedikit nota pada papan putih.
Guru mengedarkan lembaran prosedur amali pada hari ini.
2(12 minit)
MENENTUKAN TEKSTUR TANAH DENGAN KAEDAH MENDAPAN.
i. Alat/radas
a) Silinder penyukatb) Corong turasc) Spatulad) Penimbange) Pembaris
ii. Bahan
a) sampel tanahb) air
iii. Langkah-langkah
1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder penyukat dengan menggunakan corong turas2) Isikan air ke dalam silinder penyukat sehingga tiga per empat penuh3) Tutup mulut silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncang campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.4) Letakkan silinder penyukat di atas meja semalaman (24jam) tanpa gangguan.5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah
Guru memulakan amali dengan menerangkan langkah-langkah keselamatan kepada pelajar.
Guru menerangkan alatan dan radas yang diperlukan semasa menjalan amali ini.
Guru bertanyakan soalan berikut:1. Siapa boleh berikan nama alat
yang cikgu tunjukkan di hadapan?
2. Apakah kegunaan alat tersebut?
Guru member arahan kepada pelajar membahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalankan amali ini.
Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan amali ini.
yang mendap dan juga ketinggian keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke dalam jadual.6) Hitung peratusan pisahan tanah.7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah system Atterberg.
Guru menyoal samaada pelajar faham atau tidak langkah-llangkah yang telah diterangkan.
3(3 minit)
Pelajar diminta untuk mengambil alat dan bahan yang telah disediakan
4(15 minit)
Pelajar menjalankan amali seperti mana yang telah diterangkan oleh guru.
Guru memerhatikan setiap langkah yang dijalankan oleh pelajar untuk memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
Guru menekankan tentang kekemasan kerja dan pentingnya menjaga kebersihan makmal.
5(12minit)
Setelah siap, guru meminta pelajar untuk kembali ke tempat masing-masing untuk menerangkan cara-cara untuk mengukur dan mencatatkan bacaan ketinggian setiap lapisan tanah.
Oleh kerana keputusan eksperimen hanya akan diperolehi dalam masa 24jam, jadi guru telah menyiapkan beberapa sampel untuk memudahkan pelajar belajar membuat ukuran.
Guru menunjukkan sampel amali yang telah siap untuk pelajar membuat
PISAHAN KETINGGIAN (cm)
PERATUS
PASIRKELODAKTANAH LIAT
ukuran.Pelajar perlu mencatatkan setiap ukuran ke dalam jadual yang ditunjukkan seperti dalam lembaran arahan kerja
Guru melukis gambarajah pisahan tanah di papan putih.
Guru menulis rumus untuk mengira peratusan pisahan tanah dipapan putih.
6(15 minit)
SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM ATTERBERG
Guru kemudian menerangkan cara-cara untuk menggunakan carta segitiga tekstur tanah.
Guru menyoal sama ada pelajar faham atau tidak.
Kemudian pelajar diminta untuk mengukur ketinggian lapisan dengan menggunakan sampel guru dan menentukan tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah system Atterberg.
Guru menyoal keputusan yang pelajar perolehi daripada bacaan mereka.
Guru menyoal : Adakah jenis tekstur tanah yang
kamu perolehi sesuai untuk digunakan dalam pertanian? Mengapa?
Kesimpulan(4minit)
Guru merumuskan bahawa tekstur tanah dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah mendapan dan segitiga tekstur tanah.
Terdapat cara yang betul dalam penggunaan segitiga tekstur tanah, iaitu dengan mengikut arah pusingan jam.
Penilaian(8minit)
Guru bertanyakan soalan berikut secara lisan:1. Apakah arah untuk memulakan bacaan
pada segitiga tekstur tanah?2. Mengapakah pasir mendap terlebih
dahulu daripada yang lain? 3. Bagaimanakah penentuan tekstur tanah
ini dapat membantu dalam aktiviti pertanian.
4. Apakah jenis tekstur tanah yang sesuai untuk tanaman.
Tugasan : Guru memberikan beberapa soalan untuk pelajar siapkan di rumah dan dimasukkan sebagai perbincangan dalam laporan amali yang akan dihantar oleh pelajar nanti.
Soalan berikut adalah:
1) Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?2) Apakah ralat-ralat yang mungkin berlaku?
TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN
ALAT/RADAS:
1. Silinder penyukat2. Corong turas3. Spatula4. Penimbang
BAHAN:
1. Tanah2. Air
LANGKAH-LANGKAH:
1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder penyukat dengan menggunakan corong turas2) Isikan air ke dalam silinder penyukat sehingga tiga per empat penuh3) Tutup mulut silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncang campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.4) Letakkan silinder penyukat di atas meja semalaman (24jam) tanpa gangguan.5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap dan juga ketinggian keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke dalam jadual.6) Hitung peratusan pisahan tanah.7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah system Atterberg.
KEPUTUSAN: Ketinggian Keseluruhan pisahan…………cm
PISAHAN KETINGGIAN (cm) PERATUSPASIRKELODAKTANAH LIAT
SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM ATTERBERG