ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU
JBEA
TAJUK KAJIAN
ANALISIS CIRI-CIRI WACANA DALAM TEKS PERBAHASAN PARLIMEN
“PERANCANGAN JANGKA PANJANG KE-3”
AHLI KUMPULAN
NUR KHAIRANI SURIANTO (JEB110014)ROZALIA MUSTAPAR (JEB 110021)
SUMBER
TEKS PERBAHASAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG KE-3 YANG DIAMBIL DARIPADA
LAMAN WEB
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenal pasti ciri-ciri wacana yang terdapat di dalam teks
• menganalisis dan menghuraikan ciri-ciri yang terdapat di dalam teks .
OBJEKTIF KAJIAN• kajian dilakukan terhadap teks perbahasan
yang bertajuk “ Perancangan Jangka Panjang Ke-3”.
• Contoh dinyatakan mengikut data yang diperoleh.
KAEDAH KAJIAN- kepustakaan
Konsep wacana
Asmah Haji Omar (1980)• “Unit bahasa yang melebihi batas ayat”Crystal (1992)• “Regangan bahasa yang berkesinambungan
(khususnya bahasa lisan) yang lebih besar daripada ayat, lazimnya membentuk satu unit yang berkesatuan..”
Ciri-ciri wacanaTAUTAN
runtutan
tujuan
khalayakmaklumat
keadaan
interteks
Tautan
Definisi• Unit paling kecil dalam wacana• Dikenali sebagai kohesi• Peranan yang signifikan di dalam wacana.• Terbahagi kepada dua iaitu tautan kata dan
tautan frasa.
Tautan kata/nahuanBill Gates mengakui "sekiranya dikeluarkan 20 orang terbaik beliau…Huraian:-Kata nama Bill Gates mengalami penggantian kata ganti nama diri ketiga iaitu beliau. -KGN3 menggantikan fungsi kata sebelumnya menunjukkan ayat tersebut mempunyai tautan.
Tautan frasa/leksikal
• "Tireless innovation. Constant change. Robust financials. Outstanding leadership. Impeccable intergrity. Hire the super-smart and the talented. Dinstinctive personality. Operational excellence. Aligning resources. Unique marketing. Knowledge-based dominance. Have a global all-star team. Take-no-prisoners philosophy. A winning culture. Built-to-last. Tenacity. And it must be in the ‘DNA’." Inilah intipati yang diperlukan…
• HURAIAN• Intipati merupakan sekelompok kata bagi ayat sebelumnya. Proses ini
merupakan proses tautan sekelompok/kolokasi.• Contoh ini menunjukkan ayat sebelumnya mempunyai tautan dengan ayat
seterusnya sekaligus memberi kefahaman kepada pembaca atau khalayak.
RUNTUTAN
DEFINISI• Kesinambungan sesuatu idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut mempunyai makna dan boleh difahami.
Contoh 1Kesinambungan idea antara ayat 1 dan 2
Kerajaan juga cuba menggalakkan penggunaan teknologi maklumat oleh pasukan Angkatan Tentera. Satu kontrak bernilai RM600 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk membolehkan Angkatan Tentera melaksanakan sistem 3CI iaitu COMPUTER, COMMUNICATION, COMMAND AND INFORMATION
Huraian:Ayat 1 menyatakan galakan terhadap penggunakan teknologi maklumat oleh pasukan Angkatan tentera.Ayat 2 menyatakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan memberi kontrak kepada Angkatan Tentera untuk menjayakan usul mereka.
Contoh 2Kesinambungan idea melalui perkataan
Sejak itu orang Melayu mula mengatur langkah di bawah Parti KeADILan Nasional dan PAS dalam memenuhi tuntutan kontrak sosial mereka. Mereka menuntut diadakan REFORMASI dan mendesak kerajaan melaksanakan keadilan sosial…
Huraian:• Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea
melalui perkataan tuntutan kontrak sosial, reformasi dan keadilan sosial.
• Kesinambungan perkataan-perkataan tersebut membentuk sebuah wacana yang sempurna.
TUJUAN
DEFINISI• Setiap wacana perlu ada tujuan sama ada
berbentuk lisan atau tulisan.• Sebuah wacana yang lengkap memerlukan
tujuan bagi mewujudkan interaksi yang komunikatif.
Tujuan Daripada Keseluruhan Teks
• Teks ini memberi kesedaran kepada rakyat mengenai ekonomi negara yang merudum akibat daripada agenda-agenda yang dimainkan oleh pemimpin negara tanpa memikirkan risiko yang ditanggung.
• Menjelang tahun 1997, ketidakseimbangan pengagihan kekayaan negara telah membangkitkan kemarahan rakyat. Satu konfrontasi terbuka tercetus di dalam perhimpunan UMNO pada tahun 1997.
Huraian:Berdasarkan ayat diatas teks ini juga jelas menunjukkan tujuan memberi kesedaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi sejarah yang berlaku akibat ketidakseimbangan ekonomi negara.
PENERIMAAN/KHALAYAK
• Setiap wacana lisan mahupun tulisan mempunyai khalayak.
• Bagi menghasilkan wacana,sasaran khalayak diutamakan kerana melibatkan penggunaan laras-laras tertentu.
Khalayak bagi teks perbahasan Parlimen
• Teks ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.
• Sasaran penerima merupakan semua golongan termasuklah golongan tua atau muda, dan kepada semua kaum.
MAKLUMAT
DEFINISI• Merupakan ciri yang penting dalam
penghasilan sebuah wacana.• Terbahagi kepada dua iaitu:
Maklumat lama
Maklumat yang dinyatakan pada peringkat awal dan
diulang-ulang dalam konteks yangberikutnya.
Maklumat baru
Maklumat yang baru sahaja dinyatakan oleh penulis kerana khalayak tidak mengetahui maklumat
tersebut.
Contoh 1• Beliau cukup berminat melaksanakan projek-projek mega yang
kebanyakannya menempa kegagalan dan kerugian yang kemudiannya terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Kini kerajaan melalui dana-dana rakyat seperti Petronas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabong Haji, Tabong Amanah Pencen, Permodalan Nasional, Khazanah Holding, Danaharta, Danamodal, Bank Pembangunan dan pelbagai institusi lagi telah digunakan untuk menyelamatkan projek-projek golongan kapitalis kroni ini.
• Huraian:• Ayat 1 merupakan maklumat lama kerana ayat tersebut telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks yang berikutnya.
• Ayat 2 adalah maklumat baru kerana pendengar baru sahaja mengetahui perkara tersebut.
Contoh 2• Di bawah pemerintahan Barisan Alternatif nanti, negara akan
mengalami satu era kemakmuran dan kesejahteraan yang belum pernah dikecapi sebelum ini. Kerajaan Barisan Alternatif dibentuk atas kesedaran dan rasa tanggung jawab terhadap peranan yang dimainkan baik wanita maupun lelaki dalam menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh regim Barisan Nasional.
huraian • Ayat 1 ialah maklumat lama yang menerangkan tentang
pemerintahan Barisan Alternatif yang akan membawa kemakmuran kepada masyarakat dan diulang dalam ayat yang berikutnya.
• Ayat 2 merupakan maklumat yang baru kerana pendengar baru sahaja mengetahui maklumat tersebut.
KEADAAN
DEFINISI• Faktor yang menjadikan sesuatu wacana itu
relevan dengan situasi ujaran tersebut.• Setiap wacan perlu bersesuaian dengan
keadaan dan juga pemeran yang ditujukan wacana itu.
Keadaan
• Teks ini merupakan teks Perbahasan Parlimen yg dilakukan ketika Parlimen bersidang utk membincangkan perkara2 yg berhubung dgn pemerintahan Negara, antaranya Belanjawan Negara.
• Hubungan yg wujud ialah hubungan secara langsung di antara peserta2 dlm perbahasan Parlimen yg terdiri drpd ahli Parlimen @ wakil rakyat, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri & menteri2. Mereka ini merupakan pemeran utama dalam perbahasan Parlimen. Selain itu, terdapat pemeran yg tidak ikut serta dlm perbahasan tetapi kehadirannya adalah utk menjaga ketertiban perjalanan perbahasan. Pemeran ini adalah Speaker @ Yang Dipertua Dewan.
DEFINISI• Sesuatu wacana itu bergantung dengan
wacana lain yang memainkan peranan penting bagi memudahkan pemahaman khalayak.
INTERTEKS
Contoh
• Sebelum saya mulakan , saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan di atas jawapan yang diberikan pada 29hb. Mac 2001 bahawa hutang Kerajaan sudah meningkat ke RM165.0 billion.
• Ulasan • Dalam teks tersebut, wujud penerangan daripada
Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan hutang Kerajaan yang meningkat kepada RM165.0 billion. Melalui keterangan tersebut telah membolehkan khalayak lebih memahami jumlah sebenar hutang yang ditanggung oleh Kerajaan.
KESIMPULAN
• Secara kesimpulan, wacana mengandungi tujuh ciri utama iaitu Tautan, Runtutan, Tujuan, Penerima/Khalayak, Maklumat, Keadaan, dan Interteks. Ciri-ciri ini merupakan penghasilan dalam sesuatu wacana yang amat penting. Analisis wacana merupakan satu kerangka untuk menganalisis bahasa yang terdapat dalam kalangan penutur dan pendengar dalam sesuatu situasi bergantung kepada keadaan formal atau tidak formal. Berdasarkan data yang telah dikaji, teks perbahasan tersebut menunjukkan teks yang mempunyai wacana yang utuh dalam konteks wacana Bahasa Melayu.
BIBLIOGRAFI• Asmah Haji Omar , 1980. Nahu Melayu Mutakhir, Edisi
keempat, 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Asmah Haji Omar, 2000. Wacana Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Idris Aman,2010. Analisis Wacana. Bangi: UKM.• Noraini Kasim, 2003. “Aspek Tautan Dalam Dokumen
Lama”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan. Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
• Noresah et al. 2007. Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN…
Top Related