1
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2017
Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 mengandungi penyata Anggaran
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi perbelanjaan Mengurus dan
Pembangunan bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2017 serta laporan
program dan prestasi setiap agensi. Laporan tersebut mengandungi struktur program dan
aktiviti termasuk objektif, pelanggan, strategi agensi serta prestasi setiap aktiviti yang turut
dimuatkan bersama penyata Anggaran Perbelanjaan.
Buku ini juga mengandungi analisa Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan
bagi tahun 2017 mengikut agihan Butiran Perbelanjaan, Objek Am dan Sektor, arah aliran
perbelanjaan Kerajaan Persekutuan serta agihan mengikut Sektor dari tahun 2013 hingga
2017. Manakala bagi setiap Maksud Bekalan, turut ditunjukkan perbelanjaan sebenar dari
tahun 2013 hingga 2015, anggaran asal bagi tahun 2016 dan cadangan anggaran 2017.
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2017
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang diperakukan bagi tahun 2017 berjumlah
RM262,800 juta. Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan sebanyak RM214,800 juta yang
terdiri daripada perbelanjaan Bekalan sebanyak RM158,256 juta atau 60.2% dan perbelanjaan
Tanggungan sebanyak RM56,544 juta atau 21.5% dan Perbelanjaan Pembangunan disediakan
peruntukan sebanyak RM48,000 juta atau 18.3%. Rujuk Carta I.
Bekalan
RM158,256 juta
(60.2%)
Tanggungan
RM56,544 juta
(21.5%)
Pembangunan
RM48,000 juta
(18.3%)
RM262,800 juta
CARTA I
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2017
2
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS
Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM214,800 juta diagihkan mengikut Objek-
objek Am merangkumi Emolumen sebanyak RM77,422 juta (36.0%), Perkhidmatan dan
Bekalan sebanyak RM32,020 juta (14.9%), Aset sebanyak RM691 juta (0.3%), Pemberian
dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM103,850 juta (48.4%) dan Perbelanjaan-
Perbelanjaan Lain sebanyak RM817 juta (0.4%). Rujuk Carta II.
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM48,000 juta iaitu Cara Langsung
sebanyak RM42,590 juta (88.7%), Pinjaman sebanyak RM3,410 juta (7.1%) dan Simpanan
Luar Jangka sebanyak RM2,000 juta (4.2%). Rujuk Carta III.
Emolumen
RM77,422 juta
(36.0%)
Perkhidmatan dan
Bekalan
RM32,020 juta(14.9%)
Aset
RM691 juta
(0.3%)
Pemberian dan
Kenaan Bayaran
TetapRM103,850 juta
(48.4%)
Perbelanjaan-
perbelanjaan Lain
RM817 juta(0.4%)
Cara Langsung
RM42,590 juta
(88.7%)
Pinjaman
RM3,410 juta
(7.1%)
Simpanan Luar
Jangka
RM2,000 juta(4.2%)
RM214,800 juta
RM48,000 juta
CARTA II
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
MENGIKUT OBJEK AM
CARTA III
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2017
3
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN MENGIKUT
SEKTOR
Anggaran Perbelanjaan Mengurus
Anggaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM214,800 juta diagihkan kepada Sektor-sektor
Pentadbiran Am (RM11,288 juta atau 5.3%), Ekonomi (RM16,489 juta atau 7.7%), Sosial
(RM85,976 juta atau 40.0%), Keselamatan (RM24,615 juta atau 11.4%) serta untuk
Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan (RM76,432 juta atau 35.6%).
Sektor Pentadbiran Am
Sektor Pentadbiran Am disediakan peruntukan sebanyak RM11,288 juta. Daripada jumlah
tersebut, diagihkan kepada Perkhidmatan-Perkhidmatan Am (RM10,181 juta), Perkhidmatan
Luar Negeri (RM526 juta) serta Bayaran Balik dan Bayaran Ganti (RM581 juta). Sila rujuk
Carta IV.
Sektor Ekonomi
Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi Sektor Ekonomi berjumlah RM16,489 juta, diagih
kepada sembilan (9) sektor kecil, iaitu Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
(RM3,823 juta), Pembangunan Sumber-Sumber Galian (RM100 juta), Perdagangan dan
Perindustrian (RM3,044 juta), Pengangkutan (RM6,516 juta), Perhubungan (RM98 juta),
Tenaga dan Kemudahan-Kemudahan Awam (RM99 juta), Penyelidikan dan Pembangunan
(RM268 juta), Kewangan (RM2,447 juta) serta Alam Sekitar (RM94 juta) . Sila rujuk
Carta V.
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
Perkhidmatan-
Perkhidmatan Am
Perkhidmatan Luar
Negeri
Bayaran Balik &
Bayaran Ganti
10,181
526 581
RM
juta
CARTA IV
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
SEKTOR PENTADBIRAN AM
Jumlah
RM11,288 juta
4
Sektor Sosial
Sektor Sosial disediakan peruntukan sebanyak RM85,976 juta di mana ia dipecahkan kepada
Pendidikan dan Latihan (RM52,890 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM23,700 juta),
Penerangan dan Penyiaran (RM1,125 juta), Perumahan (RM722 juta), Kebudayaan, Warisan,
Belia dan Sukan (RM1,053 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan
Masyarakat (RM4,358 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM237 juta) serta
Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM1,891 juta). Sila rujuk
Carta VI.
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
7,000
3,823
100
3,044
6,516
98 99 268
2,447
94
RM
juta
Pertanian & Pembangunan Luar Bandar
Pembangunan Sumber-Sumber Galian
Perdagangan & Perindustrian
Pengangkutan
Perhubungan
Tenaga & Kemudahan-kemudahan Awam
Penyelidikan & Pembangunan
Kewangan
Alam Sekitar
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,00052,890
23,700
1,125 722 1,053
4,358
2371,891
RM
juta
Pendidikan & Latihan
Kesihatan & Kependudukan
Penerangan & Penyiaran
Perumahan
Kebudayaan, Warisan, Belia & Sukan
Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan & Masyarakat
Pembangunan Kampung & Masyarakat
Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli
CARTA V
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
SEKTOR EKONOMI
Jumlah
RM16,489 juta
CARTA VI
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
SEKTOR SOSIAL
Jumlah
RM85,976 juta
5
Sektor Keselamatan
Sektor Keselamatan disediakan peruntukan sebanyak RM24,615 juta di mana sebanyak
RM11,684 juta daripada jumlah tersebut untuk Pertahanan dan sebanyak RM12,931 juta
untuk Keselamatan Dalam Negeri seperti di Carta VII.
Sektor-sektor Lain
Baki Anggaran Perbelanjaan Mengurus disediakan untuk Tanggungan Tertentu dan Bayaran
Pindahan berjumlah RM76,432 juta. Tanggungan Tertentu diperuntukkan sebanyak
RM50,846 juta bagi tujuan pembayaran Pencen dan Ganjaran (RM21,870 juta),
Perkhidmatan Hutang Negara (RM28,866 juta) dan Tanggungan-tanggungan Lain
(RM110 juta). Lihat Carta VIII.
10,400
11,200
12,000
12,800
13,600
Pertahanan Keselamatan Dalam Negeri
11,684
12,931
RM
juta
0
5,000
10,000
15,000
20,000
25,000
30,000
Pencen & Ganjaran Perkhidmatan Hutang
Negara
Tanggungan-
tanggungan Lain
21,870
28,866
110
RM
juta
Jumlah
RM24,615 juta
CARTA VII
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
SEKTOR KESELAMATAN
Jumlah
RM50,846 juta
CARTA VIII
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
TANGGUNGAN TERTENTU
6
Bayaran Pindahan diperuntukkan sejumlah RM25,586 juta di mana sebanyak RM3,047 juta
adalah untuk Pemberian dan Pinjaman Kepada Negeri, RM901 juta untuk peruntukan kepada
Kumpulan Wang Terkanun, RM118 juta untuk Caruman Lain dan RM21,520 juta bagi
Bayaran Pindahan Lain. Sila rujuk Carta IX.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM48,000 juta diagihkan kepada beberapa
sektor utama, iaitu Sektor Pentadbiran Am (RM2,671 juta atau 5.5%), Sektor Ekonomi
(RM25,862 juta atau 53.9%), Sektor Sosial (RM12,180 juta atau 25.4%), Sektor Keselamatan
(RM5,286 juta atau 11%) dan Peruntukan Simpanan Luar Jangka (RM2,000 juta atau 4.2%).
Sektor Pentadbiran Am
Sektor Pentadbiran Am disediakan peruntukan sebanyak RM2,671 juta. Daripada jumlah
tersebut diagihkan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM2,528 juta) dan Pembaikan
dan Pengubahsuaian (RM143 juta). Sila rujuk Carta X.
0
5,000
10,000
15,000
20,000
25,000
Pemberian &
PinjamanKepada Negeri
Kumpulan
Wang Terkanun
Caruman Lain Bayaran
Pindahan Lain
3,047
901 118
21,520
RM
juta
0
500
1,000
1,500
2,000
2,500
3,000
Perkhidmatan-perkhidmatan Am Pembaikan & Pengubahsuaian
2,528
143
RM
juta
CARTA IX
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017
BAYARAN PINDAHAN
CARTA X
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2017
SEKTOR PENTADBIRAN AM
Jumlah
RM25,586 juta
Jumlah
RM2,671 juta
7
Sektor Ekonomi
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi Sektor Ekonomi berjumlah RM25,862 juta
diagihkan kepada 10 sektor kecil, iaitu Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
(RM2,416 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM178 juta), Perdagangan dan
Perindustrian (RM4,927 juta), Pengangkutan (RM10,599 juta), Perhubungan (RM148 juta),
Tenaga dan Kemudahan-kemudahan Awam (RM2,597 juta), Kajian Kemungkinan
(RM42 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM723 juta), Kewangan (RM2,035 juta) dan
Alam Sekitar (RM2,197 juta). Sila rujuk Carta XI.
Sektor Sosial
Sektor Sosial disediakan peruntukan sebanyak RM12,180 juta, iaitu diagihkan kepada
Pendidikan dan Latihan (RM5,903 juta), Kesihatan dan Kependudukan (RM1,532 juta),
Penerangan dan Penyiaran (RM62 juta), Perumahan (RM870 juta), Kebudayaan, Warisan,
Belia dan Sukan (RM518 juta), Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan
Masyarakat (RM723 juta), Pembangunan Kampung dan Masyarakat (RM2,045 juta) dan
Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli (RM527 juta). Sila rujuk
Carta XII.
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
2,416
178
4,927
10,599
148
2,597
42723
2,035 2,197
RM
juta
Pertanian & Pembangunan Luar Bandar
Pembangunan & Sumber-sumber Galian
Perdagangan & Perindustrian
Pengangkutan
Perhubungan
Tenaga & Kemudahan-kemudahan Awam
Kajian Kemungkinan
Penyelidikan & Pembangunan
Kewangan
Alam Sekitar
CARTA XI
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2017
SEKTOR EKONOMI
Jumlah
RM25,862 juta
8
Sektor Keselamatan
Sektor Keselamatan disediakan peruntukan sebanyak RM5,286 juta, iaitu sebanyak
RM4,250 juta bagi Pertahanan dan sebanyak RM1,036 juta bagi Keselamatan Dalam Negeri
seperti di Carta XIII.
Simpanan Luar Jangka
Sejumlah RM2,000 juta disediakan di bawah peruntukan Simpanan Luar Jangka bagi
membiayai projek pembangunan yang memerlukan peruntukan tambahan di luar jangkaan.
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,0005,903
1,532
62
870
518723
2,045
527
RM
juta
Pendidikan & Latihan
Kesihatan & Kependudukan
Penerangan & Penyiaran
Perumahan
Kebudayaan, Warisan, Belia & Sukan
Majlis-majlis Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan & Masyarakat
Pembangunan Kampung & Masyarakat
Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara & Orang Asli
0
500
1,000
1,500
2,000
2,500
3,000
3,500
4,000
4,500
Pertahanan Keselamatan Dalam Negeri
4,250
1,036
RM
juta
CARTA XII
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2017
SEKTOR SOSIAL
CARTA XIII
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2017
SEKTOR KESELAMATAN
Jumlah
RM12,180 juta
Jumlah
RM5,286 juta
9
ARAH ALIRAN PERBELANJAAN MENGURUS 2013 – 2017
Bagi tempoh 2013 – 2017, arah aliran Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan lebihan
hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan) meningkat dari RM213,370 juta pada tahun 2013
kepada RM214,800 juta pada tahun 2017. Rujuk Carta XIV.
ARAH ALIRAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 – 2017
Arah aliran Perbelanjaan Pembangunan bagi tempoh 2013 hingga 2017 menunjukkan trend
turun-naik seperti Carta XV. Ini kerana Perbelanjaan Pembangunan adalah berdasarkan
kepada trend pelaksanaan projek/program di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10) (2013 – 2015) dan (RMKe-11) bagi tahun 2016 dan 2017.
213.37
220.63219.09
215.2* 214.8
130135140145150155160165170175180185190195200205210215220225230
2013 2014 2015 2016 2017
RM
bilion
Tahun
Perbelanjaan
Sebenar
Anggaran
CARTA XV
ARAH ALIRAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013-2017
42
4041
52*
48
38
40
42
44
46
48
50
52
54
56
2013 2014 2015 2016 2017
RM
bilion
Tahun
Perbelanjaan
Sebenar
Anggaran
CARTA XIV
ARAH ALIRAN PERBELANJAAN MENGURUS 2013-2017
* Peruntukan asal
* Peruntukan asal
10
PERBELANJAAN MENGURUS 2013 – 2017 MENGIKUT SEKTOR
Perbelanjaan Mengurus dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran Am, Ekonomi, Sosial dan
Keselamatan serta Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan. Bagi tempoh 2013 – 2017,
perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada Sektor Sosial iaitu sebanyak 40% diikuti oleh
Tanggungan Tertentu sebanyak 23.7%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan seperti di
Carta XVI.
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 – 2017 MENGIKUT SEKTOR
Perbelanjaan Pembangunan dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran Am, Ekonomi, Sosial
dan Keselamatan serta untuk Peruntukan Simpanan Luar Jangka. Bagi tempoh 2013 – 2017,
perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada dua (2) sektor iaitu Ekonomi dan Sosial yang
mencecah 82.7%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan 17.3%. Sila rujuk Carta XVII.
20.1 16.7 13.1 14.2 11.9
16.6 18.419.6 18.3 23.7
11.2 11.7 12.4 12.511.5
34.9 37.0 38.1 37.640.0
8.9 8.7 9.2 9.57.7
8.3 7.3 7.6 7.9 5.2
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
Tahun
Pentadbiran Am
Ekonomi
Sosial
Keselamatan
Tanggungan Tertentu
Bayaran Pindahan
3.8 4.211.1 10.9 11.5
10.0 11.0
25.8 26.6 27.5 25.2 25.4
58.3 59.0 57.1 57.9 53.9
4.7 3.5 3.9 3.1 5.5
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
Tahun
Pentadbiran Am
Ekonomi
Sosial
Keselamatan
Simpanan Luar Jangka
* Peruntukan asal
CARTA XVI
PERATUS PERBELANJAAN MENGURUS MENGIKUT SEKTOR 2013-2017
* Peruntukan asal
CARTA XVII
PERATUS PERBELANJAAN PEMBANGUNAN MENGIKUT SEKTOR 2013-2017
2013 20172016*20152014
2013 20172016*20152014
Top Related