Apakah itu Dadah?
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah
seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh
dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-
ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug",
perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan
perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa
maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung
hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa
jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan
yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan
minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di
dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran,
pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada
buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu,
morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan
daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses
daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah
Bentuk blok / serbuk
Bertanda "999"
Mengandungi 70% - 90% morfin
Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna
oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen
adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang
terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai
kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam
candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah
yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein
digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat
batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone",
"pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan
ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam
bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
"methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants
(ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada
masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang
didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine
(ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat
berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the
dragon")
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu
jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk
seperti tawas. Contoh "methaphetamine
hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia
ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan
tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Alat untuk "chasing the dragon"
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut
("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain
Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada
daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia
di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Pokok Koka
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap
dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam
masa yang singkat.
4. MDMA
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok "cannabis sativa".
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-
kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan
bahan psikoaktif yang utama.
Daun ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih
kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : "Ganja
2. Hashish
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan
dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan
bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila
terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
"Bong" - Alat untuk menghisap ganja
Menghisap ganja menggunakan "Bong"
"Bong" buatan sendiri menggunakan botol
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen.
Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-
1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"
Barbiturates
Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah
"erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga
pasaran haram heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna
di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs"
oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan
bersama alkohol.
2. Alkohol Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung
kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara
memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan
seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh
membawa maut.
3. GHB
GHB
"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk
putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf
sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh memitamkan mangsa
dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang
digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna
tertidur dengan cepat.
Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau
"snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan
Steroid sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh
doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan
fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan.
Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar
gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum
Daun Ketum
Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di
Utara dan Timur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat
di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih
tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai
pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat
sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula
dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan
ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi
mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic
Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah
diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan
kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil
heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos
besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu,
dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih
Faktor pengambilan Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan,
swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana
:-
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk
merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan
sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan
bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang
memberi manfaat dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang
termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk
mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Kesan Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-
kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut
2. Kesan Kepada Keluarga
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga
Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada
mereka
3. Kesan Kepada Masyarakat
Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan &
samun
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan
anggota masyarakat dengan dadah
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam
penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan
tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh
dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil
kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata
yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah
dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan
sebagainya.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil,
tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-
terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar
perubatan
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport,
mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima,
menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan,
membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap
mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja
(walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang
daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan
pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-
penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di
Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari
5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati
menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan
sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran,
penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan.
Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta
Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P)
1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu
adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada
penagih tersebut :
Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan
kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan
melalui :-
Mengesan
Membeku
Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :-
Seksyen 39(B) ADB 1952
Seksyen 6(B) ADB 1952
Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :-
Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh
mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah
melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang
berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:-
Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya
(LLPK) 1952
Tidak dibicarakan di mahkamah
Proses Siasatan:
Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar
terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri
Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa
untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan
orang tersebut.