Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran
1.0 Pendahuluan
Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang
pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi
Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.
Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah
memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang
bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses
menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang
dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is
meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective
decisions”.
Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai
maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat
kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi
menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah
berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan
dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun
menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan
keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian
yang berlaku.
Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam
melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan
1
dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar
dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.
Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan
bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya
berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.
Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi
yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk
menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan
pada syarikat yang berskala besar.
Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah
menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi
penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian
Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya
sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan
kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.
1.1 Maksud pentaksiran
Pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu
peraturan atau piawaian. (Popham,2000)
Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor dan menterjemahkan maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. (Lembaga
Peperiksaan Malaysia,2000)
2
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh
didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.
Dalam pendidikan dapatlah dirumuskan bahawa pentaksiran ialah satu proses
mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
1.2 Tujuan pentaksiran:
a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran.
b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
c) Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
e) Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
f) Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Teknologi Maklumat
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari satu
takrifan :
a) Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.
b) Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu
technologia . Techne bermaksud seni, kemahiran, rekaan. Dan logia
pula bermaksud pembelajaran, kajian.
c) Teknologi selalunya berkait rapat dengan menggunakan prinsip
3
sains dan proses terkini.
d) Dalam bidang ekonomi teknologi ialah tahap pengetahuan semasa
dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal
berubah.
e) Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-
institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan
sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah
manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
1.4 Definasi Teknologi Maklumat
a) Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
b) Boleh ditakrifkan sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah,
menyebar dan memaparkan maklumat.
c) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi berkait dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui teknologi komputer dan tele-komunikasi.
1.5 Teknologi maklumat dalam pentaksiran.
1.5.1 Pengertian
Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yang merangkumi
penggunaan komputer dan internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran
berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknolgi
digital digunakan dalam semua kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran
pentaksiran, penandaan dalam komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses
pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di
peringkat sekolah
4
JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses
pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah
digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas.
Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan
pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran
dilaksanakan dan ditandakan/periksa dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan
komputer (CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan
komputer:: Contohnya penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum
balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronik atau e-
portfolio.
Sehubungan dengan itu sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan
mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran
berasaskan sekolah. (Marzita Abdullah, 2009). Pada tahun 2001, Lembaga Peperiksaan
Malaysia menyediakan sistem pentaksiran bestari, selaras dengan konsep Sekolah
Bestari.
Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan (Sispa) dan
Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan di sekolah, maklumat
mengenai pencapaian setiap murid dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis
di dalam sistem pengkalan data. Data pentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta
pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu
pentadbiran sekolah serta para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada
dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan proram susulan yang
sesuai dan releven disamping memudahkan urusan dokumentasi dan penyimpanan data.
Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yang mempunyai infrastruktur
yang mencukupi, iaitu komputer yang dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem
pengurusan pentaksiran. Capaian kepada aplikasi ini boleh dibuat dari mana-mana
komputer yang mempunyai sambungan ke internet.
5
Pentaksiran dalam talian akan menggunakan item yang disimpan dalam bank
item berkomputer dan boleh diakses oleh pengguna menerusi rangkaian (network).
Dengan menggunakan bank item dan rangkaian, guru danmurid boleh menjalankan
aktiviti pentaksiran apabila mereka telah bersedia dan memerlukannya.
Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan
murid dan dapat menanam keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid
kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta
merta. Pentaksiran ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap
pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan dan penilaian yang berkesan.
Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang
berkesan (JISC/QCA, 2007)
Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan
menanda dan penjimatan ruang menyimpan. Dengan menggunakan komputer, guru akan
mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. (Fabilah Baharom
dan Zaidatun Tahir, 2005)
Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan
pentaksiran pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa. (Bull, 1999)
telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer
kerana dapat memberi maklum balas serta mambuat analisis statistik dengan cepat dan
tepat berikutan dari penandaan yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000) Menurut
Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan keadah pengukuran baru
bagi menarik minat murid seterusnya dapat mentaksir pembelajaran yang berupaya
memberi maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.
6
1.5.2 Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Sisitem Pengurusan Ujian dan
Tugasan
Sub modul berikut terdapat di dalam Aplikasi Pengurusan Ujian dan Aplikasi
Pengurusan (Guided Mode)
a) Penyelenggaraan Bank Soalan
Menambah soalan ke dalam bank soalan
Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank soalan
b) Penyediaan Ujian
Menyediakan ujian
Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian
dalam talian.
c) Jadual Ujian dan calon
Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian
yang telah disediakan.
Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.
d) Pelaksanaan ujian
Murid melaksanakan ujian dalam talian.
e) Penyelenggaraan keputusan ujian
Memasukkan keputusan ujian luar talian.
Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara
outomatik.
f) Kemajuan pelajar
Memaparkan kemajuan pelajar.
7
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Peperiksaan Secara Online ini adalah
merupakan sebahagian dari program dalam Projek Jangka Panjang Lembaga
Peperiksaan Malaysia untuk tahun 2001 hingga 2010 dan ianya adalah selaras
dengan Program Rancangan Rangka Jangka Panjang ke (3) Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mengintegrasikan sistem pentaksiran ke
dalam sekolah bestari.
1.5.3 Contoh perisian yang berkaitan dengan pentaksiran
a) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan
pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sistem ini
dibangunkan secara atas talian.
b) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
8
Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data
peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.
Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh
dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah.
Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras,
berdasarkan skala gred kebangsaan.
Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai oleh semua pihak
terutamanya PPD , JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
c) EDUWEBTV
9
Dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan di antara bandar,
luar bandar dan pendalaman.
Membolehkan guru mengolah dan memprebiu rancangan serta
menggunakannya dalam bilik darjah tanpa terikat pada masa siaran
dan tempat tayangan.
d) Perisian Hot Potatoes
Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina
soalan dalam pelbagai bentuk.
Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalan objekif, soalan
padanan dan juga teka silangkata.
Boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan juga ujian.
Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online.
Perisian ini amat menyeronokkan.
Contoh :
soalan objektif
10
e) Program MS Excel
11
Fungsi-fungsi worksheet adalah tool-tool khusus yang melakukan
perhitungan kompleks dengan cepat dan mudah. Mereka seperti tombol
kunci khusus pada kalkulator canggih yang menghitung akar pangkat
dua, logaritma dan evaluasi statistik.
Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yang melakukan
berbagai macam perhitungan. Beberapa fungsi, seperti SUM, setara
dengan formula matematika panjang yang bisa Anda lakukan dengan
manual. Fungsi-fungsi lain, seperti IF dan VLOOKUP, tidak dapat ditiru
olah formula
1.6 Kelebihan teknologi maklumat (Komputer) dalam pentaksiran
a) Melaksanakan kiraan matematik dengan cepat dan tepat.
b) Memaparkan visual statik dan dinamik.
c) Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang
diperlukan.
d) Mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.
e) Memproses keputusan dengan tepat dan cepat.
f ) Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan
jadual.
g) Memilih dan memaparkan soalan secara rawak.
h) Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan
mudah.
i) Tidak prejudis dalam memberi markah.
j) Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat
keputusan.
k) Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa
yang singkat.
l) Menggurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan keadah ujian
dalam talian.
12
m) Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon.
n) Memenuhi keperluan keadah ujian dan penilaian masa hadapan.
1.7 Kekangan menggunakan teknologi maklumat dalam pentaksiran
a) Perlu alatan yang mencukupi, komputer, internet, perisian.
b) Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.
c) Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer-
pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.
d) Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.
2.0 Aplikasi Teknologi Dalam Pembinaan Item
Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari
segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut
akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah,
calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau
di luar jangkauan mereka.
Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian
murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras
proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang,
sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi)
dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.
Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan
oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia
mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan
13
item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada
seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.
Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan
teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan
minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan
berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif
adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai
lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target
result, ETR).
Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara
serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan
penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang
proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan
guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan
profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak
akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan
signifikan.
2.1 Konsep Item
Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa
evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk.
Jenis item terbahagi kepada 2, iaitu :
i) Item Objektif
ii) Item Subjektif
2.1.1 Item Objektif
Item Objektif dapat memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai
perkembangan dirinya dari aspek kognitif, afektif, kemahiran dan juga personaliti. Item 14
jenis ini membolehkan pelajar meneruskan aktiviti pemulihan atau pengayaan. Ia juga
dapat menunjukkan status pencapaian pelajar, sama ada telah menguasai atau
sebaliknya sesuatu topik atau kemahiran yang yang diajar.
Terapat 2 jenis ujian objektif, iaitu :
i) Jenis item respon bebas (separuh objketif)
ii) Jenis item respon tetap (objektif)
Kemampuan seorang guru membuat aneka jenis soalan berasaskan web
merupakan pilihan yang tepat untuk membuat pembelajaran menjadi lebih menarik
( interactive-learning ) dan menyeronokkan. Hot Potatoes merupakan satu tool untuk
membuat soalan-soalan yang beraneka bentuk. Program Hot Potatoes terdiri atas enam
program yang dapat digunakan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran secara
interaktif.
Menurut Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga
kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar.
Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik
o Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan
pamer.
o Bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan
pengajaran dan lain- lain lagi.
o Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem
jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket
komputer.
o Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar
seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.
15
Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah
diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya
mengandungi:
Kemahiran
Permainan dan simulasi
Analisis statistik
Mendapatkan maklumat
Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
Tutorial
Latihtubi dan latihan
mulasi
Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya
dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sebelum kita melihat lebih jauh lagi
contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan
penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Penjimatan masa
Pemaparan maklumat lebih menarik
Pemupukan budaya berfikir
Agen motivasi
2.2 Kelebihan Penggunaan Pangkalan Data Elektronik
16
Pada asasnya, terdapat 4 kelebihan kaedah penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara trasional, iaitu:
I. Paparan grafik yang berwarna dapat menjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih
berkesan berbanding dengan cara kita melukiskannya di atas papan hitam.
II. Men je la jah setiap muka skrin dengan kursor @ teknik animasi memberikan satu
cara pangajaran yang tidak mungkin dapat dilakukan dengna menggunakan
sebuah buku teks.
III. Perubahan cas pada molekul akibat didekati oleh molekul yang lain boleh
disimulasikan oleh skrin komputer.
IV. Penjelasan dan juga pengiraan yang kompleks dapat dipersembahkan dengan
cepat dan tepat.
2.3 Bina Item Objektif Guna Perisian Hot Potatoes
Apakah yang dikatakan Hot Potatoes? Hot Potatoes ialah satu perisian yang
direka oleh University of Victoria Language Centre, Canada yang bertujuan untuk
memudahkan pengguna untuk membina soalan berbentuk interaktif berlandas internet
atau dalam lain perkataan Hot Potatoes membolehkan kita membina bahan-bahan ilmiah
dengan mudah tanpa menggunakan bahasa pengaturcaraan. Ianya lebih mudah dari
17
yang disangka, terutama setelah mencubanya.dan menggunakannya dalam pengajaran
dan pembelajaran kita.Terdapat enam modul dalam perisian ini. Antaranya ialah JBC
Pembinaan item soalan dalam moodle boleh dipermudahkan dengan cara
mengimport item soalan yang telah dibina dalam perisian Hot Potateos.Modul membina
soalan objektif aneka soalan atau soalan betul / salah. Antara kebaikan atau kelebihan
modul JBC ini ialah JBC boleh membina soalan objektif interaktif dengan cara yang
paling mudah. Jawapan dan markah akan dipapar tanpa sebarang arahan
pengaturcaraan komputer.
Anda juga boleh mengubah Configure Output yang telah sedia ada daripada
bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau apa-apa juga yang anda suka dan juga
latar belakang. Tapi biarlah dalam bahasa yang baik.Anda hanya perlu mengubahnya
sekali sahaja dan pada masa akan datang respon yang sama akan dipapar.
2.3.1 Penggunaan Program Hot Potatoes
Secara umum, kelima-lima modul yang terdapat dalam software ini memiliki format
berikut:
1. Membuat dan menulis soalan
2. Mereka konfigurasi output
3. Menyimpan (save) master
4. Meng-export file atau menyimpan file dalam web document (html) atau CD.
Hot Potatoes adalah satu perisian yang mengandungi 5 jenis alat pengarangan
yang membolehkan kita mencipta 5 jenis latihan /soalan interaktif berasaskan Web
dan alat pengurusan ujian The masher. Ia juga berupaya membina soalan dalam semua
bahasa dan menggunakan pelbagai huruf.
Ada 5 jenis alat pengarangan soalan yang terdapat dalam Hot Potatoes iaitu
18
JQuiz Soalan Objektif
JMix Latihan Menyusun Ayat
JCross Latihan Teka Silang Kata
JMatch Latihan Membuat Susunan
JCloze Latihan Mengisi Tempat Kosong
Masher mempunyai dua fungsi:
1. Ia digunakan untuk mencipta unit latihan Hot Potatoes (dan lain-lain laman
Web).
2. Setiap unit yang dibangunkan dengan Masher berkongsi set rupa yang
sama,dan dihubungkan antara satu sama lain secara automatik dengan butang
navigasi dan indeks halaman diberi secara automatik. Jika anda kerap mencbina
turutan latihan dan lain halaman -- "units" atau "bab" bahan pengajaran -- Masher
boleh membantu anda menyusun dan membina laman web dengan cepat dan mudah.
3. Ia juga digunakan untuk memuat naik fail bukan Hot Potatoes
eserver hotpotatoes.net . Bila anda mengeksport latihan untuk mencipta Halaman
Web dari dalam Hot Potato, anda boleh memuat naik secara automatik halaman dan
fail media yang dikaitkan kepada hotpotatoes.net; walaubagaimanapun jika anda ingin
memuat naik lain-lain jenis fail (dokumen PDF, dokumen Word , imej, dsb.) untuk
pelajar anda anda boleh melakukannya menggunakan Masher
Berikut langkah-langkah instalasi , pembuatan quiz,dan cara memasukan quiz yang
sudah telah dibina di dalam aplikasi web, misalnya Moodle.
INSTALASI SOFTWARE HOT POTATOES
Langkah untuk mengoperasikan peringkat permulaan hot potatoes ini cukup mudah iaitu:
1. Install hot potatoes (sesuai dengan OS) dengan mendownload versi
terbaru di h tt p : // ho t p o t. u v i c . c a /
2. Register produk tersebut dengan cara online melalui
19
h tt p : // ho t p o t. u v i c . c a / r eg / r e g i s t e r. h t m a tau menggunakan User name:
Temporary registration key: ISRB-TRXM-TRKE
Langkah Awal : Menyediakan Folder Kerja
Sebelum membina soalan, bahan-bahan sokongan seperti gambar, teks rujukan dan
rajah yang akan dimasukkan kedalam soalan/latihan, hendaklah disediakan terlebih
dahulu dan disimpan didalam folder yang sama, kerana latihan yang dihasilkan oleh Hot
Potatoes adalah bahanberasaskan web dan ini memerlukan penyusunan bahan-bahan
sokongan seperti bahan grafik, teks, rajah dan lain-lain dalam folder yang sama.
a) APLIKASI HOT POTATOES DALAM JQUIZ
1. JQuiz (tools untuk membina kuiz) dengan
langkah-langkah:
20
Klik pilihan dalam menu di atas:
a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan tersebut.
b. Isilah Q sebagai pertanyaan soalan yang dibina.
c. Gambar anak panah di sebelah Q bertujuan untuk menentukan
nombor soalan.
d. Kemudian klik pilihan anda :
i) Multiple-choice (pelbagai pilihan)
ii) Short-answer (jawapan pendek)
iii) Hybride (gabungan)
iv) Multi-select (lebih dari satu jawapan)
e. Isilah A, B, C dan D sebagai alternatif jawapan
f. Isilah feedback sebagai jawapan kembali setelah pelajar memilih
g. Isilah salah satu butang correct untuk jawaban yang benar
h. Simpanlah file tersebut dengan menekan tanda disket di kiri
atas anda
i. Buatlah file htm dengan cara:
1) Klik file
2) Klik create webpage
3) Klik standard format
21
4) Ketik nama file dengan tidak menggunakan spacing
5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut berikut :
2. JCross (tools pembina teka silang kata) dengan langkah-
langkah:
a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan.
b. Isilah jawapan teka silang kata terlebih dahulu.
22
c. isilah soalan teka silang kata tersebut dengan meng-klik add
clues, sehingga muncul seperti berikut:
d. Isilah pertanyaan dengan meng-klik jawapan kemudian klik OK
e. Klik OK untuk selesai
f. Buatlah file htm dengan cara:
1) Klik file2) Klik create webpage3) Klik standard format
4) Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing
5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut :
23
3. JMix (menyusun ayat, menu ini khusus untuk pelajaran bahasa)
dengan langkah-langkah:
a. Isilah title dengan tajuk
b. Isilah main sentence dengan kata-kata dengan menggunakan
enter
c. Isilah alternate sentences dengan ayat yang benar
d. Simpan dengan mengklik gambar disket
e. Buatlah file htm dengan cara:
1) Klik file
2) Klik create webpage
3) Klik standard format
4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing
5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut ini
24
6) Klik kata yang akan disusun7) Klik check untuk memeriksa jawapan
4. JClose ertinya isian tertutup, caranya:
a. Isilah title dengan judul soal
b. Klik sepotong ayat yang boleh menjadi sebuah soalan
dengan cara:
1) Blok kata tersebut baik dengan mouse atau manual
25
2) Klik grap, maka akan muncul tampilan berikut:3) Klik clue sebagai petunjuk jawapan4) Klik alternatif jawapan apabila pelajar menjawab salah
misalnya Hirosima dengan Hiroshima5) Klik OK untuk menyelesaikan seting tersebut
5. JMatch (tools untuk membina soalan padanan) dengan
langkah-langkah:
a. Isilah title sebagai tajuk
b. Isikan left (ordered) items sebagai pasangan
sebelah kiri dan
c. Isikan right (jumbled) items sebagai pasangan
sebelah kanan
d. Isikan default untuk pilihan tetap
e. Simpan file tersebut dengan mengklik gambar disket
f. Buatlah file htm dengan cara:
1) Klik file
2) Klik create webpage pilihlah salah satu format:
3) Klik standard format
4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing
5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut :
26
6) Selain menggunakan standard format, anda boleh juga
menggunakan drag/drop format
Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing
Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut ini:
27
7) Anda boleh juga menggunakan flash card format
Ketik nama file dengan tidak menggunakan spasi
Klik view the exercise in my browser, kemudian akan
muncul seperti gambar berikut ini
3.0 Analisis Item
Menurut Mok Soon Sang (1989), penganalisaan item / soalan merupakan satu
kajian yang sistematik terhadap item / soalan yang telah digunakan dalam sesuatu ujian
pra. Kajian itu berdasarkan keputusan-keputusan ujian pra itu yang digunakan untuk
menentukan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi setiap item / soalan yang telah
digubal. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi yang didapati dengan cara demikian
akan ditafsir untuk menentukan sama ada item / soalan sesuai digunakan atau tidak.
Menurut Ng Kok Fu (Pensyarah Unit Peperiksaan & Penilaian, Institut Perguruan
Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman), Analisis Item ialah satu proses
menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian
untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. Ia
memberi maklumat kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi
dalam ujian. Secara khusus melalui analisisi item, kita akan mengetahui indeks 28
kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu) bagi
setiap item.
Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan
selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan
item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan
dari semasa ke semasa.
Antara kepentingan melakukan analisis item adalah seperti berikut :
• untuk memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.
• membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu
sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan
pelajar.
• dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai
daripada pelajar lemah.
• untuk menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut
dan juga apakah sebenarnya yang diukur oleh ujian ini.
• menghasilkan pekali / indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian.
Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item
pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan :
pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina
analisis item untuk memastikan item bermutu dipilih
Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil analisis item boleh digunakan untuk
memperbaiki kualiti item berkenaan. Sesuatu item objektif aneka pilihan boleh dianalisis
untuk mendapatkan maklumat berikut:
29
Indeks kesukaran (p)
Indeks diskriminasi (D)
Keberkesanan distraktor (penggangu)
3.1 Indeks Kesukaran
Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan sama ada terlalu sukar,
sederhana atau terlalu senang.
Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka
pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi
jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Nilai
indeks ini boleh dihitung dengan cara berikut :
Indeks Kesukaran (p) =
Contohnya, satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripada
sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah
30/40 = 0.75.
Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.
30
Rajah 5.1 : Indeks Kesukaran dan Kesukaran Item
Nilai p
Item
0.0 0.5
1.00
Sukar Sederhana Sukar Mudah
Bilangan calon yang menjawab dengan betul Jumlah calon yang mencuba item / soalan
Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang
menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu
item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960).
Item yang dijawab dengan betul oleh 85% , pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85,
manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p =
0.50. Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang
dapat menjawab item tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi
sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut
dengan betul.
Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, …; indeks
kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat
markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317):
Indeks Kesukaran (p) =
Contoh:
31
Markah purataJulat Markah Penuh
Suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 10.
Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti
dalam jadual di bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0.
• Pengiraan indeks kesukaran item ialah seperti berikut:
3.1.1 Panduan Indeks Kesukaran
• Indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item yang
maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item.
• Indeks kesukaran tersebut ialah :
0.50 bagi item berjawapan pendek/melengkap,
0.70 bagi item objektif lima-opsyen,
0.74 bagi item objektif empat-opsyen,
0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan
0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah)
[Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]
• Indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan
(contohnya, membaca) haruslah antara :
0.16 dan 0.84 (item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar) bagi item-item ujian yang
mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis)
32
[ Nitko (2004: 323) ]3.1.2 Tujuan Indeks Kesukaran
3.2 Indeks Diskriminasi Item
Item / soalan yang baik akan dapat membezakan / mendiskriminasikan antara
mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang diguna
untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item.
Mehrens & Lehmann, (1991)
Suatu item yang baik (dari segi kuasa diskriminasi) ialah item yang berupaya
mengenalpasti dan membezakan calon berpencapaian tinggi (CPT) daripada calon
berpencapaian rendah (CPR). Jika item tersebut diberi kepada sekumpulan calon, calon
pencapaian tinggi akan menjawab item itu dengan betul, manakala calon pencapaian
rendah akan menjawab item itu dengan salah. Dengan kata lain, calon yang menjawab
betul item tersebut dapatlah dikenalpasti sebagai calon yang berpencapaian tinggi.
Jika kedua-dua kumpulan calon CPT dan CPR mempunyai bilangan calon yang
hampir sama menjawab suatu item dengan betul, maka item itu dianggap tidak atau
kurang mempunyai keupayaan pengasingan. Petunjuk keupayaan pengasingan item ini
dipanggil Indeks Diskriminasi (ID) dan sangat penting dalam ujian jenis pengasingan atau
rujukan norma.
33
Ada berbagai cara mengira Indeks Diskriminasi dan perisian Penyemakan Ujian
dan Analisis Item ini menggunakan kaedah "point-biserial correlation" atau r-pbis. Di
bawah kaedah ini, jumlah skor yang diperolehi oleh seseorang calon dalam ujian yang
mengandungi item itu digunakan untuk mengukur pencapaian calon. Dengan itu,
koefisien korelasi di antara skor calon dengan skor item dapat dikira. Skor item ialah
sama ada 1 (jika calon menjawab betul) atau 0 (jika calon menjawab salah). Jika
kebanyakan calon yang mendapat skor 1 bagi sesuatu item itu juga mendapat skor ujian
yang tinggi, dan kebanyakan calon yang mendapat skor 0 bagi item yang sama juga
mendapat skor ujian yang rendah, maka item itu mempunyai korelasi positif yang tinggi.
Oleh itu korelasi ini boleh digunakan sebagai Indeks Diskriminasi. Formula r-pbis
yang digunakan oleh perisian ini adalah seperti berikut:
di mana
X - skor item
Y - skor ujian
N - jumlah calon
Jadual 3: Tafsiran Indeks Diskriminasi Item
Nilai r-pbis (kunci) Tafsiran
0.4 £ r-pbis £ 1.0 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tinggi
0.2 £ r-pbis < 0.4 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi sederhana
0.0 < r-pbis < 0.2 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tetapi rendah
0 Item ini tiada kuasa diskriminasi
negatif Diskriminasi songsang, di mana lebih ramai CPR dari CPT yang menjawab betul. Item perlu diubahsuai/digubal semula.
34
Perlu diingatkan bahawa hasil analisis item tidak mengatakan suatu item itu baik
atau tidak baik dari segi kandungan yang diajar. Contohnya, satu item yang dijawab oleh
semua calon dengan betul (IK=1.0) akan mempunyai ID sifar. Ini tidak bermakna item itu
tidak baik. Keadaan ini (IK=1.0, ID=0) mungkin kerana guru telah mengajar dengan
berkesan sehingga semua calon telah menguasai kemahiran yang diuji itu. Cuma item itu
tidak dapat membezakan calon dalam ujian rujukan norma.
3.2.1 Langkah-Langkah Pengiraan Indeks Diskriminasi Item
1. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian
rendah (27% pelajar berpencapaian terrendah), pelajar berpencapaian
sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan
pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).
2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab
dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper)
dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) – Total).
Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan
separuh T(L+U) seperti berikut:
Contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah
54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenalpasti, didapati 45 orang
daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45).
Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang
dapat menjawab dengan betul (RL = 15). Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian
rendah dan tinggi ialah 108 orang (T(L+U) = 54 + 54 = 108).
Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:
35
Soalan-soalan yang dibina oleh guru hanya mempunyai Indeks Kesukaran antara
0.00 hingga 0.50. [Hanna dan Dettmer (2004: 252) ]
Indeks Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20,
sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah,
separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.20,
sekiranya pelajar dibahagikan kepada 27% berpencapaian rendah dan 27%
berpencapaian tingggi. [Mehrens dan Lehmann (1991) ]
Item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks
Diskriminasi melebihi 0.30. [Nitko (2004: 323) ]
Justeru, sebagai kesimpulan, item / soalan yang baik untuk sesuatu ujian perlu
mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30.
36
3.2.2 Pertalian antara Kuasa Diskriminasi dengan Kesukaran
Kebolehan sesuatu item untuk mendiskriminasi (membezakan pelajar) adalah Kebolehan sesuatu item untuk mendiskriminasi (membezakan pelajar) adalah
bergantung kepada indeks kesukaran item itu; bergantung kepada indeks kesukaran item itu;
Item yang amat sukar Item yang amat sukar atauatau yang amat senang tidak dapat mendiskriminasi yang amat senang tidak dapat mendiskriminasi pelajar.pelajar.
3.3 Analisis Keberkesanan Distraktor (Pengganggu)
Analisis distraktor diperlukan menggubal sesuatu item. Selain mengira indeks
kesukaran dan diskriminasi, dalam analisis item juga perlu diketahui tentang distraktor
atau pengganggu yang disediakan itu berkesan atau sebaliknya. Apakah semua pilihan
jawapan yang disediakan dianggap betul oleh semua pelajar, pilihan jawapan hanya
37
bertumpu kepada pilihan tertentu sahaja atau pilihan yang sama sekali tidak
ada pemilihnya.
Dengan memeriksa pola pilihan jawapan, kita dapat mengenalpasti beberapa perkara di
antaranya :
1) Bilangan pelajar yang menjawab betul.
2) Distraktor mana yang terlalu jelas atau pelajar langsung tidak merasa
terganggu untuk membuat pilihan jawapan.
3) Distraktor yang boleh mengelirukan pelajar walaupun dari kumpulan tinggi.
4) Distraktor mana yang dapat menarik pelajar kumpulan rendah, tetapi
tidak cukup menarik bagi pelajar dari kumpulan tinggi.
Distraktor atau pengganggu dikatakan berkesan bila minimal dijawab oleh 5%
pelajar, ataupun 5% x (A + B)
Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q:Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q:
1.1. Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor (penggangu) sebagai Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor (penggangu) sebagai
jawapan yg betul ditentukan dengan menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang jawapan yg betul ditentukan dengan menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang
telah diasingkan terlebih dahulu;telah diasingkan terlebih dahulu;
2.2. Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor sebagai Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor sebagai
jawapan yg betul juga ditentukan. jawapan yg betul juga ditentukan.
Jadual berikut menunjukkan hasil analisis tersebut:
Item QItem Q Pilihan JawapanPilihan JawapanOmitOmit AA BB CC DD
Kumpulan Atas (15 pelajar)Kumpulan Atas (15 pelajar) 00 22 55 00 88Kumpulan Bawah (15 pelajar)Kumpulan Bawah (15 pelajar) 11 44 1010 00 00
Indeks Kesukaran, p = (5+10)/30 Indeks Kesukaran, p = (5+10)/30 = 0.5= 0.5
Indeks Diskriminasi, D = (5/15) – (10/15) Indeks Diskriminasi, D = (5/15) – (10/15) = 0.33 – 0.66 = -.33= 0.33 – 0.66 = -.33
38
3.4 Contoh-Contoh Hasil Analisis
Contoh 1: Item 7 (Jawapan: D)
A B C D* Omit
diff 0.1765 0.2235 0.0059 0.5882 0.0059
r-pbis -0.1607 -0.0617 -0.0223 0.2044 -0.0389
N 30 38 1 100 1
Keterangan:
o Item ini sederhana kesukarannya (diff item = 0.5882).
o Kuasa diskriminasi juga sederhana (r-pbis item = 0.2044).
o Pilihan A dan B adalah pengganggu yang baik di mana diff masing-masing
adalah lebih dari 0.05, manakala r-pbis adalah negatif (diskriminasi
songsang).
o Pengganggu C agak lemah dan patut diperbaiki (diff kurang dari 0.05)
o Kesimpulan: Item ini boleh diterima jika pengganggu C
diubahsuai/diperbaiki.
Contoh 2: Item 18 (Jawapan: B)
A B* C D Omit
diff 0.0588 0.8059 0.1059 0.0294 0.0000
r-pbis -0.0432 0.1417 0.1654 0.0296 0.0000
N 10 137 18 5 0
Keterangan:
o Item ini senang (diff item 0.8059 )
o Kuasa diskriminasi yang rendah (r-pbis 0.1417).
39
o Pilihan A adalah pengganggu yang baik (diff melebihi 0.05 dan diskriminasi
negatif).
o Pilihan C kurang berkesan kerana mempunyai kuasa diskriminasi yang
positif, walaupun dapat menarik lebih dari 5% calon untuk memilihnya.
o Pilihan D adalah pengganggu yang tidak baik kerana diff < 0.05 dan r-pbis positif.
o Kesimpulan: Item tidak baik. Pokok soalan dan pilihan perlu dikaji semula.
3.5 Analisis item dengan Quest
Satu keperluan utama sebelum menyediakan sesuatu ujian mengikut kebolehan
pelajar ialah penubuhan bank item. Item-item yang berdasarkan aras kesukaran dan
mengikut strand kurikulum perlu disediakan. Item yang disimpan dalam bank sebaik-
baiknya ditentukur (calibrate). Penentukuran ini membolehkan item disusun dari yang
mudah ke sukar pada satu skala atau continuum yang sama.
Item dapat ditambah melalui praujian yang dijalankan dari semasa ke semasa.
Item baru dari isi kandungan yang sama boleh ditambah ke dalam bank dengan
teknik equating. Bank item yang ditubuhkan berdasarkan model Rasch sesuai untuk
tujuan tersebut.
Item ujian diambil dari bank yang menggunakan skala yang sama bukan sahaja
membolehkan guru mentafsir keberkesanan pengajaran sendiri bahkan dapat membuat
perbandingan dengan guru-guru yang lain. Berdasarkan analisis ujian, guru perlu
mengubahsuai kaedah pengajaran di samping memperbaiki kelemahan pelajar.
Item yang akan disimpan dalam bank perlu dianalisis dan ditentukur. Hasil ujian
yang menggunakan item yang ditentukur membolehkan guru menentukan kelemahan
dan kekuatan pelajar di samping membuat perbandingan antara pelajar.
3.5.1 Program Quest
40
Perisian analisis item yang dibincangkan di sni berpandukan kepada Quest. Quest
ialah perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan
satu model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu
item dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu
model yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat
berikut:
Calon yang berkebolehan tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk
menjawab sesuatu item dengan betul
Sesiapa pun mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjawab item yang
mudah
Hasil analisis Quest dibentangkan dalam bentuk jadual dan juga gambar rajah.
Analisis fit merupakan suatu analisis yang penting untuk menentukan kesesuaian item
dalam sesuatu ujian.
Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam
satu folder yang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di
dalam pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\
C:\md quest <Enter>
C:\a:pkxarc a:quest c:\quest <Enter>
Penganalisisan dengan Quest memerlukan
fail data dan
fail kawalan.
Fail data mengandungi jawapan calon manakala fail kawalan mengandungi
perintah untuk pelaksanaan. Quest sesuai untuk menganalisis item ujian objektif dan item
ujian esei. Contoh fail kawalan di bawah ini boleh diubahsuai untuk menganalisis item
ujian esei. Prosedur menganlisis item ujian objektif adalah seperti berikut:
41
(a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang
pemproses perkataan atau DOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama
fail seperti BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkan jawapan calon
dengan DOS Editor.DOS Editor menyimpan semua fail dalam bentuk ASCII.
Taipkan edit BM.dat pada C:\
Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut:
00001ACDABDACADCBBBBBBA
002ABBBBCCDDDCBBAABBC
(b) Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu dengan DOS Editor. Ubahsuaikan fail
kawalan seperti contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data.
Perkara yang perlu diubahsuai ialah tajuk pada perintah Title dan nama fail analisis
seperti BM.map ke satu nama yang sesuai. Gantikan jawapan pada
perintah key mengikut jawapan yang disediakan dalam Peratuan Memberi Markah.
Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti MTH.ctl.
Title Ujian Matematik Bulan Mac 2012 (obj)
Set logon >- BM.log
data_file <<BM.dat
codes ABCD
format name 1-3 items 4-23
key DCADBCCBABCDAAADDBDA
*item_names <<BM.nam
estimate !iter=50
set width = 132 !PAGE
42
show !map = 1,2,3 >- BM.map
show !table = 1,2 >- BM.tbl
show counts >- BM.cnt
show items !order = fit >- BM.itm
show cases !order = fit >- BM.cas
itanal >- BM.ana
kidmap >- BM.kim
quit
(c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut:
C>CD\Quest
C:\QUEST>Quest
>Submit BM.ctl
Tunggu sehingga analisis tamat
(d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit
map (BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap
(BM.kim).
(e) Tafsir hasil analisis
3.6 Analisis item dengan Perisian AI v5.0
Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk mengekspot data ke dalam format
data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail dapat dijana secara otomatik: fail
kawalan (.CTL) and fail data (.DAT). Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk
43
mengekspot data ke dalam format data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail
dapat dijana secara otomatik: fail kawalan (.CTL) and fail data (.DAT).
Perisian ini pada asalnya dibangunkan bagi memenuhi keperluan maktab
perguruan untuk membuat analisis item terhadap peperiksaan perguruan asas. Versi
yang diperkenalkan di sini adalah dibangunkan semula dalam persekitaran Windows
menggunakan bahasa pengaturcaraan Delphi.
Secara ringkas perisian Penyemakan Ujian dan Analisis Item membolehkan
seseorang menaipkan respon (jawapan) calon bagi satu ujian/peperiksaan aneka pilihan.
Kemudian perisian ini akan menyemak dan melaporkan skor serta merta bagi setiap
calon, dan menjalankan analisis item serta mengira statistik asas selepas semua respon
telah dimasukkan. Antara lain ia mengira Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi (kunci
dan pengganggu), Min, Sisihan Piawai, Skor Mentah dan Skor-z/T. Juga disediakan
kemudahan mengenalpasti calon yang menjawab betul/salah atau yang memilih mana-
mana opsyen jawapan. Ini membolehkan anda mengenalpasti calon-calon yang lemah
bagi setiap soalan. Perisian ini dapat juga mentafsir setiap item dari segi kesesuaian
pengganggu-penganggunya. Hasil analisis item ini dapat membantu anda memilih soalan
yang berkualiti untuk dikumpulkan dalam bank soalan/item.
Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian AI v5.0
44
Masuk Respon Calon Senarai Keputusan
3.7 Analisis item dengan Perisian PediA v2.0
PediA v2.0 adalah singkatan daripada Program Pengisian Data dan Analisis Item.
Ia adalah perisian komputer yang digunakan oleh para guru untuk memasukkan data
atau markah murid. Di samping itu juga ia memudahkan para guru untuk menganalisis
setiap item dalam sesuatu ujian. Pengendalian program ini adalah berasaskan kepada
MS Excel.
Kebaikan utama program ini adalah seperti berikut :
a) Mengurangkan masa guru untuk memeriksa jawapan objektif.b) Membantu guru untuk membuat tindaksusul.
45
Hasil Analisis Item Tafsiran Item dan Distraktor
Calon Menjawab Betul Calon Menjawab Salah
c) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid secara individu.
d) Membantu guru mengenalpasti keberkesanan pengajaran.
Lain-lain faedah menggunakan program ini ialah :
a) Membantu guru mengenal pasti masalah pembelajaran murid agar kelemahan
pelajar tidak terus terhimpun.
b) Mengkaji ciri-ciri item sama ada sesuai/tidak untuk dijadikan alat mengukur
penguasaan murid.
c) Membantu guru untuk menentukan kualiti item yang digunakan.
d) Mengenal pasti item yang sukar atau mudah berdasarkan indeks kesukaran
item.
e) Kenal pasti item yang sukar/mudah berdasarkan indeks kesukaran.
f) Kenal pasti murid yang telah/belum menguasai perkara yang telah diajarkan.
g) Kenal pasti item yang boleh membezakan antara murid yang berpencapaian
tinggi dan rendah berdasarkan indeks diskriminasi.
h) Bantu guru menambah koleksi item.
Apabila guru menggunakan perisian ini, guru hanya perlu mengisi maklumat yang
terdapat dalam bahagian `Setup’ dan juga `Masuk Respon Calon’. Selepas itu perisian ini
akan memproses data yang telah dimasukkan secara automatik. Perisian ini akan
menganalisis setiap item termasuk indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan juga
keberkesanan distraktor yang digunakan. Ini bermakna kerja-kerja guru semakin mudan
dan menjimatkan masa. Di samping itu juga, guru dapat memilih item-item yang berkualiti
untuk dijadikan koleksi di dalam bank soalan atau membaiki item tersebut sekiranya
terdapat item-item yang lemah.
46
Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian PediA v2.0
47
Menu Utama Masuk Respon Calon
Analisis 2
Analisis 1 Hasil Analisis 1
48
Hasil Analisis 2Julat Gred Markah
Rumusan
Senarai Skor Calon
3.8 Analisis item menggunakan MS Excel
Secara asasnya analisis item boleh dilakukan dengan menggunakan MS Excel.
Dengan menggunakan MS Excel, guru-guru boleh mencari peratusan, indeks kesukaran,
indeks diskriminasi dan menganalisis keberkesanan distraktor yang digunakan dengan
menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MS Excel. Penggunaan MS Excel ini
agak terbatas secara manual memandangkan tahap penguasaan guru-guru terhadap
software ini agak rendah. Di antara fungsi-fungsi yang digunakan dalam melakukan
analisis ini ialah COUNTIF, SUM, AVERAGE, STDEV, dan banyak lagi.
Namun sekarang telah banyak perisian yang menggunakan MS Excel bagi
membuat analisis item. Guru-guru hanya perlu memasukkan data / markah murid sahaja,
segala-galanya telah diperoses dianalisis secara automatik.
Paparan di bawah menunjukkan contoh format pengisian data dan analisis item
menggunakan MS Excel.
Guru hanya perlu memasukkan jawapan murid di dalam column yang disediakan.
49
Hasil Analisis Item telah tersedia bagi tujuan tindakan guru selanjutnya.
Dengan menggunakan MS Excel ini segala kerja guru dapat dipermudahkan dan
menjimatkan masa.
4.0 Kesimpulan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah suatu yang
baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan
berasaskan komputer. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai bahan yang
terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dewasa ini, kita tahu komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan
maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan
markah pelajarnya. Justeru tidak terkecuali juga di dalam menyediakan ujian kepada
pelajarnya menggunakan bantuan perisian di dalam komputer. Kini ujian boleh di bina
menggunakan perisian – perisian yang ada sama ada secara percuma atau berbayar.
Contohnya, melalui perisian MS Word, guru boleh membina ujian berbentuk on-
line, membina kiuz melalui perisian ‘Hot Potato’ dan sebagainya. Selain itu, melalui ujian
50
berasaskan komputer, pelajar lebih rasa tertarik dan juga memudahkan guru untuk
menyemak markah pelajar.
Kesimpulannya, aplikasi teknologi maklumat telah memberikan satu kesan yang
amat positif samada kepada guru mahupun kepada pelajar. Semestinya di era globalisasi
ini, kemahiran komputer amat penting kepada pelajar untuk menyediakan mereka
dengan cabaran di era maklumat dihujung jari ini. Untuk itu, patutlah kita sebagai guru
untuk memulakan perkara ini dan memberi peluang kepada pelajar kita untuk berjinak –
jinak dengan teknologi maklumat ini.
51
Senarai Rujukan
Al Gahmudi, Y.A. S (1987). The Effectiveness of Using Microcomputers in Learning
Algebraic Precedence Conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.
Cockroft, W.H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO
Frary, Robert B. (1995). More multiple-choice item writing do's and don'ts. Practical
Assessment, Research & Evaluation, 4(11). [Available
online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=11]
Funkhouser, C. (1993). The Influence of Problem Solving Software in Students' Attitude
about Mathematics. Journal of Research on Computing in Education. 23(3), 339-346.
Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. DBP, Kuala
Lumpur.
Kehoe, Jerard (1995). Basic item analysis for multiple-choice tests. Practical Assessment, Research & Evaluation, 4(10). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=10]
Rudner, Lawrence (1998). Item banking. Practical Assessment, Research & Evaluation, 6(4). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=6&n=4]
52
Top Related