Download - Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

Transcript
Page 1: Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

PEJABAT KETUA PNNDAFTAROlfice of the Chief RegistrarMAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIAFederal Court of MalaysiaISTANA KEHAKIMANPRESINT 362506 PUTRAJAYA

Telefon : 03-8880 3500

Faks : O3-S880 3886

Laman llleb : http://www. kehakimtzn.gov'my

Ruj. Tuan

Your Ref

Ruj. KamiOur ReJ

TarikhDate

JI(MP 38 Jrd 6

2? Januari 2013

YA-YA HakimMbhkamah TinggiSeluruh Malaysia

Hakim Mahkamah SesyenSeluruh Malaysia

Timbalan PendaftarMahkamah TinggiSeluruh Malaysia

Penolong Kanan PendaftarMahkamah TinggiSeluruh Malaysia

YA-YA Datuk/ Dato'/ Datinffuan/Puan.

ARAHAN AMALAN BIL 1 TAHUN 2013AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHASI 2012

Sebagaimana YA/Dato'/Datin/Tuan/Puan sedia maklum Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747'l telahpun diluluskan oleh Parlimen dan telahberkuat kuasa pada 31 Julai 2012.

Sehubungan dengan itu atas arahan YAA Ketua Hakim Negara, bagi tujuanpenyeragaman pengendalian kes-kes di bawah Akta747, perkara-perkara berikut telahditetapkan:

(Sila nyatakan rujt*nn kami apabila menjawab surat ini)

Page 2: Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

(1) Dua (2) orang hakim di Mahkamah Tinggi Malaya dan dua (2) orang hakim diMahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan dilantik khusus untukmembicarakan kes-kes di bawah Akta ini. Hakim-hakim ini akan membicarakankes-kes di bawah Akta ini mengikut di mana kes tersebut didaftarkan.

Bagi melicinkan perjalanan kes di bawah Akta ini dua (2) Prinsipal Registri akandiadakan iaitu, satu (1) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi MahkamahTinggi Malaya dan satu (1) lagi di Mahkamah Tinggi Kuching bagi MahkamahTinggi di Sabah dan Sarawak.

Setiap Prinsipal Registri ini akan diketuai oleh seorang TimbalanPendaftar/Penolong Kanan Pendaftar. Timbalan Pendaftar/Penolong KananPendaftar ini akan menguruskan perkara-perkara pentadbiran kes tersebut, bagiMahkamah-Mahkamah Tinggi di Malaya dan di Mahkamah-Mahkamah Tinggi diSabah dan Sarawak mengikut bidang kuasa masing-masing. Satu Buku KausaDaftar Khas bagi kes-kes yang dibicarakan di bawah Akta ini hendaklah-dibuka.

Mahkamah Tinggi di mana kes itu didaftarkan hendaklah memaklumkan kepadaTimbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Prinsipal Registri dalamtempoh tujuh (7) hari dari tarikh kes tersebut didaftarkan. TimbalanPendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Prinsipal Registri hendaklah mengambiltindakan segera memaklumkan kepada hakim mahkamah tinggi yang telahdilantik secara khusus untuk membicarakan kes-kes di bawah Akta ini untukmendapatkan arahan selanjutnya. Prinsipal Registri dan mahkamah tinggi dimana kes didaftarkan hendaklah bekerjasama dalam menguruskan perkara-perkara pentadbiran kes.

Bagi permohonan di hadapan hakim mahkamah sesyen iaitu untuk memasangperanti pengawasan elektronik dan merekod apa-apa pengakuan salah orangyang ditangkap, masing-masing di bawah seksyen 7 dan 27 Akta ini, iahendaklah didengar di hadapan mana-mana hakim mahkamah sesyen yangmempunyai had bidang kuasa. Penolong Pendaftar di mahkamah berkenaanhendaklah bertanggungjawab untuk membuka satu Buku Kausa Daftar Khasbagi kes di bawah Akta ini.

Permohonan yang didaftarkan di hadapan hakim mahkamah sesyen hendaklahdidengar dengan seberapa segera yang mungkin oleh hakim mahkamah sesyenberkenaan. Mahkamah tinggi di mana kes tersebut didaftarkan hendaklahmemaklumkan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen jika kes tersebuttelah didaftarkan di mahkamah tinggi. Mahkamah sesyen yang berkenaan

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

Page 3: Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

(7)

hendaklah menyerahkan dokumen-dokumen tersebut ke mahkamah tinggi yangakan membicarakan kes tersebut dengan segera.

Kes-kes di bawah Akta ini hendaklah didaftarkan dengan kod khas iaitu kod45SO bagi mahkamah tinggi dan 6450 bagi mahkamah sesyen.

Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2013.

Sekian. terima kasih.

..BERKHIDMA NEGARA''

Saya

BT J?, l , Jotaalan

(Menjalanka Tugas Ketua Pendaftar)Mahka n Malaysia

Putrajaya

s.k:

YAA Ketua Hakim NegaraMahkamah Persekutuan Malaysialstana KehakimanPUTRAJAYA

YBhg. Tan Sri Peguam NegaraPeguam Negara MalaysiaJabatan Peguam NegaraPUTRAJAYA

YAA Presiden Mahkamah RayuanMahkamah Persekutuan Malaysialstana KehakimanPUTRAJAYA

(8)

Page 4: Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

YAA Hakim Besar MalayaMahkamah Persekutuan Malaysialstana KehakimanPUTRAJAYA

YAA Hakim Besar Sabah dan SarawakMahkamah Persekutuan Malaysialstana KehakimanPUTRAJAYA

Timbalan Ketua PendaftarMahkamah Persekutuan Malaysialstana KehakimanPUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Rayuanlstana KehakimanPUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malayalstana KehakimanPUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan SarawakMahkamah Tinggi KuchingSARAWAK

Pengarah-Pengarah Mahkamah NegeriSeluruh Malaysia

Pengarah Bahagian Pengurusanlstana KehakimanPUTRAJAYA

Ketua BahagianPentadbiran Kehakimanlstana KehakimanPUTRAJAYA

Page 5: Arahan amalan sosma bil 1 tahun 2013

Ketua Bahagian Teknologi Maklumatlstana KehakimanPUTRAJAYA

PresidenMajlis Peguam Malaysia13,15 &17, Leboh Pasar Besar5OO5O KUALA LUMPUR

PengerusiPersatuan Undang-Undang SabahTingkat 3, 120 Gaya Street88000 Kota KinabaluSABAH

PengerusiPersatuan Pegumbela SarawakBilik Peguam, Kompleks Mahkamah KuchingJalan Gersik, Petrajaya, 93050 KuchingSARAWAK

Pustakawanlstana Kehakiman