8/10/2019 Asaimen Hoki
1/27
KBK 3063
SOKONGAN DALAM KOMUNITI
TUGASAN 2 :
KUMPULAN
GROUP UPSI08
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFONJUNIZA BINTI KASEM D20102041649 019-5555047
NAMA TUTOR E-LEARNING :
TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2014
PEMARKAHAN
TUGASAN 2 40
JUMLAH
KURIKULUM PDK MENGUTAMAKAN MODUL KEMAHIRAN ASAS MANAKALA
KURIKULUM DI SEKOLAH UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS MEMFOKUSKAN
KEPADA KEBOLEHDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. SECARA
ILMIAH BANDINGKAN KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DI PDK DAN DI
SEKOLAH.
8/10/2019 Asaimen Hoki
2/27
PENGENALAN
Hoki merupakan sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis sukan yang dimainkan di atas padang
rumput atau astrotuf, dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di sesetengah
Negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang
rumput atau astrotuf. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet yang
kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi hockey. Di Malaysia, sukan
hoki begitu terkenal dan dimainkan hampir di semua sekolah. Pihak Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan hoki setiap tahun melibatkan kategori
umur bawah 12 tahun dan 18 tahun. Perkembangan sukan hoki di Malaysia begitu
membanggakan dan negara mampu bersaing dengan pasukan terhebat dunia dalamkejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).
Pada mulanya sukan hoki di Ireland dikenali sebagai hurley , Wales dikenali dengan
nama banty atau bandy manakala di Scotland pula ia dinamakan Shinty , tetapi permainan hoki
sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet . Orang Belanda juga
mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada
orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840
apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular disekolah-sekolah di England.
Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh
pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886
pula Persatuan Hoki British (BHA) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal
raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England
telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci
dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat
juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama
selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan- peraturan yang
telah disusun oleh BHA dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England
dengan Ireland telah diadakan. Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan
kakitangan Inggeris yang bertugas di negara kita pada sekitar tahun 1892 dan perlawanan
pertama secara rasmi dimainkan adalah antara Harris dan XI XI Whitley pada Nov 30, 1898
di Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, permainan hoki hanya berjaya menarik minat orang-
orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di Tanah Melayu sahaja kerana penduduk tempatan
8/10/2019 Asaimen Hoki
3/27
masih tidak dapat menerima permainan ini lagi. Namun, pada tahun 1904, perlawanan hoki
antara negeri telah diadakan di antara pasukan Selangor dan pasukan Singapura. Selain itu,
kelab yang dikuasai British di Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang juga mempunyai pertandingan
mereka sendiri. Menjelang tahun 1920-an, terdapat lebih Malaya bermain permainan.
Persekutuan Tanah Melayu berbanding siri Colony telah dimulakan pada tahun 1925.
Bermula pada sekitar tahun 1920, permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan dan bilangan mereka yang mempelajari dan bermain hoki semakin meningkat dari
sehari ke sehari sehinggalah sukan ini menjadi salah satu acara sukan yang paling digemari.
Permainan ini juga boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki mahupun
wanita. Perlawanan hoki pertama telah diadakan di antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1926. Negara kita berjaya menubuhkan pasukan hoki
pada tahun 1932 hasil daripada usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan
kebangsaan India dalam lawatan mereka ke negara kita dengan keputusan 7 - 0 berpihak
kepada India. Pada ketika itu, pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut juga telah mendorong dan memberi semangat kepada
pasukan hoki negara untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun kemudian,
pasukan hoki negara telah mengadakan lawatan persahabatan ke Hong Kong dan Macau di
mana pasukan negara berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan tersebut.
Pasukan hoki Macau pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat
mengadakan dua perlawanan persahabatan yang juga membawa kemenangan kepada pasukan
Malaysia.
Pada tahun 1946 di Taiping, Liga Hoki Malaysia telah dimulakan di negara kita untuk
pertama kalinya. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (PHM) telah ditubuhkan
sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953, Persatuan Hoki
Dunia (FIH) telah menerima PHM sebagai ahli gabungannya. Oleh itu, ia telah memberi dan
membuka peluang kepada pasukan hoki negara mengambil bahagian
8/10/2019 Asaimen Hoki
4/27
dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Tidak berapa lama selepas itu,
PHM bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan yang bertangungjawab dalam menyelaraskan pertandingan-pertandingan di
peringkat antarabangsa.
Perseketuan Hoki Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1954 dengan Herman Marie De Souza
dipilih sebagai presiden dan Kandiah Aryaduray setiausaha. Sir Gerald Templer dan Sir
Donald MacGillivray di Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu juga telah turut
membantu dalam sebagai penasihat. Bermula pada tahun 1951, kejohanan hoki pertama telah
dianjurkan oleh PHM dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Allahyarham Tun Abdul
Razak adalah tokoh pertama yang dilantik sebagai Presiden PHM pada tahun 1957. Pada
tahun tersebut, beliau telah menyumbangkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan
di antara negeri. Piala tersebut dinamakan Piala Razak bersempena dengan nama beliau.
Bagaimanapun, pertandingan ini hanya berjaya dianjurkan pada tahun 1963. Perlantikan Tun
Razak sebagai Presiden PHM telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru
kepada PHM serta orang ramai untuk memperbaiki mutu sukan ini di negara kita. Buktinya,
sehingga kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan
oleh PHM pada setiap tahun. Setelah itu, PHM telah diterajui oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dari tahun 1976 hingga 2004. Mulai tahun 2004
hingga 2006, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Presiden PHM diikuti Tan Sri Dato Seri
Mohammad Anwar Mohammad Nor dari tahun 2006 hingga 2008 dan KDYTM Tengku
Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 2008 sehingga sekarang.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi pasukan hoki negara kerana pada tahun
tersebut, pasukan negara telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di
Melbourne, Australia. Negara kita berjaya menduduki tempat ke sembilan daripada dua belas
pasukan yang bertanding. Selain itu, pasukan hoki negara juga turut mengambil bahagian
dalam pertandingan Hoki Piala Dunia.
Tujuan LatihanManual latihan ini adalah bertujuan:-a) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara
berterusan. b) Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif.
c) Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang bersistematik.d) Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.
8/10/2019 Asaimen Hoki
5/27
Objektif Manual LatihanManual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh-contoh sukatan latihan, rancanganlatihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih-jurulatih menjalanisatu sessi pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar. Secara am, manual latihan inimerangkumi konsep dan sistem latihan, cara pengelolaan yang bersesuaian dengan tahap
pencapaian pemain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan:-a) Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam menjalankanlatihan berdasarkan sukatan yang diberi.
b) Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
KEMAHIRAN ASAS
Kemahiran hoki dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:1. Kemahiran Individu
2. Kemahiran Berkumpulan
Bagi merancang program latihan Pra Pertandingan selama 6 minggu, kemahiran yang akan
diajarkan dan diberi penekanan ialah:
1. Mengawal bola dan mengelecek2. Memukul dan menahan bola
3. Menolak, menguis dan menceduk
4. Menghantar dan menerima
Tujuan Latihan
Manual latihan ini adalah bertujuan:-
8/10/2019 Asaimen Hoki
6/27
a) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip
mekanik secara berterusan.
b) Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif.
c) Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang
bersistematik.
d) Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.
Objektif Manual Latihan
Manual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh- contoh sukatan latihan,
rancangan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih -
jurulatih menjalani satu sessi pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar. Secara
am, manual latihan ini merangkumi konsep dan sistem latihan, cara pengelolaan yang
bersesuaian dengan tahap pencapaian pemain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan:
a)Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam
menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi.
b)Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
Kemahiran mengawal dan mengelecek bola
a)Mengawal Bola
Latihan yang dilakukan ialah menimang bola diatas kayu, menimang bola diatas permukaan
kayu atau gabungan kedua- duanya. Pemain dalam kumpulan 3 atau 4 orang cuba menghantar
bola dari kayu ke kayu dengan tidak menjatuhakan bola ke lantai. Jarak antara pemain perlu
melebihi 3 ela supaya bola dapat dimainkan diudara dari kayu ke kayu.
b)Mengelecek Bola
i.Mengelecek rapat.
8/10/2019 Asaimen Hoki
7/27
Kawalan rapat keatas bola dapat dikekalkan dengan membawanya rapat dengan kayu. Ini
perlu untuk mengekalkan kawalan yang kuat serta merta dan berterusan keatas bola dimana
kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola mengelilingi lawan.
ii.Mengelecek Longgar/Bebas
Teknik membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu. Hasilnya
pergerakkan menjadi lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi ia akan menam
bah risiko bola dirampas oleh pihak lawan. Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi
lawan yang pegun dengan menolak bola melalui celah atau keliling kaki lawan menggunakankelajuannnya.
Kemahiran memukul dan menahan bola
a)Memukul Bola
Pukulan dibuat semasa bola dalam keadaan pegun dan juga selepas mengelecek bola. Tangan
kiri menggengam bahagian atas kayu hoki secara berjabat tangan. Tangan kanan rapat dengan
tangan kiri. Posisi badan dan bola perlu condong sedikit kehadapan. Cara memukul pula letak
kaki kiri bertentangan bola antara 9 hingga 12 inci dari kaki kiri. Bahu kiri menghala
kesasaran badan di atas bola, hayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit.
b)Menahan Bola
i.Menahan bola dari arah hadapan. Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan
arah bola. Kayu menegak dan kepalanya rapat pada permukaan padang untuk mendapat
kawasan menahan yang luas. Perhatikan bola sehingga ditahan.
ii.Menahan bola dengan kayu kilas
Membawa kayu dari sebelah kanan ke kiri mengikut arah pergerakkan bola. Kaki kanan
8/10/2019 Asaimen Hoki
8/27
disilangkan dan kayu dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukkan kepala kayu di atas
bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan.
Kemahiran menolak, menguis dan menceduk.
a)Menolak
Pegangan seperti mengelecek bola dengan tangan kanan menggengam dekat tengah kayu
hoki. Kedudukkan bola dan badan dihadapan antara kaki kiri dan kaki kanan. Kaki
mengangkang, paras bahu dihalakan kearah mana bola akan dihantar. Lutut membengkok dan
kedudukkan badan direndahkan sedikit. Tangan kanan menolak kayu hoki melalui bola dan
tangan kiri menarik kayu kebelakang dan pada masa yang sama memberi kuasa tolakkan.
Siku diluruskan dan bilah kayu menghala kearah lonjakkan.
b) Menguis
Hantaran bola ke udara untuk penalti stroke dan menjaringkan gol. Pegangan adalah sama
seperti mengelecek tetapi kedudukkan tangan adalah lebih rendah. Bahu menhadap kearah
mana bola ditunjukkan. Jarak kaki dilebarkan lebih dari jarak bahu. Lutut membengkok dan
kedudukkan badan direndahkan. Kedudukkan bilah kayu dicondongkan menyentuh bola dan
kedudukkan gagang kayu direndahkan.
c)Menceduk
Menceduk lurus digunakan untuk hantaran udara dan menghantar bola tinggi dan jauh.
Genggaman tangan kayu hoki dipegang seperti kaedah menguis. Kedudukkan bola dan badan
seperti menguis tetapi lutut lebih bengkok dan bilah kayu lebih condong. Menceduk shovel
pula kedudukkan badan berubah iaitu kaki kanan kehadapan sedikit, badan akan dipusingkan
ke posisi menahan bola kilas. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedukkan.
Kedua- dua tangan dijarakkan dengan kaki kanan didekatkan dengan bola. Pergerakkan
menceduk dengan mengunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapat satucedukkan
yang tinggi dan jauh.
8/10/2019 Asaimen Hoki
9/27
PROGRAM LATIHAN INTENSIF PRA PERTANDINGAN HOKI (PERINGKAT
ZON)
Minggu 1 minggu 6
TARIKH/HARI KAEDAH INTENSITI
Isnin
14 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Kecergasan Teknikal
Mengawal bola dan
mengelecek.
Memukul dan menahan bola.
Menolak, menguis dan
menceduk.
LATIHAN LITAR
6 stesen X 3 set
Masa aktiviti setiap stesen:
30 saat.
Pra Ujian
Sederhana
8/10/2019 Asaimen Hoki
10/27
Rabu
16 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Jumaat
18 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Masa rehat diantara stesen:
60 saat.
LATIHAN BEBANAN
Intensiti: 50% X 1RM
Ulangan: 8 kali
Set: 3 set
Aktivti: Bench Press
Leg Press
Triceps Curl
Heel Raice
Bicep curl
Triceps push down
T1
T2
T3
Sederhana
S1
S2
S3
Minggu 2
Isnin
21 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Rabu
23 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Jumaat
25 Mei 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan,Berjogging (jarak 5
KM)
Lari berpasangan, Lari pecut
Latihan Jeda
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 ulangan
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat
Jeda rehat: 60 saat
Aktiviti jeda rehat:
Memukul dan menahan bola.
Menghantar dan menerima.
Latihan Bebanan
Intesiti: 60% X 1RM
Ulangan: 10 kali
Set: 2 set
Aktiviti: Bench Press
Rendah
R1
R2
R3
Tinggi
T1
T2
T3
Sederhana
S1
S2
8/10/2019 Asaimen Hoki
11/27
Leg Press
Triceps Curl
Heel Raicel
Bicep Curl
Triceps push down
Rehat (Cuti Pertengahan
Penggal Pertama)
28 MEI hingga 8 JUN 2012
S3
Minggu 3
Isnin
11 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Rabu
13 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Jumaat
15 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Senaman aerobik: 45 minit
Masa rehat antara aktiviti: 20
minit
Latihan Litar (Umum)
6 stesen X 3 set.
Masa akitiviti setiap stesen:
30 saat
Masa rehat diantara stesen:
60 saat
Latihan Jeda
Larian 400 M ( 4 ulangan X 2
set)
Jeda kerja: 150 saat.
Jeda rehat: 300 saat
Aktiviti jeda rehat
Lari anak (slow jog)
Latihan Jeda
Rendah
R1
R2
R3
Sederhana
S1
S2
S3
Tinggi
T1
T2
T3
Tinggi
T1
T2
T3
8/10/2019 Asaimen Hoki
12/27
Minggu 4
Isnin
18 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Rabu
20 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Jumaat
22 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan,berjogging ,lari
berpasangan, lari pecut
(jarak 5 KM)
Latihan Bebanan
Intesiti: 50% X 1RM
Ulangan: 10 kali
Set: 2 set
Aktivti:
1. Bench Press
2. Leg Press
3. Triceps Curl
4. Heel Raise
5. Bicep Curl
6. Triceps push down
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas
permainan hoki
1. Menahan bola (20 kali 60
Rendah
R1
R2
R3
Sederhana
S1
S2
S3
Tinggi
T1
T2
T3
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 Ulangan
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat.
Jeda rehat: 60 saat.
Aktiviti jeda rehat:
Menolak bola bersemuka
Menguis tinggi bersemuka
8/10/2019 Asaimen Hoki
13/27
saat)
2. Memukul bola (20 kali 60
saat)
3. Menghantar bola (16 kali
60 saat)
4. Menerima bola (16 kali 60
saat)
5. Mengawal dan mengelecek
(14 kali 60 saat)
Bilangan Set: 3 set
Rehat antara set: 120 saat
Minggu 5
Isnin
25 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Rabu
27 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Senaman aerobik: 45 minit
Masa rehat antara aktiviti: 20
minit
Latihan Litar (Umum)
6 stesen X 3 set.
Masa akitiviti setiap stesen:
30 saat
Masa rehat diantara stesen:
60 saat
Latihan Jeda
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 ulangan
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat
Jeda rehat: 60 saat
Aktiviti jeda rehat:
Menolak bola bersemuka.
Menguis bola tinggi
bersemuka
Rendah
R1
R2
R3
Sederhana
S1
S2
S3
Tinggi
T1
T2
T3
8/10/2019 Asaimen Hoki
14/27
Jumaat
29 Ogos 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas
permainan hoki
1. Menahan bola (20 kali 60
saat)
2. Memukul bola (20 kali 60
saat)
3. Menghantar bola (16 kali
60 saat)
4. Menerima bola (16 kali 60
saat)
5. Mengawal dan mengelecek
(14 kali 60 saat)
Minggu 6
Tinggi
T1
T2
T3
Isnin
2 Julai 2012
3.30 5.30 ptg
Rabu
4 Julai 2012
3.30 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan, berjogging, lari
berpasangan, lari pecut
(jarak 5 KM)
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas
permainan hoki
Menahan bola (20 kali 60
saat)
Memukul bola (20 kali 60
saat)
Menghantar bola (16 kali 60
saat)
Menerima bola (16 kali 60
Rendah
R1
R2
R3
Tinggi
T1
T2
T3
8/10/2019 Asaimen Hoki
15/27
Jumaat
5 Jun 2012
3.30 5.30 ptg
saat)
Mengawal dan mengelecek
(14 kali 60 saat)
Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Kecergasan Teknikal
Mengawal bola dan
mengelecek.
Memukul dan menahan bola.
Menolak, menguis dan
menceduk.
GAMBARAJAH
8/10/2019 Asaimen Hoki
16/27
Gambar: Menolak dan menahan berganti-ganti
Aktiviti jeda rehat: Menolak dan menahan bersemuka
Latihan Jeda : Stesen 2
Kemahiran Menguis
Aktiviti Menguis sasaran
Prosedur
a) Pemain menguis bola dari satu tempat
permulaan pada jarak 5 ela, 7 ela dan 10
ela, 12 ela dan 15 ela.
b) Apabila wisel dibunyikan, pemain A
dikehendaki menguis kearah skitel yang
8/10/2019 Asaimen Hoki
17/27
disediakan. Kemudian pemain A berlari ke
belakang pemain D dan pemain B
meneruskan permainan.Jika bola melalui
skitel pemain mendapat markah.
c) Jarak antara skitel ialah 3 ela. Jarak ini
boleh dikurangkan untuk melatih pemain
meningkatkan ketepatan sasaran.
Jeda kerja 20 saat
Jeda rehat 60 saat
Nisbah kerja: rehat 1:3
Ulangan & Set
Aktiviti Jeda rehat
8 kali 2 set
Menguis secara bersemuka
Jeda Rehat (Antara Set) 2-3 minit
Gambar: Menguis ke sasaran
8/10/2019 Asaimen Hoki
18/27
Aktiviti jeda rehat: Menguis tinggi bersemuka
Latihan Jeda Stesen 3
Kemahiran Memukul dan menahan bolaAktiviti Pukulan berganti-ganti berterusan
Prosedur
a) Jarak antara pemain ialah 20 ela. Pemain A
memulakan permainan.
b) Pemain A pukul ke b dan terus berlari
kesebelah garisan B.
c) B menahan bola dan memukul ke C. C
menahan dan pukul ke D. Pemain D menahan
dan membuat pukulan ke B dan seterusnya.
d) Keempat-empat pemain berganti-ganti
secara berterusan untuk membuat pukulan.
Masa permainan selama 5 minit
Jeda Kerja 20 saat
Jeda rehat 60 saat
Nisbah Kerja : Rehat 1:3
Ulangan & Set
Aktiviti Jeda rehat
8 kali 2 set
Memukul secara berpasangan
Jeda Rehat (Antara Set) 2-3 minit
8/10/2019 Asaimen Hoki
19/27
Gambar: Menahan dan memukul bola
Aktiviti jeda rehat: Memukul dan mengelecek rapat
PERALATAN
PERALATAN LATIHAN MANUAL HOKI
Kayu Hoki .
8/10/2019 Asaimen Hoki
20/27
a) Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata
kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas
permukaan rata tersebut.
b) Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu.
c) Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti
berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang,
berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai
panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata
kayu dan selari kepada pemegang.
d) Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
e) Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak
mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang
berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
f) Berat maksimum 737 gram.
g) Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat
permukannya tetap licin.
h) Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusi alat gelang yang mempunyai
garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini
dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung
permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-
bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan. Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan
sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan
bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kpada ciri-ciri
permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.
8/10/2019 Asaimen Hoki
21/27
Gambar : Kayu Hoki
Bola Hoki
a) Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
b) Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
c) Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
d) Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
e) Warna putih atau seperti dipersetujui.
Gambar : Bola Hoki
Pakaian dan Peralatan Pemain
8/10/2019 Asaimen Hoki
22/27
a) Pemain-pemain Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam
yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka. Tidak dibenarkan memakai
sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-pemain padang
digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.
b) Penjaga Gol
i. Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas
tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh
pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.
ii. Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil
(bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai: helmet
berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong
disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais
biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol.
iii. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk
melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah
peralatan pelindung yang dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki,
penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm),
lengan (forearm) dan siku.
8/10/2019 Asaimen Hoki
23/27
iv. Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar
atau tonjolan.
v. Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm. vi. Pelindung
tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata danmenghala ke atas; panjang maksimum 355mm diukur dari bawah ke penghujung.
vii. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung
tangan semasa kayu tidak dipegang.
Tiang-Tiang Bendera
- Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4
kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.
8/10/2019 Asaimen Hoki
24/27
- Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di
luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan
25 ela.
Padang hoki.
Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan
di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela
panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau
garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut .
8/10/2019 Asaimen Hoki
25/27
ORGANISASI PENGAJARAN DAN KEJURULATIHAN HOKI
Perancangan dan penyediaan :Masa - menggunakan masa yang ada dengan maksima
Ruang - menggunakan ruang yang ada dengan maksima
Kemudahan - Menggunakan kemudahan yang ada
Kaedah pengajaran jurulatih ;Memanaskan badan dalam kumpulan
Latihan individu
Demontrasi
Pengajaran rakan sebaya
Latihan kumpulanMAIZURA RUSLAN 741102016352 30
8/10/2019 Asaimen Hoki
26/27
8/10/2019 Asaimen Hoki
27/27
Bibliografi
1. tatabahasabm.tripod.com/bank/projekhoki.pdf
2. myhokiband.blogspot.com/.../kertas-kerja-kursus
3. www.abgshah.com/.../antara-ipoh-dan-alor-setar.ht.
4. www.nsc.gov.my/index.php?
5. library.utem.edu.my/index.php?option.