1.0 Sejarah Badminton
Sejarah sukan badminton akan dilihat dari segi sejarah awal badminton dan
juga sejarah sukan badminton di Malaysia.
1.0.1 Sejarah Awal Sukan Badminton
Badminton telah diperkenalkan pada zaman Yunani silam dan Mesir. Di
Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil
battledore and shuttlecock, iaitu dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di
udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India
semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India
semasa kembali ke England pada 1860an, dan seterusnya dimainkan di rumah
kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak
patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new
game" pada 1860.
Sukan baru ini telah diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House,
Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Sukan tersebut merujuk
kepada "The Game of Badminton" dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi
Badminton. Pada tahun 1893, Badminton Association of England diterbitkan
sebagai set peraturan pertama dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan
iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September
1
tahun yang sama. Mereka mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka
Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia tahun 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai
Persekutuan Badminton Dunia) ditubuhkan pada 1934 dianggotai Kanada,
Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan
Wales sebagai anggota pengasas dan seterusnya India pada tahun 1936.
Presiden pertama persatuan ini ialah Sir George Thomas, bekas jaguh England.
Beliau memegang jawatan sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada
tahun 1939, IBF ingin menganjurkan pertandingan antara negara-negara di
dunia. Presiden IBF, Sir George Thomas menghadiahkan piala perak untuk
pertandingan ini. Piala perak itu dinamakan Piala Thomas. Malangnya, oleh
kerana suasana dunia yang kurang memuaskan apabila berlakunya Perang
Dunia Kedua, kejohanan Piala Thomas pertama hanya diadakan pada tahun
1949 di Preston, England.
Perjumpaan Tahunan yang diadakan di Madrid pada 24 September 2006
menyepakati penukaran nama baru IBF kepada Persekutuan Badminton Dunia
(BWF). Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan atau pertubuhan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun
asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa
mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk
Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia
merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara
konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan 2
peringkat antarabangsa, apabila China sering menjadi pendominasi sejak
kebelakangan ini.
1.0.2 Sejarah Badminton di Malaysia
Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh
pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk
House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun
1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya
Persatuan Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan
oleh pemain negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya
ditubuhkan pada tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden
yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung
dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam
permainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan
berprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England.
Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan,
dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai
presidennya yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967
telah memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25
tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar
Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua.
3
Tugas utama BAM ialah memajukan permainan badminton negara, melalui
pelbagai perancangan dan aktiviti seperti menganjurkan:
Kejohanan Badminton Asia
Kejohanan Terbuka Malaysia
Kejohanan Peringkat Remaja
Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia
Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya
1.1 Kemudahan Badminton
Terdapat pelbagai kemudahan badminton yang digunakan ketika
melaksanakan permainan badminton.
1.1.1 Gelanggang
4
Gelanggang merupakan kemudahan yang paling penting dalam sukan
badminton. Ukuran gelanggang badminton mestilah mempunyai ukuran panjang
13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang ini digarisi dengan garisan
servis panjang, garisan servis pendek, garisan luar ganda, garisan tengah dan
net yang mempunyai ukuran ketinggian 1.55 meter. Selain itu, gelanggang
badminton untuk permainan individu dan permainan beregu adalah berbeza.
Bagi permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar
garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula
garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang
dikira keluar atau long.
Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk empat segi bujur
dengan ukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu
5
yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang
sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan
permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Pada hari ini dalam
permainan badminton permukaan sintetik adalah popular kerana akan
membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai
parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna. Permukaan lantai
yang keras akan memberi kesan yang buruk kepada sendi-sendi dan boleh
menyebabkan kecederaan lutut seringkali berlaku.
1.1.2 Jaring atau Net
Selain daripada gelanggang, kemudahan yang terdapat dalam sukan
badminton ialah jaring atau net. Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana
ianya bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi
jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari
lantai,manakala ianya perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring.
Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan
diletakkan di garisan tepi di sebelah luar seperti rajah di bawah:
6
Pemasangan jaring yang betul
Pemasangan Jaring yang salah
Selain itu juga jaring yang digunakan hendaklah dipasang dengan cara
yang betul. Jaring hendaklah dipasang rapat dengan tiang untuk mengelakkan
7
bola tangkis masuk ke gelanggang lawan dengan tidak sengaja. Ianya juga
bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa pemain bermain di
jaring.
1.2 Peralatan
Terdapat harga yang berbeza bergantung kepada kualiti barangan yang
digunakan. Seluar, baju T, kasut serta stokin digalakkan, dengan pakaian yang
dapat memanaskan badan sekiranya cuaca sejuk. Warna putih memantulkan
haba dengan lebih berkesan dan lebih menyejukkan berbanding dengan warna
gelap. Ramai juga pemain memakai seluar daripada kain nailon atau benang
kapas untuk keselesaan. Sebagai tambahan, lilit kepala, tangan dan tuala
membantu mengelakkan peluh dari muka, mata dan tangan. Sarung tangan
daripada kulit lembut sering juga digunakan untuk memberi genggaman yang
lebih baik.
Raket terbaru yang lebih ringan dibuat daripada boron, karbon atau grafit
selalunya direka dengan mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Terdapat
juga raket yang berbentuk oversize untuk mengurangkan rintangan angin dan
tork. Tali raket selalunya dibuat daripada nailon atau benang sintetik.
Pada peringkat awal pembabitan dalam permainan badminton, pemain
digalak menggunakan raket yang tidak terlalu mahal harganya tetapi baik.
Adalah dicadangkan untuk mencuba beberapa raket yang sesuai untuk
8
digunakan seperti yang terdapat di kedai-kedai peralatan sukan sebelum
bercadang membeli raket yang sesuai untuk anda.
1.3Kejohanan/ Piala Badminton
Terdapat pelbagai kejohanan yang disertai oleh pemain-pemain
badminton di seluruh dunia setiap tahun. Namun, terdapat beberapa kejohanan
utama yang menjadikan ganjaran piala untuk dimenangi.
1.3.1 Kejohanan Dunia BWF
Kejohanan Dunia BWF yang pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia
IBF atau Kejohanan Badminton Dunia merupakan sebuah kejohanan yang
dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan
takhta pemain badminton terbaik di dunia. Kejohanan ini bermula pada tahun
1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Namun, bermula tahun 1985,
kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun
sehinggatahun 2005. Seterusnya, pada tahun 2006, kejohanan ini telah diubah
kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang bertujuan memberikan
peluang kepada ramai pemain merebut gelaran gelaran “Juara Dunia”.
9
1.3.2 Piala Sudirman
Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang
diadakan setiap dua tahun. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman
iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu
Tangkis Indonesia (PBSI). Dalam perlawanan ini, terdapat lima perlawanan bagi
setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita,
dan beregu campuran. Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Gelora Bung
Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-25 Mei 1989. Namun, tiada hadiah berupa
wang dalam kejohanan ini ditawarkan untuk para pemain. Mereka hanya
bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga
memperoleh mata ranking dunia BWF.
10
1.3.3 Piala Thomas
Pertandingan Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain
lelaki sahaja. Pertandingan Piala Thomas pada masa itu mengandungi sembilan
perlawanan, iaitu lima acara perseorangan dan empat acara bergu. Setiap
pasukan hanya boleh diwakili oleh tujuh orang pemain. Pertandingan itu
dijalankan selama dua hari dengan empat acara dipertandingkan pada hari
pertama iaitu dua acara perseorangan dan dua acara bergu. Pada hari kedua,
lima acara, iaitu tiga acara perseorangan dan dua acara bergu dipertandingkan.
Pada tahun 1984, format perlawanan telah ditukarkan kepada lima perlawanan
iaitu tiga perseorangan dan dua bergu. Pertandingan itu diadakan di Kuala
Lumpur dan Indonesia telah menjadi juara dengan mengalahkan China 3-2.
Keputusan Perlawanan Piala Thomas dari tahun 1949 hingga 1992
Tahun Tempat Johan Naib Johan Keputusan
1949 England Malaya Denmark 8-1
1952 Singapura Malaya USA 7-2
11
1955 Singapura Malaya Denmark 8-1
1958 Singapura Indonesia Malaya 6-3
1961 Jakarta Indonesia Thailand 6-3
1964 Tokyo Indonesia Denmark 5-4
1967 Jakarta Malaya Indonesia 6-3
1970 KL Indonesia Malaysia 7-2
1973 Jakarta Indonesia Denmark 8-1
1976 Bangkok Indonesia Malaysia 9-0
1979 Jakarta Indonesia Denmark 9-0
1982 London China Indonesia 5-4
1984 KL Indonesia China 3-2
1986 Jakarta China Indonesia 3-2
1988 KL China Malaysia 4-1
1990 Tokyo China Malaysia 4-1
1992 KL Malaysia Indonesia 3-2
12
1.3.4 Piala Uber
Pertandingan Piala Uber dianjurkan Persatuan Badminton Antarabangsa
(IBF) khas untuk wanita. Piala Uber dihadiahkan oleh Puan Betty Uber, seorang
pemain badminton terkenal di England. Kejohanan Piala Uber pertama kali
diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984, kejohanan Piala Uber juga
mengikut format Piala Thomas. Pusingan kalah mati menentukan juara, lima
perlawanan (tiga perseorangan dan dua beregu) pada setiap satu peringkat.
Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara
ke pusingan berikutnya. Bermula pada tahun 1984, kejohanan ini diadakan
bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.
1.3.5 Kejohanan Seluruh England
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England juga dikenali sebagai All
England ialah salah satu kejohanan badminton paling lama dan berprestij di
13
dunia. Pada tahun 1899, sebagai Kejohanan Terbuka Inggeris, kejohanan ini
telah dimainkan di tujuh lokasi yang berbeza. Kini kejohanan tersebut dimainkan
di Arena Kebangsaan Birmingham. Sejak tahun1984, acara ini telah ditaja oleh
Yonex.
1.3.6 Kejohanan BWF Super Series
Peta di atas menunjukkan negara yang mempunyai kejohanan ini.
Kejohanan ini baru diperkenalkan oleh Persekutuan Badminton Dunia
(BWF) untuk membaiki kualiti sukan badminton. Kejohanan ini mula dilancarkan
pada 14 Disember 2005 dan dilaksanakan pada tahun 2007. Pada peringkat
awal, kejohanan badminton akan diadakan di 12 buah negara yang berbeza dan
pemain yang berjaya akan dijemput ke Super Series akhir yang diadakan pada
penghujung tahun.
14
2.0 Kemahiran-Kemahiran Asas
Merujuk kepada permainan badminton, terdapat pelbagai kemahiran asas
yang perlu diketahui oleh para pemain. Antara kemahiran tersebut ialah
pegangan raket, gerak kaki, servis, stroke/lob, backhand, smash, drop dan net.
2.1 Pegangan raket
Pegangan raket badminton adalah satu asas yang agak penting dalam
mengawal gelanggang semasa permainan ataupun pertandingan. Kaedah
pegangan yang betul dan tepat akan menentukan ketepatan dan kelajuan bulu
tangkis. Dalam mengawal gelanggang kaedah pegangan yang salah akan
menyebabkan individu sukar untuk mengawal sesuatu gelanggan dan menentu
arah dengan tepat.
Oleh hal yang demikian, beberapa cara pegangan raket yang dapat
dilakukan melalui kaedah raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari
tangan (ruas jari tangan) dengan rileks, namun harus tetap bertenaga pada saat
memukul bulu tangkis. Individu harus menghindari memegang raket dengan cara
menggunakan telapak tangan seperti memegang golok. Hal ini disebabkan akan
menyukarkan arah dan tempat hendak ditumpukan tidak akan berada pada
keadaan yang diingini. Dalam permainan badminton terdapat beberapa kaedah
yang sering digunakan dalam memegang raket. Selalunya kaedah yang sering
digunakan dalam memegang raket adalah terbahagi kepada dua cara
15
pemegangan. Antaranya adalah kaedah memegang raket forehand dan kaedah
memegang backhand.
Dalam pegangan jenis forehand, kaedah atau cara yang digunakan
adalah raket dipegang dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegangan
raket dengan cara forehand adalah seperti “jabat tangan”. Dalam pegangan
forehand bentuk “V” akan terlihat semasa pegangan raket kerana bentuk “V”
tangan diletakkan pada bahagian gagang raket. Dalam pegangan forehand, tiga
jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari
telunjuk agak terpisah. Manakala letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.
Melalui pegangan backhand pula kaedah yang digunakan adalah hampir
sama dengan pegangan forehand. Namun, dalam pegangan backhand lebih ke
dalam semasa memegang raket. Namun, harus diingatkan bahawa dalam
pegangan ini terdapat pelbagai cara juga. Sama ada pegangan dari aras atas,
tengah dan bawah pemegang raket. Pegangan ini seharusnya mengikut
kesesuaian dengan individu dan masa permainan. Pegangan yang betul akan
memudahkan individu untuk menentukan arah sesuatu bulu tangkis. Untuk
memulakan permainan pegangan tangan harus berada di bawah pegangan
raket. Hal ini disebabkan akan memudahkan seseorang untuk memukul bulu
tangkis tidak berada terlalu tinggi. Sebaliknya bagi memberi pukulan lebih kuat
atau membuat smash pegangan harus di tengah-tengah. Manakala bagi individu
yang kurang tinggi pegangan boleh dilakukan di hujung pegangan raket. Ini
akan memudahkan individu mencapai bulu tangkis yang terlalu tinggi.
16
2.2 Gerak Kaki
Pergerakan kaki juga antara yang memainkan peranan dalam mengawal
gelanggang. Gerakan kaki yang betul akan memudahkan individu dalam
bergerak di sekeliling gelanggang. Tambahan lagi gerakan kaki yang betul tidak
akan meletihkan individu sebaliknya pihak lawan akan sukar menentukan arah
sebenar pemain. Pergerakan kaki yang betul adalah harus mengikut pegangan
raket seseorang individu. Pergerakan kaki adalah sama dengan pegangan raket
iaitu sama ada pegangan tangan kiri atau kanan. Sekiranya individu memegang
raket dengan tangan kanan, maka kaki kanan adalah yang harus bergerak keluar
terlebih dahulu. Keadaan ini kerana tidak akan menyukarkan pengawalan
gelanggang dilakukan. Sebaliknya, seseorang yang memegang raket dengan
tangan kiri seharusnya gerakan kaki kiri adalah perlu keluar dahulu. Seseorang
individu harus bijak dalam mengawal langkah semasa permainan bagi
memudahkannya mengawal gelanggang. Sekiranya gerakan kaki yang salah
akan mudah mendorong seseorang menjadi letih dalam permainan. Gerakan
yang betul akan menjadikan seseorang lebih bersemangat dalam mengawal
gelanggang.
2.3 Servis
Dalam permainan badminton, terdapat dua jenis servis utama, iaitu servis
forehand dan servis backhand. Kedua-dua jenis servis ini dimainkan samada
17
secara perseorangan atau beregu. Pada kebiasaanya servis forehand lebih
popular dalam acara beregu.
2.3.1 Servis forehand pendek
Untuk memulakan servis forehand pendek ini, bulu tangkis dilepaskan
terus kebawah, kemudian raket dihayung untuk memintas dan memukul bulu
tangkis yang jatuh supaya bergerak ke arah lawan. Bulu tangkis harus dipukul
dengan hayunan raket yang relatif pendek. Pada pertembungan kepala raket
dengan bulu tangkis, siku dalam keadaan bengkok, untuk menghindari
penggunaan tenaga pergelangan tangan. Tujuan servis pendek adalah untuk
memaksa lawan agar tidak melakukan serangan dan lawan terpaksa berada
dalam posisi bertahan.
2.3.2 Servis forehand tinggi
Servis forehand tinggi biasanya digunakan dalam permainan
perseorangan. Bulu tangkis harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh
agar bulu tangkis melambung tinggi dan jatuh tegak lurus di bahagian belakang
garis lapangan lawan. Ketika memukul bulu tangkis, kedua kaki terbuka selebar
pinggul dan kedua tapak kaki sentiasa memijak lantai. Perhatikan gerakan
ayunan raket ke belakang dan ke hadapan, pukulan mestilah dilakukan dengan
18
sempurna serta diikuti dengan gerak peralihan titik berat badan dari kaki
belakang ke kaki depan yang harus berselang.
2.3.3 Servis backhand
Servis jenis backhand pada umumnya, arah dan jatuhnya bulu tangkis
adalah sedekat mungkin dengan garisan lawan. Bulu tangkis seboleh mungkin
melayang dekat di atas jaring (net). Raket diletakan pada bahagian paras
pinggang dan bulu tangkis dihadapan. Kemudian bulu tangkis dilepaskan dan
raket dihayungkan untuk memukul bulu tangkis. Hayunan raket relatif pendek,
sehingga bulu tangkis hanya didorong dengan bantuan peralihan berat badan
dari belakang ke kaki depan. Hindari menggunakan tenaga pergelangan tangan
yang berlebihan, kerana akan mempengaruhi arah pukulan. Sebelum melakukan
servis, perhatikan posisi dan kedudukan berdiri lawan, sehingga dapat
mengarahkan bulu tangkis ke sasaran yang tepat dan sesuai mengikut
perkiraan.
2.4 Stroke/ Lob
Terdapat beberapa jenis pukulan stroke/lob yang digunakan dalam
permainan badminton.
19
2.4.1 Underhand (Pukulan dari Bawah)
Pukulan ini dominan digunakan dalam permainan badminton. Seperti
teknik dasar “pukulan dari atas kepala”, untuk menguasai teknik dasar ini,
pertama, pemain harus berlari sambil melakukan langkah lebar, dengan kaki
kanan berada di depan kaki kiri untuk menjangkau jatuhnya bulu tangkis. Sikap
menjangkau ini, hendaknya siku dalam keadaan bengkok dan pertahankan sikap
tubuh tetap tegak, sehingga lutut kanan dalam keadaan tertekuk.
Ketika memukul bulu tangkis, gunakan tenaga kekuatan siku dan
pergelangan tangan, hingga gerakan lanjut dari pukulan ini berakhir di atas bahu
kiri. Perhatikan, agar telapak kaki kanan tetap bersentuhan dengan lantai sambil
menjangkau bulu tangkis. Fungsi pukulan bawah ini antara lain adalah untuk
mengembalikan pukulan pendek atau permainan net lawan. Sebagai cara
bertahan akibat pukulan serang lawan. Dalam situasi tertekan dalam permainan,
harus melakukan pukulan penyelamatan dengan cara mengangkat bulu tangkis
tinggi ke kawasan belakang lapangan lawan. Pukulan dasar ini dapat dilakukan
dengan teknik pukulan forehand dan backhand.
Terdapat dua jenis pukulan underhand:
I. Clear Underhand, pukulan atau dorongan yang di arahkan tinggi ke
belakang.
II. Flick Underhand, pukulan atau dorongan mendatar ke arah belakang.
20
2.4.2 Overhead Clear/Lob
Teknik pukulan lob banyak persamaannya dengan teknik smash dan
dropshort. Pukulan overhead lob adalah bulu tangkis yang dipukul dari atas
kepala, posisi biasa dari belakang dan diarahkan ke atas pada bahagian
belakang lapangan. Ada dua jenis overhead lob Deep lob/Clear, bolanya tinggi
ke belakang dan attacking lob/ clear, bolanya tidak terlalu tinggi.
Cara-cara yang perlu dipraktikan:
I. Pergunakan pegangan forehand, pegang raket dan posisinya di samping
bahu.
II. Posisi badan menyamping (vertikal) dengan arah net. Posisi kaki kanan
berada di belakang kaki kiri dan pada saat memukul bola, harus terjadi
perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.
III. Posisi badan harus diupayakan selalu berada di belakang bola.
IV. Bola dipukul seperti gerakan melempar.
V. Pada saat memukul bola, tangan harus lurus. Posisi akhir raket mengikuti
arah bola, Ialu dilepas, sedang raket jatuh di depan badan.
VI. Lecutkan pergelangan (raket) saat kena bola.
2.5 Backhand (Pukulan Kilas)
Kemahiran pukulan kilas atau backhand terbahagi kepada tiga teknik iaitu;
pukulan kilas atas kepala (overhead backhand), pukulan sisi kilas (foreswing
21
backhand), pukulan bawah kilas (underswing backhand). Lazimnya, pukulan
kilas atas kepala tidaklah sekuat pukulan hadapan (forehand) kerana pukulan
kilas tersebut dibatasi oleh sendi bahu berbanding dengan pukulan hadapan
yang mempunyai julat pergerakan yang sangat luas.
Mengikut Misbun Sidek, untuk membuat pukulan backhand yang kuat,
anda boleh menggunakan raket badminton yang dihayun ke depan dan ke
belakang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Disamping itu,
disaran juga mengamalkan penggunaan dum bell sebagai alat sokongan untuk
menguatkan pergelangan jari. Dengan kekuatan ini, ia akan memudahkan latihan
pukulan menggunakan raket badminton. Tambahan pula, latihan hayunan ini
hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Namun, ianya
tidak semestinya dilakukan di gelanggang badminton sahaja tetapi boleh
dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di bilik anda.
2.6 Smash (Pukulan Smash)
Pukulan smash terbahagi kepada 2 jenis pukulan iaitu, pukulan smash
biasa (regular smash) dan pukulan smash lompat (jumping smash) atau potong
(cut smash). Pukulan smash boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di
udara. Kaedah ini digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang.
Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Antara langkah yang
boleh dilakukan untuk menghasilkan pukulan smash yang terbaik ialah pertama,
pandang bulu tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun
22
raket ke belakang dengan siku bengkok. Sementara itu, sebelah tangan lagi
lurus ke atas dan hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus. Akhirnya,
dengan pantas dan mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut.
Pukulan smash yang paling kuat ialah apabila membuat pukulan curam
terus ke tengah-tengah gelanggang pihak lawan. Pada tahun 2009, pemain
beregu lelaki Malaysia, Tan Boon Heong telah mencatatkan rekod pukulan
smash sehingga mencapai kelajuan 421 km/j di Kejohanan Terbuka Jepun.
2.7 Teknik Dropshot (Pukulan potong)
Seterusnya, teknik permainan badminton yang lain adalah teknik dropshot
atau nama lainnya iaitu pukulan potong. Teknik ini begitu popular dan ianya
seakan-akan dengan teknik pukulan smash. Cuma perbezaannya hanyalah pada
gaya memegang raket semasa melakukan dropshot dan juga semasa
melakukan pukulan smash. Semasa melakukan dropshot ini, bulu tangkis
hendaklah dipukul dengan sentuhan yang halus dan perlahan. Dropshot yang
dilakukan dengan teknik yang sempurna dan baik adalah apabila bulu tangkis
akan jatuh berdekatan dengan net dan tidak melepasi garisan berganda.
Terjadinya teknik dropshot ini adalah apabila bulu tangkis itu sentiasa jatuh
berdekatan dengan jaring dan di dalam kawasan permainan lawan.
Oleh hal yang demikian, setiap pemain harus mampu untuk melakukan
dropshot daripada pelbagai posisi dan gaya badan dalam kawasan permainan.
23
Pada waktu ini, faktor-faktor seperti gaya pegangan raket, posisi badan dan
proses pemindahan berat badan yang baik ketika melakukan pukulan menjadi
penentu kepada keberkesanan pukulan dropshot ini. Oleh itu, seorang pemain
yang baik akan mengenalpasti faktor-faktor tersebut agar dropshot yang
dilakukan akan membuahkan hasil yang memberansangkan.
Semasa melakukan dropshot, pergerakan awal dan gerakan ketika
memukul bulu tangkis adalah sama dengan gerakan ketika melakukan teknik
smash. Selain itu, ketika melaksanakan pukulan ini, bulu tangkis akan
disasarkan pada sudut-sudut lapangan lawan, sedekat mungkin dengan net dan
disusuli dengan variasi gerak tipu badan dan raket sebelum pukulan dilakukan
kepada bulu tangkis hingga akhirnya akan menyebabkan lawan tersilap langkah
serta lambat bertindak balas kerana bulu tangkis yang datang dengan
mendadak. Kemahiran melaksanakan dropshot akan mampu untuk membantu
seseorang pemain mencapai kemenangan.
Menurut Helen Ten (1997) dalam bukunya yang bertajuk Panduan
mengajar badminton, Dropshot ini terbahagi kepada dua iaitu dropshot atas
kepala dan juga dropshot bawah bahu. Kedua-dua dropshot ini perlu dilakukan
dengan sempurna untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Helen Ten (1997) juga telah menyatakan di dalam bukunya mengenai
teknik-teknik untuk melakukan dropshot. Teknik itu dimulakan dengan
menggunakan cara pegangan raket dengan cara pegangan pukul depan, posisi
badan dan pergerakan raket sama seperti ketika melakukan pukulan smash.
24
Seterusnya, poin kontak bulu tangkis pula lebih kurang sama seperti dalam
pukulan smesy Cuma keadaannya perlu ke hadapan sedikit daripada bahu yang
beraket. Poin kontak antara bulu tangkis dengan raket adalah pada permukaan
yang rata. Sementara itu, dalam dropshot yang cepat, iaitu permukaan raket
bertemu dengan bulu tangkis pada satu sudut, bulu tangkis itu kemungkinan
akan jatuh lebih jauh daripada jaring. Namun, kelajuan pukulan itu akan dapat
memerangkap pihak lawan.
2.8 Teknik Net / Jaring.
Teknik permainan yang seterusnya ialah teknik net atau permainan jaring.
Teknik permainan net ini merupakan satu pukulan bawah tangan. Teknik ini
dilakukan berhampiran dengan jaring pada kedua-dua jenis pukulan depan dan
pukulan kilas. Kebiasaannya, pemain-pemain yang boleh melakukan pukulan
jaring yang baik boleh memaksa pemain lawan supaya menaikkan bulu tangkis
ke atas supaya satu serangan boleh dilakukan dan kemungkinan untuk
menamatkan satu rali. Selain itu, pemain juga boleh memaksa pihak lawan
membalas dengan pukulan jaring yang lemah dan boleh dimatikan. Pukulan
jaring yang baik juga boleh memaksa pemain lawan supaya bergerak ke jaring
dari gelanggang belakang serta memaksa pemain lawan memukul buku tangkis
ke arah jaring. Kesemua aspek itu mencerminkan keupayaan pemain-pemain
yang boleh melakukan pukulan jaring dengan baik.
25
Terdapat pelbagai cara bagaimana untuk melakukan teknik net atau
pukulan jaring ini ada dinyatakan oleh Helen Ten (1997) dalam bukunya yang
bertajuk Panduan mengajar badminton. Menurut Helen Ten (1997), cara ini
dimulakan dengan menggunakan cara pegangan pukul depan untuk pukulan
jaring depan dan pegangan pukul kilas untuk pukulan jaring kilas. Selepas itu
cara kedua pula ialah daripada poin bes, pemain perlu mengambil dua atau tiga
langkah ke jaring untuk menghantar pukulan jaring. Ketika langkahan yang
terakhir itu perlulah dengan kaki beraket. Kemudian, teknik ini juga boleh
dimainkan dengan cara pemain perlu memanjangkan tangan untuk mencapai
bulu tangkis tetapi perlu memastikan kepala dan bahagian atas tubuh badan
dalam keadaan tegak.
Berat badan pula perlu berada di antara dua kaki dan sekiranya berat
badan melepasi kaki hadapan, pemulihan lebih lambat perlu dilakukan. Bagi
pemain yang melakukan pukulan-pukulan depan, tapak tangan hendaklah
menghadap ke siling, manakala bagi pukulan-pukulan pukul kilas pula, bahagian
belakang tangan akan menghadap ke siling. Selain itu, teknik ini juga turut
memerlukan aksi memukul bukan mengandungi satu hayunan sahaja tetapi juga
satu terpaan semasa memanjangkan lengan dan keadaan ini hampir menyamai
terpaan dalam permainan pedang.
Seterusnya, teknik net ini juga dilakukan dengan membuat kontak
seberapa tinggi yang boleh di atas jaring. Teknik ini juga boleh dilakukan dengan
memulihkan posisi dengan mengundur ke tengah gelanggang dengan kaki
26
beraket. Pukulan-pukulan lintang di jaring juga boleh dilakukan dengan
menyudutkan permukaan raket ke arah lintang gelanggang. Sementara itu,
pukulan-pukulan putaran jaring digunakan oleh pemain-pemain yang mahir.
Putaran bulu tangkis akan menghalang pemain lawan daripada membalas
pukulan dengan tepat. Keadaan ini dilakukan dengan memukul dasar bulu
tangkis dengan aksi mencantas.
3.0 Taktik Umum Permainan Badminton
Secara umumnya, terdapat dua taktik umum permainan badminton iaitu
taktik permainan secara perseorangan dan juga taktik permainan secara beregu.
3.1 Permainan Perseorangan (Single)
Permainan perseorangan dalam badminton umumnya merupakan
permainan yang memerlukan kesesuaian dan kesabaran. Setiap skor atau
markah yang diperolehi bergantung sepenuhnya kepada teknik dan taktik
seseorang. Justeru, seseorang pemain tersebut bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap baik atau teruk pukulannya untuk mengalahkan pihak lawan. Oleh hal
yang demikian, untuk menjadi pemain yang baik dalam kategori perseorangan,
seseorang itu haruslah menggunakan teknik serta taktik-taktik yang bersesuaian
dan berkesan. Dengan ukuran 22 kaki panjang dan 17 kaki lebar gelanggang
27
badminton, seseorang pemain dapat menguasai sepenuhnya gelanggang
melalui teknik dan taktik permainan yang baik.
3.1.1 Taktik Umum Permainan
Beberapa perkara umum berhubung dengan taktik perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh pemain. Antaranya, seseorang pemain haruslah bersedia untuk
mengubah corak permainan jika ketinggalan mata, sebaliknya, seseorang
pemain tidak perlu mengubah corak permainannya sekiranya mata mendahului
pihak lawan. Justeru itu, setiap pemain haruslah mengetahui bahawa, pemain
itu mesti mengejar bulu tangkis dan bukan menunggu bulu tangkis menuju
kepadanya. Pukul bulu tangkis pada titik pukulan paling tinggi.
Hal ini untuk memudahkan seorang pemain dapat membalas dengan
secepat yang mungkin sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak sempat untuk
bertindak kembali. Seperti yang diperkatakan dari awal, seseorang pemain
haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk menyerang dan mengawal
keseluruhan keadaan. Namun demikian, perkara yang paling penting ialah
seseorang pemain tersebut haruslah mampu membaca fikiran pihak lawan dan
memaksa pihak lawan untuk bermain mengikut corak permainan yang
dikehendaki.
28
3.1.2 Servis
Dalam menentukan taktik seseorang tersebut berkesan dan mampu
digunakan untuk mengalahkan pihak lawan, perkara yang perlu diambil kira
adalah servis yang dilakukan. Secara umumnya, terdapat dua jenis servis yang
biasa digunakan untuk melakukan servis iaitu servis tinggi dan servis rendah.
Namun, secara amnya, menggunakan servis tinggi kerana bulu tangkis yang
dipukul akan jatuh paling hampir dengan bahagian belakang gelanggang. Hal ini
menyulitkan pihak lawan untuk membalas balik pukulan tersebut dan terpaksa
berundur ke belakang serta mengambil masa yang lama. Jadi, pemain tersebut
dapatlah mengatur kedudukan selesa apabila mambalas pukulan pihak lawan.
Seseorang pemain haruslah bijak menentukan kedudukan atau tempat
melakukan servis. Biasanya, taktik yang sesuai digunakan untuk melakukan
servis ialah, seseorang pemain haruslah berdiri pada kedudukan yang paling
hampir dengan garisan tengah dan kira-kira lima kaki berada di belakang garisan
depan. Pada masa yang sama, dalam melakukan servis, bulu tangkis akan
diarahkan sedekat yang mungkin ke garisan tengah kerana ini akan
menyempitkan sudut pihak lawan untuk mengembalikan servis.
3.1.3 Pengembalian Servis
Bila pihak lawan membuat servis tinggi dan jauh ke belakang, seboleh-
bolehnya pukulan tinggi (lob) digunakan untuk menghantar semula bulu tangkis
29
itu. Bila pihak lawan memberikan servis pendek dan rendah pengembalian boleh
dibuat dengan pukulan junam lurus dekat ke jaring atau pukulan kuis (flick) lurus
ke depan. Melalui cara ini, seseorang pemain dapat menggerakkan pihak lawan
dengan harapan pihak lawan tersilap langkah dan melakukan kesilapan atau
meninggalkan ruang kosong untuk melaksanakan smash pantas (Persatuan
Badminton England, 2006). Justeru, apa jua pukulan yang ingin digunakan
dalam permainan perseorangan yakni membalas pukulan, adalah penting untuk
cuba menghalakan bulu tangkis ke pangkalan utama di pertengahan
gelanggang, di pertengahan garis belakang sebagai tindakan untuk membalas
pukulan pihak lawan.
Apabila pengembalian mengalami kesukaran untuk membuatkan pihak
lawan tersilap langkah, seseorang pemain perlulah memukul bulu tangkis secara
tedas setinggi yang mungkin ke belakang gelanggang untuk memberi masa
pihak lawan kembali ke pangkalan. Rajah 1 di muka surat sebelah menunjukkan
sudut pengembalian pukulan yang luas iaitu taktik yang digunakan untuk
memastikan pihak lawan mengambil masa mendapatkan bulu tangkis dan
seseorang pemain tersebut juga boleh mengatur kedudukan yang lebih selesa.
Manakala rajah 2 menunjukkan sudut pengembalian yang sempit.
30
Rajah 1
I. Anak panah garis putus-putus tersbut mewakili garis perjalanan bulu
tangkis yang dipukul oleh pemain A.
II. Manakala, anak panah garis bersambung tersebut menunjukkan sudut
yang boleh digunakan oleh pemain untuk membalas atau mengembalikan
pukulan daripada pihak lawan.
Rajah 2
31
i. Anak panah garis putus-putus menunjukkan perjalanan bulu tangkis yang
dipukul oleh pemain A
ii. Anak panah garis bersambung menunjukkan sudut yang boleh digunakan
untuk membalas pukulan pihak lawan.
3.1.4 Smash
Dalam permainan perseorangan, smash digunakan untuk menamatkan
satu rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemah
dan kemudian menamatkan rali.
Oleh kerana smash digunakan untuk menamatkan rali, pemain itu mesti
berusaha untuk memaksa pemain lawan memberikannya peluang untuk
melakukan smash. Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan mengakibatkan
pukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash. Pukul junam yang
baik dan dilakukan berdekatan jaring mungkin boleh memaksa pemain lawan
menaikkan bulu tangkis untuk satu smash.
Pemain tidak digalakkan untuk melakukan smash pada semua pukulan
tinggi kerana smash akan menggunakan lebih tenaga dan cepat melemahkan
jika dibandingkan dengan pukulan-pukulan lain. Pemain itu juga mengambil
masa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi pukulan yang seterusnya
selepas satu smash dilakukan berbanding dengan pukulan jenis lain. Sebelum
melakukan smash hendaklah dipastikan bahawa:
32
(a) Pemain berada dalam keadaan seimbang dan boleh mengubah
posisinya dengan cukup pantas untuk bersedia menerima kembali
pukulan balik daripada smash tersebut.
(b) Pemain telah melakukan satu pukulan smash lepas (clearance) dan
bukan satu pukul tinggi ke garisan belakang.
Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-garisan tepi dan
jauh daripada pemain. Melakukan smash sepanjang garisan tepi adalah lebih
berkesan dibandingkan daripada smash-smash yang melintang gelanggang.
Kadang-kadang smash-smash juga diarahkan ke arah badan pemain lawan.
Smash selalunya diambil pada poin tertinggi untuk memastikan ia melalui
satu trajektori yang curam. Untuk menambahkan trajektori bulu tangkis, pemain-
pemain antarabangsa kini telah mula menggunakan smash lompatan (leaping
smashes). Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang kuat, masa yang baik
dan imbangan yang sempurna semasa mendarat supaya boleh bergerak untuk
mengambil pukulan yang seterusnya.
3.1.5 Membalas Smash
Dalam suatu permainan yang terkawal rapi di antara dua pemain yang
baik, masa atau peluang di mana smash boleh dilakukan adalah daripada
kawasan berhampiran dengan garisan belakang. Jika berlaku keadaan
sedemikian, tempat yang terbaik untuk memulangkan smash ialah di jaring
33
kerana pemain yang membuat smash terpaksa berlari pada jarak yang
maksimum ke arah jaring untuk mengambil pukul balik tersebut.
Untuk menambahkan jarak larian bulu tangkis boleh dipukul melintang
gelanggang (cross-court) ke arah jaring. Jarang terdapat smash yang
dikembalikan dengan tinggi ke garisan bes. Jika smash itu dilakukan dengan
baik, pukulan baliknya tidak akan dilakukan dengan memuaskan ke garisan
belakang di mana jaraknya tidak memuaskan dan akibatnya satu lagi smash
akan dibuat.
Bagaimanapun, terdapat pemain-pemain yang boleh berlari pantas ke
jaring untuk membalas pukulan tersebut. Jika ini berlaku, bulu tangkis hendaklah
dihantar di atas kepala pemain yang sedang bergerak.
3.2 Permainan Beregu (double)
34
Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan
perseorangan kerana ia memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan
memerlukan jangkaan terhadap apa yang pasangan kita dan lawan kita akan
lakukan. Kerjasama di antara pasangan adalah penting dengan kedua-dua
pasangan tersebut boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing
yang lebih baik dan kuat. Seorang pemain juga boleh membantu pasangannya
dalam posisi atau pukulannya yang lemah. Seorang pemain boleh “set’’ untuk
pasangan untuk menyerang. Secara amnya, strategi permainan beregu adalah
untuk menyerang dengan laju.
3.2.1 Taktik asas permainan beregu
Taktik asas permainan beregu adalah seperti berikut:
Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak ke arah bulu
tangkis.
Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi.
Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.
Belajar pergerakan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua strok.
Baca fikiran pihak lawan-taktik yang akan pihak lawan gunakan.
Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kita kehendaki.
Taktik asas yang lain dalam permainan beregu:
35
Komunikasi di antara pasangan.
Selalu menyerang.
Posisi dan jangkaan (anticipation) menunggu pukulan pihak lawan.
Sentiasa sampai ke net awal.
Beri perhatian kepada tiga pukulan pertama setiap rali.
Serang bahagian tengah di antara 2 pemain.
Pemain di depan perlu "set’’ untuk pemain belakang menyerang.
Pemain di depan harus cuba 'intercept’ pukulan pihak lawan.
Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin.
3.2.2 Servis permainan beregu
Servis rendah ke bahagian tengah / tepi depan gelanggang untuk:
Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan menyerang.
Paksa pihak lawan menjadi "off balance’’.
Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk menerima
servis.
Servis asas dalam acara beregu ialah servis rendah. Beregu yang
melakukan servis rendah yang berkualiti akan memaksa penerima servis
melambung bulu tangkis tinggi ke bahagian belakang dan memberikan peluang
kepada beregu yang membuat servis tadi untuk menyerang.
36
3.2.3 Balasan servis permainan beregu
Servis rendah harus dibalas dengan:
Net jatuh bahagian pembuat servis.
Tolak rata sepanjang garisan tepi gelanggang semasa ke bahagian
tengah atau belakang.
Tolak rata ke badan pembuatan servis atau pasangannya.
Letak ke bahagian belakang pembuat servis.
3.2.4 Posisi Pasangan Beregu
Posisi pasangan apabila menyerang adalah seorang berada di bahagian
depan gelanggang manakala yang seorang lagi adalah di belakang gelanggang.
Keadaan ini adalah dipanggil sistem depan-belakang (front-back). Posisi
membuat servis adalah mengikut sistem ini. Faedah sistem ini adalah terdapat
seorang pemain di hadapan yang dekat dengan net yang lebih berpeluang untuk
membuat pukulan memaksa pihak lawan untuk menaikkan bulu tangkis untuk
pasangannya menyerang. Pemain hadapan ini juga dalam posisi yang mudah
untuk mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose returns).
Apabila dalam keadaan menahan, pasangan beregu harus berada di
posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang lagi di kanan gelanggang
(side by side). Keadaan ini adalah dipanggil sistem bersebelahan (side by side).
37
Sistem ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua pemain adalah
bertanggungjawab untuk bahagian setengah gelanggangnya.
Apabila pasangan bertukar dari bertahan ke serangan, mereka boleh
menukar dari sistem bersebelahan ke sistem depan-belakang dan begitu juga
sebaliknya.
Contoh sistem depan belakang (front back):
Contoh sistem bersebelahan (side by side):
38
3.2.5 Pelbagai taktik permainan beregu
Lebihkan pukulan rendah untuk memaksa pihak lawan menaikkan bulu
tangkis untuk serangan.
Pemain depan harus sentiasa mencari peluang untuk mematikan pukulan
balas yang lemah atau memintas (intercept) bulu tangkis yang boleh dicapai.
Pemain depan harus meletakkan raket di atas bahunya supaya boleh
memintas (intercept) atau mencapai bulu tangkis seawal mungkin.
Pemain belakang harus sentiasa menyerang.
Selalu buat serangan smash atau drop pada bahagian tengah gelanggang di
antara 2 pemain.
Selalu serang pemain yang lebih lemah.
Pukulan silang (cross) gelanggang harus digunakan dalam permainan untuk
memaksa pemain hadapan pihak lawan supaya tidak bersedia atau di luar
posisi sedia. Apabila bertahan selalu mengangkat bulu tangkis tinggi dan
pastikan pemain lawan di bahagian depan tidak boleh mencapai bulu tangkis
atau pukulan tersebut.
Pasangan yang bertahan boleh bertukar ke serangan dengan mengarahkan
bulu tangkis ke bahagian depan gelangggang atau membuat blok di depan
gelanggang.
39
4.0 Undang-Undang Permainan Badminton
Terdapat pelbagai aspek undang-undang badminton yang perlu diketahui
oleh setiap pemain yang ingin bermain permainan badminton. Undang-undang
ini dapat dilihat dari aspek gelanggang, bulu tangkis, pemain dan sebagainya.
4.1 Gelanggang
Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat dan dibuat
sepertimana ditunjukkan dalam Rajah ‘A’ kecuali dalam hal yang diperuntukkan
dalam undang-undang dan mengikut ukuran-ukuran yang ditunjukkan, dengan
garis-garis yang berukuran 40mm lebarnya. Garis-garis hendaklah yang mudah
dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih atau kuning. Untuk menunjukkan
kawasan di mana sesuatu bulu tangkis yang diiktiraf betul derasnya akan jatuh
apabila diuji undang-undang empat tanda tambahan 40mm kali 40mm bolehlah
dibuat di sebelah dalam garis-garis tepi untuk perseorangan di petak servis
sebelah kanan, 530 mm dan 990 mm dari garis sempadan belakang.
Semasa membuat tanda-tanda ini, ukuran lebarnya hendaklah dalam
lingkungan ukuran yang telah diberi iaitu tanda-tanda itu hendaklah dari 530 mm
ke 570 mm dan dari 950 mm ke 990 mm dari sebelah luar garis sempadan
belakang. Kesemua garis sempadan hendaklah berada dalam ukuran yang telah
ditentukan. Sekiranya kawasan tidak mencukupi untuk membolehkan
gelanggang beregu dibuat, maka bolehlah dibuat gelanggang untuk
40
perseorangan sahaja. Garis-garis sempadan belakang juga akan menjadi garis
servis panjang dan tiang-tiang atau jalur-jalur bahan yang dijadikan sebagai tiang
hendaklah diletakkan di garis-garis tepi.
4.1.1 Tiang
Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan gelanggang.
Tiang-tiang itu hendaklah cukup teguh untuk memelihara ketegangan jaring
sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang dan hendaklah
diletakkkan di garis sempadan tepi untuk beregu. Sekiranya tiang-tiang tidak
berada di garis-garis sempadan tepi, maka hendaklah diusahakan satu cara
untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah
jaring, misalnya dengan menggunakan tiang nipis atau jalur bahan, lebarnya 40
mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring.
Pada gelanggang yang ditandakan untuk beregu, tiang-tiang atau jalur-jalur
bahan itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk beregu, tidak kira
sama ada permainan perseorangan atau beregu yang dimainkan.
4.1.2 Jaring
Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan
sama tebal dengan siratannya tidak kurang daripada 15 mm dan tidak lebih dari
20 mm. Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm. Dibahagian atas jaring
hendaklah diberi berpinggir dengan pita putih 75 mm dan dibantu dengan tali
atau kabel melalui pita itu. Pita ini mestilah bersandar atas atau kabel tersebut.
41
Ukuran dan berat tali atau kabel hendaklah mencukupi supaya dapat direntang
dengan tegang sejajar dengan puncak kedua-dua tiang. Bahagian atas sekali
jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di bahagian tengahnya
dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan tepi untuk beregu. Tidak
terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring dan
tiang. Jika perlu, keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat pada tiang.
RAJAH A
4.2 Bulu tangkis
Bulu tangkis boleh dibuat daripada benda asli atau bahan tiruan. Walau
apapun bahan yang digunakan untuk membuat bulu tangkis itu, corak
kelajuannya secara am, hendaklah seakan-akan sama seperti yang dihasilkan
oleh bulu tangkis asli yang menggunakan bulu, mempunyai bahagian bawah
bergabus yang dilindungi oleh sekeping lapisan kulit nipis. Bentuk am bulu
42
tangkis hendaklah mempunyai 16 helai bulu yang tercucuk ke dalam bahagian
gabus.Panjang bulu-bulunya bolehlah di antara 64 mm ke 70 mm tetapi panjang
tiap-tiap helai bulu untuk sesuatu bulu tangkis itu hendaklah serupa apabila
diukur dari hujung bahagian atas gabus tersebut. Hujung bulu-bulu itu hendaklah
berbentuk satu bulatan yang mempunyai garis pusat di antara 58 mm ke 68 mm.
Bulu-bulu itu hendaklah diikat kukuh dengan benang atau dengan bahan-bahan
lain yang sesuai.
Bahagian bawahnya hendaklah :-
- bergaris pusat di antara 25 mm ke 28 mm.
- Berbentuk bulat.
Berat bulu tangkis hendaklah di antara 4.74 gram ke 5.50 gram. Bulu
tangkis yang tidak menggunakan bulu tangkis asli. Segulung bahan tiruan atau
bahan tiruan yang dibentuk seakan-akan dengan bulu menggantikan bulu-bulu
asli. Bahagian bawahnya adalah sama seperti yang diterangkan dalam undang-
undang. Ukuran-ukuran dan beratnya hendaklah sama sepertimana dalam
undang-undang. Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat perbezaan-
perbezaan tarikan graviti dan perlakuan terhadap bahan-bahan tiruan jika
dibandingkan dengan bulu asli perbezaan sehingga 10% terhadap ukuran-
ukuran yang dinyatakan itu boleh diterima.
43
4.2.1 Menguji bulu tangkis
Untuk menguji sesuatu bulu tangkis, gunakan pukulan “Underhand” yang
terkena bulu tangkis dari garis sempadan belakang. Bulu tangkis itu hendaklah
dipukul menuju ke atas dan megikut arah yang selari dengan garis tepi. Sesuatu
bulu tangkis yang betul derasnya akan jatuh tidak kurang dari 530 mm dan tidak
lebih dari 990mm pendek dari garis sempadan belakang yang satu lagi.
Modifikasi tertakluk kepada reka bentuk, kederasan/kelajuan, berat dan
perjalanan bulutangkis itu tidak ada apa-apa perubahan, penentuan-penentuan
yang tersebut boleh diubahsuai dengan syarat mendapat kelulusan dari
Pertubuhan Kebangsaan yang berkenaan:-
Di tempat-tempat di mana keadaan udara, disebabkan sama ada
oleh tinjah atau iklim menyebabkan bulu tangkis yang biasa itu
tidak sesuai digunakan; atau
Sekiranya hal keadaan khas memerlukannya demi kepentingan
permainan.
4.3 Raket
Bahagian permukaan pemukul raket hendaklah rata dan mempunyai
corak tali-tali bersilang yang terikat kepada sebuah bingkai dan tali-tali bersilang
hendaklah sama sahaja di semua bahagian, tidak lebih rapat di bahagian tengah
dari kawasan-kawasan yang lain. Bingkai raket termasuk pemegangnya
44
hendaklah tidak melebihi 680 mm panjang keseluruhannya dan 230 mm lebar
keseluruhannya. Panjang keseluruhan kepala raket hendaklah tidak melebihi 290
mm. Permukaan yang bertali hendaklah tidak melebihi 280 mm panjang
keseluruhannya dan 220 mm lebar keseluruhannya.
Raket yang hendak digunakan :-
Hendaklah bebas dari alat-alat atau tambahan–tambahan kecuali alat-alat
yang digunakan semata-mata bertujuan untuk menghadkan atau
mengurangkan kerosakan, getaran, untuk membahagikan berat sama
rata, untuk mambalut pemegang raket dengan bahan supaya tidak licin
dan yang berpatutan dari segi bentuk dan kedudukan untuk tujuan-tujuan
seumpama itu dan
Hendaklah bebas dari sebarang alat yang boleh menjayakan seseorang
pemain itu untuk mengubah rupa bentuk raketnya.
4.4 Alat-alat yang diluluskan
Kuasa mutlak untuk membuat keputusan berhubung dengan sesuatu
raket, bulu tangkis, alat atau sesuatu ciptaan baru itu mematuhi segala kehendak
atau dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk permainan adalah terpulang
kepada Persatuan Badminton Antarabangsa. Sesuatu keputusan boleh dibuat
atas daya usahanya sendiri atau pun setelah permohonan dibuat oleh sesuatu
pihak yang benar-benar terlibat termasuk mana-mana pemain, pengeluar alat
atau Persatuan Kebangsaan atau mana-mana ahli sekali pun.
45
4.5 Pemain-pemain
‘Pemain’ digunakan untuk semua orang yang bermain dalam sesuatu
perlawanan. Permainan hendaklah dimainkan bagi permainan beregu oleh dua
orang sepihak dan bagi permainan perseoarangan oleh seorang pemain
sepihak. Pihak yang semasa itu diberi hak membuat servis hendaklah dipanggil
pihak pembuat servis manakala pihak lawannya hendaklah dipanggil pihak
penerima servis.
4.5.1 Membuat undian
Sebelum permainan dimulakan, kedua-dua belah pihak hendaklah
membuat undian dan pihak yang menang undian itu hendaklah membuat pilihan
undang-undang untuk membuat servis atau menerima servis atau untuk
memulakan permainan di petak gelanggang di sebelah sana atau sebaliknya.
Pihak yang kalah dalam undian itu seharusnya menerima pilihan yang tinggal.
4.5.2 Kiraan mata
Mata hanya akan diberikan kepada pemain atau pasangan yang menang
satu-satu rali. Jika pemain yang membuat servis melakukan kesalahan, maka
peluang melakukan servis akan diberi kepada pihak lawan. Dalam permainan
beregu, jika berlaku kesalahan, tiada servis kedua akan diberikan kepada
pemain beregu kedua, sebaliknya servis bertukar ke pihak lawan. Apabila skor
46
menjadi 20 sama, pihak yang mencapai dua mata perbezaan dahulu dikira
sebagai pemenang. Kecuali apabila 29 sama, pihak yang mendapat 30 dahulu
dikira sebagai pemenang. Penggunaan perkataan ‘deuce’ adalah kerana ia
adalah istilah untuk permainan tenis. Pemberian mata di bawah tertakluk kepada
semua pertandingan antarabangsa dan pertandingan formal.
Acara Mata
Biasa
Tambahan
Mata
Perbezaan
Kepada
Mata Akhir
Maksima
Perseorangan Lelaki 21 20/20 2 30
Perseorangan
Perempuan
21 20/20 2 30
Bergu Lelaki 21 20/20 2 30
Beregu Perempuan 21 20/20 2 30
Beregu Campuran 21 20/20 2 30
Kadang-kala pemain-pemain sosial mempunyai sistem pemberian mata
mereka sendiri. Perkara ini tidaklah menjadi masalah kerana permainan ini
adalah hanya sebagai hiburan sahaja.
Contoh Pengiraan Tambahan Mata Tambahan Mata Akhir
47
Mata Kepada
3 game dengan 9
mata (game ketiga
dimainkan dan jika
setiap pasangan
atau pemain
menang satu
game.
8 3 11
Satu game 21
mata
20 3 23
Pengguna-pengguna sistem pemberian mata digubah mengikut situasi
yang mereka fikirkan bersesuaian. Sebagai contoh, di Southland, New Zealand,
permainan tiga pusingan dengan sembilan mata setiap satu pusingan gemar
digunakan terutamanya dalam permainan 'fast doubles' satu permainan yang
dibuat untuk menggalakkan masa permainan yang lebih pendek. Dalam
pertandingan badminton sekolah-sekolah di Malaysia, sistem 21 mata digunakan
untuk menjimatkan masa kerana kadar penyertaan yang tinggi.
48
4.6 Pertukaran petak gelanggang
Pemain bertukar gelanggang apabila tamatnya set pertama. Jika ada set
ketiga, pemain tukar petak gelanggang apabila mata 6 dicapai dalam acara
perseorangan perempuan dan mata 8 dalam acara-acara lain. Jikalau pengadil
terlupa, pertukaran serta-merta dilakukan apabila menyedari tentang kesilapan
tetapi tidak ada perubahan mata skor.
4.6.1 Servis
Dalam keadaan servis yang betul kedua-dua pihak tidak menyebabkan
kelambatan dalam penghantaran servis. pembuat dan penerima servis
hendaklah berdiri dalam lingkungan petak servis yang menyerung tanpa
menyentuh garis-garis sempadan petak-petak servis tersebut, sedikit bahagian
daripada kedua-dua belah kaki pembuat dan penerima servis mestilah sentiasa
menyentuh permukaan gelanggang dalam keadaan tidak bergerak sehinggalah
servis itu dihantarkan. Raket pembuat servis hendaklah pada mulanya memukul
bahagian bawah (gabus) bulu tangkis dan ketika dipukul keseluruhan bulu
tangkis itu berada di bahagian bawah pinggang pembuat servis. Batang raket
pembuat servis ketika bulu tangkis dipukul hendaklah menghala ke bawah
sehinggakan keseluruhan kepala raket berada di bahagian bawah keseluruhan
tangan pembuat servis yang memegang raket.
Pergerakkan raket pembuat servis mestilah berterusan ke hadapan
selepas servis dimulakan sehinggalah servis itu dihantar dan pergerakkan bulu
49
tangkis hendaklah menuju ke atas dan dan raket pembuat servis untuk
menyeberangi jaring, supaya, jika tidak dibalas, bulu tangkis itu akan jatuh dalam
petak penerima servis. Apabila para pemain telah mengambil tempat masing-
masing, gerak mula ke hadapan raket pembuat servis itu menentukan permulaan
servis tersebut. Pembuat servis tidak boleh memulakan servis selagi lawannya
belum bersedia, tetapi lawannya itu dianggap telah bersedia sekiranya ia
membuat percubaan untuk mengembalikan servis tersebut. Servis telah dihantar
apabila setelah dimulakan bulu tangkis dipukul oleh raket pembuat servis atau
bulu tangkis jatuh ke lantai. Dalam permainan beregu, pasangan-pasangan yang
berkenaan bolehlah berdiri di mana-mana tempat asalkan tidak melindungi pihak
lawan iaitu pembuat atau penerima servis.
4.6.2 Perseorangan
Para pemain hendaklah membuat dan menerima servis di petak servis
sebelah kanan masing-masing apabila pembuat servis belum lagi mendapat
mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap dalam permainan tersebut.
Sekiranya “Tambahan” berlaku dalam sesuatu permainan, jumlah bilangan mata
yang diperolehi oleh pembuat servis dalam permainan itu hendaklah digunakan
untuk melaksanakan undang-undang badminton.
Bulu tangkis hendaklah dipukul secara bergilir-gilir oleh pembuat dan
penerima servis sehinggalah satu batal dilakukan atau bulu tangkis itu tidak lagi
dalam permainan. Sekiranya penerima servis melakukan satu “batal” atau bulu
50
tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam
permukaan petak gelanggang penerima servis, pembuat servis mendapat satu
mata. Pembuat servis seterusnya akan membuat servis dari petak yang satu
lagi. Sekiranya pembuat servis melakukan satu “batal” atau bulu tangkis itu tidak
lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam petak permukaan
gelanggang pembuat servis, haknya untuk terus membuat servis akan hilang dan
seterusnya penerima servis pula akan menjadi pembuat servis tidak ada mata
tambahan untuk mana-mana pemain-pemain.
4.6.3 Beregu
Pada permulaan setiap permainan, dan setiap kali sesuatu pihak
mempunyai hak membuat servis, servis hendaklah dihantar dari petak sebelah
kanan. Hanya penerima servis sahaja yang dibenarkan untuk membalas servis
itu, sekiranya bulu tangkis terkena atau dipukul oleh pasangan penerima servis,
pihak pembuat servis mendapat satu mata. Setelah servis itu dibalas, bulu
tangkis itu hendaklah dipukul oleh mana-mana pemain dari pihak pembuat servis
dan kemudiannya oleh mana-mana pemain dari pihak penerima servis, dan
seterusnya sehinggalah bulu tangkis itu tidak lagi dalam permainan. Setelah
servis itu dibalas, pemain boleh memukul bulu tangkis dari mana-mana tempat di
sebelah jaring pemain tersebut. Sekiranya pihak penerima servis melakukan satu
“batal” atau bulu tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh
bahagian dalam permukaan petak gelanggang.
51
Pihak pembuat servis mendapat satu mata dan pembuat servis akan
terus membuat servis. Sekiranya pihak penerima servis melakukan satu “batal”
atau bulu tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian
dalam permukaan petak gelanggang pembuat servis, haknya untuk terus
membuat servis akan hilang dengan tidak ada tambahan mata untuk mana-mana
pihak. Pemain yang membuat servis di permulaan sesuatu permainan hendaklah
membuat dan menerima servis di petak servis sebelah kanan apabila pemain itu
belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap
dalam permainan tersebut, dan di petak servis sebelah kiri sebaliknya.
Pemain yang menerima servis di permulaan sesuatu permainan
hendaklah menerima dan membuat servis di petak servis sebelah kanan apabila
pemain itu belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang
genap dalam permainan tersebut dan di petak servis sebelah kiri sebaliknya.
Keadaan sebaliknya juga digunakan untuk pasangan-pasangan mereka.
Sekiranya “tambahan” berlaku dalam sesuatu permainan, jumlah bilangan mata
yang telah diperolehi oleh sesuatu pihak dalam permainan itu hendaklah
digunakan untuk melaksanakan undang-undang.
Servis dalam mana-mana giliran membuat servis hendaklah dihantar dari
petak servis yang berlainan, kecuali sepertimana yang diperuntukkan dalam
undang-undang badminton. Hak membuat servis akan digilirkan dari pembuat
servis permulaan dalam sesuatu permainan kepada penerima servis permulaan
dalam permainan itu dan kemudiannya bergilir-gilir dari pemain itu kepada
52
pasangan pemain tersebut dan seterusnya kepada salah seorang lawannya dan
kemudian kepada pasangan lawannya dan begitulah seterusnya. Pemain tidak
dibenarkan membuat servis tidak mengikut giliran, menerima servis tidak
mengikut giliran atau menerima servis dua kali berturut-turut dalam permainan
yang sama kecuali sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang
badminton. Mana-mana pemain daripada pihak yang menang boleh membuat
servis permulaan dalam permainan yang berikutnya dan mana-mana pemain
dari pihak yang kalah boleh menerima.
4.6.4 Kesalahan-kesalahan di petak servis
Kesalahan-kesalahan petak servis berlaku apabila seseorang pemain
membuat servis tidak mengikut giliran, membuat servis dari petak servis yang
salah atau berdiri di petak servis yang salah, sanggup menerima servis yang
telah dihantar. Apabila sesuatu kesalahan petak servis berlaku, maka sekiranya
kesalahan itu disedari sebelum servis yang berikutnya dihantar, ini akan menjadi
satu “Semula”, tetapi dalam keadaan di mana satu pihak sahaja yang didapati
bersalah dan kemudiannya kalah dalam balas membalas, kesalahan itu
hendaklah tidak diperbetulkan. Sekiranya kesalahan itu tidak diketahui sebelum
servis yang berikutnya dihantar, kesalahan itu hendaklah tidak diperbetulkan.
Sekiranya “Semula” berlaku kerana sesuatu kesalahan petak servis, permainan
hendaklah dimainkan semula dengan kesalahan itu diperbetulkan. Sekiranya
53
sesuatu kesalahan petak tidak diperbetulkan, permainan dalam permainan itu
hendaklah diteruskan tanpa menukar petak servis yang baru pemain-pemain
tersebut (atau jika berkenaan giliran yang baru membuat servis).
4.6.5 Batal
Batal berlaku sekiranya servis itu tidak betul. Sekiranya pembuat servis,
semasa membuat pukulan servisnya, tidak dapat memukul bulu tangkis.
Sekiranya setelah menyeberangi jaring semasa servis, bulu tangkis itu
tersangkut di atas atau di dalam jaring. Selain itu, batal berlaku sekiranya dalam
permainan, bulu tangkis jatuh di luar garis sempadan gelanggang, menembusi
atau melalui di bawah jaring, gagal melintasi jaring. Sekiranya bulu tangkis yang
dalam permainan itu dipukul sebelum ia menyeberangi ke sebelah jaring Si
Pemukul. (Walaubagaimanapun, Si Pemukul boleh mengikuti bulu tangkis
melalui atas jaring dengan raketnya semasa membuat pukulan). Sekiranya
semasa bulu tangkis dalam permainan, pemain : -
Tersentuh jaring atau tiangnya dengan raket, tubuh badan atau
pakaian.
Menyerang gelanggang lawannya dengan reket atau tubuh badan
dalam mana-mana keadaan kecuali sepertimana yang dibenarkan
dalam undang-undang badminton.
54
Menghalang lawannya dari melakukan pukulan yang sah di mana
bulu tangkis itu diikut melepasi jaring.
Sekiranya dalam permainan, pemain dengan sengaja mengganggu
lawannya dengan sesuatu perbuatan seperti menjerit atau gerak laku. Sekiranya
dalam permainan, bulu tangkis terlekat dan terletak beberapa ketika di atas raket
dan kemudiannya dikaup semasa melakukan sesuatu pukulan. Dipukul dua kali
berturut-turut oleh pemain yang sama dengan dua pukulan. Dipukul oleh pemain
dan pasangannya secara berturut-turut. Pemain didapati bersalah sekiranya
melakukan perkara yang melampau, mengulangi ataupun kerap melakukan
kesalahan di bawah undang-undang badminton.
4.6.6 Semula
‘Semula’ hendaklah diteriakkan oleh Pengadil atau pemain (sekiranya
tiada pengadil) untuk memberhentikan permainan. Perkataan ‘Semula’
hendaklah diteriakkan untuk kejadian-kejadian yang tidak dijangka atau tidak
disengajakan. Sekiranya bulu tangkis setelah melalui di atas jaring, tersangkut
dalam atau di atas jaring itu, ‘semula’ hendaklah diberikan kecuali semasa
servis. Sekiranya semasa servis, penerima dan pembuat servis dibatalkan
serentak, ‘semula’ hendaklah diberikan. Sekiranya pembuat servis memulakan
servisnya sebelum penerima servis bersedia, ‘semula’ hendaklah diberikan.
Sekiranya semasa dalam permainan, bulu tangkis pecah dan bahagian
55
bawahnya didapati terpisah dari keseluruhan bulu tangkis itu, ‘semula’ hendaklah
diberikan. Sekiranya Hakim Garis tidak nampak, maka Pengadil tidak dapat
memberikan keputusannya, ‘semula’ hendaklah diberikan. Apabila ‘semula’
berlaku, permainan mulai dari servis terakhir itu tidaklah diambil kira dan pemain
yang membuat servis itu hendaklah membuat servis sekali lagi kecuali apabila
undang-undang badminton terpakai.
4.7 Bulu tangkis bukan dalam permainan
Bulu tangkis tidak dalam permainan apabila ia terkena jaring lalu
tersangkut di situ atau terlekat di atas dan apabila terkena jaring atau tiang dan
mula jatuh ke permukaan gelanggang di sebelah jaring si pemukul. Apabila ia
tersentuh permukaan gelanggang ‘batal’ atau ‘semula’ akan berlaku.
4.7.1 Permainan terus menerus, kelakuan yang tidak sopan dan hukuman-
hukuman
Permainan hendaklah terus menerus mulai dari servis pertama
sehinggalah tamat perlawanan kecuali sepertimana yang dibenarkan dalam
undang–undang badminton. Rehat selama tidak lebih dari lima minit dibenarkan
antara game kedua dan game ketiga kesemua perlawanan dalam keadaan-
keadaan dalam acara–acara kejohanan antarabangsa iaitu di dalam acara-acara
kejohanan yang telah diluluskan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa
56
(IBF) dan di dalam kesemua perlawanan (kecuali apabila sesebuah Pertubuhan
Kebangsaan itu telah menyiarkan terlebih dahulu keputusannya untuk tidak
membenarkan rehat seumpama itu.
Apabila disebabkan oleh keadaan yang di luar kuasa para pemain,
pengadil boleh menangguhkan permainan selama waktru yang difikirkan perlu.
Sekiranya permainan ditangguhkan, kiraan mata yang terdapat ketika itu akan
tetap demikian dan permainan disambung semula mulai dari kiraan mata
tersebut. Permainan sama sekali tidak boleh ditangguhkan semata-mata untuk
membolehkan pemain memulihkan tenaga atau mengambil nafas, atau
mendapat arahan atau nasihat. Kecuali dalam hal rehat yang diperuntukkan
dalam undang–undang badminton, pemain tidak dibenarkan menerima nasihat
semasa perlawanan sedang berjalan. Kecuali setelah tamat perlawanan, pemain
tidak dibenarkan keluar dari gelanggang tanpa mendapat kebenaran Pengadil.
Pengadil sahaja yang berhak menangguhkan sesuatu permainan.
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan:
Menanggguhkan permainan dengan sengaja
Melakukan sesuatu untuk mengubah kelajuan bulu tangkis
Berkelakuan dengan secara garang
Melakukan perkara-perkara yang kurang sopan yang tidak disentuh dalam
undang-undang badminton
Pengadil hendaklah bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar
undang–undang badminton dengan cara:57
Memberi amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan
Membatalkan pihak yang melakukan kesalahan jika telah diberi amaran
terlebih dahulu
Dalam keadaan-keadaan kesalahan yang melampau ataupun kerap
melakukan kesalahan –kesalahan, membatalkan pihak yang bersalah dan
seterusnya melaporkan perkara itu kepada pengadil yang mempunyai
kuasa untuk membatalkan terus (disqualify) pihak yang bersalah. Jika
pengadil tidak dilantik, seorang jawatankuasa yang bertanggungjawab
adalah diberi kuasa untuk membatalkan terus pihak yang bersalah.
4.8 Pegawai-pegawai dan rayuan-rayuan
Referi adalah dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan
keseluruhan atau pertandingan di mana sesuatu perlawanan itu menjadi
sebahagian darinya. Pengadil yang dilantik adalah dipertanggungjawabkan untuk
mengelolakan perlawanan, gelanggang dan persekitarannya. Pengadil
hendaklah melaporkan kepada Referi jika ketiadaan jawatankuasa yang
bertanggungjawab. Hakim Servis adalah dipertanggungjawabkan untuk
meneriakkan “Batal” yang dilakukan oleh pembuat servis sekiranya berlaku.
Hakim Garis adalah juga dipertanggungjawabkan untuk memberikan isyarat
menunjukkan bulu tangkis itu jatuh “Dalam” atau “keluar”.
58
Seseorang Pengadil hendaklah sentiasa menegakkan dan menjalankan
dengan teliti undang-undang badminton terutamanya meneriakkan “Batal” dan
“semula” sekiranya mana-mana satu hal ini berlaku dan tanpa rayuan-rayuan
dibuat oleh pemain-pemain. Pengadil memberikan keputusan tentang apa-apa
rayuan mengenai sesuatu perkara yang dipertikaian, sekiranya dibuat sebelum
servis yang berikutnya dihantar dan menentukan bahawa pemain-pemain dan
penonton-penonton sentiasa mengetahui perjalanan sesuatu perlawanan itu.
Selain itu, tindakan untuk melantik atau menukar Hakim-hakim Garis dan
Hakim Servis dibuat setelah berunding dengan Referi, jangan menidakkan
keputusan-keputusan berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Hakim-
hakim Garis dan Hakim Servis, mengaturkan supaya tugas-tugas seseorang
pegawai gelanggang dapat dilaksanakan jika pegawai berkenaan tidak dilantik
menjalankan tugas-tugas seseorang pegawai atau memerintahkan “semula”
dimainkan sekiranya seseorang pegawai yang dilantik itu tidak nampak.
Seterusnya, Pengadil memutuskan sesuatu penangguhan permainan dengan
mencatat dan melaporkan kepada Referi kesemua perlakuan-perlakuan dan
kejadian-kejadian yang berkait dengan undang-undang badminton serta
membawa ke pengetahuan Referi kesemua rayuan yang tidak dapat
diselesaikan berhubung dengan perkara undang-undang sahaja. (Rayuan-
rayuan seperti berlaku semasa tamat sesuatu permainan, sebelum pihak yang
membuat rayuan itu meninggalkan gelanggang).
4.8.1 Perlawanan-perlawanan handikap
59
Semasa perlawanan-perlawanan handikap, perubahan-perubahan berikut
dalam undang-undang adalah digunakan. “Tambahan” tidak dibenarkan
hendaklah diubah supaya dibaca sedemikian:
“Dalam game ketiga dan dalam perlawanan yang mengandungi satu game sahaja, apabila salah satu pihak telah mendapat separuh daripada jumlah mata yang diperlukan untuk memenangi game itu (atau jika terdapat pecahan, mata selanjutnya dikira).
4.9 Pengundian
Pengundian untuk suatu kejohanan-kejohanan antarabangsa dan
pertandingan-pertandingan antarabangsa yang lain hendaklah dilakukan dengan
cara yang diterangkan di bawah dan peserta-peserta palsu adalah tidak
dibenarkan. Jawatankuasa Pertandingan atau Referi tidak akan membenarkan
kecuali peraturan enam di bawah apa-apa perubahan yang dibuat terhadap
pengundian yang telah disiarkan untuk mana-mana acara kecuali dalam
keadaan-keadaan pemain asal tidak dapat bertanding kerana sakit, cedera atau
pun sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Pemain/ pasangan gantian itu
tidak mendapat tempat pilihan yang lebih tinggi dari pemain/pasangan asal.
Penggantian dalam acara perseorangan adalah dibenarkan apabila bilangan
penyertaan dihadkan dengan lantikan dari persatuan-persatuan kebangsaan
untuk membolehkan seorang pemain lain mengantikan pemain dari persatuan
yang sama dengan syarat pemain yang asal tidak mengambil bahagian dalam
pertandingan itu. Penggantian dalam acara beregu adalah dibenarkan untuk
membolehkan sesuatu pasangan beregu mendapatkan pengantinya dengan
60
syarat tidak mengubah sesuatu dengan pasangan beregu yang lain kecuali
dimana pengganti-pengganti dibenarkan dalam dua pasangan beregu, kedua-
dua pemain yang tinggal dalam dua pasangan itu dibenarkan untuk berpasangan
sesama sendiri. Jika hanya satu daripada pasangan-pasangan yang asal itu
telah mendapat bye maka pasangan yang baru dicantumkan itu hendaklah
diletakkan di tempat tersebut. Jika perkara ini tidak berlaku, maka tempat untuk
pasangan tersebut hendaklah diundi. Seorang pemain hanya dibenarkan
bertanding sekali sahaja dalam acara yang sama di mana-mana pertandingan
4.9.1 Pusingan kelayakan
Penyertaan yang melebihi had yang telah ditentukan di dalam pengundian
untuk sesuatu pertandingan, adalah disyorkan supaya jawatankuasa Pengelola
mengadakan pusingan kelayakan di bawah penyeliaan dan kawalan
Jawatankuasa Pertandingan atau Referi dan pemain-pemain atau pasangan-
pasangan yang tidak termasuk di dalam pertandingan utama hendaklah bermain
untuk merebut beberapa tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola. Adalah disyorkan iaitu pengundian utama tidak memasukkan lebih
dari satu pemain/ pasangan yang layak untuk lapan tempat. Jika disyorkan iaitu
pengundian atau pasangan-pasangan menarik diri dari pertandingan utama
sebelum pusingan kelayakan dijalankan, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengisikan kekosongan itu dengan penyertaan-penyertaan dari pusingan
kelayakan tersebut.
61
Pemain-pemain untuk mengisikan kekosongan di dalam pertandingan
utama hendaklah sebelumnya dipilih mengikut taraf kehandalan mereka dan
dimasukkan ke dalam pengundian secara cabutan. Jika terdapat lebih banyak
pemain-pemain dan pasangan menyertai sesuatu pertandingan yang tidak boleh
diterima oleh Jawatankuasaa Pengelola walaupun diadakan pusingan-pusingan
kelayakan, maka pemain-pemain/pasangan tersebut hendaklah sebelumnya
dipilih mengikut taraf kehandalan mereka dan hendaklah jika terdapat
kekosongan dimasukkan ke dalam pusingan-pusingan kelayakan dan
ditempatkan di dalam pengundian secara cabutan.
4.9.2 Peraturan untuk membuat Undian
Pengundian hendaklah dijalankan seperti berikut. Apabila bilangan unit
peserta itu empat, lapan, 16, 32, 64 ataupun mana-mana gandaan dua yang
lebih besar, mereka akan bertemu didalam pasangan mengikut giliran cabutan
undi seperti rajah disebelah ini.
A
B
62
C
D
E
F
G
H
Apabila bilangan unit peserta itu bukan gandaan 2, akan terdapat BYE
dalam pusingan pertama. Bilangan Bye hendaklah sama banyaknya diantara
perbezaan angka gandaan 2 lebih besar dengan angka bilangan unit peserta.
Apabila bilangan BYE itu genap, hendaklah dibahagikan sama banyaknya di
bahagian atas dan dibawah senarai itu dan diletakkan diatas dan dibawah
pasangan-pasangan. Jika bilangannya ganjil, bilangan BYE itu hendaklah lebih
satu dibahagian bawah dari bahagian atas.
Contoh 1:
Jika dengan 19 unit peserta akan terdapat 32-19=13 bye, enam di
bahagian atas dan tujuh di bahagian bawah dan akan terdapat tiga
63
perlawanan di pusingan pertama, lapan di pusingan kedua, empat
dipusingan ketiga dan seterusnya.
Contoh 2:
Jika terdapat sembilan unit peserta, akan terdapat 16-9=7 bye. Tiga di
bahagian atas dan empat dibahagian bawah dan akan terdapat satu
perlawanan di pusingan pertama seperti di bawah ini.
BYE A
BYE B
BYE C
D
E
BYE F
BYE G
BYE H
BYE I
a. Dengan lima unit peserta akan terdapat satu bye di atas dan dua
bye di bawah
b. Dengan enam unit peserta akan terdapat satu bye diatas dan satu
bye di bawah64
D
c. Dengan tujuh unit peserta akan terdapat satu bye dibawah
d. Dengan lapan unit peserta akan terdapat satu bye di atas dan dua
bye di bawah
e. Dengan sembilan unit peserta akan terdapat tiga bye di atas dan
empat bye di bawah
f. Dengan 10 unit peserta akan terdapat tiga bye di atas dan tiga bye
di bawah
g. Dengan 11 unit peserta akan terdapat dua bye di atas dan tiga bye
di bawah
h. Dengan 12 unit peserta akan terdapat dua bye di atas dan dua bye
di bawah
i. Dengan 13 unit peserta akan terdapat satu bye di atas dan dua bye
dibawah
j. Dengan 14 unit peserta akan terdapat satu bye di atas dan satu
bye di bawah
k. Dengan 15 unit peserta akan terdapat satu bye di bawah
l. Dengan 16 unit peserta akan terdapat tiada bye
4.9.3 Peraturan Mengundi Peserta Terpilih
Untuk memastikan kekuatan yang seimbang di keseluruhan pengundian
dan untuk mengelakkan pemain-pemain dari sesebuah pertubuhan Kebangsaan
65
bertemu di peringkat awal pengundian bolehlah disusun atau peserta-pesertanya
dipilih tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Lapan peserta terpilih adalah maksimum jika terdapat 32 atau lebih
penyertaan
Empat peserta terpilih adalah maksimum, jika terdapat 16 hinga 31
penyertaan
Dua peserta terpilih jika terdapat kurang daripada 16 penyertaan
Penyertaan terpilih akan dipilih sebagai yang terbaik dalam sesuatu acara
itu mengikut keadaan semasa
Pemain-pemain terpilih akan ditempatkan sepertimana yang ditunjukkan
dalam contoh pengundian
Penyertaan-penyertaan terpilih akan ditempatkan seperti berikut dengan
mengambil kira peruntukan-peruntukan dari undang-undang:
Nombor satu, ditempatkan diatas sekali pengundian itu
Nombor dua, ditempatkan di bawah sekali pengundian itu
Nombor tiga dan nombor empat diundi dan ditempatkan di dua bahagian
perempat pengundian yang kosong
Nombor lima hingga nombor lapan diundi dan ditempat di bahagian
perlapan yang kosong
Penyertaan dari mana-mana pertubuhan Kebangsaan akan diundi seperti
berikut:
Pemain-pemain pertama dan kedua yang disenaraikan akan diundi dan
ditempatkan di bahagian setengah pengundian yang bertentangan
66
Pemain-pemain ketiga dan keempat yang disenaraikan akan diundi dan
ditempatkan di bahagian perempat pengundian yang kosong
Pemain-pemain kelima hingga lapan yang disenaraikan akan diundi dan
ditempatkan di bahagian perlapan pengundian yang kosong
4.9.4 Panduan untuk membuat pengundian
Setiausaha-setiausaha pertandingan atau pegawai-pegawai lain kerapkali
menghadapi kesulitan untuk menyediakan satu pengundian yang tepat dalam
masa yang singkat untuk acara-acara yang mengandungi bilangan peserta yang
ganjil, terutama berhubung dengan tempat-tempat meletakkan bye dan peserta-
peserta terpilih yang berkenaan. Memang tidak dapat dinafikan, perkara ini
bukanlah suatu yang mudah. Oleh itu adalah diharapkan, jadual berikut akan
dapat memberi pertolongan.
Kaedah yang paling sesuai untuk menyediakan sesuatu pengundian ialah
dengan menggunakan mesin taip dimana beberapa salinan boleh dibuat
Taipkan di atas kerta nombor-nombor 1,2,3 mengikut baris ke bawah dan
seterusnya sehinggalah jumlah bilangan peserta yang mengambil
bahagian
Masukkan (Taipkan) di sebelah kanan nombor yang telah ditaip,
ditempat-tempat yang berkenaan. Perkataan bye dan satu tanda untuk
kedudukan peserta terpilih
67
Tempat-tempat tersebut dalam sesuatu pengundian boleh didapati dari
jadual berikut yang memberi maklumat yang betul untuk setiap bilangan
penyertaan dari 16 hingga 64 peserta
Dalam keadaan dimana acara acara yang mengandungi kurang dari 16
peserta penyediaan sesuatu pengundian tidak menjadi masalah dan untuk
acara-acara yang mengandungi lebih dari 64 peserta (jarang berlaku)
keadaan adalah serupa
Taipkan nama-nama pemain/ peserta ditempat-tempat yang berkenaan
setelah diundi
Setelah mengikut panduan-panduan di dalam di atas. Adalah diiingatkan,
peraturan-perturan tidak membenarkan pemilihan lebih daripada dua peserta
terpilih apabila terdapat bilangan penyertaan yang kurang dari 16 pemain atau
pasangan dan tidak membenarkan pemilihan lebih daripada empat peserta
terpilih apabila terdapat bilangan penyertaan yang kurang daripada 32. Lapan
peserta terpilih adalah yang maksimum boleh dibenarkan.
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, sukan badminton merupakan suatu acara sukan
yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Hal ini jelas dapat dilihat daripada
68
perbincangan yang telah kami kupas di dalam esei kami ini yang merangkumi
sejarah perkembangan badminton di dunia dan di Malaysia serta pelbagai
kemudahan, peralatan serta piala-piala yang menjadi rebutan jaguh-jaguh
badminton di seluruh dunia seperti Piala Thomas dan juga Piala Sudirman.
Selain itu, kami turut mengupas mengenai kemahiran-kemahiran asas ataupun
teknik-teknik asas yang diperlukan dalam sukan badminton seperti teknik
pegangan raket, gerak kaki, servis, stroke/lob, backhand, smash, drop dan juga
teknik permainan di jaring (net). Kesemua teknik ini diperlukan dalam permainan
badminton di seluruh dunia. Di samping itu juga, kami turut mengupas mengenai
taktik-taktik umum permainan badminton secara perseorangan dan beregu yang
sememangnya dapat dijadikan panduan kepada sesiapa yang meminati sukan
badminton. Malah, kami turut membincangkan secara terperinci mengenai
undang-undang permainan badminton yang meliputi peraturan yang perlu
dipatuhi sebelum, semasa dan selepas sesuatu permainan badminton
dijalankan.
Seterusnya, hasil keseluruhan perbincangan yang kami utarakan di dalam
esei ini jelas dapat dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin mengenali
sukan badminton dengan lebih dekat dan mendalam. Segala input yang telah
kami berikan diharapkan dapat digunakan oleh setiap individu untuk mempelajari
mengenai sukan ini. Sesungguhnya, sukan badminton merupakan suatu sukan
yang sangat berpotensi untuk memperkembangkan pengaruh negara dan
mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia. Bukti yang jelas dapat
dilihat melalui kejayaan pemain badminton perseorangan negara, Dato Lee 69
Chong Wei yang mengekalkan penguasaan sebagai pemain nombor satu dunia
tanpa dapat digugat oleh mana-mana pemain di seluruh dunia.
Bibliografi
Davis, Pat (1988). Badminton: the complete practical guide. London: David & Charles.
Helen Ten (1997). Panduan mengajar badminton. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
70
Jake Downey (1982). Better badminton for all. Britain: Felham Books Ltd.
John Edwards (1997). Crowood sports guides: badminton. England: The Crowood Press Ltd.
Mark Golds (2002). Badminton: skills of the game. Britain: The Crowood Press.
Mohd Sofian Omar Fauzee dan Mohd Zin Hassan (2006). Dril badminton: asas, pertengahan dan mahir. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Pat Davis (1998). Badminton: play the games. London: Ward Lock.
Peter Yong Swee Onn (1993). Coaching and playing badminton the right way. Petaling Jaya: Delta Publishing Sdn. Bhd.
Sidang Pengarang (2006). Badminton. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Tam Lye Suan (1994). Badminton (Persatuan Badminton England). Selangor: Utusan Publications & Distributors.
Tony Grice (1996). Badminton: steps to success. United States: Human Kinetics Publishers Inc.
Tony Grice (2007). Badminton: meniti tangga kejayaan (Mohd. Taib Harun dan Norlena Salamuddin, Terjemah). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Sumber Internet
http://www.badmintonengland.co.uk/text.asp?
section=592§ionTitle=The+Yonex+All+England+Open+2009.
71
http://www.badmintoninformation.com/
badminton_world_federation_super_series.html.
http://www.ehow.com/video_5113558_badminton-smash-techniques.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_badminton#Pukulan_Smesy
http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/cgi-bin/misbun/topics.cgi
http://en.wikipedia.org/wiki/Badminton
72