Download - Asgnment Bm

Transcript

BIODATA

Nama : Wan Nadia Binti Wan Talib

No Kad Pengenalan : 880821-11-5090

Alamat : No 11 A, Jln suasana, 2 / 8B, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.

No. Telefon : 019-9472010

Major : Pengajian Sosial

Ambilan : Januari 2009

Unit : PISMP 9

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan yang telah saya ringkaskan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:..Nama Penulis: Wan Nadia Binti Wan TalibTarikh: 4 April 2010

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya Kerja Kursus ini dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebenarnya, bayak pihak yang telah banyak berbakti kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rafiah binti Daud. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan pendapat-pendapat yang amat berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada beliau, sudah tentu saya akan mengalami pelbagai kesukaran sebelum dapat melengkapkan tugasan ini.

Selain itu, ibu bapa saya juga telah banyak memberikan dorongan serta bantuan keuwangan di dalam menyiapkan projek ini. Pada mulanya saya berasa sungguh malas untuk menyiapkan projek ini, namun atas dorongan dan bantuan yang telah mereka berikan, saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya. Semasa melakukan tugasan ini, rakan-rakan sepermainan yang telah banyak membantu saya iaitu mencadangkan bahan-bahan yang sesuai dan bermutu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Oleh itu, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menjayakan Kerja Kursus ini.1.0 PENGENALAN

Pada tahun 1982 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), iaitu saru kurikulum yang mementingkan kemahiran menulis, membaca dan mengira. KBSR telah dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah sejak tahun satu pada tahun 1982 yang lalu. KBSR dirancang dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunnikasi, bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu. Mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dimasukkan ke dalam komunikasi kerana kebudayaan manusia pada abad ini berinteraksi dengan konsep dan kemahiran manipulatif.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua tahap iaitu tahap pertama tahun 1-3 dan tahap kedua tahun 4-6. Pada tahap pertama murid-murid dipimpin dalam kemahiran bertutur, mendengar kemudian diikuti dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Murid-murid pada tahap ini akan menyerap unsur-unsur alam dan manusia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, pada tahap dua, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia meluaskan pengetahuan dan kemahiran murid-murid melalui perbincangan, pembacaan dan penulisan yang membantu mereka supaya boleh berkomunikasi dengan jelas. Kemahiran komunikasi ini amat ditekankan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah satu sukatan pelajaran yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dan seterusnya sukatan pelajaran ini telah dipraktikkan di sekolah-sekolah, iaitu bahasa pengantarnya bahasa Melayu, Tamil dan Cina. Seterusnya sukatan pelajaran itu diserapkan ke dalam KBSR dan dipraktikkan ke dalam 300 buah sekolah di seluruh negara. Akhirnya Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR telah dilaksanakan pada tahun 1982 bermula dari darjah satu. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia menjadi panduan utama kepada guru-guru bahasa Malaysia. Skema kerja, rancangan kerja tahunan, penggal, bulanan, mingguan dan harian pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia diterjemahkan dan diperincikan oleh guru-guru berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia itu. Sukatan pelajaran ini dapat menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Pelaksanaannya amat penting untuk membantu para guru supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia itu disampaikan secara berkesan.Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi item yang bukan sahaja dapat dipraktikkan di bilik darjah tetapi bahkan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sama ada untuk kepentingan dirinya secara individu ataupun untuk bermasyarakat. Eleman ini adalah amat penting kepada murid-murid kerana ia merupakan salah satu persediaan untuk murid-murid berhadapan dengan kehidupan sebenar dalam komuniti yang besar. Pada masa yang sama juga, kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bukan sahaja mengandungi item yang dapat memperkembangkan penguasaan bahasa Malaysia untuk berkomunikasi tetapi dapat juga menjadi dasar kepada pengluasan ilmu pengetahuan murid-murid. Subjek ini dapat menambahkan pengetahuan murid-murid berkenaan dengan pengetahuan asas kehidupan dan isu semasa.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia mengandungi program yang merangkumi semua aspek kemahiran bahasa Malaysia secara lisan, bertulis, aspek tatabahasa, bacaan dan kefahaman serta yang berkaitan dengannya. Program-program disusun secara sistematik berdasarkan kepada teori pendidikan, iaitu daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Sifat yang ketara dalam program kemahiran bahasa KBSR ialah penggabingjalinan kemahiran bahasa dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan ini merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang telah dicuba oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di sekolah-sekolah percubaan dalam dekad 70-an.Pendekatan gabungjalinn ini berjaya menerapkan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Pendekatan gabungjalin memang dititikberatkan dalam semua tahap dan tahun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terutama sekali dalam tahap satu. Dalam tahap satu aspek komunikasi adalah dititikberatkan. Murid-murid didedahkan dengan item yang mengandungi kemahiran bahasa yang dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-murid. Penggabungjalinan kemahiran bahasa itu lebih berkesan jika dilaksanakan melalui penggabungjalinan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.Kemahiran bahasa yang utama perlu digabungjalinkan dengan beberapa aktiviti bahasa di dalam satu waktu pelajaran bahasa. Oleh itu, dalam satu waktu pelajaran bahasa itu mestilah mengandungi aktiviti-aktiviti lisan, bacaan, tulisan, bahasa ataupun dua atau tiga aktiviti kemahiran bahasa yang dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa itu. Selain aspek penggabungjalinan, terdapat juga beberapa aspek yang memerlukan penyerapan daripada mata pelajaran lain. Mata pelajaran lain adalah berfungsi sebagai membantu, menambah dan meluaskan program bahasa itu supaya berkembang dalam skop yang lebih luas. Begitu juga dalam tahap dua, program bahasa dalam sukatan pelajaran lebih luas lagi sesuai dengan usia, pencapaian dan kebolehan murid-murid di sekolah rendah. Program bahasa adalah berhubung rapat dengan mata pelajaran yang bercorak alam dan manusia serta perkembangan individu. Perhubungan semua bidang itu bukan sahaja berkait tetapi adalah saling memerlukan supaya perkembangan semua bidang itu bergerak selari dengan dasar pelajaran kebangsaan.Rasional Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi beberapa aspek iaitu peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu perpaduan, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu pengetahuan, supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa sejajar dengan umur mereka, kemahiran yang ditekankan ialah mendengar, bertutur, membaca, dan menulis iaitu mekanis dan penaakula serta matlamat sukatan pelajaran bagi tahap satu, iaitu murid-murid dipimpin supaya mereka boleh mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambang huruf dan perkataan serta menggunakannya dalam penulisan.Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR mengandungi dua aspek penting iaitu senarai kemahiran dan tatabahasa. Senarai kemahiran ini mengandungi kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kefahaman serta kemahiran penulisan. Aspek tatabahasa pula mengandungi dua bahagian penting iaitu morfologi dan sintaksis. Kemahiran ini merangkumi jangka masa enam tahun pengajian ataupun dua tahap pengajian di sekolah rendah.Kemahiran lisan adalah berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi dan suara. Terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan seperti pengucapan, soal jawab, bercerita, berita dan laporan, kemahiran memberi ucapan, kemahiran bersyarah, lakonan dan puisi serta perbincangan dan perbahasan. Kemahiran lisan ini merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid tahap satu dan tahap dua.Kemahiran bacaan pula terbahagi kepada dua iaitu prabacaan dan bacaan mekanis. Prabacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan dapat menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Antara kemahiran yang diterapkan ialah membezakan bentuk, huruf, angka, gambar dan lain-lain lagi. Bacaan mekanis pula mengandungi kemahiran-kemahiran mengnal, membaca dan membunyikan huruf dan urutan huruf yang akan membentuk perkataan. Perkataan dalam bahasa Malaysia dipengaruhi oleh bunyi vokal dalam suku kata perkataan bahasa Malaysia. Kemahiran mengenal huruf dalam suku kata dan perkataan berkembang kepada pembacaan ayat, dialog dan puisi. Bacaan mekanis biasanya dibaca dengan bersuara supaya jelas sebutan bunyi perkataan, nada frasa dan suku kata ayat yang dibaca itu.Selain itu, bacaan dan kefahaman. Bacaan dan kefahaman juga dikenali juga sebagai bacaan penaakulan. Bacaan penaakulan ini biasanya dibaca secara senyap. Kemudian bacaan senyap ini bermula dengan mentafsir gambar, menyesuaikan gambar, seterusnya hingga kepada membaca bahan yang lebih tinggi, iaitu membaca bahan fiksyen, dialog, puisi dan sebagainya. Perkara yang dikesan di dalam pembacaan itu ialah perkataan sukar, maksud di dalam bahan bacaan dan mengaitkan bahan bacaan itu dengan soalan-soalan kefahaman. Aktiviti seterusnya ialah meringkaskan bahagian sebahagian daripada petikan itu secara bertulis.Kemahiran tulisan dapat dipecahkan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah pratulisan. Kemahiran pratulisan mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan memberi persediaan menulis kepada kanak-kanak. Murid-murid dilatih supaya boleh memegang alat penulisan dan dapat meniru bentuk-bentuk huruf. Seterusnya mereka akan dilatih membentuk huruf berdasarkan pergerakan serentak iaitu tangan dan mata. Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis. Berbagai-bagai aktiviti dalam kemahiran mekanis iaitu kemahiran meniru huruf, menulis huruf dalam suku kata dan perkataan. Selain itu, terdapat kemahiran mengenal, memadan dan membezakan huruf. Peringkat yang ketiga ialah tulisan dan karangan. Aktiviti tulisan dan karangan memang banyak terutamanya untuk memahirkan murid-murid melahirkan perasaan, bakat dan fikiran mereka secara bertulis.Bahan tatabahasa yang diajar di sekolah rendah terdiri daripada dua topik iaitu morfologi dan sintaksis. Bahan tatabahasa itu diajar secara tidak langsung supaya murid-murid mengenal aspek tatabahasa itu secara tidak disedari. Antara tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di sekolah rendah ialah untuk mengesan kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza, menggunakan dengan tepat dan berkesan perkataan-perkataan berimbuhan dalam lisan dan tulisan, menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam berbagai-bagai konteks, membina ayat dengan tepat dan jelas, menggunakan frasa yang tepat serta membina berbagai-bagai jenis dan bentuk ayat dalam berbagai-bagai konteks dengan tepat, indah dan jelas.Aspek kemahiran lisan, membaca dan menulis ini adalah amat penting untuk perkembangan bahasa murid-murid. Pada peringakat sekolah rendah ini, kemahiran-kemahiran ini merupakan tapak asas untuk perkembangan individu. Oleh itu, objektif utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah menekankan aspek kemahiran bahasa Malaysia secara lisan, bertulis, aspek tatabahasa, bacaan dan kefahan dan lain-lain lagi.

2.0 PERSEDIAAN MENGAJAR

Kelas: 5BBil. Murid: 30 orangTarikh: 21 Ogos 2010Hari: SelasaMasa: 7.45 pagi - 8.45 pagiTajuk: Cerpen Yuran pengajian Nadia. Watak dan perwatakan.Hasil pembelajaran; Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.Fokus Utama : 11.3 Aras 1(tahun 5) Mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teksFokus Sampingan: 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Objektif pembelajaran;

1- Murid-murid dapat menyatakan secara bertulis watak-watak yang terdapat dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.2- Murid-murid dapat menyatakan secara bertulis perwatakan watak-watak dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.3- Murid-murid dapat menceritakan watak dan perwatakan yang terdapat di dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.

LangkahAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Induksi set(5 minit)1- Guru menayangkan video cerita Upin dan Ipin. 2- Guru menyoal watak-watak yang terdapat di dalam cerita berkenaan kepada murid-murid. 3- Murid-murid berinteraksi dengan guru dan mendapat gambaran awal berkenaan dengan watak dan perwatakan melalui cerita berkenaan.Teknik yang digunakan; Penerangan Soal Jawab

Alat Bantu Mengajar Pita rakaman cerita Upin dan Ipin. Komputer riba LCD projektor

Langkah 1(15 minit)1- Guru mengedarkan teks cerpen Yuran untuk Nadia.( Lampiran 1)2- Guru bertanya kepada murid, dalam lakonan selain dari panggilan pelakon, apakah lagi istilah lain yang boleh menggantikan panggilan tersebut.3- Guru bertanya kepada murid , apakah istilah bagi menyatakan segala aktiviti, tingkah laku dan sifat-sifat bagi sesuatu.4- Guru menerangkan tentang sinopsis cerpen Yuran pengajian Nadia kepada murid-murid5- Murid-murid menumpukan perhatian semasa guru memberikan penerangan.Teknik yang digunakan; Perbincangan Penerangan Soal Jawab

Alat Bantu Mengajar Teks cerpen Yuran pengajian Nadia. Komputer riba (power point) LCD projektor.

Langkah 2(15 minit)1- Guru menerangkan definisi watak dan perwatakan kepada murid-murid.2- Guru menerangkan kepada murid-murid tentang watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.3- Penerangan guru adalah berpandukan teks yang terkandung di dalam power point. Guru mengarahkan setiap murid-murid menyenaraikan watak serta perwatakan yang terdapat di dalam cerpen berkenaan.4- Pada masa yang sama, murid-murid diminta untuk mencatatkan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.5- Seterusnya murid-murid mencatatkan watak-watak yang terdapat di dalam cerpen tersebut dan perwatakan watak-watak berkenaan.Teknik yang digunakan; Penerangan Perbincangan

Alat Bantu Mengajar; Komputer riba (power point) Kertas edaran (nota). LCD Projektor

Langkah 3(15 minit)1- Guru mengarahkan murid-murid membentuk lima kumpulan. Wakil bagi setiap kumpulan memilih salah satu kertas berwarna yang mengandungi soalan.(Lampiran 2)2- Guru mengarahkan wakil bagi setiap kumpulan ke hadapan untuk menceritakan tentang watak dan perwatakan serta hubungan watak tersebut dengan watak lain, yang terdapat dalam cerpen Yuran pengajian Nadia.3- Watak dan perwatakan serta hubungan watak tersebut dengan watak lain, diceritakan adalah berdasarkan soalan yang terkandung dalam kertas berwarna yang dipilih.4- Murid-murid yang lain menumpukan perhatian semasa wakil-wakil kumpulan berceita di hadapan kelas.

Teknik yang digunakan; Penerangan Bercerita Perbincangan Soal jawab Berkumpulan

Alat Bantu Mengajar; Komputer riba (power point) Kertas edaran (nota). LCD projektor

Langkah 4(5 minit)1- Guru mengedarkan kertas edaran. 2- Kertas edaran tersebut mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan cerpen Yuran Pengajian Nadia. (Lampiran 3)3- Setiap murid perlu menjawab soalan berkenaan sebagai tugasan yang perlu disiapkan dirumah.4- Tugasan tersebut perlu dihantar pada waktu bahasa Melayu yang seterusnya.Teknik yang digunakan; Penerangan

Alat Bantu Mengajar Kertas edaran iaitu soalan-soalan yang berkaitan dengan cerpen Yuran Pengajian Nadia.

Penutup (5 minit)1- Guru memainkan sebuah lagu kepada murid-murid yang bertajuk Jasa Bonda.2- Guru menerangkan tema lagu berkenaan yang berkait rapat dengan cerpen Yuran Pengajian Nadia. 3- Guru mengarahkan murid-murid supaya menghayati lagu berkenaan sebagai penutup sesi pembelajaran.

Teknik yang digunakan; Penerangan

Alat Bantu Mengajar Lagu Jasa Bonda. Komputer riba LCD projektor

2.1Kemahiran MenulisFokus utama persediaan mengajar tersebut adalah mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teks. Fokus utama ini adalah tergolong di dalam aspek kemahiran menulis. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, kemahiran menulis dapat ditakrifkan sebagai kemahiran untuk memindahkan lambang dan bunyi ke dalam bentuk tulisan serta dapat melahirkan segala perasaan dan fikiran ke dalam bentuk tulisan.Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran (mental). Kemahiran menulis secara mekanis perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis secara mekanis ini ialah membuat corak serta menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah antaranya melakukan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, serta bentuk-bentuk awan larat, menunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir serta di papan tulis, bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan, melatih dan menunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dengan ayat, mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, dan kebersihan, melatih menulis cepat , jelas dan senang dibaca, serta melatih menulis cantik. Kemahiran yang kedua ialah kemahiran menulis untuk pelahiran iaitu mental. Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran ialah latihan penyataan fikiran atau pendapat. Latihan penyataan fikiran dan pendapat ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir memberikan pendapat terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Di samping itu, latihan menyatakan perasaan. Melalui penulisan, murid-murid dapat menyatakan perasan mereka di dalam bentuk karangan atau diari. Sesetengah individu menggunakan cara ini untuk meluahkan perasaan dan merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan perasaan. Selain itu, latihan pernyataan kehendak. Murid-murid dapat menyatakan kehendak mereka melalui penulisan mereka berkenaan dengan ketidakpuashatian mereka atau perkara-perkara yang diinginkan mereka. Seterusnya, latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulin dan asli. Misalnya, melalui karangan rencana yang bertajuk Cara-cara menjaga alam sekitar, murid-murid akan berfikir untuk untuk mengelarkan hujah-hujah atau mendapat untuk menjaga alam sekitar.

2.2Kemahiran Bercerita

Fokus sampingan yang dipilih ialah bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Fokus sampingan ini dikategorikan di dalam kemahiran lisan iaitu bercerita. Bercerita merupakan aktiviti lisan yang penting yang memerlukan beberapa kebolehan tertentu, misalnya kebolehan memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai, kebolehan membina ayat dengan betul dan menarik, kebolehan melahirkan sesuatu dengan gaya, intonasi suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Obejktif bercerita ialah menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak. Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Contohnya, menjadi angkasawan, gergasi, haiwan dan sebagainya. Selain itu, membina rasa hati (empathy). Selain itu, menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid. Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid akan dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya. Seterusnya, menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid. Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa, teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan. Selain itu, asas untuk pendidikan agama. Sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat disemai dalam kalangan murid-murid.Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa melakukan pemilihan cerita untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pertamanya, cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang, peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak. Pemilihan cerita ini yang berkait rapat dengan latar belakang, peringkat umur dan kebolehan otak ini adalah amat penting kerana aspek-aspek ini dapat menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih menjiwai cerita yang diberikan jika berkait dengan pengalaman dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Laras bahasa yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak tidak memahami cerita tersebut dan seterusnya tidak berminat untuk mendalami cerita berkenaan. Di samping itu, isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti. Aspek-aspek ini adalah amat penting untuk memupuk akhlak dan budi pekerti yang mulia dalam diri kanak-kanak berkenaan. Selain itu, cerita yang dipilih sebaik-baiknya daripada cerita-cerita yang boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis. Maksudnya cerita yang dipilih dapat dihubungkaitkan dengan kemahiran bertulis dan kemahiran lisan, tidak hanya melibatkan kemahiran membaca sahaja. Di samping itu, plot cerita yang dipilih perlu menarik dan mudah difaham. Plot cerita ialah jalan cerita cerpen tersebut. Jalan cerita cerpen adalah menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak iaitu jalan cerita yang tidak berbelit-belit dan bersifat mendatar.

2.3Perkaitan dengan Konsep Penggabungjalinan,Penyerapan, Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan.

Penggabungjalinan bermakna dua kemahiran digabungkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggabungjalinan ini menekankan dua perkara iaitu penggabungjalinan dari segi kemahiran, iaitu lisan, bacaan dan tulisan dan juga penggabungjalinan dari segi isi pelajaran. Yang dimaksudkan dengan isi pelajaran ialah unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan seperti perbendaharaan kata, imbuhan, sendi, penjodoh bilangan dan ayat, terutamanya unsur-unsur morfologi dan sintaksis. Fokus utama persediaan mengajar yang telah disediakan ialah mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teks yang diketegorikan di dalam kemahiran menulis. Fokus sampingannya pula ialah bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas yang dikategorikan di dalam kemahiran lisan. Kedua-dua fokus utama dan fokus sampingan ini telah menggabungkan kemahiran menulis dan kemahiran lisan. Kemahiran menulis yang dipilih adalah dengan menggunakan teks cerpen yang bertajuk Yuran pengajian Nadia. Berdasarkan teks berkenaan, guru telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan watak dan perwatakan. Seterusnya guru menerangkan watak dan perwatakan yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Pada masa yang sama murid-murid menumpukan perhatian serta melakukan catatan berkenaan dengan watak dan perwatakan di dalam teks berkenaan. Guru mempraktikkan teknik soal jawab dan penerangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Setelah itu, murid-murid diarahkan untuk membentuk kumpulan. Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk bercerita di hadapan kelas. Murid-murid yang lain menumpukan perhatian semasa aktiviti bercerita dijalankan. Di dalam aktiviti bercerita ini, kemahiran lisan telah diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, proses pengajaran dan pembelajaran mengalami penggabungjalinan dari aspek kemahiran menulis dan kemahiran lisan.Penyerapan merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata pelaajaran lain. dalam KBSR misalnya, pada tahap 1, isi dari mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, dan Muzik boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa. Dalam Pengajaran Bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan daripada mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti geografi, sejarah, agama, perdagangan, sivik dan lain-lain sebagai bahan utama. Bahan ini kemungkinan dieksploit untuk disesuaikan dengan pengajaran bahasa. Di dalam persediaan mengajar tersebut, subjek sivik dan kewarganegaran telah diserapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Semua murid sekolah rendah tahap dua wajib mengambil subjek sivik dan kewarganegaraan. Hal ini adalah amat bersesuaian dengan kelas yang diajarkan iaitu tahun lima. Aspek sivik dan kewarganegaraan terkandung di dalam cerpen Yuran Pengajian Nadia. Cerpen ini yang mengisahkan kesusahan seorang bapa untuk mencari rezeki buat keluarganya. Cerpen ini juga telah menonjolkan hubungan kekeluargaan yang utuh yang diamalkan oleh watak-watak di dalam cerpen tersebut. Semasa menjalankan proses pembelajaran, murid-murid telah mendapat pendedahan berkenaan dengan kepentingan hubungan kekeluargaan bersesuaian dengan objektif subjek sivik dan kewarganegaraan iaitu mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia serta menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia. Guru melakukan penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Penilaian ini adalah merangkumi pencapaian objektif pembelajaran yang diinginkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sekiranya terdapat murid yang tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan, proses pemulihan perlu dijalankan untuk mereka. Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M. Tujuan melakukan pemulihan ini adalah untuk menjadikan mereka lebih aktif, kreatif dan inovatif, membina keyakinan diri, mengatasi sikap negatif terhadap pembelajaran, serta mengatasi masalah pembelajaran. Murid yang dapat menguasai pelajaran yang disampaikan dapat diteruskan dengan aktiviti pengayaan manakala murid yang menjalani program pemulihan ini perlu memulihkan diri terlebih dahulu daripada masalah yang dialami sebelum meneruskan dengan aktiviti pengayaan.Pengayaan dapat didefinisikan sebagai aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pemahaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Prinsip program pengayaan adalah penekanan kepada aktiviti bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk memperkembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan luas. Berdasarkan persediaan mengajar tersebut, aktiviti pengayaan dijalankan kepada murid-murid dengan edaran kertas soalan yag berpandukan kepada cerpen berkenaan. Murid-murid akan menjawab soalan yang diberikan oleh guru mereka dan memulangkan di kelas yang seterusnya. Dengan adanya aktiviti pengayaan ini, guru dapat menilai sejauh mana kefahaman atau pemahaman murid-murid setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 REFLEKSI

3.1 Refleksi di dalam Menyiapkan Tugasan

Pada 1 Mac 2010, Pensyarah subjek bahasa Melayu elektif saya iaitu Puan Rafiah binti Daud telah memberikan tugasan yang berkaitan dengan tajuk organisasi kandungan sukatan pelajaran bahasa Melayu. Setiap pelajar perlu memilih satu Hasil Pembelajaran bagi setiap satu Kemahiran Bahasa yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran mengikut tahun yang dipilih. Seterusnya membina langkah-langkah pengajaran secara bersepadu yang melibatkan elemen-elemen Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran.Sewaktu menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai faedah. Antara faedah yang telah saya perolehi ialah saya turut memperoleh banyak maklumat daripada sumber kedua iaitu buku dan melayari internet. Buku dan internet dijadikan sebagai rujukan untuk konsep-konsep serta contoh aktiviti yang sesuai untuk hasil pembelajaran yang dipilih. Saya dan rakan-rakan juga sentiasa mendapatkan nasihat, bimbingan serta panduan bagi memastikan kerja kursus kami berada pada tahap yang baik dan seperti yang dikehendaki daripada pensyarah pembimbing.Selain itu, saya telah terdedah dengan aktiviti untuk kemahiran menulis dan kemahiran lisan. Fokus utama saya ialah mengenal pasti watak dan perwatakan di dalam teks. Fokus utama ini tergolong di dalam kemahiran menulis. Semasa merancang aktiviti yang sesuai semasa kemahiran menulis ini, saya telah dapat memperolehi beberapa pengetahuan baru iaitu cara pemilihan teks yan sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak supaya mudah difahami dan dapat menarik minat mereka. Fokus sampingan saya ialah bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Fokus sampingan ini adalah tergolong di dalam kemahiran lisan iaitu becerita. Saya telah belajar untuk memikirkan aktiviti yang sesuai dengan fokus utama saya. Fokus sampingan yang saya pilih adalah bercerita kerana ia menarik dan dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk bertutur di khalayak ramai.

Seterusnya, saya telah belajar kaedah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Saya telah memilih video cerita kartun Upin dan Ipin pada permulaan P&P dan memainkan lagu Jasa Bonda sebagai penutup. Saya juga telah menyediakan kad-kad yang mengandungi solan semasa aktiviti bercerita dilakukan. Kad yang berwana-warni ini akan dapat menarik minat murid-murid. Sebelum melakukan tugasan ini, saya kurang terdedah untuk melakukan alat bantu mengajar, semasa melakukan tugasan ini, saya dapat berfikir dengan lebih kreatif untuk menyediakan alat bantu mengajar.

Di samping itu, saya telah berlatih untuk mendisiplinkan diri saya. Pada masa yang sama tugasan ini diberikan, saya telah mendapat beberapa tugasan yang sama. Kesemua tugasan tersebut perlu dihantar pada waktu yang terdekat. Saya mengalami kekangan masa yang kritikal untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi saya kuatkan diri untuk menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbingKesimpulannya, tugasan ini telah memberi pelbagai manfaat kepada saya. Diharapkan tugasan ini dapat membantu saya sewaktu menjadi guru pada masa hadapan. Pengalaman melakukan tugasan ini adalah sungguh berharga dan berguna kepada saya untuk mengajar di sekolah pada masa akan datang.

3.2 Refleksi Semasa Menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilakukan pada 7 Mac hingga 11 Mac 2010 di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah mendapat pelbagi faedah yang amat berguna kepada salah satu faedah yang saya perolehi ialah saya telah dapat berkolaborasi dengan guru panitia subjek bahasa Melayu iaitu Puan Aida. Puan Aida merupakan guru bahasa Melayu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya telah berkomunikasi dengannya berkenaan dengan soalan tugasan subjek bahasa Melayu ini. Beliau telah memberikan cadangan serta pendapat berkenaan tugasan saya. Aktiviti yang sesuai dicadangkan oleh kepada saya yang menitikberatkan aspek penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.Selain itu, saya telah berpeluang untuk melakukan pemerhatian semasa guru subjek bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tersebut telah melakukan persediaan yang rapi sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berkenaan telah melakukan tayangan video di awal permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran diakhiri dengan nyanyi lagu. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, murid-murid amat berminat dengan aktiviti tayangan video dan nyanyian itu tadi. Jadi saya telah memikirkan bahawa set induksi dan penutup perlulah menarik supaya murid-murid tidak merasakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah membosankan.Di samping itu, saya telah berpeluang untuk merujuk contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH ini disediakan oleh guru-guru sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru bahasa Melayu iaitu Yang Mulia Tuan Kembang telah menegaskan bahawa RPH ini adalah sangat penting di dalam profesion keguruan ini. Beliau telah menunjukkan contoh-contoh RPH yang telah disediakan oleh beliau. Walaupun telah 30 tahun berkhidmat sebagai guru, beliau masih menyediakan RPH kerana ianya adalah perkara wajib bagi seorang guru dan penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya serta berdedikasi.Kesimpulannya, PBS merupakan suatu pengalaman yang amat penting. Hal ini kerana guru-guru pelatih dapat melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara praktikal. Pendedahan secara praktikal ini adalah sangat penting untuk menjadi guru yang berjaya.

RUJUKANKamarudin Hj Husin (2005). KBSR dan model-model pengajaran bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Aini Husni (1997). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Fajar bakti Sdn.Bhd. Shah alamAzman bin Ibrahim (2001). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Fajar bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.Sharifah binti Yahya (1996). Pedagogi bahasa, Perkaedahan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Pusat Perkembangan Kurilkulum (2010). Sukatan Pelajaran-Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. http://sekolah.edu.my/kurikulum. Dilayari pada 15 Mac 2010.