PENGENALAN
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Di Malaysia,
proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik.
Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan
melalui pelbagai saluran. Usaha bagi mencapai matlamat bermula selepas peristiwa 13
Mei 1969 khususnya menerusi pelaksanaan rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
diikuti dengan pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun
1991. Wawasan 2020 menekankan keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap
mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak. Rukun Negara, Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan
pula merupakan unsur penting yang mempengaruhi pembentukkan negara bangsa
Malaysia. Di Malaysia, pembinaan negara-bangsa bukan sahaja relevan, malah
menjadi satu kemestian sejarah yang amat perlu bagi menjamin keutuhan Malaysia
sebagai salah satu pelaku utama di pentas dunia.
Malaysia, seperti negara-negara lain di dunia mengalami proses pembinaan negara
bangsa. Apakah yang dimaksudkan dengan negara bangsa? Negara adalah satu
komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan
luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan
kekerasan yang difikirkan wajar. Bangsa pula mempunyai dua maksud utama iaitu jenis
manusia daripada satu asal keturunan, contohnya bangsa Melayu dan kumpulan
manusia dalam satu ikatan tatanegaraan, contohnya bangsa Malaysia.
Menurut Kamus Dewan (1994: 924), negara bangsa didefinisikan sebagai
negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula
adalah merupakan satu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ atau perasaan
‘kekitaan’ dikalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia bererti
mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian
bangsa (Faizal Othman, 1993).
Berdasarkan kepada situasi di Malaysia terdapat pelbagai faktor yang menjadi
cabaran kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia iaitu pemisahan ras dan
etnik, pemisahan wilayah, parti-parti politik berteraskan etnik, nilai parokialisma dan
sikap prejudis serta permasalahan sosial.
Pemisahan ras dan etnik ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud
disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media massa,
pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan
perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesautu kumpulan etnik atau
sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan.
Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya.
Pemisahan wilayah pula dilihat diantara yang maju dan kurang maju. Identifikasi
melalui bandar yang didiami oleh kaum bukan bumiputera yang lebih maju dan luar
bandar yang didiami oleh bumiputera yang kurang maju masih lagi wujud. Beberapa
negeri juga seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih
menampakkan gejala kadar kemiskinan yang tinggi.
Parti-parti politik yang berteraskan kumpulan etnik memang wujud dan setiap
parti politik dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan kumpulan etnik masing-
masing. Walaupun secara amnya parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul
konflik dikalangan parti-parti komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan
hubungan antara kaum.
Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap
prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi
perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan
penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa
yang jika tidak dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif
kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral.
Permasalahan sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing,
penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya.
Azizi Ismail (1997), membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga faktor utama
yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu faktor politik, ekonomi,
sosial. Melalui perspektif ekonomi pula, Azizi Ismail (1997) menjelaskan dengan adanya
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan berjaya mengurangkan
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan
lagi hubungan perpaduan sesama kaum yang ada dan membuktikan faktor ekonomi
sememangnya mempengaruhi proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Abu Hassan Othman (1997) pula menyatakan walaupun DEB merupakan
program afirmatif yakni membantu pembangunan bumiputera, namun bukan
bumiputera juga turut mendapat faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek
pembangunan menerusi dasar ini. DEB telah membawa perubahan signifikan dalam
penyusunan semula masyarakat Malaysia. Namun begitu Dasar Ekonomi Baru juga
tidak dapat lari daripada kelemahannya apabila mendapat sedikit sebanyak
penentangan daripada orang bukan Melayu. Masyarakat bukan Melayu terutamanya
orang Cina tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara dasar itu
dilaksanakan. Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana dasar
ini mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan pendidikan.
Dari sudut sosial, terdapat empat unsur penting yang mempengaruhi
pembentukkan negara-bangsa Malaysia iaitu Rukun Negara, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Rukun
Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 antara lain bercita-cita melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat
pelbagai keturunan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 pula digubal dengan matlamat utamanya
ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Salah satu
satu daripada cara untuk membentuk satu bangsa Malaysia ialah melalui sistem
pendidikan. Langkah kerajaan hendak mengadakan sekolah satu bumbung, tiga kaum
berada pada satu bumbung dan pada satu padang permainan adalah sangat-sangat
dialu-alukan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan isu penting dalam mewujudkan
negara-bangsa Malaysia. Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada kebudayaan
negara yang rasmi dan bersifat formal tetapi merentasi batasan etnik, bersifat sepunya
dan rasmi bagi semua kaum dan mencerminkan kemalaysiaannya. Dasar ini
diwujudkan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar
semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan
identitinya tersendiri. Amalan aktiviti budaya yang melibatkan penyertaan pelbagai
kaum pasti akan dapat menyumbang kepada pembinaan negara-bangsa. Ini
menunjukkan peripentingnya isu-isu budaya ditangani sebaik mungkin supaya ianya
mempercepatkan kewujudan bangsa Malaysia.
Bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu daripada pelbagai keturunan,
agama, kebudayaan dan wilayah satu bahasa kebangsaan amatlah diperlukan. Maka
bahasa kebangsaan diwujudkan dengan panggilan bahasa Malaysia. Isu-isu mengenai
bahasa kebangsaan ini merupakan faktor yang dianggap penting oleh pengkaji-pengkaji
lepas mengenai pembinaan negara-bangsa Malaysia. Bahasa Malaysia sebenarnya
unsur dominan yang boleh menyatupadukan semua kaum dan bangsa di Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu pilihan bijak dan mampu serta
terbukti menjadi alat perpaduan. Oleh itu jelaslah bahawa bahasa kebangsaan sebagai
bahasa sepunya ini merupakan satu unsur utama dalam pembinaan negara-bangsa
Malaysia. Penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia secara meluas akan
berperanan sebagai wahana pembentukan identiti kebangsaan.
Faktor pemangkin kepada usaha membina negara bangsa ini adalah
nasionalisme, intergrasi, patriotisme dan demokrasi. Nasionalisme adalah satu ideologi
yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan
mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Dalam zaman
moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang
berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan,
Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme di mana negara memperolehi
kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dibangunkan
oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk(rakyat).
Nasionalisme romantik (juga dipanggil nasionalisme organik, nasionalisme identiti)
adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik
secara semulajadi ("organik") hasil daripada bangsa atau ras.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dengan ras yang
utamanya ialah Melayu - sekitar 56%, Cina - sekitar 29%, India -sekitar 8%, kumpulan
etnik seperti Orang Asli, lebih 50 kumpulan etnik peribumi di Sabah dan lebih 30
kumpulan etnik peribumi di Sarawak. Pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah
perlu untuk kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan iaitu membentuk
bangsa Malaysia. Gagasan Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia berhasrat untuk membina sebuah negara yang bersatu padu
serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan
bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir
untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan
potensi masing-masing.
Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang,
perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan
aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian
yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus
menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina
identiti nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling
mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala
tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di
mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana
tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui
konsep ‘Satu Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-
mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang
mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Integrasi berasal dari bahasa Inggeris "integration" yang bererti kesempurnaan
atau keseluruhan. integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara
unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan
pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi. Manakala menurut
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integerasi bermaksud penggabungan
atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan.
Selain itu integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang
kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar
belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti
yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan
kepentingan bersama secara adil dan saksama.
. Aktiviti intergrasi di Malaysia dapat dilihat dalam semua bidang di Malaysia
terutamanya dalam bidang pendidikan. Pendidikan memainkan peranan untuk
memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti
kurikulum, kokurikulum dan sukan. Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang
membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan murid-
muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama
oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-
pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.
Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada
generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan
berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.
Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa
Kebangsaan dilaksanakan di sekolah antaranya pelaksanaan Dasar Buku Negara,
menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara,
mengadakan kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini menunjukkan komitmen
guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Melayu yang
merupakan bahasa kebangsaan.
Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dijalankan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga dilihat sebagai satu usaha mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid antara sekolah. Program RIMUP ini dilihat mampu
menghakis sifat perkauman dan kenegerian kerana program ini secara tidak langsung
membantu murid-murid untuk menghayati matlamat dan visi negara. Ini secara
automatik akan membantu mengukuhkan usaha membina negara bangsa yang
sebenar di Malaysia.
Patriotisme pula merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam
berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan
teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme,
bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal
dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang. Seorang
yang patriot adalah mereka yang mempunyai sikap kesukarelawan yang tinggi terhadap
segala perkara yang berkaitan untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara dari
sebarang gangguan dan kekacauan.
Setiap rakyat yang dilahirkan di negara ini perlu faham apa yang dimaksudkan
dengan patriotisme dan mereka perlu menyemai perasaan patriotik di dalam diri
masing-masing. Rakyat negara ini juga harus berbangga kerana menjadi rakyat
Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan dan sentiasa berusaha
mengekalkan keamanan negara.
Demokrasi pula merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam
memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran.
Negara Bangsa wujud apabila terdapat kefahaman mendalam tentang demokrasi yang
memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara.
Dari sudut pandangan demokrasi, semua warganegara diberikan hak berkongsi
ideologi dalam memilih pemerintahan negara. Keadaan ini secara langsung
mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik yang negatif seperti
demonstrasi dan rampasan kuasa, membantu rakyat bersatu hati dalam menerima
pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan
saksama. Pilihan Raya Umum yang dijalankan empat atau lima tahun sekali di Malaysia
dilihat sebagai proses menghidupkan demokrasi dan memberi peluang kepada rakyat
secara keseluruhan untuk mengekalkan atau menukar kerajaan untuk mentadbir
negara.
Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan
usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum
di Malaysia. Melalui pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat
perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan
dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Jika dilihat perbandingan di antara negara Malaysia dengan negara lain, negara
Malaysia mengamalkan sistem demokkrasi. Dari sudut pandangan demokrasi, semua
warganegara diberikan hak berkongsi ideologi dalam memilih pemerintahan negara.
Keadaan ini secara langsung mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik
yang negatif seperti demonstrasi dan rampasan kuasa seperti yang berlaku di Thailand.
Keadaan ini akan membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang
memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama.
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Jika dibandingkan dengan
negara jiran iaitu Singapura, Singapura merupakan sebuah republik berparlimen yang
mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili
pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi
berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya
menguasai parlimen Singapura di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah
sendiri pada tahun 1959. Sebahagian besar kuasa ekesekutif terletak pada kabinet
yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jawatan Presiden Singapura yang asalnya
berbentuk istiadat, diberi sedikit kuasa veto pada tahun 1991 untuk beberapa
keputusan penting seperti penggunaan rizab negara dan pelantikan jawatan
kehakiman.
Di Malaysia pula, Terdapat tiga jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum, pilihan
raya kecil dan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya umum boleh diadakan
selewat-lewatnya lima tahun selepas piliharaya terdahulu, selepas Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri dibubarkan tetapi boleh dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu.
Pilihan raya negeri pula boleh diadakan berasingan dengan pilihan raya umum
persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekuruan dan Negeri. Wakil-wakil
Rakyat adalah mereka yang mewakili satu kawasan pilihan raya Parlimen manakala
Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri. Wakil-wakil
Rakyat menganggotai Dewan Rakyat. Peranan utama mereka ialah menggubal
undang-undang negara, membicangkan hal-ehwal yang berkaitan dengan rakyat serta
menjaga amanah kewangan negara. Bilangan atau jumlah kerusi bagi kawasan pilihan
raya Dewan Rakyat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perdana Menteri boleh dilantik dari kalangan Wakil Rakyat manakala Ketua
Menteri atau Menteri Besar dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Dewan
Negara adalah dewan tertinggi dalam negara dan anggota-anggotanya dinamakan
Senator atau Ahli Dewan Negara. Mereka dilantik berdasarkan Perlembagaan. Tugas
utama Senator ialah meneliti dan mengkaji serta meluluskan rang undang-undang yang
digubal oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
diperkenankan. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1980, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan oleh Majlis
Parlimen dalam satu tempoh yang tertentu.
Jika dibandingkan Malaysia dengan Indonesia, Indonesia merupakan sebuah
republik demokrasi dengan sistem berpresiden. Dalam sistem politik Indonesia,
presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak, selain panglima besar
Tentera Nasional Indonesia. Perlembagaan Indonesia menetapkan pembahagian kuasa
antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Kerajaan mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa
legislatif dimiliki bersama oleh kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat. Sistem
kehakiman pula bebas dari eksekutif dan legislatif.
Pilihan raya umum di Indonesia diadakan untuk memilih ketua negara, iaitu
Presiden Indonesia, serta juga untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dewan
perundangannya. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh
lima tahun. Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada
calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem
berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar
mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk
membentuk kerajaaan campuran. Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17
tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sembilan
pilihan raya umum, iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999,
dan 2004.
Sistem persekolahan di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di samping penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa
ibunda dalam mata pelajaran seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya.
Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun
sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi
tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan
bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura.
Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh
tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination
(PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata
pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang
diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa Ibunda" secara
umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura,
istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris
merupakan bahasa pertamanya.
Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan
Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti
Teknologi dan Rekabentuk Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah
membina banyak lagi universiti awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan
menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada 30% setiap kohort. Kursus politeknik
dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Di Malaysia banyak
universiti yang berkualiti menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di
peringkat sijil, diploma, ijazah, master atau phd dan sebagainya, malah pelajar dari luar
negara memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Malaysia seperti
Universiti Islam Antarangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Dari segi pertahanan, Malaysia mempunyai Angkatan Tentera Malaysia yang
bertanggungjawab memastikan keselamatan Malaysia daripada ancaman musuh atau
anasir luar demi menjaga keamanan Negara. PLKN diperkenalkan dengan mewajibkan
generasi muda lepasan SPM menyertainya untuk mengukuhkan jati diri dan membina
insane yang cintakan negara di samping melatih mereka menjadi bantuan tambahan
sekiranya negara diserang musuh. Undang-undang Singapura mewajibkan setiap
warganegara lelaki dan penduduk tetap (generasi kedua) Singapura yang tegap dan
sihat untuk menjalani Khidmat Negara (National Service) selama dua tahun sekurang-
kurangnya, sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun atau menghabiskan pengajiannya
(yang mana sahaja dahulu), tetapi boleh diberi pelepasan atas sebab-sebab perubatan
atau lain-lain. Selepas berkhidmat selama dua tahun, setiap warga lelaki dianggap
sedia beroperasi, dan juga wajib menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit
simpanan sehingga usia 40 tahun (50 tahun untuk pegawai bertauliah). Warga yang
sihat dari segi perubatan juga mesti menjalani Ujian Kecekapan Fizikal Individu
(Individual Physical Proficiency Test, IPPT) setiap tahun dalam program latihan mereka.
Lebih 350,000 orang lelaki berkhidmat sebagai perajurit yang sedia beroperasi yang
ditugaskan kepada unit tempur simpanan, dan 72,500 orang lagi membentuk kor
khidmat negara dan biasa.
Kejadian pengganasan dan perang luar biasa yang makin menjadi-jadi telah
menekankan lagi aspek pertahanan bukan tentera. Kontinjen Gurkha dalam Angkatan
Polis Singapura, juga merupakan sebuah angkatan pencegah keganasan. Pada tahun
1991, kejadian rampasan kapal terbang Penerbangan Singapore Airlines 117
berkesudahan dengan serbuan oleh Angkatan Operasi Khas Singapura (``Special
Operation Forces``, SOF), diikuti kematian keempat-empat perampas tanpa
kecederaan mana-mana penumpang atau anggota SOF. Antara yang merisaukan
keselamatan negara ialah Jemaah Islamiyah, sebuah kumpulan militan Islamiah yang
pernah cuba menyerang Suruhanjaya Tinggi Australia tetapi dipatahkan jua pada tahun
2001.
Sumber pertahanan Singapura pernah digunakan dalam misi bantuan
kemanusiaan antarabangsa, termasuk tugasan pengamanan PBB di 11 negara lain.[81]
Pada September 2005, Angkatan Udara Republik Singapura menghantar tiga buah
helikopter CH-47 Chinook ke Louisiana untuk membantu operasi bantuan Taufan
Katrina. Ekoran kejadian tsunami Asia 2004, SAF menghantar kereta kebal dan
helikopter untuk membantu operasi bantuan kepada negara-negara yang terjejas.
Dengan konsep negara Bangsa "Nasion State" Indonesia pula menjelaskan
keanggotaan sebagai warga bangsa adalah bersifat sebagai pribadi (individu) orang-
perorang, lepas dari segala atribut yang disandangnya, bukan sebagai kelompok. Maka
sudah selayaknya diadakan koreksi atas kekeliruan yang telah kita lakukan selama ini
dalam menata kehidupan berbangsa, bernegara dan bermasyarakat seperti, "istilah-
istilah mayoritas(majority) dan minoritas(minority), asli dan tidak asli, pribumi dan bukan
pribumi". Selain tidak relevan dengan konsep kebangsaan Indonesia, juga tidak ada
dalam rumusan Pancasila, UUD 1945. Bangsa Indonesia (nasion Indonesia) sebagai
satu-kesatuan solidaritas bangsa Indonesia, tetap memiliki jiwa, semangat dan tekad
untuk hidup bersama dalam kebersamaan, kesetaraan dan untuk itu bersedia
melakukan pengorbanan untuk mencapai tujuan, cita-cita yang dimiliki bersama.
Apabila semua komponen anak bangsa dapat merasakan berada di rumah
sendiri (at home), dalam kesetaraan, sama-sama ikut memilikinya, sama-sama dapat
mengidentifikasikan dirinya, dihormati identitasnya tanpa harus melepaskan kekhasan
agama, budaya, suku, etnik untuk menjadi Indonesia, ada keadilan sosial dan sosial
yang berkeadilan, hidup sejahtera, ada spirit of love, damai yang terbangun dari
semangat "perlakukan orang lain sebagaimana engkau ingin diperlakukan" (golden
rule) tanpa ada kecenderungan memonopoli kebenaran dan pemaksaan. Kearifan
ltempatan, khazanah budaya yang ada di nusantara sebagai landasan menata
kehidupan rakyat Indonesia antara lain "sipakatau, sipakaingat, sipakaenre, sipakatuwo,
sipadecengi dan sebagainya dari karakter relegius Sulawesi Selatan
Top Related