ELM3101 1
1.0 Pengenalan
1.1 Konsep Nilai
Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda
(manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau
sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana.
(Koo K.P, 1990: ms 70)
Theodorson dalam Pelly (1994) mengemukakan bahawa nilai merupakan sesuatu yang
abstrak, yang dijadikan pedoman serta prinsip–prinsip umum dalam bertindak dan bertingkah
laku. Keterikatan orang atau kelompok terhadap nilai menurut Theodorson relatif sangat kuat
dan bahkan bersifat emosional. Oleh sebab itu, nilai dapat dilihat sebagai tujuan kehidupan
manusia itu sendiri.
Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu
penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16) iaitu:
• Nilai Sifat (Attribute) – untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang
diberikan kepada masa – seperti emas.
• Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau
perkara–seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap
tugas-tugas yang kita jalankan.
• Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang tidak terbalas
seperti dalam pantun nasihat Melayu: – hutang budi dibawa mati dalam pantun
pisang emas.
Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia. Sistem
nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai dan sistem sosial. Ia
adalah penting dalam hubungan sosial atau individu dengan masyarakat untuk menjamin
kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia. Oleh itu, nilai moral
biasanya merupakan sesuatu yang normatif atau patut dilakukan. Manakala nilai bukan
moral adalah yang sebaliknya. Individu yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan
sesuatu yang berkaitan dengan nilai itu. Sebaliknya dia tidak akan melakukan sesuatu
yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang diamalkannya.
ELM3101 2
1.2 Definisi Masyarakat
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Menurut Kamus Dewan masyarakat bermaksud sekumpulan orang yg hidup bersama di
sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.
Masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai rasa dan kesedaran
bersama, di mana mereka berdiam (bertempat tinggal) dalam kawasan yang sama yang
sebahagian besar atau seluruh warganya memperlihatkan adanya adat istiadat serta aktiviti
yang sama pula . Roucek dan Warren
Masyarakat adalah wadah segenap antara hubungan sosial yang terdiri dari banyak
sekali kolektif serta kelompok, dan tiap-tiap kumpulan terdiri lagi atas kumpulan-kumpulan yang
lebih kecil (kumpulan kecil). Mayor Polak
Masyarakat adalah suatu struktur atau aksi yang pada pokoknya ditentukan oleh
harapan dan nilai-nilai yang dominan pada warganya. Max Weber
1.3 Pengertian Nilai Masyarakat
Dalam hubungannya dengan kehidupan masyarakat, seseorang harus memahami
sistem kehidupan masyarakat di mana ia menetap yang meliputi sistem nilai, sistem norma,
adat istiadat, dan kebiasaan yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat tersebut. Ada
beberapa hal yang berhubungan dengan yang boleh atau yang tidak boleh, yang baik atau yang
tidak baik, yang tepat atau yang tidak tepat untuk dilakukan sehingga seseorang tersebut dapat
menempatkan dirinya secara serasi, selaras, dan seimbang dalam kehidupan sosial. Berhasil
atau tidaknya seseorang dalam menjalin kehidupan bermasyarakat bergantung kepada proses
pembelajaran.
2.0 Perubahan Nilai Masyarakat
Perubahan-perubahan nilai yang cepat dan mendadak dalam masyarakat.
Perubahan adalah sesuatu yang lazim dan wajar terjadi, tetapi jika perubahan itu berlangsung
cepat atau bahkan mendadak, perubahan tersebut dapat memicu terjadinya konflik sosial.
Misalnya, pada masyarakat desa yang mengalami proses industrialisasi yang mendadak akan
memunculkan konflik sosial sebab nilai-nilai lama pada masyarakat tradisional yang biasanya
bercorak pertanian cepat berubah menjadi nilai-nilai masyarakat industri. Nilai-nilai yang
berubah itu seperti nilai kegotong- royongan berganti menjadi nilai kontrak kerja dengan upah
yang disesuaikan menurut jenis pekerjaannya. Hubungan kekerabatan bergeser menjadi
ELM3101 3
hubungan struktural yang disusun dalam organisasi formal perusahaan. Nilai-nilai kebersamaan
berubah menjadi individualis dan nilai-nilai tentang pemanfaatan waktu yang cenderung tidak
ketat berubah menjadi pembahagian waktu yang tegas seperti jadual kerja dan istirehat dalam
dunia industri. Perubahan-perubahan ini, jika terjadi secara cepat atau mendadak, akan
membuat mengugat proses-proses sosial di masyarakat, bahkan akan terjadi penolakan
terhadap semua bentuk perubahan karana dianggap mengganggu sistem kehidupan
masyarakat yang telah ada. Dalam konflik tidak didasari oleh pikiran akan membesarnya suatu
masalah yang ada di dalam organisasi tersebut tidak akan harmonis malakukan tugas secara
bersama sama bila terjadi konflik didalamnya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Reader’s Digest. Kota raya Kuala Lumpur diletakkan
pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian
mengenai keramahan dan kemesraan. Analisis kajian ini mencadangkan aras kesopanan
diletakkan pada 55 peratus. Ini berdasarkan bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan
bertindak balas terhadap tiga kriteria: Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak
dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi
perkhidmatan.
Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat berada
pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk bandar berkata penduduk
New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari
betapa singkatnya kehidupan.
Dari perspektif yang berbeza, sumber kajian ini ialah Reader’s Digest iaitu sebuah
organisasi yang besar, dipercayai dan dikenali ramai dengan kewibawaannya. Tidak mudah
untuk mengendalikan kajian yang melibatkan 35 buah kota raya di seluruh dunia dengan 2000
ujian dan pemerhatian yang berasingan. Banyak perbelanjaan, masa dan tenaga yang
diperuntukkan bagi melengkapkan penyelidikan ini.
Keinginan pengkaji untuk melihat tiga elemen sahaja sebagai asas penilaian kepada
kesopanan masyarakat tentulah dibuat saringan yang lengkap dan teliti. Malahan ketiga-tiga
kriteria ini adalah kriteria bersahaja di dalam masyarakat. Mengucapkan “terima kasih” terdapat
dalam semua masyarakat yang bertamadun. Tentulah terdapat faktor-faktor lain yang
kadangkala menjadikan ucapan terima kasih amat berat untuk dilafazkan.
Membantu mengangkat sesuatu barang yang jatuh dan membuka pintu adalah tindakan
spontan yang lahir daripada keinginan untuk meringankan beban orang lain selain daripada
tanda hormat. Ia turut berkait rapat dengan nilai yang dimiliki oleh seseorang itu sama ada
menghargai sifat ingin menolong ataupun tidak.
ELM3101 4
Sejarah perkembangan masyarakat Malaysia tentulah berbeza dengan New York,
Amerika Syarikat yang telah merdeka lebih daripada 200 tahun yang lalu. Mereka mempunyai
budaya yang mantap kerana pendidikan yang lebih maju daripada kita. Dua puluh bandar raya
teratas dalam kajian ini adalah negara yang telah maju dan di antaranya mempunyai tamadun
yang telah berakar umbi dalam masyarakat.
Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya. Keadaan
ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari
dulu hingga sekarang. Melalui skop yang lebih kecil, sebgai contoh, masyarakat sebelum
merdeka khususnya di sabah masih mengamalkan sikap tolong menolong, bekerjasama,
hormat menghormati dan semangat bermasyarakat terutama sekali apabila sesuatu perayaan
ataupun terjadi kematian, gendang atau gong akan dipalukan menandakan terjadi kematian di
kampung tersebut. Penduduk kampung akan segera memainkan peranan membantu dari segi
tenaga mahupun wang ringgit tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kini masyarakat tidak lagi
mengamalkan sikap semangat bermasayarakat tersebut. Sekiranya masih mengamalkan Cuma
sgelintir sahaja masyarakat dan semakin pupus.
Pada masa dahulu orang tua ataupun ibubapa merupakan seseorang yang sangat
dihormati dan tinggi darjatnya. Tetapi kini ramai warga tua meghuni rumah kebajikan kerana
anak-anak melepaskan tanggungjawab mereka sewenang-wenangnya.
Begitu juga dengan guru, dahulu guru disanjungi malah sering dijadikan pakar rujuk
orang kampung tetapi kini guru dipandang sebagai bidang kerjaya yang tugasnya hanya
mendidik anak-anak dan Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata
masyarakat sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara, guru kini
tidaklah lagi dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat sahaja di dalam
surat khabar atau media-media massa lain, terdapat banyak kes saman terhadap guru. Ibu
bapa kini lebih sanggup menyaman guru apabila berlaku sesuatu terhadap anak-anak
berbanding membiarkan anak mereka dididik ke arah yang betul. Benarlah, tidak semua kes
adalah kerana keegoan ibu bapa, dan ada juga yang disebabkan kelampauan guru itu sendiri.
Namun, jika dibandingkan dengan masa lalu, tidak pernah wujud kes sebegini. Dahulu, ibu
bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan kepada guru jika anak mereka
berbuat salah, maka pukullah asal tidak patah riuk. Anak-anak juga apabila pulang kerumah
selepas dirotan guru tidak akan berani mengadu kepada ibu bapa kerana pasti akan bertambah
dos mereka nanti. Pengalaman saya juga dahulu, apabila pulang kerumah selepas dirotan di
sekolah dan memberitahu ibu, perkara pertama akan disebut ibu atau bapa saya ialah “Kamu
ada buat salah lah tu, kamu buat apa sampai cikgu marah?”. Betullah pada masa itu, cikgu
ELM3101 5
tidak akan pukul jika tidak buat salah. Semakin saya dewasa semakin saya memahami semua
ini. Berdasarkan nilai relatif seuatu perkara yang berlaku pada masa dahulu akan berubah
mengikut masa, oleh yang demikian hal ini terjadi ekoran daripada perubahan nilai masyarakat
yang semakin menuju kepada era permodenan. Ia merupakan arbitari dan berbeza-beza
bergantung pada masyarakat itu sendiri. Ini juga dapat dikaitkan dengan teori egoisme yang
menganggap bahawa sesuatu tindakan itu betul sekiranya mendatangkan kebaikan pada
individu terbabit. Mengambil tindakan bertujuan untuk realisasi kendiri dan bertindakdemi
kepentingan diri.
Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita jawab.
Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji semata-mata hendak mengejar
sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah
membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia?
Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat
menerapkan nilai yang dikehendaki. Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan
yang sepatutnya. Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana
mereka belum bersedia sepenuhnya. Tambahan kempen ini bermusim. Melalui ini kita dapat
melihat perkaitkan dengan teori egoisme yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah
betul jika ianya membawa kebaikan dan buruk jika ia membawa kepada keburukan.
Berdasarkan teori ini adakah sesebuah negara mahu sesuatu kemajuan dan membelakangkan
nilai dan norma masyarakat semata-mata untuk mendambakan semua negara yang maju
menjelang 2020. Adakah kempen yang diguna pakai oleh kerajaan dan badan-badan NGO
memberikan impak yang cukup dan wajar kepada perkembangan masyarakat itu sendiri.
Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah, dari
peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya. Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi
bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju
dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan
Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan
yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.
ELM3101 6
2.1 Rumusan
Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah
ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua
iaitu Baik yang disifatkan sebagai segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik
dan Buruk iaitu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan
merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di
luar kawalan individu.
Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila,
adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang.
Falsafah moral memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea
mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam
hidupnya serta dalam hubungan dengan orang lain. Manakala psikologi moral meluaskan
kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia (sama ada dari segi
kognitif atau afektif) dalam membuat pertimbangan moral dan bertindak sebagai agen moral
yang bertanggungjawab. (Chang Lee Hoon, 2000, hlm. 2)
Sebagai guru berkualiti perlu bersifat positif seperti mempunyai arah tuju yang jelas,
pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, kreatif, panjang akal, bermotivasi, berminat
mengajar, mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mata pelajaran, berempati, bermoral
dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996: hlm. 7.Guru dianggap sebagai agen
moral yang bertanggungjawab membantu para pelajar dengan nilai kasih sayang dan menjalin
hubungan sosial yang akrab. Ini kerana mereka kadang-kadang membesar dalam suasana
keluarga dan masyarakat yang berkecamuk dan mengelirukan terutama dari segi
perkembangan moral. Jika seseorang guru mempunyai sikap yang negatif, ia akan
mempengaruhi perkembangan moral para pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007).
Menurut Fraenkel (1977), dilema moral atau konflik moral adalah situasi di mana
seseorang yang berdepan dengan dua atau lebih pilihan untuk menentukan tindakannya
mengikut kesesuaian. Dalam menghadapi dilema moral, seseorang perlulah membuat
penaakulan moral, iaitu proses bagaimana seseorang individu memperkembang kebolehan
membuat keputusan moral yang matang dan tersendiri dalam sesuatu isu atau situasi moral.
Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam
kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya
meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status
ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan
jantina.
ELM3101 7
Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseuruhan aspek yang mengandungi
budaya rakyat asal. Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil
ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-
undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima
bersama.
Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada
kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan
budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, Taylor dan Budds
turut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama,
agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia.
Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi
cara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan perintah.
Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan
kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak
mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama.
Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala
warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat
kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya (cultural barrier) antara golongan
imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.
Oleh hal yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan
kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi mewujudkan
perpaduan dan kestabilan di dalam negara.
Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh kerajaan
Malaysia yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak
langsung mempu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia
meskipun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing.
Natijahnya, dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih
makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati dan mempunyai nilai
masyarakat yang tinggi.
ELM3101 8
3.0 Pengenalan
3.1 Definisi Vandalisme
Menurut Kamus Dewan (2007: 1787) vandalism merujuk kepada perbuatan
membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalism juga dikenali
sebagai pugut atau pemugut atau laku musnah.
Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi
melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam
tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Dari segi konteks sekolah pula vandalism merupakan laku musnah yang berupa
pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng
meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan pokok,
bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik
darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris kenderaan guru.
Merosak harta benda kantin seperti mematah-matahkan sudu dan garpu, mengemek
dan memecahkan piring dan menghilangkan sudu, garpu, gelas dan piring.
Merosakkan harta benda pelajar lain seperti memancitkan tayar basikal, mengotorkan
bilik darjah, mengotorkan tandas, menyalahgunakan barang-barang asrama dan mengoyakkan
baju kawan. (Kamaruddin Haji Husin, 1995:150)
Secara ringkasnya pengertian vandalism ialah perbuatan merosakkan atau
memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-
undang sama ada ia dilakukan secara persendirian atau berkumpulan (geng). Kegiatan ini juga
sering dilakukan oleh golongan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah, tidak mengira lelaki
mahupun perempuan.
Vandalism juga mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana
terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
ELM3101 9
3.2 Isu Vandalisme
Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala vandalisme ini
sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan
sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Walaupun mereka
dianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung
kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.
Berdasarkan statistik vandalisme 2001 hingga Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Muzium
Telekom Malaysia, tahun 2004 menyaksikan angka vandalisme yang paling tinggi (10,898 kes),
berbanding 7,404 kes pada tahun 2003. Namun begitu, kes ini turun mendadak bermula tahun
2005 (7,851 kes); 2,002 kes pada tahun 2006 dan paling sedikit berlaku sehingga Jun 2007
(241 kes).
Peningkatan dari tahun ke tahun menjadikan isu vandalisme ini seperti sinonim dengan
amalan dan sikap masyarakat yang jelas mencerminkan budaya masyarakat Malaysia yang
gemar merosakkan harta benda awam. Isu yang semakin berleluasa malah meningkat dari
tahun ke tahun menyebabkan saya memilih topik isu vandalisme ini sebagai bahan kajian bagi
tugasan ini.
Permasalahan sosial ini juga berlaku di peringkat sekolah rendah malah menular ke
peringkat remaja. Sebagai contoh di sekolah rendah khususnya murid-murid telah mula
melakukan gejala vandalisme dengan menconteng meja, dinding, kerusi malahan tandas
sekolah. Malahan megoyakkkan sebarang poster ataupun bahan-bahan bantu mengajar,
informasi dan sebagainya yang dilekatkan di sekeliling sekolah ataupun kelas. Ini amat
mengecewakan guru-guru termasuk diri saya sendiri.
Peningkatan statistik inilah yang mendorong saya untuk mengkaji punca-punca
berlakunya gejala ini. Adakah punca-punca tersebut datang dari ibu bapa murid-murid tersebut
ataupun pengaruh rakan sebaya?. Siapakah yang bertanggungjawab bagi menangani masalah
ini? Adakah tanggungjawab menyelasaikan masalah ini harus dipikul oleh pihak kerajaan
semata- mata sahaja atau ibu bapa remaja yang terlibat harus memainkan peranan dalam
membanteras gejala ini.
ELM3101 10
3.3 Punca Gejala Vandalisme
Berdasarkan laporan Laman Web Majlis Daerah Jeli Kelantan: Terdapat beberapa
punca yang mendorong kepada jenayah vandalisme
3.3.1 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku, lebih-lebih lagi kepada remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
3.3.2 Ibu Bapa dan Keluarga
Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang
dijalankan, vandalisme dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarbelakangkan
keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
3.3.3 Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari
barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi gejala
vandalisme ini.
3.3.4 Sikap tidak ambil peduli
Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik masyarakat. Remaja adalah
produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan
produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan
dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia
wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sememangnya sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar sesetengah
penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu,
ELM3101 11
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa
menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
3.3.5 Secara suka-suka
Faktor secara suka-suka ialah yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara
suka-suka. Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa
akibat yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa yang terlintas dalam
fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan. Motif perbuatan
mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.
3.3.6 Tekanan jiwa
Faktor yang keenam ialah golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat.
Pelajar yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang dihadapi
menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik perhatian
orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai alasan untuk
melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk mereka mencurahkan
isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan fikiran diluahkan melalui tulisan-
tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala. Setiap empat perkataan yang ditulis dan bentuk benda
yang dilakar menggambarkan kekacauan jiwa remaja tersebut.
3.3.7 Rasa tidak puas hati
Faktor yang ketujuh ialah kerana mereka sentiasa tidak puas hati dengan keadaan diri
dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng dengan gambar-gambar
lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berasa puas
dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan ini terdiri daripada remaja yang mabuk
bercinta. Vandalisme dan golongan ini bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat
rekreasi. Antara hasil ukiran ialah lambing love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli.
Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan
vandalisme tanpa kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri
mereka daripada akal fikiran.
ELM3101 12
3.3.6 Grafik I-Think (Punca Gejala Vandalisme)
ELM3101 13
3.3.7 Kesan Gejala Vandalisme
Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan
negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan
menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat,
dan negara. Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan tetapi membawa kerosakan
yang kekal dan perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Kebanyakkan
individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengah mereka
untuk memenuhi kepuasan hati. Hal ini mendatangkan kesan ke atas individu itu sendiri.
Kesan yang amat ketara dapat dilihat ke atas kehidupan remaja itu sendiri kerana
kehidupan mereka dipersiakan begitu sahaja dengan membuang masa tanpa melakukan aktiviti
yang berfaedah. Selain itu, seseorang individu mudah terpengaruh dengan pelbagai kegiatan
negatif kerana mudah tepesong dengan pengangan hidup mereka. Apabila pengaruh luar mula
mendekati mereka tanpa berfikir panjang mereka mudah mengikuti gejala tersebut kerana
pemikiran remaja sebenarnya dipenuhi dengan keburukan dan tidak hairan jika mereka
melakukan sesuatu tindakan itu diluar kawalan mereka.
Selain itu, kegiatan ini juga akan menyusahkan masyarakat kerana kegiatan ini
melibatkan harta benda awam. Apabila mereka melakukan kegiatan ini sekaligus akan
menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh
apabila kebakaran berlaku orang ramai tidak dapat menghubungi pihak bomba kerana telefon
awam tidak dapat digunakan kerana gara-gara sesetengah remaja yang suka merosakkan
harta benda awam. Hal ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai malah boleh
mengorbankan nyawa seseorang.
Gejala vandalisme juga akan merugikan negara dari segi kos perbelanjaan kerana
kerajaan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki harta benda awam yang rosak. Wang
yang banyak perlu dihabiskan untuk membaiki dan menyelengggara barang yang rosak tetapi
sekiranya hal ini tidak berlaku wang tersebut boleh disalurkan kepada yang memerlukan seperti
membantu mereka yang lebih memerlukan.
Selain itu, imej negara akan tercemar di mata dunia dan hal ini sudah tentu akan
menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak mahu datang ke negara kita akibat
keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Mereka juga akan
membuat andaian bahawa rakyat di sini tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan.
Sebagai rakyat yang tidak melakukan perbuatan tersebut sudah semestinya akan berasa malu
apabila mendengar pelancong mengatakan ketidakselesaan mereka di negara kita. Kesannya,
industri pelancongan akan merosot dan ini akan menyebabkan penganguran dikalangan rakyat.
ELM3101 14
3.3.8 Rajah I-Think (Kesan Gejala Vandalisme)
ELM3101 15
3.3.9 Langkah-Langkah Menangani Gejala Vandalisme
Antara cadangan atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala
vandalisme ini adalah:
3.3.9.1 Peranan ibu bapa
Peranan ibu bapa dan keluarga adalah amat penting bagi membanteras gejala
ini dari terus berleluasa. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan
remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya
menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang
lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah
diingatkandengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk
hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak
berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkanuntuk
membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke
alam dewasa.
3.3.9.2 Pelaksanaan undang-undang
Oleh yang demikian, bagi mengekang budaya dan aktiviti songsang ini, maka
penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan terhadap
pesalah vandalism di mana di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme 1991 memperuntukkan sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam
boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan. Walaupun peruntukan undang-undang ini nampak agak ringan, namun mungkin
sudah tiba masanya kita mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah vandalisme
seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara maju lain.
3.3.9.3 Hukuman khidmat sosial
Pelaksanaan undang-undang lain seperti menetapkan pesalah-pesalah vandalisme
menjalankan kerja-kerja khidmat sosial dan masyarakat misalnya seperti mencuci dan
mengecat tandas awam, membersih kawasan awam seperti taman permainan dan sebagainya
juga wajar dilaksanakan di mana mereka juga boleh diarahkan menggunakan pakaian seragam
pesalah vandalisme sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat agar tidak mengulangi
perbuatan tersebut di masa hadapan serta menjadi teladan kepada semua. Hal ini adalah
ELM3101 16
kerana aktiviti vandalisme bukan perkara main-main dan boleh dianggap mudah oleh segelintir
masyarakat kita terutamanya generasi muda.
3.3.9.4 Peranan masyarakat dan pihak sekolah
Langkah seterusnya ialah peranan masyarakat dan pihak sekolah. Setiap anggota
masyarakat perlu bersikap prihatin danmemberi perhatian kepada anak mereka agar tidak
melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting
memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi
nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda
perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda
awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka
diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan
sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.
3.3.9.5 Peranan media massa
Kemudian, peranan media massa. Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber
maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam
kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa
bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga
berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham
dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan
komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.
ELM3101 17
3.3.9.6 Rajah I-Think (Langkah-Langkah Menangani Gejala Vandalisme)
ELM3101 18
3.3.10 Refleksi
Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak ilmu baru yang saya boleh
sampaikan kepada orang lain.
Memalui KKP ini saya mengetahui bahawa persekitaran memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat
terhadap sesuatu tingkah laku. Manakala penilaian individu terhadap keperluan asas seperti
keselamatan, fizikal, kasih sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan
moral.
Melalui KKP ini juga saya dapat membandingkan nilai moral sebelum dan selepas
merdeka iatu masyarakat yang berbilang kaum dari segi nilai dan amalan masyarakat itu sendiri
serta impak kepada masyarakat kini.
Melalui KKP ini juga saya dapat mengetahui isu vandalisme dan ia bukanlah merupakan
isu yang baru. Ia adalah satu isu yang telah lama berleluasa dan semakin meruncing sehingga
kini masih berlarutan dan tidak ada penghujungnya. Ramai yang menganggap isu ini sebagai
satu isu yang remeh-temeh sahaja padahal jika gejala ini tidak dibendung dengan langkah yang
sewajarnya, ia mampu merapuhkan kedaulatan negara kita pada masa hadapan. Bagi remaja
isu vandalisme merupakan sesuatu nilai yang subjektif, kerana mereka berpendapat bahawa
tabiat menconteng itu tidak merugikan mereka tetapi tidak dapat memandang ke arah nilai yang
lebih objektif. Berdasarkan teori teologikal yang bermaksud tujuan dan matlamat, menganggap
tindakan itu adalah berdasarkan kepada perbuatan itu sama ada salah atau betul. Remaja
cenderung kepada melakukan gejala negatif tetapi beranggap bahawa gejala tersebut tidak
memberi kesan yang buruk.
Oleh itu, perlu diingatkan bahawa perlunya ada kesedaran dalam diri kita ini iaitu kita
manusia semua diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya dan untuk mentadbir
alam ini. Berdasarkan nilai keagamaan manusia meletakkan sesuatu nilai itu berlandaskan
kepada ajaran agama. Berdasarkan teori deontologikal bermaksud harus dan wajib, iaitu
ELM3101 19
masyarakat harus mempunyai pegangan agama dan bertanggungjawab terhadap akibat-akibat
atau tindakan yang dilakukan.
Dapatlah saya rumuskan disini bahawa KKP tugasan ini mencabar dan menguji
pemikiran kritis dan logikal diri saya sendiri dalam mengutarakan sesuatu dapatan dan
maklumat yang saya perolehi. Pegalaman dan kekangan yang dihadapi merupakan satu
cabaran yang perlu dihadapi agar sesuatu penyelesaian masalah dapat diterjemahkan menjadi
sesuatu tugasan yang bermakna.
Sekian dan Terima Kasih.
ELM3101 20
Bibliography
(n.d.). Retrieved from http://www.mpm.gov.my/vandalism_introduction
(2009, November 16). Retrieved from http://www.khabarislam.com/menghentikan-
vandalisme-dan-gengisme-pada-remaja.html
(2009, May 25). Retrieved from http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/golongan-
remaja-mudah-terpengaruh-dengan-kegiatan-vandalisme/
Al-Ghazali. (2000). Membentuk Peribadi Mukmin Sejati. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers.
Al-Jazairi, A. B. (1987). Akhlak Muslim. Pulau Pinang: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Empat. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahsuri. (2008, July 8). Retrieved from http://digilib.uin-
suka.ac.id/gdl.php?mod=browse&op=read&id=digilib-uinsuka--mashurinim-672
Murad, D. M. (2006). Kesalahan Dalam Ibadah Dan Muamalat. Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise.
Ujie. (2009, February 21). Retrieved from http://ujie.com/blog/2009/02/21/vandalisme-
laku-musnah/
ELM3101 21
Lampiran
1.0 10 Sikap Tidak Bermoral Masyarakat Malaysia
ELM3101 22
1.2 Keratan Majalah Ridest Digest
ELM3101 23
1.3 Keratan Akhbar Warga Tua
ELM3101 24
1.4 Statistik Kes Vandalisme
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama
&pg=ru_01.htm
ELM3101 25
1.5 Gambar-gambar gejala vandalisme
ELM3101 26
1.6 Keratan akhbar
ELM3101 27