PENGENALAN MENGENAI TUGASAN
Pada semester ini, saya telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Apabila saya mempelajari subjek ini, saya dapat mengetahui bahawa
teknologi bukan hanya suatu ilmu pengetahuan dan juga bukan sejenis alat,
sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu, alat
atau bahan itu berkesan kepada pelajar – pelajar.
Perancangan yang teliti dalam penyediaan sesuatu pengajaran amatlah
penting terutamanya ketika guru ingin memilih serta menggunakan media dalam
pengajaran mereka. Model ASSURE (Smaldina, E. Heinich, R & Molenda, M (2005)
memberi panduan kepada guru bagaimana media dipilih serta dapat digunakan secara
lebih berkesan dan bersesuaian dengan tahap profil pelajar.
ASSURE ialah akronim bagi perkataan Analyze (analisis ciri – ciri pelajar),
State Objektif (menyatakan objektif), Select Methods, Media & material (memilih
kaedah, media dan bahan), Utilize Media & Materials ( menggunakan Media dan
bahan), Require Learner Participation (memerlukan penyertaan pelajar) dan Evaluate
& Revise (menilai & mengulangkaji)
Saya telah diberi tugasan yang berkaitan dengan konsep yang telah saya
pelajari, Saya diminta untuk menyediakan perancangan pengajaran pembelajaran
berdasarkan Model ASSURE. Berdasarkan model tersebut, saya dapat mengetahui
cara yang terbaik untuk merancang pengajaran yang menarik dan mengaplikasikan
penggunaan media dan memahami ciri – ciri yang terkandung dalam model ASSURE.
Berdasarkan Model ASSURE tersebut, saya juga diminta merancang satu
rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah. Saya juga dibenarkan untuk
memilih mana – mana huraian sukatan pelajaran. Sebelum saya memulakan tugasan
ini, saya perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang sesuai dalam
pengajaran tersebut.
Saya juga perlu menggunakan penggunaan teknologi dalam penyediaan
rancangan pengajaran pembelajaran itu bersesuaian dengan subjek yang saya pilih.
1
Oleh itu dapat saya simpulkan disini, bahawa tugasan ini dapat memberi
pendedahan kepada saya untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan
teknologi yang ada dengan sebaik – baiknya agar mutu pengajaran saya dapat
dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.
2
MODEL ASSURE
Tajuk Pengajaran : Kebersihan
Nama Guru : Rosfariza bt Jaafar
Kelas : 3 Jasmine
Kandungan Pengajaran : Kepentingan membuang sampah secara teratur dan
penggunaan tong sampah
Masa : 8.20 – 9.20 ( 60 minit )
BIL. ASSURE MODEL
1 A – Analyze Leaner
(Analisis Pelajar)
Dalam kelas saya ini terdiri daripada 35 orang
murid, di mana 15 orang daripadanya ialah murid
lelaki dan 20 orang lagi murid perempuan. Mereka
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 25
orang murid melayu, 5 orang murid Cina, 2 orang
murid India dan 3 orang murid Iban.
Murid - murid yang terdapat didalam kelas ini
terdiri dari murid – murid yang sederhana cerdas
dari segi mental dan sosial serta tiada kecacatan
fizikal. Namun begitu,terdapat juga beberapa orang
murid yang berpotensi untuk maju sekiranya
dibimbing dengan baik.
Kebanyakan daripada mereka juga berasal dari
keluarga yang mempunyai pendapatan ekonomi
yang sederhana.Murid – murid kelas ini juga tidak
menghadapi masalah dalam menyediakan
kelengkapan untuk belajar.
Secara umumnya murid – murid didalam kelas ini
mempunyai pengetahuan membaca dan menulis
perkataan dengan baik.
3
Kebanyakkan murid lebih suka kepada
pembelajaran yang menarik, berbanding dengan
pembelajaran yang formal.Mereka sukakan aktiviti
yang boleh melibatkan penglibatan murid.
Didalam kelas ini, murid – murid boleh
diklasifikasikan kepada tiga jenis gaya
pembelajaran iaitu gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan pembelajaran kinestetik.
Secara keseluruhannya, 30% murid – murid dalam
kelas 3 Jasmine ini belajar dengan gaya kinestetik,
30% daripadanya belajar secara audio dan 40%
lagi belajar dengan gaya pembelajaran visual.
Disini dapat di kelaskan bahawa murid lebih
tertarik untuk menonton sesuatu yang dipaparkan
berbanding dari mendengar ataupun melakukan
pergerakan aktiviti.
* Bilangan murid : 35 orang
- murid lelaki – 15 orang
- murid perempuan – 20 orang
* Umur : 9 tahun
* Etnik
- Melayu – 25 orang
- Cina – 5 orang
- India – 2 orang
- Iban – 3 orang
* Gaya pembelajaran
- Kinestetik – 30%
- Audio - 30%
- Visual 40%
4
2 S – State Objective
(Menentukan
Objektif)
Pada akhir proses pengajaran murid dapat :
- Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan
secara lisan
- Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
- Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja
dengan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
3 S – Select Methods,
Media and Materials
(Memilih kaedah,
media dan bahan)
1.Penggunaan bahan yang maujud
- Tujuan bahan ini digunakan :
* Bahan maujud ini adalah sebuah tong sampah
yang bertulis “ Gunakan Saya” dibahagian luar
badannya. Bahan ini digunakan semasa set
induksi.
* Bahan ini digunakan adalah bertujuan untuk
merangsang pemikiran murid agar berfikir
tentang kegunaan tong sampah tersebut. Pada
bahagian luar badan tong sampah tersebut ditulis
pekataan” Gunakan Saya” dengan menggunakan
dakwat yang berwarna putih, manakala
tulisannya pula adalah bersaiz besar agar dapat
dilihat oleh murid – murid dengan lebih jelas
lagi.
* Guru meletakkan tong sampah tersebut
dihadapan kelas dan meminta murid mengutip
sampah yang terdapat dalam kelas tersebut dan
membuangnya ke dalam tong sampah.
* Guru menggunakan bahan maujud adalah
bertujuan untuk menarik minat dan melatih
murid – murid agar sedar akan kegunaan tong
sampah.Penggunaan bahan maujud ini adalah
5
lebih efektif jika dibandingkan dengan cara
guru menerangkan secara langsung kepada
murid.
- Cara menggunakan bahan :
* Guru meminta murid menamakan bahan yang
dibawanya. Kemudian guru menyuruh murid
mengutip sampah yang terdapat didalam kelas
untuk dibuang ke dalam tong sampah.
* Guru menyoal murid tentang kegunaan tong
sampah.Ramai murid yang berlumba – lumba
untuk menjawab soalan yang diberikan.Guru
memilih salah seorang daripada murid tersebut
untuk menjawab soalan tersebut.
- Objektif pembelajaran
* Murid dapat mengetahui kegunaan tong sampah
apabila mereka diminta mengutip sampah yang
terdapat didalam kelas tersebut untuk dibuang
kedalam tong sampah.
- Adakah ia menarik minat murid – murid.
* Dengan menggunakan bahan maujud ini dapat
menarik perhatian murid – murid dimana
mereka akan tertanya sesama sendiri tentang
aktiviti yang akan dijalankan oleh guru.Dengan
itu murid - murid akan memberi lebih
penumpuan pada pengajaran guru.
- Cara Media Diperolehi
6
* Tong sampah yang berwarna hitam ini boleh
didapati disekitar sekolah .Guru hanya
menggunakan cat yang berwarna putih untuk
ditulis pada bahagian luar badan tong sampah
tersebut.Tujuan guru menulis pada bahagian luar
badan tong sampah adalah untuk memberitahu
murid agar membuang sampah kedalam tong
sampah yang disediakan.
2. Penggunaan video
- Tujuan bahan ini digunakan
* Tayangan video disediakan adalah bertujuan
memberi kesedaran kepada murid supaya lebih
peka terhadap kebersihan persekitaran.Paparan
video tersebut menunjukkan pemandangan
sampah di luar tong sampah. Di samping itu,
paparan video itu pula disulami dengan muzik
latar lebih menarik minat pelajar. .Paparan video
yang ditayangkan juga mengambarkan situasi
sebenar kehidupan mereka, dimana mereka
dapat mengetahui kesan – kesan negatif
sekiranya mereka tidak menjaga kebersihan
alam sekitar.Murid – murid juga diberi borang
tontonan video untuk menguji sejauh manakah
tumpuan murid – murid terhadap video yang
dipaparkan kerana guru hanya akan memainkan
video tersebut sekali sahaja.
- Cara menggunakan bahan
7
* Guru menggunakan peralatan seperti komputer
riba dan projector (LCD). Video yang disimpan
dalam komputer riba dipancarkan ke layar dan
alat pembesar suara juga disediakan agar murid –
murid dapat mendengar bunyi didalam video
dengan lebih jelas lagi.
- Objektif pembelajaran
* Dengan menggunakan tayangan video sebagai
bahan bantu mengajar ini, diharapkan agar
murid – murid dapat memahami betapa
pentingnya membuang sampah didalam tong
sampah.Selepas tamatnya tayangan video
tersebut, guru mengedar borang tontonan,
dimana didalam borang tersebut terdapat
beberapa soalan yang perlu dijawab oleh
murid – murid.
- Adakah ia menarik minat murid – murid
* Penggunaan media ini dapat menarik minat
murid – murid kerana video tersebut
menunjukkan pemandangan sampah yang
dibuang diluar tong sampah dimana sampah –
sampah tersebut dipenuhi dengan lalat yang
sememangnya suka pada kekotoran.Tayangan
video ini juga diiringi dengan irama muzik
supaya murid tidak merasa boring semasa
menonton video ini.Murid murid juga diarahkan
untuk menonton tayangan video dengan sepenuh
penumpuan agar murid dapat menjawab soalan
yang terdapat didalam borang tontonan video.
8
- Bagaimana ia dihasilkan
* Video ini diperolehi melalui muat turun
daripada internet. Alat pembesar suara juga
digunakan untuk menghasilkan bunyi yang
lebih jelas.
3. Penggunaan MS PowerPoint
- Tujuan bahan ini digunakan
* Bahan ini digunakan adalah bertujuan untuk
penyediaan lembaran kerja kepada murid -
murid agar mereka lebih berminat untuk
membuat lembaran kerja tersebut.Penyedian
lembaran kerja dengan menggunakan papan
hitam atau papan putih kurang menarik dan agak
membosankan,menyebabkan guru cuba
menggunakan pendekatan ICT yang lebih
berwarna warni.
- Cara menggunakan bahan
* Guru menyediakan soalan - soalan lembaran
dengan mengunakan perisian Microsoft
PowerPoint.Lembaran kerja ini diberi didalam
kelas semasa langkah ketiga.Murid ditanya
secara individu. Sekiranya murid tersebut tidak
dapat menjawab, guru meminta murid lain untuk
membantu.
- Objektif pembelajaran
* Dengan menggunakan media ini sebagai bahan
bantu mengajar, guru berharap agar murid
9
menulis sekurang – kurangnya empat ayat
tunggal dan ayat majmuk dalam borang
pengurusan grafik (lembaran kerja) tentang
keadaan bersih dan kotor di tiga tempat dalam
kawasan sekolah.
- Adakah ia menarik minat murid – murid
* Penyediaan soalan dengan menggunakan peisian
Mikrosoft PowerPoint akan dapat menarik
perhatian murid – murid selain sesi pengajaran
juga akan menjadi lebih tersusun dan efektif.
- Bagaimana ia dihasilkan
* Soalan Bahasa Melayu telah dihasilkan sendiri
berpandukan buku teks Bahasa Melayu Tahun 3.
Guru juga memasukkan gambar – gambar
animasi untuk menarik minat murid – murid
untuk menjawab soalan – soalan yang terdapat
di dalam slide PowerPoint ini.
4 U- Utilize Media and
Materials
(Menggunakan
Media Dan Bahan)
1. Menyemak media dan bahan sebelum
menggunakannya.
* Bahan Maujud
- Idea tentang penggunaan tong sampah sebagai
bahan maujud amat bertepatan dan ramai
rakan – rakan yang ditanya, sependapat
mengatakan bahawa dengan penggunaan bahan
maujud ini murid – murid akan menjadi lebih
berkeinginan untuk mengetahui apakah yang
akan dilakukan oleh guru dengan bahan tersebut
10
dan mereka akan memberi lebih perhatian dan
peka dengan arahan yang diberikan oleh guru.
* Bahan video
- Sebelum dipertonton kepada murid –
murid,video ini turut ditunjukkan kepada rakan
guru untuk dinilai.Mereka berpendapat video ini
amat menarik kerana dapat memberi kesedaran
kepada murid – murid tentang pentingnya
menjaga kebersihan persekitaran supaya hidup
kita menjadi lebih sihat.
- Ada juga beberapa orang murid dari tahun 5
yang menonton mengatakan bahawa video ini
dapat memberi kesedaran bahawa setiap orang
perlulah bekerjasama dalam menjaga kebersihan
persekitaran.
* Bahan slide persembahan
- Lembaran kerja yang menggunakan slide
PowerPoint juga ditunukkan kepada rakan guru
untuk dinilai kebersanannya.Mereka
berpendapat penggunaan latar belakang,
haruslah menggunakan warna yang sesuai agar
tidak menenggelamkan tulisan yang sepatutnya
menjadi fokus utama.
2. Sediakan bahan/persekitaran untuk penggunaan
media
* Bahan Maujud
11
- Bahan maujud ini dibawa oleh guru semasa
masuk kedalam kelas dan di letakkan dihadapan
kelas.Sebelum memulakan pengajaran, guru
perlu memastikan murid – murid berada
ditempat duduk masing – masing. Kemudian
guru meminta murid memandang disekeliling
tempat duduk masing – masing, sekiranya
terdapat sampah, guru meminta murid
membuangnya kedalam tong sampah yang
diletakkan dihadapan kelas.
* Bahan video
- Bantuan daripada pembantu makmal komputer
sekolah dapat mempercepatkan lagi proses
penyediaan alat seperti komputer riba, projektor,
skrin layar putih dan pembesar suara agar semua
murid dapat menonton video dan dapat
mendengar suara dengan jelas.Perkara ini
penting sekali kerana murid – murid perlu
menjawab soalan didalam borang tontonan
selepas tamatnya tayangan tersebut.
* Bahan slide persembahan
- Alat – alat yang sama semasa penggunaan bahan
video turut diperlukan lagi seperti komputer
riba, projektor, skrin layar putih. Guru akan
menerangkan kepada murid sekiranya murid
tidak faham cara menjawab soalan
tersebut.Murid – murid diminta duduk secara
individu dimana murid - murid yang rendah
ketinggian fizikal diminta duduk dibahagian
hadapan supaya semua murid dapat melihat
12
semua lembaran kerja yang dipaparkan itu. Guru
meletakkan murid – murid secara individu
adalah bertujuan untuk menguji kefahaman
setiap murid.
3. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar
* Bahan maujud
- Untuk menggunakan bahan maujud ini , murid –
murid perlulah mengenali jenis bahan yang
dibawa masuk ke kelas oleh guru itu.Mereka
juga perlulah mempunyai kebolehan membaca,
dimana mereka perlu membaca tulisan yang
ditulis diluar badan tong sampah tersebut.
* Bahan video
- Sebelum menonton video tersebut ,murid –
murid didedahkan dahulu berkenaan cara – cara
mengisi borang tontonan video.Majoriti murid –
murid dikelas ini telah menguasai kemahiran
membaca.Ini memudahkan mereka untuk
mengisi borang tersebut.
* Slide PowerPoint
- Slide PowerPoint ini ditayangkan semasa
langkah ketiga.Pada tahap ini murid – murid
mampu membeza antara keadaan bersih dan
kotor serta tindakan yang perlu diambil untuk
memastikan kawasan persekitaran berada dalam
13
keadaan bersih.
5 R – Require Learner
(memerlukan
penyertaan pelajar)
1. Bagaimana penglibatan murid semasa
penggunaan media ( apa yang murid buat?)
* Bahan maujud
- Guru masuk ke dalam kelas tahun 3 Jasmine
dengan membawa sebuah tong sampah yang
bertulis ‘Gunakan saya’ pada bahagian luar
badan tong sampah tersebut. Semua murid
diminta melihat disekeliling tempat duduk
masing – masing jikalau terdapat sampah. Guru
meminta murid – murid mengutip sampah
tersebut dan membuangnya ke dalam tong
sampah yang diletakkan di hadapan kelas.
Setelah murid selesai membuang sampah,guru
bertanya kepada mereka beberapa soalan. Murid
yang ingin cuba menjawab soalan tersebut akan
mengangkat. Guru memilih beberapa orang
murid untuk menjawab. Tujuan guru memilih
beberapa orang murid untuk menjawab soalan
adalah untuk menguji pengetahuan sedia ada
murid tentang penggunaan tong sampah.
Kemudian guru membuat ulasan tentang
jawapan – jawapan yang di berikan oleh murid
dan mengaitkan aktiviti ini dengan tajuk
pelajaran.
* Bahan video
- Guru mengedarkan borang tontonan video
kepada murid. Mereka diberi masa selama 3
minit untuk menganalis soalan – soalan
14
tersebut.Guru memberitahu kepada murid –
murid bahawa soalan tersebut hendaklah
dijawab setelah selesai menonton tayangan
video. Setelah habis menonton, murid – murid
diberi masa selama 5 minit untuk melengkapkan
borang penilaian tontonan. Kemudian, murid
akan menyemak jawapan bersama – sama guru
dan jika murid memerlukan penjelasan
mengenai soalan, guru akan menerangkan
kepada murid dengan lebih terperinci lagi.
* Slide PowerPoint
- Lembaran kerja diberikan kepada murid
menggunakan slide PowerPoint yang dipaparkan
dihadapan kelas.Guru memberi masa selama 15
minit kepada murid untuk menyelesaikan
lembaran kerja tersebut. Kemudian guru,
memilih beberapa orang murid untuk menjawab
soalan. Sekiranya murid tidak dapat menjawab
soalan, guru akan memberi penjelasan.
6 E – Evaluate and
Revise ( menilai dan
mengulangkaji )
1. Pada akhir pembelajaran murid dapat :
- Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan
secara lisan
- Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
- Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja
dengan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
2. Untuk menilai bahan – bahan media, murid –
murid diberi borang nilaian dan segala penilaian
15
yang dibuat oleh murid akan diambil perhatian
oleh guru untuk menambahbaikan pada masa
akan datang.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Jasmine
Bilangan Murid : 35 orang
Tema : Kebersihan
Tajuk : Kepentingan membuang sampah secara teratur
16
Tarikh : 15 April 2011
Masa : 8.20 pagi – 9.20 pagi ( 60 minit )
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
i. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan secara
lisan
ii. Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
iii. Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja dengan
menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
Hasil Pembelajaran :
i. Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat,sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
ii. Membaca perkataan dan ayat dengan sebutan yang betul
Aras 2 Membaca pelbagai jenis ayat, memilih dan menggunakan kata
yang sesuai untuk menyatakan sesuatu
iii. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
teks tentang sesuatu tajuk
Aras 3 Membina ayat tentang sesuatu tajuk menggunakan ayat tunggal
dan ayat majmuk.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk dan sebutan.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebersihan.
Nilai : Kebersihan,menghayati,menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan,membuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
17
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid – murid dikelas ini telah menguasai kemahiran
membaca dengan baik.
Bahan Bantu Belajar : Tong sampah, video, slide PowerPoint, kertas dan alat
tulis.
L LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit )
Murid didedahkan
dengan penggunaan
tong sampah secara
i ) Murid memerhatikan tong
sampah yang bertulis “
Gunakan Saya” yang
BBB :
Tong sampah
18
teratur dibawa oleh guru.
ii ) Murid diminta memerhati
disekelling tempat duduk
masing – masing
sekiranya terdapat sampah
dan menyuruh murid
membuangnya kedalam
tong sampah yang dibawa
oleh guru.
iii ) Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk
pengajaran yang akan
diajari pada hari itu.
KB :
Menghubungkait
Nilai :
Peka terhadap
kebersihan
persekitaran
1
( 25 Minit )
Murid menonton
video pemandangan
sampah diluar tong
sampah
i ) Guru mengedarkan
borang tontonan video
kepada murid – murid
yang mengandungi
beberapa soalan iaitu :
a. Di manakah kamu perlu
membuang sampah?
b. Apakah keburukan jika
sampah tidak
dimasukkan dengan
baik ke dalam tong
sampah?
c. Jika kelas kamu kotor
dan berbau, apakah
perasaan kamu ?
ii ) Murid diminta untuk
melihat tayangan video
KB :
Memuat inferens dan
menonton dan
mendengar dengan
aktif.
BBB :
LCD, komputer riba.
19
dan menghayatinya
iii ) Selepas tamat tayangan
video tersebut murid
diminta untuk menjawab
soalan – soalan yang
terdapat dalam borang
tontonan video.
2
( 25 Minit )
Guru menyediakan
soalan lembaran
kerja dengan
menggunakan
PowerPoint
i ) Murid diminta untuk
melihat paparan
powerpoint yang
mengandungi soalan
lembaran kerja.
ii ) Murid diminta menjawab
secara individu untuk
menguji tahap kefahaman
masing – masing.
iii ) Beberapa orang murid
dipanggil untuk menjawab
soalan – soalan tersebut.
iv ) Guru menerangkan dengan
lebih teperinci mengenai
tajuk sekiranya masih ada
diantara mereka yang
kurang memahami.
KB :
Menghubungkait,menj
ana idea.
Nilai :
Kesedaran tentang
pentingnya menjaga
kebersihan.
BBB : Slide
PowerPoint
3
( 25 Minit )
Aktiviti pengayaan
iaitu memadankan
situasi dengan
gambar yang sesuai
i ) Guru terlebih dahulu
menanyakan kepada murid
sekiranya mereka masih
tidak memahami tajuk
pengajaran pada hari
tersebut.
KB :
Menjana idea,
menghubungkait dan
membuat inferens.
KP :
20
ii ) Guru menyediakan latihan
pengayaan untuk
menambahkan lagi
kefahaman murid murid
dalam tajuk tersebut.
Intrapersonal,
interpersonal
Nilai :
Kesedarn tentang
pentingnya menjaga
kebersihan.
BBB :
Kertas
Penutup
( 5 minit )
Guru membuat
rumusan mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan soalan
kepada murid apa
yang telah mereka
pelajari.
Guru juga
menanyakan nilai –
nilai murni yang
terdapat semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaran
i ) Murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat
tambahan daripada bahan
– bahan yang lain bagi
menambahkan
pengetahuan mereka.
ii ) Murid juga menyatakan
nilai – nilai murni yang
telah dipelajari pada hari
tersebut.
iii ) Murid diminta membuat
penilaian dengan mengisi
borang penilaian bahan
media yang diedarkan
oleh guru.
BBB :
Kertas
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, dapat saya katakan disini bahawa pemilihan jenis media dan
bahan yang kosisten dengan objektif pengajaran adalah sangat penting.Tahap
pencapaian dan kebolehan murid juga memudahkan guru membuat pemilihan dan
21
penilaian bahan sumber pendidikan agar model ASSURE boleh diaplikasi dengan
jayanya.
Saya juga bersyukur kerana tugasan yang diberikan ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan walaupun terdapat sedikit kekangan dalam proses
menyempurnakan.
22
23