INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS IPOH
31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (TESL) PENDIDIKAN RENDAH
SUBJEK : BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
SEMESTER : 1
TARIKH MULA
: 19 JANUARI 2012 TARIKH HANTAR
: 17 FEBRUARI 2012
NAME : Hamdan Bin Basran
NO I/C : 910921-10-5927
UNIT : K 13
KOD SUBJEK : WAJ 3115
PENSYARAH : En. Kamarul Azlan Mohd Yusof
TARIKH HANTAR : 17 FEBRUARI 2012
Isi kandungan
bi
l
Perkara Muka surat
objektif
Biodat pengarang
Sinopsis cerpen- ‘Mengandung’
Gaya Bahasa
Kesantunan bahasa
Sistem sapaan
Kepentingan gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan
Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-
faktor yang mempengaruhinya.
Refleksi
bibliografi
Borang kolaborasi
lampiran
Objektif
Cerpen sesuai digunakan sebagai bahan bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang
digunakan penuh dengan siratan makna dan alunan rasa imaginatif. Objektif tugasan ini ialah supaya
pelajar dapat menganalisis, mengulas dan menghuraikan sebuah cerpen dari pelbagai aspek seperti
penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan kepentingan kesemua aspek
tersebut. Kerja khusus ini juga bertujuan supaya pelajar dapat menghuraikan konsep kesantunan
bahasa , verbal dan non verbal. Ia juga bertujuan untuk membuatkan pelajar berfikir secara kritis
dalam proses menganalisis cerpen yang telah dipilih.
Biodata A Samad Said
Nama sebenar A.Samad Said ialah Abdul Samad bin Muhammad Said.Beliau lahir pada 9
April 1935.Merupakan Sasterawan Negara Malaysia 1986.Beliau dianugerahkan sebagai
anugerah Sasterawan Negara yang ke-4.Beliau juga pernah di anugerahkan dengan
Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal,
Melaka. A.Samad Said mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura
(1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura(1956).
Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang diUtusan Melayu,
Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan
terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The
New Straits Times,Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang
aktif berkarya.
Sejak dari alam persekolahan hingga kini beliau telah menghasilkan puluhan karya dalam
genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan
Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah
Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk
Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w dalam Puisi (1999)
dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr
Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak.Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.
Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir
Lesu,Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.
Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memartabatkan
kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai
anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah
Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).Selain pengiktirafan dalam
bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang
membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.
Sinopsis cerpen – “mengandung”
Cerpen “mengandung” mengisahkan tentang sepasang suami dan isteri yang menghadapi
konflik didalam rumah tangga mereka. Di permulaan cerpen ini, suami iaitu Kamal telah menampar
isterinya iaitu Maimunah. Bang Mansor iaitu jiran Kamal cuba menenangkan Kamal yang masih
marah terhadap isterinya. Kak jah ( Khatijah ) isteri Mansor turut sama cuba menenangkan Kamal.
Kak Jah telah memberitahu Kamal sesuatu yang membuat Kamal terkejut. Punca kelakuan yang
berbeza ialah kerana sebenarnya dia sedang mengandung. Kamal berasa sungguh terkejut kerana
dia tidak mengetahui akan hal itu. Kak Jah menyuruh Kamal pergi keluar untuk menenangkan diri
nya. Kamal tanpa berkata apa-apa terus sahaja menukar pakaian dan keluar dari rumah.
Kamal telah pergi ke tepi laut untuk menenangkan dirinya. Di tepi laut itu terdapat banyak
kenangan indah yang telah terjadi antara Kamal dan isterinya. Kamal teringat tentang peristiwa di
mana pertama kali Kamal ingin memeluk isterinya. Kamal masih ingat lagi wajah isterinya yang malu-
malu dan menganggap saat itu ialah saat paling manis dalam hidupnya. Kenangan wangi dan manja
itu bergerak-gerak manja di dalam fikiran Kamal. Kamal juga terimbas kembali satu lagi kenangan
manis yang telah tercatat di tepi laut itu. Kamal teringat peristiwa di mana isterinya cemburu akan
hubungan antara Jamilah dan Kamal. Kamal cuba menerangkan keadaan sebenar kepada isterinya.
Dia menjelaskan bahawa dia dan Jamilah hanyalah kawan biasa sahaja. Kamal juga mengatakan
bahawa dia hanya menyayangi isterinya sahaja. Kamal berasa sungguh menyesal akan
perbuatannya yang telah menampar isterinya buat pertama kali. Dia mengatakan bahawa dirinya
tidak berlaku adil kepada isterinya. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memujuk
isterinya yang berada dalam kesedihan kerana perselisihan faham yang telah berlaku antara mereka
berdua.
Setibanya Kamal di rumah, dia terus menuju ke bilik di mana isterinya berada. Kamal melihat
mata isterinya dan dia melihat masih terdapat linangan airmata di mata isterinya itu. Maimunah terus
memeluk Kamal di iringi dengan tangisan. Kamal pula telah meminta maaf kepada isterinya dan dia
bertanya mengapa maimunah tidak memberitahunya bahawa dia sedang mengandung. Kamal risau
jika sesuatu terjadi kepada isteri yang dicintainya. Maimunah memberikan alasan bahawa dia tidak
mahu membebankan suaminya dengan berita itu. Kamal memeluk isterinya dan tangisan maimunah
telah berhenti menandakan mereka telah berbaik-baik semula.
Gaya bahasa
Gaya bahasa merupakan aspek yang terpenting dalam penghasilan sesuatu karya seperti
cerpen, puisi, novel dan lain-lain lagi.Gaya bahasa ialah merupakan cara penulis
menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan
terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. Gaya bahasa yang
berbeza-beza membuatkan sesuatu karya itu unik dan menarik. Ia juga dapat menarik
minat pembaca untuk membaca dan menghayati sesuatu karya itu. Gambaran
imaginasi penulis dapat disalurkan dengan jelas melalui penggunaan gaya bahasa.
Di dalam cerpen, ‘mengandung’ gaya bahasa personifikasi kerap dan banyak
digunakan oleh penulis. Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepada
benda-benda lain. Sebagai contoh “bulan sabit tersenyum mesra”. Dapat kita lihat sifat
manusia iaitu ‘tersenyum mesra’ telah diberikan kepada ‘bulan sabit’. Penggunaan
personifikasi membolehkan pembaca menyelami maksud sebenar yang cuba
disampaikan oleh penulis. Penggunaan gaya bahasa sinkof juga digunakan oleh
penulis didalam cerpen ini. Sebagai contoh “agaknya engkau tak tahu,Kamal...” dan
“pergi sajalah dulu engkau bersiar-siar di luar Mal”. Penulis menggunakan gaya bahasa
sinkof kerana mahu membuat cerita itu tidak terlalu formal.
Seterusnya ialah penggunaan simpulan bahasa didalam cerpen ini. Simpulan bahasa
merupakan kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu
yang membawa maksud tertentu. Contoh simpulan bahasa yang terdapat didalam cerpen ini ialah
‘mata keranjang’. Mata keranjang bermaksud lelaki yang bermata liar dan suka memandang
perempuan cantik. Di dalam cerpen ini juga terdapat peribahasa yang diselitkan oleh penulis untuk
menarik minat pembaca. Sebagai contoh, ‘menanam tebu di bibir’. Ia bermaksud berkata-kata
manis atau memberikan janji palsu untuk untuk membuatkan orang lain percaya kepada mereka.
Penulis juga menggunakan simile dalam penulisan cerpen ini. Simile bermaksud
perbandingan setara yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu perkara. Kata-
kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya
merupakan ciri-ciri simile. Contoh simile didalam cerpen ini ialah ‘Kamal, seperti
seorang hamba yang patuh kepada tuannya...’. Penggunaan hiperbola juga terdapat
didalam cerpen ini. Hiperbola bermaksud bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis
untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar. Contoh
yang terdapat didalam cerpen ini ialah ‘Mansor cuba memadamkan api kemarahan
Kamal’.
Gaya bahasa repitisi juga terdapat didalam cerpen ini. Repitisi merupakan
pengulangan kata. Sebagai contoh watak Mansor didalam cerpen ini telah berkata, ‘Ah
budak-budak ini’ dan telah mengulang kembali perkataan itu sekali lagi. Di samping itu
penulis menggunakan gaya bahasa anaphora didalam karyanya. Anaphora merupakan
pengulangan di awal baris. Contohnya ‘Di atas kepalanya,bulan sabit tersenyum mesra,
dan kenangan lain pula memenuhi kepalanya.Di tepi laut itu berlakunya,terang
sungguh’. Pengulangan ayat ‘di’ berlaku di awal baris.
Kesantunan bahasa
Definisi kesantunan bahasa menurut Amat Juhari Moain (1992), ialah
kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang
digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-
nilai hormat yang tinggi. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk
kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek non
verbal seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Lakoff (1975) mendefinisikan
kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Dalam konteks kesantunan berbahasa
pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari
yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak
pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang
harmoni antara penutur dan pendengar.
Kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai
atau menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa dapat dibahagikan secara verbal dan tidak verbal,
iaitu bahasa sapaan, protokol dan bahasa tubuh. Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah
penting kerana dengan cara ini nilai-nilai budi bahasa dan pekerti mulia dapat diserapkan secara
halus kepada para pembaca.Di dalam cerpen ini, penulis menggunakan kesantunan
bahasa yang banyak didalam cerpen ini.Semasa seseorang individu
berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan
ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang
yang sedang dia berkomunikasi, usia dan juga status.
Dari segi verbal,iaitu secara pertuturan,sebagai contoh ayat didalam cerpen ini
ialah, ‘ you ni tak baik tahu begini. Tak baik you menganggap yang jamilah tu cuba
memutuskan perhubungan kita.’. dapat dilihat bahawa Kamal dengan menggunakan
bahasa yang bersopan santun telah menasihati Maimunah yang telah bersangka buruk
terhadap Jamilah. Pengggunaan bahasa yang lembut untuk menasihatkan orang lain
merupakan sifat yang mulia.
Dari segi non verbal, sifat menghormati orang yang lebih tua juga boleh di klasifikasikan
sebagai kesantunan bahasa. Bak kata pepatah, ‘ yang tua dihormati, yang muda di sayangi’.
Menghormati orang yang lebih tua merupakan satu sifat yang mulia dan juga tergolong didalam
kesantunan diri.. Contoh di dalam cerpen ini ialah ‘ Kamal, seperti seorang hamba yang patuh kepada
tuan nya, turut saja nasihat Kak Jah’. Dapat dilihat di sini bahawa kamal tidak membantah kata-kata
kak jah dan mendengar nasihatnya. Ini menunjukkkan bahawa sifat kesantunan dan hormat kepada
orang yang lebih tua trdapat di dalam cerpen ini. Kesantunan bahasa dapat dilihat melalui watak
Kamal yang tidak menunjukkan sebarang bantahan terhadap nasihat yang diberikan kepadanya.
Sistem sapaan
Sistem sapaan merupakan salah satu pecahan dari kesantunan bahasa. Sistem sapaan
menunjukkan tatasusila dan adab sesuatu masyarakat. Sistem sapaan adalah satu elemen penting
dalam sesebuah karya. Ini kerana, cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat
diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung melalui kata sapaan. Sistem sapaan yang
betul mestilah mempunyai ciri-ciri kesantunan di dalam komunikasi.
Sistem sapaan seperti memanggil orang yang lebih tua sebagai ‘kak’ dan ‘abang’
merupakan salah satu ciri-ciri kesantunan bahasa yang terdapat di dalam kehidupan
orang melayu sejak dari dahulu lagi. Didalam cerpen ini dapat di lihat bahawa Kamal
iaitu watak utama memanggil abangnya dengan panggilan ‘ Bang Mansor’ dan juga
memanggil isteri ‘Bang Mansor’ dengan gelaran ‘Kak Jah’. Dapat dinyatakan di sini
bahawa kesantunan bahasa telah praktikan di dalam cerpen ini melalui kata panggilan
watak utam kepada orang yang lebih tua darinya. Ia menunjukkan bahawa orang yang
muda menghormati orang yang lebih tua dengan memberikan gelaran yang lebih
istimewa seperti ‘abang’ dan ‘kak’ kepada orang yang lebih tua. Sebagaimana terlihat
dalam situasi di atas, jelaslah bahawa sistem sapaan atau penggunaan
bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau
panggilan yang tepat.
Penggunaan sistem sapaan yang . Contoh yang terdapat didalam cerpen ini ialah watak
Maimunah yang memberi gelaran ‘ abang ‘ kepada suaminya. Ini menunjukkan bahawa Maimunah
meghormati dan merendah diri terhadap suaminya. Semasa proses imbas kembali berlaku didalam
cerpen ini, dapat dilihat bahawa watak Kamal dan Mainunah menggunakan panggilan yang mesra
seperti ‘I’ dan ‘you’ dalam perbualan mereka. Ini menunjukkkan mereka mempunyai hubungan yang
istimewa dan rapat.
Kepentingan gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan
Gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan merupakan elemen yang penting
samada dalam penghasilan karya ataupun didalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai jenis
gaya bahasa seperti personafikasi, metafora, simile, dan lain-lain lagi yang menambahkan lagi
keunikan sesuatu karya yang ingin dihasilkan. Penulis yang kreatif akan mempunyai cara tersendiri
dalam penggunaan gaya bahasa untuk membezakannya daripada penulis-penulis yang lain .
Contohnya penulis terkenal A.Samad Said telah melakukan kajian dengan mengkaji karya orang lain
sebelum menghasilkan karyanya dengan meggunakan gaya bahasa yang lebih menarik.Tanpa
penggunaan gaya bahasa, sesebuah karya itu akan hilang seri nya serta tiada daya kreatif yang
mampu menarik minat para pembaca berbilang bangsa dan umur untuk menghayati sesebuah karya
itu. Gaya bahasa juga dapat menonjolkan keunikan dan kehalusan bahasa melayu yang memang
telah terbukti sejak dari dahulu lagi. Gaya bahasa dapat membuatkan pembaca memahami sesuatu
perkara yang ingin disampaikan oleh penulis mengikut imaginasi yang dipaparkan melalui gaya
bahasa berbeza yang digunakan oleh penulis.
Kesantunan bahasa merupakan elemen yang penting dan didalam proses komunikasi.
Kesantunan bahasa meliputi dari segi verbal, dan non verbal. Kesantunan bahasa penting kerana ia
akan membuatkan proses komunikasi berjalan dengan lebih lancar kerana aspek kesantunan
diterapkan didalam bahasa yang digunakan. Sebagai contoh, situasi di mana seseorang itu ingin
menasihati orang lain, individu itu perlulah menggunakan kesantunan di dalam bahasa yang
digunakannya. Kesantunan bahasa juga menunjukkan nilai sesuatu masyarakat. Kita dapat menilai
sesuatu masyarakat itu berdasarkan kesantunan bahasa didalam perbualan ataupun pergaulan
mereka dengan orang lain. Kesantunan bahasa penting untuk mengekalkan perpaduan di antara
masyarakat. Sebagai contoh, di Negara kita yang berbilang kaum, kesantunan bahasa amatlah dititik
beratkan supaya dapat mengekalkan perpaduan yang telah wujud sejak dari dahulu lagi. Nilai dan
kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan
dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang
kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Kesopanan amat
penting kerana ia mencerminkan sikap seseorang individu itu didalam kalangan
masyarakat. Antara kepentingan lain kesantunan bahasa ialah dapat menunjukkan
kemesraan antara ahli keluarga. Penggunaan gelaran seperti ‘along’, ‘angah’, dan lain-
lain lagi dapat menunjukkan atau memperlihatkan kemesraan yang terjalin antara
sesebuah ahli keluarga.
Penggunaan sistem sapaan penting dalam kehidupan seharian kita. Sistem
sapaan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan nama dan kata ganti diri.
Penggunaan sistem sapaan yang betul akan memastikan keharmonian didalam
masyarakat. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama ‘Pak Cik’ kepada lelaki yang lebih tua
untuk menunjukkan rasa hormat dan dapat menonjolkan sifat sopan santun . Sistem sapaan juga
penting didalamkomunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang murid itu ingin
berkomunikasi dengan guru mereka, penggunaan ganti nama ‘aku’ oleh murid tidak sesuai
digunakan. Sebaliknya haruslah menggunakan kata panggilan ‘saya’ sebagai ganti nama kerana ia
lebih sopan dan mengikut norma masyarakat serta lebih formal.
Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.
Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, fenomena kesantunan bahasa dalam
kalangan generasi muda telah berubah. Tidak seperti masa dahulu di mana kesantunan bahasa
amat di titik beratkan di dalam kehidupan bukan sahaja kepada generasi muda, tetapi juga generasi
yang lain. Masyarakat melayu pada zaman dahulu yang penuh dengan sifat sopan santun dan budi
pekerti amat mementingkan kesantunan di dalam semua aspek seperti kesantunan bahasa,
kesantunan tingkahlaku dan lain-lain lagi. Contoh yang dapat dilihat ialah jarang kita dapat
mendengar kisah di mana remaja pada zaman dahulu melawan ataupun berkasar dengan kedua
orang tua mereka. Mereka hanya menurut sahaja perintah tanpa memberikan reaksi negatif ataupun
memberontak. Ironi nya di zaman kini, generasi muda dilihat tidak mengamalkan kesantunan
berbahasa terhadap ibu bapa mereka sendiri. Ramai generasi muda yang terjebak dengan gejala
sosial kerana tidak mengikut kata-kata serta nasihat ibu bapa mereka. Generasi muda kini juga dilihat
berkasar dengan ibu bapa mereka, fenomena seperti ini jarang di lihat berlaku pada generasi yang
terdahulu. Remaja zaman kini juga dilihat semakin kurang mementingkan kesantunan bahasa dan
mereka mencipta dan menggunakan istilah-istilah baru yang kasar dan tidak mencerminkan budaya
timur yang di amalkan sekian lama.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fenomena kurangnya kesantunan bahasa di
dalam kalangan generasi muda. Didikan keluarga yang tidak sempurna merupakan salah satu faktor
yang menjadi punca masalah kesantunan bahasa ini berlaku. Didikan awal daripada keluarga
merupakan permulaan kepada asas pembentukan kesantunan bahasa dalam diri seseorang individu
itu. Tanpa didikan yang sempurna, nilai kesantunan bahasa tidak akan dapat di praktikkan oleh
seseorang remaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa menggunakan bahasa yang kasar sebagai
bahasa komunikasi di rumah, anak-anak kecil mereka mungkin terpengaruh oleh ibu bapa mereka
dan mereka akan mengamalkan bahasa kasar sama seperti apa yang ibu bapa mereka lakukan.
Dapat dilihat bahawa didikan ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah
menggunakan bahasa yang lembut untuk berkomunikasi dengan anak mereka.
Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga merupakan faktor penting mempengaruhi
kurangnya nilai kesantunan bahasa dalam diri generasi muda pada masa kini. Rakan merupakan
individu yang lebih akrab dan penting didalam kehidupan remaja. Remaja lebih suka berkongsi
masalah dan bercerita rahsia mereka kepada rakan berbanding ibu bapa mereka sendiri. Jelas dilihat
bahawa rakan mampu mempengaruhi minda dan perlakuan serta pertuturan seseorang itu. Sebagai
contoh, penggunaan perkataan kasar dan mencarut merupakan kebiasaan didalam komunikasi
antara rakan-rakan. Sekiranya seseorang remaja itu menggunakan bahasa yang formal dan
bersopan santun, dia mungkin akan di anggap sebagai seorang yang pelik dan akan dipinggirkan
oleh rakan-rakan yang lain.
Media juga merupakan faktor yang mempengaruhi kurangnya amalan kesantunan berbahasa
dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Media pada masa kini menghasilkan filem-filem
yang mengandungi unsur-unsur yang ganas dan kasar. Remaja yang menonton filem-filem ini akan
mudah terpengaruh dengan aksi dan bahasa kesat yang digunakan di dalam sesebuah filem itu.
Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan
juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja
terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Filem yang mengandungi bahasa yang kasar
memberi pengaruh negatif kepada nilai-nilai kesantunan bahasa yang merupakan aspek penting
dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya, kesantunan bahasa merupakan sesuatu perkara yang perlulah di titik
beratkan didalam kehidupan seharian kita. Generasi muda juga perlulah mengekalkan kesantunan
dalam berbahasa yang telah diwarisi sejak dari zaman dahulu lagi. Kesantunan bahasa
melambangkan jati diri seseorang individu itu. Sebagai generasi muda, kita perlu sentiasa
menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan
kemarahan orang lain. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan
merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain
terhadap kita dan mengeratkan hubungan baik antara sesama insan.
Refleksi
Mutakhir ini, fenomena kesantunan berbahasa dilihat semakin kurang dan semakin
dipinggirkan oleh pelajar. Budaya menggunakan bahasa yang kasar merupakan trend ataupun
budaya remaja pada masa kini dilihat akan menyebabkan hilangnya kesantunan bahasa. Sebagai
contoh, dapat dilihat di dada-dada akhbar kes di mana pelajar memukul dan mencaci guru mereka.
Ini berlaku kerana kurangnya kesantunan di dalam diri pelajar itu. Pelajar seharusnya bersopan
santun dalam berbahasa kepada guru mereka kerana guru merupakan pendidik yang patut dihormati
dan disanjungi. Penggunaan perkataan mencarut atau kesat dalam kalangan pelajar semakin
berleluasa kerana kurangnya pemantauan dari semua pihak.
Selepas melaksanakan kerja khusus yang memerlukan banyak kajian ini dilakukan, saya
semakin bertambah yakin dengan analisis dan ulasan yang telah dijelaskan secara terperinci di
dalam kerja khusus ini. Saya yakin akan dapat melakukan yang lebih baik lagi sekiranya di berikan
peluang untuk membuat tugasan seperti ini lagi. Dari aspek penguasaan, saya merasakan bahawa
penguasaan bahasa melayu saya semakin bertambah melalui pembacaan cerpen dan pengulasan
gaya bahasa yang telah dilakukan. Kini pengetahuan saya mengenai pelbagai bentuk gaya bahasa
dan kesantunan bahasa semakin meningkat berbanding sebelum saya melaksanakan projek ini.
Kerja khusus ini memberikan kesedaran tentang perlunya mengekalkan kesantunan
bahasa. Sebagai seorang bakal guru, adalah penting supaya saya mengamalkan kesantunan
bahasa supaya pelajar dapat mencontohi tingkah laku dan perbuatan saya. Sebagai seorang guru,
kita perlulah mendidik para pelajar supaya bertutur dengan bahasa yang sopan dan mengamalkan
nilai-nilai murni supaya pelajar akan menjadi insan yang berbudi pekerti dan bersopan santun
didalam pergaulan bersama masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, pengalaman yang diperolehi semasa membuat tugasan ini membuatkan
saya lebih matang dan merubah persepsi mengenai kepentingan kesantunan bahasa serta
kepentingan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.Budi bahasa yang baik
mencerminkan imej seseorang individu itu dari pandangan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah
mengamalkan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian.
Bibliografi
Ja'afar, S. (2002, januari 23). Kesantunan Bahasa:Pertembungan antara Budaya Melayu- Bukan Melayu dan Islam- Bukan Islam. Retrieved februari 10, 2012, from Kesantunan Berbahasa: http://penerbit.upsi.edu.my/website_e-jurnal/bahan/Jurnal%20Peradaban%20Melayu%20No.3/chapter5/bab%205%20Kesantunan%20bahasa.pdf
Junus, U. (2010). Siri Monograf Sejarah Melayu: Gaya Bahasa Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahat, N. A. (2007, julai 24). Gaya Bahasa Dalam Komsas. Retrieved februari 10, 2012, from http://azman-duniaku.blogspot.com/2007/07/gaya-bahasa-dalam-komsas.html
Omar, A. H. (2005). Bahasa Melayu Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaari, R. (1993). MEMAHAMI GAYA BAHASA. Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BORANG KOLABORASINAMA PELAJAR : ___________________________________________________
NOMBOR MATRIK: _____________________________________________________
UNIT : _________________________SEMESTER: __________________
SUBJEK: _____________________________________________________
PENSYARAH: ____________________________________________________
TARIKH PERKARA ULASAN TANDATANGAN
Lampiran