7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
1/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1
FAKULTY BUSNESS AND MANAGEMENT
PROGRAM SARJANA MUDA (SMP)
(SEMESTER SEPTEMBER 2008)
OUMM 3203PROFESSIONAL ETHICS
Disediakan Oleh :
Nama : AB RASHID B. MD IHSANIC :660916105325
No. Phone : 019-2449969E-mail : [email protected]
Untuk Perhatian :
DR. MAHMUD ZUHDI BIN MOHD NOR
IPTeknikKLSemester September 2008
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
2/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2
1. PENGENALAN
Pembangunan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang telah
menghasilkan output fisikal yang menguntungkan rakyat. Sejarah pembangunan
Malaysia haruslah diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Kepesatan pembangunan
di Malaysia yang dikecapi bersama oleh seluruh warga mestilah dihargai dan disyukuri.
Etika amat penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada di peringkat keluarga,
masyarakat, organisasi dan negara. Perbuatan yang tidak beretika lazimnya juga
dianggap sebagai tidak bermoral. Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia dikejutkan
dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan moral dan apa yang membimbangkan
ialah masalah ini kian meruncing.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tentang masalah ini, Penyelewengan
seperti penyalahgunaan kuasa atau rasuah di negara ini telah membuatkan pentingnya
etika pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi amalan yang tidak sihat ini.
Seorang saintis sosial telah mencadangkan bahawa peringkat awal etika ini perlu
diterapkan dari pendidikan rendah hingga ke pengajian tinggi dan seterusnya perlu
dipupuk ketika seseorang menjalani kerjaya masing-masing. Seharusnya juga sedar
tentang tanggungjawab masing-masing, agar masyarakat yang dibentuk bebas
daripada sebarang masalah moral yang menjadi ancaman utama.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
3/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3
2 Definisi Etika
Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula
diambil dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Normatik iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku
yang baik dan jahat.
(ii) Mataetik iaitu yang terbahagi kepada dua : analitik yang berfungsi
menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat dan
kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah
dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.
Etika boleh didefinisikan sebagai suatu set prinsip-prinsip moral yang
membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. Ia merupakan suatu perkara
normatif, kerana ia menjelaskan apa yang perlu dilakukan atau menahan diri daripada
melakukannya. Selain daripada itu etika juga boleh ditafsirkan sebagai prinsip kelakuan
individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Sama ada perbuatan tersebutbetul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu.
Kamus Elektronik Brainy pula mendefinisikan ethics sebagai ,morals; treatingof the moral feelings or duties; containing percepts of morality dan definisi ini
membawa maksud yang sama dengan definisi yang diberi oleh Professor Francis Ng,
FRICS, FHKIS, JP President of Hong Kong Institute of Surveyors (2000), iaitu the studies
of human duties, moral principles and rules of conduct. Secara mudahnya difahami
prinsip-prinsip moral dan peraturan berkenaan tata kelakuan kemanusiaan.
Etika dan nilai mempunyai hubungan yang erat dan padu. Nilai lebih bersifat
sikap, keyakinan dan pegangan. Apabila seseorang itu berkeyakinan tentang
kepentingan ketentuan / batas yang menentukan kebaikan dan keburukan maka ia
memerlukan etika.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
4/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4
3. SALAH LAKU DAN PENYALAHGUNAAN KUASA
Kuasa adalah hak untuk mengatur, membuat, tanpa campur tangan atau
intimidasi ke atas orang lain. (House, 1984) atau potensi mempengaruhi yang lain
(Bass, 1990).
Penyalahgunaan kuasa ditafsirkan sebagai seseorang individu awam
menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan, membuat apa-apa
keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara
mengenainya, di mana individu itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan
secara langsung atau tidak langsung.Perbuatan menggunakan kedudukan, kuasa atau jawatan untuk kepentingan
sendiri (dan keluarga) adalah menjadi kesalahan rasuah. Kesalahan dibawah
Seksyen15 ini ialah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan
kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini, terdapat
anggapan (presumption) dibawah seksyen15 (2) bahawa, sesiapa pegawai awam
yang membuat keputusan berhubungan dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara
atau sekutunya mempunyai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan
kedudukan untuk mendapat suapan.
J ikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdosa dan amat berat
hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan
juga saksi-saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah
tersebut.
Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh
masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal.
Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. J enayah ini akan
meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada
pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
5/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5
perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya.
Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.
Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya
akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah
tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya
diluluskan.
3.1 Penyalahgunaan Kuasa dan Cabaran daripada Gejala Rasuah.
Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin
berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan
Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia
dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam
sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang
baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah.
Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan
institusi-institusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki
melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masing-
masing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kod-kod
etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan
konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu
diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau
pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat
dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam,
sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli
politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat
sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-
dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang
pedih di hari kemudian.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
6/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6
Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda,Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam apineraka. Tetapi kelemahan iman, akhlak dan perasaan tamak boleh mendorongseorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang
bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Masyarakat yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir
urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup.
3.2 Contoh di antara mereka yang berkemungkinan boleh terlibatpenyalahgunaan kuasa
1. "Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia" mempunyai erti yang sama
yang diberikan kepadanya oleh Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
2004 [Akta 633];
2. "Pegawai imigresen" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
3. "Pegawai kastam" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya olehAkta Kastam 1967 [Akta 235];
4. "Pegawai Kebajikan Masyarakat" ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan
Masyarakat kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi
perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Pembantu Pegawai
Kebajikan Masyarakat;
5. "Pegawai Pelindung" ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah
seksyen 43;
6. "Pegawai penguat kuasa" ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam
seksyen 27;
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
7/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7
3.3 Statist ik mereka yang terlibat penyalahgunaan kuasa
TOP 5 MAKLUMAT MENGIKUT JABATAN
TAHUN JABATAN (BIL. MAKLUMAT)
2000 PDRM(1203)
J PJ(843)
PENDIDIKAN(503)
PEJ.TANAH/DAERAH
(495)
MAJLISPERBANDARAN
(495)
2001 PDRM(1180)
J PJ(545)
PENDIDIKAN(421)
PEJ.TANAH/DAERAH
(350)
MAJLISPERBANDARAN
(213)
2002 PDRM(1143)
J PJ(533)
PENDIDIKAN(482)
PEJ.TANAH/
DAERAH(373)
MAJLISPERBANDARAN
(223)
2003 PDRM(367)
J PJ(754)
PENDIDIKAN(626)
PEJ.TANAH/DAERAH
(428)
MAJLISPERBANDARAN
(227)
2004* PDRM
(367)
J PJ
(232)
PENDIDIKAN(215) PEJ .
TANAH/DAERAH(133)
MAJLIS
PERBANDARAN(99)
Sehingga Mei 2004
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
8/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8
3.4 Mengapa Berlakunya Penyelewengan / Penyalahgunaan kuasa
3.4.1 Kurangnya Penghayatan Nilai-nilai Murni
Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya
penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga
menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam
jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and
wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about
morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W.
Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah
dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan
buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang
itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. J usteru itu, individu seperti ini
akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong
kehidupannya.
3.4.2 Kurangnya Penyeliaan oleh Pegawai Atasan
Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana
individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil
kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan
kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti
ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan
ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular,menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa
tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka
banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
9/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9
3.4.3 Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja
Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan
dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah
J abatan atau Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan
seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh
pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan
sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan
ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting
3.5 Kesan-kesan Penyalahgunaan Kuasa
Etika dan nilai-nilai yang murni hanya subur dalam masyarakat yang
mendokong keadilan sosial. Dengan kata lain jika rasuah bermaharajalela maka
etika dan nilai akan dikesampingkan oleh masyarakat, seterusnya mengancam
survival sesebuah negara bangsa. Rasuah memihak kepada si kaya. Dengan
berleluasanya rasuah maka jurang perbedaan antara si kaya dengan si miskin
akan terus melebar. Keadilan sosial akan tergugat. Dan pembangunan negara
akan tidak sekata.
3.6 Mengelakkan Daripada Berlakunya Penyelewengan/ Penyalahgunaan kuasa
Pengurusan Perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan amat
bergantung kepada sistem kawalan dalaman yang mantap; dan prosedur kerja
yang kemas dan jelas. Sebaliknya sistem kawalan yang longgar dan prosedur
kerja yang kabur bukan sahaja menyukarkan proses kerja tetapi juga boleh
menyebabkan berlakunya pelbagai kelemahan lain. Kelonggaran sistem dan
prosedur kerja memungkinkan tafsiran yang berbeza dan dengan itu keputusan
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
10/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10
yang dibuat juga berbeza. Sebahagian daripada keputusan yang dibuat mungkin
kurang tepat atau bertentangan dengan undang-undang serta peraturan semasa.
Kelonggaran ini juga membuka ruang kepada penggunaan budibicara yang
sering boleh membawa kepada penyelewengan dan rasuah.
3.7 Peranan Etika dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi MembendungPenyelewengan / Penyalahgunaan kuasa.
3.7.1 Program Kesedaran di Peringkat Awal Persekolahan hingga ke
Universiti.
Penyelewengan / Penyalahgunaan kuasa merupakan aktiviti cukup tidak
beretika yang dilakukan bukan sahaj oleh golongan rendah tetapi juga mereka
yang berada di kedudukan tinggi seperti kata Mantan Perdana Menteri melalui
laporan akhbar:
Tun Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan
terhadap kejadian rasuah dan salah guna kuasa yang menular di
kalangan golongan berilmu dan kedudukan tinggi dalam kerajaan
dan swasta.
(Sumber :Utusan Malaysia, 22 Ogos 2005)
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya" adalah pepatah yang boleh
dijadikan pendekatan untuk melahirkan generasi muda berpegang teguh kepada
integriti dan membenci rasuah.
Kempen pendidikan pencegahan salah guna kuasa dan rasuah
diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan
Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian
Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum,
Kementerian Pelajaran.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
11/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11
Seramai 382 guru yang terdiri daripasda jemaah Nazir Sekolah,
pensyarah maktab perguruan, pegawai J abatan Pelajaran negeri dan guru pakar
Pendidikan Moral sudah merangka beberapa langkah penting untuk
menggerakkan pengamalan nilai murni dan pendidikan kepada generasi muda,
khususnyapelajar.
Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah
memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan dalam
kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan
elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan
Pendidikan Islam.
Perbuatan salah guna kuasa ini berlaku sejak kecil. Ini kerana sifat
tamak, pentingkan diri dan tidak amanah berlaku sejak muda lagi. Oleh itu
penting sekali membuang atau mengikis sikap tamak dalam hati remaja. Tanam
kesedaran bahawa sikap tamak yang membawa kepada rasuah tidak akan
menguntungkan.
Sekiranya, ditakdirkan tidak mendapat kerja yang baik, mungkin sekadar
buruh, pembantu pejabat atau tukang sapu. Namun carilah rezeki dengan cara
yang baik, walaupun ditakdirkan mendapat dalam jumlah yang sedikit.
Tambahkan usaha, agar yang sedikit itu bertambah secara bertahap-tahap. Kata
pepatah, jangan cuba menaiki tangga dengan cara melompat.
Golongan pelajar merupakan kumpulan sasaran yang dianggap penting
untuk dibimbing sepanjang tahun 2005. Ini kerana golongan ini merupakan
pewaris atau pelapis kepada kepimpinan negara di masa depan. Dalam
mendidik pelajar terutama IPTA/IPTS ke arah membenci penyelewengan dan
pengalahgunaan kuasa serta rasuah, kementerian akan berusahamemperkenalkan subjek etika dan integriti sebagai subjek wajib ke arah
merealisasikan strategi pelan tindakan terhadap golongan pelajar. Harapan
kerajaan peluasan dan peningkatan jangkaan disektor - sektor pelajar akan
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
12/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12
mewujudkan enviroment perbelanjaan dan pendidikan yang lebih berkesan dan
meyeluruh mencukupi aspek pemikiran (cognitive dan sikap caffective)
Golongan pelajar ini terdiri daripada kategori berikut :
a. Siswa / Siswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
b. Pelatih di Institusi-institusi Kemahiran dan Maktab-Maktab Perguruan.
c. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah.
Manakala Sektor NGOs dan Parti Politik pula, sokongan padu dan
kerjasama jentera Politik dan NGOs kepada pentadbiran amat penting bagi
menjayakan sasaran pencegahan rasuah oleh BPR. Penglibatan aktif pemimpin-
pemimpin NGOs dan parti politik selaku Key Communicator dapat
memantapkan lagi usaha-usaha pencegahan rasuah oleh BPR khususnya dan
Kerajaan amnya. Golongan Key Communicator yang dianggap penting ialah
terdiri daripada:
i.Pemimpin Persatuan NGOs dan barisan jawatankuasa pembuat dasar
dan keputusan.
ii. Ketua Bahagian Kewangan Parti-Parti Politik
iii. Pemimpin Parti Politik
Peratusan penumpuan aktiviti mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan bagi
tahun ini adalah sektor awam 30%, sektor swasta 30%, sektor pelajar 20% dan sektor
NGOs & parti Politik 20%.
3.7.2 Program Kesedaran di Peringkat Dewasa atau Bekerjaya.
Bagi merealisasikan aktiviti kesedaran ini melalui Program
Pendidikan Masyarakat 6 pendekatan direkabentuk dan dilaksanakan iaitu :
i. Penerangan dan Pendidikan.
Penerangan dan Pendidikan boleh menigkatkan kesedaran rakyat
terhadap ancaman ini, menanamkan sikap membenci perbuatan itu dan
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
13/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13
seterusnya meninggalkan perbuatan tersebut. Aktiviti-aktiviti penerangan dan
pendidikan yang dilaksanakan ialah;
a. Latihan jangka pendek pekerja-pekerja baru seperti kursus induksi.
b. Ceramah, seminar, dialog, bengkel, konvensyen, forum
c. Hebahan / wawancara di TV / radio, penulisan rencana / buletin
ii. Penglibatan Aktif Pemimpin Key Communicator
Penglibatan aktif pemimpin boleh menigkatkan tahap komitmen,
tanggungjawab serta memantapkan kepimpinan yang berwibawa ke arah
membina masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi berlandaskan nilai-nilai
keagamaan. Bagi sektor swasta, golongan key-communicators yang dianggap
penting dan pembuat dasar dan peraturan ialah terdiri daripada :-
a. Pengerusi
b. Ahli Lembaga Pengarah
c. Pengurus Besar
d. Pengarah Bahagian Sumber Manusia
e. Pengarah Bahagian Latihan
iii. Publisiti Media Elektronik dan Media Cetak
Pendekatan ini mampu memberi liputan yang luas dan penggunaan kos
yang lebih berkesan. Ia juga mampu membawa agenda pencegahan ke dalam
kehidupan jutaan rumahtangga rakyat Malaysia ( to the living room of all
Malaysian ). Mesej-mesej mengenai kehidupan yang bermoral dan beretika,
budaya kerja cemerlang, penderitaan dan kesengsaraan kerana perbuatanrasuah, penerangan dan pendidikan undang-undang mengenai salahguna kuasa
dan akibatnya disampaikan oleh media elektronik dan media cetak secara
insentif dalam bentuk drama, iklan, filem, dokumentari, penulisan, rencana dan
sebagainya.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
14/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14
iv. Perhubungan Terus (Direct Communication) atau Komunikasi
Bersemuka.
Pendekatan ini ialah cara yang paling sesuai kerana segala mesej dapat
dibawa terus kepada pihak yang berkenaan secara bersemuka atau face to face
communication antara aktiviti yang berkesan di bawah pendekatan ini ialah
Ceramah, Pusat Informasi Setempat, Kunjungan Hormat / Lawatan Mesra,
Sukan dan sebagainya.
v. Perkongsian Bestari ( Smart-Patnership)
Pada tahun 2001 dan seterusnya, Bahagian Pendidikan Masyarakat telah
memperkenalkan pendekatan baru dalam melaksanakan aktiviti pencegahan
yang dikenali sebagai Perkongsian-Bestari. Ianya merupakan suatu pendekatan
yang menekankan kerjasama yang padu antara organisasi yang dipilih bagi
menganjurkan sesuatu kempen atau program pencegahan. Pendekatan ini
bertujuan untuk memberi galakan kepada organisasi terbabit untuk sama-sama
terlibat secara langsung dalam mengatur dan melaksanakan program
pencegahan. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang positif kepada
imej organisasi terbabit dari segi sumbangan khidmat sosialnya.
3.7.3 Sokongan Yang Komprehensi f Dari Pihak Luar.
Usaha menangani salah guna kuasa perlu dilakukan secara menyeluruh
dan melibatkan sekalian lapisan rakyat jelata. Penyelewengan, penyalahgunaan
kuasa dan rasuah memusnahkan negara. Rakyat jelata tentunya kasihkannegara.Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia
(IIM) jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan memastikan cabaran untuk
melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan nilai kerohanian dan etika yang
tinggi.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
15/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15
Peranan Media Massa juga penting sama ada media elektronik mahupun
media cetak. Media sebagai ejan pembangunan bagi menyalur segala maklumat
penting dan mudah dipengaruhi kepada rakyat. Sebagai contoh dalam saluran
pengiklanan, iklan satu bahan yang mudah, ringkas dan padat. Baik golongan
muda mahupun dewasa terpengaruh dengan ruangan iklan terutama di
televisyen.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
3.3.4 Penggunaan Undang-undang Dalam membuat keputusan seperti :
Pengisyt iharan Harta
Diwajibkan membuat pengisytiharan harta oleh kakitangan kerajaan,
korporat, kakitangan swasta dan pemantauannya oleh stake holder lima tahun
sekali adalah perlu. Sebenarnya jika penyeliaan hanya diserahkan kepadaBadan Pencegah Rasuah semata-mata tentulah agak sukar.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
16/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16
4.0 KESIMPULAN
Umum mengetahui bahawa tindakan yang tidak beretika seperti gejala rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa ini telah menimbulkan kecelaruan dalam sistem
kehidupan manusia. Sistem dibuat semata-mata untuk mewujudkan perjalanan hidup
yang teratur tetapi apabila ada pihak menceroboh sistem tersebut akhirnya berlakulah
masalah melebihi daripada kecelaruan seperti hilang tanggungjawab pada majikan dan
tidak jujur dalam melaksanakan tugas.
Dalam perbincangan ini, saya amat setuju bahawa hubungan etika profesional di
dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal hingga bekerja dapat diamalkan
dalam kehidupan manusia untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk
menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan
samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh
itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang
membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan
masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke
semasa.
Usaha pihak kerajaan untuk membenteras perkara ini perlu disokong kerana
iannya mengembalikan semula kekredibiliti sesuatu orgainsasi. J ika sekiranya
cadangan-cadangan mengatasi setiap masalah itu diterima dan diimplimentasi, aktiviti
tidak beretika tentunya dapat di atasi.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
17/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyempurnakan Salahlaku dan Penyalagunaan kuasa melibatkan syarikat korporat
di Negara kita telah membuatkan pentingnya etika pengajaran dan pembelajaran untuk
mengatasi amalan yang tidak sihat ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang sangat memahami,
serta doa restu daripada kedua ibu bapa saya.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Open University Malaysia dan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba
pengetahuan di samping rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.
Tidak lupa juga kepada tutorkesayangan kami Dr Mahmud Zuhri bin Mohd Noryang
banyak memberi perhatian, panduan dan tunjuk ajar serta bantuan yang tidak pernahjemu sehingga sempurnanya tugasan ini dengan jayanya.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam
tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala
kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudahmudahan Allah SWT yang
Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya
kepada kita semua, Amin.
7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
18/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18
Bibliografi
Mohamad Md. Yusoff, (2002) Media dan Masyarakat, Satu Kumpulan Esei, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan,
Mohd Tap bin Sallleh, Zakaria bin Ahmad, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam,
Kuala Lumpur: Intan, 1991. Seminar
Sa`adduddin Al-Sayyid Salih (1996) Strategi Musuh Menentang Islam, Motivasi
Kesedaran Minda Ummah, Kuala Lumpur, Darul Numan,
Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu ( 2005, Ogos, 22 ), Utusan
Malaysia ( P.1 )
Mohd. J anib J ohari, Etika Profesional,J ohor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai,2001.
Koleksi Kertas Kerja, Etika Pengurusan: Amalan Masa Kini dan Arah Masa Depan,Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-14 Mac, 1990.
Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications. 2001.
Nota Kuliah
http://www.bpr.gov.my/bm2/punca.htm
http://www.fka.utm.my/jhh/content.asp?contentid=387
http://www.islam.gov.my/portal/etikakerja
http://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuah
http://www.angkatanmuda.org/?p=123
http://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuahhttp://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuahhttp://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuahhttp://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuah7/29/2019 Assignment Etika - Salahguna Kuasa
19/19
OUMM3203 Professional Ethics OUMSept2008Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19
UTUSANONLINEhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR%20072007.pdf
www.instun.gov.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=136&Itemid=131 -
http://www.tranungkite.net/lama/c12/black14_15.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN%20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf
http://www.instun.gov.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=136&http://www.instun.gov.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=136&