8/8/2019 Assignment Pidato 2010
1/3
MEMBINA NEGARA BANGSA ASPIRASI BERSAMA
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang berdiri
kukuh di bawah lembayung keadilan, penjaga masa yang tidak pernah leka dengan
masanya, guru-guru pencetus revolusi minda, seterusnya hadirin yang dihormati
sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam
satu Malaysia. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk mencari publisiti murahan,
tetapi adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Membina negara
bangsa : aspirasi bersama.
Sebelum bahtera saya layari, sebelum kata disusun rapi, izinkan saya
mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4,
negara bermaksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sebuah kerajaan, bangsa pula didefinisikan sebagai kumpulan
manusia dalam ikatan ketatanegaraan manakala, aspirasi bermaksud keinginan
yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dengan itu, dapat saya rangkumkan bahawa,
tajuk pidato saya pada hari ini Membina negara bangsa aspirasi bersama
bermaksud, usaha untuk melahirkan suatu komponen negara bangsa yang
mempunyai identiti dan mampu meletakkan diri sebaris dengan negara-negara kelas
pertama di dunia terletak di bahu kita sebagai rakyat Malaysia walaupun kita
berbeza bangsa, agama dan budaya.
Sidang hadirin warga dewan yang saya kasihi,
Izinkan saya menghuraikan isi saya yang pertama di bawah kata kunci
penguasaan ilmu penting dalam menghasilkan rakyat yang berintegriti demi
membina negara bangsa yang berkualiti. Secara umumnya, i lmu merupakan teras
dalam pembentukan integriti di dalam diri sendiri. Dengan ilmu, kita bisa
8/8/2019 Assignment Pidato 2010
2/3
membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Sebagai contoh, lihat sahaja pada
masalah yang berlaku pada hari ini. Masalah sosial dan keruntuhan moral dalam diri
remaja sering kali terpampang di dada akhbar. Kuat ketam kerana sepit, kuat
manusia kerana ilmu. Kerana kurangnya penerapan ilmu yang sempurna di dalam
diri mereka hal ini terjadi dan sekaligus menyebabkan mereka tidak tahu apa itu
nilai-nilai moral dan tidak mampu membezakan perkara -perkara baik dan buruk yang
terjadi di dalam kehidupan seharian mereka.
Hadirin sekalian,
Seterusnya izinkan saya menghuraikan isi kedua saya yang berdiri kukuh di
bawah kata kunci pemimpin berintegriti, peneraju negara bangsa . Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa pembentukan integriti juga sangat penting dalam kalangan
pemimpin. Pemimpin yang memiliki nilai -nilai integriti sangat diperlukan dalam
menjayakan aspirasi negara. Sebagai contoh , negara kita sekarang berhadapan
dengan masalah penghayatan nilai murni. Bak kata peribahasa melayu, tak tumbuh
tak melata, tak sungguh orang tak kata. Jenayah kolar putih, salah guna kuasa dan
kerenah birokrasi sering beritanya mendapat liputan yang sungguh meluas oleh
pihak media hari ini. Sudah terang lagi bersuluh, hal ini bukan sahaja bakal
menghuru-harakan ekonomi negara bahkan juga sosial dan politik masyarakat.
Kempen seperti 'Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah' telah dilaksanakan.
Ianya bertujuan mencetuskan untuk motivasi dan meningkatkan integriti penjawat
awam dengan menolak amalan rasuah, di samp ing melakukan perubahan minda ke
arah pencapaian agenda transformasi negara. Perkara ini menegaskan lagi bahawa
soal integriti di kalangan pemimpin merupakan satu isu nasional yang tidak boleh
dipandang enteng dan wajar diambil berat oleh semua pihak.
8/8/2019 Assignment Pidato 2010
3/3
Warga dewan yang saya muliakan,
Bersangkutan dengan itu, saya ingin menghuraikan isi saya yang ketiga, di
bawah kata kunci masyarakat sebagai modal pembina negara bangsa. Hal ini
umumnya menjurus kepada pihak lain yang turut terlibat secara langsung dalam misi
membina negara bangsa iaitu masyarakat umum di sekeliling kita. Menurut Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi, beliau telah berkata, penerapan nilai -nilai moral perlu
dipupuk di dalam diri sejak kecil lagi bak kata pepatah Melayu, jikalau hendak
melantur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan didikan yang baik itu, kita akan
berjaya melaksanakan agenda untuk melahirkan satu komponen masyarakat yang
menjadikan nilai integriti sebagai teras di dalam hidup mereka sekaligus dapat
membantu menjayakan kehendak negara pada masa akan datang.
Jelaslah disini bahawasanya nilai integriti itu sangat penting di dalam proses
membina negara bangsa yang lebih bertamadun. Jika tiada integriti di dalam diri,
maka rosaklah sahsiah seseorang individu itu. Jika integriti tidak diamalkan di
kalangan pemimpin,maka pincanglah sesebuah organisasi dan jika tiada integriti di
dalam diri masyarakat, maka hancurlah ketamadunan masyarakat tersebut. Akhir
kalam, saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun,
Dari panas hinggalah redup,
mendayung sampan hendak ke tanjung,
jadikan integriti amalan hidup,
kelak aspirasi dapat dijunjung.
Sekian, terima kasih.