Download - Bab 1-Denggi Auto Saved)

Transcript

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan Bandar berbanding dengan luar bandar. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat milligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1

1. Aedes aegypti Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes agypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus - Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Aedes albopictus

Aedes aegypti

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

2

Cara jangkitan Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi, ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain. Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil penularan mekanikal. Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas.3

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu: I. Demam denggi klasikal Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan demam patah tulang atau breakbone fever.

II.

Demam denggi berdarah Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah Filipina.

Tanda dan gejala I. Demam denggi klasikal Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

4

II.

Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu, antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit demam denggi ialah:

I.

Rawatan demam denggi klasikal : Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku.

II.

Rawatan demam denggi berdarah : Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

5

Oleh itu, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi

6

1.2

Permasalahan

Sedar atau tidak, penyakit demam denggi adalah penyakit bawaan vektor yang terpenting di Malaysia. Setiap tahun kejadian demam denggi yang dilaporkan mencecah angka yang amat membimbangkan. Kes denggi di kebanyakkan negeri di Malaysia pada masa ini masih lagi mengalami peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun yang lepas walaupun adakalanya terdapat penurunan. Dalam kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai situasi semasa demam denggi di Malaysia, Dato Dr Hassan Abdul Rahman menyatakan bahawa Sepanjang minggu ke-20 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Mei, sejumlah 384 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat sebanyak 2 kes berbanding dengan 382 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat 5 buah negeri yang menunjukkan peningkatan berbanding minggu lepas iaitu Selangor yang meningkat sebanyak 26 kes (17%), Kelantan 7 kes (175%), WP Kuala Lumpur/Putrajaya 7 kes (19%), Kedah 2 kes (18%) dan Pahang meningkat sebanyak 1 kes (8%) (Lampiran A). WP Kuala Lumpur/Putrajaya telah menunjukkan peningkatan kes sejak 3 minggu berturut-turut manakala Selangor dan Kedah menunjukkan peningkatan kes sejak 2 minggu lepas. Walaubagaimanapun, bermula dari Januari hingga 21 Mei 2011 sebanyak 8,108 kes dilaporkan, penurunan sebanyak 57% atau 10,707 kes berbanding dengan 18,815 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2010. Sebanyak 12 kematian akibat Denggi dilaporkan, menurun sebanyak 80% berbanding 60 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, sebahagian besar pelajar di Kolej Universiti Mahsa tidak mengetahui tentang bahaya demam denggi dalam kehidupan mereka sedangkan kesemuanya terdiri daripada mereka yang berpendidikan dalam bidang kesihatan. Mereka menganggap bahawa penyakit demam denggi adalah seperti demam biasa yang boleh diubati dengan menerima rawatan di hospital. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran tentang demam denggi dikalangan pelajar adalah kurang dan para pelajar tidak terdedah dengan lebih mendalam mengenai penyakit ini.

7

1.3

Objektif Kajian

Objektif umum a) Mengetahui tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar Kolej Universiti Mahsa tentang demam denggi. b) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya demam denggi. c) Mengenalpasti sejauh mana demam denggi membahayakan kesihatan pelajar.

Objektif khusus a) Mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang simptom jangkitan demam denggi. b) Mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang kawalan pembiakan jentik-jentik. c) Mengenalpasti tentang punca terjadinya demam denggi. d) Mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri nyamuk aedes.

1.4

Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar Kolej Universiti Mahsa mengenai demam denggi disamping menguji tahap kefahaman pelajar sebagai seorang pelajar dalam bidang sains kesihatan. Terdapat pembolehubah bersandar dan tidak bersandar di dalam kajian ini. Pembolehubah tidak bersandar adalah kesedaran pelajar mengenai demam denggi, manakala pembolehubah bersandar adalah punca berlakunya demam denggi, symptom jangkitan demam denggi, ciri-ciri nyamuk aedes, pengetahuan tentang langkah pencegahan nyamuk Aedes dan kawalan pembiakan jentikjentik.

8

1.5

Kerangka Teoritis

Jadual 1.5.1: Carta aliran tentang proses pengambilan data primer (soal selidik)

9

1.6

Jadual Pelaksanaan Tugas2011

Tarikh 2 9

MEI 16 23 30 6 13

JUN 20 27 4 11

JULAI 18 25 1

OGOS 8 15

Penerangan Pensyarah Pemilihan Tajuk Pencarian Maklumat Menyiapkan Soal Selidik Pengesahan Soal Selidik Cetak Borang Soal Selidik Edar Borang Soal Selidik Pembentangan Proposal Menyiapkan Laporan Proposal Hantar Laporan Proposal Menyiapkan Kajian Pembentangan Laporan Kajian Kemaskini Kajian Mengantar Kajian Penuh

9 Mei 15 Mei 16 Mei - 7 Ogos 23-26 Mei 27 Mei 28 Mei 29 Mei - 5 Jun 6-Jun 7-9 Jun 10-Jun 11 Jun-31 Julai 1 Ogos 2-7 Ogos 8 Ogos

Jadual 1.6.1: Pelaksanaan Tugas Penyiapan Proposal Kajian Mengikut Tarikh

10

1.7

Batasan Kajian

Semasa kajian dijalankan terdapat beberapa batasan-batasan atau masalah yang di hadapi antaranya adalah seperti berikut: 1.7.1 Kos Untuk menjalankan kajian ini semua kos harus ditanggung sendiri. Ini termasuklah kemudahan untuk mencetak borang soal selidik, keperluan kertas, peralatan menulis dan lain-lain lagi.

1.7.2 Masa Masa yang singkat juga membataskan perjalanan kajian. Dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan, kajian akan mengambil masa yang agak panjang. Ini bagi memastikan kajian tersebut mendapat keputusan yang positif tanpa sebarang ralat. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan responden juga terbatas kerana kebanyakan responden hanya mempunyai masa lapang pada petang atau waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai jadual waktu yang padat pada waktu pagi.

1.7.3 Borang soal selidik Borang soal selidik ini hanya merangkumi aspek pengetahuan, maklumat dan langkah kawalan terhadap penyakit demam denggi.

1.8

Sumbangan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya demam denggi. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan pelajar mengenai demam denggi dan punca berlakunya denggi sekaligus dapat menjadikan pelajar lebih perihatin terhadap masalah ini.

11

BAB II TINJAUAN LITERATUR / ULASAN PERPUSTAKAAN

Menurut Plianbangchang (2007) dan Campbell-Lendrum & Reithinger (2002), denggi merupakan masalah buatan manusia yang berkaitan dengan perlakuan manusia sendiri. Ianya dipengaruhi oleh globalisasi, pembangunan bandar yang tidak dirancang dan tidak dikawal, tempat penyimpanan air yang tidak sesuai serta kebersihan yang kurang memuaskan. Faktorfaktor ini menyebabkan pertambahan bilangan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Berdasarkan WHO (2008) dan Lee (2005), kes denggi telah merebak secara mendadak di seluruh dunia dalam dekad kebelakangan ini. Lebih kurang 2.5 billion manusia iaitu 2/5 daripada jumlah populasi dunia berisiko untuk dijangkiti denggi setiap tahun di seluruh dunia. Penyakit ini sudah menjadi tetap di lebih 100 buah negara di Afrika, Amerika Syarikat, Timur Mediterranean, Asia Tenggara, dan juga Barat Pasifik. Asia Tenggara dan Barat Pasifik merupakan kawasan yang terjejas teruk.

2.1

Kejadian kes denggi yang berlaku di Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun 2003. Kadar insidens pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003. Ancaman demam denggi terus ketara apabila sebanyak 93 kematian dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh 31 minggu sejak awal tahun ini berbanding 67 kematian bagi tempoh sama, tahun lalu. Sambil menyifatkan perkembangan itu amat membimbangkan, Menteri

Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kes demam denggi secara keseluruhannya turut meningkat 4.4 peratus iaitu 29,555 kes berbanding 27,989 kes pada 2009. Berikutan itu, kita akan memperhebatkan lagi pelaksanaan undang-undang selain mengarahkan hospital dan klinik

12

terus memantau rawatan denggi. Kementerian juga akan membabitkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti penghapusan nyamuk aedes ( Berita Harian, 8 Ogos 2010)

2.2

Simptom-simptom demam denggi

Menurut Ahmad Fadhil bin Yusof (2009), demam denggi merupakan demam yang boleh membawa maut jika tidak di beri perhatian dengan sepenuhnya. Denggi adalah infeksi viral yang disebabkan oleh bawaan nyamuk yang menyebabkan demam dan kesakitan. Selepas tempoh inkubasi virus dalam badan individu akan memperlihatkan simtom tersendiri. Virus boleh diperoleh setelah individu digigit oleh nyamuk Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (famili Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Simtom- simtom yang bakal dihadapi pengidap ialah: i. Demam kuat yang mengejut dan berterusan untuk 3-5 hari dengan suhu antara (40C-40.6C ) ii. Sakit kepala

iii. Ruam (Bintik merah pada kulit) iv. Hilang selera makan v. Keletihan

vi. Muntah-muntah vii. Pembengkakan tisu limfa viii. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

13

2.3

Ciri ciri Nyamuk

Yusof Yaacob (2007), menyatakan demam denggi disebarkan kepada manusia melalui nyamuk betina aedes aegypti. Beberapa fakta mengenai nyamuk aedes aegypti dan cara transmisinya adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Nyamuk menggigit pada waktu siang hari. Jangka hayat nyamuk adalah sekitar 10 hari. Nyamuk boleh terbang dalam lingkungan 100 meter. Nyamuk bertelur di persekitaran air yang bersih ( tempat bersarang diyakini di dalam rumah) v. Telur nyamuk menetas dalam masa 6-8 hari, tetapi boleh bertahan dalam tempoh yang lama dan menetas setelah bertemu dengan air. vi. vii. viii. Tahap kelangsungan hidup dari telur sampai dewasa adalah sangat rendah. Masa inkubasi adalah sekitar 14 hari. Virus hidup di dalam tubuh manusia selama 7 hari dan kemudian mati secara semulajadi. Depkes RI(2004) pula menyatakan bahawa setiap kali bertelur, nyamuk betina dapat mengeluarkan sekitar seratus butir telur dengan ukuran sekitar 0,7 milimeter perbutir. Di tempat kering (tanpa air), telur dapat bertahan sampai enam bulan. Telur akan menetas menjadi jentik setelah sekitar dua hari terendam air. Setelah 6-8 hari, jentik nyamuk akan tumbuh menjadi pupa nyamuk. Pupa nyamuk yang masih dapat aktif bergerak di dalam air tanpa makan, itu akan memunculkan nyamuk menunggu proses pematangan telurnya. Selanjutnya nyamuk betina akan meletakkan telurnya di dinding tempat perkembangbiakan, sedikit di atas permukaan air. Pada umumnya telur akan menetas menjadi jentik dalam waktu 2 hari setelah terendam air. Suhu air yang cocok antara 26 300C, kelembaban antara 26 28. Larva akan menjadi kepompong dan akhirnya menjadi nyamuk dewasa.

14

2.4

Pencegahan

Ditjen P2MPL (2000) menerangkan bahawa pencegahan utama demam berdarah terletak pada menghapuskan atau mengurangi vektor nyamuk demam berdarah yaitu Aedes aegypti. Pengendalian nyamuk tersebut dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah yang tepat, iaitu :

1) Lingkungan. Kaedah lingkungan untuk mengendalikan nyamuk tersebut antara lain dengan Pemberantasan Sarang Nyamuk (PSN), pengelolaan sampah padat, modifikasi tempat

perkembangbiakan nyamuk hasil samping kegiatan manusia, dan perbaikan desain rumah. Sebagai contoh : membersihkan tab mandi / tadahan air sekurang-kurangnya sekali seminggu, menanam tintin dan bekas-bekas, menutup dengan rapat tangki air, dan mengganti / membersihkan vas bunga / tempat minum burung seminggu sekali.

2) Biologi. iaitu berupa intervensi yang dilakukan dengan memanfaatkan musuh-musuh (predator) nyamuk yang ada di alam seperti ikan pemakan jentik-jentik (ikan cupang, dll), dan bakteria.

3) Kimia. Iaitu pengendalian vektor dengan bahan kimia, baik bahan kimia sebagai racun, bahan penghambat pertumbuhan, dan sebagai hormon. Penggunaan bahan kimia untuk pengendalian vektor hendaklah mempertimbangkan kerentanan terhadap racun perosak, boleh diterima masyarakat, aman terhadap manusia dan organisma lain. Caranya adalah : a) pengasapan/fogging , b) meletakkan serbuk abate pada tempat-tempat takungan air seperti bekas tadahan air, vas bunga, kolam, dan lainlain.

4) Bersepadu. Langkah ini

merupakan aplikasi dari ketiga cara yang dilakukan secara

tepat/bersepadu dan. Cara yang paling efektif dalam mencegah penyakit DBD adalah dengan mengkombinasikan cara-cara di atas, yang disebut dengan 3M Plus , Iaitu menutup, membersihkan, menimbus. Selain itu, langkah bersepadu lain ialah memelihara ikan pemakan jentik-jentik, menabur larvasida, menggunakan kelambu pada waktu tidur, memasang kasa, menggunakan repellent, memasang ubat nyamuk, memeriksa jentik-jentik secara berkala, dan lain-lain sesuai dengan keadaan setempat.

15

2.6

Manfaat Kajian Terdahulu

Kajian terdahulu dijadikan sebagai sumber rujukan bagi membaiki kelemahan-kelemahan sepanjang kajian dijalankan seperti data-data, statistik dan sebagainya. Setiap data yang diperoleh diolah dan diubahsuai menjadi data sekunder . Data sekunder ini menjadi bahan rujukan kepada kajian yang akan datang.

16

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual kepada 100 orang responden iaitu 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan jurusan. Soal selidik dijalankan dengan mengedarkan borang-borang soal selidik yang berkaitan dengan demam denggi. Kebanyakan responden adalah pelajar yang menetap di asrama Kolej Universiti MAHSA Kampus Jalan University, Petaling Jaya, 59100 Kuala Lumpur. Kaedah kajian ini adalah secara keratan rentas (Prevalens) kerana hanya melibatkan masa yang pendek dan dilakukan dalam masa yang singkat.

3.2

Pemilihan Kajian

Kolej Universiti MAHSA yang terletak di Jalan Elmu Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana pernah berlakunya kes demam denggi di kolej ini. Selain itu, kebanyakan responden menetap di asrama Kolej Universiti Mahsa, Jalan Elmu Off Jalan Universiti dimana pengkaji senang untuk mencari responden bagi tujuan kajian ini.

Rajah 3.2.1: Kampus Kolej Universiti Mahsa Petaling Jaya, Kuala Lumpur.17

3.3

Instrument Penyelidikan

Secara amnya pengumpulan data dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

3.3.1 Soal selidik Sebanyak 100 set borang soal selidik diedarkan kepada pelajar Kolej Universiti Mahsa untuk mendapatkan pandangan dan respond mereka mengenai demam denggi. Maklum balas ini merupakan sumber utama dalam mengenal pasti semua aspek yang penting dalam kajian yang hendak di jalankan seperti jumlah statistik dan lain-lain. 3.3.2 Temubual Temubual di jalankan melalui komunikasi antara dua pihak iaitu responden dan pengkaji. Ini dijalankan supaya responden memahami soalan di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Ini untuk mengelakkan ralat dan bias di dalam kajian.

3.3.3 Internet Internet digunakan untuk mencari maklumat untuk dijadikan data-data skunder.

3.3.4 Data sekunder Kebanyakan sumber diambil daripada bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal, tesis kajian terdahulu dan sebagainya yang dijadikan rujukan untuk memudahkan kajian dijalankan.

3.3.5 Analisis data Kesemua data yang dikumpul akan dilakukan analisis. Hasil dari penganalisaan akan memberikan gambaran, arah serta tujuan dan maksud kajian.

3.4

Populasi

Seramai 100 orang pelajar kolej Universiti Mahsa dipilih sebagai responden untuk memberikan maklumat yang akan menjadi data dalam kajian ini. Responden juga terdiri daripada mereka yang berpendidikan dalam bidang kesihatan.18

3.5

Prosedur Penganalisaan Data

Daripada kajian soal selidik yang telah dijalankan sebelum ini segala data-data yang telah dikumpulkan dimasukkan ke dalam satu perisian khas iaitu Microsoft Office Word 2007 untuk mengolah data- data tersebut ke dalam bentuk gambarajah carta, graf, jadual dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memudahkan penganalisaan data kajian.

19

BAB IV KESIMPULAN AWAL

Berdasarkan tinjauan awal, didapati tahap kesedaran pelajar mengenai demam denggi adalah kurang dan kebanyakan pelajar tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit ini. Mereka menganggap bahawa penyakit demam denggi adalah satu penyakit yang kurang merbahaya kerana boleh diubati dengan mendapatkan rawatan di hospital.

20

RUJUKAN y Ahmad Fadhil bin Yusof (Mei 2009). Sistem Pakar Penyakit Bawaan Nyamuk.

Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda y Azizah Gama T dan Faizah Betty R(2010), Analisis Faktor Risiko Kejadian Demam Denggi Berdarah di Desa Mojosongo Kabupaten Boyolali. Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Muhammadiyah Surakarta. Garis Panduan Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) 2005. Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Lee,B.L. 2005. Dengue fever and dengue hemorrhagic fever : A review of the history, transmission, treatment, and prevention. Journal of Pediatric Infectious Disease 16(1): 60-65. Yusof Yaacob. 2007. Analysis of a Dengue Disease Transmission Model without Immunity. Universiti Teknologi Malaysia. MATEMATIKA, 2007, Volume 23, Number 2, 75-81 Er Ah Choy, Elainie Bte Mohd Khair, Asmahani Atan, Mazrura Sahani & Zainudin Mohd Ali. 2011. Perubahan Cuaca Dan Penyakit Denggi: Kajian Kes Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. ISBN:1823-884x y Pliangbangchang, S. 2007. WHO alerted: prompt action needed on dengue. (atas talian) http://www.searo.who.int/en/Section316/Section503/Section2358_13463.htm Februari 2009] y Kenyataan Akhbar Pengarah Kesihatan Malaysia,2009. situasi semasa demam denggi dan Chikungunya di Malaysia ( atas talian) http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=432 (23 April 2009) y y y Berita Harian (2010),93 maut dmam denggi (8 Ogos). http://www. Bharian.com.my http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/Denggi.php [1

y

y

y

y

21

LAMPIRAN y y Borang soal selidik Salinan pembentangan

22