Peta Minda Bab 2
Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.
Peraturan merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid.
Guru juga membentuk rutin du dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Rutin boleh dibentuk melalui perbincangan dengan murid.
Persekitaran Psikososial
Persekitaran sihat dalam kelas haruslah:
Suasana selesa dan mesra
Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
Perasaan diterima
Sensitif dan peka kepada perbezaan individu
Suasana yang merangsangkan pembelajaran.
Menggalakkan pembelajaran koperatif.
Peluang yang sama untuk semua murid.
Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam menjalinkan hubungan guru-murid.
Persekitaran Fizikal
Suasana bilik darjah membenarkan guru memantau
Kedudukan guru berhampiran dengan murid
Ruang trafik yang selesa
Akses mudah kepada sumber hasil pembelajaran
Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang
Kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti tertentu
Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot
Susunan kerusi meja murid mesti fleksibel
Persekitaran Pembelajaran yang kondusif
Peranan Guru dalam Pergurusan Bilik Darjah
Top Related