BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang
diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid yang
keseluruhannya berbangsa Melayu dari Tahun Enam Gigih, SK Bandar Easter. Soal
selidik yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap sikap dan minat murid
tentang pembelajaran koperatif Tahun Enam. Responden kajian terdiri daripada 30
responden yang mana 15 daripadanya adalah pelajar perempuan dan selebihnya
pelajar lelaki.
Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dan
dapatan analisis menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian
juga dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan
analisis mengenai soal selidik yang bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya
memenuhi kehendak objektif kajian
4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden
Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus
responden berdasarkan jantina murid, pekerjaan ibu/bapa/penjaga dan nama murid
dalam keputusan ujian pra dan ujian pos.
4.2.1 Jantina
Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
mengikut jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan responden lelaki dan
perempuan adalah sama iaitu 15 orang (50.0%).
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
Perempuan 15 50.0
Lelaki 15 50.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga
Jadual dan graf 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
mengikut pekerjaan ibu/bapa/penjaga. Pekerjaan yang paling ramai adalah peneroka
iaitu seramai 16 orang (53.3%). Ini diikuti dengan pekerjaan polis (3 orang, 10.0%),
36
pemandu lori, pekerja kilang dan buruh dengan masing-masing 2 orang (6.7%).
Guru, kontrak, mekanik, peguam, dan periklanan masing-masing mempunyai hanya
seorang dengan peratus 3.3%.
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu/Bapa/Penjaga
Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Kekerapan (f) Peratus (%)
Buruh 2 6.7
Guru 1 3.3
Kontrak 1 3.3
Mekanik 1 3.3
Peguam 1 3.3
Pekerja Kilang 2 6.7
Pemandu Lori 2 6.7
Peneroka 16 53.3
Periklanan 1 3.3
Polis 3 10.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.2 Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga
37
4.3 AKTIVITI RAWATAN
Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra yang telah dijalankan menunjukkan
terdapat kelemahan dan kegagalan terhadap murid menguasai kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu. Seramai empat belas orang murid telah gagal atau
mendapat gred D dengan jumlah markah dibawah 40 peratus. Ini menunjukkan
sebanyak 46.6 peratus murid mendapat gred D, 15 orang murid atau 50 peratus
mendapat gred C dan seorang murid mendapat gred B atau 3.33 peratus. Jadual di
bawah menunjukkan markah dan gred yang dicapai hasil Ujian Pra yang telah
dijalankan.
Jadual 4.3 Markah dan gred Ujian Pra
Bil RESPONDEN Ujian Pra
M G1 Responden 1 65 B2 Responden 2 32 D3 Responden 3 43 C4 Responden 4 30 D5 Responden 5 28 D6 Responden 6 28 D7 Responden 7 48 C8 Responden 8 33 D9 Responden 9 43 C10 Responden 10 45 C11 Responden 11 40 C12 Responden 12 35 D13 Responden 13 32 D14 Responden 14 28 D15 Responden 15 43 C16 Responden 16 40 C17 Responden 17 45 C18 Responden 18 47 C19 Responden 19 50 C20 Responden 20 33 D21 Responden 21 43 C22 Responden 22 33 D23 Responden 23 53 C
38
24 Responden 24 40 C25 Responden 25 35 D26 Responden 26 32 D27 Responden 27 30 D28 Responden 28 30 D29 Responden 29 48 C30 Responden 30 46 C
Purata / Min 39.3 D
4.3.1 Proses Rawatan
Terdapat empat kaedah yang digunakan dalam rawatan ke atas murid-murid
tersebut. Kaedah rawatan ini digunakan untuk melihat keberkesanan pembelajaran
koperatif terhadap kemahiran menulis karangan. Pengkaji menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.
Antara kaedah yang digunakan seperti berikut:
1. Kaedah Jigsaw (Kaedah Cantuman)
2. Kaedah Kumpulan Pertandingan Permainan
3. Kaedah belajar Bersama
4. Kaedah Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya
Empat kaedah ini dipilih dan dijalankan selama dua bulan iaitu pada bulan
Ogos dan September pada tahun 2010. Dua kaedah telah dipraktikan pada setiap
bulan seperti dalam jadual 4.4 dibawah.
39
Jadual 4.4 Aktiviti yang dijalankan selama dua bulan
BULAN MINGGU AKTIVITI/KAEDAH
OGOS
Minggu 1 dan 2 1. Kaedah Jigsaw
Minggu 3 dan 4 2. Kaedah Pertandingan Permainan
Berpasukan
SEPTEMBER
Minggu 1 dan 2 3. Kaedah Belajar Secara Bersama
Minggu 3 dan 4 4. Kaedah Rakan Sebaya
4.3.2 Lingkiran Pertama Kaedah Jigsaw
Pada minggu 1 dan minggu 2 kaedah Jigsaw digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis karangan. Pengkaji menyediakan satu set bahan
akademik dan aktiviti tugasan yang hendak dijalankan. Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil heterogenous sebagai kumpulan asas. Setiap ahli dalam kumpulan
asas menerima helaian pakar yang sama diarahkan bergabung untuk membentuk
kumpulan pakar. Setiap kumpulan pakar akan mengkaji dan membincangkan secara
terperinci tentang sub-topik yang diberi dalam satu jangkamasa tertentu untuk
menyelesaikan masalah berkaitan. Segala pemerhatian, maklumat dan hasil
perbincangan dalam kumpulan pakar hendaklah dicatat oleh setiap ahli.
Pengkaji memastikan setiap murid terlibat secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran dan memberi bimbingan dari masa kesemasa. Melalui bimbingan ini
pengkaji dapat mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul dan mengambil
tindakan segera. Setelah masa yang diperuntukan mencukupi, setiap pakar kembali
40
ke kumpulan asas masing-masing. Setiap pakar menerangkan dan membincangkan
hasil yang diperolehi kepada semua ahli kumpulan secara bergilir-gilir dalam jangka
masa tertentu.
4.3.3 Lingkiran Kedua Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT)
Kaedah Pertandingan Berpasukan (TGT) dipilih pada minggu ketiga dan ke
empat dalam bulan tersebut. Langkah-langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam
pengajaran dan pengajaran di dalam kelas adalah seperti berikut:
1. Menyediakan bahan akademik yang perlu dipelajari.
2. Pengkaji memperkenalkan tajuk yang bakal dipelajari.
3. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil yang heterogenous.
4. Bahan pembelajaran diedarkan kepada semua kumpulan murid.
5. Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan mengkaji bahan masing-masing
melalui perbincangan kumpulan.
6. Pengkaji bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara.
7. Perbincangan ditamatkan apabila setiap ahli dalam kumpulan telah
memahami bahan yang dipelajari.
4.3.4 Lingikran Ketiga Kaedah Belajar Secara bersama
Pada bulan kedua, minggu pertama dan kedua pula pengkaji memilih Kaedah
Belajar Secara Bersama. Seperti kaedah sebelumnya pengkaji menyediakan beberapa
soalan berdasarkan kemahiran yang dikehendaki. Pembentukan kumpulan kecil yang
heterogenous juga dibuat dan helaian tugasan diedarkan pada setiap kumpulan.
41
Pengkaji mengarahkan setiap kumpulan murid membincangkan tajuk tugasan yang
diberikan dan cuba menyelesaikannya. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut
melontarkan idea dan masing-masing membuat catatan. Namun setiap kumpulan
murid hanya perlu menghantar satu tugasan sahaja.
4.3.5 Lingkiran Ke empat Kaedah Rakan Sebaya
Minggu ketiga dan ke empat dalam bulan kedua pula pengkaji menggunakan
Kaedah Rakan Sebaya. Pengkaji membentuk beberapa kumpulan kecil murid yang
heterogenous. Lembaran tugasan diedarkan pada setiap kumpulan yang telah
dibentuk. Pengkaji melantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai mentor. Murid
yang dilantik ini telah dikenalpasti antara yang terbaik dalam kumpulan tersebut.
Tujuannya supaya murid tersebut dapat membantu dan membimbing ahli-ahli
kumpulannya lemah untuk menguasai kemahiran yang dikehendaki. Tugasan yang
diberikan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan dan
bimbingan rakan dalam kumpulan tersebut.
4.3.6 Penilaian Kaedah Rawatan
Sebanyak empat lingkiran kaedah pembelajaran koperatif digunakan dalam
aktiviti penulisan karangan. Penilaian dijalankan selepas ke empat-empat kaedah
tersebut selesai digunakan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir Tahun Enam
pada bulan Oktober. Hasil keputusan peperiksaan serta markah yang diperolehi
seperti dalam jadual 4.5. Peperiksaan akhir tahun dinilai sebagai ujian pos untuk
melihat keberkesanan kaedah yang telah dijalankan.
42
4.4 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut
nama murid dan keputusan ujian pra dan ujian pos. Daripada jadual, keputusan ujian
pra dan ujian pos yang tertinggi masing-masing adalah 65 dan 70. kekerapan ini
membawa kepada nilai min/purata 39.3 bagi ujian pra dan 51.5 bagi ujian pos dengan
perbezaan sebanyak 12.2.
Jadual 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Responden Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
M G M G P/N M1 Responden 1 65 B 68 B + 32 Responden 2 32 D 53 C + 213 Responden 3 43 C 55 C + 124 Responden 4 30 D 57 C + 275 Responden 5 28 D 52 C + 246 Responden 6 28 D 40 C + 127 Responden 7 48 C 60 B + 128 Responden 8 33 D 42 C + 99 Responden 9 43 C 45 C + 210 Responden 10 45 C 53 C + 811 Responden 11 40 C 40 C + 012 Responden 12 35 D 43 C + 813 Responden 13 32 D 40 C + 814 Responden 14 28 D 60 B + 3215 Responden 15 43 C 47 C + 416 Responden 16 40 C 48 C + 817 Responden 17 45 C 60 B + 1518 Responden 18 47 C 70 B + 2319 Responden 19 50 C 55 C + 520 Responden 20 33 D 57 C + 2421 Responden 21 43 C 57 C + 1422 Responden 22 33 D 45 C + 1223 Responden 23 53 C 55 C + 224 Responden 24 40 C 47 C + 725 Responden 25 35 D 48 C + 1326 Responden 26 32 D 50 C + 1827 Responden 27 30 D 40 C + 1028 Responden 28 30 D 48 C + 18
43
29 Responden 29 48 C 53 C + 530 Responden 30 46 C 58 C + 12
Purata / Min 39.3 D 51.5 C + 12.2
4.5 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred
Jadual 4.5 dan Graf 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus
responden mengikut keputusan ujian pra dan ujian pos mengikut gred. Gred A –
Cemerlang (markah 80-100) tidak ada responden bagi ujian pra dan ujian post. Bagi
Gred B – Baik (60-79) pula, hanya seorang responden (3.3%) pada ujian pra
manakala 5 responden (16.7%) bagi ujian pos. Seterusnya Gred C – Memuaskan (40-
59) pula mempunyai seramai 14 responden (46.7%) bagi ujian pra dan 25 responden
bagi ujian pos. Hanya 15 responden (50.0%) bagi ujian pra mendapat gred D –
Sederhana (20-39) tetapi tiada responden mendapat gred ini bagi ujian pos. Tiada
responden yang mendapat gred terakhir iaitu Gred E-Lemah (00-19).
Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred
Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Kekerapan
(f) / Peratus
(%)
Kekerapan
(f) / Peratus
(%)
Gred A – Cemerlang (80-100) - -
Gred B – Baik (60-79) 1
3.3%
5
16.7%
Gred C – Memuaskan (40-59) 14
46.7%
25
83.3%
Gred D – Sederhana (20-39) 15
50.0%
-
Gred E – Lemah (00-19) - -
44
Jumlah 30 100.0
Graf 4.3 Peratus Responden Mengikut Keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pos Mengikut Gred
4.6 ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN MINAT MURID
TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
4.6.1 Item Sikap & Minat 1
Jadual 4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju 1 3.3
Tidak Pasti - -
Setuju 11 36.7
Sangat Setuju 18 60.0
Jumlah 30 100.0
45
Graf 4.4 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Berpeluang Berkomunikasi
Dengan Rakan Lain Dalam Satu Kumpulan
Jadual 4.7 dan graf 4.4 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat berpeluang berkomunikasi dengan rakan lain dalam satu kumpulan. Mejoriti
murid-murid seramai 18 orang iaitu 60.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
tersebut.
Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap pernyataan
tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7 peratus. Manakala bagi status tidak
setuju yang menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-
murid terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
46
4.6.2 Item Sikap & Minat 2
Jadual 4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan
Perbincangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 11 36.7
Sangat Setuju 17 56.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.5 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bertukar-Tukar Idea
Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan
Jadual 4.8 dan graf 4.5 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat boleh bertukar-tukar idea semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan
perbincangan. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus sangat
setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid
yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 11 orang iaitu 36.7
47
peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan tahap
penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah
seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus.
4.6.3 Item Sikap & Minat 3
Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 10 33.3
Sangat Setuju 20 66.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.6 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Boleh Bekerjasama Dengan
Rakan Yang Lain Semasa Aktiviti Dijalankan
Jadual 4.9 dan graf 4.6 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat boleh bekerjasama dengan rakan yang lain semasa aktiviti dijalankan. Mejoriti
murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
48
tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju terhadap
pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus.
4.6.4 Item Sikap & Minat 4
Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 10 33.3
Sangat Setuju 20 66.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.7 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Saling Bantu Membantu
Untuk Menghasilkan Idea Dan Menuliskan Isi Karangan
Jadual 4.10 dan graf 4.7 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat saling bantu membantu untuk menghasilkan idea dan menuliskan isi karangan.
Mejoriti murid-murid seramai 20 orang iaitu 66.7 peratus sangat setuju terhadap
49
pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murid-murid yang setuju
terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 10 orang iaitu 33.3 peratus.
4.6.5 Item Sikap & Minat 5
Jadual 4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 9 30.0
Sangat Setuju 21 70.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.8 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Melibatkan Diri
Secara Aktif Dalam Aktiviti Yang Dijalankan
Jadual 4.11 dan graf 4.8 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mejoriti
murid-murid seramai 21 orang iaitu 70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan
tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju terhadap
pernyataan tersebut pula ialah seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus.
50
4.6.6 Item Sikap & Minat 6
Jadual 4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti - -
Setuju 6 20.0
Sangat Setuju 24 80.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.9 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Aktiviti Dalam Kumpulan
Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi
Jadual 4.12 dan graf 4.9 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat aktiviti dalam kumpulan membantu saya memahami dengan lebih jelas lagi.
Mejoriti murid-murid seramai 24 orang iaitu 80.0 peratus sangat setuju terhadap
pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-murid yang setuju
terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 6 orang iaitu 20.0 peratus.
4.6.7 Item Sikap & Minat 7
51
Jadual 4.13 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah
Pembelajaran Koperatif
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 1 3.3
Setuju 12 40.0
Sangat Setuju 17 56.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.10 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Merasa Sangat Seronok
Dapat Menjalankan Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Jadual 4.13 dan graf 4.10 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat merasa sangat seronok dapat menjalankan aktiviti menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Mejoriti murid-murid seramai 17 orang iaitu 56.7 peratus
sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden atau murit-
murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 12 orang iaitu
40.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman dan
52
tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut adalah
seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.8 Item Sikap & Minat 8
Jadual 4.14 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Dapat Membantu Rakan Yang Lemah
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 9 30.0
Sangat Setuju 19 63.3
Jumlah 30 100.0
Graf 4.11 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Dapat Membantu Rakan
Yang Lemah
Jadual 4.14 dan graf 4.11 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat dapat membantu rakan yang lemah. Mejoriti murid-murid seramai 19 orang
iaitu 63.3 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi
responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah
53
seramai 9 orang iaitu 30.0 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang
menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid
terhadap pernyataan tersebut adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.9 Item Sikap & Minat 9
Jadual 4.15 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pernyataan
Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan
Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 1 3.3
Setuju 8 26.7
Sangat Setuju 21 70.0
Jumlah 30 100.0
Graf 4.12 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Kaedah Pembelajaran
Koperatif Ini Membantu Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan
Isi Karangan
54
Jadual 4.15 dan graf 4.12 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat kaedah pembelajaran koperatif ini membantu saya lebih mudah mendapatkan
idea dan menghuraikan isi karangan. Mejoriti murid-murid seramai 21 orang iaitu
70.0 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden
atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah seramai 8 orang
iaitu 26.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang menunjukkan pemahaman
dan tahap penerimaan responden atau murid-murid terhadap pernyataan tersebut
adalah seorang iaitu 3.3 peratus.
4.6.10 Item Sikap & Minat 10
Jadual 4.16 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut
Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan
Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang Baik
Skala / Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju - -
Tidak Setuju - -
Tidak Pasti 2 6.7
Setuju 5 16.7
Sangat Setuju 23 76.7
Jumlah 30 100.0
Graf 4.13 Peratus Responden Mengikut Pernyataan Akan Menggunakan Kaedah
Koperatif Ini Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan Penulisan Karangan Yang
Baik
55
Jadual 4.16 dan graf 4.13 di atas menunjukkan tentang pernyataan sikap dan
minat akan menggunakan kaedah koperatif ini bersama rakan-rakan untuk
menghasilkan penulisan karangan yang baik. Mejoriti murid-murid seramai 23 orang
iaitu 76.7 peratus sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi
responden atau murit-murid yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula ialah
seramai 5 orang iaitu 16.7 peratus. Manakala bagi status tidak pasti yang
menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden atau murid-murid
terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 2 orang iaitu 6.7 peratus.
4.7 RUMUSAN ANALISIS DESKRIPTIF MENGKAJI SIKAP DAN
MINAT MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
Jadual 4.17 Taburan Min dan Sisihan Piawai Analisis Deskriptif Responden
Mengikut Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
Item Pernyataan Minat dan Sikap Murid Min Sisihan
56
Piawai
1 Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain
Dalam Satu Kumpulan
4.53 0.68
2 Boleh Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan
Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan
4.50 0.63
3 Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain
Semasa Aktiviti Dijalankan
4.67 0.48
4 Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan
Idea Dan Menuliskan Isi Karangan
4.67 0.48
5 Dapat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam
Aktiviti Yang Dijalankan
4.70 0.47
6 Aktiviti Dalam Kumpulan Membantu Saya
Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi
4.80 0.41
7 Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan
Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran
Koperatif
4.53 0.57
8 Dapat Membantu Rakan Yang Lemah 4.57 0.63
9 Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu
Saya Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan
Menghuraikan Isi Karangan
4.67 0.55
10 Akan Menggunakan Kaedah Koperatif Ini
Bersama Rakan-Rakan Untuk Menghasilkan
Penulisan Karangan Yang Baik
4.70 0.60
Purata 4.63 0.55
Graf 4.14 Taburan Min Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran
Koperatif Tahun 6
57
Jadual 4.17 dan graf 4.14 menunjukkan analisis deskriptif responden
mengikut sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Bagi
pernyataan “Berpeluang Berkomunikasi Dengan Rakan Lain Dalam Satu
Kumpulan”, nilai min yang ditunjukkan adalah 4.53. Nilai min yang sama juga
diperolehi oleh pernyataan ke 7 iaitu ‘Merasa Sangat Seronok Dapat Menjalankan
Aktiviti Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif’. Nilai min terendah
diperolehi oleh item 2 dengan nilai min 4.50. Nilai ini mewakili pernyataan ‘Boleh
Bertukar-Tukar Idea Semasa Menjalankan Aktiviti Berkumpulan Dan Perbincangan’.
Terdapat 3 pernyataan yang mendapat nilai min 4.67 iaitu bagi item 3,4 dan 9 yang
masing masing adalah ‘Boleh Bekerjasama Dengan Rakan Yang Lain Semasa
Aktiviti Dijalankan’, ‘Saling Bantu Membantu Untuk Menghasilkan Idea Dan
Menuliskan Isi Karangan’ dan ‘Kaedah Pembelajaran Koperatif Ini Membantu Saya
Lebih Mudah Mendapatkan Idea Dan Menghuraikan Isi Karangan’. Item 6 mendapat
min tertinggi sebanyak 4.80 mewakili pernyataan ‘Aktiviti Dalam Kumpulan
Membantu Saya Memahami Dengan Lebih Jelas Lagi’.
58
4.8 ANALISIS INFRENSI MENGKAJI PERBEZAAN UJIAN PRA DAN
UJIAN POS TERHADAP SIKAP DAN MINAT MURID TENTANG
PEMBELAJARAN KOPERATIF TAHUN 6
Jadual 4.18 Paired Samples Statistics – Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan
Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif
Tahun 6
Ujian Mean N Std. Deviation
Ujian Pra 39.3 % 30 8.90
Ujian Pos 51.5 % 30 8.02
Graf 4.15 Peratus Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos Terhadap Sikap Dan
Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
Jadual 4.18 dan graf 4.15 menunjukkan analisis Paired Samples Statistics
bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian pos terhadap sikap dan minat murid
tentang pembelajaran koperatif tahun 6. Didapati, ujian pos mendapat peratus mean
59
yang lebih tinggi berbanding ujian pra iaitu 51.5%. analisis korelasi menunjukkan
bahawa ujian pos lebih disukai responden daripada ujian pra.
Jadual 4.19 Paired Samples Correlations - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan
Ujian Pos Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun
6
N Correlation Sig.
30 0.549 0.002
Jadual 4.20 Paired Samples Test - Mengkaji Perbezaan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Terhadap Sikap Dan Minat Murid Tentang Pembelajaran Koperatif Tahun 6
Paired Differences t df Sig. (2-
tailed)Mean Std.
Deviatio
n
Std.
Error
Mean
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
-12.27 8.07 1.47 -15.28 -9.25 -8.33 29 .000
Jadual 4.20 dan jadual 4.9 menunjukkan analisis Paired Samples
Correlations dan Paired Samples Test bagi mengkaji perbezaan ujian pra dan ujian
pos terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif tahun 6.
Daripada analisis tersebut nilai p=0.002 iaitu lebih kecil daripada aras signifikan
yang di tetapkan iaitu 0.05 (p<0.05), maka terdapat perbezaan dan hubungan yang
signifikan atau yang kertara di antara ujian pra dan ujian pos di mana pekali korelasi
ialah 0.549.
60
Oleh itu keputusan ini menunjukkan bawah terdapat perubahan dan
perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos.
4.9 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dikalangan murid
tahun enam Sekolah Kebngsaan Bandar Easter menunjukkan bahawa terdapat
perubahan dan perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos dan ujian
pos lebih disukai daripada ujian pra. Oleh itu, pelajar dapat memahami penulisan
karangan yang betul, berkongsi dan melahirkan idea serta mengurangkan kesalahan
dalam penulisan karangan disamping mampu menghuraikan idea dalam bentuk
penulisan. Pelajar juga boleh bekerjasama dalam kumpulan.
61
Top Related