BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
2.1 PENGENALAN
Sepanjang Latihan Industri, pelatih banyak melakukan aktiviti latihan dari
minggu pertama hingga minggu terakhir. Setiap minggu, pelatih melakukan
pelbagai aktiviti yang berlainan. Setiap aktiviti yang dilakukan banyak memberi
manfaat kepada pelatih
18
2.2 Minggu Pertama
Pada minggu pertama pelatih telah melaporkan diri ke Syarikat tempat menjalani
Latihan Industri iaitu Syarikat Dunco Sdn Bhd yang bertempat di Wisma Kenatex, batu 5
1/2, Jalan Tuaran, Peti Surat 13846, 88844 Kota Kinabalu, Sabah. Semua pelatih di Firma
ini menghadirkan diri untuk sesi orientasi mengenai polisi syarikat dan sesi pengenalan diri
kepada kakitangan Syarikat yang dikendalikan oleh Puan Lena Linggan.
Selepas menghadirkan diri untuk kedua-dua sesi tersebut, pelatih dihantar ke
“Customer Service Department” iaitu bahagian untuk menjalani Latihan Industri.
Pembantu pengurus iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat selaku penyelia pelajar praktikal
menugaskan Juruteknik, Encik Adrian Chu Jan Hong menerangkan tentang system yang
digunakan di “Customer Service Department”. Salah satunya ialah “job ticket”
mengandungi butir-butir seperti berikut;
Nama Pelanggan
Alamat dan Nombor Telefon Pelanggan
Orang yang patut dihubungi
Nombor Tiket
Tarikh
19
2.3 Minggu Kedua
Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk mamasang CPU baru iaitu
memasang perkakasan computer dan membentuk CPU baru. Teknik pemasangan
perkakasan computer merupakan satu kemahiran yang sangat mudah dipelajari.
Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang lengkap
perlu dibekalkan.
Peralatan dan perkakasan tersebut dipastikan berada dalam keadaan yang
baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula, langkah-langkah keselamatan
mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang dilakukan juga hendaklah
tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat
dielakkan daripada berlaku. Antara peralatan yang digunakan ialah:-
Skrudriver
Hard disk
Ram
Motherboard
Casing
Cd-rom
Processor dan cooler
Floppy drive
Power supply
20
2.4 Minggu Ketiga
Pada minggu ini, Syarikat Dunco Sdn Bhd ditutup selama seminggu sempena
meraikan Tahun Baru Cina. Semua staff dan pelajar praktikal diberi cuti selama seminggu.
Ianya bermula dari 26.01.2009 hingga 31.01.2009.
2.5 Minggu Keempat
Pada minggu ketiga pelatih diajar bagaimana untuk membuat pegujian keatas
perkakasan komputer. Pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan perkakasan
tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Contoh perkakasan komputer yang diuji ialah
Ram, Motherboard dan Processor.
Satu sambungan lengkap akan dilakukan dengan menggunakan perkakasan di atas.
Satu-persatu peralatan diatas diuji dan bekalan kuasa diberikan. Melalui ini, setiap
perkakasan boleh diuji dan memastikan setiap perkakasan tersebut boleh berfungsi dengan
baik atau tidak.
2.6 Minggu Kelima
Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki pc yang bermasalah
contohnya ”No Display”. Untuk membaiki sebuah komputer, peralatan seperti skrudriver
amatlah diperlukan.
21
2.7 Minggu Keenam
Pada minggu kelima ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki pc yang
bermasalah ”Pc Hang”. Pc menjadi ”Hang” adalah mungkin disebabkan data tidak
tersusun. Masalah ini boleh diatasi dengan membuat ”Check Disk” dan ”Defragment”
pada pc.
Kaedah ini seharusnya dilakukan setiap minggu untuk memastikan sistem pc
berjalan dengan lancar. Melalui amali ini, pelatih dapat mempelajari sesuatu yang
bermanfaat.
2.8 Minggu Ketujuh
Pada minggu ini pelatih dibawa keluar (Kampus INTAN) untuk memasang UPS di
semua tempat yang mempunyai komputer. UPS ialah suatu alat yang digunakan untuk
memberi bekalan kuasa kepada komputer apabila bekalan elektrik terputus. UPS boleh
memberi bekalan kuasa sekurang-kurangnya 15 minit.
Disana pelatih diberi tugas untuk memasang lebih 100 buah UPS pada setiap
komputer. UPS hendaklah dipasang dengan kemas dan diuji selepas dipasang. UPS yang
bermasalah akan ditukar dengan yang lain. Antara peralatan yang digunakan ialah UPS,
Power Cabel dan test pen.
Lankah-langkah keselamatan haruslah diutamakan semasa memasang UPS.
Sebelum memasang, pastikan semua bekalan kuasa pada komputer tersebut dimatikan.
Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memasang UPS dapat
mengetahui fungsinya.
22
2.9 Minggu Kelapan
Pada minggu ketujuh pelatih diajar bagaimana untuk memformat komputer.
Memformat komputer bermaksud membersihkan ataupun memadamkan data pada hard
disk yang terdapat di dalam komputer. Teknik ini perlu dipelajari kerana ia merupakan
jalan terakhir untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi
membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa.
Sebelum proses memformat dimulakan, semua fail penting yang terdapat dalam
bahagian (partition) yang hendak diformat disalin (backup/copy) ke dalam partition lain
atau cakerakeras lain (contohnya : external USB hardisk, hard disk) yang tidak diformat.
Semua fail penting seperti nota pembelajaran, surat menyurat,
dokumen-dokumen yang dirasakan penting disalin. Ini kerana apabila proses memformat
dilakukan, segala maklumat akan hilang dan terpadam.
Perisian cakera padat Windows® XP Service Pack 2 atau Service Pack 3
(Windows® XP CD) perlu disediakan kerana semua maklumat, komponen dan pemandu
(drivers) terkandung di dalam cakera padat tersebut.
Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memformat
computer dan ianya amat berguna untuk masa akan datang.
23
2.10 Minggu Kesembilan
Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk menukar perkakasan komputer
yang telah rosak kepada yang baru. Contohnya Ram, Power Supply, Motherboard dan
Hard Disk. Setiap perkakasan yang ditukar haruslah dilakukan dengan berhati-hati supaya
tidak berlaku kesilapan. Peralatan seperti skrudriver amatlah diperlukan semasa proses
penukaran.
2.11 Minggu Kesepuluh
Pada minggu kesembilan pelatih telah didedahkan dengan salah satu projek
Syarikat Dunco Sdn Bhd iaitu projek ”JPKN LEASING”. Dalam projek ini, pelatih
diarahkan membantu staff disana.
Pelatih diberi tugas untuk ”Install Windows” pada setiap pc iaitu sebanyak 120
unit. Selain itu, pelatih juga diberi tugas untuk memasang modem pada setiap pc. Sebelum
kedua-dua proses di atas bermula, nombor siri bagi setiap CPU, LCD Monitor dan UPS
diambil dan dicatatkan.
Selain itu, pelatih diberi tugas untuk menguji setiap LCD Monitor dan UPS untuk
memastikannya dalam keadaan baik atau tidak. Setelah semua proses telah selesai, cpu
akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.
24
2.12 Minggu Kesebelas
Pada minggu ini pelatih dibawa keluar untuk memindahkan Server dari satu tempat
ke tempat yang lain. Pelatih diberi tugas untuk membantu staff untuk mengangkat 2 buah
Server. Penyelia tugas ini ialah En Marchoney John Martin. Melalui aktiviti ini pelatih
dapat mempelajri bagaimana untuk membuka dan memasang Server.
2.13 Minggu Keduabelas
Pada minggu kesebelas ini pelatih dapat mempelajari satu Sofware baru iaitu
”ACRONIS”. Ia digunakan untuk membuat ”backup” sebelum proses format dan juga
digunakan untuk projek syarikat ini iaitu ”jpkn leasing” untuk install windows pada setiap
komputer. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan
sofware ini.
2.14 Minggu Ketigabelas
Pada minggu ini pelatih diberi tugas untuk menguji 44 unit Lcd Monitor. Semasa
menguji, bekalan kuasa akan dibekalkan. Paparan pada skrin diperhatikan. Langkah yang
sama dilakukan pada Lcd Monitor yang lain. Pada minggu ini pelatih dapat mempelajari
bagaimana untuk menguji Lcd Monitor.
2.15 Minggu Keempatbelas
Pada minggu ini pelatih memohon cuti selama seminggu bermula dari 13.04.2009
hingga 18.04.2009. pelatih telah memohon cuti tersebut dengan Unit Latihan Industri dan
telah diluluskan. Begitu juga dengan penyelia pelatih iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat juga
telah meluluskannya.
25
2.16 Minggu Kelimabelas
Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki komputer yang
bermasalah tanpa memformatnya. Salah satu caranya ialah ”Repair Windows”. Melalui
cara ini, masalah seperti ”blue screen”, ”auto restart” dan lain-lain dapt diatasi tanpa
memformatnya. Masa boleh dijimatkan melalui cara ini untuk sebuah komputer atau
notebook.
2.17 Minggu Keenambelas
Pada minggu ketiga pelatih diajar bagaimana untuk membuat pegujian keatas
perkakasan komputer. Pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan perkakasan
tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Contoh perkakasan komputer yang diuji ialah
Ram, Motherboard dan Processor.
Satu sambungan lengkap akan dilakukan dengan menggunakan perkakasan di atas.
Satu-persatu peralatan diatas diuji dan bekalan kuasa diberikan. Melalui ini, setiap
perkakasan boleh diuji dan memastikan setiap perkakasan tersebut boleh berfungsi dengan
baik atau tidak.
26
2.18 Minggu Ketujuhbelas
Pada minggu ini pelatih mempelajari cara menyalin data(backup) pada komputer
yang hendak di format dengan menggunakan perisian ”Norton Ghost”. Dengan Norton
Ghost, Windows boleh di backup dengan menggunakannya. Misalnya, jika baru sahaja
memformat komputer dan segala macam software yang perlukan telah di install, operasi
Ghost boleh dilakukan terhadap Windows tersebut. Katakan Windows tersebut
kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat dibuka langsung. Restore sahaja fail
Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software
yang telah install
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika mahu install Windows ke
dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail
Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi
restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install
Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.
2.19 Minggu Kelapanbelas
Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk menyalin(backup) email secara
manual dan dengan menggunakan Sofware. Menyalin(backup) email secara manual
mungkin akan memakan masa kerana email akan disalin dengan satu-persatu. Manakala
dengan menggunakan perisian, masa proses salin adalah lebih cepat. Antara perisian yang
digunakan ialah “Microsoft Outlook Express”.
27
2.20 Minggu Kesembilanbelas
Pada minggu ini pelatih diberi tugas untuk membantu staff dalam “Projek JPKN”.
Antara tugas yang pelatih lakukan ialah mengangkat 120 unit Cpu, Lcd Monitor dan UPS.
Selepas itu “Windows” akan dimasukkan pada setiap pc dan modem juga dipasang. Selain
itu, semua peralatan seperti Lcd Monitor dan UPS diuji untuk memastikan tiada sebarang
masalah.setelah semua proses selesai pc akan dimasukkan ke dalam kotak dan tunggu
untuk dihantar. Pada minngu ini pelatih dapat merasai keadaan dalam pekerjaan yang
sebenar.
2.21 Minggu Kedua Puluh
Pada minggu ketujuh pelatih diajar bagaimana untuk memformat komputer.
Memformat komputer bermaksud membersihkan ataupun memadamkan data pada hard
disk yang terdapat di dalam komputer. Teknik ini perlu dipelajari kerana ia merupakan
jalan terakhir untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi
membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa.
Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memformat
computer dan ianya amat berguna untuk masa akan datang.
2.22 Minggu Kedua Puluh Satu
Pada minggu ini pelatih lebih berada di dalam. Melakukan kerja seperti format
komputer, memasang komputer, membaikpulih dan sebagainya.
28
2.23 Minggu Kedua Puluh Dua
Merupakan minggu terakhir. Pelatih mempunyai banyak masa terluang kerana tidak
banyak komputer dihantar ke firma ini untuk dibaiki. Pada hari terakhir, pelatih
menyerahkan surat pengesahan tamat latihan industri kepada Pengurus di bahagian sumber
dan manusia iaitu Tuan Simon Soon Yuk Fui untuk ditandatangani bagi menggantikan
penyelia Latihan Industri iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat yang tidak hadir kerana cuti sakit.
Sementara itu, Encik Normon memberi penilaian terhadap pelatih.
Pelatih berjaya menamatkan latihan industri tanpa melakukan sebarang kesalahan.
Sepanjang latihan dijalankan, pelatih memperolehi banyak pengalaman kerja yang
bersesuaian dengan kursus yang diambil. Pelatih juga dapat merasakan suasana bekerja
yang sebenarnya.
29
Top Related