BAB 2NUTRISI
2.1 Kelas-kelas makanan
Karbohidrat
1. Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
2. Contoh karbohidrat termasuk kanji, selulosa, dan gula. 3. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk nasi,
roti, coklat, dan ubi. 4. Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita. 5. Karbohidrat membekalkan tenaga yang kita perlukan
untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti bernafas, berjalan dan berlari.
Protein
1. Protein mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, dan kadangkala sulfur serta fosforus.
2. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ikan, putih telur, susu, dan kacang soya.
3. Protein diperlukan untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak.
4. Protein yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan tetapi disingkirkan sebagai urea dalam air kencing dan peluh.
Lemak
1. Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon, hidrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan.
2. Makanan yang kaya dengan lemak termasuk mentega, kuning telur, minyak ikan, dan lemak daging.
3. Selain karbohidrat, lemak juga membekalkan tenaga, terutamanya untuk memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan.
4. Lemak melindungi organ-organ dalaman seperti ginjal dan jantung daripada gegaran.
Vitamin
1. Vitamin ialah sebatian organik yang penting untuk kesihatan badan.
2. Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air.
3. Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E, dan K manakala vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B dan C.
VitaminFungsi Kesan
Kekurangan
A
• Pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihat
• Untuk penglihatan yang baik pada waktu malam
Rabun malam
B• Memelihara fungsi sistem saraf• Membantu pembentukan sel darah merah Beri-beri
C• Menguatkan pertahanan badan terhadap
penyakit• Memelihara kesihatan kulit dan gusi
PelagraAnemia Skurvi
D• Membantu penyerapan kalsium dan fosforus
untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuatRiket Kerosakan gigi
E • Mengekalkan fungsi sistem pembiakan Kemandulan
K • Diperlukan dalam proses pembekuan darahDarah lambat beku
Garam mineral
1. Seperti vitamin, hampir semua makanan mengandungi garam mineral yang diperlukan untuk memelihara kesihatan badan.
2. Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
3. Air minuman harian yang dibekalkan oleh loji air juga mengandungi garam mineral.
Garam mineral Fungsi Kesan Kekurangan
Kalsium• Membina tulang dan gigi yang kuat• Membantu proses pembekuan darah Riket
Natrium• Diperlukan untuk pembentukan bendalir
badan seperti plasma darah
Kekejangan ototKelesuanKurang selera makan
Besi• Membina hemoglobin dalam sel darah
merah Anemia
Iodin• Diperlukan oleh kelenjar tiroid untuk
penghasilan hormon Goiter
Fosforus • Membina tulang dan gigi yang kuat Riket
Kalium• Diperlukan untuk pengecutan otot badan• Mengekalkan kepekatan darah dan
bendalir tisu badan
Kelesuan ototKekejangan otot
Pelawas
1. Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.
2. Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur- sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas.
3. Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan untuk membantu pergerakan makanan.
4. Oleh itu, pelawas dapat mencegah sembelit.
Air
1. Kira-kira 67% daripada badan manusia terdiri daripada air. 2. Air diperlukan dalam badan untuk mengangkut bahan-
bahan terlarut seperti makanan tercerna ke seluruh badan dan mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan daripada badan.
3. Air juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan dan kepekatan darah.
4. Kehilangan sebanyak 20% daripada jumlah air dalam badan boleh membawa maut.
Kwasyiorkor
Rabun malam
Beri-beri
Skurvi
A Ujian iodin untuk kanji
1. Masukkan 2 ml larutan kanji ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik larutan iodin.
B Ujian Benedict untuk glukosa
1. Masukkan 2 ml larutan glukosa ke dalam tabung uji.2. Tambahkan 2 ml larutan Benedict ke dalam tabung uji.3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam
kukus air.
C Ujian Millon untuk protein
1. Masukkan 2 ml larutan albumen ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik reagen Millon.3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam
kukus air
D Ujian alkohol-emulsi untuk lemak
1. Masukkan 2 ml etanol ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik minyak ke dalam etanol dan
goncang campuran itu.3. Tambahkan 2 ml air dan goncang campuran itu.
Keputusan:
Makanan Ujian Makanan Pemerhatian
Kanji Ujian iodin Larutan kanji berubah ke biru kehitaman
Glukosa Ujian Benedict Mendakan merah jingga terbentuk
Protein Ujian Millon Mendakan merah bata
Lemak Ujian alkohol-emulsi Minyak larut dalam etanol
1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
(a) ___________ membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian kita.
(b) ___________ dan ___________ melindungi badan kita daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan kita.
(c) Melarutkan dan mengangkut makanan tercema ke sel-sel badan.
(d) Kekurangan pelawas dalam gizi boleh menyebabkan masalah ___________. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah ___________ dan___________.
(e) ___________ melindungi organ-organ badan seperti jantung daripada tercedera.
(f) ___________ diperlukan untuk membina sel-sel baharu untuk pertumbuhan dan untuk menggantikan sel-sel yang rosak.
2. Kelaskan makanan yang berikut kepada kelas makanan yang betul.
Mi Susu Putih telur Ubi kayu
Marjerin Madu Mentega Kuning telur
Kacang tanah Ikan
KEPENTINGAN GIZI SEIMBANG
Membekalkan jumlah tenaga
yang diperlukan kepada
seseorang
Membekalkan bahan-bahan
untuk pertumbuhan
badan
Membekalkan nutrien untuk mengekalkan
kesihatan yang baik
PETA BUIH
KEPENTINGAN GIZI SEIMBANG
KARBOHIDRAT
LEMAK
GULA
GARAM BIASA
KEGENDUTAN
MASALAH JANTUNG, STROK
DIABETES, PEREPUTAN GIGI
TEKANAN DARAH TINGGI
MASALAH KESIHATAN
PETA PELBAGAI ALIR
LEBIHAN NUTRIEN MENYEBABKAN MASALAH KESIHATAN
KARBOHIDRAT DAN BIJIRAN
BUAH-BUAH DAN SAYUR-SAYURAN
IKAN, AYAM,DAGING DAN KEKACANG
LEMAK,GARAM DAN
GULA
MAKANSECUKUPNYA
MAKAN BANYAK
MAKAN SEDERHANA
KURANGKAN MAKAN
PIRAMID MAKANAN MENUNJUKKAN ANGGARAN JUMLAH KELAS MAKANAN YANG PATUT KAMU MAKAN DALAM
SEHARI
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI GIZI
SEIMBANG
KEADAAN KESIHATANPEKERJAAN
UMUR
PETA BUIH
FAKTOR-FAKROR YANG MEMPENGARUHI GIZI
SEIMBANG
JANTINA IKLIM
SAIZ BADAN
NILAI KALORI MAKANANMERUPAKAN JUMLAH TENAGA
YANG DIBEBASKAN APABILASATU GRAM MAKANANDIOKSIDAKAN DENGAN
LENGKAP1 KALORI = 4.2 JOULE (J)
1 KILOKALORI = 4.2 KILOJOULE (kJ)
8
7
1213
SISTEM PENCERNAAN MANUSIA
1. Rongga MulutGigi menghancurkan makanan menjadi bahagian-bahagian kecil.
2. Kelenjar liurMenghasilkan enzim amilase yang mengubah kanji ke maltosa.
2
33. EsofagusMenyalurkan makanan separuh tercerna dari mulut ke perut melalui proses peristalsis.
4
4. PerutDinding perut mempunyai kelenjar yang menghasilkan jus gastrik. Jus gastrik terdiri daripada asid hidroklorik, enzim renin dan protease. Asid hidroklorik meneutralkan alkali dalam air liur, renin menggumpalkan susu agar mudah dicernakan dan protease megubah protein kepada pepton.
55. HatiMenghasilkan hempedu yang berfungsi untuk mengemulsikan lemak.
6
6. Pundi hempeduMenyimpan hempedu.
8
8. PankreasMenghasilkan enzim amilase, protease dan lipase. Lipase mengubah lemak kepada asid lemak.
9
9. DuodenumBahagian pertama usus kecil. Makanan akan bercampur dengan hempedu dan jus pankreas.
11
10. Usus kecilMelengkapkan pencernaan makanan. Karbohidratgula ringkas, Proteinasid amino.
11. Usus besarMenyerap air, vitamin dan mineral dari sisa makanan.
1213
10
Organ Pencernaan Fungsi
Mulut Tempat untuk mengunyah makanan
Gigi Memotong makanan menjadi cebisan-cebisan yang kecil
Kelenjar liur Menghasilkan air liur yang mengandungi enzim pencernaan (amilase)
Lidah Merasa makanan
Esofagus Menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut
Perut Menghasilkan enzim pencernaan (renin dan protease)
Duodenum Mencernakan makanan dengan bantuan enzim daripada pankreas
Pankreas Menghasilkan enzim pencernaan (amilase, protease, dan lipase)
Hati Menghasilkan hempedu untuk mengemulsikan lemak
Pundi hempedu Menyimpan hempedu daripada hati
Usus kecil Menghasilkan enzim pencernaan dan melengkapkan pencernaan makanan
Usus besar Menyerap air daripada makanan yang tidak tercerna
Rektum Menyimpan najis
Dubur Menyingkirkan najis
APAKAH ENZIM PENCERNAAN?
• Bahan kimia yang dirembeskan oleh organ-organ pencernaan.
• Membantu untuk memecahkan molekul-molekul makanan yang kompleks menjadi bahan-bahan ringkas yang dapat diserap.
• Mempercepatkan proses pencernaan tetapi kekal tidak berubah di akhir tindak balas.
• Berfungsi dengan baik pada suhu badan (36.9°C) dan dimusnahkan pada suhu yang tinggi.
FUNGSI HATI DALAM PENCERNAAN
• Menukarkan asid amino yang berlebihan dalam badan kepada urea dan dikumuhkan dalam urin.
• Menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen. Glikogen disimpan dalam hati sehingga digunakan semula sebagai glukosa.
• Menghasilkan hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu. Hempedu mengemulsikan lemak.
• Menguraikan bahan-bahan kimia berbahaya seperti alkohol dan dadah kepada bahan-bahan tidak berbahaya.
PROSES PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA
• Makanan tercerna, vitamin, dan mineral diserap oleh struktur-struktur yang dikenal sebagai vilus pada dinding dalam usus kecil.
PROSES PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA
• Vilus ialah unjuran-unjuran yang sangat kecil. Vilus ini meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan makanan.
• Glukosa dan asid amino digunakan untuk dua proses utama, iaitu, respirasi dan assimilasi.
• Semasa respirasi, glukosa dioksidakan dalam sel untuk membebaskan tenaga, dengan karbon dioksida dan air sebagai bahan kumuhnya.
• Semasa assimilasi, asid amino digunakan untuk membina sel-sel baharu atau memperbaiki sel-sel yang rosak.
PROSES PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA
• Glukosa yang berlebihan disimpan sebagai glikogen dalam hati.
• Asid amino yang berlebihan diuraikan oleh hati kepada urea dan dikumuhkan dalam urin.
• Lemak yang berlebihan disimpan di bawah kulit atau di sekeliling organ.
PENYERAPAN SEMULA AIR DAN PENYAHTINJAAN
• Usus besar manusia terdiri daripada kolon dan rektum.
PENYERAPAN SEMULA AIR DAN PENYAHTINJAAN
• Semasa makanan tiba di usus besar, bahan-bahan makanan yang tercerna telah pun diserap oleh usus kecil.
• Sisa di dalam usus besar sebahagian besarnya ialah air dan bahan pepejal seperti pelawas yang tidak tidak tercerna.
• Kolon usus besar menyerap air, vitamin dan mineral terlarut daripada sisa makanan dan meninggalkan bahan sisa pepejal.
PENYAHTINJAAN
• Bahan sisa pepejal ini dikenal sebagai najis. Najis terbentuk selepas air diserap daripada sisa makanan di dalam kolon usus besar.
• Najis diangkut ke dalam rektum dan disimpan di sini. Dari semasa ke semasa, najis dibuang melalui dubur.
• Proses pembuangan najis daripada rektum ini dikenal sebagai penyahtinjaan.
AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT
• Kita perlulah memupuk amalan pemakanan yang baik seperti yang berikut:(a) makan makanan yang berkhasiat,(b) makan makanan yang kaya dengan serat,(c) elakkan mengambil gula, garam dan lemak yang berlebihan dalam makanan,(d) kunyah makanan dengan baik sebelum menelannya, (e) makan makanan yang bersih dan segar – makanan
yang telah basi dan tercemar perlulah dibuang,(f) minum banyak air (kira-kira 8 gelas sehari).
END OF CHAPTER
Top Related