BAB 3
KOTAK BENTUK
3.1 PENGENALAN KOTAK BENTUK
Struktur konkrit mengkehendaki tupang dan kotak bentuk sementara untuk
konkrit dituang dan ditupang sehingga ianya dapat mengeras dengan secukupnya.
Kotak bentuk diperbuat daripada kayu, konkrit atau plastik. Kayu digunakan dalam
kebanyakan kerja kerana bahan ini mempunyai sifat-sifat kebaikan semulajadi.
Kayu juga senang dikerjakan dan mudah dipasang. Untuk satu pembinaan
bangunan, kos bagi kotak bentuk sahaja boleh mencapai 20% - 75% daripada kos
pembinaan. Bagi mendapatkan hasil yang baik, kotak bentuk hendaklah digunakan
sekali sahaja. Kecacatan kotak bentuk akan membuatkan permukaan konkrit cacat.
27
3.2 PENGGUNAAN KOTAK BENTUK
Dalam sesuatu projek pembinaan, kos bagi menyediakan kotak bentuk boleh
mencapai 20% hingga 75% daripada kos pembinaan yang diperuntukkan. Bagi
memastikan konkrit yang dihasilkan mempunyai permukaan yang baik, kotak bentuk
hanya di gunakan sekali sahaja. Kecacatan yang terdapat pada kotak bentuk akan
memberi kesan kepada permukaan konkrit yang terhasil. Walau bagaimana pun, bagi
menjimatkan dan mengurangkan kos pembinaannya, kotak bentuk boleh di gunakan
berulang kali dan kebiasaannya tidak melebihi empat kali. Penggunaan kayu untuk
kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika ia tidak di guna berulang kali. Kotak bentuk
yang paling sesuai di gunakan berulang kali adalah di perbuat daripada keluli.
Keluli merupakan logam yang tahan lama dan lasak. Ini kerana ia boleh di
gunakan berulang kali selagi permukaan keluli tersebut tidak terjejas. Dalam sejarah
situasi, penggabungan kedua-dua bahan iaitu kayu dan keluli amat di perlukan dalam
kerja-kerja pembinaan.
Dalam sesuatu Projek Pembinaan, kayu digunakan untuk membuat kotak
bentuk adalah bertujuan menahan konkrit basah sehingga ia dapat mengeras dengan
secukupnya. Untuk tujuan tersebut, kayu yang digunakan hendaklah tidak terlalu
kering dan tidak mengandungi kelembapan yang berlebihan. Sekiranya kayu yang
digunakan kering, kotak bentuk tadi akan mengembang dan membengkok apabila ia
menyerap air dari konkrit yang di tuang. Ia menyebabkan terbentuknya sarang lebah
(honey com).
28
Rajah 3.1 ( i ): kerja-kerja membina kotak bentuk “ formwork “.
Rajah 3.2 ( ii ) : Kotak bentuk yang telah siap dibuat.
29
Rajah 3.3 ( iii ) : Kotak bentuk yang siap di pasang
Rajah 3.4 ( iv ) : Hasil daripada kotak bentuk
30
3.3 BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KOTAK BENTUK
1) Papan dan papan lapis
2) Logam, keluli, besi galvani, aluminium dan lain-lain
3) Kaca gentian dan plastik gentian.
3.3.1 Papan dan papan lapis
Penggunaan papan atau papan lapis sebagai kotak bentuk adalah sangat
meluas dalam bidang pembinaan. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang untuk
dikerjakan. Pembinaan kotak bentuk untuk konkrit tuang dahulu atau konkrit tuang di
situ.
3.3.2 Logam
Penggunaan logam dalam pembinaan kotak bentuk adalah terhad pada
pembinaan tertentu dan memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit
tuang dahulu biasanya memerlukan kotak bentuk logam kerana ianya lasak dan sesuai
digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang
membuat cerucuk lubang gerimit.
3.3.3 Kaca Gentian dan Plastik Gentian
Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang
mempunyai reka bentuk tersendiri.
31
3.4 SYARAT – SYARAT KETUGAHAN KOTAK BENTUK
i) Mempunyai sambungan yang kemas di bahagian penyambungan. Dengan ini,
air tidak akan mengalir keluar dari kotak bentuk yang di buat.
ii) Cukup tegar untuk membolehkan konkrit di mampat dengan alat penggetar.
Oleh itu, kotak bentuk mestilah berupaya sebarang untuk menahan sebarang
peranjakan atau pergerakan berlaku.
iii) Cukup kuat untuk menanggung beban mati yang terdiri daripada konkrit dan
beban hidup seperti pekerja dan alat-alat yang bergerak.
iv) Mempunyai ukuran yang betul dan aras yang rata.
v) Kotak bentuk tersebut perlulah telah air untuk menghasilkan konkrit ynag
berkualiti tinggi.
3.5 PENGGUNAAN KOTAK BENTUK
Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti:
i. Tiang (coloum)
ii. Rasuk (beam)
iii. Lantai (slab)
iv. Dinding.
v. Longkang
3.5.1 Kotak bentuk untuk tiang.
Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai atas
dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil
pendinding (sheeting). Pendinding di atur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang
yang hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat dan sebainya. Pendinding
32
yang biasa di gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal. Papan –
papan ini akan dipasang bersama- sama pengikat (cleat) .
Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau
menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz
dan ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli
yang dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga.
Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di
perkuatkan lagi dengan penggunaan di antaranya.
Rajah 3.5 Kotak Bentuk untuk Tiang
3.5.2 KOTAK BENTUK UNTUK RASUK
Setelah pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dan juga telah dikonkrit
dan di buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya, kotak
bentuk bagi rasuk dibuka satu persatu. Reka bentuknya adalah seperti palung dengan
kedua-duanya sisinya serta tapak.
33
Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak
rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di tepi
tiang dan di atas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia melengkung,
tupang sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan
lantai. Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah. Selepas
daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran yang telah
ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan baji.
Rajah 3.6 kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk
3.5.3 KOTAK BENTUK UNTUK LANTAI
Bagi struktur ini , rasuk mestilah dipasang terlebih dahulu . Apabila kotak bentuk
rasuk ini telah siap dipasang, barulah kerja – kerja memasang kotak bentuk lantai
bahagian atas ini dipasang.
Pada bahagian sisi kotak bentuk rasuk, satu kayu pengalas di pasang dengan
dipakukan kepada kotak bentuk rasuk tersebut. Kayu pengalas ini adalah kayu bersaiz
1" x 2 " di mana ianya merupakan kayu penyokong bagi gelegar yang akan di pasang.
34
Ianya mestilah cukup kukuh untuk menahan beban kayu gelegar nanti mestilah dipilih
dari kayu yang baik.
Manakala pada bahagian atas kayu pengalas, dipasang pula kayu – kayu yang
dipanggil gelegar yang disusun mengikut jaraknya tertentu agar ia boleh menahan
berat beban yang di tanggungnya . Kayu yang digunakan adalah kayu yang bersaiz 2
" x 4 " . Ianya di pasang pada bahagian yang sama dengan kedudukan kotak bentuk
rasuk dan dipaku. Kemudian , papan plywood akan di pasang pada kayu – kayu
gelegar ini . Pemasangan papan – papan ini perlu dilakukan dengan cermat.
Walaupun kerja pemasanganya nampak mudah , namun ia perlu dilakukan dengan
cermat dan teliti supaya tiada lubang yang kelihatan yang mana boleh mencacatkan
struktur konkrit .
Rajah 3.7 (i): Kerja – kerja Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Lantai
35
Rajah 3.8(ii) :Kotak bentuk bagi lantai yang telah siap di pasang
3.5.4 KOTAK BENTUK UNTUK DINDING
Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya
mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat dan
pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding yang
dicadangkan itu.
Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm dan
berbenang pada kedua-dua hujung. Proses ini akan menggenggam bahagian-
bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini membolehkan ia menanggung segala
beban yang dikenakan apabila kerja konkrit dijalankan.
36
Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras. Setelah
dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk menyambung kerja-kerja
yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini digunakan untuk dinding di
mana ketinggiannya lebih dari 1 meter.
3.5.4 KOTAK BENTUK UNTUK TANGGA
Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang
telah di tetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja. Ia
dipasang mengikut susunan anak tangga,
Rajah 5.9 Pemasangan kotak bentuk untuk tangga
37
3.6 PEMERIKSAAN KE ATAS KOTAK BENTUK UNTUK TIANG
Pemeriksaan ke atas kotak bentuk untuk tiang amat penting sebelum kerja- kerja
pengkonkritan dijalankan. Antara faktor –faktor yang diambil kira semasa kerja-kerja
pemeriksaan dijalankan ialah :
a. Kepugakan tiang iaitu dengan menggunakan batu pelambap dan
“spirit level”
b. Kualiti kotak bentuk yang mana kotak bentuk tersebut mematuhi
spesifikasi.
c. Keteguhan tupang untuk tiang tersebut
Pemeriksaan kotak bentuk dijalankan bersama-sama dengan wakil P.P iaitu Juruteknik
JKR dan wakil daripada pihak perunding. Jika wakil P.P tidak berpuas hati dengan
keadaan kotak bentuk yang di buat, kerja-kerja baik pulih mesti di buat mengikut
kehendaknya dan perlulah tidak bercanggah dengan peraturan.
38
3.7 MEMBUKA KOTAK BENTUK
Kotak bentuk hendaklah di buka dengan baik tanpa ada gegaran dan kejutan
yang melampau supaya tidak berlakunya kerosakan kepada permukaan struktur
konkrit dan kepada kotak bentuk itu sendiri. Kerja-kerja penggalan atau pembukaan
kotak bentuk ini perlulah di lakukan sedikit –sedikit dan berperingkat –ringkat bagi
memastikan struktur konkrit yang telah di buat telah mengeras dengan secukupnya.
JADUAL 3.1 : Jadual jangka masa minimum untuk kerja – kerja
penanggalan kotak bentuk.
Bahagian Kotak Bentuk Simen biasa Simen Cepat
Mengeras
Sisi rasuk,dinding dan tiang 3 Hari 2 Hari
Sangga kepala lantai 10 Hari 5 Hari
Sangga kepala rasuk 21 Hari 8 Hari
Sisi rasuk (sangga tidak tanggal) 8 Hari 5 Hari
Sisi lantai (sangga tidak tanggal) 4 Hari 3 Hari
39
Pembukaan kotak bentuk ini hendaklah dilakukan dengan cermat supaya dapat
mengelakkan daripada konkrit itu rosak. Bagi mengukuhkan lagi konkrit yang baru itu
daripada rosak, kotak bentuk hendaklah dibuka mengikut spesifikasi yang ditetapkan
oleh pemaju. Namun begitu ia juga bergantung kepada kekuatan konkrit itu sendiri.
Rajah 3.10 : Cara membuka kotak bentuk
40
3.8 KOMEN DAN CADANGAN
3.8.1 Komen.
Prosese pembentukan kotak bentuk mengunakan kayu,konkrit
atau plastic.Tetapi kekurangan kotak bentuk ialah bagi mendapatkan
hasil yang terbaik.Kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja
malah kecacatan kotak bentuk akan membuatkan permukaan konkrit
cacat penggunaan sekali sahaja boleh berlakunya pembaziran dan
pengurangan kayu kerana terlalu kerap penggunaan kayu tanpa
terhad.
3.8.2 Cadangan.
Bagi pandangan saya kotak bentuk yang paling sesuai digunakan
berulang kali adalah diperbuat daripada keluli.Keluli merupakan logam
yang paling tahan lama dan lasak ini kerana ia boleh digunakan
berulanh kali selagi permukaan keluli tersebut tidak terjejas.Malah
dalam sejarah situasi,penggabungan kedua-dua bahan iaitu kayu dan
keluli amat diperlukan dalam kerja pembinaan.
41
3.9 KESIMPULAN
Kotak bentuk digunakan untuk menanggung beban mati yang terdiri
daripada konkrit dan beban hidup seperti perkerja dan alat-alat yang
bergerak.Malah kotak bentuk tersebut perlulah telah air untuk menghasilkan
konkrit yang berkualiti tinggi.
Kerja-kerja kotak bentuk perlu dilalukan dengan cermat dan berhati-hati
untuk memdapatkan kotak bentuk yang bermutu tinggi kerana kecacatan
yang terdapat pada kotak bentuk akan member kesan kepada permukaan
konkrit yang terhasil.
42
Top Related