MATAHARICiri- ciri matahari
Ukuran Catatan
Saiz (diameter) 1.4 juta km • Diameter Matahari adalah
109 kali diameter Bumi.
• Jisim Matahari adalah 330 kali
jisim bumi.• Ketumpatan bahan yang membentuk
Matahari adalah ¼ daripada ketumpatan
Bumi.
Jisim 1.989 x 1030 kg
Ketumpatan 1.41 g cm-3 (berbanding
dengan ketumpatan air
Suhu permukaan 6000 ̊C
Suhu teras Matahari
15 juta C
Struktur Matahari Ciri-ciri
Atmosfera Matahari
Korona • Lapisan gas yang paling luar pada atmosfera Matahari.• Korona membentuk lingkaran cahaya putih kebiruan mengelilingi matahari.• Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari• Suhunya adalah kira-kira 1.5 juta ̊C
Kromosfera • Lapisan gas yang berwarna merah cerah di bawah korona• Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari seperti korona• Suhunya adalah berbeza-beza antara 10000 hingga 500000 ̊C
Fotosfera • Lapisan gas tumpat yang kelihatan bercahaya kuning dari Bumi• Permukaan fotosfera kelihatan bergelora kerana gas dari teras Matahari terbebas ke permukaannya•Suhunya adalah kira-kira 6000 ̊C• Lapisan ini bertanggungjawab untuk menyinarkan haba dan cahaya daripada Matahari
Struktur Matahari Ciri-ciri
Teras Matahari(Sun’s Core)
• Terdiri daripada gas hidrogen (74%) dan helium (25%).• Tindak balas nuklear berlaku di dalam teras sepanjang masa untuk menjana dan membebaskan tenaga haba dan cahaya. Semasa tindak balas ini, atom-atom hidrogen berpadu (pelakuran nukleus) untuk membentuk atom-atom helium.
• + + Tenaga
Atom Atom Atom hidrogen hidrogen helium
• Suhu teras adalah sangat tinggi, iaitu kira-kira 15 juta ̊C
Korona dan kromosfera hanya
dapat dilihat semasa gerhana Matahari
Fenomena yang berlaku pada
atmosfera Matahari
Prominen
Nyalaan suria
Tompok Matahari
Prominen Prominen ialah cetusan gas
panas yang memecut keluar dari kromosfera Matahari dengan kilauan cahaya yang terang.
Prominen dapat dilihat pada sisi Matahari semasa gerhana
Matahari. Gas panas ini memecut sejauh
300 hingga 400 ribu kilometer dan terlepas ke angkasa lepas. Namun demikian, gas panas ini
kemudian ditarik balik ke kromosfera oleh tarikan graviti
Matahari. Prominen memancarkan
zarah-zarah bercas dan sinaran ultraungu ke angkasa lepas.
Prominen menyebabkan aliran angin yang disebut angin suria.
Nyala suria(Solar flares)
Nyala suria ialah letusan gas-gas yang hebat yang berlaku secara
tiba-tiba pada kromosfera Matahari Nyala suria berlaku berdekatan
dengan kumpulan tompok Matahari. Fenomena ini bertambah
hebat sewaktu aktiviti tompok Matahari mencapai kemuncak
setiap 11 tahun. Nyala suria membebaskan
zarah-zarah becas seperti proton dan elektron ke angkasa lepas.
Nyala suria juga memancarkan sinaran seperti sinar gamma dan
sinar-X Fenomena ini berlaku selama
beberapa minit atau beberapa jam sahaja.
Tompok Matahari
(Sunspots)
Tompok Matahari adalah tompok gelap pada permukaan
fotosfera Matahari. Tompok Matahari biasanya
wujud secara berkumpulan dan mempunyai saiz yang berlainan Kawasan ini adalah bersuhu lebih rendah (4000 C̊) daripada suhu di persekitaran (6000 C̊)
Fenomena ini berlaku selama beberapa jam sehingga
beberapa bulan Bilangan tompok Matahari
mencapai kemuncak pada setiap 11 tahun.
Kesan fenomena pada permukaan Matahari ke atas
Bumi
Kesan ke atas
komunikasi Bumi
Kesan ke atas cuaca Bumi
Zarah bercas akibat nyala suria sampai ke Kutub Utara atau Kutub Selatan Bumi dan berlanggaran dengan molekul gas di atmosfera.
Akibatnya, cahaya berwarna-warni yang terdiri daripada cahaya hijau, kuning dan merah terhasil dipanggil aurora yang dapat diperhatikan pada waktu malam.
Seterusnya, mempengaruhi suhu, tekanan atmosfera, kelembapan, pembentukan awan, angin dan ais di Bumi.
Kesan ke atas cuaca Bumi
Kesan ke atas komunikasi Bumi
Zarah-zarah bercas dan sinaran Matahari seperti sinar kosmik, sinar-X, dan sinar gamma akan berlanggaran dengan zarah-zarah dalam atmosfera Bumi.
Hal ini menyebabkan kegangguan pada sistem komunikasi seperti sinaran televisyen dan radio, penghantaran telegraf dan panggilan telefon.
Matahari terdiri daripada gas hidrogen dan helium.
Tindak balas nuklear yang berlaku dalam teras Matahari menjanakan tenaga.
Semasa tindak balas nuklear, dua atom hidrogen berpadu untuk membentuk satu atom helium. Tenaga haba dan tenaga cahaya dibebaskan.
Tindakbalas nuklear yang berlaku di dalam teras Matahari sama seperti tindak balas yang berlaku dalam reaktor nuklear yang menghasilkan tenaga.
Penjanaan tenaga oleh Matahari
Bintang ialah objek semula jadi di angkasa lepas yang dapat membebaskan tenaga haba dan cahaya.
Bintang menjanakan tenaga melalui tindak balas nuklear.
Oleh itu, Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi.
Jarak bintang dari Bumi disukat dalam unit tahun cahaya, iaitu jarak yang dilalui cahaya dalam satu tahun.
BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA
Bintang cerah
Warna
Sirius Kebiruan
Rigel Kebiruan
Deneb Kebiruan
Vega Kebiruan
Spica Kebiruan
Bintang cerah
Warna
Arcturus Kemerahan
Pollux Kemerahan
Antares Kemerahan
Capella Keputihan
Castor Keputihan
Contoh-contoh bintang yang cerah yang dapat dilihat di Hemisfera Utara Bumi
Pengelasan bintang
Suhu Saiz
Kecerahan
Warna bintang bergantung pada suhunya
Bintang yang mempunyai suhu sangat rendah berwarna merah
Bintang yang paling panas berwarna biru
Suhu
Warna bintang
Suhu permukaan
( .C)
Paling biru 40 000
Kebiruan 18 000
Biru keputihan
10 000
Putih 7000
Kuning 6000
Jingga 4000
Merah 3000
Bintang yang berlainan mempunyai saiz yang berbeza
Saiz
Bintang Penerangan ringkas
Bintang kerdil (Kerdil putih)Dwarf star (White dwarf)
Bintang yang sangat kecil, iaitu lebih kecil daripada Bumi
Bintang raksasaGiant star
Bintang yang beberapa puluh kali lebih besar daripada Matahari
Bintang super raksasaSupergiant star
Bintang yang sangat besar iaitu 100 kali lebih besar daripada Matahari
Magnitud ketara adalah satu ukuran kecerahan objek di langit yang dilihat dari Bumi.
Semakin rendah nilai magnitud, semakin cerah objek itu.
Nilai magnitud yang negatif menunjukkan objek di langit itu sangat cerah.
Matahari dan bulan purnama masing-masing mempunyai magnitud -26.8 dan -12.6
Kecerahan
Bintang Magnitud ketara
Sirius -1.46
Rigel +0.12
Arcturus -0.04
Capella +0.08
Deneb +1.25
Bintang dilahirkan daripada nebulaNebula ialah awan besar yang terdiri
daripada debu dan gas-gas seperti hidrogen dan helium.
Kelahiran Bintang
Gas-gas dan zarah-zarah dalam nebula ditarik oleh daya tarikan graviti yang kuat lalu membentuk satu gumpalan.
Daya tarikan graviti yang kuat menyebabkan gumpalan gas mengecut dan termampat sehingga sangat padat untuk
membentuk satu teras.
Teras ini semakin kecil dan padat disebabkan oleh daya tarikan yang semakin kuat
Apabila suhu dan tekanan dalam teras menjadi terlalu tinggi, tindak balas nuklear berlaku.
Gas hidrogen ditukarkan kepada helium. Banyak tenaga haba dan cahaya dibebaskan.
Teras itu menyinar dan satu bintang dilahirkan.
Bintang akan mati apabila semua gas hidrogen di terasnya habis digunakan untuk tindak balas nuklear.
Bintang yang mati akan menjadi kerdil putih, bintang neutron atau lohong hitam bergantung pada saiznya.
Bagi bintang yang sederhana besar seperti Matahari (atau jisim bintang 1.5 kali lebih kecil daripada jisim Matahari), bintang itu akan menjalani peringkat-peringkat kematiannya.
Kematian Bintang
Atom hidrogen dalam bintang habis digunakan dan tindak balas nuklear berhenti.
Bintang itu mengembang disebabkan daya tarikannya berkurang lalu membentuk raksasa merah.
Bahagian luar bintang terbebas ke angkasa lepas, meninggalkan teras putih yang sangat panas yang
disebut kerdil putih. Kerdil putih ialah bintang yang tumpat, padat dan semakin menyejuk.
Kerdil putih terus menyejuk dan akhirnya meninggalkan jasad hitam atau kerdil hitam. Jasad hitam ini kelihatan
gelap di angkasa lepas.
Peringkat-peringkat kematian bagi bintang sederhana besar
Lapisan luar bintang mengembang akibat tarikan graviti berkurang untuk membentuk raksasa merah
Raksasa merah terus mengembang dan akhirnya meletup sebagai supernova. Banyak tenaga dan cahaya dihasilkan.
Daya tarikan graviti yang sangat kuat dalam teras bintang menukarkannya menjadi sama ada bintang neutron atau
lohong hitam.
Peringkat-peringkat kematian bagi bintang yang lebih besar daripada Matahari
Kematian suatu bintang
Peletupan supernova
Bintang neutron
Lohong hitam
Bintang neutron merupakan bintang yang sangat kecil dan tumpat kerana bintang ini terdiri daripada terutamanya zarah neutron.
Bintang neutron berputar dan mengeluarkan gelombang radio.
Lohong hitam ialah objek yang sangat tumpat dan mempunyai daya graviti yang sangat kuat sehingga menarik semua bahan termasuk cahaya yang mendekatinya.
Lohong hitam adalah objek yang tidak kelihatan di angkasa lepas.
Buruj adalah sekumpulan bintang yang membentuk corak tertentu di langit.
Apabila garis-garis gambaran dilukis untuk menyambungkan sekumpulan bintang yang cerah di langit, corak-corak tertentu terhasil.
Sesetengah buruj seperti buruj Biduk di Kutub Utara dan Buruj Pari di Kutub Selatan dapat dilihat sepanjang tahun.
Pada zaman dahulu, buruj digunakan sebagai kalendar dan kompas.
Buruj
Terdapat berjuta-juta galaksi dalam alam semesta.
Setiap galaksi terdiri daripada berjuta-juta bintang.
Setiap galaksi mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza-beza.
Galaksi dikelaskan berdasarkan bentuknya:a) Galaksi yang berbentuk elipsb) Galaksi yang berbentuk lingkaranc) Galaksi yang berbentuk tak teratur
Jenis-jenis galaksi
Galaksi berbentuk elips Galaksi berbentuk
lingkaran
Galaksi berbentuk tidak teratur
Sistem suria kita berada dalam galaksi yang disebut Bima Sakti (Milky Way).
Galaksi Bima Sakti berbentuk lingkaran.Matahari adalah salah satu daripada
berjuta-juta bintang dalam Bima Sakti.Bima Sakti mempunyai pusat yang tebal
dan bahagian sisinya yang leper.
Alam semesta adalah angkasa lepas dan segala yang terdapat di dalamnya.
Alam semesta dipercayai tidak mempunyai penghujung.
Alam semesta mengandungi beribu-ribu juta galaksi.
Galaksi wujud bertaburan di dalam alam semesta.
Sistem suria kita berada di dalam Galaksi Bima Sakti.
Alam Semesta
KEPENTINGAN MATAHARI TERHADAP HIDUPAN DI
BUMI
Matahari membekalkan tenaga cahaya kepada tumbuhan hijau untuk
membuat makanan
Matahari membekalkan tenaga cahaya yang
membolehkan manusia dan haiwan melihat.
Haba dan Matahari membolehkan proses dan
terkondensasi berlaku yang membawa kepada kejadian
hujan
Matahari membekalkan tenaga haba untuk
memanaskan Bumi dan menyediakan suhu yang
sesuai untuk hidupan
END OF CHAPTER
Created by Fariha Subri
Top Related