PENDAHULUAN
Pengenalan.
Di negara kita ini, tidak ramai yang mengetahui akan kelebihan mengetahui
tentang Sains Sukan. Seperti negara-negara yang membangun dan pesat, imu sains sukan ini
sudah lama dipratikkan dan diamalkan dalam kehidupan sukan mereka. Jurulatih di negara-
negara yang membangun bukan hanya bergantung kepada kemahiran tetapi juga kepada
pengetahuan dalam ilmu sains sukan ini.
Definisi Sains Sukan.
Sains ialah susunan ilmu pengetahuan yang dihasilkan daripada kajian tentang
alam sekeiling kita. Sukan merupakan aktiviti riadah yang memerlukan ketangkasan atau
kemahiran, tenang dan mempunyai peraturan dan undang-undang tertentu. Apabila
digabungkan kedua perkataan tersebut lalu menjadi Sains Sukan.
Sains Sukan adalah aplikasi prinsip, idea dan ilmu pengetahuan sains dalam
aktiviti sukan. Hal ini merupakan perkara penting dalam pendidikan jasmani mahupun
aktiviti kokurikulum. Aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam sukan dapat membantu
seseorang atlet meningkatkan pencapaian prestasi serta teknik yang betul dan berkesan.
Pengetahuan sains sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan seperti:
Apakah sukan yang sesuai dengan saya?
Adakah berat badan tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting?
Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya?
Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang?
1
Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan?
Adakah saya mempunyai bakat dan kemampuan fizikal untuk menjadi seorang juara?
Bolehkah saya mencapai kepantasan pergerakan yang lebih baik?
Mengapakah saya sentiasa tidak dapat kembalikan smesy badminton dengan sempurna?
Apakah latihan yang boleh membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya?
Kepentingan Sains Sukan
Sains Sukan amat penting dan dianggap wajar memandangkan pretasi atlet dalam
lapangan sukan dan permainan memerlukan aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam sukan
supaya dapat membentuk atlet ke arah kecemerlangan. Antara kepentingan lain sains sukan
adalah dari segi :
Aspek Kesihatan
Kesihatan adalah kombinasi antara kecergasan fizikal dan kesihatan mental yang sihat.
Kecergasan fizikal merupakan indicator utama untuk mencapai kesihatan yang sempurna.
Dengan adanya pengetahuan sains sukan, atlet dapat melakukan dan meningkatkan
kecergasan secara menyeluruh dan seterusnya menghindari diri daripada pelbagai jenis
penyakit.
Prestasi Sukan
2
Sains Sukan dapat membantu atlet-atlet mencapai pretasi yang lebih baik. Latihan yang
berasaskan prinsip-prinsip latihan dapat meningkatkan kecergasan dan kemahiran.
Aspek Rekreasi
Aktiviti rekreasi merupakan bidang yang semakin berekambang di negara kita ini.
Rekreasi boleh menyumbang kearah sumber kewangan negara.
Segala pengetahuan dan pemahaman sains sukan dapat membantu semasa melakukan
aktiviti rekreasi.
Ekonomi
Penggunaan teknologi yang canggih dan saintifik boleh menjadikan ekonomi negara
meningkat.
Peralatan sukan juga dapat membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam
peniagaan.
Bidang penajaan dan peralatan sukan berperanan penting dalam usaha meningkatkan sumber
ekonomi.
Kerjaya
Kita sentiasa memantau rekod-rekod dunia yang dipecahkan pada setiap
pertandingan bertaraf antarabangsa. Oleh itu, negara memerlukan saintis dan jurulatih yang
berkemampuan untuk meningkatkan prestasi atlet di negara ini.
3
Kerajaan juga sentiasa member sokongan dalam meningkatkan mutu sukan
negara. Pelbagai peluang pekerjaan dan pendidikan yang berkaitan dengan sukan diberi
perhatian.
Sains sukan secara khususnya suatu proses yang mendalami ilmu pengetahuan di luar skop
sukan kepada suatu pembelajaran yang mengabungkan dua proses atau bidang iaitu sains
dan sukan. Dalam hal ini, proses mendapatkan ilmu merangkui komuniti sains yang
sememangnya mempunyai skop bidang yang luas.
- Beberapa skop bidang sains yang diaplikasikan dalam sukan adalah seperti:-
- Perubatan
·Biomekanik
· Anatomi
· Fisiologi
- Manakala bagi subjek di luar skop bidang sains adalah seperti:-
· Psikologi
· Sosiologi
· Pengurusan
- Merujuk kepada ilmu yang sains dan diluar skop bidang sains melengkapkan pengetahuan
sukan apabila proses penggabungannya melibatkan pergerakan yang menghasilkan suatu
proses aplikasi ilmu pengetahuan yang luas.
Untuk mengetahui faktor-faktor atau bidang-bidang Sains Sukan yang boleh
menyumbang kepada kejayaan memenangi sebarang pertandingan perlu seorang atlet atau
4
jurulatih bersedia mengambil perhatian beberapa perkara. Antara faktor-faktor atau bidang-
bidang yang boleh membantu mempertingkatkan prestasi
atlet ialah :
1. Biomekanik
Biomekanik adalah gabungan dari fizik, mekanik, kejuruteraan dan biologi. Ianya suatu
sains melalui daya dalaman (melibatkan kumpulan otot-otot) dan daya luaran yang bertindak
ke atas manusia dan implikasinya akan menghasilkan suatu tindakan daya tersebut.
Biomekanik adalah bidang kajian tentang pengetahuan dan kaedah mekanik
yang diaplikasikan pada struktur dan fungsi badan manusia.
Bio bermaksud tubuh badan benda hidup.
Mekanik bermaksud undang-undang fizikal. (Kreighbaun & Barthel (1981)
Menurut Watkins(1999) menyatakan “Biomekanik adalah kajian daya yang
bertindak ke atas objek dan kesannya kepada pergerakan, bentuk,saiz dan struktur objek
tersebut”.
Manakala menurut Mcginnis (1999) pula “Biomekanik merupakan kajian daya
dan kesannya pada sistem kehidupan”.
Ciri-ciri sistem mekanikal jasad
5
Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan sendi.
Sistem sendi adalah system yang bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan
yang akan dihasilkan.
Penghasilan pergerakan berlaku menerusi pengucupan otot.
Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad.
Sistem Tuas Rangka
Definisi :
Tuas adalah rod yang tergantung pada satu titik dan daya diaplikasikan pada dua
titik lain (Hay,1985).
Tuas adalah satu struktur tegar yang bergerak pada suatu titik tetap.
Terdiri daripada fulcrum atau sangga(F) iaitu paksi tetap, daya(D) yang bertindak ke
atas struktur tegar atau daya yang dikenakan dan beban(B) iaitu rintangan atau
kedudukan beban.
Fungsi Tuas
Meningkatkan daya dengan kedudukan daya mesti lebih panjang daripada jarak beban.
6
Menambah kelajuan dengan kedudukan jarak beban mesti lebih panjang daripada jarak daya.
Ada lima fungsi tuas iaitu :
Tuas jasad manusia.
Tulang sebagai palang.
Sendi sebagai fulcrum.
Pengucupan otot sebagai penghasil daya.
Rintangan atau kerja sebagai beban.
1).Kelas Tuas
Tuas dapat diklasifikasi dalam tiga jenis iaitu :
a). Tuas kelas pertama.
b). Tuas kelas kedua.
c). Tuas kelas ketiga.
a). Tuas Kelas Pertama
7
Tuas ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan. Misalnya dalam jongkang-
jongket. Selain itu juga tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi
beban yang besar tetap dalam pergerakan perlahan.
Contoh penggunaan:
Dalam permainan badminton , aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu
tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum,otot lengan sebagai daya dan raket
sebagai beban.
b). Tuas Kelas Kedua
Tuas ini berfungsi untuk menghasilkan daya gerakan. Misalnya kedudukan
kaki semasa dalam keadaan “sedia” untuk berlari. Ianya juga menggunakan daya yang kecil
untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil serta
bertujuan untuk menambah daya.
Contoh penggunaan :
Ø Apabila berjengket atas hujung kaki.
8
Ø Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum
Ø Otot kaki sebagai daya
Ø Berat badan sebagai beban
c). Tuas Kelas Ketiga.
Tuas kelas ketiga menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas.
Ianya bertujuan untuk menambah kelajuan yang tinggi dan julat pergerakan yang luas.
Misalnya gerakan tangan sewaktu melemparkan bola.
Contoh penggunaan :
Ø Mengangkat tangan di bahagian siku.
Ø Siku bertindak sebagai fulcrum.
Ø Tangan sebagai beban.
Ø Menghasilkan pengecutan otot biceps.
9
Dengan penggunaan biomekanik ini, pergerakan manusia boleh diperbaiki
dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan
imbangan yang paling optimum. Contohnya termasuk gaya fosbury flop dalam acara lompat
tinggi dan gaya lontaran dalam bola sepak oleh Changez Khan. Biomekanik membolehkan
menggunakan tubuh badan dengan lebih cekap dan sempurna. Selain itu juga biomeanik
dapat mengelakkan
kecederaan dan melakukan pergerakkan dengan cara betul dan selesa serta meningkatkan
prestasi seseorang atlet ke peringkat yang lebih baik lagi terutama dalam pertandingan.
2. Fisiologi Sukan.
Fisiologi adalah gabungan daripada biologi dan kimia. Ini adalah merupakan
bidang yang mengkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil
daripada senaman. Contohnya bagaimana tubuh kita menukar makanan kepada tenaga untuk
menampung setiap pergerakan dan bagaimana pula otot kita menjadi lebih kenyal.
Maklumat mengenai bagaimana tubuh kita memproses oksigen untuk
menghasilkan tenaga adalah amat berguna kepada atlit dalam acara daya tahan. Jika latihan
dijalankan pada paras yang tinggi seperti di kawasan pergunungan yang udaranya nipis dan
kandungan oksigennya lebih rendah, sistem kardiovaskular manusia iaitu jantung, paru-paru
dan sistem edaran darah akan secara semula jadi mengalami penubahsuaian dengan menjadi
lebih cekap dalam memproses dan membekal oksigen kepada otot-otot yang berfungsi.
10
Bilangan sel darah merah bertambah dan paru-paru menjadi cekap menyerap oksigen.
Akibatnya otot-otot boleh berfungsi pada tahap normal seperti di paras laut. Menjelang
pertandingan, atlit akan turun semula ke paras laut yang kandungan oksigen di dalam
udaranya lebih tinggi. Oleh kerana mereka mempunyai keupayaan memproses oksigen yang
lebih tinggi, maka mereka akan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik lagi.
Salah satu lagi cara untuk mempertingkatkan daya tahan ialah dengan
mengamalkan dua tarikan nafas. Ini adalah kerana lebih banyak udara akan ditarik ke dalam
paru-paru. Tempoh untuk oksigen diserap akan lebih panjang lagi kerana menarik nafas dua
kali sebelum menghembuskannya. Mula-mula memang agak ganjil tetapi apabila sudah
kebiasaan, tentu nampak kesannya.
Dalam sukan, seorang atlet memerlukan bekalan tenaga yang banyak. Tenaga
boleh dibekalkan kepada sel-sel seperti yang dikehendaki iaitu tenagan dari fiber otot.Otot
mengandungi tiga jenis fiber iaitu;
1 Fast twitch (Fast Glycolytic – FG) otot putih
2 Merah muda ( Fast oxidative glycolytic – FOG) Fast twitch
3 Merah tua (Slow oxidative - SO) Slow twitch.
Dalam sistem kardiorespiratori mengandungi jantung, paru-paru dan saluran-
saluran darahnya. Sistem ini membawa bahan bakar, oksigen dan bahan binaan kepada otot
serta membawa keluar bahan kumuhan iaitu asid laktik dan karbon dikosid dari otot. Jika
11
sistem kardiorespiratori tidak berfungsi secara harmoni dengan otot, ia akan merupakan satu
hubungan yang lemah dan menjadi halangan dalam meningkatkan pencapaian.
Memandangkan atlet hanya mampu melaksanakan aktiviti sehingga had yang ditetapkan
oleh hubungan yang lemah itu. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan sistem ini dibina
dengan baik agar atlet dapat mencapai kejayaan.
3. Psikologi Sukan.
Bidang ini mengkaji faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang
atlet. Ini juga dapat membantu jurulatih untuk memahami, menjelas dan menduga peristiwa
yang berlaku kepada seseorang atlet.
Psikologi sukan dapat membina aspek positif terhadap penyediaan mental,
pretasi kemahiran dan keupayaan seseorang atlet seperti penentuan matlamat, penyediaan
mental sebelum bertanding dan kemahiran komunikasi.
Ada tiga prinsip psikologi sukan iaitu :
i. Prinsip pertama – pemahaman tentang pemikiran dan keadaan mental seseorang
atlet.
ii. Prinsip Kedua – Para atlet menunjukkan perbezaan yang ketara.
iii. Prinsip ketiga – Atlet yang berpontesi tinggi yang ingin mencapai kejayaan sendiri.
Dengan adanya psikologi sukan ini dapatlah membantu atlet untuk mengekalkan
motivasi, menguruskan diri, menghadapi tekanan pertandingan, mengawal penumpuan,
meningkat dan mnegekalkan semangat percaya akan diri serta meninggikan kemahiran
berkomunikasi. Semua kemahiran ini akan meningkatkan pretasi atlet dalam sesuatu
pertandingan.
12
4. Sosiologi Sukan.
Ini merupakan suatu cabang sains kemasyarakatan. Bidang ini mengkaji
pengaruh keadaan sosial ke atas pretasi sukan seseorang atlet. Selain itu juga merujuk corak
organisasi sosial sukan, sifat formal sukan seperti atlet, jurulatih dan mereka yang terlibat
dengan sukan secara tidak langsung iaitu penonton. Contohnya sokongan kuat rakyat
Malaysia kepada pasukan Piala Thomas 1992 telah memainkan peranan yang amat besar
dalam memberi pasukan badminton mereka keyakinan untuk mencatat kemenangan yang
bersejarah dengan merebut balik piala yang disanjung tinggi apabila mengalahkan pasukan
Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir. Di samping itu juuga semangat berpasukan mereka
amat kuat.
Dalam sosiologi sukan, ada empat komponen yang penting dalam memberi
penekanan seseorang atlet tersebut iaitu :
I. Siapa yang terlibat dalam sukan?
II. Baagaimana individu memainkan peranan dalam sukan?
III. Proses-proses sosial dalam sukan.
IV. Agen dan agensi yang mendorong atlet menceburkan diri dalam sukan.
Terdapat dua cara proses sosialisasi sukan berlaku iaitu menerusi :
a. Sosialisasi dalam sukan.
Di sini seseorang atlet akan menceburi dunia sukan kerana pengaruh dan
dorongan-dorongan daripada agen-agen sosialisasi sukan.
b. Sosialisasi melalui sukan.
13
Manakala nilai-nilai dalam sukan seperti tolong-menolong, berdisiplin dan
bertoleransi dapat membantu proses pembentukan sikap dan perlakuan seseorang atlet. Oleh
itu, sikap dan sahsiah anak muda dapat berkembang dengan pengaruh rakan sebayanya.
Agen-agen sosialisasi yang terlibat dalam proses sosialisasi sukan ialah :
Keluarga
Sokongan dan dorongan daripada keluarga amat penting kepada atlet untuk
mencapai kejayaan dan kemenangan dalam sukan. Keluarga memainkan peranan yang
dalam kehidupan seseorang atlet tersebut sebagai perangsang kepada diri seseorang atlet
tersebut .
Sekolah
Sekolah adalah tempat permulaan seseorang individu itu mengasah bakatnya
dalam sukan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan aktiviti Kokurikulum
yang diadakan boleh mempengaruhi seseorang individu itu terlibat dalam aktiviti sukan.
Rakan Sebaya
Orang yang paling rapat dengan remaja adalah rakan sebayanya. Remaja
banyak meluangkan masa dengan rakan sebaya dan ini memberi pengaruh yang kuat
terhadap terhadap remaja. Oleh yang demikian, ramai remaja yang melibatkan diri dalam
sukan adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.
Media massa
14
Media massa amat penting dalam menyalurkan maklumat kepada orang
ramai. Ia juga sentiasa menyiarkan maklumat tentang sukan dan menggalakkan integrasi
kaum. Keadaan ini menggalakkan masyarakat berhubung rapat antara satu sama lain.
Sosiologi Sukan juga memberi penjelasan kepada fenomena pelik dalam
dunia sukan seperti mengapa atlit kulit hitam Amerika Syarikat tidak pernah cemerlang
dalam acara sukan renang tetapi lebih berjaya dalam acara olahraga dan boola keranjang.
Jawapannya mungkin kerana kebanyakan keluarga mereka ini tergolong dalam kehidupan
miskin dan tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kolam
renang. Mereka juga tidak mampu menjadi ahli kelab-kelab renang dan tidak mampu
mendapat latihan dari jurulatih yang baik. Bola keranjang dan olahraga adalah sukan yang
murah dibiayai dan gelanggang dan belapan dapat digunakan an terdapat di mana-mana saja
untuk melakukan latihan.
5. Perubatan Sukan.
Perubatan sukan adalah gabungan daripada sains perubatan, biologi, kimia
dan fizik. Ianya dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami.
Walau bagaimanapun peranan utama bidang ini ialah untuk membekalkan jurulatih dan atlit
dengan pengetahuan yang boleh membantu mereka mengelakkan kecederaan. Kecanggihan
dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau
penyakit ahli sukan dan merawatnya . Di samping itu juga ujian elektrokardiogram dan
ujian kecergasan kardiovaskular akan dijalankan sebelum aktiviti sukan cergas untuk
menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan itu. .
15
Langkah dalam Kitaran Kecederaan
Kepentingan terapi dalam sukan
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
1. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
2. Urutan sukan.
Salah satu lagi peranan penting bagi perubatan sukan ialah menjalankan
ujian tergempar untuk memastikan bahawa atlit-atlit tidak menyalahgunaan steroid. Di
samping itu, doktor perubatan sukan juga memastikan seseorang atlit yang tercedera itu
telah betul-betul pulih sebelum membenarkan atlit tersebut melanjutkan latihan dan
menyertai pertandingan. Kadangkala, ada jurulatih yang menggunakan atlit berkenaan dalam
sesuatu pertandingan penting dan ini boleh merumitkan lagi kecederaan yang dialami oleh
atlit tersebut. Doktor perubatan sukan akan memastikan kesilapan seperti ini tidak akan
berlaku.
6. Teknologi dalam Sukan.
16
Zaman serba moden ini, teknologi sukan memainkan peranan yang amat
penting dalam sukan contohnya prestasi atlit kian bertambah baik dan ini disebabkan oleh
penggunaan teknologi yang canggih dalam bidang sukan. Dengan sains dan teknologi
peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan
dapat dihasilkan. Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan
berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik , umpamanya , lembing yang bersifat
aerodinamik .
Para Saintis sendiri telah mencipta banyak rekaan yang menjadikan arena
sukan kini jauh lebih selamat, selesa dan berkesan dari segi biomekanik. Antaranya pakaian,
kasut, bola, raket, kereta lumba, basikal lumba dan sebagainya. Rekaan ini boleh
menyumbang kejayaan dan meningkatkan prestasi tertakluk kepada cara dan teknik
penggunaan atlit terhadap peralatan tersebut.
Pakaian sukan
Kini pakaian sukan bukan lagi seperti dahulu. Kalau dahulu, pakaian boleh
menghalang pretasi sukan dan boleh menjadi punca kecederaan. Tapi sekarang pakaian
sukan lebih cangggih dengan pembuatannya dari peralatan yang cukup canggih. Adakah
anda terfikir mengapa pakaian renang, pelumba basikal dan pelumba lari begitu ketat dan
licin permukaannya. Ini adalah kerana pakaian ini dapat mengurangkan rintangan udara dan
boleh membantu atlit-atlit berkenaan mencipta masa yang lebih baik lagi. Pakaian tersebut
membolehkan atlit bergerak dengan lebih selesa. Begitu juga dengan pakaian pemain bola.
Ada pakaian yang direka agar dapat membuatkan pemain bola merasa sejuk dan menyerap
peluh dengan cepat serta mengurangkan rintangan angin semasa berlari.
17
Sekarang lycra dan sutera menjadi kain pilihan nuntuk perenang dalam apa
jua acara yang mementingkan kepantasan. Pakaian yang diperbuat dari neoprene telah
banyak membantu perkembangan sukan air kerana ia dapat memberi perlindungan dari
kesejukan sekiranya basah. Sebab itu pakaian amat dititik beratkan dalam sesuatu pandangan
demi untuk meraihkan kemenangan dalam pertandingan.
Kasut
Kasut juga memainkan peranan bagi atlit-atlit. Jika kasut kurang selesa
setentunya boleh menganggu keselesaan atlit itu sendiri. Sekarang kasut pemain telah
melalui evolusi seiring dengan perkembangan teknologi zaman moden ini. Kasut yang
dahulunya diperbuat daripada campuran kulit kini telah berubah dengan berbagai jenis
bahan digunakan untuk menjadikan kasut itu lebih ringan dan sepadan dengan kaki pemain.
Ada pemain antarabangsa yang kasutnya direka khas untuk dirinya sahaja. Kasut bola
dahulunya hanya berwarna hitam, kini telah ada pelbagai variasi warna.
Kasut termahal yang pernah dicipta ialah kasut pecut yang digunakan oleh
Carl Lewis semasa mencatat masa 9.86 saat dalam acara 100 meter di Kejohanan Olahraga
Dunia Tokyo pada 25 Ogos 19991. Kasut ini cuma mempunyai keberatan 115 gram dan
memakan masa setahun untuk dicipta walaupun dengan bantuan komputer. Kasut yang
lebih ringan membolehkan pelari menambah kecekapan lariannya sebanyak 1.2%, umpama
dalam acara marathon (2 jam 10 minit) penjimatan sebanyak 90 saat boleh dicapai hanya
dengan menggunakan kasut yang lebih ringan.
18
Oleh demikian, pemilihan kasut yang sesuai mengikut sukan masing-masing
memang salah satu faktor untuk menuju kejayaan kerana tanpa kasut yang sesuai boleh
menyukarkan dan juga mencederakan para atlit jika tidak sesuai dan selesa.
Raket
Raket sekarang adalah jauh lebih ringan, kuat dan berkuasa tinggi berbanding
dengan raket zaman lampau yang diperbuat daripada lapisan-lapisan kayu. Begitu juga
dengan raket squasy dan tenis.
Sekarang raket-raket tersebut menggunakan grafit(graphite), boron, twaron,
kaca gentian (fiberglass) dan kevlar di samping bahan-bahan zaman angkasa lepas(space-
age) yang lain. Teknologi baru ini amat berjaya dan popular kerana ia membolehkan seorang
pemain yang sederhana menghasilkan pukulan yang sangat kuat. Ini terpulang kepada cara
penggunaan pemain disamping mendapat tunjuk ajar dari seorang jurulatih yang bertauliah.
7. Pemakanan dalam sukan
Manusia memerlukan lebih empat puluh jenis nutrien untuk tubuh badan kita
berfungsi. Dengan memakan pelbagai makanan, nutrien akan dihasilkan. Nutrien diperlukan
untuk :
proses pertumbuhan dan proses pembesaran dalaman tisu.
meransang proses metabolik.
menyediakan tenaga bagi mengawal berat badan.
19
Piramid makanan khusus untuk atlet membahagikan makanan kepada tujuh
jenis kumpulan iaitu :
Kumpulan cecair dan air (8 gelas sehari).
Kumpulan bijirin.
Kumpulan buah-buahan.
Kumpulan sayur-sayuran.
Kumpulan susu.
Kumpulan daging, lemak, ayam, telur dan kacang.
Kumpulan lemak, minyak dan gula.
Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem
tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut.
Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari tiga minit seperti larian
200 meter, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot.
Apabila aktiviti tersebut melebihi lima minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan
lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut.
Pemakanan yang perlu diambil sebelum latihan atau pertandingan ialah
a. sarapan: bijiran dengan susu dan buah-buah.
b. Pencakes dengan madu,jus buah-buah atau minuman sukan.
c. makanan dalam bentuk cecair seperti sustagen sports
d. dadih rendah lemah,nasi dengan salad.
e. sandwich pisang dan mini pizza.
20
Bertujuan untuk memastikan glikogen tubuh berada pada tahap optimum bagi
melambatkan kelesuan.
Pengambilan makanan mestilah 2-4 jam sebelum latihan atau pertandingan bermula.
Jumlah karbohidrat diantara 200-300 g, protien pada kadar sederhana dan lemak
pada kadar rendah.
Makanan mestilah mudah dihadam.
Sementara bagi pemakanan yang perlu diambil semasa latihan atau pertandingan ialah
a. mengambil makanan dan cecair lebih awal lebih baik.
b. dapatkan korbohidrat berbentuk cecair untuk berdaya tahan.
c. biasakan dengan jenis makanan dan cecair semasa pertandingan.
d. kebanyakan atlet menyukai makanan yang cepat hadam kerana sangat baik.
Bertujuan untuk melengkapkan simpanan karbohidrat sebagai tambahan untuk otot-
otot yang bekerja.
Selain itu, ia dapat mengekalkan tahap glukosa dalam darah.
Atlet perlu mengambil makanan berkarbohidrat pada setiap jam semasa berlatih dan
bertanding pada kadar 30-60 g.
Selain makanan, atlet juga boleh mengambil minuman yang membekalkan
karbohidrat.
Bagi pemakanan yang perlu diambil selepas latihan atau pertandingan ialah:-
a. ambil makanan dan cecair berkorbohidrat.
b. Makanan ringan yang ada nutrisi korbohidrat sesuai untuk mengelakkan dari
21
mengambil makanan tinggi lemah korbohidrat.
c. sumber protein membantu mempercepatkan proses pemulihan.
d. sumber air.
Bertujuan untuk memenuhkan semula simpanan glikogen dalam otot dan hepar bagi
bekalan tenaga untuk latihan pada hari berikutnya.
Dalam masa 1 jam selepas latihan atau bertanding, atlet perlu mengambil 100 -150
gram karbohidrat.
Dalam masa 24 jam, atlet perlu mengambil makanan berkarbohidrat pada kadar 6-10
gram.
Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya
peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan
kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa
kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan karbohidrat sebelum, semasa
dan selepas latihan.
Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan
Latihan Jumlah perlu Diambil / (gram / kg berat badan) / waktu
Contoh Makanan
Sebelum latihan.
4-5 jam sebelum latihan ialah nasi atau buah-buahan.
Semasa latihan.
Setiap 15 – 20 minit selepas latihan bermula amalkan meminum minuman berkarbohidrat.
22
Selepas latihan.
Selewat-lewatnya dua jam selepas latihan tamat boleh makan nasi, kentang, roti dan
glukos.
Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem
tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut.
Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian
200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Apabila
aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak pula
akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut.
Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin
dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa
pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah
kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalam perut.
Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan
kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh
badan. Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan
aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya
seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 kalori sehari dengan 60-70%
(karbohidrat): 20-30% lemak: 10-15% protein (termasuk asid amino esential).
23
Bantuan ergogenik adalah bahan atau fenomena yang boleh membantu
meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara sukan. Contohnya, pemakanan yang
tinggi karbohidrat boleh menyimpan lebih banyak tenaga dalam tubuh; sokongan dari para
penonton dapat memberi keyakinan kepada atlit; baju renang hidrodinamik yang mempunyai
rintangan air yang rendah boleh meningkatkan kelajuan atau steroid anabolik yang boleh
memberi kekuatan yang lebih bagi ahli angkat berat.
Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali
sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan
untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon.
Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada
masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama seminggu
sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensity latihan sekurang-kurangnya
empat puluh lapan jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan
sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa
tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu :
Fasa 1 (hari 1–2) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat normal.
Fasa 2 (hari 3–5) : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat
(70%).
Fasa 3 (hari ke-6) : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti
biasa kembali.
24
Oleh yang demikian, atlit perlu berhati-hati dalam pemilihan dan
pengambilan makanan supaya setiap aktiviti atau pergerakan yang dilakukan dapat mencapai
tahap pretasi dan kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Memakan makanan yang
berlebihan boleh memudaratkan kesihatan atlit jika tidak mengikut peraturan semasa
makan.
Kesimpulan :
Banyak lagi faktor-faktor atau bidang-bidang yang boleh memyumbang
kepada kejayaan memenangi sebarang pertandingan contohnya dari segi latihan yang intenif
atau prisip-prinsip dalam latihan, psikologi, motivasi, ketahanan mental, keupayaan dan
sebagainya.
Selain itu juga pengetahuan dan aplikasi tentang biomekanik masih kurang
terhadap sukan dan atlit di negara kita ini .Hal ini kerana biomekanik merupakan salah satu
ilmu atau teknik dalam meningkatkan sesuatu mutu sukan. Bukan dengan hanya berlatih
secara konsisten dan berdiet malah pengetahuan biomekanik itu sendiri dapat membantu
mempertingkatkan kualiti sukan negara. Sebagai contoh, di negara luar contohnya di
Amerika, ilmu ini sudah lama dipratikkan dan kebanyakan jaguh handal adalah dari negara
tersebut juga. Contohnya mereka berlatih di dalam kolam renang yang mana mempunyai
gelombang arus buatan. Dengan latihan berenang dengan cara melawan arus iaitu sebagai
rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi dengan membuat catatan masa terbaik. Oleh
yang demikian, apabila sudah berada di pertandingan sudah tentu tidak ada lagi masalah
bagi mereka. Sehubungan dengan itu, pendekatan ilmu biomekanik perlu dititikberatkan
demi meningkatkan mutu sukan dan atlit negara.
25
Pengambilan pemakanan juga penting kerana jika memakan terlalu lebih boleh
mengakibatkan ketidak seimbangan dalam tubuh badan. Air juga penting dalam tubuh bagi
seorang atlit kerana atlit sekurang-kurangnya perlu meminum sebanyak lapan gelas air
supaya tidak berlaku hydrated dalam tubuh badan mereka dalam melakukan latihan.
Ilmu sains sukan bukan hanya teori yang perlu di pelajari dan dikuasai oleh
setiap atlet, ia perlu lagi diterap ke minda etlet dari peringkat bawah lagi bukan hanya di
peringkat instisusi peringkat tinggi sahaja. Tanpa pengetahuan mendalam dalam sains sukan
atlet tersebut akan dapat memahami masalah yang menghalang dirinya mencapai kejayaan.
Setiap teori yang ada dalam sains sukan mampu menjana diri atlet ke mercu kejayaan.
Dengan teori sains sukan yang dipelajari atlet akan dapat mengaplikasikannya ke dalam
praktikal dan menjadikan bidang sukan yang diceburinya bertambah mantap.
Tetapi di negara kita ini sahaja masih kekurangan pengetahuan tentang sains
sukan ini termasuk dari segi perubatan sukan . Sebab itulah atlit di negara kita ini masih di
tahap yang rendah pencapaiannya apabila bertanding luar negara. Ini adalah kerana atlit
mahupun jurulatih sendiri kurang berpengetahuan dalam sains sukan sebagaimana dalam
ucapan Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Arsad bin Abd. Adis “...... menyedari
kepentingan sains sukan dalam pengajaran dan kejurulatihan bagi guru-guru pendidikan
jasmani dan jurulatih-jurulatih sukan. Pengetahuan mengenai sains sukan perlu ada bagi
setiap individu yang bergiat dengan aktiviti-aktiviti sukan”.
26
27
28
Top Related