Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472 Fax: +603.5510 3895 Email: [email protected]
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 2/18
Isi Kandungan
Isi Kandungan .......................................................................................................................................... 2
Pengenalan.............................................................................................................................................. 3
Paparan Muka Hadapan ..................................................................................................................... 3
Manual Penggunaan Sistem Pembayaran Online PKNS ......................................................................... 4
Log Masuk Pengguna .......................................................................................................................... 4
Pendaftaran Pengguna Baru ............................................................................................................... 4
Lupa Kata Laluan ................................................................................................................................. 6
Halaman Utama .................................................................................................................................. 6
Daftar/Kemaskini Bil ....................................................................................................................... 6
Buat Pembayaran ............................................................................................................................ 8
Maklumat Pembayaran ................................................................................................................. 14
Sejarah Pembayaran ..................................................................................................................... 16
Kemaskini Profil Peribadi .............................................................................................................. 17
Terima Kasih .......................................................................................................................................... 18
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 3/18
Pengenalan
Sistem Pembayaran Online atau ePay PKNS merupakan satu sistem yang diperkenalkan untuk
memudahkan pembayaran bil secara online dengan menggunakan pelbagai cara pembayaran. Di
antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di
Malaysia, FPX dan lain-lain. Untuk membuat pembayaran secara debit terus, anda hanya perlu
mempunyai akaun bank di Malaysia.
Paparan Muka Hadapan
Muka hadapan Sistem Pembayaran Online PKNS adalah seperti berikut:
Komponen-komponen yang ada di muka hadapan Sistem Pembayaran Online PKNS ini ialah:
Ruangan “Header”
Ruangan “Log Masuk Pengguna”
Ruangan “Footer”
Pautan “Daftarkan Diri”
Lupa Kata Laluan
Pautan “Muat Turun Manual Pengguna”
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 4/18
Manual Penggunaan Sistem Pembayaran Online PKNS
Log Masuk Pengguna
Untuk menggunakan Sistem Pembayaran Online PKNS ini, anda perlu log masuk terlebih dahulu di
bahagian ‘Log Masuk Pengguna’. Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan No Kad Pengenalan
serta katalaluan dan pilih butang “Log Masuk” untuk log masuk ke sistem.
Pendaftaran Pengguna Baru
Sekiranya anda belum pernah menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar diri di pautan ‘Daftar
Diri’ terlebih dahulu.
Sebagai pengguna baru, anda perlu memasukkan No Kad Pengenalan dan emel bagi mendaftarkan
diri anda ke dalam sistem. Sistem akan menyemak sama ada anda pengguna berdaftar atau
pengguna baru setelah anda memilih butang ‘Semak Pengguna’.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 5/18
Jika anda merupakan pengguna berdaftar, paparan seperti di bawah akan terpapar. Pilih butang
tutup dan log masuk seperti biasa.
Jika anda merupakan pengguna baru, halaman seperti di bawah akan terpapar dan anda perlu
mengisi butir-butir yang di perlukan untuk mendaftarkan diri anda ke dalam sistem ini.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 6/18
Setelah anda selesai mengisi butir-butir yang di perlukan, sila pilih butang “Daftar Pengguna Baru”.
Anda sekarang sudah berjaya mendaftarkan diri anda sebagai pengguna Sistem Pembayaran Online
PKNS .
Lupa Kata Laluan
Seandainya anda terlupa kata laluan, anda boleh meminta sistem untuk menghantar kata laluan
anda melalui emel dengan memilih pautan ‘Dapatkan di sini’. Anda perlu memasukkan No Kad
Pengenalan dan alamat emel yang telah anda daftar. Seterusnya, tekan butang “Hantar” .
Setelah anda berjaya log masuk ke sistem, halaman seperti di bawah akan terpapar.
Halaman Utama
Pada halaman utama ini, terdapat 4 pautan yang boleh anda pilih iaitu ‘Daftar/Kemaskini Bil’, ‘Buat
Pembayaran’, ‘Sejarah Pembayaran’ dan ‘Kemaskini Profil Peribadi’.
Daftar/Kemaskini Bil
Pada pautan ‘Daftar/Kemaskini Bil’, pengguna boleh mendaftar bil-bil yang akan dibayar secara
online serta mengemaskini maklumat bil sedia ada di dalam sistem ini. Setelah memilih pautan
‘Daftar/Kemaskini Bil’, halaman seperti di bawah akan terpapar.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 7/18
Pada halaman ini pengguna perlu memilih jenis bil yang akan didaftarkan dan no akaun pemilik dan
pilih butang ‘Daftar Bil’ dan halaman seperti di bawah akan terpapar.
Setelah rekod dipaparkan, sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul dan sekiranya betul,
sila pilih butang ‘Maklumat Pendaftaran ini Disahkan Betul’ . Jika tidak, sila tekan butang Batal.
Sekarang anda telah berjaya mendaftarkan bil anda.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 8/18
Buat Pembayaran
Seterusnya pengguna perlu memilih pautan ‘Buat Pembayaran’ bagi memulakan proses pembayaran
bil. Sila pilih pautan ‘Buat Pembayaran’ dan paparan seperti di bawah akan terpapar.
Sila pilih pada bahagian tindakan pada pautan ‘Bayar’ dan skrin di bawah akan terpapar dan
pengguna perlu mengisi ‘No Bil’ dan ‘Jumlah (RM)’ dan pilih butang ‘Semak Pembayaran’.
Bayaran minima yang boleh diterima ialah RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) dan bayaran
maksima yang boleh diterima untuk setiap transaksi ialah RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu
Sahaja). Sekiranya pengguna ingin membuat pembayaran berjumlah lebih daripada RM5,000.00, sila
bahagikan kepada beberapa transaksi.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 9/18
Setelah pengguna menekan butang ‘Semak Pembayaran’ , paparan seperti berikut akan terpapar.
Pengguna perlu memilih cara bayaran yang akan dibuat, kemudian pilih butang ‘Buat Pembayaran’.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 10/18
Halaman seperti di bawah akan terpapar.
Contoh Pembayaran Menggunakan Kad Kredit
Di halaman ini, pengguna boleh melihat butiran pembayaran untuk tujuan semakan dan seterusnya
pengguna perlu memasukkan maklumat-maklumat wajib untuk pembayaran seperti Nombor Kad
Kredit (jika bayaran melalui kad kredit) dan sebagainya. Setelah itu, pengguna perlu menekan butang
“Proceed” untuk mengesahkan pembayaran tersebut.
Halaman berikut menunjukkan paparan yang akan dilihat apabila pengguna meneruskan
pembayaran.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 11/18
Bergantung kepada jenis kad kredit yang digunakan, halaman yang dipaparkan mungkin berbeza.
Tetapi kebiasaannya, pengguna perlu memasukkan One Time Pin (OTP) sebelum bayaran boleh
diproses.
Contoh Pembayaran Menggunakan Maybank2u
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 12/18
Pada halaman ini, pengguna boleh melihat butiran pembayaran untuk tujuan semakan. Setelah itu,
pengguna perlu menekan butang “Proceed” untuk mengesahkan pembayaran tersebut.
Halaman berikut menunjukkan paparan yang akan dilihat apabila pengguna meneruskan
pembayaran.
Pengguna perlu log masuk ke Maybank2u untuk meneruskan pembayaran. Paparan seterusnya
adalah:
Pengguna perlu menyemak butiran pembayaran dan sekiranya tiada sebarang masalah, pilih butang
‘Continue’. Halaman berikutnya adalah:
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 13/18
Masukkan TAC Number dan pilih butang ‘Continue’ untuk menamatkan proses pembayaran.
Sekiranya pembayaran adalah berjaya, anda akan dikembalikan ke halaman ePay PKNS dengan
status Pembayaran Berjaya.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 14/18
Maklumat Pembayaran
Pembayaran Berjaya
Paparan berikut adalah untuk Pembayaran Berjaya.
Sistem akan menghantar SMS dan Emel kepada anda, jika anda mendaftarkan nombor telefon
bimbit dan emel.
Pembayaran Tidak Berjaya
Berikut adalah paparan sekiranya pembayaran anda Tidak Berjaya.
Sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, sistem akan cuba menghubungi semula bank untuk
mengesahkan pembayaran tersebut. Proses ini boleh memakan masa diantara 1 hingga 15 minit.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 15/18
Jika pembayaran masih tidak berjaya (mungkin kerana bank menolak permintaan pembayaran
anda), anda boleh mencuba untuk membuat pembayaran semula menggunakan cara pembayaran
lain.
Manual ini menunjukkan proses pembayaran melalui kad kredit dan sistem perbankan online
(Maybank2U). Walaubagaimanapun, pembayaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara lain. Sila ikut
arahan di dalam borang pembayaran online tersebut dan pastikan setelah pembayaran berjaya
dilakukan, anda dikembalikan ke halaman ePay PKNS. Jika tidak, pembayaran anda mungkin
dikategorikan sebagai tidak berjaya atau mengalami masalah. Jika anda mendapati wang anda sudah
ditolak daripada akaun dan status pembayaran adalah Pembayaran Tidak Berjaya, sila tunggu 24 jam
untuk pengesahan. Sekiranya selepas 24 jam, status anda masih tidak berubah, sila hubungi PKNS
Careline di 1800887567 atau melalui http://careline.pkns.gov.my/
Anda juga boleh melihat sejarah pembayaran dengan melihat halaman Sejarah Pembayaran
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 16/18
Sejarah Pembayaran
Untuk menyemak pembayaran yang telah dilakukan, pengguna perlu memilih ‘Sejarah Pembayaran’
bagi melihat senarai pembayaran yang telah dilakukan.
Halaman di atas memaparkan senarai pembayaran yang telah anda lakukan.
Anda boleh melihat maklumat lanjut tentang Pembayaran tersebut dengan menekan link di ruangan Status. Paparan berikut akan dapat dilihat apabila anda menekan link tersebut.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 17/18
Kemaskini Profil Peribadi
Untuk mengemaskini profil, pengguna perlu memilih pautan ‘Kemaskini Profil Peribadi’ dan halaman
seperti di bawah akan terpapar.
Untuk mengemaskini profil, pengguna perlu memilih butang ‘Kemaskini Maklumat’ untuk
menyimpan data yang telah dimasukkan.
Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS
© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 18/18
Terima Kasih
Terima kasih kerana menggunakan Sistem Pembayaran Online ePay PKNS ini. Sekiranya terdapat
sebarang kesulitan semasa mengendalikan sistem ini, sila hubungi pihak PKNS dengan segera melalui
talian bebas tol 1800887567 atau melalui laman web rasmi PKNS Careline di
http://careline.pkns.gov.my
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS)
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik
40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472
Fax: +603.5510 3895
Email: [email protected]
Top Related