2018
PROJECT LESSONS LEARNED
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT
PENDANG, KEDAH
CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU
JKR NEGERI KEDAH
- 19 SEPTEMBER 2018 -
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
1 | P a g e
ISI KANDUNGAN
Butiran Perkara Helaian
RINGKASAN EKSEKUTIF .. .. .. .. .. 2
1.0 PENGENALAN .. .. .. .. .. .. .. 2 - 3
2.0 SESI PENGUMPULAN PEMBELAJARAN PROJEK .. 4
3.0 METODOLOGI LESSONS LEARNED .. .. .. 4-5
4.0 LESSONS LEARNT .. .. .. .. .. .. 6-8
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN .. .. .. .. 9
LAMPIRAN .. .. .. .. .. .. 10-12
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
2 | P a g e
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta
perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya
diperbaiki untuk projek-projek yang di laksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel
yang telah dilaksanakan pada 19 September 2018 bagi Projek Balai Bomba Dan
Penyelamat Pendang, Kedah. Ia telah dihadiri oleh empat (4) orang kakitangan
daripada pejabat Pegawai Penguasa projek dan seorang dari Cawangan
Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah. Selain itu, laporan ini juga mencadangkan
beberapa penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek
seumpamanya di masa hadapan.
1.0 PENGENALAN
Projek Balai Bomba Dan Penyelamat, Pendang adalah satu projek yang penting
dibangunkan di daerah Pendang memandangkan tiada lagi balai bomba sediada
di sana. Balai bomba dan penyelamat yang berhampiran terletak di Guar
Chempedak dan Alor Setar yang agak jauh dari daerah Pendang. Dengan
adanya balai bomba ini, penjimatan masa pegawai bomba untuk memberi
perkhidmatan kepada penduduk di daerah Pendang dengan lebih cepat apabila
berlaku kecemasan. Balai bomba dan penyelamat ini dibina menggunakan reka
bentuk piawai kategori C.
1.1 Ringkasan Maklumat Projek
TAJUK PROJEK
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
NO KONTRAK JKR/IP/CKUB/55/2016
RANCANGAN MALAYSIA
10
PENGURUS PROGRAM
Cawangan Kerja Keselamatan (CKS)
PEJABAT HOPT Bahagian Pengurusan Projek 2 (CKS)
PEGAWAI PENGUASA
Pengarah JKR Kedah
SKOP PROJEK 1. Kerja - Kerja Awalan 2. Kerja - Kerja Cerucuk 3. Balai Bomba 2 Petak 4. Menara Latihan 5 Tingkat 5. Setor 6. Rumah Sampah 7. Rumah Pam 8 Kerja - Kerja Sekitar Bangunan 8.1 Kerja - Kerja Tanah 8.2 Kerja Jalan Dan Tempat Letak Kereta 8.3 Pagar Dan Pintu Pagar 8.4 Perparitan Dan Kolam Tadahan 8.5 Sistem Pembentungan Dan Tangki Septik 8.6 Sistem Bekalan Air
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
3 | P a g e
Luar 8.7 Kerja - Merumput 8.8 Garaj Kenderaan Berbumbung 8.9 Kolah Air 8.10 Tiang Bendera 9. Sistem Bekalan Air Sejuk Dalaman Dan Perpaipan Sanitari 10. Kerja - Kerja Elektrikal 11. Wang Peruntukan Sementara 11.1 Papan Tanda 11.2 Kerja - Kerja Landskap 11.3 Built in Furniture 11.4 Loose Furniture 11.5 Aerohub Fire Suppression System 11.6 Plinth of Compact Sub 12. Wang Kos Prima 12.1 Sistem Penyaman Udara Dan Pengudaraan 12.2 Sistem Pencegah Kebakaran 12.3 Sistem Peralatan Workshop
PELANGGAN Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
KAEDAH PELAKSANAAN
Konvensional
JENIS PEROLEHAN
Tender Terbuka
KOS KONTRAK ASAL
RM 5,924,221.28
KOS KONTRAK SEMASA
RM 6,004,869.15
TARIKH MILIK TAPAK
25-04-2016
TARIKH SIAP ASAL
22-10-2017
TARIKH SIAP SEBENAR
20-03-2018
PASUKAN PROJEK
Senibina HODT : Bhg. Reka Bentuk Fasiliti Bangunan Am & Keselamatan/Pertahanan Struktur
HODT : Bahagian Keselamatan (CKAS) Kerja Luar Bangunan
HODT : Bahagian Kejuruteraan Awam Bangunan Am / Keselamatan (CKAS) Mekanikal HODT : Keselamatan & Maritim (SPR)(CKM) Elektrikal HODT : Unit Perunding Rekabentuk Keselamatan (CKE) Ukur Bahan HODT : Bahagian Keselamatan (BHN) (CKUB)
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
4 | P a g e
2.0 SESI PENGUMPULAN PEMBELAJARAN PROJEK
2.1 Bengkel :
Tajuk : Bengkel Membangunkan Laporan Lesson Learnt Projek Balai
Bomba Dan Penyelamat Pendang
Tarikh: 19 September 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, JKR Daerah Pendang
2.2 Peserta
1. Khairul Nizam Bin Yusoff - Jurutera Daerah
2. Abd Rahim Bin Ibrahim - Jurutera Bangunan
3. Norasyikin Binti Saad - Pen. Jurutera Kanan Tertinggi
4. Siti Farawahidatul Zahara - Pen. Jurutera
Binti Md Uda
5. Hasnita Binti Hassan - Pen. Jurutera Elektrik
2.3 Fasilitator
1. Siti Rokhiyah Binti Abu - Jurutera Awam
2. Noorwahida Binti Rusli - Jurutera Awam
3.0 METODOLOGI LESSONS LEARNED
3.1 Bengkel diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan berkongsi
pengalaman pasukan projek yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung pada peringkat pembinaan dan serahan.
3.2 Semua maklumat yang terkumpul telah diklasifikasikan kepada tiga (3)
aspek utama berikut:
4.3.1 What went well (WWW)?
4.3.2 What could have been done better (WCHBDB)? and,
4.3.3 What are the lesson learned?
3.3 Pasukan projek diminta untuk memberikan maklum balas dan maklumat
lesson learned yang menggunakan template yang telah disediakan.
3.4 Setelah selesai sesi bengkel dan pengumpulan maklumat, panel/fasilitator
menggabungkan (consolidate) dan membuat analisis dari maklumat yang
diperolehi meliputi ruang knowledge areas yang telah dikenalpasti.
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
5 | P a g e
Rajah 2: Carta Alir Projek Lesson Learned
Knowledge Café workshop to gather imformation relevant
to Lesson Learned
Consolidate imfomation according to knowledge areas and
project life-cycle
Analysis project lessons learned according to knowledge
areas
Finding and Recommendation
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
6 | P a g e
4.0 LESSONS LEARNT
Berdasarkan sesi perbincangan serta brainstorming diantara fasilitator dan
peserta, beberapa hasil telah diperolehi iaitu seperti berikut :
PERANCANGAN
WHAT WENT WELL? APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. Penggunaan Program Kerja dalam pemantauan projek.
2. Melaksanakan kerja-kerja yang
tertangguh dengan kebenaran daripada pihak SO pada hari cuti (jumaat dan sabtu) bagi memastikan kerja di siapkan mengikut jadual yang dirancang.
3. Mengemukakan surat amaran/
peringatan kepada pihak kontraktor sekiranya kerja lewat dari perancangan asal.
4. Percanggahan Bill Of Quantity (BQ)
dan Lukisan diatasi segera dengan Pegawai Tapak Bina (PTB) membuat semakan dan mendapatkan pandangan dari HODT agar kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan di tapak mengikut jadual asal.
5. Percanggahan lukisan arkitek dan
lukisan struktur diatasi segera dengan PTB membuat semakan dan mendapatkan pandangan dari HODT agar kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan di tapak mengikut jadual asal.
1. Semua kehendak Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) perlu dimuktamadkan agar Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan tersebut tidak lagi dipinda bagi memastikan pelaksanaan kerja di tapak tidak terganggu. Contoh : Kebenaran merancang projek telah ini diperolehi, walaubagaimanapun, terdapat perubahan pada kehendak PBT (BOMBA) untuk keperluan tambahan pili bomba. Ini memberi implikasi kepada kontrak dan juga tempoh masa pembinaan.
2. Pereka perlu peka dengan keperluan dan kehendak semasa agar teknologi terkini diguna pakai seiring dengan perkembangan pembinaan semasa. Pengguna akhir (end user) bagi projek ini telah memaklumkan kepada pihak pelanggan dan HOPT berkaitan keperluan penggunaan lampu jenis LED, walaubagaimanapun kontrak masih mengguna pakai lampu kalimantang (pendaflour).
3. Terdapat isu berkaitan tambakan tanah yang memerlukan tempoh masa yang lebih lama disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu. Projek ini sepatutnya dipecahkan kepada 2 fasa iaitu kerja tanah dan kerja pembinaan.
4. Terdapat perubahan orientasi bangunan (menara) semasa peringkat pembinaan yang mana sepatutnya telah diputuskan semasa peringkat perancangan.
5. Percanggahan antara BQ dan lukisan
pembinaan (contoh: lukisan kolah air).
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
7 | P a g e
Sepatutnya dokumen ini diselaraskan sebelum projek ini ditender.
6. Tapping air SADA diperingkat rekabentuk
tidak diletakkan dalam skop kerja (limit of contractor work). HODT Sivil perlu membuat lawatan tapak, penelitian dan perincian lukisan semasa lawatan tapak tersebut agar memastikan skop kerja tidak tertinggal (dalam lukisan dan BQ).
7. HODT Geoteknik seharusnya menyemak
data Bore Log yang dikemukakan oleh perunding yang dilantik. Sekiranya data yang diperolehi meragukan, tindakan seperti menggantung ataupun menyenarai hitamkan nama perunding tersebut dari melaksanakan kerja-kerja SI kelak perlu diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang pada projek lain dan bagi mengelakkan pertambahan kos sekiranya berlaku.
8. Harga lukisan as-built perlu dikaji semula
dan ditetapkan harga mengikut harga dan kompleksiti projek bagi memastikan harga tersebut munasabah. Harga tersebut seharusnya mampu untuk melantik pihak ketiga kelak sekiranya kontraktor tersebut gagal menyediakannya.
LESSONS LEART: PEMBELAJARAN
1. Lead HODT (Arkitek) sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan HODT Struktur, Sivil, Mekanikal, Elektrikal, Geoteknik dan Ukur Bahan mengemukakan data yang selari bagi mengelakkan percanggahan berlaku semasa peringkat pembinaan. Lukisan dan dokumen akhir sebelum tender perlu disemak bersama-sama bagi mengurangkan kesilapan/ percanggahan dokumen tender kelak.
2. Semakan awal program kerja dan memastikan aliran kerja di peringkat pembinaan diberi penelitian supaya ianya menjadi satu dokumen penting yang boleh digunapakai dalam pemantauan projek.
3. Pasukan Projek boleh memberi kelonggaran kepada pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja pada hari cuti bagi memastikan kerja-kerja yang tergendala dilaksanakan pada hari cuti agar kerja-kerja tersebut dapat disiapkan mengikut jadual semula.
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
8 | P a g e
4. Pasukan Projek perlu mentadbir kontrak dengan baik. Sekiranya terdapat kelewatan pada pihak kontraktor, surat amaran/peringatan perlu dikemukakan segera agar kontraktor tersebut mengambil tindakan mempercepatkan kerja yang tertangguh. Ini akan memastikan kerja berjalan mengikut jadual dan tindakan mengikut kontrak dapat diambil sekiranya kontraktor lewat.
5. Tempoh masa rekabentuk perlu diteliti oleh pihak atasan memandangkan banyak projek termasuk projek ini yang mengalami percanggahan di antara lukisan arkitek, struktur dan BQ. Semakan secara terperinci lukisan dan BQ yang didokumenkan sebagai dokumen kontrak akan menggurangkan percanggahan yang berlaku.
6. Semua HODT perlu memainkan peranan bagi memastikan kehendak PBT diambil kira dan dimuktamadkan agar tiada lagi pindaan kehendak PBT kelak selepas kelulusan merancang diperolehi. Sekiranya terdapat pindaan selepas kelulusan, sudah pasti ianya memberi kesan pada kos dan tempoh masa kontrak di peringkat pembinaan.
7. Semua HODT dan HOPT perlu memainkan peranan semasa peringkat perancangan dan rekabentuk. Sekiranya terdapat permintaan dari pihak pelanggan, mohon HODT dan HOPT mengkaji terlebih dahulu agar kehendak pelanggan tidak diketepikan terus sejajar dengan Pelan Strategik JKR untuk pengalaman ko- kreatif bersama pelanggan (delighting customer).
8. HOPT perlu mengkaji tempoh masa kontrak pada peringkat perancangan. Sekiranya terdapat kerja tambakan tanah/syor roboh, adalah disyorkan kerja tersebut dilaksanakan terlebih dahulu dan diasingkan daripada kontrak pembinaan agar tempoh pembinaan tidak terganggu dengan isu/masalah semasa melaksanakan kerja tersebut.
9. HODT Arkitek perlu membuat kajian bagi memastikan orientasi bangunan yang ditentukan adalah mengikut kehendak PBT supaya orientasi tersebut tidak berubah semasa peringkat pembinaan. Perubahan orientasi semasa peringkat pembinaan akan memberi implikasi terhadap tempoh kontrak.
10. HODT Sivil perlu memainkan peranan penting semasa merekabentuk kerja-kerja luar bangunan. Kerja-kerja yang melibatkan penyambungan dengan paip air SADA perlulah diteliti dan bukannya sekadar membuat anggapan di tapak sahaja. Penglibatan pihak SADA pada peringkat perancangan dan rekabentuk adalah perlu bagi memastikan kerja-kerja outside boundary diteliti dan diberi penekanan agar kesilapan pada projek ini tidak terjadi pada projek lain kelak.
11. Dicadangkan HODT Ukur Bahan untuk menyediakan Jadual Kadar Harga Lukisan As-built mengikut harga kontrak dan kompleksiti projek agar dapat digunapakai sebagai rujukan untuk semua HOPT/Pegawai Penguasa (SO). Jadual Kadar Harga ini perlulah mengambilkira kos yang diperlukan oleh pihak ketiga untuk melaksanakan kerja tersebut sekiranya kontraktor utama gagal menyediakannya mengikut tempoh masa yang dikehendaki.
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
9 | P a g e
4.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
4.1 Rumusan
Hasil dari brainstorming terdapat lima (5) perkara yang telah dibangkitkan oleh
peserta yang mana membantu untuk melancarkan pelaksanaan projek ini untuk
disiapkan dalam tempoh kontrak semasa. Manakala terdapat 8 perkara yang
perlu ditambah baik agar projek-projek lain dapat mengambil iktibar dan
pengajaran untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
4.2 Cadangan
Terdapat 11 cadangan penambahbaikan yang boleh diambil oleh pihak HOPT,
semua HODT dan Pasukan Projek untuk diambil sebagai panduan dan rujukan
untuk pelaksanaan projek lain.
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
10 | P a g e
LAMPIRAN
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
11 | P a g e
a) Bangunan Utama
b) Menara
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENDANG, KEDAH
2018
12 | P a g e
c) Stor d) TNB Sub – Station
d) Rumah Pam
e) Rumah Sampah
Top Related