Kedah Darul Aman Pulau Pinang Perlis
Perak Negeri Sembilan Melaka
Johor Terengganu Kelantan
Pahang Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sabah Sarawak Labuan
Selangor
Selepas ahli pengakap telah mendapatkan Lencana Usaha, dia akan meneruskan kegiatannya untuk mendapatkan Lencana Maju. Lencana ini diberi sebagai mengakui berbagai-bagai kemahiran, kegemaran luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan.
CITA-CITA PENGAKAP
Mengetahui organisasi Majlis Pengakap Daerah, Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Mengecam dan melukis bendera semua Negeri Malaysia.
Mengenali dan mengetahui nama penuh Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah sendiri.
Menghafal dan menerangkan erti kesemua “Undang-Undang Pengakap”.
KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:-Luruskan Barisan, Cepat Jalan, Hentak Kaki, Berhenti, Belok Kanan, Belok Kiri, Tukar Langkah dan Perlahan Jalan.
Melanjutkan Latihan Kawad Tongkat:-Rusuk Tongkat, Turun Tongkat, Jinjit Tongkat, Julang Tongkat dan Bimbit Tongkat.
Memahami serta menunjukkan dengan jayanya Upacara Mengibarkan Bendera serta Upacara Menurunkan Bendera.
Melakukan aktiviti berikut:-(a) Panjat tali setinggi 3 meter(b) Memanjat pokok sekurang-kurangnya setinggi 4 meter
KEMAHIRAN PENGAKAP
Menerangkan kegunaan dan cara menjaga, mengasah dan menyimpan kapak, kapak penebang dan gergaji dan langkah keselamatan.
Mengetahui teknik menebang, merincih pokok, memotong ketungan pokok dan menyusun ketungan kayu.
Menunjuk cara membuat simpulan dan ikatan berikut serta mengetahui kegunaan tiap satunya:-(a) Tindih Kasih Gelung (Bowline on the Bight)(b) Belit Lucut (Highwayman’s Hitch)(c) Lilit Pasdul (Marline-Spike Hitch)(d) Simpul Kerusi (Fireman’s Chair Knot)(e) Lilit Pemati Selit (Sailmaker’s Whipping)(f) Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
(g) Sambatan Balik (Back Splice)(h) Ikatan Silang Gunting (Sheer Lashing)
Memasak makanan secara rimba (backwood’s) berikut:-Nasi, telur, ubi kentang, ubi kayu dan roti lilit.
Menyiapkan satu model projek merintis (Pioneering project) dakan lingkungan tidak melebih 1 meter tinggi / panjang.
Membuat kajian mengenai perkara berikut:-(a) 6 jenis burung tempatan, 6 jenis binatang tempatan dan 6 jenis pokok tempatan.(b) (i) Lawatan ke satu banggunan penting atau ke kawasan tempatan dan membuat laporan mengenainya;(ii) Menceritakan sejarah dan kepentingan suatu kawasan kecil berhampiran rumah sendiri, misalnya: mengikut sejauh satu kilometer sungai atau parit dan membuat satu peta ukuran besar menunjukkan tempat-tempat yang penting.
Berkhemah sejumlah tidak kurang daripada 8 malam dan menyediakan rekod perkhemahan tersebut di dalam Buku Log berkenaan.
Berenang 30 meterATAUMengetahui langkah keselamatan berenang dan melakukan teknik menyelamatkan mangsa lemas dengan menggunakan tali penyelamat atau sebarang benda yang dapat digunakan semasa kecemasan.
Faham akan langkah keselamatan yang mesti diambil sebelum melakukan kegiatan kerja luar seperti berkhemah, mengembara dan sebagainya.
Melakukan mana-mana dua perkara berikut:-(a) Memasang dan menggunakan dapur gas, lampu gas atau dapur minyak tanah.(b) Menyenaraikan barang- barang keperluan berkhemah untuk satu patrol bagi jangka masa satu hujung minggu.(c) Memasak makanan untuk dua orang.
PENGEMBARAAN
Mengetahui sekurang-kurangnya DUA jenis kompas dan tahu cara membaca bereng.
Menerangkan sistem kontor dan memberi serta mengesan rujukan grid dalam peta topo. Tahu menggunakan skil dan kunci peta.
Berjalan kaki sejauh 8 kilometer di darat atau berjalan mengikut taliair atau berbasikal tidak kurang dari 10 kilometer dan berkhemah semalam bersama dengan dua orang Pengakap lain yang sebaya dengannya. Membuat laporan bertulis mengenai perjalanan itu dalam Buku Log mengikut format yang di tentukan.
Mengetahui alatan khas yang digunakan untuk ‘abseil’ (rappel) dan memahami langkah keselamatan untuk aktiviti tersebut.Memahami ‘belay-system’ dan melakukan ‘abseil’ dengan betul hingga 10 meter.(Penilai bertanggungjawab bagi semua persediaan keselamatan.)ATAUMengetahui bahagian pada perahu / kayak / sampan serta langkah keselamatan semasa mendayung dan mendayungnya sejauh sekurang-kurangnya satu kilometer.ATAUMengetahui alat yang perlu untuk ikhtiar hidup (survival); Mengetahui cara membuat perangkap / jerat yang mudah dan bermalam di pinggir hutan bersama seorang Pengakap lain dengan membawa alatan untuk ikhtiar hidup sahaja.
PERKHIDMATAN
Tahu membuat balutan berikut:-(a) Membalut bahu(b) Membalut siku / lutut(c) Membalut pinggang
Mengetahui:(a) Cara memberi pertolongan cemas bila keluar darah dan bila terkejut.(b) Risiko yang terlibat apabila memindahkan orang yang cedera.
Menunjukkan cara memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan terang, jelas dan betul serta mengetahui mengambil tindakan memberi pertolongan cemas kepada mangsa kebakaran, lemas, kejutan elektrik, kebocoran gas, dll.
Menjalankan kerja sukarela bersendirian atau beramai-ramai di dalam atau di luar bidang Pengakap samada :(a) Membuat kerja yang berguna tidak kurang daripada tiga jam lamanya.ATAU(b) Memberi perkhidmatan selalu.
Latihan Asas Perbarisan
Luruskan barisan Sama dengan pergerakan ke kanan lurus
Cepat Jalan - Mengeluarkan kaki kiri ke hadapan- Pada masa yang sama , lenggangkan tangan kanan sama paras
dengan bahu, lenggangkan tangan kiri jauh ke belakang seberapa yang boleh
Hentak kaki - Boleh diberikan semasa berjalan- Arahan : ‘ Hentak kaki …. Gerak “- Kaki kiri naik ke atas 90 0 dan seterusnya gerak dengan kaki
kanan dan kaki kiri
Berhenti - Diberikan semasa cepat jalan- Arahan : ‘ Baris…. Berhenti..’- Kaki kanan melangkah 1 langkan ke hadapan . Kaki kiri hentak ke
tanah dan diikuti kaki kanan
Belok kanan/belok kiri - Diberikan semasa … ‘cepat jalan’
Tukar Langkah- Diberikan semasa … ‘cepat jalan’- Arahan : ‘Tukar langkah….- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan . Hentak kaki kiri ke
hadapan dan bergerak 2 langkah ke hadapan dan menghentakkan kaki kiri dan kanan
Perlahan Jalan - Diberikan semasa… ‘ cepat jalan’- Arahan : ‘Tukar langkah….. perlahan jalan ‘- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Seterusnya kaki kiri
dan kanan hentak ke tanah- Luruskan hujung kaki dan gerakkan ke hadapan serta diikuti oleh
kaki kanan secara perlahan
AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SELANGOR
Pesuruhjaya Negeri : Tn Haji Ishak bin Mohd JonidASC Latihan & Sumber Dewasa : Tn Haji Rahmat bin JaafarASC Program : Tn Haji Azkiah bin Hj NorASC Pentadbiran & IT : En Rosli bin HashimASC Perhubungan : Tn Haji Surimin bin Hj GimanASC Perhubungan Antarabangsa : En Mohd Alwan bin GinenASC Kerohanian : Tn Haji Mokhtar bin Abdul GhaniASC Biro Wanita : Pn Hajah Noorsila bt Mohd IshakASC Tugas-tugas Khas : En Mohd Arif bin HairomanASC Tugas-tugas Khas : En Mohd Ali bin ShamsudinASC Tugas-tugas Khas : En Adam Sukarno bin Hj MansorASC Tugas-tugas Khas : En Mohd Nazlee bin Mohd BakiASC Tugas-tugas Khas : Tn Haji Harun bin IjangDC Gombak : En Ibrahim bin YaacobDC Hulu Langat : En Noor Hashim bin IsmailDC Hulu Selangor : En Che Zainuddin bin Che Mohd NorDC Kajang : En Chayed bin BasironDC Kapar :DC Klang : Tn Haji Bustamin bin DaharunDC Kuala Langat : Tn Haji Mohd Isa bin DarunDC Kuala Selangor : Tn Haji Mohammed Adzhar bin Hj AliasDC Pelabuhan Klang : Tn Hj Abd Muaz bin IbrahimDC Petaling : En Ghasid bin SallehDC Putrajaya : Cik Haslinda bt Abu HassimDC Sabak Bernam : En Mohd Nor bin MokhtarDC Sepang : En Yussri bin AbdullahDC Sungai Besar : En Jamali bin JarutiDC Tanjung Karang : Pn Hajah Norsam bin Sarmon
SENARAI JURULATIH PPM SELANGOR ( 4 BEAD MANIK KAYU )
01. Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid
02. Tuan Haji Rahmat bin Ja'afar
03. Tuan Haji Harun bin Ijang
04. Tuan Haji Mokhtar bin Abd Ghani
05. Tuan Haji Mohd Kamar bin Zainuddin
06. En. Ahmad Rathi bin Abd Hamid
07. Tuan Haji Mujab bin Sukaimi
08. Tuan Haji Bustamin bin Daharun
09. Tuan Haji Isa bin Darun
10. En. Mohd Arif bin Hairoman
11. En. Shahril bin Kuru
12. En. Ekbert Yong Yen Loong
13. En. Mohd Nazlee bin Hj Mohd Baki
14. Tn Haji Azkiah bin Haji Nor
15. En. Noor Hashim bin Ismail
16. En. Khoo Hong Kiong
17. En. Ng Kwee Heng
18. En. Bu'naif bin Mohd Yusof
SENARAI PENOLONG JURULATIH PPM SELANGOR ( 3 BEAD MANIK KAYU )
01. Pn Hajah Sariah bt Haji Yahaya (CLT)
02. En Mohd Ali bin Shamsudin (CLT)
03. En Chayed bin Basiron (CLT)
04. En Ghasid bin Salleh (CLT)
05. Pn Hajah Noorsila bt Haji Ishak
06. En Adam Sukarno bin Haji Mansor
07. En Abd Razak bin Mohd Nordin
08. En Ngoo Kee Hin
09. Tn Haji Mohamed Adzhar bin Haji Alias
10. En Mohd Fadzil bin Mohd Yusof
11. En Zuraimi bin Ahmad Zawawi
12. En Latif bin Hamzah
13. Tn Haji Abd Muaz bin Ibrahim
14. En Muaddib bin Masnan
15. En Ramli bin Bayok
16. En Lian Hua Min
17. En. Rosli bin Hashim
18. En Abd Rahim bin Abd Hamid
19. En Mohd Rafi bin Hahsim (CALT)
20. Cik Hoh Chee Poi (CALT)
21. En Yussri bin Abdullah (CALT)
22. En Jamali bin Jaruti (CALT)
23. En Shah Khairuddin bin Abd Majid (CALT)
24. En Khairunizam bin Ishak (CALT)
25. En Yazi bin Mohd Kahiran (CALT)
* CLT - telah menghadiri Kursus Jurulatih, CALT - telah menghadiri Kursus Penolong Jurulatih
Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan
Ketua Pengakap Negara/Yang DipertuaDato' Seri Paduka Dr Shafie Salleh
Naib Yang DipertuaDato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Datuk Awang Zainie bin Haji Suntim
Ketua Setiausaha KerjaMohd Zaki Nurud-din
BendahariDato' Shahrum
bin Osman
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Eric Khoo Heng Peng(Pesuruhjaya Antarabangsa)
Haji Abdul Shukor bin Mohsin(Pesuruhjaya Latihan Negara)Major Gen. Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin (Kesihatan dan Bencana Alam)
Hj Zakran bin Abdul Manan (Pentadbiran dan Pengurusan)Haji Radzwan bin Hussin (Program)Nasaruddin bin Shamsuddin (Pembangunan Kepengakapan)Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Tugas-tugas Khas)
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu PejabatHaji Mohd Noor bin Haji Kassim (Pengakap Khas)Khoo Hock Hoi (Pengakap Kanak-kanak)Lt. Kol Ramli bin Shuhaimi (Pengakap Muda)Ahmad Tajuddin bin Md Salleh (Pengakap Kelana)Khamaruzaman bin Samsudin (Pengakap Laut)Anamuthu Samuel (Pengakap Udara)Chan Ah Sang (Unit Antarabangsa)Faizal bin Abd Rahim (Unit Teknologi Maklumat)Rajalingam a/l Ramasamy (Unit Program)P S Maniam (Tugas-tugas
Khas)Mohamad Musa bin Sulaiman (Tugas-tugas
Setiausaha Kerja LatihanJawatan Kosong
Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hierarki. Yang tertinggi majlis di
peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah.
Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-
penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah
masing-masing.
BUKU LOG LENCANA USAHALencana UsahaA. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit
- Simpul Pulih
- Bunga Geti Ganda
- Lilit Balak
- Lilit Taut-line
- Ikat Seraya
- Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km
D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena
E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang
Sumber : http://kingscout.50webs.com/6.htm
Bendera Malaysia Dan Negeri
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang dan lebarnya sama , tanda
keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima
melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang
pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Sumber : http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/maksud.htm
Bendera Negeri
Menyatakan Maksud Bendera Negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.
Negaraku Dan Lagu NegeriNegaraku
Menaikkan Bendera2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:1) menaikkan bendera sambil menyanyi2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.Antara peraturan-peraturannya ialah:
a) Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,b) Satu bendera seorang pengakap.c) Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.d) Mengikut kedudukan bendera.e) Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada tali.f) Pengakap berbaris dalam patrol.g) Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.h) Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu kebangsaan secara
serentak.
Kedudukan Bendera1) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)
2) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)
3) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)
4) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)
Orang Kenamaan
1) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhumSultan Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah Al-Haj
2) DYMM raja permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah
3) Menghafal dan menyatakan nama ketua negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.4) Menghafal dan menyatakan nama penuh menteri besar/ketua menteri negeri sendiri untuk lulus.
Asas Perbarisan1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.
2) Sedia
- Berdiri tegak.
- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.
3) Senang Diri
- Bukakan kaki kiri ke kiri.
- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4) Rehatkan Diri
- Seperti senang diri.
- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas
dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke muka
pengakap di kanan.
- Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di belakangmengikut menggerakkan
sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
7) Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8) Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
9) Tutp barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10) Langkah Ke Sebelah
- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras
- a) Paras ahli tinggi di tengah
- b) Paras ahli rendah di tengah
- c) Paras ahli tinggi di kiri
- d) paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12) keluar Baris
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
13) Bersurai
- Sama seperti keluar baris.
- Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.
Kawat Tongkat1) Rehatkan Diri
- Seperti dengan sedia.
- Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
*Kedudukan tangan rendah daripada bahu.
2) Senang Diri
- Seperti dengan rehatkan diri.
- Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.
3) Sedia
- Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. -Tongkat dipegang menggunakan tangan kanan
dengan keadaan ibu jarisupaya mencengkam tongkat dan luruskan siku.
- Tapak tongkat berada di atas tanah.
4) Baring tongkat
- Pengakap turunkan tubuh secara menegak.
- Kaki kiri dihentak ke hadapan.
- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
- Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.
5) Angkat Tongkat
- turunkan tubuh secara menegak.
- Kaki kiri dihentak ke hadapan.
- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
- Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.
6) Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
- Dlam keadaan sedia.
- Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
- Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90° tanpa mengangkat pangkal tongkat.
- Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.
7) Hormat dengan Tongkat
- Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan mencecah tongkat untuk memberi hormat.
Isyarat Tangan Pengakap
Halangan Komandocrawl
3) Melalui tali goyang
4) Malalui titi komando
5) Memanjat tembok
6) Memanjat pokok
7) Memanjat Tali
8) Bergayut tali
9) Memanjat tangga
10) Menyusupi halangan tayar di atas tanah
11) Menyusupi halangan tayar yang di gantung
12) Berjalan di atas benteng kayu
13) Memanjat jaring
Melipat Dan Mengibar Bendera1) Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu
melipat bendera Malaysia pada pagi semasa
perkhemahan.
2) Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.
3) Ikat bendera pada tali tiang bendera dan
memastikan bendera kemas dan tidak terbalik.
4) “Merujuk gambar.”
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)
Simpulan
Merujuk: http://www.22ndsibu.freeservers.com/knotting.htm
Undang-undang Lalu Lintas
Pejalan Kaki
1) Berjalan di kanan jalan.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat lalu isyarat, jejantas dan tempat yang disedia khas untuk melintas jalan raya.
4) Melintas jalan selepas anda menurun bas dan bas tersebut bergerak jauh.
5) Jangan Berebut-rebut menaiki bas.
6) Mendengar nasihat guru-guru dan pemimpin pengakap tentang keselamatan jalan raya.
Penunggang Basikal
1) Basikal sentiasa dalam keadaan baik.
2) Tidak menunggang basikal berkumpulan.
3) Menunggang dalam satu barisan.
4) Sebelum membelok ke kanan, pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain di belakang.
5) Jika ada kenderaan, berikan isyarat tangan dan bergerak ke tengah jalan, dan tunggu peluang melintas jalan raya.
6) Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya.
7) Menunggang di kiri jalan.
8) Janagan bergurau, berlumba dan mengikut cara yang tidak sepatutnya semasa menunggang basikal.
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)
Memilih Tapak Perkhemahan1) Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak mempunyai batu-batan, lubang-lubang, dll.
2) Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang semut/ lain-lain serangga.
3) Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. ( Pintu )
4) Tentukan arah angin. Mendirikan khemah ke arah angin.
5) Tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua.
6) Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan bersaingan.
7) Tidak mendirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renik kerana tempat tersebut mungkin terdapat binatang
berbisa atau ular.
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)
Keperluan Peribadi Berkhemah1) Pakaian Seragam Pengakap2) Pakaian Lain ( T-shirt, seluar, seluar dalam, dll. )3) Tikar4) Peralatan ibadat5) Pisau kecil, parang, dll.6) lampu picit7) Alat kegunaan makan ( pinggan, sudu, dll. )8) Minyak rambut, cermin bedak, dll.9) Bekalan Makanan yang cukup.10) Bantal, Kain selimut11) Duit yang cukup ( tidak membawa duit yang terlalu banyak )12) Alat tulis13) Lain-lain keperlyuan jika perlu.
Alat Pertolongan Cemas Peribadi1) Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)
2) Kapas, penyepit, gunting, dll.
3) Minyak angin ( sakit perut )
4) Denttol ( Pembasuh Luka )
5) Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )
6) Krim antisan ( gigitan serangga )
7) Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )
8) Optone ( sakit mata )
9) Burnol ( terbakar )
10) Vicks ( sakit tengkuk selesema )
Menghidupkan Api
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)
Arah Mata Angin Dan Menggunakan KompasArah Mata Angin
Cara Menggunakan Kompas
Kompas Silva
Perkara yang mesti diperhatikan semasa menggunakan :
1) Sentiasa memeriksa bearing kompas ( arah yang hendak dituju )
2) Jika boleh, bawalah alat altimeter untuk mengukur ketinggian dari aras laut.
3) Tentukan sesuatu objek (pokok besar, batu besar, dll ) di hadapan sebagai tanda.
Isyarat Sulit Pengakap
Balutan AnduhPembalut
- Terdiri daripada sejenis kain putih ( lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm )
- digunakan untuk:
a) menuap
b) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak
c) menyapu bahagian cedera
d) menahan darah
e) menolong mengangkat pesakit
Anduh
Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.
Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.
Tindakan Kecemasan
- Sebelum memberi rawatan kecemasan pertolongan cemas, pengenalan punca penyakit adalah penting.
- Lakukan pertolongan cemas secara tertib, segera, senyap, tidak gugup atau panik.
- Pulihkan nafasnya jika pernafasan sseseorang terhenti.
- Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah.
- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.
- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang, seperti 'kamu akan pulih segera', 'luka kamu kecil sahaja' yang dapat meniggikan semangatnya dan tenangkannya.
- Jangan biarkan orang berkumpul dan mengelilinginya.
- Jangan tangalkan bajunya jika tidak perlu.
- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.
- Beritahu keluarganya atau sahabat terdekatnya.
Mengetahui Tempat-tempat Penting.
Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan umum pengangkutan tempatan, tempat-tempat bersejarah dan tempat penting seperti klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, stesen bas & sebagainya.
Melukis tempat-tempat penting di dalam daerah kaum.
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)
Memandu Orang
Setelah mengetahui tempat-tempat penting di dalam daerah kamu, kamu dikehendaki menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke tempat kamu.
Tindih Kasih
Membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang. Sesuai digunakan untuk menyelamat dan mengikat leher binatang.
Simpul Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
Mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas.
Turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.
Ikatan Silang Gunting (Sheer Lashing)
Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.
Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat.
Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.
Lilit Pemati biasa (Common Whipping)
`
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
Sambatan balik (Back splice)
Simpul kerusi (Fireman’s chair knot)
Simpul kepala lalat (crown knot)
Top Related