BENGKEL RAHSIA KECEMERLANGAN
BAHASA ARAB
Ustaz Hj. Mohd Syahir Ismail
Pensyarah
Bahasa Arab Dan Tamadun IslamInstitut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Kota Kinabalu, Sabah
OBJEKTIF PROGRAM 1. Menanam minat dalam diri pelajar
untuk mempelajari Bahasa Arab dan membangkitkan kesedaran dalam diri mereka kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa utama bagi memahami Quran, hadis dan ajaran-ajaran Islam.
2. Menyelesaikan semua permasalahan pelajar dalam subjek Bahasa Arab agar mereka dapat berjaya dengan cemerlang dalam subjek tersebut.
3. Memperkenalkan teknik-teknik mempelajari dan menguasai Bahasa Arab agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan pelajar.
4. Mewujudkan biah atau suasana masyarakat Arab khususnya dalam percakapan mereka dengan berusaha menjadikan bahasa interaksi utama ialah bahasa Arab selama berada dalam program.
Jika kita sering mengadu tentang kesukaran mempelajari Bahasa Arab, Inilah peluang keemasan kepada kita mempelajari dan memperkemaskan semula Asas Bahasa Arab sekali gus memperbaiki peluang anda untuk terus cemerlang dalam peperiksaan nanti.
BAHASA ARAB SANGAT PENTING: Bahasa Al-quran Bahasa Para Nabi Bahasa Solat Bahasa Syurga Bahasa Rasmi 23 negara arab PBB Dalam erti kata lain, ia sangat penting
untuk kejayaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat
AL-HIWAR(PERBUALAN)
.التعارفBerkenalan. ,ُه, : 0اُت َك 0َر0 َو0َب اللُه ْح:َم0ُة, َو0َر0 ,ْم: :ُك 0ْي َع0ل 0ُم, َال Cالَّس Eٌن: 0ِمGْي َأAmin :Asalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh. . ؟ : َم,َك0 اْس: ِم0ا ,ُه, 0اُت َك 0َر0 َو0َب اللُه ْح:َم0ُة, َو0َر0 0ُم, َال Cالَّس ,ْم, :ُك 0ْي َو0َع0ل Eْم Gَق0اْسQasim :Waa’laikumussalam waramatullahi wa barakatuh.Siapa nama
kamu? . ؟ : :َت0 0ْن َأ َم,َك0 اْس: َو0ِم0ا َأِمْيٌن َمGْي: Gْس: ا Eٌن: 0ِمGْي َأAmin : Nama saya Amin dan siapa nama kamu? . ؟ : :َت0 0ْن َأ ,َك0 ال ْح0 :َف0 0ْي َك Eْم Gَق0اْس َمGْي: Gْس: ا Eْم Gَق0اْسQasim : Nama saya Qasim.Kamu sihat? . ؟ : :َت0 0ْن َأ ,َك0 ْح0ال :َف0 0ْي َو0َك للُه الَح0َم:ُد, Xَر: ْي Gَخ0 َب Eٌن: 0ِمGْي َأAmin : Saya sihat dan kamu pula adakah kamu sihat? . ,ٌن,؟ : 0َّس:ُك ُت :ٌن0 0ْي َأ :ًض]ا 0ْي َأ Xَر: ْي Gَخ0 َب 0ا 0ْن َأ Eْم Gَق0اْسQasim : Saya juga sihat.Di mana kamu tinggal? . ,ٌن,؟ : 0َّس:ُك ُت :ٌن0 0ْي َأ :َت0 0ْن َو0َأ 0ا اْي اَج0 :َر0 ,ْت َب ِفGْي: ,ٌن, ُك ْس:
0 َأ Eٌن: 0ِمGْي َأAmin : Saya tinggal di Putrajaya dan kamu di mana kamu tinggal?. . ]ا : ِوGْي ْس0 Gالَف0ْص:ِل Gل0ى ِإ 0ْذ:َه0ُب, ْن 0ا َه0ْي ، CَّنG0َر ْي الَج0َر:ُس, :َجGْي: 0ْن َب ِفGْي: ,ٌن, ُك ْس:
0 َأ Eْم G0ْس َقاQasim : Saya tinggal di Bangi.Loceng telah berbunyi mari ke kelas
bersama-sama.. 0ا : Gْن َب Cا َه0ْي Eٌن: 0ِمGْي َأAmin : Mari.
ANTARA KEMAHIRAN PENTING DALAM MENGUASAI BAHASA ARAB
Pemahaman aspek bahasa Pengayaan kosa kata Penguasaan tatabahasa Penggunaan praktikal Bahasa Arab
dalam kehidupan seharian
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Metodologi
Sekolah Rendah
Sekolah Meneng
ah
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
SekolahRendah
• (Listening Skill)مهارةاالستماع
• (Reading Skill)مهارةالقراءة
• (Speaking Skill) مهارةالكالم
• (Writing Skill) مهارة الكتابة
Sekolah Menengah
• الَمباشَرة Direct) الطَرْيقُةMethod)
• الطبْيعُة Natural)الطَرْيقُةMethod)
• الَّسْيُكِولِوَجْيُة الطَرْيقُة(Psychological Method)
• األصِوات Phonetic) طَرْيقُةMethod)
• القَراءة Reading)طَرْيقُةMethod)
Sekolah Menengah
• القِواَعُد (Grammar Method)طَرْيقُة• الْتَرَجَمُة Translation)طَرْيقُة
Method)• َوالْتَرَجَمُة القِواَعُد -Grammar) طَرْيقُة
Translation Method)• اإلخْتْياَرْيُة Election)الطَرْيقُة
Method)• الِوْحُدة (Unit method)طَرْيقُة
Sekolah Menengah
• َوالْتْنظْيْم اللغُة Language-Control)طَرْيقُةMethod)
• َوالَحَفظْيُة الْتقلْيُدْيُة Traditional and) الطَرْيقُةMemorizing Method)
• َوالْنظَرْيُة العَملْيُة Practice Theory)الطَرْيقُةMethod)
• الَمشاَبهُة (Cognate Method)الطَرْيقُة• الَمزدَوَجُة اللغُة (Dual-Language)طَرْيقُة
7 TIPS CEMERLANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN 1- 1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting
bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
2. KUNCI PEPERIKSAAN
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. TENTUKAN KEUTAMAAN
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. BANYAK MENGINGAT DAN MEMBUAT KAITAN
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. ELAKKAN TERBABIT DENGAN SITUASI YANG BOLEH MENGGANGGU PERASAAN
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan
7. BERDOA DAN BERTAWAKAL
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
SEKIAN TERIMA KASIH
ORANG PUTIH ORANG PAKISTANTERIMA KASIH SYUKRAN JAZILAN
Top Related