1
ASPEK TERPILIH DALAM SEJARAH MALAYSIA, 1262-1957
(BENGKEL NOVEL SEJARAH UNTUK REMAJA)
OLEH ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI, Felo PSM
JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
SABTU 11 APRIL 2015
WISMA SEJARAH JALAN TUN ABDUL RAZAK
KUALA LUMPUR
2
1 PENDAHULUAN
Tulisan ini adalah gabungan daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam siri
ceramah dan pembentangan kertas penjelasan terhadap beberapa aspek Sejarah
Malaysia dalam Bengkel Novel Sejarah Untuk Remaja, anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur serta Persatuan Sejarah Malaysia pada November 2014 dan
Januaria 2015. Bengkel ini diadakan di Zon Tengah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur; Zon Utara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang; Zon Timur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kota Bharu, Kelantan; Zon Selatan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Johor Bahru, Johor; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kota
Kinabalu, Sabah; dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching, Sarawak.
Gabungan kertas kerja tersebut, diubahsuai dan dikemaskini bagi memenuhi
keperluan penjelasan beberapa aspek Sejarah Malaysia yang diharapkan dapat
diungkap daripadanya untuk disesuaikan dalam penggaraban novel sejarah untuk
remaja. Memang tidak dapat dinafikan, banyak aspek yang boleh ditimba daripada
pengalaman sejarah Malaysia untuk diambil dan ditulis dalam novel untuk
dikemukakan khalayak remaja.
Daripada kesempatan ini dirakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
penganjur, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Persatuan Sejarah Malaysia kerana
memberi kepercayaan untuk saya terlibat sama membentangkan beberapa aspek
dalam Sejarah Malaysia di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
2 TINJAUAN UMUM ASPEK TERPILIH DALAM SEJARAH MALAYSIA
Pendahuluan
Jika diambil tempoh perbincangan dari 1262, pengasasan kerajaan Melaka hingga
pembentukan Malaysia 16 September 1963, banyak tema atau aspek yang boleh
diterokai sebagai tajuk novel yang bakal digarab. Memandangkan banyak perkara
hyang boleh diterokai, kertas ini akan menyentuh beberapa aspek dan tema sebagai
contoh peristiwa dalam sejarah Malaysia yang boleh disingkap sebagai tema sebuah
novel sejarah. Walaupun memilih aspek Sosial, tetapi dalam Sejarah Sosial, aspek
ekonomi dan politik tidak boleh dipisahkan. Ini bermakna ketiga-tiga aspek tersebut:
sosial, ekonomi dan politik bersalingkait antara satu sama lain. Namun begitu ketiga-
tiga aspek ini dapat dibezakan melalui pendekatan penulisan yang dilakukan. Oleh itu
bergantung kepada pengkarya untuk menentukan aspek pilihan mereka. Sehubungan
3
itu hasil karya mereka boleh digolongan dalam kategori Sejarah Sosial, ekonomi atau
politik.
Persekutuan Malaysia, lebih dikenali sebagai Malaysia memang sebuah negara
yang kaya dengan sejarah. Banyak aspek menarik dalam sejarah tersebut yang boleh
diterokai dan diambil untuk menulis novel sejarah, khususnya bagi bacaan remaja.
Sehubungan itu, jika diambil tempoh perbincangan dari 1262, pengasasan kerajaan
Melaka hingga pembentukan Malaysia 16 September 1963, memang terlalu banyak
tema atau aspek yang boleh diterokai sebagai tajuk novel yang bakal digarap. Oleh
kerana terlalu banyak perkara atau aspek yang terkandung dalam tempoh 1262 hingga
1963, maka kertas kerja ini akan menyentuh beberapa aspek dan tema sebagai contoh
peristiwa dalam sejarah Malaysia yang boleh disingkap sebagai tema sebuah novel
sejarah. Dalam pada itu kertas ini akan memberi tumpuan kepada sejarah Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
Sejarah Malaysia Sepintas Lalu 1262 hngga 1963
Dalam tajuk yang luas ini berbagai tema disentuh, merangkumi aspek sosial, politik
dan ekonomi dalam sejarah Malaysia, bermula dari pengasasan kerajaan Melaka pada
1262 hingga penubuhan Persekutuan Malaya pada 1963. Sehubungan itu beberapa
tema yang akan disentuh dalam kertas ini: pengasasan kerajaan Melaka, kejatuhan
Melaka, ibu kota pentadbirannya diduduki Portugis, 1511; kemunculan, peranan
kerajaan Johor; kemunculan kerajaan Melayu baru; kehadiran kuasa British dan
penglibatan dalam negeri Melayu; dan seterusnya kegiatan perlombongan bijih timah,
dan getah yang membawa kepada kemasukan buruh Cina dan India. Seterusnya
tindak balas pendudukan tempatan terhadap British, tuntutan kemerdekaan, dan
pembentukan Malaysia.
Melalui peristiwa sejarah, dan dengan pendekatan, penyampaian serta gaya
bahasa yang sesuai, hasil karya sesebuah novel akan dapat menyampaikan falsafah
yang dihajatkan. Seterusnya dapat melahirkan keinginan dalam kalangan pembaca
untuk menghabiskan karya tersebut; dan menikmati, memahami dan menghayati
kandungan karya itu.
Pengasasan dan diikuti kemunculan Melaka sebagai pelabuhan terkemuka
dunia, ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, dan Sultan
Aluddin Riayat Shah antara aspek penting yang boleh digarab untuk menyatakan
kehebatan tamadun Melayu. Begitu juga kegiatan rasuah, fitnah dan cemburu yang
4
berlaku dalam kalangan golongan tertentu di Melaka boleh diangkat sebagai teladan
kepada pembaca. Khalayak perlu mengambil perhatian dan tindakan bahawa perkara
tersebut adalah punca utama membawa kepada kejatuhan kerajaan Melayu Melaka
pada 1511.
Dalam pada itu pengasasan dan pencapaian kerajaan Johor, mulai 1528 juga
menarik digarab dalam novel sejarah, kerana kerajaan menjadi penerus keagongan
kesultanan Melaka. Kejayaan Johor pada kurun ke-17 muncul sebagai pusat
perdagangan, dan menguasai politik Selat Melaka ketka itu. Tokoh-tokoh tertentu
memainkan peranan penting membangun dan membawa kerajaan Johor mencapai
puncak kejayaan. Antara tokoh tersebut, Sultan Abdul Jalil Shah III dan Paduka Raja
Laksamana Tun Abdul Jamil.
Kemudiannya kehadiran Belanda dan menguasai Melaka, mulai 1641
mencetuskan reaksi tentangan orang Melayu. Penglibatan Belanda di Melaka
ditentang oleh penduduk Naning di bawah pimpinan Penghulu. Begitu juga
penglibatan Belanda dalam perniagaan bijih timah di Perak dan Selangor
mencetuskan reksi penduduk dan Sultan Perak serta Selangor. Dalam pada itu
persaingan dan perang juga berlaku di antara Johor dengan Belanda. Antara tokoh
yang memainkan peranan penting ialah Yang Dipertuan Muda Johor Raja Haji.
Dalam perjuangan menentang Belanda itu, Raja Haji terkorban syahid di Teluk
Ketapang Melaka.
Melalui gambaran perjuangan Melaka menentang Portugis dan juga Perak,
Selangor dan Johor menentang Belanda akan dapat memberi kesedaran dalam
kalangan remaja, bahawa Melayu tidak mudah menyerah kalah kepada kuasa asing.
Melayu berjuang menentgang kuasa barat itu.
Sementara itu penglibatan British dalam halehwal Kedah, khususnya
menduduki Pulau Pinang tanpa memenuhi syarat yang dikemukakan Sultan Abdullah
menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati baginda. Akhirnya menyebabkan Sultan
Abdullah membuat rancangan menyerang untuk menghalau British dari Pulau Pinang.
Perlu dinyatakan di sini, Pulau Pinang dan Perlis, pada satu ketika adalah
sebahgian daripada kerajaan negeri Kedah. Pulau Pinang berdiri sebagai sebuah
identiti politik mulai 1791, di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Manakalah Perlis pula muncul sebagai sebuah kerajaan, bebas daripada Kedah mulai
1842.
5
Pada 1786, Syarikat Hindia Timur Inggeris, melalui Francis Light menduduki
dan mengibarkan bendera Union Jack di Pulau Pinang. Pendudukan British ini adalah
haram atau tidak sah kerana mereka tidak memenuhi syarat tawaran Sultan Abdullah
Kedah. Syarat yang tidak diterima British: segala musuh yang datang dari laut adalah
juga musuh kompeni, dan kompeni hendaklah mengatasinya dengan perbelanjaan
kompeni; jika berlaku serangan dari darat, kompeni hendaklah membekal senjata serta
peluru, dan kos akan ditanggung Kedah. Dalam pada itu, walaupun tidak menafikan
tuntutan sagu hati Sultan Abdullah, tetapi British hanya menawarkan 10,000 rial
(ringgit) Sepanyol setahun, berbanding 30,000 yang dituntut Sultan Abdullah.
Ketiga-tiga isu ini menjadi pokok dalam rundingan Kedah-British dari 1786 hingga
1791. Kompeni melalui Francis Light dan wakil, beberapa kali memberi helah
kepada wakil Sultan dalam rundingan berlangsung, khususnya mengenai tiga perkara
tersebut.
Pada 1791, Sultan Abdullah yang merasakan dipermainkan British
mengarahkan Orang Besar Kedah menyiapkan angkatan di Seberang Perai untuk
melancarkan serangan menghalau British dari Pulau Pinang. Sebelum sempat
angkatan ini melancarkan serangan, pasukan British Pulau Pinang dengan alasan
lanun menggempurkan angkatan Kedah ini. Angkatan Kedah dikalahkan.
Kemudiannya Kedah menandatangani perjanjian dengan kompeni pada 1 Mei 1791.
Antara syarat penting: Sultan Kedah mengakui kedudukan kompeni di Pulau Pinang,
dan kompeni pula bersedia membayar setiap tahun, jumlah 6,000 ringgit Sepanyol
kepada Sultan Kedah.
Perkembangaqan pendudukan kompeni di Pulau Pinang mulai 1786, sehingga
pendudukan tersebut diakui Kedah pada 1791, memang boleh digarap dalam sebuah
atau beberapa buah novel sejarah. Kisah ini boleh diangkat untuk membangkitan
kesedaran dalam kalangan khalayak remaja khususnya, tentang kesabaran Melayu
berunding, dan berjuang kemudiannya. Dalam rundingan dan perjuangan tersebut
beberapa dialog menarik membangkitan kesedaran dan semangat boleh dizahirkan.
Selain itu peristiwa yang tidak kurang penting dalam sejarah Pulau Pinang
ialah menjadikan Seberang Perai sebagai sebahagian Pulau Pinang. Dalam ini dapat
digarapkan tentang bagaimana British mempengaruhi Sultan Dhiuddin Mukarram
Shah menandatangani perjanjian pada 1800. Sehinggakan Sebarang Perai menjadi
sebahagian Pulau Pinang, dan British bersedia membayar 10,000 rial Sepanyol tiap-
tiap kepada Kedah. Dalam artikel 1 perjanjian tersebut dinyatakan Kampeni
6
Inggeris mahu bayar pada tia-2 tahun Kapada Duli Raja Muda Perlis dan Kedah
sapuloh ribu rial sa-lama Inggeris ada pegang dan dudok di-dalam Pulau Pinang dan
Negeri yang di-Seberang kemudian ada tersebut (R. Bonney, Kedah 1771-1821: The
Search fo Security and Independence, (Second impression) Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1974, hlm. 106).
Perjuangan menentang British pada 1791, yang menduduki Pulau Pinang
secara tidak sah itu, walaupun berakhir kegagalan, sangat sesuai dijadikan novel
sejarah. Bagi memaparkan kisah bahawa orang Melayu, khususnya orang Melayu
Kedah telah berjuang menentang penjajah. Begitu juga apabila angkatan Siam
menerang dan menduduki Kedah pada 1821, mencetuskan gerakan menentang
pendudukan Siam itu. Gerakan Kedah ini dipimpin Tunku Kudin (atau Syed Zainal
Abidin), Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1843) dan Tunku Muhammad
Saad. Orang Kedah mengambil masa, kira-kira 21 tahun untuk membebaskan Kedah
daripada penaklukan Siam. Dalam perjuangan tersebut, agama menjadi salah satu
faktor penyatuan orang Melayu dalam perjuangan itu. Mereka berjuang dengan
semangat jihad. Perjuangan ini, menghalau tentera Siam dari bumi Kedah boleh
diangkat untuk membangkitkan semangat jati diri remaja, dan menghayati perjuangan
dahulu, serta mengambil iktibar daripadanya.
Sementara itu Perlis, sebuah negeri utara Semnenanjung Tanah Melayu,
sebelum 1842 adalah sebahagian negeri Kedah. Kedudukan politik Perlis berubah
mulai 1842, muncul sebagai negeri bebas dari Kedah, dan juga muncul sebuah
institusi raja memerintah Perlis. Institusi raja ini diasaskan oleh Syed Hussein
Jamalullail. Keturunan baginda memerintah Perlis hingga ke hari ini. Dalam hal
Perlis ini, banyak perkara berkaitan kemunculan kerajaan Perlis boleh digarapkan
dalam novel. Di sini, sumbangan dan peranan Syed Hussein boleh diketengahkan.
Antaranya, bersama-sama Tunku Anom Paduka Jambangan berangkat ke Bangkok
berunding tentang kedudukan Kedah di bawah taklukan Siam. Untuk perhatian,
tentera Siam menakluki dan menduduki Kedah pada 1821.
Perbincangan ini menjelaskan, bukan sahaja pada satu ketika Pulau Pinang
dan Perlis sebahagian daripada Kedah, tetapi menunjukkan kekuasaan dan kawasan
Kedah mengecil mulai 1786. Setelah kehilangan Pulau Pinang pada 1791, Seberang
Perai1800, dan Perlis 1842. Seperti juga Pulau Pinang dan Perlis, Kedah juga
mempunyai banyak sejarah yang menarik, dan boleh digarap dalam sebuah atau
beberapa buah novel.
7
Begtu juga apabla British menduduki Melaka mulai 1824, selepas berkuat
kuasa Perjanjian London (Inggeris-Belanda) 1824, dan terlibat dalam halehwal negeri
Naning, Penghulu Naning Dol Said dan penduduk Naning, disokong serta dibantu
Yamtuan Ali Rembau, bangkit menentang British pada 1831. Penghulu Dol Said
berjaya mengalahkan angkatan tentera British. Angkatan British diperintahkan
kembali ke Melaka. Namun begitu perang Nanind kedua, pada 1832, angkatan
Penghulu Dol Said dikalahkan. Naning ditakluki, dan kemudiannya diletakkan dalam
pentadbiran Melaka.
Keadaan sama berlaku, penglibatan British di Perak, Negeri Sembilan,
Pahang, Kelantan dan Terengganu mencetuskan gerakan tentangan di bawah masing-
masing pemimpin mereka. Begitu juga penglibatan Brooke dalam pentadbiran
Sarawak, dan Kompeni Borneo Utara di Sabah mencetuskan gerakan, antaranya
Sherif Masahor di Sarawak dan Mat Salleh serta Antanom di Sabah.
Penglibatan James Brooke dalam pejntadbiran Sarawak, dan berbagai
pengenalan peraturan baru, serta campur tangan dalam hal berkaitan adat tempatan
mencetuskan tentangan daripada pribumi. Pemimpin Iban bernama Rentap
melancarkan gerakan menentang pentadbiran Brooke. Beliau gagal dan kubu
terakhirnya di Bukit Sadok ditawan pasukan Brooke. Rentap berundur ke Entabai,
dan meninggal dunia di sini. Gerakan tentangan terhadap Brooke diteruskan Sheriff
Masahor. Pakatan beliau ini dikenali sebagai Pakatan Melayu. Seperti Rentap,
gerakan Sheriff Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur dikalahkan angkatan
Brooke. Sherif Masahor dibuang ke Singapura, Datu Patinggi Abdul Gapur ke Jawa.
Penglibatan British di Perak, dan pengenalan serta penguatkuasaan peraturan
baru menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan Abdullah dan Orang Besar Perak.
Selain itu Sultan Abdullah berpendapat, Residen British, J.W.W. Birch yang dilantik
sebagai Penasihat bertindak bukan sebagai penasihat tetapi sebagai pemerintah.
Dengan itu pakatan dibuat, keputusan dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan
Sultan Abdullah pada 21 Julai 1875 di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang.
Mesyuarat sebulat suara J.W.W. Birch hendaklah dibunuh melalui tiga cara: racun,
bermain hantu; dan jika kedua-dua gagal, bunuh. Langkah meracun dan bermain
hantu gagal. Dengan itu pada 2 November 1875, J.W.W. Birch dibunuh di Pasir
Salak. Tentangan terhadap penglibatan British juga berlaku oleh Dato Abdullah
Tunggal (Dato Shahbandar) di Sungai Ujong. Juga oleh Yamtuan Tunku Antah di
Negeri Sembilan pada 1875.
8
Gerakan tentangan terhadap pentadbiran Kompeni Borneo Utara juga berlaku.
Gerakan ini dicetuskan oleh Datu Mat Salleh. Dalam gerakan tersebut, pasukan Mat
Salleh menyerang Pulau Gaya pada 1897, dan membakarnya. Kemudiannya berlak
pertempuran di antara pasukan Mat Salleh dengan angkatan kompeni di Tambunan.
Dalam pertempuran ini Mat Salleh dilaporkan mati. Kemudiannya penentangan
terhadap kompeni dilakukan Antanom pada 1915. Kebangkitan Antanom ini juga
berjaya diatasi angkatan kompeni.
Penglibatan British dalam negeri Pahang telah mencetuskan bantahan, dan
akhirnya penentangan piminan Bahaman, Imam Perang Rasul (Tok Gajah) dan Mat
Kilau. Pada 1891, Bahaman bersama pengikut melancarkan serangan terhadap
rombongan C.E.B. Desborough di Lubuk Terua, Temerloh. Penentang Bahaman ini
merebak ke seluruh Pahang. Dalam pada itu Bahaman mendapat sokongan, dan
pengikutnya bertambah kepada 600 orang. Sementara itu Bahaman juga mendapat
sokongan daripada 100 orang asli. Gerakan Bahaman ini kemudianya mendapat
sokongan dan penyertaan daripada Mat Kilau dan Tok Gajah. Siri pertempuran
berlaku di antara pasukan Bahaman dengan pasukan British. Pasukan Bahaman lebih
banyak mengambil tindakan berundur. Tindakan ini berkait rapat dengan terlibat
pasukan orang Melayu yang disebut Pasukan Sultan membantu British.
Pasukan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan
Terengganu. Ketika berlindung di Terengganu, pasukan Bahaman ini mendapat
inspirasi perjuangan sabil atau jihad daripada Syed Abdul Rahman al-Idrus (lebih
dikenali sebagai Tok Ku Paloh).
Dengan semangat jihad yang berkobar-kobar ini, pasukan Bahaman, Tok
Gajah dan Mat Kilau melancarkan semula gerakan menentang British di Pahang.
Serangan dilancarkan terhadap balai polis di Kuala Tembeling. Sseterusnya
melancarkan serangan terhadap kubu British di Jeram Ampai. Pasukan British
dikalahkan, pejuang Pahang menawan dan menduduki kubu ini. Brtish membuat
persiapan untuk menyerang dan menawan semula kubu Jeram Ampai. Seterusnya
kubu Jeram Ampai diserang angkatan British. Pasukan Bahaman yang bertahan di
sini gagal mengekalkan kedudukannya. Bahaman dan pengikut menyeberangi sungai,
langsung sekali lagi berlindung di Kelantan dan Terengganu. Dalam pengunduran itu,
Tok Gajah meninggal dunia di Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu. Jenazahnya
dikuburkan di sini.
9
Sementara itu Mat Kilau berlindung di Terengganu; kemudiannya di Kelantan.
Dalam pada itu, Bahaman pula, dengan persetujuan British, kerajaan Siam membawa
beliau dan keluarga serta pengikut ke Siam. Bahaman ditempatkan di Bangkok,
sebelum dibawa dan menetap di Chiengmai.
Kebangkitan Pasir Puteh di bawah pimpinan Tok Janggut dan dibantu Engku
Besar Jeram meletus pada April 1915. Konteks Tok Janggut dengan pihak British
bermula apabila beliau menikam mati Sarjan Che Wan, ketua balai polis Pasir Puteh
yang diarahkan Ketua Jajahan menangkap beliau. Pada mulanya Ketua Jajahan,
Encik Abdul Latif merancang bertindak balas, tetapi dinasihat Penghulu Gaal, beliau
kemudiannya mengambil keputusan berundur ke Kota Bharu.
Pasukan Tuk Janggut menyerang dan menduduki pekan Pasir Puteh.
Beberapa hari kemudian kembali ke tempat masing-masing. Penasihat British
Kelantan meminta bantuan dari Singapura. Bantuan tiba, gerakan dilakukan untuk
menangkap dan membanteras mereka yang terlibat dalam kebangkitan tersebut.
Kerajaan Kelantan cuba berunding dengan Tuk Janggut dan Engku Besar Jeram.
Diwakili Imam Abdul Kadir, rundingan kedua belah pihak, diadakan di Kampung
Cherang Tuli, Pasir Puteh. Dalam perbincangan ini, Tuk Janggut dan Engku Besar
Jeram menyatakan tidak menentang kerajaan.
Dengan itu pasukan British yang ada di Kelantan meneruskan gerakan
membateras mereka yang terlibat dalam kebangkitan Pasir Puteh itu. Pada 24 Mei
1915, angkatan British yang terdiri daripada 50 Sikh dan tujuh pegawai Eropah di
bawah pimpinan Mejar Borton bergerak ke Jeram. Pasukan Mejar Borton ini bertemu
dengan pasukan Tuk Janggut yang menanti di Kampung Dalam Pupuh. Pertempuran
terjadi antara kedua-dua pihak, pasukan Tuk Janggut dikalahkan. Tuk Janggut
dilaporkan terkorban dalam pertempuran tersebut. Manakala Engku Besar Jeram
yang tercedera di paha, dibawa pengikutnya, Awang Deraman ke Reman, Patani.
Mayat Tuk Janggut diarakkan di pekan Pasir Puteh; kemudiannya di Kota Bharu.
Seterusnya mayat Tuk Janggut ini gantung kepala ke bawah, dan kaki di atas, di
Padang Bank Kota Bharu. Kemudiannya dengan titah Sultan Muhammad IV mayat
Tuk Janggut diambil dan dikebumikan di Pasir Pekan.
Penglibatan British dalam pentadbiran Terengganu juga mecetuskan tindak
balas daripada masyarakat tempatan. Pengenalan dan penguatkuasaan peraturan baru,
khususnya berkaitan tanah menyebabkan bangkit penentangan di bawh pimpinan Haji
10
Abdul Rahman Limbong. Masyarakat ditanam dengan fahaman: peratuan baru yang
diperkenalkan British adalah peraturan kafir. Dengan itu tidak boleh menerimanya.
Berpegang dengan ajaran ini, penduduk kampung tidak mengendahkan
peraturan dan undang-undang baru. Mereka terus menebang dan mengambil hasil
hutan. Dalam pada itu mereka juga membuka tanah untuk menanam padi huma.
Kegiatan penduduk, antaranya di Telemong, menyebabkan 43 orang ditahan, dan
didakwa di mahkamah. Mereka didakwa menjalankan kegiatan tanpa kebenaran
kerajaan. Sehubungan itu, Haji Abdul Rahman Limbong memohon Lesen Wakil
daripada kerajaan Terengganu untuk mewakili mereka yang tertuduh.
Dalam perbicaraan yang berlangsung Haji Abdul Rahman Limbong, antaranya
meminta penjelasan tentang tanah hidup dan tanah mati. Sementara itu Haji Abdul
Rahman Limbong menyatakan tanah adalah hak Allah, dan negeri tidak boleh
mengenakan cukai ke atasnya. Perbicaraan yang berlangsung beberapa kali pada
1922, berakhir tanpa keputusan. Walaupun begitu, penyokong Haji Abdul Rahman
Limbong berpendapat, kemenagan di pihak Haji Abdul Rahman Limbong.
Bantahan terhadap peraturan baru berlaku lagi pada tahun 1925 dan 1928.
Dalam bantahan 1925, penduduk hulu datang bergilir-gilir berkumpul di Telemong
membersih tanah kepunyaan Tengku Nik Maimunah, puteri Sultan Zainal Abidin III
(1881-1918). Perhimpunan ini di bawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong.
Namun begitu campur tangan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, perhimpunan di
Telemong ini dapat disuraikan.
Pada 1928 pula berlaku lagi gerakan tentangan. Kebangkitan ini juga
dipimpin Haji Abdul Rahman Limbong. Kebangkitan kali ini lebih besar berbanding
1922 dan 1925. Pada kebangkitan 1928 ini, perhimpunan penduduk kampung berlaku
di dua tempat: Telemong dan Kuala Berang. Seperti sebelumnya, kebangkitan 1928
juga dapat dibendung. Kumpulan dari Telemong di bawah pimpin Mat Zin bin Mat
Min, bersama Haji Kia, dan Lebai Deraman (Tok Janggut) dihalang di Padang
Kachong. Pasukan mata-mata Terengganu di bawah pimpinan Dato Seri Lela Diraja
Abdul Rahman Ishak melepaskan tembakan terhadap pasukan orang kampung itu.
Akibatnya 11 orang terkorban. Semua 11 jenazah ini diuruskan di Kuala Telemong,
dan dikebumikan dalam satu liang di Padang Kachung.
Tembakan dan terkorban 11 orang ini menyebabkan kumpulan dari Kuala
Berang tidak meneruskan perjalanan mereka ke Beladau Kolam. Mereka berpecah
dan pulang ke rumah masing-masing. Dengan itu Kebangkitan 1928 berakhir.
11
Kerajaan bertindak balas. Seterusnya Haji Abdul Rahman Limbong ditahan,
dibicarakan di atas tuduhan menghasut menderhaka. Haji Abdul Rahman Limbong
didapati bersalah bersabit tuduhan tersebut, dan dijatuhkan hukuman buang negeri ke
Mekah. Haji Abdul Rahman Limbong yang gagal mendapat kebenaran untuk pulang
ke Terengganu meninggal dunia di Mekah pada 16 Disember 1929.
Kemudiannya Britsh menjalankan dasar menggalakkan kemasukan buruh Cina
dan India. Buruh Cina datang berhijrah mencari rezeki di Negeri Melayu dan majoriti
mereka terlibat dalam perlombongan bijih timah. Begitu juga perkembangan tanaman
getah pada kurun ke-20 menyebabkan ramai buruh India berhijrah, dan berkerja di
ladang getah di Tanah Melayu.
Kehadiran buruh ini, dengan gaya hidup masing-masing, berbeza dengan
pendudukan tempatan, orang Melayu menyebabkan akhirnya lahir masyarakat
berbilang kaum (juga disebut sebagai masyarakat majmuk). Perkembangan ekonomi,
bijih timah dan getah serta kemasukan buruh Cina dan India ini akan dapat digarab
dengan menarik dalam sebuah novel sejarah. Melalui karya tersebut khalayak
pembaca akan dapat memahami keberadaan dan asal usul mereka di Negeri Melayu.
Seterusnya kehadiran British dalam negeri Melayu juga melahirkan, antaranya
pendidikan. Satu hal yang menarik pendidikan Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina
bergerak seiring. Perkara penting dalam perkembangan pendidikan ini, khususnya
dalam kalangan orang Melayu menyebabkan lahirnya golongan islah, yang dikenali
sebagai Kaum Muda. Seiringan Kaum Muda ini pula terdapat juga mereka yang
digolongkan sebagai Kaum Tua. Kedua-dua golongan ini senantiasa berselisihan
pandangan dan pendapat. Namun begitu satu perkara yang menarik, Kaum Muda
menyeru pendidikan dikembangkan juga kepada golongan wanita.
Pada 1930-an muncul pula pertubuhan dalam kalangan orang Melayu.
Antaranya Kesatuan Melayu Muda pada 1938. Antara mofif perjuangan
membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah, dan menggabungkan
dengan Indonesia, membentuk Melayu Raya. Sementara mereka berjuang, 1941
Jepun menyerang Tanah Melayu dan dengan resminya menduduki Tanah Melayu
pada Februari 1942. Kini Tanah Melayu mengalami pentadbiran Tentera Jepun.
Dalam pada itu pada 1943 Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan Jepun
kepada pentadbiran Thai. Pentadbiran ini berlanjutan sehingga Jepun menyerah kalah
pada 1945.
12
Setelah Jepun menyerah kalah, British membentuk Pentadbiran Tentera
British di Tanah Melayu. Dalam pada itu Tanah Melayu mengalami zaman pahit,
pergaduhan Melayu-Cina. Parti Komunis Malaya berkuasa selama lebih kurang 14
hari. Akhirnya British meleraikan kegiatan Parti Komunis Malaya ini, dan ramai
antara ahlinya memasuki hutan.
Dalam pada itu, satu hal yang berbeza dengan negeri Melayu lain ketika
pendudukan Jepun, Perlis, Kedah (bersama Kelantan dan Terengganu) diserahkan
Jepun kepada pentadbiran tentera Thai. Tentera Thai memerintah negeri ini dari
tahun 1943 hingga 1945. Memang banyak perkara menarik berlaku di negeri Perlis
dan Kedah ketika pentadbiran tentera Siam ini. Perkara ini juga boleh digarapkan
dalam novel sejarah.
Pengalaman ini boleh digarap dengan menarik untuk menambah kesedaran
remaja, suka, duka dan senggara di zaman pendudukan Jepun. Juga boleh digarap
kegiatan politik Melayu ketika itu, khususnya dalam usaha membebaskan Tanah
Melayu. Sementara itu boleh juga digarapkan kegiatan Kempetai Jepun, gerakan
Pasukan 136 dan Tentera Anti-Japun Rakyat Malaya (TAJRM=Malayan Perople
Anti-Japanese Army- MPAJA). Perkara yang penting adalah membawa isu yang
boleh menambah kesedaran remaja; seterusnya mereka menghayati kepahitan,
kesukaran, penderitaan generasi dahulu sebelum mencapai kemerdekaan.
Ketika pentadbiran tentera British ini, kerajaan British menghantar H.C.
Willan, Timbalan Pegawai Halewal Awam Malaya bertemu Raja Melayu, merintis
jalan ke arah Perjanjian Malayan Union. H.C. Willan menghadap Raja Melayu, dan
melaporkan kepada pihak berkuasa Raja Melayu akan menurunkan tandatangani ke
atas Perjanjian Malayan Union. Dengan itu apabila Sir Harold MacMichael dihantar
ke Tanah Melayu, beliau dengan mudah mendapat tandatangani perjanjian tersebut.
Kejayaan Sir Harold MacMichael ini dilaporkan kepada kerajaan British.
Kemudiannya kerajaan British mengeluar dan mengedarkan Kertas Puteh Malayan
Union di Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union ini menimbulkan bantahan
daripada orang Melayu.
Pertubuhan Melayu, dan orang perseorangan melalui akhbar menggesa
diadakan kongres, serta meminta Dato Onn bin Jaafar mengambil peranan. Akhirnya
kongres Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
pada Mac 1946. Pertubuhan Melayu seluruh Tanah Melayu menghantar wakil dalam
kongres itu. Dalam kongres itu keputusan sebulat suara menentang Malayan Union,
13
dan menubuhankan Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar), dan lebih
dkenali dengan United Malays National Organisation (UMNO).
Walaupun mendapat tentangan daripada orang Melayu, kerajaan British terus
akan mengisytiharkan Malayan Union dan perlantikan Gabenor pada 1 April 1946.
Dengan itu Dato Onn memanggil mesyuarat tergempar di pejabat akhbar Majlis; dan
berikutnya di Penang Peranakan Club, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini mengambil
keputusan: orang Melayu memulau upacara perlantikan Gabenor Malayan Union,
meminta Raja-raja Melayu tidak menghadiri majlis upacara perlantikan Gabenor
Malayan Union, dan berkabung melilit kain putih pada songkok hitam selama tujuh
hari mulai 1 April 1946.1 Dengan itu Dato Onn ke Station Hotel menghadap Raja-
raja Melayu menyampaikan keputusan mesyuarat. Raja-raja Melayu menyatakan
tidak akan menghadiri majlis tersebut. Walaupun dipulau, upacara perlantikan
Gabenor Malayan Union diteruskan. Sir Edward Gent diisytiharkan sebagai Gabenor
Malayan Union yang pertama pada 1 April 1946, diikuti dengan tembakan hormat
sebanyak 17 das. Dalam majlis perlantikan ini, Sir Edward Gent menyatakan
sempena pulih kembali pentadbirann awam di Tanah Melayu Raja England dan beliau
mengucapkan selamat untuk masa hadapan kepada Tanah.2
Setelah kerajaan Malayan Union dibentuk, UMNO bersidang di Istana Besar
Johor Bahru pada 11 12 Mei 1946. Dalam persidangan ini, pada 11 Mei 1946,
Piagam UMNO ditandatangani, dan dengan itu rasmilah kelahiran UMNO. Seterus
dalam mesyuarat pertama UMNO Dato Onn dilantik sebagai YTang Dipertua
UMNO pertama.
3
Manakala Raja-raja Melayu juga menyatakan hasrat akan menghantar wakil
baginda ke London untuk menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian 1946. Sultan
Abdul Aziz Perak menulis surat kepada Viscount Elibank, ahli parlimen Parti
Konsevertif supaya kerajaan British memberi perhatian menjaga keistimewaan Raja-
raja Melayu. Gerakan Raja-raja Melayu dan UMNO ini menyebabkan kerajaan
British berunding dengan Raja-raja Melayu dan wakil UMNO. Pada 27 Mei 1946,
kerajaan British Tanah Melayu berunding dengan Raja-raja Melayu mengenai
Persekutuan, mengetatkan taraf kerakyataan, mengiktirafkan kedaulatan Raja-raja
1 UMNO Sepuluh Tahun 1946-1956, hlm. 27. 2 Malayan Union, 2037/1946, The Malayan Tribune, 2 April 1946. 3 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Johor Sebagai Pusat Percambahan Semangat Kebangsaan Melayu dan Penubuhan UMNO, hlm. 40.
14
Melayu, taraf naungan negeri-negeri Melayu, dan perlantikan Pesuruhjaya Tinggi.
Dalam rundingan di antara Edward Gent dan MacDonald di Kuala Kangsar pada 27
Mei 1946 dengan Raja-raja Melayu, antara lain Raja Melayu menuntut Persekutuan;
perjanjian baru menggantikan Perjanjian MacMichael; Pesuruhjaya Tinggi
menggantikan Gabenor; hak pengampunan raja dikekalkan; tanah milik negeri dalam
kawalan raja; dan persekutuan bertaraf naungan dan bukan tanah jajahan.4 Begitu
juga dengan UMNO menolak Kesatuan dan menggantikan dengan Persekutuan.5
Dato Onn bersama UMNO meneruskan perjuangan menentang Malayan
Union, demi memulih maruah bangsa Melayu, dan Raja-raja Melayu. Perjuangan
UMNO ini mendapat sokongan ahli parlimen Parti Konsevertif, L.D. Gammans. L.D.
Gammans melawat Tanah Melayu bersama seorang wakil Parti Burh, David Rees
Williams. Dato Onn mengambil kesempatan lawatan ahli parlimen British ini
bertindak sebagai pemandu, membawa mereka melawat. Antara tempat yang
dilawati: Johor Bahru dan Kajang pada 28 Mei 1946, Seri Menanti dan Rembau, 29
Mei 1946, Alor Setar, 5 Jun 1946, dan Pulau Pinang, 7 Jun 1946. Di samping UMNO
pula menggalakkan orang Melayu datang beramai-ramai berkumpul menunjukkan
perasaan anti-Malayan Union kepada rombongan yang disertai L.D. Gammans dan
David Rees Williams ini. Kesan lawatan ini menyebabkan L.D. Gammans
membangkitkan dalam parlimen, supaya kerajaan British membuat perjanjian baru
menggantian perjanjian 1946. Dalam ucapannya itu, antara lain L.D. Gammans
memaklumkan yang orang Melayu merasakan mereka ditipu oleh kerajaan British.
Sementara itu David Rees Williams juga menyokong pandangan L.D. Gammans.
Sementara itu wakil UMNO pula berbincang dengan Gabenor Malayan Union
Sir Edward Gent di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Mei 1946, dan sekali lagi pada 18
Jun 1946 di Pulau Pinang. Dalam kedua-dua perbincangkan Dato Onn menyatakan
UMNO tetap menolak Malayan Union. Begitu juga dalam rundingan 26 Jun 1946, di
Pulau Pinang, Dato Onn menolak cadangan Setiausaha Tanah Jajahan, Sir George
Hall yang ingin mengekalkan kuasa undang-undang di tangan Raja England. Dato
Onn mewakili UMNO terus menyatakan menolak Malayan Union. Sikap tegas yang
ditunjukkan Dato Onn dalam rundingan dan perbincangan menyebabkan Sir Edward
Gent, dan Sir Malcolm MacDonald, Ketua Gabenor Asia Tenggara memanjangkan
4 Mohd. Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm. 102. 5 Ibid., hlm. 103.
15
simpati orang Melayu ke Sir George Hall di Pejabat Tanah Jajahan di London. Sir
George Hall seterusnya meminta Sir Malcolm MacDonald menerima tuntutan orang
Melayu yang disuarakan Dato Onn itu. Sudah pasti perubahan sikap pegawai British
ini kerana sikap tegas dan penentangan berterusan yang ditunjukkan oleh orang
Melayu terhadap Malayan Union.
Perbincangan mengenai Malayan Union diteruskan lagi pada 18 Julai 1946,
dan kali ini diadakan di Kings House, Kuala Lumpur. Dalam perbincangan ini Dato
Onn dan Raja-raja Melayu menuntut diberi peluang mengemukakan cadangan balas
terhadap Malayan Union. Kemudiannya perbincangan diadakan lagi pada 24 Julai
1946. Dalam perbincangan ini, cadangan Dato Onn memasukkan Melaka dan Pulau
Pinang ke dalam Persekutuan diterima Raja-raja Melayu dan pegawai British. Begitu
persetujuan dicapai bahawa rakyat Persekutuan hendaklah memberi taat setia kepada
Persekutuan Tanah Melayu, dan bukan kepada Raja England. Juga mesyuarat
bersetuju bahawa perundangan Persekutuan ditentukan oleh Persekutuan, dan bukan
oleh kerajaan British.
Dalam langkah seterusnya sebuah Jawatankuasa Kerja (Working Committee)
dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union.
Jawatankuasa ini terdiri: wakil kerajaan British: A.T. Newbolt (Ketua Setiausaha
Malayan Union), K.K. OConnors (Peguam Negara Malayan Union), W.D. Godsall
(Seetiausaha Kewangan), Dr. W. Linehan (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu), A.
William (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu); manakala wakil Raja-raja Melayu:
Raja Kamaralzaman, Dato Hamzah, Haji Mohamad Shariff dan Dato Setia; wakil
UMNO pula, Dato Onn, Dato Abdul Rahman dan Megat Yunus. Jawatankuasa ini
memulakan mesyuarat pada 6 Ogos 1946. Dalam perbincangan pada 20 November
1946, Dato Onn menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan British bahawa taraf
kerakyatan Persekutuan diberikan kepada mereka yang mengaku taat setia kepada
Persekutuan. Manakala Dato Onn yang mendapat sokongan daripada Raja-raja
Melayu menyatakan taraf kerakyatan terbuka dan hanya didasarkan kepada rakyat
raja negeri Melayu sahaja. Walaupun begitu mesyuarat mencapai persetujuan taraf
kerakyatan Persekutuan terbuka kepada orang asing, tetapi melalui syarat yang ketat;
dan taraf kerakyatan Jus Soli hanya untuk orang Melayu sahaja. Dengan itu draf
perlembagaan Persekutuan diterima pada Disember 1946.
Sementara itu kerajaan British menubuhkan sebuah jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh H.R. Cheesman, dan anggotanya bukan Melayu untuk
16
mendapatkan pandangan kepentingan orang bukan Melayu. Jawatankuasa ini terdiri:
H.R. Cheesman sebagai Pengerusi, ahlinya, M.C.R. Doraisamy Aiyer, S.B. Palmer,
A. Artbunott, C.F. Gomes, J.S. Goonting, Leong Yew Koh dan C.P.R. Menon.
Jawatankuasa bermesyuarat beberapa kali dan menerima berbagai memorandum
daripada individu dan pertubuhan. Laporan Cheesman dibincangkan oleh Majlis
Penasihat Malayan Union pada 10 April 1947. Semua ahli keturunan Cina
menyokong cadangan H.S. Lee dan Leong Yew Koh yang menyatakan
kewarnegaraan layak kepada rakyat raja Melayu, rakyat British, mereka yang lahir di
negeri Melayu dan tinggal tetap di Negeri Selat, dan bapa mereka warganegara
persekutuan.6
Walaupun begitu Parti Kebangsaan Melayu pimpinan Dr. Burhanudin yang
bermesyuarat agung pada 29 Disember 1946 di Melaka mengecam Dato Onn dan
cadangan perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Antara lain Dr. Burhanuddin
menyatakan tidak demokratik kerana tidak mendapat pandangan daripada rakyat;
sebaliknya menerima Persekutuan Tanah Melayu yang bentuk sama seperti Tanah
Melayu sebelumnya. Dato Onn menjawab cemuhan Dr. Burhanuddin ini di dalam
mesyuarat agung UMNO di Alor Setar, Kedah yang berlangsung pada 10 Januari
1947. Dalam jawapannya itu antara lain Dato Onn menyatakan orang Melayu belum
bersedia untuk menguruskan negara jika merdeka.
Perkara ini dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Keraja pada 17
April 1947. Dalam perbincangan wakil Raja-raja Melayu dan UMNO menolak
cadangan laporan Cheesman ini. Dengan itu pada 24 Disember 1947, MacDonald
mengisytiharkan perlembagaan persekutuan akan dikuatkuasa secepat mungkin.
Selain itu Jawatankuasa Kerja mendapat kecaman daripada Council of Joint
Action, dianggotai bukan Melayu yang ditubuhkan di Singapura pada Oktober 1946.
Council of Joint Action berkembang ke Tanah Melayu dan namanya ditukar sebagai
Pan Malayan Coucil of Joint Action pada tahun 1947, dan pada tahun yang sama
namanya ditukar lagi sebagai All Malayan Council of Joint Action. Perlembagaan
Persekutuan dibawa ke dalam mesyuarat agung UMNO yang berlangsung di Alor
Setar pada 10 Januari 1947, dan Dato Onn menggesa ahli menerimanya. Jika tidak
beliau akan meletakkan jawatan. Cadangan UMNO ini dibawa Majlis Penasihat
Malayan Union (Malayan Union Advisory Council) sebuah badan perundangan
6 Ibid., hlm. 116.
17
tertinggi dalam kerajaan Malayan Union yang mana ahlinya terdiri daripada Ketua
Gabenor, Gabenor dan ahli yang dilantik oleh Gabenor Malayan Union.
Walaupun mendapat tentangan daripada pihak tertentu, British terus
mengekalkan perlaksanaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1947 Pusat
Tenaga Rakyat (PUTERA), ditubuhkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada
22 Februari 1947 lebih tegas menentang Dato Onn dan UMNO. Seterusnya Pusat
Tenaga Rakyat bersama All Malayan Council of Joint Action melancarkan hartal,
mogok ekonomi di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober 1947, dan mendesak
kerajaan British mempertimbangkan Perlembagaan Rakyat, tetapi gagal. Desakan dan
hartal tidak menghalang pengisytiharan perlembagaan persekutuan. Pada 20 Januari
1948 perbincangan diadakan di Kings House, Kuala Lumpur antara wakil UMNO,
Raja-raja Melayu dan British. Dalam perbincangan ini persetujuaan dicapai
mengenai Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu Perjanjian Persekutuan
ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British ditandatangani
pada 21 Januari 1948. Berikutnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu
terbentuk, dan orang Melayu berjaya menghapuskan Malayan Union.7
Sementara berjuang menentang British, pada tahun 1951, Dato Onn menarik
diri mengetuai UMNO. Dengan itu pimpinan UMNO diterajui Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj. Dato Onn seterusnya menubuhkan parti baru, Independence of Malaya
Party (IMP). Kini UMNO menghadapi IMP di bawah Dato Onn, dan masalah
dalaman. Ramai penyokong Dato Onn meninggalkan UMNO, dan ramai juga ahli
UMNO yang bersimpati kepada perjuangan Dato Onn. Tidak kurang juga terdapat
ahli UMNO yang tidak yakin terhadap keupayaan UMNO untuk memerdekakan
Tanah Melayu.
Mereka yang menyokong Dato Onn dan tidak yakin keupayaan UMNO
membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah British, dipengaruhi perjuangan IMP
pimpinan Dato Onn yang menyatakan UMNO tidak akan berjaya menghasilkan
kemerdekaan Tanah Melayu. Bagi Dato Onn kemerdekaan Tanah Melayu
hendaklah dituntut oleh berbagai orang asing. Pandangan Dato Onn ini disokong
7 Perbincangan penentangan terhadap Malayan Union, dan berakhir dengan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu didasarkan kepada Ramlah Adam, Perjuangan UMNO Menentang Malayan Union dan Menuntut Kemerdekaan 1946-1957, Abu Bakar Hamid, Abdullah Zakaria bin Ghazali, Ramlah Adam et-al, UMNO Johor 50 Tahun: Memartabatkan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Warisan Johor dan Berita Publishing Sdn. Bhd., 1996, hlm. 43-58.
18
oleh orang Melayu pengikut Dato Onn.8 Manakala Tunku Abdul Rahman pula
kemerdekaan dituntut oleh orang Melayu dan selepas itu barulah diberikan habuan
kepada kaum lain yang taat dan setia kepada Tanah Melayu. Oleh itu ahli UMNO
diminta berfikir untuk menentukan parti mana yang ingin diikuti, sama ada UMNO
atau IMP. Dalam pada itu Tunku Abdul Rahman pula menyatakan kepada ahli
UMNO yang memasuki Parti Kemerdekaan adalah wajar menarik diri dari UMNO.9
Prinsip perjuangan Dato Onn ini menarik perhatian seorang bangsa Ceylon yang
tinggal di Jawa sejak tahun 1914, dan dimuatkan di dalam akhbar Majlis pada 20
September 1951. Pandangan bangsa Ceylon ini diterbitkan semula dalam Suara
UMNO 15 Oktober 1951 untuk pembaca, Dato Onn dan pengikutnya. Antara
perkara yang dibangkitkan, negeri Ceylon dimiliki bangsa Ceylon dan bukan bangsa
India, Burma dan Pakistan; negeri Filipina dimiliki bangsa Filipina dan bukan bangsa
Amerika; negeri Burma dimiliki bangsa Burma bukan Cina, India dan Pakistan.
Begitu juga dengan Tanah Melayu, ia dimiliki orang Melayu, bukan India, Cina,
Ceylon, British, Filipina dan Pakistan. Selain itu menyatakan orang Melayu tidak
akan menafikan sumbangan orang India dan Cina ke atas kemajuan dan
pembangunan Tanah Melayu, Tetapi peri orang-orang India, British, Cina, Ceylon
dan lain-lain ini tinggal dan bekerja di Malaya bukannya dengan tujuan hendak
berbuat khairat tetapi ialah kerana hendak mendapat keuntungan dan kehidupan yang
lebih dan kesenangan yang lebih jika dibandingkan dengan apa yang mereka boleh
dapat di negeri-negeri mereka sendiri.10 Namun begitu keturunan bangsa asing yang
telah menjadi warganegara Tanah Melayu mestilah diberi persamaan hak.11
Prinsip perjuangan Dato Onn melalui IMP ini juga menarik perhatian, dan
beberapa makalah diterbitkan dalam akhbar tempatan seperti Majlis dan Malay Mail,
dan kemudiannya diterbitkan pula dalam Suara UMNO. Antara makalah yang
menyentuh perkara ini ditulis oleh L.D. Gammans. Dalam tulisannya itu L.D.
Gammans menyatakan Dato Onn menempa nama dalam membela orang Melayu
menentang Malayan Union berpegang kepada dua dasar yang pertama ialah
bangsa Melayu menuntut kedudukan yang istimewa di dalam negerinya dan kerajaan
8 Suara UMNO, 15 November 1951, hlm. 1. 9 Setia Abu Bakar, UMNO dan IMP, Suara UMNO, 1 Oktober 1951, hlm. 5. 10 Kepada Dato Onn, Penyokong-Penyokong dan Pengikut-Pengikutnya, Suara UMNO, 15 Oktober 1951, hlm. 1. 11 Kepada Dato Onn, Penyokong-Penyokong dan Pengikut-Pengikutnya, Suara UMNO, 15 Oktober 1951, hlm. 2.
19
British mestilah memberi perlindungan kepada kedudukan bangsa Melayu menurut
triti: dan yang kedua tamadun dan kebudayaan bangsa Melayu adalah tersimpul
dalam ikatan taat setia kepada sultan-sultan. Namun begitu dalam Parti
Kemerdekaan Dato Onn membuang kedua-dua prinsip ini.12 Sebagai contoh seorang
tokoh UMNO Kedah yang tidak yakin perjuangan UMNO tidak akan mencapai
kemerdekaan ialah Haji Rejab. Beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha tetapi
kekal sebagai ahli UMNO.13
Dalam usaha mengukuh dan merealisikan perjuangan UMNO, Tunku Abdul
Rahman mengambil langkah turun ke padang melawat Tanah Melayu berjumpa
pemimpin dan ahli UMNO untuk memberi penerangan, khususnya perjuangan
UMNO. Dengan cara ini Tunku Abdul Rahman percaya akan dapat menghadapi
masalah dalaman UMNO, saingan Parti Kemerdekaan dan keadaan darurat di Tanah
Melayu. Dalam ucapan pada 9 September 1951 ketika melawat Rembau, Tunku
Abdul Rahman menyatakan ingin mengeratkan hubungan muhibah dan silaturahim di
antara beliau dengan ahli UMNO, serta mengingatkan ahli dan ahli jawatankuasa
UMNO supaya tiap-tiap ahli UMNO mengorbankan sedikit masanya bagi
menerangkan tujuan-tujuan sambil menggerakkan tiap-tiap seorang Melayu laki-laki
perempuan hatta kanak-kanak supaya mereka itu sedar akan tanggungan mereka
kepada bangsa, tanah air dan agamanya. Selain itu menyatakan UMNO ialah
nyawa bagi orang-orang Melayu, jika berhenti nyawa itu nescaya binasalah orang-
orang Melayu.
14
Tunku Abdul Rahman mengingatkan ahli UMNO Parti Kemerdekaan
pimpinan Dato Onn hendak mendapatkan kemerdekaan bagi tiga bangsa padahal
orang-orang asing itu tidak hendak belajar bahasa Melayu dan tak mahu pelajari cara
hidup orang-orang Melayu. Jika tercapai cita-cita orang-orang seperti ini maka
jadilah bahasa di dalam negeri ini bahasa Inggeris dan dasar-dasar semua menuju
kepada memulaiharakan orang-orang asing. Tunku Abdul Rahman juga
menegaskan yang orang Melayu wajar menghentikan perkataan silalah dan
sebaliknya ditukar kepada hak Melayu pulangkan balik kepada Melayu. Namun
Tunku Abdul Rahman mengulangi lagi yang dituntut orang Melayu adalah haknya.
Manakala hak-hak orang asing akan dihormatkan, bahkan harus kedudukan
12 Suara UMNO, 15 Oktober 1951, hlm. 6. 13 Suara UMNO, 1 November 1951, hlm. 13. 14 Suara UMNO, 1 Oktober 1951, hlm. 1. Ucapan Yang Dipertua UMNO di Rembau.
20
mereka akan lebih baik daripada keadaan sekarang ini.15 Dengan itu Tunku Abdul
Rahman menyeru tiap-tiap seorang yang mengakui dirinya Melayu menolongnya
dalam perjuangan UMNO.16
Dalam ucapan di Alor Setar, Kedah pada 26 Oktober 1951, Tunku Abdul
Rahman menyatakan yang UMNO ditubuhkan adalah membela nasib bangsa
Melayu, meninggikan darjat Melayu, mengembangkan semangat kebangsaan Melayu
untuk keselamatan tanah air Melayu.
17 Tunku Abdul Rahman juga menyeru
bangsa Melayu mengambil bahagian dalam UMNO, memupuk kasih sayang ke atas
tanah air supaya bangsa Melayu tidak binasa dan tanah air tidak musnah kerana tanah
Melayu adalah hak Melayu.18
Namun begitu Perikatan UMNO Kuala Lumpur dengan Persatuan Orang Cina
(Malayan Chinese Association- MCA) Selangor dalam pilihanraya Perbandaran
Kuala Lumpur pada tahun 1952 mempengaruhi perjuangan Tunku Abdul Rahman.
Dalam perikatan tersebut Yahya mewakili UMNO Kuala Lumpur, manakala
pengerusi MCA Selangor, H.S. Lee mewakili MCA Selangor.
19 Pakatan ini
mengejutkan pemerhati politik dan di kalangan tertentu ahli UMNO. Tunku Abdul
Rahman pula membuat kenyataan akhbar ada peluang bagi UMNO dan Persatuan
Cina Malaya, berkerjasama dengan lebih jauh lagi, syaratnya orang-orang Cina di
Malaya betul-betul membataskan gerakan mereka kepada cita-cita yang betul.
Seiringan dengan itu Suara UMNO 15 Januari 1952 mengingatkan supaya tidak perlu
lagi memberi tafsiran ke atas kenyataan Tunku Abdul Rahman yang sudah terang itu
kerana ia boleh menyebabkan menjadi gelap dan kusut.20 Hasil daripada pakatan
ini, UMNO-MCA memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan; IMP
memenangi 2 kerusi dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur yang berlangsung
pada 16 Februari 1952.21
Pakatan UMNO-MCA dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur direstu
oleh Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman dan Timbalannya, Dato Abdul
15 Suara UMNO, 1 Oktober 1951, hlm. 2. Ucapan Yang Dipertuan UMNO di Rembau. 16 Suara UMNO, 1 Oktober 1951, hlm. 3. Ucapan Yang Dipertuan UMNO di Rembau. 17 Suara UMNO, 15 November 1951, hlm. 2. Ucapan Yang Dipertua UMNO di Alor Setar, Kedah Pada 26 Oktober 1951. 18 Suara UMNO, 15 November 1951, hlm. 3. Ucapan Yang Dipertua UMNO di Alor Setar, Kedah Pada 26 Oktober 1951. 19 Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, MBRAS Monograph 31, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2002, hlm. 21. 20 Suara UMNO, 15 Januari 1952, hlm. ii. 21 Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, hlm. 29.
21
Razak bin Hussin. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa pakatan itu sebagai
kerjasama sahaja; dengan itu tidak bercanggah dengan undang-undang tubuh UMNO.
Selain itu Tunku Abdul Rahman menyatakan UMNO bahagian boleh membuat
keputusan sendiri asalkan tidak bercanggah dengan undang-undag tubuh UMNO.
Begitu juga dengan Dato Abdul Razak menyambut baik kerjasama tersebut.22
Tunku Abdul Rahman menegaskan kemudian bahawa melalui persahabatan tersebut
bolehlah kita mengetahui kehendak-kehendak sesuatu kaum yang duduk dalam
Malaya ini dan akhirnya harus dengan sokongan orang-orang yang berhak dalam
negeri ini selain daripada Melayu, maka dapatlah kita mencapai kemerdekaan dengan
segera.23
Dalam ucapan memperingati Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1952 di Padang Kerajaan, Batu Pahat, Johor di hadapan barisan Pemuda UMNO, ahli
UMNO dan juga pemerhati, Tunku Abdul Rahman menyatakan kemerdekaan itu
ialah satu benda yang tinggi harganya, dan kemerdekaan itu ialah satu benda yang
tiada dapat dibeli dengan wang atau dengan harta benda, ialah satu benda yang kita
menuntut dengan segala kekuatan kita, hingga sekiranya kita terpaksa beli dengan
nyawa kita sendiri,...
24
Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu menjadi salah satu yang utama dalam
perjuangan Tunku Abdul Rahman. Dalam setiap ucapan beliau menyebut mengenai
kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman berpendapat ucapan kemerdekaan perlu diucap
berulangan supaya ia tertanam dalam sanubari orang Melayu. Oleh sebab Tunku
Abdul Rahman menggantikan perkataan tabik tuan kepada merdeka. Namun
begitu Tunku Abdul Rahman percaya kekuatan semangat kemerdekaan itu
bergantung kepada individu Melayu. Oleh itu setiap orang Melayu diingati
meningkat semangat kemerdekaan.
25
Dalam pada itu Tunku Abdul Rahman juga menyarankan kemerdekaan Tanah
Melayu diberikan sebaik sahaja darurat tamat. Begitu juga Tunku Abdul Rahman
ketika bertemu Oliver Lyttelton, Menteri Jajahan Takluk British dari Parti
Konsevertif menyuarakan kemerdekaan Tanah Melayu. Oliver Lyttelton memberi
jaminan British akan memberi kemerdekaan apabila darurat tamat dan penduduk
22 Suara UMNO, 15 Januari 1952, hlm. 20. 23 Suara UMNO, 15 Februari 1952, hlm. 8. 24 Suara UMNO, 15 Februari 1952, hlm. 7. 25 Suara UMNO, 15 April 1952, hlm. 3. Ucapan Yang Dipertua UMNO (Malaya) dalam Majlis Mesyuarat Agong UMNO Pada 29 Mac 1952.
22
Tanah Melayu bersatu padu. Dalam perjuangan kemerdekaan pula Tunku Abdul
Rahman memilih jalan melalui perlembagaan. Namun demikian jika pilihan ini tidak
dimakbulkan Allah, Tunku Abdul Rahman menyerahkan kepada Allah untuk
memberi pertunjuk apa yang harus kita lakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.
Tunku Abdul Rahman mengingatkan ahli UMNO bahawa salah satu syarat yang
dikemukakan untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah semua kaun di
Tanah Melayu bersatu. Sehubungan dengan perkara ini Tunku Abdul Rahman
merujuk kepada kerjasama UMNO-MCA dalam pilihanraya Perbandaran Kuala
Lumpur yang membuahkan kejayaan cermelang.26 Tunku Abdul Rahman
memanjangkan usul kepada Tan Cheng Lock pemimpin MCA berunding. Cadangan
ini disetujui Tan Cheng Lock dan mengesyorkan pembentuk sebuah jawatankuasa
hubungan Melayu-Cina.27
i. Membentok, menjaga dan mempertahankan tujuan
berparliement sechara democracy di-Malaya.
Parti Perikatan yang dimulakan dengan pakatan UMNO-MCA dikembangkan
lagi dengan gabungan Malayan Indian Congress (MIC). Parti Perikatan ini antaranya
bertujuan:
ii. Berkerja untok menchapai berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan Malaya sechara halal dan berpelembagaan.
iii. Mempertahankan kedudokan Duli Yang Maha Mulia Raja2
Melayu sebagai Ketua Negara yang berpelembagaan di-
dalam negeri masing2.
iv. Membentok, menjaga dan mempertahankan kebebasan
berugama, berfikir dan berchakap, dan juga berhimpon dan
berpersatuan sechara aman.
v. Merapat dan menjaga persahabatan di-antara kaum dan
menjaga kepentingan kaum2 kechil.
vi. Membentok dan menjaga kebangsaan Malaya yang bersatu.
26 Suara UMNO, 15 April 1952, hlm. 4. Ucapan Yang Dipertua UMNO (Malaya) dalam Majlis Mesyuarat Agong UMNO Pada 29 Mac 1952. 27 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 3.
23
vii. Memperbaiki kehidopan dan keselamatan pendudok2
Malaya.
viii. Mengakhtiarkan sebarang langkah yang lain dari semasa
kesemasa untok meninggikan lagi kepentingan pendudok2
dan negeri ini am-nya.28
Tunku Abdul Rahman juga bersetuju dengan ketetapan Majlis dalam
persidangan setengah tahun (1951) tentang perlunya pilihan raya majlis bandaran,
majlis mesyuarat negeri dan majlis undangan persekutuan. Pilihan raya adalah
penting bagi sesebuah negara menunju kemerdekaan. Walaupun demikian Tunku
Abdul Rahman berpendapat UMNO belum bersedia kerana kebanyakan orang
Melayu yang berkelayakan sebagai calon adalah pegawai kerajaan. Dengan ini
kebenaran perlu dikemukakan kepada kerajaan untuk membolehkan mereka
bertanding dalam pilihan raya.
29
Tunku Abdul Rahman seringkali menyatakan yang UMNO telah mengambil
ketetapan menuntut kemerdekaan daripada Baritish. Namun begitu tuntutan
kemerdekaan ini adalah tugas yang besar dan berat. Kemerdekaan hanya boleh
dicapai melalui perjuangan dan bukan berdoa kepada Allah. Dalam perjuangan itu
pula hendaklah bersungguh-sungguh dan berani mengorbankan tenaga dan
segala-galanya yang ada pada kita.
30
memandang UMNO ini sebuah parti kebangsaan yang sangat
mulia dan [saya] tidak akan membuat sesuatu perkara yang boleh
Walaupun Tunku Abdul Rahman menyedari
ramai ahli UMNO mempersoalkan beliau tidak mengisytiharkan rancangan
kemerdekaan, tetapi Tunku Abdul Rahman sememangnya mempunyai rancangan
tersebut, hanya tidak mahu mengisytiharkan sahaja, kerana tidak mahu nanti akan
dipermainkan. Dalam hal ini Tunku Abdul Rahman menyatakan yang dia menunggu
persediaan lengkap dibuat barulah membuat pengisytiharan kemerdekaan.
Seterusnya Tunku Abdul Rahman menyatakan yang dia tidak mahu tergolong sebagai
mengisytiharkan rancangan kemerdekaan untuk melariskan dan bermegah-megah
dengan partinya dalam pasar siasah negeri ini. Sebagai alasannya Tunku Abdul
Rahman menyatakan yang dia,
28 UMNO/SUA No. 126/1957, Perlembagaan & Undang2 Party Perikatan, Majlis Kebangsaan & Jawatankuasa Tadbir. 29 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 15. 30 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 16.
24
merendahkan darjat dan mutunya. [Saya] memandang UMNO ini
sebagai parti yang dikurniakan oleh Allah taala kepada bangsa
Melayu untuk memelihara bangsa kita, bukan parti permainan untuk
ditunjuk-tunjukkan.
Selagi teraju UMNO di tangan saya maka percayalah tuan-tuan yang
saya tidak akan memburukkan nama UMNO ini, kerana UMNO
inilah Melayu dan saya yakin, iaitu sekiranya bangsa Melayu hendak
selamat dalam dunia ini, tak dapat tiada UMNOlah jua yang akan
menyelamatkannya.31
Walaupun begitu Tunku Abdul Rahman mencadangkan menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk meneliti rancangan kemerdekaan. Seterusnya akan menjemput
berbagai parti politik di Tanah Melayu untuk membincang dan mengemaskan
rancangan kemerdekaan tersebut. Kemudiannya rancangan yang dikemaskan itu akan
disembahkan kepada Raja-raja Melayu untuk mendapatkan perkenan. Dalam perkara
ini Tunku Abdul Rahman menyatakan yang kejayaan mencapai kemerdekaan nanti
adalah bergantung kepada kekuatan perjuangan orang Melayu sendiri, khasnya ahli
UMNO.
32
Tunku Abdul Rahman mengulangi untuk mencapai kemerdekaan negeri
ini ialah bekerjasama dengan lain-lain kaum dan mendapatkan sokongan mereka.
Walaupun demikian Tunku Abdul Rahman menegaskan perlunya mendapatkan
pengakuan dari sahabat-sahabat kita penduduk negeri ini, yaitu bangsa Melayulah
yang ada hak yang utama dalam negeri ini, sebagai bumi puteranya yang asal dan
mengikut perjanjian-perjanjian yang dahulu dan sekarang yang diperbuat di antara
Melayu dengan Inggeris.
33 Apabila pengakuan ini dicapai, perjuangan menuntut
kemerdekaan tidak akan menghadapi masalah dan halangan.34
31 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 16. Ucapan Yang Dipertua UMNO Membuka Persidangan Tahun Ketujuh Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Seberang Perai Pada 14 dan 15 September 1952. 32 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 17. Ucapan Yang Dipertua UMNO Membuka Persidangan Tahun Ketujuh Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Seberang Perai Pada 14 dan 15 September 1952. 33 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 16. Ucapan Yang Dipertua UMNO Membuka Persidangan Tahun Ketujuh Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Seberang Perai Pada 14 dan 15 September 1952. 34 Suara UMNO, 1 Oktober 1952, hlm. 16. Ucapan Yang Dipertua UMNO Membuka Persidangan Tahun Ketujuh Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Seberang Perai Pada 14 dan 15 September 1952.
Sementara rundingan
telah dibuat di antara UMNO dengan MCA. Oleh kerana masing-masing UMNO dan
25
MCA sudah pasti akan memastikan kepentingan kaum masing-masing, Tunku Abdul
Rahman berpendapat ia hanya boleh dicapai melalui tolak ansur antara dua kaum
tersebut. Namun begitu Tunku Abdul Rahman menyatakan yang keputusan yang
dicapai dalam rundingan tersebut belum mutamad kerana UMNO hanya menerima
amanah daripada orang Melayu.35 Oleh kerana menyedari betapa pentingnya pilihan
raya dalam usaha menuju kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menuntut dalam
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pilihan raya persekutuan diadakan pada 31
Januari 1954.36
Seruan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman mendapat sambutan daripada ahli
UMNO. Beberapa Cawangan UMNO memungut derma Kemerdekaan dan
menyerahkan kepada Ibu Pejabat UMNO. Misalnya UMNO Cawangan Bukit
Mertajam, Butterwort menghantar wang pungutan melalui cek sebanyak $269.86 ke
Pejabat UMNO.
37 Begitu juga UMNO Cawangan Sungai Dua, Butterwort
menghantar cek bernilai $66.43.38 Manakala UMNO Cawangan Kemasik,
Terengganu menghantar wang sebanyak $45.95, hasil pungutan derma yang
dianjurkan Pemuda dan Kaum Ibu;39 UMNO Cawangan Selangor sebanyak $73.70,40
dan $20.00 daripada UMNO Cawangan Sungai Udang, Melaka.41 Dalam pada itu
terdapat juga wang derma kemerdekaan ini dipungut melalui lelong dan jual amal.
Misalnya Wanita Cawangan Batu 4, Kota Tinggi menghantar wang sebanyak $12.00
hasil lelongan sebuah kerusi yang dibeli oleh Pemuda Cawangan yang sama.42
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman ialah
berangkat ke London berbincangan dengan kerajaan British mengenai tarikh pilihan
raya persekutuan. Oleh kerana UMNO menghadapi masalah kewangan untuk
perbelanjaan ke dan di London, kutipan derma diadakan. Satu perkara yang menarik
35 Suara UMNO, 15 April 1953, hlm. 3. Ucapan Yang Dipertua UMNO Tunku Abdul Rahman Dalam Persidangan Agong Setengah Tahun, 4 dan 5 April 1953. 36 Suara UMNO, 1 Ogos 1953. 37 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Setiausaha Agong UMNO (Mohd. Yasin bin Abdul Rahman) kepada Setiausaha Cawangan UMNO Bukit Mertajam, 18 Ogos 1954. 38 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Pemangku Setiausaha Agong UMNO (Mohd. Yasin bin Abdul Rahman) kepada Setiausaha Cawangan UMNO Sungai Dua, Butterworth, 18 Ogos 1954. 39 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Setiausaha UMNO Cawangan Kemasik kepada Setiausaha Agong UMNO, Malaya, Johor Bahru, 19.8.1954. 40 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor (Hamzah Alang) kepada Setiausaha Agong UMNO Malaya, Johor Bahru, 13 September 1954. 41 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Setiausaha Cawangan UMNO Sungai Udang, Melaka kepada Setiausaha Agong Tanah Melayu, 13.9.1954. 42 UMNO/SG(F) No. 176/1954, Keterangan Hadiah, Ogos 1954.
26
dalam pungutan derma ini terdapat kaum wanita yang sanggup meloloskan perhiasan
mereka untuk disumbangkan kepada UMNO. Tunku Abdul Rahman mengetuai
rombongan yang terdiri daripada, Dato Abdul Razak bin Hussin dan T.H. Tan
berangkat ke London pada tahun 1954. Rombongan Tunku Abdul Rahman ini tidak
berjaya mendapat jaminan daripada kerajaan British dan pulang ke tanah air.
Kegagalan ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan melalui
Parti Perikatan mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Diraja untuk memastikan pilihan raya umum nanti berjalan dengan adil.
Sekiranya tuntutan tersebut tidak dilayan ahli perikatan yang berkhidmat dalam
kerajaan akan meletakkan jawatan. Oleh kerana kerajaan British tidak menerima
cadangan Parti Perikatan itu, ahli perikatan dalam kerajaan Persekutuan meletakkan
jawatan.43
Tindakan Parti Perikatan ini mempengaruhi kerajaan British mengubah
pendirian, bersetuju mengadakan pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Dalam
pilihan raya ini Parti Perikatan mencapai kejayaan cermelang, memenangi 51 kerusi
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi sahaja dimenangi oleh
calon Parti Islam Se Malaya (PAS). Kejayaan ini membolehkan Parti Perikatan
membentuk kerajaan, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri kerajaan
baru Persekutuan Tanah Melayu.
44
Kejayaan Parti Perikatan dalam pilihan raya menyemarakkan lagi perjuangan
ke arah kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetua rombongan ke
London pada tahun 1956 berunding dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan kali kedua ini bertambah kukuh kerana ia
mewakili kerajaan. Rombongan ini terdiri daripada wakil kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, Kol. H.S. Lee, Dato Abdul Razak, Dr. Ismail
bin Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu pula Dato Panglima Bukit Gantang
(Perak), Dato Nik Ahmed Kamil (Kelantan), Dato Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid
(Selangor) dan Dato Seth bin Muhammad Saaid), serta Abdul Kadir bin Shamsudin
43 T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, Cambridge: Cambridge University Press, 2001, hlm. 342. Harry Miller, Prince and Premier: A Biography of Tunku Abdul Rahman Putra, Petaling Jaya: Eastern Universities Press Sdn. Bhd., 1982, hlm. 159-168. 44 Muhammad Kamil Awang, The Sultan & The Constitution, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 85. Harry Miller, Prince and Premier:., hlm. 185-202.
27
sebagai setiausaha. Perjalanan ke London ini melalui laut dan udara.45 Setelah tiga
minggu berada di London, rundingan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
mencapai kejayaan cermelang. Perjanjian dengan kerajaan British ditandatangani
pada 8 Februari 1956, antaranya bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada bulan Ogos 1957. Rombongan ini pulang ke tanah air dan disambut
dengan penuh gemilang di Bandar Hilir Melaka. Dalam perjumpaan meriah ini,
Tunku Abdul Rahman menyampaikan berita gembira kejayaan rundingan di London
dan mengiystiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957)
di hadapan khalayak yang hadir.46
Perkembangan ke arah kemerdekaan semakin menyerlah dengan penubuhan
sebuah suruhanjaya mengkaji dan menggubalkan Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya Reid, dan dianggotai oleh Lord Reid
(Hakim Mahkamah Rayuan Britain), Sir Ivor Jennings (Master Trinity Hall,
Cambridge), Hakim Abdul Hamid (Pakistan), Hakim B. Malik (India) dan W.J.
Mckell (Australia). Setelah selesai penggubalan dibuat, Laporan Reid dikemukakan
untuk perbincangan. Berbagai pertubuhan parti dan mereka yang berminat
mengemukakan pandangan, kritikan dan cadangan. Akhirnya laporan Suruhanjaya
Reid ini dipinda dan seterusnya diterima sebagai Perlembagaan Persekutuan.
47
Setelah kira-kira enam tahun mencapai kemerdekaan, pada 1963, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
penubuhan Malaysia. Banyak halangan dan cabaran dihadapi dalam gagasan
penubuhan Malaysia ini. Namun akhirnya pada 16 September 1963, lahirlah
Persiapan ke arah ke arah kemerdekaan berjalan lancar. Antaranya sebuah
stadium khas untuk pengisytiharan kemerdekaan dibina di Kuala Lumpur yang
kemudiannya dikenali sebagai Stadium Merdeka. Pada tengah malam, 31 Ogos 1957
bertempat di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur bendera British, Union Jack
diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa
bersejarah di Tanah Melayu ini diteruskan pada keesokan hari, 31 Ogos 1957 dengan
laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
45 Tunku Abdul Rahman Putra, Looking Back: The HistoricYears of Malaya and Malaysia, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977, hlm. 61. T.H. Tan, The Prince and I. Singapore: Sam Boyd Enterprise, Mini Media Pte. Ltd., 1979, hlm. 107. 46 T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, hlm. 13. 47 Untuk keterangan lanjut mengenai Suruhanjaya Reid, laporan, cadangan dan pindan sila lihat Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, hlm. 95-142.
28
Persekutuan Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia. Persekutuan ini terdiri
daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).
Namun begitu pada 1965, Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan alaysia.
2 BEBERAPA ASPEK SEJARAH PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS
Pendahuluan
Sebelum 1791, Pulau Pinang adalah hak Kedah; begitu juga sebelum 1842,
Perlis adalah hak Kedah. Mulai 1791, Pulau Pinang diduduki Syarikat Hindia
Inggeris. Manakala Perlis pula, mulai 1842, ditadbir oleh Syed Hussin, dengan
gelaran Raja Perlis.
Ssejarah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
Pada 1786, Syarikat Hindia Timur Inggeris, melalui Francis Light menduduki
dan mengibarkan bendera Union Jack di Pulau Pinang. Pendudukan British ini adalah
haram atau tidak sah kerana mereka tidak memenuhi syarat tawaran Sultan Abdullah
Kedah. Syarat yang tidak diterima British: segala musuh yang datang dari laut adalah
juga musuh kompeni, dan kompeni hendaklah mengatasinya dengan kos kompeni;
jika berlaku serangan dari darat, kompeni hendaklah membekal senjata serta peluru,
dan kos akan ditanggung Kedah. Dalam pada itu, walaupun tidak menafikan tuntutan
sagu hati Sultan Abdullah, tetapi British hanya menawarkan 10,000 rial (ringgit)
Sepanyol setahun, berbanding 30,000 yang dituntut Sultan Abdullah. Ketiga-tiga isu
ini menjadi pokok dalam rundingan Kedah-British dari 1786 hingga 1791. Kompeni
melalui Francis Light dan wakil, beberapa kali memberi helah kepada wakil Sultan
dalam rundingan berlangsung, khususnya mengenai tiga perkara tersebut.
Pada 1791, Sultan Abdullah yang merasakan dipermain British mengarahkan
Orang Besar Kedah menyiapkan angkatan di Seberang Perai untuk melancarkan
serangan menghalau British dari Pulau Pinang. Sebelum sempat angkatan ini
melancarkan serangan, pasukan British Pulau Pinang dengan alasan lanun
menggempurkan angkatan Kedah ini. Angkatan Kedah dikalahkan. Kemudiannya
Kedah menandatangani perjanjian dengan kompeni pada 1 Mei 1791. Antara syarat
penting: Sultan Kedah mengakui kedudukan kompeni di Pulau Pinang, dan kompeni
29
pula bersedia membayar setiap tahun, jumlah 6,000 ringgit Sepanyol kepada Sultan
Kedah.
Perkembangaqan pendudukan kompeni di Pulau Pinang mulai 1786, sehingga
pendudukan tersebut diakui Kedah pada 1791, memang boleh digarap dalam sebuah
atau beberapa buah novel sejarah. Kisah diangkat untuk membangkitan kesedaran
dalam kalangan khalayak remaja khususnya, tentang kesabaran Melayu berunding,
dan berjuang kemudiannya. Dalam rundingan dan perjuangan tersebut beberapa
dialog menarik membangkitan kesedaran dan semangat boleh dizahirkan.
Selain itu peristiwa yang tidak kurang penting dalam sejarah Pulau Pinang
ialah menjadikan Seberang Perai sebagai sebahagian Pulau Pinang. Dalam ini dapat
digarapkan tentang bagaimana British mempengaruhi Sultan Dhiuddin Mukarram
Shah menandatangani perjanjian pada 1800. Sehinggakan Sebarang Perai menjadi
sebahagian Pulau Pinang, dan British bersedia membayar 10,000 rial Sepanyol tiap-
tiap kepada Kedah. Dalam artikel 1 perjanjian tersebut dinyatakan Kampeni
Inggeris mahu bayar pada tia-2 tahun Kapada Duli Raja Muda Perlis dan Kedah
sapuloh ribu rial sa-lama Inggeris ada pegang dan dudok di-dalam Pulau Pinang dan
Negeri yang di-Seberang kemudian ada tersebut (R. Bonney, Kedah 1771-1821: The
Search fo Security and Independence, (Second impression) Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1974, hlm. 106).
Berbeza pula dengan Perlis, sehingga 1842, masih menjadi sebahagian
daripada Kedah. Kedudukan politik Perlis berubah mulai 1842. Pada 1842, Perlis
muncul sebagai negeri bebas dari Kedah, dan juga muncul sebuah institusi raja
memerintah Perlis. Institusi raja ini diasaskan oleh Syed Hussein Jamalullail.
Keturunan baginda memerintah Perlis hingga ke hari ini.
Dalam hal Perlis ini, banyak perkara berkaitan kemunculan kerajaan Perlis
boleh digarapkan dalam novel. Di sini, sumbangan dan peranan Syed Hussein boleh
diketengahkan. Antaranya, bersama-sama Tunku Anom Paduka Jambangan
berangkat ke Bangkok berunding tentang kedudukan Kedah di bawah taklukan Siam.
Untuk perhatian, tentera Siam menakluki dan menduduki Kedah pada 1821.
Perbincangan di atas menjelaskan, bukan sahaja pada satu ketika Pulau Pinang
dan Perlis sebahagian daripada Kedah, tetapi menunjukkan kekuasaan dan kawasan
Kedah mengecil mulai 1786. Setelah kehilangan Pulau Pinang pada 1791, Seberang
Perai1800, dan Perlis 1842. Seperti juga Pulau Pinang dan Perlis, Kedah juga
30
mempunyai banyak sejarah yang menarik, dan boleh digarap dalam sebuah atau
beberapa buah novel.
Perjuangan menentang British pada 1791, walaupun berakhir kegagalan,
sangat sesuai dijadikan novel sejarah. Begitu juga gerakan angkatan Kedah di bawah
pimpinan Tunku Kudin (atau Syed Zainal Abidin), Sultan Ahmad Tajuddin Halim
Shah II (1804-1843) dan Tunku Muhammad Saad menghalau tentera Siam dari bumi
Kedah boleh diangkat untuk membangkitkan semangat jati diri remaja, dan
menghayati perjuangan dahulu, serta mengambil iktibar daripadanya.
Kemudiannya pada 1920-an banyak perkara menarik berlaku di Pulau Pinang,
Perlis dan Kedah. Perkembangan pendidikan membawa kepada kemunculan
intelektual Melayu, dan mereka terlibat dalam gerakan sosial, antaranya menyedarkan
masyarakat Melayu. Selain muncul surat khabar dan majalah, terdapat juga golongan
kaum muda yang menjalankan gerakan menyedarkan masyarakat Melayu, antaranya
betapa pentingnya pendidikan.
Pergerakan orang Melayu ini bertambah menarik lagi, dengan kemunculan
pertubuhan Melayu di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Pertubuhan Melayu ini
kemudiannya terlibat dalam politik, khususnya menentang pengenalan dan
pelaksanaan Malayan Union. Pertubuhan dari negeri ini hadir di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Mac 1946.
Perhimpunan yang dipengeruskan Dato Onn Jaafar melahirkan Pertubuhan
Kenbangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR atau dilebih dikenali sebagai United
Malays National Organisation UMNO). Kemudiannya secara resminya UMNO
ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di istana Johor Bharu. Dengan orang Melayu,
termasuk dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis terlibat dalam perjuangan menentang
Malayan Union.
Dalam pada itu sebelum pengenalan Malayan Union, Pulau Pinang, Kedah dan
Perlis, seperti juga negeri di Tanah Melayu mengalami zaman pendudukan Jepun.
Pemerintahan tiga setengah tahun Jepun dari 1942-1945 banyak memberi pengalaman
kepada Tanah Melayu. Pengalaman ini boleh digarap dengan menarik untuk
menambah kesedaran remaja, suka, duka dan senggara di zaman pendudukan Jepun.
Juga boleh digarap kegiatan politik Melayu ketika itu, khususnya dalam usaha
membebaskan Tanah Melayu. Sementara itu boleh juga digarapkan kegiatan
Kempetai Jepun, gerakan Pasukan 136 dan Tentera Anti-Japun Rakyat Malaya
(TAJRM=Malayan Perople Anti-Japanese Army- MPAJA). Perkara yang penting
31
adalah membawa isu yang boleh menambah kesedaran remaja; seterusnya mereka
menghayati kepahitan, kesukaran, penderitaan generasi dahulu sebelum mencapai
kemerdekaan.
Dalam pada itu, satu hal yang berbeza dengan negeri Melayu lain ketika
pendudukan Jepun, Perlis, Kedah (bersama Kelantan dan Terengganu) diserahkan
Jepun kepada pentadbiran tentera Thai. Tentera Thai memerintah negeri ini dari
tahun 1943 hingga 1945. Memang banyak perkara menarik berlaku di negeri Perlis
dan Kedah ketika pentadbiran tentera Siam ini. Perkara ini juga boleh digarapkan
dalam novel sejarah.
Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, dan sebelum Tentera British
datang, komunis bertindak berleluasa di Tanah Melayu. Tempoh peralihan ini
meninggal sejarah pahit di Tanah Melayu. Ramai terkorban ketika ini. Keadaan
kemudian diatasi apabila tentera British datang mentadbir Tanah Melayu.
Perjuangan orang Melayu menentang Malayan ini mencapai kejayaan, pada
Februari 1948, dengan resminya Malayan Union digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Orang Melayu terus berjuang, UMNO menjadi tonggak perjuangan,
akhirnya pada 1952, UMNO berkerjasama dengan Malayan Chinese Association
(MCA), dan berikutnya pada 1954, UMNO-MCA bergadung pula dengan Malayan
Indian Congress (MIC) membentuk Perikatan.
Namun begitu berlaku lagi peristiwa penting dalam Sejarah Tanah Melayu,
Parti Komunis Malaya mengambil tindakan pemberontakan bersenjata pada 1948.
Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat pada tahun tersebut. Darurat
berterusan hingga 12 tahun, berakhir pada 1960. Sekali lagi, zaman darurat ini
memberi kesan kepada penduduk Tanah Melayu. Pengalaman darurat ini sangat
menarik jika diambil sebagai kisah dalam menghasilkan novel sejarah. Dalam hal ini,
bukan sahaja dapat menyatakan kegetiran hidup, tetapi juga dapat menyatakan
hubungan ras ketika itu. Juga tidak terkecuali menyataan segala halangan dan
cabaran kerajaan Persekutuan membanteras kegiatan pengganas komunis itu.
Sementara menghadapi darurat, pada 1955 pilihan raya Persekutuan diadakan.
Pilihan raya ini adalah salah satu langkah ke arah Persekutuan Tanah Melayu menuju
Kemerdekaan. Perikatan bertanding dalam pilihan raya Persekutan ini, dan
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kejayaan ini membawa
kepada Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.
32
Kerajaan Persekutuan pimpinan Tunku Abdul Rahman meneruskan usaha
membebas Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British. Usaha ini mencapai
kejayaan, pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Dengan itu Persekutuan Tanah Melayu muncul sebagai sebuah negara berdaulat dan
Raja Berpelembagaan.
Seperti juga dinyatakan sebelum ini, gerakan ke arah kemerdekaan memberi
ruang yang banyak untuk menghasil novel sejarah. Misalnya perjuangan penduduk
Tanah Melayu ketika itu; sokongan mereka terhadap gerakan mencapai
kemerdekaan, dan sumbangan mereka kepada perjuangan kemerdekaan tersebut.
Setelah kira-kira enam tahun mencapai kemerdekaan, pada 1963, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
penubuhan Malaysia. Banyak halangan dan cabaran dihadapi dalam gagasan
penubuhan Malaysia ini. Namun akhirnya pada 16 September 1963, lahirlah
Persekutuan Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia.
Sejak pendudukan Jepun 1942 hingga tertubuhnya Malaysia pada 1963, Pulau
Pinang, Perlis dan Kedah berada dalam arus sejarah ini. Sehubangan itu banyak
perkembangan sejarah yang boleh dinukil dalam novel sejarah, khususnya untuk
remaja.
3 BEBERAPA ASPEK SEJARAH KELANTAN, TERENGGANU DAN
PAHANG
Pendahuluan
Kelantan, Terengganu dan Pahang pada satu ketika di bawah kerajaan Melaka,
dan kerajaan Johor. Kemudiannya, masing-masing negeri ini diperintah oleh masing-
masing kesultanan. Kesultanan Terengganu muncul pada 1708; Kelantan pada 1770-
an, dan Pahang pada 1884. Pengasas kesultanan Terengganu, Tun Zainal Abidin,
putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Kesultanan
Kelantan hari ini diasaskan oleh Long Yunus, putera Long Sulaiman ibni Long Bahar
atau Tuan Besar, anak Dato Pengkalan Tua Patani. Seterusnya kesultanan Pahang
hari ini diasaskan oleh Bendahara Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali Pahang.
33
Beberapa Aspek Sejarah Kelantan, Terengganu dan Pahang
Ketika keagungan kerajaan Melayu Melaka, Kelantan, Terengganu dan
Pahang berada di bawah naungan Melaka. Seterusnya ketika Kerajaan Johor, ketiga-
tiga negeri ini berada di bawah kerajaan Johor pula. Terengganu mula bebas daripada
naungan Johor, setelah munculnya kerajaan Terengganu yang diasaskan oleh Sultan
Zainal Abidin I. Pada 1708 Kelantan pula muncul sebagai sebuah kerajaan baru
setelah kemuculan Kesultanan Kelantan yang diasaskan oleh Long Yunus. Manakala
Pahang kembali menegakkan kesultanan, setelah Bendahara Wan Ahmad
diisytiharkan sebagai Sultan Pahang pada 1884.
Sementara itu ketiga-tiga negeri ini berada di bawah naungan atau lindungan
British berperingkat-peringak. Pahang pada 1887, Kelantan 1910, dan Terengganu
1919. Dalam pada itu berbeza dengan Pahang, Kelantan dan Terengganu dituntut
Siam sebagai jajahan naungannya. Namun begitu Kelantan dan Terengganu
diserahkan Siam kepada Great Britain berkuat kuasa Perjanjian Bangkok 1909.
Walaupun penyerahan ini dibuat Siam, tetapi Kelantan dan Terengganu tidak
mengiktirafkan Perjanjian Bangkok ini. Dengan itu penyerahan pertuanan Siam tidak
berlaku. Great Britain terus berunding langsung dengan Kelantan dan Terengganu.
Berkuat kuasa Perjanjian Kelantan-Great Britain 1910, Kelantan menerima Penasihat
British. Begitu juga Terengganu, berkuat kuasa Perjanjian Terengganu-Great Britain
1919, Terengganu menerima Penasihat Brtish.
Pentadbiran British di Pahang, Kelantan dan Terengganu ini berakhir, apabila
Jepun menduduki Tanah Melayu pada 1942. Dari tahun 1942 hingga 1945, Pahang,
Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran Jepun. Namun begitu pada tahun
1943 hingga 1945, Kelantan dan Terengganu diserahkan Jepun kepada pentadbiran
Tentera Siam. Pahang kekal di bawah pentadbiran tentera Jepun.
Seterusnya apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, Pahang, Kelantan dan
Terengganu, seperti juga negeri lain Tanah Melayu mengalami pemerintahan Bintang
Tiga. Kemudiannya pentadbiran tentera British bermula pada 1945, gerakan
membanteras Bintang Tiga diambil. Bintang Tiga diundurkan ke pinggir hutan, dan
akhirnya memasuki hutan.
Sementara pentadbiran tentera British, kerajaan British meluluskan Kertas
Puteh Malayan Union. Pahang, Kelantan dan Terengganu turut terlibat dalam
gerakan penentangan terhadap pengenalan dan pentadbiran kerajaan Malayan Union.
Pertubuhan dari Pahang, Kelantan dan Terengganu hadir dalam Kongres Melayu di
34
Kampung Baru, Kuala Lumpur yang berlangsung pada Mac 1946. Mereka turut sama
membantah Malayan Union dan menyokong penubuhan Pertubuhan Kengasaan
Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO).
Perjuangan Melayu dan Raja ini akhirnya manamatkan kerajaan Malayan
Union, dan pembentukan kerajaan baru, Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan
dilangsungkan, akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1957. Seterusnya pada 1963,
lahir pula Persekutuan Malaysia.
Sekarang kertas ini akan memberi fokus kepada beberapa aspek menarik
dalam sejarah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Walaupun sejarah awal Kelantan
banyak yang kurang jelas, tetapi Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ada
mencatatkan Sultan Mahmud Melaka menyerang Kelantan ketika pemerintahan
Sultan Mansur. Sultan Mansur berundur ke Patani. Beberapa putera dan puteri
baginda ditawan. Antaranya, Onang Kening, dan dijadikan isteri oleh Sultan
Mahmud. Perkahwinan ini menghasilkan putera, Raja Muzaffar. Raja Muzaffar
kemudiannya dibawa oleh Tun Shaban ke Perak, dan dirajakan di Tanah Abang
sebagai Sultan Perak, bergelar Sultan Muzaffar Shah.
Kemudian sejarah Kelantan lebih berwarna warni lagi ketika pemerintah Raja
Jembal. Ketika pemerinahan Raja Jembal ini terdapat sebuah kerajaan di bawah
pemerintahan Incik Siti Wan Kembang. Baginda mengambil Puteri Sadong, anak
Raja Jembal sebagai anak angkat. Kemudian dikahwinkan dengan Raja Abdullah,
Raja Jembal. Kedua-duanya ini, Incik Siti Wan Kembang dan Puteri Sadong terkenal
rupawan.
Kecantikan Puteri Sadong ini membawa serang Siam terhadap Jembal.
Akhirnya, demi mengelak ramai rakyat Kelantan terkorban, Puteri Sadong sukarela
berangkat ke Siam. Setelah mendapat kebenaran suaminya, Raja Abdullah, Puteri
Sadong berangkat ke Siam. Ketika berada di Siam, Raja Siam beberapa kali mencuba
menikmati kecantikan Puteri Sadong, tetapi gagal, dan timbul biji gatal di dada
baginda. Penyakit ini hanya sembuh setelah menggunakan air basuh kaki Puteri
Sadong. Setelah gagal, Raja Siam membenarkan Puteri Sadong kembali ke Kelantan.
Setelah tiba di Kelantan, berlaku perselisihan di antara Puteri Sadong dengan
suaminya, Raja Abdullah. Kemudiannya Raja Abdullah dibunuh Puteri Sadong.
Kerajaan Jembal berterusan, sehingga diperintahkan oleh Raja Omar. Apabila Raja
Omar mangkat 1721, menantu baginda, Long Bahar atau Tuan Besar, suami Raja Pah
diangkat sebagai Raja Kelantan.
35
Namun begitu, apabila putera baginda, Long Sulaiman mangkat, takhta
kerajaan Kelantan digantikan oleh Long Muhammad dan seterusnya Long Pandak.
Kedua-dua, Long Muhammad dan Long Pandak mendirikan kota pemerintahan di
Kota Labu. Ketika pemerintahan Long Pandak, Long Yunus, putera Long Sulaiman,
dibantu Long Ghafar (anak Raja Reman) dan Sultan Mansur I Terengganu menyerang
Long Pandak di Kota Kubang Labu. Long Pandak dikalahkan, Long Yunus
menduduki takhta kerajaan Kelantan, dan Long Ghafar diberi kuasa memerintah dari
Pasir Puteh hingga ke Pasir Tumbuh. Long Ghafar mendirikan pusat pentadbiran di
Jeram, tetapi beliau banyak tinggal di Limbat.
Apabila Long Yunus mangkat, takhta Kelantan diduduki menantu baginda,
Tengku Muhammad, putera Sultan Mansur I Terengganu. Ketika pemerintahan
Sultan Muhammad, bergelar Yang Dipertuan Besar Kelantan ini berlaku perang
menuntut takhta kerajaan daripada putera Long Yunus. Sultan Muhammad
dikalahkan, dan Long Muhammad, putera Long Yunus dilantik sebagai Sultan
Kelantan, bergelar Sultan Muhammad.
Sultan Muhammad I mangkat tanpa zuriat. Dengan itu saudara baginda, Long
Zainal (L:ong Jenal) dengan persetujuan mesyuarat dilantik sebagai Sultan Kelantan.
Perlantikan ini tidak disetujui oleh anak saudara baginda, Long Senik (putera
Temenggung Long Tan, putera Long Yunus). Perang rebut takhta berlaku. Long
Senik dibantu Siam berjaya mengalahkan Long Jenal. Long Senik menduduki takhta
kerajaan Kelantan.
Peristiwa lain yang tidak kurang menariknya dalam sejarah Kelantan ialah
Kebangkitan Tok Janggut 1915. Kebangkitan ini juga dikenali sebagai Kebangkitan
Pasir Puteh. Gerakan ini dipimpin oleh Tuk Janggut (atau namanya Haji Mat Hasan
bin Panglima Munas), disokong oleh Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Kebangkitan
ini dapat diatasi oleh pasukan British. Tok Janggut terkeorban, dan dikebumikan di
Pasir Pekan.
Kelantan seterusnya mengalami pendudukan tentera Jepun, bintang tiga,
Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu dan Merdeka.
Kerajaan baru Terengg
Top Related