KPF 4013
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TUGASAN KUMPULAN
“BERASASKAN KEPADA SATU MATA PELAJARAN TERTENTU DALAM
KBSM, JELASKAN BAGAIMANA KETRAMPILAN PELAJAR DAPAT
DIPERKEMBANGKAN MELALUI MATA PELAJARAN TERSEBUT.”
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ROSMA BINTI OSMAN
AHLI KUMPULAN:
1. SITI SALWA BINTI RAZALI L20112007621
2. KHAIRUL FAIZAH BINTI ABDUL KADIR L20112007607
3. NOORHASHIKIN BINTI MOHAMAD TAHIR L20112007611
4. SAFIYA ARQIYA BINTI ISMAIL L20112007622
5. NOR SURYATI BT MOHAMAD TAJUDDIN L20112007609
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Definisi
BEZA KETERAMPILAN SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
KEPENTINGAN PJPK DALAM MEMBENTUK KETERAMPILAN PELAJAR
USAHA DALAM MEMBENTUK KETERAMPILAN
CABARAN KETERAMPILAN PELAJAR
RUMUSAN
1. LATAR BELAKANG
Keterampilan pelajar merupakan satu aspek yang penting bagus setiap individu.
Melalui keterampilan, seseorang dapat menonjolkan sifat dan sikap yang terpuji dan
seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat. Oleh yang demikian, keterampilan menjadi
satu teras yang penting bagi setiap pelajar di mana melalui pengajaran dan pembelajaran di
sekolah keterampilan diri yang positif dapat diterapkan kepada pelajar. Keterampilan
membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan yang lain. Ia juga
meliputi beberapa aspek seperti pemikiran , kepercayaan dan perasaan.
Kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan secara fizikal dimana
seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan mereka. Sebagai contoh,
pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian sertaharus mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, keterampilan juga melihat elemen bagaimana
pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Ia berkaitan dengan aspek
positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri mereka dan orang lain. Akhirnya
ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan harga diri dan keyakinan diri. Dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran di sekolah, ia dapat membantu membina perasaan yakin
terhadap diri terutamanya apabila seseorang pelajar menggunakan kemahiran yang telah
dipelajari yang digabung jalin dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar-pelajar yang
memahami serta mengamalkan keterampilan diri yang positif berupaya menghalang diri
dari terjerumus dalam kancah gejala yang tidak sihat.
Dalam perbincangan ini, Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipilih
sebagai mata pelajaran yang dapat menegembangkan keterampilan pelajar. Ini kerana,
mata pelajaran ini menitikberatkan proses pendidikan yang bersifat menyeluruh dan
seimbang dalam semua aspek perkembangan diri individu yang meliputi perkembangan
jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial. Selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, mata pelajaran PJK atau Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilihat dapat
menginteragasikan kesepaduan di antara domain kognitif, psikomotor dan afektif. Mata
pelajaran ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang dapat melahirkan individu-
individu terutamanya pelajar yang berketerampilan dalam masyakarat kini yang semakin
dinamik dan progesif. Mata pelajaran ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar lagi
berkesan serta memberi manfaat kepada pelajar-pelajar. Menurut Blount dan Klausmeir
(1968), pengajaran Pendidikan Jasmani adalah merupakan pelajaran yang memberi
penekanan kepada perkembangan personaliti, fizikal, mental dan emosi. Dalam erti kata
yang lain, mata pelajaran ini dapat mendidik dan mengembangkan keterampilan pelajar.
1.1 Definisi
1.1.1 KBSM
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau KBSM telah diperkenalkan
dalam tahun 1980 oleh kerajaan untuk membentuk satu kurikulum yg kukuh di
sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Ia diperkenalkan untuk mata pelajaran
bahasa pada tahun 1988. Kemudian ia telah diperkenalkan untuk semua mata
pelajaran pada tahun 1989. Program KBSM merupakan kesinambungan daripada
KBSR yang berasaskan pengiraan dan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.
Matlamat program KBSM adalah untuk mengembangkan potensi individu
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan ia meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia. Matlamat ini selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat yang seterusnya ialah untuk mencapai pendidikan seumur
hidup di mana rancangan KBSM akan membekalkan ilmu pengetahuan kepada
orang ramai serta membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran
berinteraksi dlm semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan
penakulan. Yang lain ialah memberi penekanan kepada kemahiran menyelesaikan
masalah dalam semua aspek kehidupan. Program ini juga selaras dengan dasar-
dasar kerajaan dan keperluan negara untuk memupuk semangat perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu lagi objektif
KBSM ialah utk memenuhi keperluan para murid supaya berkemampuan untuk
menghadapi cabaran hidup dan dapat menandingi individu dari negara-negara lain.
Ciri-ciri KBSM yang pertama ialah mementingkan pembelajaran sepanjang
hayat dan unsur-unsur JERI. Ia juga mementingkan penekanan terhadap penerapan
dan penghayatan nilai-nilai murni. Penguasaan Bahasa Melayu juga dipentingkan
dan dipertingkatkan.
KBSM diolah melalui 3 bidang utama iaitu bidang komunikasi yang
merangkumi mata pelajaran Bahasa & Matematik, bidang manusia dan Alam
Sekeliling yang merangkumi Agama, Moral, Sains & Kemasyarakatan dan yang
ketiga ialah bidang Perkembangan Diri yang merangkumi mata pelajaran
Pendidikan Seni, Jasmani & aktiviti-aktiiviti kokurikulum.
Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran KBSM
KBSM telah disemak semula pada 1990 untuk memenuhi tuntutan
perkembangan dunia pendidikan masa kini seperti mana yang dihasratkan oleh
Wawasan 2020, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat serta komunikasi.
Konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada pertengahan tahun 1990an di
mana 90 buah sekolah telah dijadikan sekolah pelopor untuk mencuba proses
pembestarian pendidikan ini. Kerajaan Malaysia juga telah memanjangkan sistem
pendidikan wajib daripada 9 tahun kepada 11 tahun. Selain itu, peperiksaan umum
sekolah menengah juga telah disemak semula.
1.1.2 Ketrampilan Pelajar
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ketrampilan bermaksud kecekapan,
kemampuan (yang tinggi). Maksudnya ia bukan sekadar kemampuan cukup
makan, tetapi lebih daripada itu. Keterampilan bermaksud mempunyai jati diri
yang tinggi iaitu sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa,
budaya, agama (dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang
individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, identiti. Penampilan yang kadang-kadang
disama ertikan dengan ketrampilan sebenarnya berbeza kerana penampilan
membawa maksud perihal (tindakan, usaha) menampilkan, mengemukakan
seseorang atau sesuatu. Ini meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej,
cara dan gayanya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.
1.1.3 Mata pelajaran PJPK
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah salah satu mata
pelajaran teras di dalam rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Mata pelajaran teras adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh
semua pelajar dan disediakan bagi memenuhi keperluan-keperluan dan penekanan
dalam pencapaian matlamat KBSM. Dalam penggubalan KBSM, pendekatan
bersepadu dalam proses pengajaran merupakan satu strategi penting bagi
menjalinkan dan mengadun unsure-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.
(JERI). Oleh yang demikian, guru PJK harus memainkan peranan yang penting
dalam menekankan dan memotivasikan pelajar ke tahap yang lebih tinggi.
Matlamat Pendidikan Jasmani ialah mata pelajaran ini bertujuan membantu
murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Objektif mata pelajaran ini adalah:
Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kelakuan
motor dan amalan kecergasan.
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri.
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Manakala, matlamat Pendidikan Kesihatan pula ialah bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Objektifnya adalah untuk:
Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga dan alam sekitar.
Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan.
Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan
dan pengalaman.
Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.
2. PERBEZAAN KETRAMPILAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH
MENENGAH
2.1 PENGENALAN
Ketrampilan membawa kepada maksud nilai jati diri yang tinggi bagi setiap
individu dan tidak semua individu mempunyai sifat istimewa ini. Disini ketrampilan di
fokuskan kepada dua situasi yang berbeza iaitu untuk murid sekolah rendah (KBSR) dan
pelajar sekolah menengah (KBSM).
Murid sekolah rendah di kategorikan didalam lingkungan umur antara tujuh
sehingga 12 tahun. Bagi peringkat sekolah rendah murid-murid ini akan melaui dua tahap
penekanan yang berbeza iaitu tahap satu dan tahap dua. Untuk tahap satu ialah umur
antara tujuh hingga sembilan tahun, mereka akan diajar menguasai kemahiran asas iaitu
membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Manakala tahap dua pula 10 hingga 12 tahun,
menumpukan kepada penyelesaian masalah seperti mata pelajaran matematik,
memperoleh pengetahuan, berfikiran kritis, menghayati, menghafas dan menghafal.Untuk
tahap sekolah rendah guru-guru bukan sahaja berperanan untuk mendidik tetapi lebih
kepada mengasuh untk pengurusan diri pada tahap satu dan pengukuhan kemahiran untuk
tahap dua. Walaubagaimanapun murid-murid ini mempunyai sifat dan nilai yang akan
ditonjolkan semasa melalui alam persekolahan.
Pelajar sekolah menengah pula dikategorikan dalam lingkungan umur antara 13
hingga 19 tahun, disini pelajar akan merasai perubahan dari zaman kanak-kanah ke alam
remaja setelah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ketrampilan pelajar akan lebih
teserlah di peringat sekolah menengah kerana pelajar-pelajar ini sudah mulai memberikan
peluang kepada diri sendiri untuk berkumpulan, berkomunikasi dan mempunyai sifat
sensitif yang tinggi.
Ketrampilan turut diukur melaui akhlak atau pekerti seseorang pelajar. Sekiranya
sesuatu yang diamalkan oleh pelajar itu sesuatu yang baik maka keseluruhan hidup
menjadi baik dan begitulah sebaliknya. Proses merealisasikan pembentukan ketrampilan,
pelajar perlu membentuk akhlak dalam diri bagi suatu tempoh masa yang agak lama.
Proses ini melalui didikan, penghayatan dan amalan tingkah laku sepanjang hayat yang
lahir dari asuhan ibu bapa keluarga, guru dan masyarakat. Golongan pelajar hari ini adalah
bakal mengambil alih teraju pemerintahan Negara. Maka, kejayaan Negara bergantung
kepada kekuatan, ketrampilan dan jati diri rakyatnya.
Disini kita akan melihat beberapa perbezaan-perbezaan ketrampilan sekolah
rendah dan sekolah menengah melalui beberapa faktor seperti umur, guru, ibu bapa dan
pelajar ( kebolehan,perwatakan,proaktif).
2.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETERAMPILAN
1) Umur
Umur ataupun usia didefinasikan sebagai permulaan satu kelahiran sehingga
panjang hayat seseorang individu tertentu ( Kamus Kewan ), ianya juga boleh
menunjukkan tahap kematangan mengikut jangka hayat ( Kamus Pelajar ).
Faktor umur sebenarnya memainkan peranan penting dalam membezakan
ketrampilan seseorang murid mahupun pelajar. Bagi murid-murid sekolah rendah, tahap
ketrampilan mereka sememang amat berbeza semasa sekolah menengah kerana pada masa
ini mereka tidak berani melontarkan pendapat serta kurang berinteraksi dengan guru.
Mereka lebih aktif dan agresif kerana pada tahp umur ini mereka masih di kategorikan
dalam lingkungan kanak-kanak.
Berbeza pula dengan pelajar sekolah menegah yang boleh di kategorikan sudah
mencapai tahap umur baligh. Mereka ini sudah mampu untuk melontarkankan pendapat,
minat, kebolehan tidak kira semasa sesi pembelajaran ataupun semasa berinteraksi dengan
guru dan rakan.
2) Guru
Pengaruh guru dalam membentuk ketrampilan pelajar amat kuat. Bagi murid-
murid sekolah rendah mereka melihat guru sebagai model sementara dan sentiasa berubah-
ubah, nilai ketrampilan tidak jelas kelihatan kerana mereka tidak mempunyai pendirian
yang kekal.
Berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang melihat guru sebagai agen
perubahan dan model. Tingkah laku guru yang baik akan menyebabkan pelajar
mencontohinya seperti cara guru mengurus emosi, berkomunikasi dan sifat kemesraan
yang ditonjolkan. Contohnya, pengurusan guru dalam memainkan peranan sebagai guru
kelas. Guru kelas yang bersistematik dalam merancang organisasi kelas memberikan
impak kepada ketua dan penolong kelas seterusnya pelajar dibawah pegangan guru
tersebut. Ketua kelas lebih bertanggung jawab dengan setiap tugasan dan berani
memberikan arahan tugasan kepad arakan-rakan yang lain.
3) Ibu bapa
Ibu bapa merupakan individu yang melahirkan, membesarkan, mengasuh,
mendidik dan menyediakan keperluan kepada anak-anak. Mereka juga merupakan
individu yang paling dekat dengan pelajar dan model penggerak utama di rumah. Bagi
murid-murid sekolah rendah mereka masih lagi dikawal dari aspek keselamatan oleh
kedua ibu bapa dan ini menyebabkan sesuatu permintaan perlu ditapis terlebih dahulu
sebelum keputusan diperolehi contohnya seperti kebenaran menyertai aktiviti luar
sekolah.
Berlainan pula dengan pelajar sekolah menengah, mereka akan menerangkan
secara teliti kepada kedua ibu bapa dan kebenaran akan di berikan kepada mereka . Bagi
pelajar sekolah menegah mereka lebih berketerampilan untuk menyakinkan kedua ibu
bapa dan dapat meyakinkan mereka mengenai akativiti yang akan diadakan sama ada di
dalam ataupun aktiviti di luar sekolah, pelajar dapat membuat keputusan yang lebih
rasional bersesuaian dengan peraturan yang telah di buat oleh ibu bapa.
4) i) Kebolehan pelajar.
Setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing sama ada penglibatan dalam
bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Disini kita akan melihat keterampilan murid-
murid dan para pelajar dalam bidang kokurikulum. Ketrampilan murid sekolah rendah
sudah boleh dilihat melaui penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum, selaras dengan
falsafah pendidikan yang menekankan kebolehan, minat dan bakat yang terpendam yang
ada pada murid dapat dipupuk dan diperkembangkan dengan dorongan dan sokongan
guru-guru. Contohnya seorang murid yang mempunyai kebolehan suara yang baik, setelah
bakatnya dapat dikesan, guru akan mengambil murid ini sebagai ahli pasukan nasyid
sekolah. Secara tidak langsung murid ini dapat menonjolkan kebolehanya.
Di peringat menengah pula kebolehan pelajar secara awalnya telah dapat dikesan
oleh guru-guru dan mereka akan diasah dan diberi bimbingan yang betul dalam
menonjolkan keterampilan melalui kebolehan yang sedia ada. Contohnya seorang pelajar
yang mempunyai potesi tinggi dalam sukan bola sepak, pelajar akan berasa lebih dihargai
bakatnya dan akan menunjukkan sikap yakin pada diri kerana guru memberikan
kepercayaan dan peluang pada kebolehan yang ada dalam dirinya. Dalam masa yang sama
kebolehan pelajar dapat di perkembangkan dengan lebih meluas lagi sama ada di peringkat
sekolah, universiti dan di eringkat yang lebih tinggi.
ii) PERWATAKAN
Sifat malu adalah salah satu sifat yang patut ada dalam diri setiap remaja
terutamanya bagi penganut agama Islam. Bagaimanapun, sifat malu ini mestilah bertempat
kerana ada peribahasa Melayu mengatakan, “ malu biarlah bertempat.” Sifat ini akan
berubah pengikut peringkat peredaran usia dari peringkat rendah kepada menengah. Pada
peringat sekolah rendah murid-murid di beri bimbingan oleh guru untuk menjalankan
tugas, perwatakkan diri akan dilihat melalui keletah dan penglibatan mereka didalam kelas
sama ada pasif atau aktif . Contohnya murid yang aktif didalam kelas dan baik dari segi
pencapain akademik akan akan dipilih dan dilantik menjadi pengawas sekolah.
Tetapi berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang sudah mula mengatasi sifat
malu yang ada pada diri dan melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan disekolah.
Contohnya , seorang pelajar dilantik menjadi bendahari persatuan Puteri Islam. Tugas
pelajar ini adalah untuk mengutip sumber kewangan dari pelajar yang ada di dalam
persatuan, ketrampilan pelajar ini teserlah dengan sifat berani dan melawan sifat malu
pada diri kerana memikul tanggungjawab sebagai bendahari persatuan.
iii) PROAKTIF
Proaktif bermaksud bersikap positif dengan merangka atau mengawal tindakan
yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau
kejadian (Kamus Dewan Bahasa).
Setiap pelajar mempunyai sikap proaktif yang tersendiri dan merupakan ciri utama
dalam menonjolkan ketrampilan. Bagi murid sekolah rendah sikap proaktif dapat dilihat
semasa proses pembelajaran dan juga penglibatan kegiatan luar bilik darjah. Tetapi guru
masih lagi perlu memastikan amanah dan kerja yang perlu dilakukan dipantau. Contohnya,
guru matematik memberi latihan kepada murid-murid kelas dua Cemerlang dan latihan
hendaklah di hantar pada hari jumaat ini. Tetapi murid A dan B telah menghantar latihan
yang diberi lebih awal iaitu pada hari selasa, bukan sahaja dalam kelas matematik sahaja
tetapi dalam kelas- kelas yang lain. Sikap proaktif murid ini memperlihatkan sikap
ketrampilanya.
Bagi pelajar sekolah menengah sikap proaktif lebih menonjol dan pelajar
mengambil peluang untuk menonjolkan diri. Guru juga memainkan perana dalam
pembentukan sikap pelajar kerana guru meletakkan tahap kepercayaan kepada pelajar
dimana setiap tugas yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan baik oleh mereka.
Contohnya seorang pelajar X yang memegang jawatan ketua kelas, beliau juga memegang
jawatan sebagai ketua pasukan Kadet Remaja Sekolah dan beberapa jawatan lain.
Tanggung jawab yang di amanahkan di laksanakan dengan baik tampa mengganggu
pembelajaran. Ketrampilan pelajar ini teserlah dikalangan guru dan murid kerana mempu
mengawal aktiviti yang padat dan mengimbanginya dengan kegiatan luar bilik darjah.
3. KEPENTINGAN PJPK DALAM MEMBENTUK KETRAMPILAN PELAJAR
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan salah satu matapelajaran teras di
sekolah-sekolah di Malaysia. Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi aspek-aspek
kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Menurut Lawson dan Placek
(1996), pendidikan jasmani yang diajar disekolah perlu merangkumi 8 aspek iaitu,
perkembangan motor, anatomi kinesiologikal, biomekaniks, fisiologi latihan, kesihatan,
pedagogi sukan, psikologi sukan serta pekembangan dan kawalan motor. Mata pelajaran
ini mempunyai peranan yang besar dalam menyumbang kea rah pertumbuhan dan
perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran. Kepentingan
PJPK dapat dilihat dalam dasar dan teori berikut:
3.1 Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas,
sejahtera dan produktif. Ini bersesuaian dengan topik kita yang berkaitan dengan
keterampilan pelajar. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran. Tiga
tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Antara
tunjang itu ialah:
i) Tunjang Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti
fizikal secara berterusan tanpa rasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Pelajar dapat
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian
dengan minat dan keperluannya. Selain itu tunjang kecergasan juga
merangkumi kecekapan dalam menguruskan badan. Ianya melalui senaman
dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Pengurusan badan merujuk kepada
kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan
konteks persekitaran yang pelbagai. Ianya merangkumi aspek penjagaan
postur yang betul, kawalan dan imbangan tubuh dalam sesuatu situasi, dan
koordinasi pergerakan.
ii) Tunjang Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan
kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan
ini diberikan kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga,
pergerakan kreatif dan rekreasi. Aktiviti ini menunjukkan pelajar
menguasai kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat dan
kemahiran bukan lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok,
melunjur dan membina benruk- bentuk serta kemahiran manipulatf seperti
menangkap, memukul, menendang, mengelecek dan melontar.
iii) Tunjang Kesukanan
Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi
kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu- isu dalam
pendidikan jasmani. Ianya melatih pelajar membuat keputusan yang bijak
dalam kehidupan. Selain itu tunjang ini dapat membentuk sahsiah dan
disiplin diri yang sesuai dengan norma- norma masyarakat. Dalam tunjang
ini jugapelajar perlu mengutamakan aspek keselamatan. Kerana
kebanyakan pemainan dan sukan menjadi merbahaya jika tidak
dikendalikan dengan sempurna dengan bimbingan dan teknik mengajar
yang sistematik.
3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga adalah wadah paling berkesan
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks
melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang bakal
menghasilkan sumber 65 manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Proses pembelajaran
dan pengajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan lebih menekankan aspek
seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial. Murid akan terdedah kepada
pendekatan secara amali yang membolehkan mereka menimba pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran secara terus. Sekiranya aspek rohani, emosi dan jasmani murid gagal
dibentuk dengan baik, maka timbul kepelbagaian masalah seperti pekerja malas, jurutera
yang cuai dan seterusnya pembentukan masyarakat yang kurang sihat.
Aspek yang mempengaruhi keterampilan pelajar.
i) Jasmani
Secara umunya jasmani ialah kecergasan fizikal dan kesihatan diri dimana
secara keseluruhannya seseorang pelajar dapat mengaktifkan otot mereka dan
juga dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal secara seimbang dan
cergas. Jasmani memainkan peranan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dimana seseorang dapat mengaktifkan kecergasan otot melalui
aktiviti kecergasan dan kemahiran. Ia kerana dalam matapelajaran lain pelajar
hanya dapat menulis dan ini tidak akan memberi pertolongan yang banyak dari
segi pergerakan otot dan aliran darah yang bagus. Melalui Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan pelajar dapat mengerakkan otot dan sistem aliran darah yang
bagus kerana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memerlukan kecergasan otot.
Ia dapat membantu para pelajar untuk membuat gerakan asas atau senaman
ringkas untuk memastikan pelajar sihat dan cergas.
Selain itu, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan
secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam
penampilan mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut
kod etika pakaian serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, ketrampilan juga melihat elemen bagaimana pandangan seseorang
terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Ia berkaitan dengan aspek positif atau
negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri mereka dan orang lain. Akhirnya
ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan harga diri dan keyakinan
diri. Dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran disekolah contohnya subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan membantu membina perasaan yakin
terhadap diri terutamanya apabila seseorang pelajar menggunakan kemahiran
yang telah dipelajari yang digabung jalin dengan pengetahuan sedia ada.
Pelajar-pelajar yang memahami serta mengamalkan ketrampilan diri yang
positif berupaya menghalang diri dari terjerumus dalam kancah gejala yang
tidak sihat.
ii) Emosi dan Rohani
Unsur- unsur rohani dan emosi merangkumi kesedaran kepada agama dan
kepercayaan kepada Tuhan. Rohani dan emosi yang mantap dibentuk agar
berupaya berfikir dengan tenang dan waras.Kemantapan jiwa terserlah melalui
penghayatan nilai-nilai murni, budi pekerti dan tindakan. Menurut Steve
Duncan (1996), penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah adalah
penting dalam membentuk sahsiah remaja di mana ia menjauhkan remaja dari
tingkah laku yang tidak elok.
Emosi dan rohani memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
keterampilan pelajar terutamanya dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Pelajar perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan emosi yang
kental ini kerana dalam aktiviti kemahiran seperti olahraga, permainan,
pergerakan asas, gimnastik, rekreasi, pergerakan kreatif dan aktiviti kecergasan
seperti imbangan, ketangkasan, kepantasan dan kuasa pelajar harus sedia dan
membuat aktiviti dengan teliti jika pelajar tidak kental dari segi emosi
penghasilan aktiviti tersebut tidak akan sempurna. Malah aktiviti seperti
imbangan memerlukan jiwa yang tenang kerana apabila emosi terganggu maka
tumpuan akan lari dan pelajar akan hilang kawalan imbangannya. Oleh sebab
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah supaya pelajar dapat
menenangkan fikiran dan emosi mereka dalam menghadapi sesuatu masalah
kelak.
iii) Intelek
Dalam intelek dan sosial, murid dikehendaki mempunyai daya pemikiran yang
kreatif, inovatif, logik dan analitis agar mempunyai daya bersaing dan berubah
mengikut peredaran masa kawasan sekitar. Menurut John Holloway (1999)
menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum menyumbang kepada kejayaan
murid di sekolah. Aktiviti memberi kesan positif kepada murid kurang upaya
dan berisiko mengalami keciciran. Kenyataan ini disokong oleh Mahoney &
Cairns (1997) dan Black (2002).
3.3 Teori Perkembangan Pergerakan (motor)- Arnold Gesell
Menurut Arnold Gesell, pergerakan akan dapat membantu pertumbuhan tubuh
badan menjadi sihat. Kesinambungan dari teori itu subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan pelajar dapat menguasai kemahiran fizikal serta meningkatkan lagi keupayaan
pergerakannya. Kepentingan ketrampilan berdasarkan teori ini terbahagi kepada beberapa
kategori iaitu:
i) Pertumbuhan (kuantitatif)
Contohnya dalam topik amalan pemakanan. Ianya merangsang pertumbuhan
fizikal murid dan mengelakkan pertumbuhan terbantut. Ini memberi kesedaran
kepada pelajar tentang pentingnya pengambilan makanan yang betul. Selain itu
topic ini membuatkan pelajar lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan
fizikal mereka, lebih bijak menguruskan pemakanan mereka dan sekaligus
boleh menambah kualiti hidup pelajar dengan cara pengambilan diet yang
betul.
ii) Perkembangan dan kecergasan fizikal
Dengan terlibatnya pelajar dalam aspek- aspek keselamatan, kesihatan,
pengurusan, etika dan gaya hidup, pelajar dapat menguasai kemahiran
mengikut kemampuan diri fizikal. Dengan ini pelajar mempunyai lebihan
tenaga untuk tujuan kecemasan dan tidak mudah cedera apabila melakukan
sesuatu aktiviti.
iii) Peka terhadap kesihatan badan
Menghasilkan pelajar yang tahu mengenai kecederaan fizikal yang dialami dan
tahu cara merawatnya. Selain itu menghasilkan pelajar yang tahu mengira
ukuran BMI yang bersesuaian dengan ketinggian dan berat seseorang.
Daripada itu pelajar boleh menguruskan cara penjagaan makanan yang
seimbang.
iv) Memaksimumkan fungsi fizikal pelajar
Pelajar lebih fleksibal iaitu pelajar boleh menyelaras koordinasi anggota
fizikalnya sendiri. Selain itu pelajar juga mampu mengawal daya tahan otot
mereka. Seperti pelajar mampu melakukan aktiviti fizikal berulang- ulang
dalam jangkamasa yang lama dengan intensity kerja yang ringan atau
sederhana.
v) Membentuk disiplin diri dan nilai efektif
Membentuk peribadi pelajar yang positif dan mempunyai daya kerja yang
tersusun atau teratur. Tidak terlibat dalam masalah social kerana dapat
membezakan buruk baik sesuatu tindakan mereka.
vi) Mengembangkan bakat atau kemahiran
Contohnya kemahiran olahraga, gimnastik, permainan dan pergerakan kreatif.
Bidang- bidang ini yang akan dipelopori oleh pelajar aktif dan akan memberi
sumbangan kepada Negara.
vii) Mengaplikasikan pengetahuan
Kepentingannya melalui perkembangan sistem tubuh iaitu sistem rangka, otot
dan kardiovaskular. Daripada itu pelajar mula mengaplikasikannya dalam
pembentukan fizikal mereka untuk memperolehi tubuh badan yang sasa atau
tegap.
4. USAHA-USAHA UNTUK MEREALISASIKAN KETERAMPILAN DALAM
DIRI SETIAP PELAJAR MELALUI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN.
Isu keterampilan pelajar mampu diperkembangkan melalui pengajaran sesuatu
subjek di sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan institusi penting dalam melahirkan
pelajar serba boleh dan berketerampilan. Keterampilan membawa maksud bagaimana
seseorang dapat berhubung dengan insan yang lain. Ia juga meliputi beberapa aspek
seperti pemikiran, kepercayaan dan perasaan. Kompenan-kompenan yang harus diambil
kira adalah penampilan secara fizikal di mana seseorang pelajar harus memainkan peranan
dalam penampilan mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod
etika pakaian serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, keterampilan juga melihat elemen bagaimana pandangan seseorang
terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Hal ini berkaitan dengan aspek positif atau
negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Akhirnya ia
memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan harga diri dan keyakinan diri. Dalam
mata pelajaran di sekolah contohnya Pendidikan Jasmani membantu membina perasaan
yakin terhadap diri terutamanya apabila seseorang pelajar menggunakan kecergasan,
kemahiran dan kesukanan. Para pelajar yang dapat memahami serta mengamalkan
keterampilan diri yang positif akan berupaya menghalang diri dari terjerumus dalam
kancah gejala yang tidak sihat. Pemantapan kelas Pendidikan Jasmani akan menjadi
pemangkin generasi muda dalam menonjolkan keterampilan dan sahsiah mereka pada
masa hadapan kelak. Dalam hal ini, keterampilan pelajar dapat dilihat dari segi aspek
kemahiran kepimpinan, bekerja dalam pasukan, komunikasi dan penampilan diri.
Empat aspek keterampilan yang dapat ditonjolkan dalam diri pelajar
Keterampilan dalam kemahiran kepimpinan
Dalam konteks ini, kemahiran kepimpinan dapat diterapkan oleh pelajar apabila
melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan yang dijalankan dalam sesi pembelajaran di
dalam kelas mahupun luar kelas yang memerlukan seorang pemimpin dalam kalangan
pelajar itu sendiri untuk menjadi ketua bagi menjamin aktiviti yang dijalankan
berlangsung dengan lancar. Pendapat ini disokong oleh Helen M. Gunter (2001) yang
menyatakan pendapat beliau melalui penglibatan kesukanan mampu untuk memimpin
sesebuah aktiviti yang dijalankan.
Para pelajar perlu bijak mengawal emosi dan rohani serta perlu mengaktifkan
kemahiran intelektual mereka ketika berkomunikasi. Pelajar yang mempunyai
keterampilan diri yang baik sudah pastinya dapat mengemudi kerja berkumpulan yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jika terdapat sesuatu masalah, ketua haruslah
peka dengan menyedari dan mengenalpasti punca kewujudan masalah tersebut. Sebagai
contoh, dalam permainan bola sepak memerlukan ketua atau ‘captain’ pasukan yang bijak
merancang strategi perlawanan. Jika berlaku kepincangan idea atau langkah dalam set
perlawanan, ini bermakna ketua itu sendiri tidak memainkan peranannya sendiri. Dalam
proses ini, kemahiran kepimpinan dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah
seterusnya dapat melatih pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan
berkeyakinan tinggi.
Keterampilan bekerja dalam pasukan
Keterampilan pelajar dalam konteks bekerja dalam pasukan ini adalah amat
penting bagi membantu ahli dalam kumpulan mereka. Apabila pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Jasmani, ikatan persahabatan wujud
dalam kalangan pelajar melalui pergaulan sosial yang baik. Ini adalah kerana, antara
mereka tidak kira perbezaan bangsa dan agama akan saling bantu-membantu antara satu
sama lain dalam menjalankan aktiviti secara bersama. Perkara ini adalah sangat bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana mahu kerjasama semua pihak dalam
menjadikan pelajar berketerampilan tanpa membezakan bangsa dan agama yang dapat
dibentuk dalam kalangan pelajar itu sendiri.
Contohnya dalam acara olahraga lari berganti-ganti memerlukan teknik ‘passing
baton’ yang betul dan juga komunikasi yang baik sesama pasukan. Oleh yang demikian,
sifat bantu membantu antara satu sama lain dalam kumpulan merupakan kemahiran yang
perlu dan penting sekali untuk dikuasai oleh setiap pelajar setelah mengikuti mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Mereka harus bijak dan pandai untuk melibatkan
diri dalam satu komuniti atau kumpulan agar dapat menjalani kehidupan sosial yang
sempurna apabila dewasa kelak.
Keterampilan kemahiran komunikasi
Selain dari membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal
dan amalan kecergasan, Pendidikan Jasmani juga bertujuan membantu pelajar mengasah
keterampilan mereka melalui kemahiran berkomunikasi. Dalam konteks ini, kesedaran
yang tinggi dalam kemahiran berkomunikasi adalah dari segi kemahiran mendengar yang
baik serta didorong oleh motivasi diri yang kuat dalam diri pelajar. Pelajar dapat
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kesukanan yang dianjurkan oleh guru dengan
mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi supaya matlamat penglibatan dapat dicapai.
Kemahiran berkomunikasi hanya boleh diperolehi apabila pelajar membabitkan diri
melalui pengalaman sendiri dengan cuba berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dalam
menyampaikan sesuatu mesej.
Dalam aktiviti pembelajaran ini, sebagai contoh dalam kelas mahupun di padang,
membolehkan pelajar berkomunikasi dan mendengar maklumat yang disampaikan oleh
guru mahupun ketika berinteraksi dengan rakan-rakan. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk
sertai pelbagai aktiviti berkaitan PJK kerana ini adalah asas dalam menonjolkan diri serta
memberi keyakinan pada diri sendiri apabila berhadapan dengan orang ramai. Sekiranya
kemahiran berkomunikasi itu dapat dikuasai dan dipraktikkan akan dapat membantu
pelajar mencapai kecemerlangan dan meningkatkan potensi yakin diri kepada mereka.
Secara keseluruhannya, kemahiran berkomunikasi merupakan aspek penting dalam
meningkatkan keterampilan seseorang pelajar agar lebih bertanggungjawab dan
mempunyai peribadi yang baik serta menonjol.
Keterampilan kemahiran penampilan diri
Keterampilan pelajar sangat penting dalam masyarakat kerana ini dapat
mencerminkan penampilan diri yang positif ataupun sebaliknya. Menerusi aktiviti
Pendidikan Jasmani terutama yang melibatkan kemahiran kesihatan dan keselamatan,
kemahiran dapat dibentuk dari aspek pengetahuan pelajar itu sendiri sama ada ianya
menguasai atau tidak. Pelajar yang bermotivasi akan tampil kemas kerana ianya
mempunyai pakej di mana mudah untuk berkomunikasi dan senang diterima masyarakat.
Melalui penampilan juga, pelajar bukan sahaja menggambarkan identiti mereka,
malah menampakkan hasil daripada penerapan nila-nilai murni yang diajar melalui mata
pelajaran Pendidikan Jasmani itu sendiri. Pelajar akan berasa lebih yakin untuk tampil
dalam khalayak ramai bagi melaksanakan tugas yang diberi seterusnya dapat melahirkan
keterampilan dan sahsiah yang baik di mata masyarakat.
Begitu juga dengan penampilan melalui pengurusan konflik dalaman pelajar itu
sendiri. Stress adalah gangguan emosi yang dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap remaja
mesti dapat menguruskan stress bagi meningkatkan penghargaan kendiri mereka. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan dalam sesi pengajaran PJK adalah mengadakan sesi lakonan
penampilan diri yang boleh menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar di samping dapat
memberi mereka semangat berketerampilan. Dengan mengadakan ceramah berkaitan
dengan penampilan diri juga adalah satu usaha di mana dapat menonjolkan keterampilan
diri pelajar itu sendiri ke arah yang lebih baik dan positif.
Pihak-pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan keterampilan dalam diri
setiap pelajar melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika
masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di
bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan
berkualiti untuk semua pihak. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua
anak bangsa mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan
potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata
yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk
menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sangat prihatin terhadap pembangunan dan
perkembangan sukan di Malaysia. Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula
dengan menggerakkan masyarakat supaya aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya
hidup mereka. Pendekatan ini hendaklah ditumpukan kepada Pendidikan Jasmani di
peringkat sekolah lagi. Mata pelajaran ini amat menitikberatkan pengajaran kemahiran,
strategi dan pengetahuan tentang sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Oleh itu,
Pendidikan Jasmani yang dipelajari oleh pelajar mampu meningkatkan keterampilan diri
dalam usaha untuk melengkapkan diri dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Di sekolah, nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Pihak sekolah memainkan peranan yang
terbesar dalam pelaksanaan FPK. Barisan pentadbir dan juga guru perlu mempunyai
matlamat, strategi dan gaya dalam mencapai objektif sekolah. Tambahan, pihak sekolah
khususnya barisan pentadbir harus memberi penekanan yang maksimum dalam
penyediaan waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ini kerana mereka masih
beranggapan bahawa mata pelajaran ini boleh diajar oleh semua guru kerana ia tidak
melibatkan peperiksaan dan pendekatan mengajar tetapi lebih kepada permainan yang
bersahaja. Walaupun subjek ini tidak melibatkan peperiksaan penting, tiada alasan pada
pihak sekolah untuk meletakkan sebarang guru ‘tangkap muat’ untuk mengajar
Pendidikan Jasmani. Dalam keadaan ini, usaha untuk melahirkan murid yang
berketerampilan kurang diambil perhatian yang serius oleh pihak sekolah.
Melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani, guru sukan yang bertauliah perlu
mengambil inisiatif dan berkerja keras menarik minat pelajar supaya dapat melahirkan
pelajar yang berketerampilan serta seimbang dari aspek JERI selaras dengan hasrat FPK.
Guru yang terlibat secara langsung dalam PJK bertanggungjawab memberi didikan dan
bimbingan tentang bidang sukan yang sempurna. Kajian yang dijalankan oleh Harris
(1992), menegaskan bahawa peranan guru PJK ialah memperkembangkan, pengetahuan,
kefahaman, membudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan Guru PJK adalah guru
yang menyebarkan pengetahuan awal kepada pelajar tentang sesuatu kemahiran baru
tentang sukan malah mereka adalah pencetus kepada minat pelajar terhadap sukan.
Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang telah
ditentukan tetapi turut mengaplikasikan kepakaran mereka melalui pelbagai pendekatan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar menimba ilmu secara berkesan.
Dalam konteks ini, guru yang cergas dan meminati bidang sukan harus diberi
tanggungjawab mendidik pelajar bermain dengan teknik permainan yang betul. Guru
Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal
bagi menentukan bagaimana mereka dapat menyampaikan ilmu malah dapat menjadikan
seseorang pelajar itu berketerampilan tinggi dalam kelas. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga akan jadi lebih menarik dan dapat memotivasikan pelajar dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani. Justeru itu, peranan guru
dalam sukan juga sepatutnya menggarap pelajar menyalurkan kemahiran bersukan serta
dapat menggunakan ilmu pengetahuan mereka dalam menerapkan cirri-ciri keterampilan
pelajar dengan menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
Contoh usaha-usaha yang telah dilaksanakan
Dasar 1Murid 1Sukan
Pada 2 Julai 2011 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Dasar 1Murid
1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan
sekolah. Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong penuh pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dalam dasar ini, setiap murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan
di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di
bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan
kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang
berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan
Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh
pihak sekolah.
Selain itu, dengan adanya dasar ini, budaya bersukan dapat dipupuk di kalangan
pelajar sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan
dapat menonjolkan keterampilan mereka serta sahsiah yang baik. Dasar ini berhasrat untuk
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar
dalam kegiatan sukan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah. Oleh yang demikian,
penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan
mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, berketerampilan, dinamik dan bersatu
padu.
Bulan Kecergasan
Sambutan Bulan Kecergasan merupakan salah satu dari produk yang diilhamkan
oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan telah pun dilancarkan pada Julai 2008.
Jika dilihat dari aspek objektif, penganjuran bulan ini, ianya menekankan beberapa aspek
yang sangat penting iaitu untuk menggalakkan penyertaan keseluruhan masyarakat dengan
menyertai pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan
masyarakat yang cergas dan sihat. Selain itu juga, kerajaan ingin menanam serta memupuk
kesedaran secara mendalam kepada orang ramai terhadap nilai-nilai positif yang terdapat
di dalam aktiviti sukan dan rekreasi di samping membantu ke arah melahirkan masyarakat
yang sihat dan cergas.
Tambahan lagi, corak kehidupan pada hari ini adalah sangat mencabar tahap
kecergasan dan kesihatan diri sendiri. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah dengan
persekitaran yang tidak selamat dan ruang udara yang tidak selesa. Pendekatan yang
dilakukan oleh pihak kementerian adalah satu langkah yang tepat dalam meningkatkan
tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang aspek kesihatan dan kecergasan.
Justeru itu, program yang diadakan seperti ini dapat memberi peluang kepada
semua rakyat Malaysia di samping memberi maklumat berguna kepada masyarakat untuk
terlibat di dalam aktiviti sukan dan kecergasan malahan dapat menerapkan budaya
bersukan di kalangan mereka.
Sukan Tahunan Sekolah
Sukan Tahunan Sekolah adalah satu aktiviti yang wajib dijalankan setiap tahun di
sekolah. Melalui hari sukan ini, para pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari
dalam mata pelajaran PJK dengan menyertai pelbagai jenis acara dan pertandingan yang
dianjurkan dengan menggunakan teknik permainan yang betul. Selain itu, sukan sekolah
dapat melahirkan dan mengetengahkan atlit-atlit yang berpotensi besar dan berkualiti di
peringkat sekolah untuk menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Ia juga
menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa supaya
dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang kukuh sesama mereka.
Tambahan lagi, dengan sukan sekolah yang diadakan setiap tahun, ia dapat
menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan serta
mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat
kesukanan yang tinggi. Para pelajar juga dapat menonjolkan sahsiah serta menaikkan
semangat yakin diri dalam diri mereka seterusnya ada di kalangan mereka sendiri
menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion mereka dalam memajukan
sukan untuk Negara.
5.1 CABARAN GEJALA SOSIAL DALAM MEMBINA KETRAMPILAN
Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa
ini khususnya dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, ianya merupakan satu
cabaran dalam membina serta memupuk diri seseorang pelajar untuk memiliki ketrampilan
diri yang tinggi dan mantap. Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media
elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes
penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rompakan, pembulian dan sebagainya.
Kes juvana juga semakin hari semakin meningkat. Hal ini memberi lebih cabaran dalam
memupuk jati diri pelajar untuk menjadi seorang individu yang berketrampilan.
Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 21 jenis gejala sosial yang
melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak lelaki dan perempuan di seluruh negara.
Gejala sosial yang dikenal pasti adalah merokok, menonton video lucah, putus cinta,
mencuri, lari dari rumah, minum arak, menonton filem lucah, mengambil pil khayal,
berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras ugut,
pecah rumah, menangih dadah, merogol, menyamun, rasuah, maksiat, bercerai, membuli
dan jenayah bunuh.
Bilangan pelajar terlibat dalam pergaduhan, menyertai kumpulan samseng, lepak,
mencuri, mengugut guru, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan terlibat gejala lucah
terus meningkat dari masa ke semasa. Keadaan ini perlu dipandang serius. Sekiranya tidak
diatasi secara berkesan, bakal mengundang masalah lebih besar kepada masyarakat dan
negara. Ini berlaku berpunca lemahnya asas didikan akhlak dan pekerti di kalangan
pelajar. Punca ini adalah permulaan kemusnahan hidup seseorang dan malapetaka kepada
masyarakat sekeliling keseluruhannya. Apabila akhlak seseorang pelajar itu rendah maka
sukar untuk menjadi seorang pelajar yang berketrampilan.
5.2 ELEMEN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR SUKAR DALAM MEMBINA
KETRAMPILAN DIRI.
5.2.1 Kecelaruan Emosi
Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan perubahan dan
cabaran yang kadang kala menimbulkan pelbagai perasaan negatif. Keadaan ini
sebenarnya merupakan suatu perkara yang biasa. Namun begitu, jika di alami dalam
tempoh masa yang panjang atau kehidupan sosial remaja terbabit sangat terganggu akibat
perasaan negatif yang dialaminya itu, maka remaja tersebut sedang mengalami kecelaruan
emosi. Kebiasaan yang terjadi adalah kemurungan dan kebimbangan. Hal ini akan
menjejaskan seseorang pelajar dalam mencari dan membina ketrampilan diri mereka.
5.2.1.1 Kemurungan
Kadar kemurungan meningkat dua kali ganda pada zaman remaja berbading
kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila menginjak usia dewasa (Roberts, 1997).
Namun begitu bilangan kemurungan sewaktu remaja jauh lebih tinggi. Malangnya banyak
kes yang gagal dikenal pasti kerana ibu bapa dan guru tidak menyedari yang anak dan
pelajar mereka sedang menghadapi masalah. Pelajar yang murung tidak mahu berkongsi
masalah dan lebih banyak mendiamkan diri, maka sukar untuk mengesan mereka. Faktor
pelajar mengalamai kemurungan kerana ibu bapa mereka mungkin turut mengalami
masalah yang sama. Pelajar yang kerap dikenakan hukuman dan kurang mendapat
perhatian serta kasih sayang terdedah kepada risiko ini. Pelajar ini mungkin bermasalah
dari segi kehilangan orang tersayang, ibu bapa bercerai, masalah trauma atau dirogol lebih
mudah mengalami kemurungan (Roberts dan Bishop, 2005). Maka sukar untuk mereka
membina keyakinan diri serta menonjol dikhalayak ramai. Bila pelajar ini kurang
keyakinan, mereka akan hilang gaya ketrampilan diri, malah sukar untuk tampil ke
hadapan.
Pelajar yang murung mempunyai ciri-ciri seperti hilang keseronokan dalam
menjalani aktiviti yang sangat disukai sebelum ini, selalu berfikir hendak membunuh diri,
sedih keterlaluan, meluahkan rasa diri tidak berharga dan tidak suka aktiviti sosial. Mereka
turut tidak dapat menguruskan kehidupan sendiri, rasa tidak bertenaga, tidak menyiapkan
kerja sekolah dan tidak boleh memberi kerjasama dalam kumpulan. Sekiranya seseorang
pelajar disyaki mengalami kemurungan, maka langkah awal adalah menyemak latar
belakang dan sejarah silam secara terperinci dan mendalam (Wright, 1997).
Sekiranya pelajar telah dikenal pasti , pihak keluarga boleh membantu pelajar
dengan membina keyakinan diri dan membina interaksi yang sihat sesama ahli keluarga.
Mereka boleh membantu memperjelaskan hal yang merungsingkan pelajar serta dapat
menerima diri mereka seadanya. Keluarga tidak boleh memaksa atau mendesak anak
mereka menjadi matang sebelum masa yang sebenarnya kerana mereka belum bersedia
untuk mencapai harapan tersebut. Maka ini akan membuatkan anak berfikir yang diri
mereka tidak berguna dan tidak mempunyai masa depan. Justeru itu memusnahkan diri
mereka untuk membina ketrampilan diri yang positif.
5.2.1.2 Kebimbangan
Kebimbangan pada tahap sederhana ada kalanya bagus bagi pelajar kerana mereka
akan lebih bersemangat untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran dan seterusnya
mencapai keputusan akademik yang lebih baik. Selain rasa bimbang terhadap pelajaran,
pelajar lazimnya juga bimbang tentang penampilan diri serta identiti mereka, penerimaan
rakan sebaya terhadap diri mereka, dan kebebasan daripada kongkongan keluarga. Dengan
kata lain, kebimbangan mereka lebih tertumpu kepada kebimbangan sosial. Kebimbangan
yang berterusan akan memberi kesan dalam membina ketrampilan diri pelajar tersebut.
Kebimbangan sebenarnya merupakan suatu hal yang biasa. Namun demikian,
kebimbangan akan menjadi masalah yang berat jika kerap berlaku, berpanjangan dan teruk
sehingga mengganggu fungsi sosial serta akademik pelajar. Ada pelajar yang berasa
sangat bimbang ketika bersama orang yang tidak dikenali, takut berada ditempat terbuka,
takut keterlaluan pada ketinggian, kegelapan dan sebagainya. Tidak kurang juga pelajar
yang sangat takut untuk ke sekolah. Pelajar yang bimbang biasanya mempunyai penilaian
kendiri yang negatif, sukar menumpukan perhatian dan mudah berasa terganggu. Lebih
parah jika pelajar terpaksa memegang tanggungjawab tambahan atau jawatan atasan.
Terapi keluarga adalah langkah untuk mengurangkan kebimbangan. Penglibatan
keluarga dapat membantu pelajar mengelakkan suasana yang menimbulkan kebimbangan.
Pelajar juga perlu didedahkan dengan teknik untuk mengawal tingkah laku dan proses
mental yang negatif agar masalah kebimbangan dapat dikurangkan. Teknik merehatkan
minda juga dapat membantu mententeramkan diri. Pelajar yang berjaya mengurangkan
tahap kebimbangan sedikit demi sedikit perlu diberi ganjaran supaya usaha mereka akan
berterusan.
5.2.2 Kecelaruan Tingkah Laku
Kecelaruan tingkah laku turut menjadi isu kesukaran kepada pelajar untuk memiliki
ketrampilan diri yang tinggi. Apabila pelajar menghadapi masalah dengan tingkah laku
atau perbuatan yang dilakukannya maka sukar untuk membina tingkah laku positif dalam
diri sendiri. Kecelaruan ini tertumpu kepada masalah salah laku dan masalah disiplin.
5.2.2.1 Masalah Salah Laku
Kecelaruan kelakuan biasa dikenali sebagai salah laku merujuk kepada satu
masalah tingkah laku yang biasa terjadi kepada pelajar. Salah laku dicirikan dengan
tingkah laku langsung, suka menentang, mengamuk, mengganggu dan enggan patuh pada
arahan dan peraturan (Novak dab Pelaez, 2004). Pelajar yang memiliki ciri ini berisiko
untuk menjadi antisosial dan sukar untuk tampil dikhalayak serta sukar untuk membina
ketrampilan diri.
Masalah salah laku mudah dikesan guru kerana masalah ini berkait rapat dengan
gejala ponteng sekolah, tahap kemahiran lisan yang rendah, tidak dapat menguasai 3M
maka pencapaian akademik rendah dan merasakan sekolah merupakan tekanan bagi
pelajar. Pelajar ini juga kurang kemahiran sosial dan kurang mahir menyelesaikan masalah
dengan berkesan. Masalah ini wujud kerana kurang pendedahan sosialisasi semasa kecil,
kurang perhatian, kasih sayang serta mungkin berlaku penderaan fizikal. Contohnya
pelajar yang kurang aktif dalam bersukan, kerana tidak mahir maka pelajar tersebut akan
menjauhkan diri dari rakan yang lain. Jadi pelajar tersebut berkemungkinan akan ponteng
setiap kali aktiviti sukan. Hal ini menyebabkannya terlibat dalam salah laku pelajar.
Apabila pelajar melakukan salah laku maka akan mendapat persepsi negatif dari guru dan
rakan menyebabkannya hilang daya ketrampilan diri.
Pelajar yang mempunyai masalah ini boleh mendapat kemahiran prososial untuk
mengatasinya. Pelajar yang memiliki akhlak dan ketrampilan yang tinggi boleh bertindak
sebagai model untuk pelajar yang bermasalah mempelajari tingkah laku yang mendapat
perakuan daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Peluang untuk belajar tingkah laku
yang diterima sosial boleh ditingkatkan dengan penggunaan peneguhan positif daripada
ibu bapa dan guru.
5.2.2.2 Masalah Disiplin
Tingkah laku berdisiplin merujuk kepada tingkah laku mematuhi peraturan yang
dikenakan sama ada secara sukarela atau ditetapkan oleh pihak berkuasa tanpa
perbincangan (Povey, 1997). Pelajar yang mempunyai masalah disiplin sukar untuk
membina ketrampilan diri kerana untuk menjadi seorang yang berketrampilan perlu
memiliki jati diri yang mantap serta patuh pada peraturan. Semakin berdisiplin seseorang
pelajar semakin tinggi untuk pelajar lebih menonjolkan ketrampilan diri mereka.
Contohnya peraturan pemakaian semasa bersukan, pelajar perlu mematuhi peraturan yang
ditetapkan guru dan sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin. Apabila seseorang
pelajar itu berdisiplin maka peribadinya akan disenangi guru dan rakan-rakan, maka
mereka yang berdisiplin akan membentuk ketrampilan diri yang tinggi.
Ada masalah disiplin yang mungkin berpunca daripada kecenderungan ibu bapa
atau guru untuk memberikan ganjaran ke atas tingkah laku yang salah. Ibu bapa
seharusnya memberi didikan disiplin sejak kecil agar anak-anak mampu untuk
berketrampilan tinggi. Guru boleh mengatasi masalah disiplin di sekolah dengan berusaha
membantu pelajar, menaikkan semangat, memberi motivasi dan mengenali pelajar secara
individu. Guru perlu meneliti dan menilai pelajar sebelum membuat sesuatu hukuman
kepada masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar tersebut.
5.3 LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN KETRAMPILAN DIRI
5.3.1 Individu (pelajar)
Pelajar perlu bijak mengimbangi emosi, mental dan fizikal agar tidak cenderung
melakukan perkara yang negatif. Belajar untuk membina motivasi dalam diri sendiri untuk
lebih melakukan perkara yang positif dan menggalakkan diri menjadi seorang pelajar yang
berketrampilan tinggi. Pelajar yang memiliki motivasi diri sedikit sebanyak membantu diri
mereka untuk lebih maju terutama dalam memperbaiki tingkah laku berterusan dalam
perspektif tingkah laku, perspektif kognitif, perspektif sosial dan perspektif humanistik.
Seseorang pelajar juga perlu bijak memilih rakan sebaya agar sama-sama dapat
membantu memotivasikan diri, mengelakkan diri dari melakukan perkara negatif dan
bertentangan dengan etika seorang pelajar. Saling memberi dorongan yang membina jika
seseorang pelajar itu bijak memilih rakan yang mendampingi mereka. Contohnya apabila
seorang pelajar berkawan dengan pelajar yang berketrampilan diri yang baik maka pelajar
tersebut mungkin akan meniru dan mengikut cara rakannya. Jadi secara tidak langsung
pelajar itu turut mendapar faedah pada diri sendiri.
5.3.2 Guru dan Sekolah
Guru sebagai fasilitator atau pembimbing dalam membantu memotivasikan pelajar
serta membantu pelajar yang mengalami masalah sosial. Guru bertanggungjawab untuk
mengukuhkan nilai-nilai murni bagi membentuk modal insan yang seimbang dan
menyeluruh. Kepekaan, kasih sayang dan keprihatinan guru terhadap pelajar juga
mempengaruhi sahsiah pelajar. Sistem pendidikan yang mantap dapat mengurangkan
gejala sosial daripada menular di sekolah dan dalam diri pelajar.
Selain itu, guru juga perlu menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian
pelajar agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak ponteng sekolah. Penggunaan
pelbagai bahan bantu mengajar seperti paparan video, tayangan multimedia dan
sebagainya yang bersesuaian. Penerapan nilai-nilai melalui aktiviti pembelajaran dan
pelbagai program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan berpasukan, aktiviti amal
jariah serta aktiviti sukan adan permainan perlu diperbanyak untuk membentuk personaliti,
akhlak yang baik dan ketrampilan diri yang tinggi. Gootman, M.E bersetuju bahawa
sesuatu pembelajaran yang berkesan perlu dilaksanankan bersama-sama dengan
pengajaran yang berkesan. (Abdullah Sani, 2006).
Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalahan sosial dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua guru
melihat permasalahan dengan serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa
mereka secara langsung, contohnya tidak semua pelajar tahu mereka sedang dibuli.
Pandangan yang dolontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis
sekolah di New York mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan
“... Guru-guru sepatutnya mengajar murid bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi
peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental dan emosi. Murid-
murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka
benar-benar menjaadi kawan dan tidak lagi membuli” (pendidik, 2006)
Kaunseling pada peringkat sekolah adalah penting untuk membantu pelajar
mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya sekolah mempunyai kaunselor-kaunselor yang berkelayakan serta
berpengalaman dalam melaksanakan kaunseling individu, kelompok atau menubuhkan
pembimbing rakan sebaya. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas
membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi juga untuk
membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah.
Gejala sosial yang lebih berat perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa, iaitu
polis. Penguatkuasaan undang-undang oleh polis perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar jika kes itu tidak dapat diselesaikan. Pihak
pentadbir sekolah perlu merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis dan bukan
menyembunyikan kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar semata-mata ingin menjaga
imej dan nama baik sekolah. Dengan campur tangan polis, masalah serius dapat ditangani
pada peringkat awal dan bukannya semakin berleluasa sehingga boleh mengakibatkan kes-
kes yang lebih membahayakan pelajar lain atau masyarakat kelak.kerjasama antara
sekolah dengan pihak berkuasa membuktikan komitmen pihak sekolah dalam mengawal
masalah disipin pelajar. Malah dapat memberikan ikhtibar serta pengajaran kepada
pelajar-pelajar supaya mereka dapat mengawal tingkah laku serta memotivasikan diri
mereka sendiri agar menjadi pelajar yang berkualiti dan berketrampilan dari segi akademik
dan sahsiah diri.
RUMUSAN
Pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.
Pelajar diorientasikan dengan ilmu dan amalan pendidikan Jasmani bagi membentuk
sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang
terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. Matlamat Pendidikan
Jasmani bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal
dan amalan kecergasan. Ianya membentuk individu yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, sosial dan intelek.
BIBLIOGRAFI
3. Julismah Jani, (2006),Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di
Malaysia, Fakulti Sains Sukan, UPSI
4. Ahmad bin Esa & Hisham bin Jamaludin, Peranan Kokurikulum di Universiti
dalam Membentuk Ketrampilan Mahasiswa, Fakulti Pendidikan Teknikal,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
5. Huraian Sukatan Pelajaran KBSM, Pendidikan Jasmani, Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM (2002)
6. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S), Bahagian
Sukan KPM (2011)
7. Moch. Asmawi, Dimensi Pembelajaran Ketrampilan Gerak dalam Pendidikan
Jasmani, Fakulti Ilmu Keolahragaan Universiti Negeri Jakarta
8. Mahoney, R.W; Larson, R.W., Eccles, J.S. & Lord, H. (2005): Organized activities
as contexts of development: Extracurricular activities, after-school and community
programs. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
9. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
10. Povey, R.(1997), “Troubles of Discipline”, dalam Varma, V.(ed.), Troubles of Children and Adolescents, London
11. Marina, Sufian Rashid dan Hassan ahmad (2005). “Inovasi Dalam Pedagogi:Kurikulum & Pendidikan Malaysia.”Kuala Lumpur. http://www.geocities.com/nikzafrul/pendidikannet/psikologi.htm
12. Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), “Modal Insan Cemerlang : Minda Kelas Pertama”, Putrajaya : Bahagian Sekolah, KPM
13. Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman (2007), “Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi : Peranan dan Cabaran”, Masalah Pendidikan, jld 30(1), Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
14. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid (2010), “Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa”, Guru dan Cabaran Semasa, Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
15. Nik Rosila Nik Yaacob, Pendidikan Kerohanian dan moral prasekolah, pts professional
16. Mohd Salleh Lebar, Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan, Berita publishing Sdn. Bhd